Monday, November 11, 2013

Bercuti di Kuching Oct 2013 Day 2

 Kali ini kedatangan kami ke sini boleh dikira 'salah timing', sebab kami berhajat nak ke Pasar Serikin, tapi malangnya Pasar Serikin yang famous tu yang bersempadan dengan Kalimantan hanya bukak pada hari Sabtu dan Ahad je...kawan bapa mertua aku bagitau semalam...aduhh frust giler...aku ingatkan dia tiap2 hari dia bukak...aayoyo....okay takpelah memandangkan dah sampai dah ke Kuching...perjalanan perlu diteruskan...lagipun banyak lagi tempat2 menarik kat Kuching ni kan...sebenarnya mungkin 4 hari 3 malam tak cukup nak pergi ke tempat2 menarik kat sini...buat pengetahuan semua kami sampai di Kuching ni pada petang Ahad semalam dan akan berada di sini hingga petang Rabu...memang tak dapatlah nak ke Pasar Serikin...kekekeke....

Di pagi hari kedua ni, kami pergi ke tempat berhampiran tempat kami makan semalam sebelah bangunan Kubah Ria iaitu Medan Niaga Satok untuk membeli lobster sebab adik ipar aku cakap masa dia datang ke Kuching sebelum ni diorang ada jual lobster kat pasar Satok tu pagi2...so kami pun pergilah ke sana untuk pergi beli lobster dengan harapan kami boleh masak kat homestay memandangkan semua kelengkapan memasak disediakan kat homestay ni...

Tapi malangnya pasar Satok yang adik ipar aku pergi tu adalah pada hujung minggu jugak...waktu tu diorang jual open je kat luar bangunan tu....patutlah adik ipar aku cakap macam lain tempat ni...haha...salah timing lagi...kekeke...kami cari kat dalam bangunan Medan Niaga Satok tu hanya jumpa udang galah je..lobster tak ada...tak ada rezeki kami nak makan lobster kali ni...kekekeke..

Aku pun interview jugaklah penjual kat sana..diorang cakap hujung minggu je ada pasar..dan lagi satu lobster kat Kuching payah nak dapat dan mahal harganya...ooo aku baru tau beb...aku ingatkan murah macam kat Kota Kinabalu...hahaha..nampak gaya kalau nak makan lobster memang kena pergi ke Kota Kinabalu jugak....inilah pengalaman tapi sekurang2nya sampai jugak kat Medan Niaga Satok ni pada waktu pagi...

Pastu kami pun balik dan beli sarapan berdekatan homestay kami...
 

Bangunan Medan Niaga Satok

Bangunan Kubah Ria betul2 bersebelan Medan Niaga Satok

Udang galah yang dijual...tapi mahal macam kat semenanjung jugak...



 Lepas bersarapan dan bersiap2 diri, kami pun pergi menuju ke Muzium Kucing ( Cat Museum) di Bukit Siol yang berdekatan dengan homestay kami iaitu di Petrajaya..Muzium Kucing ni terletak di atas bukit, kalau kita ronda2 Petrajaya ni memang nampak bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara ni yang berbentuk masjid di mana terletaknya Muzium Kucing ni di dalam bangunan ini...

Masuk ke dalam Muzium Kucing adalah percuma, tapi sesiapa yang nak ambil gambar, hendaklah membayar untuk kebenaran mengambil gambar...tak ingat dah berapa mungkin lebih kurang RM2 atau RM3 je...






Berlatar belakangkan bangunan Ibu Pejabat DBKU


Cantik betul landskap sekitar bangunan DBKU ni
Sejuk mata memandang


Bergambar di atas Bukit Siol




Payah betul nak bergambar dengan anak aku ni, kalau Mak Tok dia join baru dia nak ambik dengan kami...kekeke...


 Kami habiskan masa dalam Muzium Kucing ni lebih kurang sejam jugaklah, dengan melayan karenah anak aku...memang seronoklah sebab tengok patung kucing besar2..memang padanlah dengan bandar Kuching ni...kekeke...penuh dengan patung kucing kat dalam muzium ni...huhu...

Boleh dikatakan berbagai2 patung kucing mungkin dari seluruh dunia ada kat situ...



Kat depan pintu masuk Muzium Kucing

 
Bergambar bersama isteri dan anak tersayang



Patung kucing kecik je ni
  
Macam kucing Tom and Jerry je...hihi...


Macam pernah ku lihat kucing betina putih ni, tapi di mana ya?




Besarnya kucing ni



Lawak betul tengok gaya anak aku posing ni
 


Perghhh....besarnya....


Dapat jugak mainan baru anak aku...anak patung kucing...hihi...


Macam2 kucing daa ada kat sini...

Bergambar bersama kucing2 yang ada kat sini...



 Banyak tak gambar kucing2 tu...memang sesuailah kalau bawak kanak-kanak...memang seronok diorang tengok patung kucing tambah2 yang besar2...

Okay lepas tu kami terus menuju ke Gunung Santubong yang terletak lebih kurang 26km dari Muzium Kucing ni, dekat Gunung Santubong inilah terletaknya Kampung Budaya Sarawak, perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit sebab jalan ke sana satu lane je...macam masuk pedalaman sikit...dari bandar Kucing ni pun dah boleh nampak Gunung Santubong ni...



On the way ke Gunung Santubong



GPS pakai topi aku pulak, topi dia tak bawak...kekeke...

Gunung Santubong ni terletak betul2 tepi laut..ada jugak pantai kat sana...tapi waktu aku sampai kat sana tu tengah panas terik...nak pergi tepi pantai pun panas giler...dah sampai kat sana tu ingat nak masuklah Kampung Budaya Sarawak tapi tu dia tiket dia mahal giler...lari bajet kalau masuk kat sana...sebab kami dahlah ramai...haha...

So kami bergambar kat luar je sebagai kenang-kenangan...


Harga tiket masuk Kampung Budaya Sarawak, mahal ke murah? mahal jugakler..hehe..




Bergambar kat depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak





Yang ini pun kat depan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak

 Lepas tu kami pergi bergambar kat patung Burung Kenyalang kat tepi laut...besar giler beb..walaupun panas terik, kami gagah jugaklah pergi bergambar kat sana...kalau tak ambik gambar kan...nantikan tak tau bila lagi nak sampai kat sini...nantikan rasa rugi pulak..ambik jelah walaupun tengah2 panas...hehe.. 



Sarawak Bumi Kenyalang
 


Besarkan patung burung Kenyalang ni..



Macam2 gaya kami ni...kekeke...

 Sesudah itu, kami pun pergi berehat kat food court berhampiran Sarawak Cultural Village tu, ada orang cakap makanan kat food court ni mahal, memang mahal skit harga dia...tapi kat sini aku pun dah tak tau nak cari kedai kat mana lagi...kedai2 seafood yang kat tepi jalan menghala ke sini pun banyak kedai Cina...jadi kalau sesiapa dah sampai kat sini, singgah je makan kat food court ni...lagipun tempat dia memang selesa, tak crowded...memang relaxlah...makanan dia mahal sikit je..tapi takpelah nasi dia memang banyak giler padan dengan harga..kalau biasa nasi goreng RM4, kat sini lebih kurang RM6...lebih kuranglah tu...aku pun tak ingat harga dia yang setepatnya...tapi yang pasti masakan dia memang sedap...memang aku puji tauke kedai yang order nasi tu....perghhh memang sedap..


Food court kat kawasan Gunung Santubong




Nasi goreng aku punya...sedapnyerrr....



Kedai no 9 dan 10 nilah yang kami order...memang sedap masakan dia....

Selepas selesai makan tengahari kat food court ni, kami pun beredar...lagipun waktu sekarang ni pun dah nak dekat2 pukul 4.00pm dah...semasa on the way keluar dari kawasan Gunung Santubong ni, kami nampak signage Kampung Santubong, jadi kami try masuk dalam kampung tu...ada perumahan kampung dan sekolah kat sana..kampung ni lebih kurang 5km dari Kampung Budaya Sarawak..rupa2nya kalau nak pergi Pantai Puteri kena melalui kampung ni...tapi kami tak turun sebab cuaca masih lagi panas...kalau nak datang sini sesuai datang waktu petang, baru tak panas sangat...


Pantai Puteri, Kampung Santubong
 


Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong

 
Puncak Gunung Santubong dari pandangan kawasan Kampung Santubong


Selepas selesai meronda di Kampung Santubong tu, kami pun terus balik ke homestay untuk menghantar ahli keluarga yang dah keletihan dan nak berehat...tapi aku dengan adik ipar aku keluar lagi sebab nak cari cyber cafe sebab nak beli checked baggage airasia dan nak reprint boarding pass...cari punya cari last2 jumpa jugak cyber cafe dekat Wisma Satok, itu pun kami tanya polis bantuan yang bertugas kat Bank Islam kalau aku tak silap...baguslah polis2 tu...terima kasih kami ucapkan kepada mereka...

Lepas dah selesai beli tambahan checked baggage dan print boarding pass baru, kami pun bergegas ke Kubah Ria lagi untuk membeli Mee Kolok dan makanan malam, memandangkan kakak ipar aku dah nak balik malam ni dah sebab ada urusan kerja..dia pun pesan Mee Kolok jugak sebab nak buat balik kat semenanjung...hehe...

Kemudian kami pun balik ke homestay...

GPS memang sangat berguna kalau pakai kereta sendiri kat tempat yang kita tak tahu jalan...tak adelah buang masa dengan sesat je...huhu...


Sekitar Kubah Ria di waktu petang

 Selepas berehat kat homestay, malamnya kami bergegas ke Kuching International Airport sebab nak hantar kakak ipar aku, dia kena balik KL awal sikit...


Kat Kuching International Airport



Cantek rekaan ni

Selepas hantar kakak ipar aku ni, anak aku pulak menangis2 nak beli mainan kat airport Kuching ni, mahal tu mainan dia dan tak berapa sesuai dengan anaka aku...last2 kami berjaya pujuk dia supaya beli mainan kat tempat lain...aku pun tak tahu nak beli kat mana mainan sebenarnya..kikiki...last2 adik ipar aku teringat kat Wisma Satok yang kami pergi petang tadi..ada banyak jugak mainan aku nampak petang tadi..tapi tak tahulah murah ke mahal, tapi yang pasti mesti lagi murah dari mainan kat airport ni...hehe....terus aku set GPS kat Wisma Satok tu...lagipun kedudukan Wisma Satok tu dalam perjalanan menuju ke Petrajaya, jadi tak adelah buang masa nak pergi cari tempat dia ni....

Nasib baik Wisma Satok tak tutup lagi, tapi dah ada kedai yang dah tutup...kedai mainan tu tak tutup lagi, waktu tu dah jam 9.30pm lebih dah...berjaya jugak anak aku beli mainan baru, Tok Wan dia sponsor...hehe



Anak aku bersama mainan baru, Tok Wan dia sponsor pulak kali ni

 
Sepupu dia pun dapat mainan baru yang sama, Tok Wan dia jugak sponsor...hehe..



Ingatkan anak aku dan sepupu dia je borong barang kat sana...ramai lagi antara kami ni pun turut memborong barangan...kekeke...yelah alang2 dah sampai...hehehe..Selepas selesai semuanya kami pun terus balik ke rumah dan berehat dan zZzZ...

Video kami di hari kedua :






 Bersambung selepas ini untuk hari ketiga.....

3 comments:

  1. Kalau dtg labuan harga nasi rm 6 tu kira murah je. :) lobster kat kuching ade yg harga rm 68 sekilo termasuk harga masak. Kalau kat kk rm100 sekilo.

    ReplyDelete
  2. Percutian yang menarik.

    Pakej Jimat Sekeluarga.

    Salam dari sarawak.
    Insyallah saya bleh membantu anda menyediakan perkhidmatan homestay & transport.

    Kamarul.Ramli
    010-226 9169

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.