Saturday, February 21, 2015

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2


Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler...kena tidur pakai jacket dengan selimut tebal...mungkin ini sebab taraf hostel kot diorang tak pasang heater..

Berbanding dengan hotel yang kami menginap dekat Seoul dulu, masuk-masuk bilik rasa macam duduk dekat Malaysia je..panas je...aku rasa macam heater dia dipasang dekat lantai..memang selesa..siap kena pasang aircond lagi untuk tidur...kekeke...tapi takpelah suhunya bolehlah diadjust2...tapi kalau bilik sejuk tapi takde heater macam hostel kat Hong Kong ni...kena guna selimutlah untuk adjustkan suhunye..kehkehkeh...



Suhu yang diramalkan pada hari ni 



Di depan Chungking Mansion



Selamat pagi semua!


Hari ni kami keluar awal sedikit, dekat-dekat pukul 9 pagi selepas sarapan dengan bekalan yang kami bawa dari Malaysia seperti roti, biskut, maggi, bubur segera (beli kat Tesco macam bubur McD)..sedap woo..dan bermacam-macam lagi...

Hari ni destinasi kami adalah Hong Kong Disneyland yang terletak di Lantau Island, kami dijangka akan berada di sana sehari suntuk oleh kerana tiketnya yang mahal lebih kurang RM200 seorang untuk masuk ke Disneyland ni selama sehari...

Kami pergi ke Disneyland dengan menaiki train, sebelum naik train tu pastikan anda cek dulu baki octopus card, dan topup siap-siap kalau kurang..taklah payah sangat untuk guna machine topup octopus card tu..ikut je instruction dia..



Mesin topup Octopus Card


Sepanjang perjalanan ke Disneyland ni, aku memang payahlah nak dapat tempat duduk..orang punyalah ramai...2, 3 kali tukar train jugaklah untuk sampai ke Disneyland ni..kalau perhentian2 train ni tak ditulis dalam English masa dalam train, cuba jenguk kat luar keretapi masa train berhenti kat station tu, kat setiap station aku perasan mesti ada dalam English..itulah cara yang aku pakai untuk tentukan kat station mana aku berada sekarang..kekeke..



Bergambar dulu kalau tak silap aku dekat Lai King Station


Punyalah ramai orang...budak-budakpun terpaksa berdiri dalam train..

Train dari Sunny Bay Station ke Disneyland ni pun berbeza dengan train-train yang lain, bentuk cermin pun berbentuk Mickey Mouse, memang terasa feel Disneyland tu..hehehe..



Inilah train dari Sunny Bay Station ke Disneyland (gambar diambil dari wikipedia sebab aku tak sempat nak snap gambarnya..kekeke)

Lepas keluar dari Disneyland Resort Station tu, terus nampak pintu gerbang Disneyland...perghhh meriahnya kat sini...ramai orang berpusu-pusu nak masuk dan bergambar kat sini...kami sampai lebih kurang jam 10.00 pagi, elok dah tu..Disneyland ni pun buka bermula pada pukul 9.30 pagi sampai sampai 9.00 malam..lewat skit je...kekeke...



Pintu gerbang Disneyland


Sebelum masuk ke Disneyland


Tiket masuk semuanya kami dah beli online waktu di Malaysia, tapi yang penting jangan lupa bawa debit card yang digunakan masa buat pembelian tiket secara online tu sebab ada mesin yang akan verify kad debit/kredit kita..pergghhh nasib baik aku bawak kad debit aku...jadi tak payahlah nak beratur panjang untuk dapatkan tiket tu..




Inilah harga tiket dalam laman web (https://www.hongkongdisneyland.com/tickets/)



Inilah mesin yang memerlukan debit/credit card dimasukkan...lepas dimasukkan tiket akan keluar..ada staff yang ajar kita..


Yeay..kami dah dapat tiket dah...huhuhu...


Masa nak masuk melepasi pagar tu, aku tengok diorang buat spot check beg lah pulak, risau jugak banyak makanan dan minuman yang kami bawak dalam beg tu takut kena rampas, takpelah tawakkal je la...kalau tak boleh bawak masuk bagilah kat diorang...kekeke..

Masa diorang bukak beg tu, memang banyaklah makanan-minuman yang ada..hahaha...diorang bagitau makanan dan minuman ni boleh bawa masuk tapi jangan makan atau bawa masuk dalam restoran kat dalam Disneyland tu..jadi kami jawab okay...fuhh legalah...selamat jugaklah bekalan makanan kami semua...Alhamdulillah...huhuhu...



Kat sebelah tu tempat diorang periksa beg pengunjung


Lepas masuk melepasi pagar tu, jangan lupa untuk ambil brochure Disneyland map guide dan entertainment schedule dia, barulah senang untuk merancang perjalanan anda...yang penting sekali adalah restaurant halal yang bernama Explorer's Club Restaurant yang bernombor 34 dalam map tu...


Hong Kong Disneyland Guide Map

Yang untung berjalan waktu musim sejuk ni adalah, kita payah nak berpeluh walaupun berjalan di bawah cahaya matahari, tapi yang letihnya adalah akibat orang yang ramai, kami semua terpaksa beratur lebih kurang 30 minit untuk setiap permainan yang ada termasuklah untuk bergambar dengan Mickey Mouse dan Donald Duck...



Ambik gambar dengan Mickey Mouse kat tepi dululah...nak kena beratur panjang tuu kalau nak amik gambar...



Sambil beratur sambil bergambar...hehehe...


Alhamdulillah..dapat jugak bergambar dengan Mickey Mouse setelah beratur punyalah lama...


Sempat jugak bergambar dengan Donald Duck...


Kelihatan pancaragam Disney sedang mara..

Selepas bergambar tu, kami pun berjalan-jalan lagi...walaupun dikatakan Hong Kong Disneyland ni adalah yang paling kecik, tapi aku rasa luas jugak nak berjalan pun, nak masuk semua tempat pun aku rasa macam tak sempat kalau sehari...tak tahulah berapa hari boleh habis berjalan kalau Disneyland tempat lain luas lagi dari yang ni...



Sleeping Beauty Castle, tapi macam under renovation sikit...


Seronoklah diorang ni...

Pastu kami jalan-jalan terjumpa stage Frozen dan patung Olaf (dalam cerita Frozen), aku tanya staff Disneyland kat situ, ada Elsa dan Anna tak kat Hong Kong Disneyland ni, diorang cakap ada..kena datang kat stage sini pada pukul 2.40pm ada sesi bergambar bersama Elsa dan Anna, tapi anak aku dah tak boleh bergambar dah sebab sesi pendaftaran dibuka pada pukul 10pagi tadi...oooo...manelah aku tau kena register dulu pada pukul 10pagi tadi...takpelah asalkan anak aku boleh tengok Elsa dan Anna yang real punya pun jadilah...hehehe...

Okay jadi kami pergi cari makan dulu..restoran halal yang dituju adalah Explorer's Club Restaurant, jauh jugaklah nak berjalan...sambil berjalan tu kami singggahlah kat mana-mana tempat yang menarik untuk bergambar..hehehe..



Singgah bergambar dalam perjalanan ke Restaurant Halal Explorer's Club


Toy Storyland


Naik keta kejap..kikiki...


Sempat lagi nak beli mainan

Dah sampai Explorer's Club Restaurant tu, boleh tengoklah harga makanan dia..jangan terkejut sudah..kekeke..jadi standbylah duit siap-siap barulah tak terkejut dengan harganya nanti...



Bergambar kat depan Explorer's Club Restaurant

Harga di Explorer's Club Restaurant..Di ambil dari (http://goodgirlgotravel.blogspot.com/2014/06/halal-food-hong-kong-disneyland-n-its.html)..lupa nak ambik gambar...kekeke..

Kakak aku bersama anaknya kat dalam Explorer's Club Restaurant



Walaupun mahal tapi puas hati...

Jemput makan semua...

Alhamdulillah dah kenyang semua...kami pun bergegas ke tempat Frozen pulak...anak aku dah tak sabar nak jumpa Elsa dan Anna ni...akhirnya dapat jugak tengok Frozen secara live ni...Dari tahun lepas lagi anak aku tanya nanti kat Hong Kong Disneyland ada Frozen tak, aku pun tak berani jawab sebab tengok dalam website Hong Kong Disneyland takdepun show cerita Frozen..so aku cakap kat dia supaya berdoa pada ALLAH SWT, semoga Elsa dan Anna ada masa kita pergi Disneyland tu..Alhamdulillah doa anak aku dimakbulkan..seronok giler anak aku...



Elsa dan Anna didepan mata



Sesuai diorang ni jadi Elsa dan Anna



Walaupun tak dapat bergambar dengan Frozen, tapi anak aku berpuas hati...

Lepas tu, kami pun bergegas untuk tengok perarakan atau dikenali sebagai "Flights of Fantasy Parade"..memang meriah giler kat sini..kalau lambat tak dapt duduk depan untuk tengok tu..penuh orang duk tunggu perarakan ni...

Tengah menunggu perarakan



Dah bermula dah Flights Fantasy of Parade ni



Meriah-meriah







Lilo and Stitch pun ada..





Khusyuk menonton budak-budak ni..kekeke..



Toy Story


Add caption




Memang hebat perarakan Disneyland ni, dengan music yang didendangkan memang berjaya menggembirakan hati kanak-kanak yang berkunjung kat sini...Selepas menyaksikan perarakan tu..kami pun pergi jalan-jalan untuk mencari permainan apa yang boleh kami main..kekeke...



Tomorrowland

Naik benda ni la pulak..hehehe..

Lepas tu kami pergi tengok persembahan The Golden Mickeys, memang tersangat ramailah orang..nasiblah kami berkesempatan jugak untuk tengok..persembahan yang menarik...kat dalam ni tak dibenarkan untuk ambil gambar dan video...aku ambik video je sikit-sikit..tu pun secara curi-curi..gambar tak ambik langsung..kehkehkeh..

Tengah menunggu untuk tengok persembahan "The Golden Mickeys"


Lepas tu kami ke "It's a Small World" pulak...masuk dalam bangunan tu, kena naik bot pusing-pusing melalui anak sungai..sepanjang masa dengar lagu "It's a Small World"..semua benda jadi patung kecik...kekeke...lawak lawak...hehehe..lama jugak duk atas bot tu...


Bergambar kat depan bangunan "It's a Small World"

Baru nak masuk dalam Small World..pasni kena naik bot..

Lepas tu kami kembali ke Explorer's Club Restaurant, sebab aku ingatkan kat situ ada surau untuk solat, aku cari-cari tak jumpa..last2 aku tanya staff restoran tu, dia cakap takde surau kat sini, dia suruh aku pergi kat Main Street USA, macam jauh pulak nak patah balik..pastu aku cakap kat dia tak sempat dah nak patah balik kat sana sebab waktu Asar pun dah nak abis dah..

Pastu dia bagi ruang kat tepi restoran tu untuk kami semua bersolat, bagus betullah budi pekerti mereka-mereka ni...jadi kami jamakkan solat Asar dan Zohor kat sini je..

Selepas selesai semuanya, kami pun pergi main mainan lagi yang ada kat Disneyland ni sehingga waktu persembahan "Disney Paint The Night" Parade pada malam hari, waktu ni memang lagi ramai orang yang dah tunggu untuk saksikan perarakan lampu di tu..memang meriah jugaklah..


Sempat lagi bergambar dengan waktu Toy Story sebelum ke Sleeping Beauty Castle


Dan selepas persembahan terakhir iaitu persembahan bunga api iaitu "Disney in the Stars" Fireworks pada jam 9.00pm dekat Sleeping Beauty Castle..memang best persembahan bunga api tu..

Selepas itu, kami pun beredar dan balik ke bilik hotel dengan menaiki train...fuhhh hari yang meletihkan...untuk makan malam kami tapau je kat Chungking Mansion dan makan kat bilik...pastu kami zZzZ....

Saksikan video kami untuk hari kedua di Hong Kong :-





Bersambung pada hari ketiga nanti...terima kasih...


11 comments:

  1. wah..terbaik gambar2nya.. maybe sebab pergi hari ahad tu yang ramai sgt org kot.. rezeki ek dpt bwk masuk makanan.. saya pon plan nak bwk gak (*_*) harap2 lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..terlalu ramai orang hari minggu ni..hehe..kami pun tak terpikir langsung yang tak boleh bawa masuk makanan..bawak je makanan agak2 cukup untuk isi perut sikit2..kalau kena rampas taklah terasa sangat..hehe..ok selamat bercuti!

      Delete
  2. Replies
    1. Salam, saya pun tak pasti ada ke tak bilik solat tu, tapi cuba baca blog ni, dia cakap dekat Main Street..(http://dodoisidodoi.blogspot.nl/2013/04/surau-di-disneyland-hong-kong.html)..Thanks

      Delete
  3. Terbaik.... terima kasih sudi share pengalaman korang!

    Giliran kami ke sana Oktober nanti, Insya Allah....

    Pasal solat... make sure tempat yang bersih dan tak halang laluan orang ramai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..selamat melancong En. Alizal! :-)

      Delete
  4. Cantiknya semua gambar-gambar masa kat sana. And info yang diberikan semua sangatlah membantu. Kalau ada rasa nak ke Hong Kong lagi, mungkin boleh hubungi mereka untuk tawaran pakej terhebat. :)

    http://www.pakej-percutian.com.my/negara/pakej-percutian-ke-hong-kong/

    ReplyDelete
  5. Salam..ok ker check in kat chungkin masion tu..selamat ker..
    hotel apa ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika ada duit lebih baik ambil hotel lain, kat sini banyak warga asing. Tapi ramai budget traveller yang duduk kat sini, cuma kelebihan kat sini adalah makanan halal, dekat dgn train station dan avenue of stars..Saya book Marrigold Hostel, sampai kat sana dipindahkan kalau tak silap ke New London Hostel kalau.. sebab bilik penuh..tak pernah lagi terjadi macam ni kat saya..waktu mula2 duduk kat sini memang rasa frust dengan keadaan dia, lepas tu rasa biasa je sebab banyak keluar berjalan..hanya tidur sahaja kat sini..setakat saya duduk kat situ selamat takde apa masalah, cuma banyak ulat2..tapi kena berhati2 jugaklah..harap dapat membantu :-)

      Delete
  6. Salam nk tanya.. Kalau beli tiket online guna kad kredit orang lain dan bawak kad tu boleh ke? Atau kena guna kad kredit sendiri je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa macam boleh pakai kad kredit org lain dgn syarat bawa kadnya sekali..sbb mesin tu dan staff sana tak check pemilik kad kredit tu, tp janji bawa kad kredit yg kita buat pembelian tu utk masuk dlm mesin tu, tp kalau nak selamat baik pakai kad debit atau kad kredit sendiri, tapi masa kat hostel di Chungking Mansion tu pun diorang ada jual tiket disneyland..harga pun lebih kurang je..tp yg paling selamat baik beli online awal2 pakai kad kredit/debit sendiri..risau jugak kan takut tiket sold out kalau beli kat sana..diharap penerangan ni dapat membantu..selamat melancong ke Hong Kong!

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.