Friday, July 12, 2013

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 3


Harini kami keluar dari bilik hotel agak lewat skit, kami tunggu waktu zohor dulu sebab kami nak jamakkan siap2 Zohor dan Asar, Zohor kat Shanghai pada waktu ni ialah pada jam 11.44am. Lepas selesai solat kami pun turun ke lobby dan tanya staff kat sana yang kami nak pegi ke restoran halal yang ada kat Deping Road, tak tahulah dia paham ke tidak, tiba2 dia tolong tahan teksi untuk kami...wow memang baik betulla staff kat hotel ni...ntah ape ntah yang dia bagitau kat driver tu...okay kami pun naik teksi tu...dekat lebih kurang 100 meter driver pun berhenti dia kata dah sampai...aku pun cakap depan lagi...cakap omputihla...kekekeke....


Bergambar kat luar hotel sebelum meneruskan pengembaraan


Takkan setakat 100 meter aku nak naik teksi...mgkn staff hotel tu salah paham dan bagitau benda lain kat driver teksi tu....last2 aku tunjuk tempat mane yang nak berhenti...lbh krg 1km lebih jugak tempat tu...jalan dia straight je...RMB14 kena bayar walaupun dekat pun...entah2 tadi diorang ingat kami orang kaya dekat 100 meter pun nak naik teksi...kakakakaka...

Tapi yang malangnya restoran tu dah tutup untuk renovations....adoila....aduhhh lapar ni....

Jadi kami pun tahan teksi lain untuk ke GGJ Muslims Restaurant di Zhenjiang Middle Road yang aku dah print siap dlm itinerary aku...so dah sampai kat jalan tu..RMB32 untuk 12km..aku pun pening macam mana nak cari restoran tu...bangunan byk sangat...tgk dlm google map pun blur jugak....rupa2nya driver teksi tu drop kami kat jalan lain Zheijiang Middle Road rupanya...padahal aku dah tunjuk nama jalan tu dalam bahasa cina dah...mungkin dlm bahasa cina pun sehuruf atau dua huruf yang beza kot...




Kan ada dalam senarai itinerary aku restoran ni...kikiki...



Tengah2 mencari restoran GCJ Muslims Restaurant tu tiba kami terserempak Xinjiang Pamir Muslims Restaurant, aku pun bagitau wife aku ini restoran halal, lgpun memang antara list restoran halal yang aku letak dlm itinerary aku...pastu nak pastikan lagi aku tanya halal ke tak ni pekerja kedai tu...pastu ramai2 diorang cakap halal...halal...halal...nak tarik kami jadi customer dialah tu...jadi tanpa berfikir panjang, kami pun masuk trus restoran tu...esklusif sikit restoran ni...keseluruhan cas yang dikenakan RMB 40 dengan 2 pinggan nasi, sepinggan telur dadar (omelette) RMB15 and sepinggan daging kambing (lamb) RMB25..Restoran ni memang bagus...pasti datang lagi kalau bertandang ke sini...InsyaALLAH..tapi aku hairan dekat Shanghai ni diorang tak mintak order air ke hah? asyik minum air teh tawar dia je...




Wow sedap tu nasi goreng dia..


Licin dah...Alhamdulillah kenyang dah...




Bergambar depan Pamir Restaurant Shanghai


Alhamdulillah..tenaga kami kembali pulih selepas menikmati makan tengahari, kat luar kedai tu aku pun snap2 la gambar skit...betul2 kat tepi kedai tu adalah penjaja yang jual mainan...anak aku sampai menangis2 nak beli...aku tak beli la sebab harga mainan tu macam kat pasar malam kita je...kalau dia bagi kurang banyak okay jugakla...ni sikit je kurang...sampai tertidur anak aku menangis punya pasal...kikiki....pastu kami pun terus berjalan menghala ke Nanjing Road sebab wife aku nak beli buah tangan kat keluarga dan kawan2..


Nanjing Road


Kat luar okay lagi tak berapa sesak, kalau masuk dalam bangunan memang sesak



Dekat Nanjing Road tu penuh giler ngan manusia...mungkin musim cuti di sini kot...barang2 kat
kedai di sini tak berapa menarik...aduhh penat jugakla duk dukung anak aku ni...masa tengah jalan2 tu adalah penjaja yang nak jual roller blade..dia duk follow aku je..aku cakap tak nak beli...dia pujuk2 aku gak...last2 aku beli gak lepas dia wat kurang lebih kurang 70% dari harga mula2 dia offer kat aku...haha...


Kawasan berhampiran Yuyuan Garden


Cantik gak senibina dia


Lepas tu aku pun cakap kat wife aku baik kita pergi ke Yuyuan Garden, kot2 sana diorang ada jual yang kita berkenan, waktu ni aku tunjuk nama dan gambar Yuyuan Garden tu kat driver teksi pakai tablet China aku je..maklumla aku tak print tempat dia...memang sangat membantu tablet China aku ni..haha...bayaran teksi dari Nanjing Road ke Yuyuan Garden adalah RMB14 lebih kurang 2km je...




Depan Yuyuan Garden







Ramai giler pengunjung2 kat sini


Kat pintu masuk Yuyuan Garden



Wow, tempat ni memang sangat menarik untuk dikunjungi siap ada bazaar lagi untuk membeli-belah, sebelum kami membeli-belah, aku pergi ke Yuyuan Garden tu, tp aku tak masuk dalam sebab kena beli tiket...malaslah aku nak beli tiket dia...kikiki...sesak giler kat sini...nak jalan pun susah...lepas tu aku pun ikut wife aku pergi borong barang...aduhhh penatnya bawa banyak barang...kalau ada troli senang skit...kahkahkah...

Duit yuan kami dah nak habis, so kami terpaksa pakai USD nak beli barang, agak rugila skit...ada money changer kat sana, aku try nak tukar...perggghhh mahal giler...baik tukar banyak2 kat Malaysia sebelum berlepas ke China...


Kawasan bazaar berhampiran Yuyuan Garden




Wife aku tengoh shopping kat bazaar

Waktu ni kami dah nak balik dah ni

Puas hati datang kat sini




Aku kadang2 bangga gak sebab ada banyak gak orang China kat Shanghai yang suka nak ambik gambar anak aku ni...Alhamdulillah Syukur di atas segala kurniaan ALLAH SWT..masa kat Yuyuan Garden, diorang nak ambik gambar anak aku tapi anak aku pulak tak nak bagi kerjasama, frust diorang....tapi dekat2 bazaar ade pulak orang lain nak ambik gambar anak aku, kali ni anak aku malu2 tapi dia bagi kerjasama gak akhirnya kat diorang...hihi...
Lebih kurang 5.50pm kami pun ambik teksi dan balik ke hotel...waktu ni dah malam dah...


Anak aku bergambar kat kawasan hotel bersama kapal terbang yang baru dibeli petang tadi



Memang terhebatlah hotel ni


Kami plan nak rehat dalam bilik je, makan je yang mana ada...tapi tiba2 kami rasa nak tengok keadaan Deping Road tengah2 malam pulak macam mana disamping aku pun teringin nak beli stoking sebab kami tak bawa stoking secukupnya..lepas beli stoking tu tiba2 aku perasan macam restoran halal je, sebab nampak ramai2 orang berkopiah dlm tu...nama ape ntah kedai tu aku pun tak faham sebab dalam bahasa cina je signboard dia...yang sebenarnya wife aku memang berharap dapat jumpa restoran halal kat bawah ni sebab dia nak makan nasi...tak nak makan maggi atau roti kat dlm bilik...Alhamdulillah harapan wife aku dimakbulkan ALLAH SWT...macam tak percaya je...mula2 aku rasa macam tak logik je ada restoran halal yang betul2 dekat ngan hotel kami lebih kurang 100 meter je...






Antara menu yang diletakkan di dinding restoran


Terbaeklah siap bungkus tu..bersih betol restoran ni..


Kat dalam restoran di Deping Road


Sedapnyer...


 Kalau awal2 lagi aku tahu ada restoran halal dekat dgn hotel ni, memang hari2 kami makan kat sini..Memang kami enjoy dinner last kami kat Shanghai ni, tapi yang sebenarnya aku dah tak boleh makan daging kambing lagi..sikit2 lauk kat sini rasa macam daging kambing je...Memang masakan Malaysia jugak yang sedap...We miss Malaysia food..




Kat luar kedai tu


Pastu kami balik dan berehat...besok dah nak balik Malaysia dah...flight tengahari besok...taklah kalut sangat besok...masa masuk dlm hotel tu, aku jalan2 kat dlm tu, tiba aku ternampak mesin money changer, aku pun cek ok jugakla tukaran dia..murah jugak...so aku pun tukar kat sini...



Resit money changer
Canggih tu money changer pun ada mesin..lagi murah berbanding money changer dekat bazaar Yuyuan Garden



Kemudian kami pun naik ke bilik dan berehat..berjumpa selepas ini di hari keempat (hari terakhir)...


Video kami di hari ketiga :-








0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.