Monday, July 29, 2019

Bercuti di Kuala Lumpur Feb 2019 Day 2 (Last Day)


Alhamdulillah..Semalam kami semua dapat tidur dengan nyenyaknya..memang selesa tidur di sini..aircondnya pun sejuk dan berfungsi dengan baik..berbaloi2 dengan harganya..

Oleh kerana aku ambil bilik hotel tanpa breakfast masa book bilik ni, maka terpaksalah aku keluar untuk mencari makanan untuk kami breakfast pagi ni. Adakah ada makanan atau kedai di sekitar kawasan hotel ni iaitu di Jalan Raja Laut ni? maklumlah di kawasan ni semuanya bangunan tinggi pencakar langit..


Anak aku masih sedap tidur..ekekeke..

Layan IPTV yang aku subscribe di rumah, tapi internet kat hotel ni agak slow..buffering jugaklah kalau layan HD Channel..

Tapi sebelum keluar cari makanan, sempat lagi aku duduk rilek-rilek sambil melihat bangunan di luar tingkap bilik hotel ni..pergghh bestnyer lepak dalam bilik hotel sambil melayan permandangan kotaraya Kuala Lumpur ni.. Tingkap bilik hotel aku ni menghadap bangunan Sunway Putra Hotel yang dulunya adalah bangunan Yaohan..teringat dulu masa kecik-kecik tengok bangunan ni lebih kurang 20 tahun dulu kot..hehehe..


Bangunan Sunway Putra Hotel yang dulunya adalah bangunan Yaohan



Semalam, aku teringat ada staff hotel yang bagitau sekarang ni boleh order pakai Panda Food iaitu aplikasi yang hantar makanan sampai ke bilik hotel..tapi aku tak biasa pulak pakai benda alah ni..so aku ikutlah style old fashion aku dengan berjalan kaki keluar cari makanan..ekekeke.. lagipun elok jugalah aku berjalan keluar ambil suasana pagi Kuala Lumpur ni..huhuhu..


Kawasan lobi hotel




Ketika lalu di kawasan lobi hotel, sempat jugalah aku menghayati decoration lobinya, walaupun hanya 3 bintang, tetapi suasana hiasan dalaman hotel ini cantik juga..kiranya berbaloi kami booked hotel ni.. Boleh lihat beberapa keping gambar yang sempat di ambil di kawasan lobi hotel di bawah ini..



Cafe restoran

Apabila tengok orang tengah breakfast di hotel, jadi aku dapat tengok jelah..huhuhu..siapa suruh tak ambil yang ada breakfast? hahaha..kali ni takde bajet bossku..huhuhu.. Jadi aku pun meneruskan perjalanan untuk mencari breakfast untuk kami semua..


Dapat tengok jelah orang breakfast kat hotel..hukhukhuk..

Kaunter check in hotel






Aku pun pergilah cari makanan kat luar tu..kebetulan nampak 7-Eleven dan beberapa kedai lagi kat luar..so pagi ni InsyaAllah kami tak kelaparanvsebab dah ada makanan yang dijual..bolehlah gagah beli roti dan maggi..nak buat macam mana nasi atau kueh tak ada dijual di kawasan ni.. 

Suasana pagi di hari public holiday di Kuala Lumpur ni memang lengang giler.. mungkin boleh tidur kot di atas jalanraya..ekekeke.. Ingatkan di Kuala Lumpur ni sepanjang masa penuh dengan kenderaan, rupanya tengok time jugak..


Depan The Plaza Hotel Kuala Lumpur



Jalan raya di Kuala Lumpur agak lengang di waktu pagi

Tanpa membuang masa, aku terus pergi membeli apa yang patut di kedai runcit berhampiran hotel untuk dijadikan sebagai sarapan untuk kami sekeluarga di bilik hotel nanti. Hotel ni boleh direkomen sebab dekat dengan kedai runcit dan kedai mamak..cumanya aku lupa nak ambil gambar kedai runcit dan kedai mamak tu..sorry ye..hukhukhuk..




Selepas sampai di bilik hotel, kami terus makan breakfast bersama-sama, bajet macam makan kat oversea je kan..ekekeke.. Macam nilah cara kami breakfast kalau travel ke luar negara, bezanya kami tak bawa makanan siap-siap dalam bag je..kalau pergi oversea kena beli siap-siap makanan dan letak dalam satu bag khas untuk makanan sahaja..kalau setakat nak pergi Kuala Lumpur rasanya tak perlulah beli siap-siap makanan letak dalam bag kan..nanti orang gelak je..huahuahua..


Jom breakfast

Si kecik ni dah bangun dah..ekekeke..

Saya breakfast dengan roti la..



Oittt..sedapnya makan..


Makan sambil layan handset..budak-budak zaman sekarang macam nilah gayanya..




Selepas itu tibalah masanya untuk anak-anak mandi kat bathtub, anak aku dari kecik lagi setiap kali kami ambil hotel mesti dia tanya, bilik luas ke tidak dan ada bathtub ke tidak? Tambah pula sekarang ni ada adik kecik pulak, seronoklah diorang boleh mandi berdua dalam bathtub kan..

So aku sebagai ayah mestilah kena teman diorang mandi, tak berani kalau nak biarkan diorang mandi berdua je dalam bathtub tu..walaupun waktu diorang mandi tu bolehlah aku berehat atas katil, tapi anak-anak punya pasal aku gagahkan juga untuk teman mereka mandi sebab risau jugak kalau berlaku apa-apa kan..mintak jauhlah..Semoga ALLAH SWT lindungi kita semua..Amin..



Walaupun hotel ni 3 bintang je..tapi ada bathtub beb..



Hotel ni nampak macam hotel lama, tapi tahap kebersihan bilik dan tandas memang boleh dipuji..terjaga..berbaloi-baloi kan stay kat hotel ni..kiranya pada mulanya expectation aku kat hotel ni agak rendah jugaklah..tapi lepas sampai memang puas hati..harga murah tapi selesa..bukan macam hotel bajet dah ni kiranya macam hotel mewah jugaklah..huhuhu..


Tandas bilik hotel yang bersih



Lama jugaklah anak-anak aku sempat mandi kat dalam bathtub ni, keseronokan anak-anak adalah benda yang penting selalu kita fikirkan..semua ibubapa ingin buat yang terbaik untuk anak-anak..macam itulah ayah-ayah kerja kuat untuk keselesaan anak isteri dan keluarga..janji diorang happy..




Mandi dalam bathtub

Selepas selesai mandi semuanya maka kami bersiap-siap untuk check out..rasa macam tak puas je ambil hotel semalaman..sekurang-kurang kena dua malam baru best kan..nak lagi best ambil tiga malam terus..tapi bajet melambunglah pulak..ekekeke..


Saya dah mandi dah..



Sebelum check out sempat lagi aku merenung luar tingkap melihat keadaan di sekeliling, itulah pentingnya untuk duduk kat bilik hotel pada tingkat yang tinggi supaya dapat menikmati permandangan sekitar hotel..memang masa check in aku akan requestlah untuk dapat bilik yang paling atas sekali yang ada..

Biasanya aku akan call dulu, tapi dah tahu dah jawapan yang biasa pihak hotel manapun bagi, encik ianya bergantung kepada availability semasa check in..aku pun hairan kenapa diorang tak boleh reserve siap-siap bilik masa aku call tu? nak kena masa check in jugak baru dapat tahu dapat atau tidak..benda ni memang aku frust..


Permandangan dari bilik hotel kami

Permandangan dari bilik kami di tingkat 6

Macam biasa wife akulah yang akan mengemaskan bag-bag kami..kalau aku yang kemas main sumbat macam tu je..tak lipat-lipat dah..hahahaha.. sesiapa yang main jenis sumbat je pakaian dalam bag ni, kalau kena buka bag masa pemeriksaan keselamatan di airport, mesti malu giler sebab pakaian dalam beg berterabur...kahkahkah..

Benda wajib yang aku buat sebelum check out adalah untuk bergambar seisi keluarga dalam bilik hotel, itupun kalau semua bagi kerjasama..kalau tidak tak dapatlah bergambar bersama..hukhukhuk..tapi kali ni Alhamdulillah dapat juga bergambar bersama seisi keluarga dalam bilik The Plaza Hotel..


Bergambar berdua dulu..testing jadi ke tidak..ekekeke

Bergambar bertiga pulak..

Akhir sekali bergambar berempat kami..Alhamdulillah..



Apabila dah selesainya makanya kami pun mula turun ke lobi untuk check out, kami juga berpuas hati dengan layanan dari pihak hotel. Next time InsyaAllah kami boleh menginap lagi di sini..tapi tak tahu bila..huhuhu..


Bergambar di depan pintu bilik



Proses check out semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah..apabila dah check out ni maka berakhirlah penginapan kami di hotel, maka dah jadi orang biasa dah..ekekeke..masa duk hotel rasa seronok sebab dapat layanan baik punya dari pihak hotel..kalau nak dapat layanan special memang kena menginap di hotel dulu baru tahu..huhuhu..


Wife aku tengah check out

Anak-anak iaitu buah jantung kami

Sempat lagi bergambar di lobi The Plaza Hotel



Kemudian kami berjalan kaki aje ke Stesen LRT Sultan Ismail, maklumlah nak jimat sebab rasa macam rugi pulak kalau naik GrabCar sebab dekat je lebih kurang dalam 260 meter je dari The Plaza Hotel..walaupun dekat tapi berpeluh jugaklah sebab nak kena angkut anak aku dengan strollernya naik tangga jejantas..hahaha..


Jarak jalan kaki dari The Plaza Hotel ke Stesen LRT Sultan Ismail

Berjalan kaki menghala ke Stesen LRT Sultan Ismail





Apabila sampai di Stesen LRT Sultan Ismail, kami guna lift kecik untuk naik ke tingkat atas, kalau dilihat lift tu macam untuk orang disable, tapi memang aku tak larat dah nak angkut anak aku naik tangga..mungkin memang boleh jugak kot guna lift kecik tu jika bersama dengan kanak-kanak..ekekeke..kalau ada escalator okaylah jugak kan..mungkin akan datang akan dibina juga lift atau escalator untuk kemudahan bagi yang membawa kanak-kanak.. Tak lama kami tunggu LRT ni, sekejap je dah sampai..maka kami terus menuju ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan untuk transit ke KTM Komuter..


Dalam train LRT menuju ke Stesen Bandar Tasik Selatan dari Stesen Sultan Ismail



Tak lama selepas itu lebih kurang setengah jam kemudian, kami pun sampai di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan setelah melalui lebih kurang 10 buah stesen.. Inilah kami pertama seumur hidup aku menjejakkan kaki ke stesen ini..maklumlah sebab asyik ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kereta semenjak berkeluarga ni..hehehe.. Selepas itu kami terus transit ke Stesen KTM Bandar Tasik Selatan.


Dah sampai di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan

Di Stesen Bandar Tasik Selatanlah terletaknya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), iaitu stesen bas yang dikatakan mencapai standard antarabangsa dari segi sistemnya yang sistematik seolah-olah naik bas macam naik kapal terbang, aku dengar cerita dari orang lain je mengenai perkara ini disebabkan aku sendiri pun tak pernah jejak lagi kaki ke sini..nak tahu kebenarannya memang kena datang ke sini jugak..mungkin masa akan datang aku akan bawa isteri dan anak-anak ke sini..InsyaAllah


Di Bandar Tasik Selatan juga terletaknya Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Kita minum dulu..





Tanpa membuang masa lagi, kami semua terus turun ke Stesen KTM Bandar Tasik Selatan..sebab dah nampak rumah dah masing-masing..penat jugak kot..ekekeke.. tapi terpaksa tanya orang jugaklah waktu nak turun ke Stesen KTM Bandar Tasik Selatan ni..maklumlah aku pernah datang ke sini, pening juga kepala nak pikir nak tuju kat mana..malu bertanya sesat jalan..macam orang kampung pulak aku ni..memang aku ni orang kampung!..huahuahua..


Stesen KTM Bandar Tasik Selatan

Untuk balik kami tidak menggunakan perkhidmatan MRT sebab malas nak tukar train banyak kali..dah dapat naik MRT sekali pun jadilah kan..next time boleh setup trip naik MRT bawak Mak aku dan keluarga mertua aku pulak..tambahan bapa mertua aku seronok kalau naik train.. huhuhu.. InsyaALLAH..



Tengah tunggu train KTM

Tak sempat aku nak ambik gambar banyak-banyak, tau-tau train KTM dah sampai dah..cepat jugak semua train kali ni, adakah semua train-train dah berpakat untuk hantar kami cepat-cepat balik rumah???..wakakakaka.. Kiranya semua servis train-train di Malaysia ni dah bagus dan terbaik..


Train KTM dah sampai..sekejap je tunggu..bagus betul servis train-train di Malaysia ni



Jadi destinasi terakhir kami adalah Nilai, Negeri Sembilan..kali ni keadaan train KTM ni agak lengang banyak disebabkan Public Holiday..kalau tidak nak dapat tempat duduk pun payah, kena berdiri je..mau tak sakit pinggang berdiri selama lebih kurang 40 minit, kalau kita orang dewasa takpelah, tapi kalau budak-budaklah tu lah yang kesian.. pendek kata elakkan menggunakan train KTM ni waktu peak hour contohnya seperti waktu orang nak pergi kerja dan balik kerja..




Dapat main handphone diam teruslah budak kecik ini..apa punya budaklah macam ni..ekekeke..



Bergambar dalam train KTM

Maka lebih kurang 40 minit kemudian sampailah kami ke Stesen KTM Nilai, maka berakhirlah percutian singkat kami ke Kuala Lumpur..walaupun singkat tapi ianya cukup menggembirakan hati aku, isteri dan anak-anak..Alhamdulillah..Jumpa lagi di lain waktu.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog travel aku ni..

Jangan lupa untuk saksikan video kami pada hari kedua iaitu hari terakhir kami di Kuala Lumpur :-


2 comments:

  1. parking kt ktm nilai percuma? safe ker park overnite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking at our own risk..huhuhu.kat KTM Nilai dan ERL Salak Tinggi mmg ramai yg park overnite..cuma kat Salak Tinggi berbumbung dan berbayar..sbb pagi2 train dah jalan..

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.