Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lenanya, si kecik pun tak meragam semalam..ekekeke.. Kami pun tak perlu tidur kat atas lantai dah seperti masa menginap di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Aku tolak katil bagi rapat dengan dinding so baby kecik kami ni terhalanglah dari golek-golek jatuh katil..huhuhu..Lagipun si kecik ni pun dah besar dah..Alhamdulillah.. Bangun pagi tengok kat luar tingkap permandangan bandaraya Melaka ni cukup best..dengan view yang menarik rasa perggghh marvellous..
Pemandangan bandaraya Melaka dari tingkat 20
Selepas itu kami pun bersiap-siap untuk pergi breakfast kat bawah.. Orang kata rugilah kalau tak breakfast free ni..Inilah first time dapat bersarapan di hotel bersama keluarga pada tahun ni..hehehe..Alhamdulillah..
Layan depa main-main dulu la sementara tunggu Umi dia bersiap-siap
Jom turun breakfast
Rupa-rupanya tempat breakfast yang dipanggil "Serambi Coffee House" berada di tingkat bawah lobi..mungkin pertama kali buat kami breakfast di bawah tanah hotel ni..ekekeke..
Signage tempat breakfast di lobi
Posing dulu sementara tunggu wife aku pergi ambil makanan
Gambar dua beradik
Bergambar sekeluarga
Walaupun The Emperor Hotel Malacca ni bertaraf 3 bintang je, tapi menu breakfast yang disediakan juga banyak dengan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan..memang puas hati beb..hehehe..
Antara makanan yang disediakan
Macam-macam ado
Minuman yang disediakan
Memang pagi ni kami makan dengan sepuas-puasnya, makan dengan si kecik ni memang makan masa jugak la kannn..ekekeke..sebab duk layan karenah dia..seronok layan anak-anak ni..kalau aku menginap kat hotel sorang-sorang memang jiwa akan terasa kosong tanpa isteri dan anak-anak disisi.. Syukur Allah SWT kurniakan mereka semua pada aku..Alhamdulillah..
Anak kedua aku memang suka bergambar..ekekeke..
Wefie dulu..hehehe..
Memang lama betul kami bersantai kat "Serambi Coffee House". Maklumlah bukan senang nak dapat peluang breakfast kat hotel ni...ekekeke.. Apabila dah selesai bersarapan, kami pun terus ke tingkat 7 sebab anak aku nak mandi kat swimming pool. Kira bagus jugaklah fasiliti kat hotel ni, swimming pool semua ada.
Ada dua kolam kat sini, satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk dewasa, waktu ni kolam kanak-kanak agak penuh, jadi anak aku nak mandi kat tempat dewasa, tapi aku tak bagilah dia mandi kat tempat dewasa tu sebab dalam sangat. Lepas tu merajuk pulak dah..pujuk punya pujuk aku suruh dia mandi kat bathtub dalam bilik..nasib dia setuju..ekekeke..
Ada 2 kolam renang di sini
Kolam kanak-kanak penuh
Tempat bersantai
Jadi kiranya tak lama lah kami kat kawasan kolam renang ni..lagipun kat sini panas giler woo..wakakaka.. Sementara nak naik ke atas, kami sempatlah bersantai-santai sambil memerhati lagak pengunjung yang mandi-manda di sini..
Jadi asyik je duk perhati keadaan sekeliling kolam renang
Pemandangan bandaraya Melaka dari tempat kolam renang
Pergghh memang tinggi betul bangunan The Emperor Hotel Malacca ni
Selfie dengan si kecik..ekekeke..
Cantik juga kawasan swimming pool ni kan
Tak lama selepas tu, kami terus naik ke bilik untuk berehat kejap sebelum menemani anak-anak aku mandi kat dalam bathtub seperti yang dijanjikan.. Terasa nyaman je duk dalam bilik ni sebab aircond..ekekeke..
Tak mau lagi rehat ke cik adik?
Kakak dah tak sabar nak mandi kat dalam bathtub
Baru nak rehat daa Abah..
Kemudian aku terus bawa anak-anak aku pergi mandi kat bathtub. Layan jela karenah depa ni...hehehe..Jadi aku menghabiskan masa aku waktu tu untuk meneman dan memantau depa ni mandi..seronok beb tengok anak-anak main..
Apabila dah selesai mandi-manda kat dalam bathtub tu, wife aku pun menyiapkan si kecik ni.. Tak sangka keberadaan kami di The Emperor Hotel Malacca ni dah hampir ke penghujungnya.. Okaylah tu walaupun menginap satu malam di sini, tetapi seronok dan kenangannya akan dikenang sampai-sampai bila-bila sebab itulah aku menulis dalam blog ni supaya memori indah ni dapat dicatatkan dan boleh pula dikongsi apa-apa maklumat dengan orang ramai..
Kita minum susu dulu..huhuhu...
Sementara nak tunggu check out, sempat lagi aku layan view dari bilik 20 ni..kalau tak layan sekarang, tak tahu dah bila boleh datang sini kan.. Boleh lihat beberapa keping gambar yang berjaya dirakamkan dari bilik di tingkat 20 ni..
Rumah kakak aku berada di antara bangunan ni dan Masjid Al-Azim ni
Mesti mau selfie maa..
Selepas wife aku selesai packing barang, jadi aku pergi turun dulu ke tempat parking untuk letak barang-barang yang mana patut ke dalam kereta. Macam biasalah mesti nak kena berhenti depan lif di tingkat 20, melihat ke luar tingkap depan lif ni, terasa memukau melihat permandangan laut (sea view). Indah betul ciptaan ALLAH SWT ni..alangkah bestnya kalau bilik aku ni permandangannya menghadap laut kan..pergghh..jom layan gambar di bawah ni.
Berhenti depan untuk letak barang dalam kereta
Nampak tak laut kat hujung sana...perghh memukau betullah..rasa tenang je jiwa ni..
Bangunan Hatten Hotel yang hampir dengan laut
Menara Taming Sari
Dah sampai kat lobi tu, aku ambil gambar siap-siaplah untuk kenangan, takut nak ambil masa check out nanti tak sempat, dengan kalut anak kecik lagi kan..ekekeke..aku pun tak sedap hati sebab anak kedua kami yang baru berusia setahun lebih ni agak panas suhunya..mungkin demam sebab air cond semalam sejuk sangat kot..waktu terjaga pagi-pagi buta aku perasan yang dia tidur tanpa tanpa selimut..pastu baru aku selimutkan dia..dua-dua anak aku ni jenis tak suka tidur berselimut, kalau kita letak selimut, diorang akan alih sendiri..aiyyaa macam-macamlah karenah anak-anak ni..ekekeke...
Nasib baik semua ubat-ubatan anak-anak kami bawa, lepas ni si kecik ni nak kena suap ubat dah takut melarat demamnya..
Persekitaran lobi
Promosi makanan di The Emperor Hotel Malacca
Lepas letak barang-barang dalam kereta tu, sempat jugaklah aku lepak kat luar hotel sambil memerhatikan keadaan sekeliling ni dan ambil gambar hotel ni..memang seronok bermalam kat hotel ni..mungkin masa akan datang jika berpeluang kami akan datang lagi menginap di sini..InsyaALLAH..
The Emperor Hotel Malacca yang bakal ditinggalkan..huk huk huk..
Apabila dah nak dekat pukul 12.00 pm, aku pun naik atas ke bilik untuk bergambar sekeluarga dalaml bilik hotel sebelum check out, memang secara tradisinya aku cuba juga untuk bergambar anak-beranak dalam bilik hotel sebagai kenangan walau kadang-kadang anak dan wife aku selalu bising sebab aku asyik nak bergambar je..hehehe.. Sebenarnya gambar kenangan bersama adalah penting bagi aku jika bercuti ni sebab aku ni jenis suka tengok gambar lama-lama yang menjadi kenangan bagi kami..terima kasih isteri dan anak aku yang memahami diri ini dan memberi kerjasama yang baik..huhuhuhu...
Bergambar berempat kami
Tak lama selepas itu kami pun keluar untuk check out di bawah, tapi sebelum tu kami ada menulis sedikit compliment untuk pihak hotel ni di atas service yang diberikan, kami dapat rasakan bahawa penginapan kami di sini "value for money", maknanya padan dengan jumlah duit kami yang dibelanjakan untuk menginap di sini. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas The Emperor Hotel Malacca ni.
Compliment dari kami untuk pihak The Emperor Hotel Malacca
Sempat bergambar di hadapan bilik hotel sebelum turun.
Kemudian kami pun check out dan sempat singgah di rumah kakak ipar aku di bandar Melaka.. Sekian sahaja pengalaman kami di Melaka ni khususnya di The Emperor Hotel Malacca ni. Jumpa lagi di entry yang akan datang.
Saksikan video kami di hari terakhir kami di The Emperor Hotel Malacca :-
Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:
Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog inisecara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.
0 comments:
Post a Comment