Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera kepada semua. Kali ini aku nak berkongsi tentang
percutian kami sekeluarga ke Kota Kinabalu pada 29 April 2018 hingga 1
May 2018 yang lalu. Sebenarnya dah lama kami tak pergi bercuti ni
memandangkan sebelum ini anak kedua kami masih lagi kecil. Alhamdulillah
sekarang dah besar dah dan boleh dibawa untuk travel dah..hehehe..
Ada
orang tanya kenapa aku memilih destinasi Kota Kinabalu lagi? Jadi aku
jawab, Kota Kinabalu lah tempat kami mula-mula travel dulu jadi kami
juga mahu anak kedua kami pun mula-mula merasa travel adalah dengan
pergi ke Kota Kinabalu juga disamping di sana banyak benda boleh buat
kerana ianya terkenal dengan makanan seafood terutamanya lobster yang
memang payah nak dapat kalau di semenanjung ni, kita juga boleh
bersiar-siar di tepi laut, dan juga boleh pergi ke Kundasang. Tapi
sebenarnya kami hanya plan untuk berehat dan berjalan sekitar bandar
sahaja..nak jimat belanjalah katakan..ekekeke..
Jadi
tujuan sebenar kami bercuti ke Kota Kinabalu ini adalah supaya dapat
bawa anak-anak aku naik kapal terbang lama sikit iaitu selama lebih
kurang 2 jam 20 minit. Bagi destinasi dalam Malaysia, kalau nak naik
flight lama, Sabah lah yang paling jauh..
Kemudian
aku juga nak bawa anak-anak aku merasa bermalam di hotel maklumlah dah
lama tak tidur kat hotel. Manakala aku pula teringin nak makan lobster
dan isteri aku juga teringin nak makan rumpai laut. Di samping itu juga
tujuan sebenar adalah untuk berehat setelah penat bekerja, orang kata
untuk aktiviti terapi minda..hehehe..berapa banyak tujuan sebenarnya daa
mau cerita..ekekeke..
Okay
aku mulakan cerita percutian kami ini, mula-mula aku kena cari tarikh
yang sesuai untuk ke Kota Kinabalu iaitu waktu senang untuk ambil cuti,
jadi kami pilih untuk pergi ketika cuti public holiday Labour Day.
Kemudian kami beli tiket..
Jadual penerbangan kami ke Kota Kinabalu pergi dan balik
Lepas
dah ada tiket, aku pun mula survey-survey hotel dalam Agoda.com, macam
biasalah aku memang setia giler dengan Agoda.com sebab diorang bagi
point untuk boleh diredeem..itu yang best tuu..berminggu-minggu jugalah
survey untuk dapatkan harga terbaik.
Untuk melihat keadaan sebenar hotel, elok jugalah kita tengok
gambar-gambar hotel yang dikongsi oleh orang ramai dalam tripadvisor.com,
jangan berpandukan gambar semata-mata dalam Agoda.com..takut frust nanti sebab
biasanya gambar yang dipublished dalam Agoda.com adalah gambar yang dah
diedit..
Akhirnya kami memilih untuk menginap di Sabah Oriental Hotel yang bertaraf 4
star dengan harga yang mampu milik dengan book hampir sebulan lebih awal. Lebih
kurang sehari sebelum pergi, aku call pihak hotel ni terlebih dahulu untuk
mengesahkan booking aku. Alhamdulillah booking kami ni dah confirmed dan macam
biasalah aku tanya dulu pihak hotel masa check in ni kena bayar deposit ke tak?
dia jawab memang kena bayar, tapi aku minta untuk waivekan pembayaran deposit
atas alasan kami makan kat luar..Alhamdulillah dia setuju, sebelum menamatkan
talian aku catit dulu nama staff yang jawab tu, takut masa check in nanti
diorang minta duit deposit pulak..so kalau diorang suruh bayar deposit, aku
akan cakap staff sekian sekian dan kata tak payah bayar..hehehehe..
Harga booking untuk 2 malam
Jenis bilik yang kami booking di Sabah Oriental Hotel
Hari
yang dinantikan telah tiba, jadi oleh kerana flight kami lebih kurang
pukul 9.15 pagi, jadi selepas Subuh kami terus gerak ke airport, jadi
anak-anak pun terpaksa dikejutkan awal..alaa kesiannya kat
diorang..huhuhu.. Sebenarnya anak sulung aku cukup excited sebab
maklumlah dah lama kami tak pergi holiday duduk dalam hotel..Kiranya
lepas Subuh terus kami gerak..
Kami
parking kereta di Stesen ERL Salak Tinggi dengan kadar bayaran RM5
(jika bermalam), RM3(jika balik hari). Walau pun pagi pun parking selalu
penuh dan terpaksalah parking di tingkat yang atas.
Kemudian
kami 4 beranak ambik train ERL dari Salak Tinggi ke KLIA. Masa menunggu
tu lebih kurang 30 minit jugaklah kalau terlepas train, tapi perjalanan
ke KLIA sekejap je dalam 10 minit macam tu kot..hehehe..aku pun tak
kira berapa lama masa yang diambil..kuakuakua..
Sedang menunggu train di Stesen ERL Salak Tinggi
Kat seberang sana tulah bangunan untuk parking kereta
Tak
lama kemudian sampailah kami di Kuala Lumpur International Airport, dah
lama dah aku tak fly bersama anak-anak..rasa excited jugaklah sampai
Klia ini, biasanye datang ke sini untuk hantar ahli keluarga yang lain
fly je..hehehe..Alhamdulillah Allah SWT bagi peluang untuk kami pula.. Oleh
kerana kami sampai awal di airport jadi keadaan kami takdelah kelam
kabut sangat, masih relax dan santai..aku pun kalau boleh tak nak kelam
kabut nanti stress dan akan menyebabkan percutian yang sepatutnya jadi
perkara yang menyeronokkan bertukar jadi nightmare nanti..wakakakaka..
Kat KLIA
Oleh
kerana kami dah check in awal-awal, jadi kami hanya pergi ke kaunter
untuk drop bag jelah.. Proses security pun berjalan lancar, tali
pinggang memang aku dah cabut siap2 letak dalam bag termasuk dengan
wallet dan sebagainya, biar kosong dalam poket ni supaya cepat masa
melalui security check ni, kalau tidak masa check tu polis tu akan suruh
cabut tali pinggang jugakkan..itulah yang buat lambatkan..hehehe.. Laptop
dan Ipad pun aku keluarkan siap-siap supaya senang diorang nak check.
Memang terasa kalut masa security check ni. Alhamdulillah semuanya
berjalan dengan lancar. Oleh
kerana anak aku dapat nombor yang elok dalam exam dia, so bagi
peluanglah untuk dia nak beli mainan dengan pakai duit dia sendiri sebab
penat-penat menyimpan duit sekolah. Orang kata dah besar dah nak beli
mainan lagi, xpelah ikutlah dia nak beli apa..janji tak stress nak
holiday ni..ekekeke.. Bagi happylah sikit anak-anak..maklumlah nak pergi holiday ni..
Pilih jangan tak pilih..
Seronok sebab dah dapat apa yang dihajati..macam tulah budak-budak..kita dulu pun macam ni jugak kan..hehehe
Oleh kerana masih awal lagi, jadi sempatlah kami singgah untuk breakfast
di Marrybrown dalam Klia ni.. Sedap jugalah makan kat situ, walaupun aku frust
sebab wife aku tak beli nasi..hehehe.. aku ni jenis mesti nak kena nasi..aku
pun tak tahu kenapa..ekekeke..takpelah yang penting isi dapat isi perut..
Dah nampak kapal terbang tuuu..
Tengah sarapan pagi di Marrybrown, KLIA
Apabila
dah selesai breakfast, kami pun terus bergegas ke gate berlepas, tapi
flight kami delayed, jadi bolehlah relax lagi sambil menikmati suasana
dalam Klia ni, kiranya sebenarnya kami tak kisah sangatlah delayed ni,
sebab kalau sampai awal di Kota Kinabalu pun bukan boleh check in hotel
awal-awal kan...ekekekeke..
Flight kami MH2610 delayed
Pintu gate untuk berlepas sebelum bertukar
Sementara
menunggu tu, sempatlah aku ambil gambar kat mana patut. Kiranya meriah
jugaklah Klia ni maklumlah inikan waktu cuti. Layan jelah gambar yang
aku share kat sini, tapi jangan muntah sudah tengok kami posing
..ekekeke..
Kat gate berlepas dah..
Aku ingatkan kapal terbang ni bakal kami naik..rupanya bukan..hukhukhuk..
Memang
terasa perbezaan jika menaiki Air Asia dan Malaysia Airlines ni, memang
terasa prestigous MAS ni even sebelum naik kapal lagi dari segi Klia
nya dah rasanya dah dia punya aura bestnye, maksudnya package harga
tiket MAS ni mungkin merangkumi semua dari fasiliti airportnya sampailah
ke kapal terbang..tapi bukan selalulah dapat naik MAS ni sebab harga
tiketnya mahal. Rasanya
beberapa kali kami tengok kapal terbang kat gate ni, ingatkan yang tu
dah kami akan naik rupa-rupanya kapal terbang lain..kat gate ni ada lebih
kurang 2 aerobridge..ingatkan kalau tunggu kat gate berlepas ni, kapal
terbang yang tulah kami akan naik.. rupa-rupanya kami silap..
Bukan kapal yang kami nak naik daa..
Sikat rambut dulu
Tak
lama lepas tu maka kami semua pun boarding, wow seronok bukan main
anak-anak aku. Kiranya kami ni antara yang terawal masuk dalam kapal
terbang sebab ada infant dan inilah pengalaman pertama kali kami bawa
stroller dalam flight, masa sampai di muka pintu kapal terbang ada staff
MAS yang ambil stroller tu setelah aku lipat. Takkanlah nak suruh
diorang lipat kot..ekekeke..tiap2 stroller ni ada macam-macam jenis cara
lipatannya, owner je yang tahu nak lipat... Lagipun bukan tugas diorang
untuk lipat stroller anak-anak kan..adapaham ka?
Sedia untuk berlepas
Rupa-rupanya lebih senang lagi nak layan anak kedua aku ni masa dia
kecik lagi, sekarang dah besar sikit penat jugalah nak layan karenah
dia..macam-macam dia nak main..hahaha..Tak lama kemudian kapal terbang pun
sedia untuk berlepas..
Kota Kinabalu, kami datang!
Kapal terbang yang kami naiki beratur belakang kapal terbang ini
Kapal terbang baru Airbus A350..bilalah agaknya kami boleh naik kapal terbang ni..
Terima kasih MAS kerana mengalu-alukan kedatangan kami
Dah berlepas dah
Dalam
kapal terbang ni aku hanya melayan screen tempat duduk ni dengan
melihat flight info je, memang inilah kesukaan aku..tak rasa berminat
untuk tengok movie ke ape..kecuali anak sulong aku jelah duk layan
cerita, tak lama kemudian diorang semua pun terlena..hehehe..
Haha..dah terlena dah anak kedua aku ni..
Masa
yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu masa untuk menjamu selera di
awangan biru..wife aku dah request special meals beberapa hari sebelum
berlepas.. So makanan yang disediakan untuk kami memang speciallah
kan..hehehe..
Dah bersedia untuk menjamu selera di awan biru
Layanan
daripada crew MAS pun sangat bagus, kalau diikutkan berdasarkan
pengalaman aku, crew MAS lah yang paling terbaekkk layanannya berbanding
dengan airlines lain. Kapal terbang dia pun bersih dan ada tv..memang
bestlah Malaysia Airlines.
Masih lagi di Semenanjung Malaysia..jauh lagi nie..
Sedapnya makan..
Anak aku tengah melayan cerita ini
Dah nak memasuki kawasan udara Laut China Selatan
Selepas
wife aku selesai makan, maka barulah boleh aku makan pulak..biasalah
sementara anak kecik ni kita makan bergilir-gilir, nanti anak dah besar
baru boleh makan sekali..hidup suami isteri ni hendaklah bertolak ansur
dan berkorban..ekekeke.. Wife aku dah request "Seafood Meal" untuk aku, kira puas hati jugaklah makan..
Special requested "Seafood Meal"
Inilah dia Seafood Meal
Tengah layan makan beb!
Untung
naik MAS ni macam ni lah dapat makan free dan free luggage, dah
termasuk dalam tiket dah, tapi kelebihan naik Air Asia ni kita boleh
pilih macam-macam makanan, tapi cuma kena siap duit je lah untuk bayar tiketnya..hehehe..
Laut China Selatan
Penuh juga flight ni
Si kecik ni dah bangun dah..hihihi..
Dalam
perjalanan flight ni, dapat kelihatan dari udara Kepulauan Natuna,
Indonesia yang berada Laut China Selatan dan di tengah-tengah di antara
Semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo. Hairan juga macam mana Pulau
Natuna ni menjadi milik Indonesia, kalau kira jaraknya ianya berhampiran
dengan Malaysia..mungkin disebabkan perjanjian di antara British dan
Belanda dahulu yang menyebabkan terpisahnya Nusantara menjadi Malaysia
dan Indonesia. Walaupun berada di Indonesia tapi kita masih boleh pergi maklumlah Malaysia dan Indonesia ini macam adik beradik je..hehehe..
Natuna Island, Indonesia
Saya baru nak makan lah..
Oleh
kerana bangun awal pagi tadi, tanpa disangka-sangka aku pun terlelap
juga dalam flight ni..sedar-sedar dah nak sampai Sabah dah..maknanya
lama jugaklah aku terlelap iaitu mungkin dari Kuching sampai Labuan
kot..ekekeke..maklumlah awal-awal pagi dah kena bangun..
Dah nak sampai ke Kota Kinabalu
Kelihatan bumi Sabah dari pandangan udara
Tak
lama kemudian maka sampailah kami di Kota Kinabalu apabila kapal
terbang selamat mendarat di Kota Kinabalu International Airport pada jam
1.00 tengah hari setelah lebih kurang 2 jam 20 minit penerbangan..
Alhamdulillah..
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
First time anak kecik aku sampai di Kota Kinabalu
Wajah-wajah seronok dan keletihan..
Terima kasih MAS sebab bagi servis yang tip top
Berjiran dengan Air Asia
Kapal terbang MAS yang kami naiki tadi
Apabila kami keluar dari kapal terbang, stroller anak aku dah tersedia di depan pintu..so aku bukak balik stroller tu dan terus tolak..ehehehe..Kota
Kinabalu International Airport ni kelihatan moden, dah sampai tu kena
melalui kaunter imigresen dahulu untuk mendapatkan slip kemasukan ke
Sabah, tapi kalau ada passport boleh guna passport je..Ingat slip tu tak
boleh hilang, kalau hilang kena report polis.. Kemudian urusan untuk ambil bagasi kami semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah..
Dalam Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Kat luar airport tengah menunggu Grab Car untuk ke Sabah Oriental Hotel
Kami
tak bersantai lama di airport ni memandangkan semua macam nampak letih
je..jadi aku terus booking GrabCar dengan harga RM8 je untuk ke Sabah
Oriental Hotel..pergghh murah giler berbanding teksi yang dulunya aku
naik di sini juga dengan bayaran RM30. Memang bagus betullah Grabcar ni
jimat dan cepat, sebaik sahaja booking, 2 atau 3 minit kemudian GrabCar
terus sampai. Layanan
driver GrabCar pun baik dan mesra, sedikit sebanyak macam dah jadi
pemandu pelancong untuk kami..ekekeke..Knowledge sharing yang diberikan
berkenaan Kota Kinabalu juga bermanfaat untuk kami.
Harga RM8 je untuk ke Sabah Oriental Hotel dengan GrabCar
Berselfie bersama pemandu GrabCar yang peramah
Perjalanan
dari KK International Airport ke Sabah Oriental Hotel mengambil masa
lebih kurang 10 minit..macam-macamlah kami sembang..hahaha..seronok juga
bersembang dengan orang tempatan Kota Kinabalu ni disamping menikmati
permandangan sekitar kawasan Kota Kinabalu yang dah banyak berubah
berbanding waktu kali terakhir aku sampai di sini iaitu 4 tahun lepas. Bolehlah tengok beberapa keping gambar dari airport ke Sabah Oriental Hotel yang sempat aku ambik kat bawah ni.
On the way ke Sabah Oriental Hotel dari airport
Dah nak sampai di Sabah Oriental Hotel
Apabila
dah sampai di Sabah Oriental Hotel, kami terus check-in..semua urusan
check in berjalan dengan lancar dan diorang pun tak mintak deposit
pun..Alhamdulillah.. Kami request bilik yang paling tinggi yang masih
ada..so diorang bagi kami di tingkat 8, silapnya kami tak request bilik
yang riverview atau seaview..kami dapat bilik yang city view..tapi kami
okay je..
Sampai-sampai terus check in
Staff
Sabah Oriental Hotel pun peramah dan baik serta membantu. Kiranya kalau
dilihat lobi Sabah Oriental Hotel ni, kita akan rasa hotel ni macam
okay dan agak mewah jugaklah..macam aku lebih suka hotel yang lobinya
luas, setengah-setengah hotel lobinya sempit je tak padan dengan harga
bilik yang mahal. Lobi yang luas adalah penting untuk guest berehat
setelah keletihan atau bersantai-santai untuk merehatkan minda.
Dah mula bergegas ke bilik hotel kami yang berada di tingkat 8
Apabila
dah masuk dalam bilik Superior Room ni, kami berpuas hati sebab keadaan
biliknya lebih kurang sama dengan gambar yang dipaparkan dalam
Agoda.com. Biliknya juga luas dan selesa dan value for money. Anak-anak
aku memang seronok dan enjoy betul diorang apabila masuk dalam bilik
hotel ni. Kiranya semua fasiliti yang kami nak ada disediakan dalam
bilik ni..Alhamdulillah..yang penting adalah bathtub..ekekeke..
Anak-anak sibuk bermain dalam bilik hotel
Buat air kejap..hehehe..
Selain
biliknya yang bersih, tandasnya juga luas, bersih dan selesa. Memang
berbaloi ambil hotel ni, kiranya kami jatuh cinta dengan hotel ni, kalau
next time kami datang ke Kota Kinabalu ni memang boleh ambil hotel ni
lagi sebab harganya tak lah mahal sangat tetapi menyediakan fasiliti
yang mengagumkan.
Tandas yang luas dan bersih
Bathtub inilah yang paling penting sekali untuk anak-anak...hehehe..
Lepas
tu kami semua berehat dan sempatlah tidor sekejap untuk mengecas
tenaga, maklumlah dah beribu kilometer dah travel ni..ekekeke..
Tambah-tambah semua kena bangun awal pagi ni..mau tak letih dan
mengantuk..apapun kami bersyukur sampai juga di Kota Kinabalu ni..
Minum susu dulu..hihihi..
Dah
selesai berehat, maka tibalah masanya untuk aku teman anak-anak untuk
mandi dalam bathtub..oleh kerana anak kecik yang duk mandi so aku pun
tunggu jelah diorang dalam bilik air ni..seronok luang masa dengan
anak-anak ni.
Jom mandi bathtub
Di sini masa dihabiskan untuk menemani diorang mandi-manda dalam
bathtub..hehehe, untuk solat kami buat jamak je bagi Zohor dan Asar. Aku juga
ada call counter hotel untuk bertanyakan mengenai shuttle services ke bandaraya
Kota Kinabalu, disebabkan perkhidmatan shuttle itu tak kena dengan timing kami,
jadi kami membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan GrabCar je..
Dah bersedia untuk keluar ke bandaraya Kota Kinabalu
No bilik kami di tingkat 8
Tempat tunggu lift
Sekejap je GrabCar sampai lepas kami buat tempahan, sampai tak sempat
nak selfie bagai..ekekeke.. RM5 je dari Sabah Oriental Hotel ni ke Todak
Waterfront yang terletak di depan Hyatt Regency Hotel..memang jimat beb..
harap-haraplah perkhidmatan GrabCar ni tidak dihapuskan..
Tengah menunggu GrabCar di luar hotel
On the way ke tengah Todak Waterfront Hawker Centre
Selfie bersama driver GrabCar yang sporting
Jarak dari Sabah Oriental Hotel ke Todak Waterfront
Macam
biasalah kalau dah dalam kereta ni, aku akan sembang-sembanglah dengan
driver GrabCar ni, rugilah kalau naik teksi ke ape tapi duduk senyap
je..waktu ni lah boleh kita interview mereka sebab kebiasaannya mereka
tahu banyak tentang keadaan tempat ini disamping kita pun boleh share
apa yang terjadi di tempat kita jauh nun di Semenanjung Malaysia ni.. Layan jelah beberapa keping gambar yang sempat aku ambik sepanjang perjalanan sejauh 1.9km ini.
Sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen
Berdekatan Pasar Philippine
Perjalanan dari Sabah Oriental Hotel ke Todak Waterfront mengambil masa
lebih kurang 10 minit je..tapi kalau berjalan kaki memang penatlah..mungkin
sejam baru sampai kot..ekekeke.. Teringat dulu waktu kami datang bersama anak
sulung aku yang waktu itu baru berumur 3 tahun, kami asyik berjalan kaki je
dalam bandar ni..memang penat giler..tambah-tambah aku kena dukung selalu anak
aku ni..waktu tu nak tahan teksi memang takutlah dengan harganya..Alhamdulillah
keadaan bertambah baik sekarang ni..
Kami terus menuju ke Todak Waterfront Hawker Centre atau juga KK Night Market
untuk mencari lobster..hehehe..sebenarnya aku pun tak tahu apa nama sebenar
tempat ini, aku sekadar menamakan berdasarkan nama dalam google map je..memang
merata-rata diorang jual lobster kat sini, aku pun hairan kenapa kat
Semenanjung Malaysia ni payah nak cari lobster, mungkin laut di semenanjung
tidak sesuai berbanding laut di Sabah kot..
Kelihatan Todak Waterfont Hawker Centre ni tidak banyak berubah berbanding
waktu aku datang 4 tahun lepas, tetapi keadaan beginilah yang buat aku
seronok..tak perlulah di renovate tempat ni jadi grand sekadar macam ni pun dah
bagus..
Cumanya kami mencari kedai Glam's Station 3 pada mulanya sebab pernah makan di
situ pada tahun 2014, tetapi kedainya tengah dalam renovation dan buat
sementara waktu ni mereka berpindah di tempat lain..so kami pergi cari kedai
lain je la..
Berjalan kaki dari Todak Waterfront menuju ke Todak Waterfront Hawker Centre
Mungkin
ada yang bertanya kenapa tak makan lobster kat Pasar Philippine tu,
bagi aku kat Kota Kinabalu ni banyak pilihan untuk makan lobster di
mana-mana, tapi bagi aku kat Todak Waterfront Hawker Centre ni tempatnya
kena dengan jiwa aku di mana boleh merasa pandangan laut dan sunset,
lobster yang dipilih juga fresh iaitu masih belum dimasak, manakala di
Pasar Phillippine tu kebanyakannya makanan laut dah dimasak siap-siap
dah sepertimana yang pernah kami makan di sana pada tahun 2012 waktu
first time kami sampai di Kota Kinabalu..hehehe. Jadi terpulanglah pada
pilihan masing-masing.
Todak Waterfront Hawker Centre
Perghh banyak giler lobster
Cumanya
kali ni aku rasa pertama kalilah aku tengok lobster yang warna gelap
sedikit, sebelum ni masa aku datang ke Kota Kinabalu aku hanya nampak
lobster yang warna hijau je..tak tahulah mungkin aku terlepas pandang
kot sebelum ni akan kewujudan lobster gelap ni..ekekeke.. Selain
daripada lobster, macam-macam lagilah makanan laut yang lain, harganya
agak murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Boleh dikatakan Kota
Kinabalu ni adalah syurga bagi penggemar makanan laut.
Jadi
aku pun survey juga harga lobster ni rupa-rupanya harganya juga berbeza
setiap kedai, jadi jangan malas untuk survey okay, kedai pertama
diorang jual lobster RM180 sekilogram, kemudian kedai kedua diorang jual
lobster RM150 sekilogram..beza banyak juga tu..jadi aku pilih kedai
kedua iaitu di Restoran Nadirasa Resipi, kedai ni betul-betul di tepi
laut...perghhh..menarik betullah..
Dah dapat lobster yang diinginkan..Alhamdulillah..
Selepas pilih makanan laut yang fresh ni, maka kita hanya tunggu diorang
masak je..harga jual tu dah termasuk dengan masak sekali dah..dah tak sabar dah
untuk merasa masakan orang Sabah ini..aku percaya pelanggan akan berpuas hati
dengan masakan mereka ini..
Pilih jangan tak pilih..
Sebenarnya
saat inilah yang memang ditunggu-tunggu, lebih kurang 4 tahun aku
menanti untuk dinner di Kota Kinabalu bertemankan lobster dan juga
sunset..Ya Allah syukurnya Engkau makbulkan doa
kami..Alhamdulillah.. Juga dengan ditemani cuaca yang sangat baik, betapa seronoknya
aku waktu ni..
Inilah nama kedai yang kami singgah untuk dinner dan betul-betul di tepi laut
Tengah tunggu makanan sampai..anak kecik aku pun tengah syok tidur..ekekeke..
Permintaan
aku hanyalah lobster je, yang lain isteri aku yang
pilih..ekekeke..kalau diikutkan rasa lobster ni macam udang je..tapi aku
itulah kalau dah sampai di Kota Kinabalu tapi tak merasa lobster rasa
macam serba tak kena je..
Dah sedia untuk makan
Sunset boh!
Antara masakan yang ada
Lobster masak butter
Sotong goreng tepung
Jadi
kami tidak menunggu lama untuk menjamu selera di Kedai Nadirasa Resipi
di Todak Waterfront Hawker Centre. Memang sedap makan tambah-tambah
perut tengah lapar..huhuhu..tambah-tambah masakan butter untuk lobster
ni memang sedap..pergghh...kami juga tapau sikit untuk makan kat hotel
takut lapar pulak malam nanti..ekekeke..
Aku baru nak menjamah masakan
Impian bertemankan sunset dan lobster di Kota Kinabalu tercapai..Alhamdulillah
Licin dah..
Tinggal kulit jelah lobster ni..
Memang
sedap dan puas hati masakan dari kedai Nadirasa Resipi ni, memang aku
recommend kedai ni pada semua..layanan pun mesra dan dengan harganya
juga berpatutan. Di tambah lagi kedudukannya di tepi laut dan aneka
pilihan seafood yang available. Selepas
dah selesai makan tu, aku sempat ronda hampir keseluruhan Todak
Waterfront Hawker Centre untuk tengok seafood yang ada. Kat bawah ni aku
belanja gambar seafood yang sempat di ambil di sini..jom layannnnn....
Lobster
Sotong
Udang
Ketam
Selepas
dah selesai menjelajah ke hampir keseluruhan kawasan ini, maka kami
anak beranak pun beransur-ansur meninggalkan kedai ini untuk bersiar-siar sekitar Todak
Waterfront di depan Hyatt Regency Hotel..tapi nak bergambar pada waktu
malam macam tak berapa sesuai kat sini sebab agak gelap, mungkin kena datang lagi besok
hari untuk bergambar di sini..hehehe..
Kat Todak Waterfront
Dulu masa aku datang pada tahun 2014, benda ni tak ada lagi
Selepas
selesai bersiar-siar di hadapan Todak Waterfront, maka kami pun melalui
Jalan Segama atau juga dikenali sebagai Durian Street disebabkan
banyaknya durian yang dijual kat sini..oleh kerana masih kenyang jadi kami taklah
teringin sangat nak makan durian ni..so kami lalu jelah sambil
tengok-tengok gerai-gerai durian dan buah-buahan tempatan yang lain yang
dijual di sini..kami pernah makan durian kat sini waktu kami datang
pada tahun 2012 yang lalu.
Banyak durian dijual di Jalan Segama
Bersiar-siar di Jalan Segama
Apabila
selesai melalui Jalan Segama, maka sampailah kepada kemuncaknya
perjalanan kami di Bandaraya Kota Kinabalu pada hari ini, masing-masing
dah terasa penat dan nampak bilik hotel dah sebab nak berehat..hehehe.. Jadi
tanpa membuang masa aku terus on aplikasi GrabCar..lepas book dalam 2
atau 3 minit je GrabCar terus sampai.. harganya pun RM5 je..sampai tak
sempat nak bergambar kat tempat menunggu..huahuahua.. Driver GrabCar ini
pun sporting jugak, kiranya banyak benda jugaklah aku sembang..
Sekejap
je sampai kat hotel mungkin dalam 5 minit je..tapi kalau berjalan mau
sejam jugak kot..memang berbaloilah dengan bayaran RM5 dengan GrabCar
ni.. Apabila
dah sampai di Sabah Oriental Hotel ni, kami terus berehat di lobi
hotel..tempatnya luas dan selesa..sambil bergambar dan melayan karenah
anak-anak kat sini.. Sememangnya memang puas hatilah dengan Sabah
Oriental Hotel ni..
Kat lobi Sabah Oriental Hotel setelah balik dari makan seafood di Todak Waterfront Hawker Centre
Bergambar di lobi hotel
Kiranya
lama jugaklah kami berehat kat sini..anak-anak aku punyalah seronok duk
main..tapi kena control jugak kelakuan diorang ni supaya tak menggangu
guest-guest yang lain. Kat bawah ni aku share sekitar gambar lobi Sabah
Oriental Hotel..luas beb..jemput layan..
Ruang makan minum
Ruang rehat
Ada lounge lagi tuu..
Anak-anak
aku ni memang tak jemu-jemi duk main dan lepak kat lobby hotel ni, tapi
kalau duk ikut diorang je memang lambat lah nak naik ke bilik, jadi
selepas tu aku ajak diorang naik atas pulak kiranya main dekat dalam
bilik pulak lah..ekekeke..
Masing-masing duk rilek
Karenah anak-anak ni lah menjadi penghibur hati
Selepas sampai di bilik, kami semua mandi-mandi dan solat..tak lama kemudian semua tidor kerana keletihan..hehehe...
Okaylah sambung pula cerita untuk besok hari iaitu hari kedua pulak nanti pada entry yang seterusnya. Saksikan video kami di hari pertama ini :-
Banyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni. Paling best rasanya kat Kundasang kot. sejuk tempat tu. Makanan laut pun banyak dan murah-murah sini. Rugi lah sape yang tak pernah pergi Sabah ni.
Betul tu banyak tempat2 menarik di Sabah ni..tapi saya masih tak berkesempatan lagi nak ke Kundasang..bukan Kundasang je..Cameron Highland pun tak pernah sampai lagi..huhuhu..kena biar sampai Cameron Highland dulu baru pergi ke Kundasang..ekekeke
Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:
Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog inisecara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.
Best bossku...gaya penceritaan terbaik....
ReplyDeletehehe..Tmksh bossku..
DeleteFlight MAS g KK seat 3-3 eh? Booked Malindo g KK next month. First time naik Malindo. Hopefully everything goes well
ReplyDeleteYup seat MAS ke KK 3-3..naik Malindo best juga legroom nya luas..selamat bercuti ke KK..wow bestnyer..
DeleteBanyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni. Paling best rasanya kat Kundasang kot. sejuk tempat tu. Makanan laut pun banyak dan murah-murah sini. Rugi lah sape yang tak pernah pergi Sabah ni.
ReplyDeleteBetul tu banyak tempat2 menarik di Sabah ni..tapi saya masih tak berkesempatan lagi nak ke Kundasang..bukan Kundasang je..Cameron Highland pun tak pernah sampai lagi..huhuhu..kena biar sampai Cameron Highland dulu baru pergi ke Kundasang..ekekeke
DeleteTq sharing info sgt detail 👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tuan bercuti di Sabah terutamanya KK.
ReplyDelete