Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..
Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..
Alhamdulillah semalam, kami semua dapat tidur dengan lena..pagi ni kami kena bangun dan check out awal sebab ada beberapa tempat lagi kami nak pergi hari ni sebelum balik ke KL..anak aku pun cukup bagus berdisiplin bangun awal dan mandi awal..ekekeke Tapi sebelum tu kami pergi menikmati breakfast di sini dulu..hotel Shervinton Executive Boutique Tawau ni dibooked berserta dengan package beserta breakfast sekali,..untuk tahun ni, inilah first time kami breakfast kat restoran di hotel..nyum nyum...Alhamdulillah... Macam-macam makanan yang ada, puas hati jugak makan kat sini, tapi itulah walau banyak mana makanan pun, tank perut aku ni bukannya besar sangat..ekekeke.. jadi aku makan pun taklah banyak sangat..
Gambar breakfast yang sempat aku upload kat facebook..ekekeke..
Antara menu breakfast yang disediakan
Macam-macam ado...
Menu breakfast kami...hehehe..
Selepas breakfast, kami pun naik balik ke bilik untuk mengambil barang dan bergambar kenangan dalam bilik hotel ni..hehehe..
Lepas tu kami turun ke lobi untuk check out, waktu tengah check out tu tiba-tiba baru aku sedar yang kamera aku tertinggal kat dalam bilik hotel, terus aku pergi naik ke bilik balik semula untuk mendapatkan kamera aku tu...Alhamdulillah kamera aku masih berada dalam bilik tu..
Bergambar kenangan sebelum check out awal
Selepas selesai check out, kami terus ke Pasar Tanjung Tawau untuk membeli beberapa barangan yang tak sempat beli semalam, kemudian selepas itu kami ke Pasar Gantung Tawau untuk pergi melihat apa-apa menarik kat sana..terdapat banyak pakaian-pakaian I LOVE TAWAU, aksesori wanita seperti kerongsang, mutiara, gelang dan macam-macam lagi di jual disini..kalau Pasar Tanjung lebih kepada makanan kering dijual disana..
Pasar Gantung Tawau
Pasar Gantung Tawau dari sudut lain
Oleh kerana kami sampai awal boleh dikatakan ramai penjual, yang berkata "Ini harga pagi" waktu kami tengah pilih-pilih barang..mula-mula rasa waktu mereka kata "Ini harga pagi"..aku rasa macam bertuah lah jugak..mesti harga special punya..rupa-rupanya lepas tu pergi kedai lain pun dia cakap "ini harga pagi" jugak..baru tau ini memang taktik penjual rupanya..agak akulah..ekekeke..
Abang aku ada beli baju sebab ingatkan murah sebab dia cakap "ini harga pagi", lepas tu sambil jalan-jalan pusing-pusing terserempak pulak kedai lain yang jual baju yang sama tetapi dengan harga yang lagi murah..ekekeke..memang terbaiklah taktik "harga pagi" ni...pendek kata kena survey dulu sebelum beli..tapi itupun kalau larat nak survey dan mempunyai masa yang banyak..jenuhlah kalau nak survey satu-satu kedai...hehehehe..
Dalam Pasar Gantung Tawau
Baju I Am Tawau
Walau bagaimanapun aku difahamkan yang barangan kat sini masih lagi lebih murah berbanding barangan yang sama di Kota Kinabalu dan Sandakan...
Berehat lah kejap, kami dah tak larat nak jalan dah..ekekeke..
Bergambar sebelum pergi ke tempat lain..
Apabila dah selesai di Pasar Gantung Tawau, kami terus ke restoran Dapur Kak Mas untuk minum menghilangkan dahaga sambil-sambil nak makan goreng pisang cheese kat sini, tapi malangnya gerai yang jual goreng pisang cheese ni tak bukak lagi, kalau nak tunggu pun tak sempat sebab nak catch flight pukul 3.40 pm nanti..jadi kami minum air jela..huhuhu..
Restoran Dapur Kak Mas satu bangunan dengan Hotel Shervinton Executive Boutique
Berehat kejap di sini
Tengah tunggu air
Cuma yang aku keliru sikit kat Tawau ni, kalau kita order Teh Ais diorang akan bawa Teh 'O' Ais, kalau nak order Teh Ais kena cakap Teh Naik (kalau tak silap akula...ekekeke)..kalau payah sangat cakap Teh nak campur dengan susu je..tak pun kalau nak yang lebih pasti lagi, tanyalah kawan2 korang yang orang Tawau cara macam mana nak sebut Teh Ais..huhuhu..
Gerai yang jual Goreng Pisang Cheese belum buka lagi
Sambil-sambil minum, kami juga tapau siap-siap nasi dan lauk kat restoran ni untuk makan tengah hari di airport Tawau nanti..jimatlah sikit..hehehe..lepas tu kami terus ke airport Tawau, perjalanan dari sini memakan masa hampir 40 minit disebabkan terpaksa menempuhi beberapa traffic light dan traffic jam.. Dah sampai kat airport Tawau tu, kami terus hantar kereta..risau jugak kalau terlambat hantar kang nanti kena cas lewat pulak..ekekeke...
Baru sampai kat airport
Memang berjasa betul kereta ni sepanjang kami berada di Tawau
Abang aku tengah setelkan penyerahan kunci kereta..
Oleh kerana kami sampai awal kat airport Tawau ni, jadi sempatlah kami ronda-ronda kat airport ni sambil setting2 sikit beg kami supaya tak ada masalah masa naik naik kapal terbang nanti, kemudian kami pun makan tengahari di sini dan sesudah itu terus pergi bersolat.. Bagus jugak sampai awal kat airport ni, jadi relaxed sikit dan tak kalut..huhuhu..
Jalan-jalan ronda-ronda dalam Tawau Airport
Kat restoran ni la kami makan tengah hari di tingkat atas Tawau Airport
Tengah menikmati makan tengah hari di Tawau Airport
Jemput makan semua!
Lepas makan sempat lagi aku pergi ronda-ronda kat bawah maklumlah inilah saat terakhir sebelum meninggalkan bumi Tawau ni..memang puas hati trip ke Tawau kali ni walaupun 2 hari 1 malam je..tapi aktivit memang padat..huhuhu..
Kat luar Tawau Airport
Kat tempat pejalan kaki ke Tawau Airport dari tempat parking
Lepas tu kami terus masuk ke balai berlepas, macam biasalah tempat yang paling kalut sekali adalah waktu pemeriksaan keselamatan, habis semua tali pinggang kena tanggal, laptop kena buat keluar, pastu nak simpan balik..memang memakan masa kat sini..tripod aku pun lepas dibawa ke flight..Alhamdulillah semuanya selesai tanpa sebarang masalah.. Jadi kami tunggu kapal terbang untuk tiba di airport Tawau ni..boleh lah rest kejap...tunggu punya tunggu last2 kapal terbang yang bakal kami naiki ni pun sampai..
Kat balai berlepas Tawau Airport
Mereka-mereka nilah yang paling enjoy..huhuhu..
Bergambar dengan anak dan anak buah sementara menunggu aircraft tiba
Aircraft kami dah sampai..
Berjiran dengan kapal MAS
Apabila dah sampai waktu berlepas kami pun terus naik ke kapal terbang, sambil-sambil curi-curi ambik gambar kapal terbang...hehehe..
Sempat lagi ambik gambar...hehehe..
Flight ke KL ini pun berlepas tepat pada waktunya tanpa sebarang delayed..Selamat tinggal Tawau, nanti kalau ada masa nanti kami datang lagi..
Selamat tinggal Tawau!
Off we go!
Dalam penerbangan tu, anak aku nak makan burger pulak, pastu aku tanya kat cabin crew, diorang kata burger tak ada, pastu aku order Uncle Chin's Chicken Rice..share jelah dengan anak aku..sedap jugak nasi ni mungkin sebab makan atas kapal terbang kot...kehkehkeh..
Uncle Chin's Chicken Rice
Anak aku tengah menjamu selera
Alhamdulillah perjalanan kami baik tanpa sebarang masalah...lebih kurang 6.20 pm kami pun selamat tiba di KLIA2..Alhamdulillah..maka dengan ini selesailah percutian singkat kami di Tawau..
Alhamdulillah dah flight kami selamat mendarat di KLIA2
Dah kat dalam KLIA2
Satu trolley untuk beg dan satu lagi trolley untuk tolak budak-budak...ekekeke...jauh sangat nak berjalan keluar kat KLIA2..
Kami bersyukur kepada ALLAH SWT kerana segala yang benda dirancangkan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah.. Jumpa lagi di entry yang akan datang..InsyaALLAH :-) Saksikan video percutian kami ke Tawau untuk hari terakhir :-
Salam semua, kali ni aku nak bercerita pengalaman aku bercuti ke Tawau, Sabah selama 2 hari 1 malam bersama keluarga abang aku..biasanya kalau nak bercuti jauh2 ni aku akan plan dalam 2 atau 3 bulan awal, tapi percutian ke Tawau ni hanya dirancang lebih kurang 2 minggu je sebelum travel..Ini semua disebabkan aku terserempak promosi package flight+hotel di expedia.com.my dan airasiago..kedua2 laman web ni adalah macam sama company sebab kalau tak silap aku expedia dan airasiago adalah partner dalam bisnes ni... Banyak jugak destinasi2 promosi yang ditawarkan dalam expedia ni, jadi kali ni aku memilih destinasi ke Tawau sebab aku pun tak pernah jejak kaki lagi kat sana, lagipun harganya pun murah jugak..harga hujung minggu pulak tu..perggghh.. Dua tiga hari sebelum berlepas, aku pun ada telefon pihak Shervinton Executive Boutique Hotel berkenaan booking aku, diorang cek dan bagitau yang booking aku dah ada dalam sistem dan confirm..kalau buat online booking ni pastikan telefon dulu sebelum pergi, jangan main confident je pergi check-in takut-takut ada masalah sistem, booking kita diorang tak terima...kalau jadi macam tu, jadi masalah lah pulak dan akan mengganggu konsentrasi mood bercuti.. Alhamdulillah..Jadi bolehlah kami ke Tawau dengan peace of mind..hehehe..
Inilah promo Tawau yang aku ambik..murah tak?
Yang ni promo Sandakan, lagi murah..tapi aku tak pilih yang ni sebab dah pernah ke Sandakan
Okay aku mulakan kisah kami ke Tawau..memandangkan flight kami seawal 7.00 pagi, maka seawal 4.00 pagi kami dah kena bangun dah..pergghh mengantuk giler...ekekeke...kami sampai kat airport KLIA2 lebih kurang pukul 5.00 pagi... Sampai awal kat airport takpe jangan sampai lambat, itulah prinsip aku..barulah tak kalut..In case kalau ada barang tertinggal pun boleh gagah balik rumah kejap..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. Yang aku risau adalah untuk membawa tripod masuk ke dalam flight, ianya menjadi persoalan, adakah dibenarkan bawa tripod ke dalam flight tanpa check in? aku takut kena rampas sebab biasanya aku check-in tripod nidan tak pernah lagi bawak macam tu je dalam flight, Tapi sebelum fly tu aku sempat google dan baca maklumat tentang permasalahan ini..banyak blogger-blogger lain share dan mengatakan tak menjadi masalah untuk bawa tripod ke dalam flight ni kecuali di airport di Vietnam, jadi aku pun gamble jelah bawa..kalau kena rampas jugak maknanye takde rezeki akulah tu..Tapi Alhamdulillah semasa dalam pemeriksaan keselamatan, pihak security tak kata apa pun dekat tripod aku ni..so lepaslah untuk bawa atas flight tripod ni..huhuhu.. Satu lagi untuk bersolat pun senang sebab surau dekat je dengan tempat menunggu flight..
Waktu flight kami pergi dan balik
Waktu mula-mula sampai KLIA2,,monyok je..mood mengantuk lagi waktu ni..ekekeke...
Dah boleh masuk menunggu kat departure gate
Tengah menunggu untuk masuk dalam kapal terbang...hehehe..
Waktu kat departure gate ni, aku aku dengan sepupu2 dia asyik duk main je, langsung tak nampak mengantuk..tapi masa dalam flight semua tidur..ekekeke..mana tak ngantuknye pukul 4.00 pagi dah kena bangun dah...hehehe.. Aku pun terlelap jugak lebih kurang setengah jam..yang lainnya aku duk tengok permandangannya indah dari tingkap kapal terbang...memang indah betul ciptaan ALLAH SWT...
Dah bersedia untuk berlepas...off we go!
KLIA2 di awal pagi...
Kat KLIA 2 ni boleh dikatakan untuk masuk ke kapal terbang ni semuanya ada aerobridge, walaupun naik Air Asia terasa macam naik MAS lah pulak...ekekeke.. Flight pun tak delay, jadi lebih kurang jam 7.00 pagi lebih flight ini pun berlepas..sebaik sahaja berlepas dari KLIA 2, kapal terbang ni membuat U-turn di udara untuk menghala ke Sabah, jadi dapat tengoklah KLIA 2 ni dari pandangan udara...perghhh cantekkk...
KLIA 2 dari pandangan udara...
Subhanallah... Cantiknya ciptaan ALLAH SWT ni....
Flight pun agak penuh jugak ke Tawau ni...oleh kerana mata ni tak boleh nak lelap sangat, jadi aku pun orderlah Uncle Chin Chicken Rice RM14 kalau beli kat atas ni...kalau beli online tak silap aku lebih kurang RM12 je.. kalau nak diikutkan perut kenyang lagi, tapi memandangkan flight ke Tawau ni lama lebih kurang 2 jam 35 minit, so makan jelah..aku pun tak tahu kenapa, makan atas flight ni feel dia lain sikit berbanding dengan makan kat darat ni...hahaha..tak tahu nak describe apakah feel yang lain tu..kalau nak diikutkan makanan kat bawah lagi sedap...ekekeke.. Aku makan pun selepas hampir sejam lagi nak sampai Tawau...tidur dulu baru makan...hehehe..
Uncle Chin Chicken Rice berharga RM14 beli atas flight
Nyum nyum nyum...
Penerbangan pun Alhamdulillah takde sebarang turbulence atau masalah...semuanya berjalan lancar..masa dah nak sampai tu aku perasan jugak ada beberapa gunung yang ketinggiannya lebih tinggi dari awan, dan ada satu ni yang paling tinggi..aku rasa ni mungkin Gunung Kinabalu...tapi tak tahulah betul ke tidak? 2 tahun lepas masa aku pergi ke Sandakan aku pun perasan ada gunung yang lebih tinggi dari awan...macam biasalah dalam hati aku merasakan yang ni adalah Gunung Kinabalu...hehehe..agak2 je..
Adakah ini Gunung Kinabalu?
Alhamdulillah selepas lebih kurang penerbangan selama 2 jam 35 minit, kami pun selamat mendarat di Tawau Airport...teruja jugaklah sebab sampai jugak di bumi Tawau ni..
Alhamdulillah selamat mendarat di Tawau Airport
Tawau Airport
Flight Air Asia berwarna kuning..colouful betul...hehehe..
Abang aku dan keluarganya bersama anak aku..hehehe..
Untuk pengetahuan semua bagi rakyat semenanjung yang mahu ke Sabah dan Sarawak, kita hendaklah melalui kaunter imigresen, kalau ada passport boleh cop passport, kalau takde passport kena ambik slip kat kaunter imigresen, pastikan jaga passport atau slip tu baik-baik..jangan bagi hilang..kalau hilang kena report polis barulah boleh balik ke semenanjung balik.. Jadi kali ni kami pakai passport jela, lagi pun passport kami masih hidup lagi...macam pergi luar negara daa...hehehe...
Kaunter Imigresen
Selepas selesai urusan imigresen, kami pun pergi tanya perkhidmatan teksi ke bandar Tawau yang jaraknya lebih kurang 30km dari Tawau Airport ni..tambang teksi RM45, oleh kerana kami ramai iaitu sebanyak 3 dewasa dan 4 kanak-kanak..maka kami kena ambik 2 teksi.. Jadi pikir punya pikir last2 kami sewa kereta je..lebih kurang RM156 (GST+ Insurance) selama 24 jam (sehari)..itu pun harga selepas mintak kurang..hehehe...
Abang aku tengah berurusan di kaunter kereta sewa di airport
Nombor untuk dihubungi
On the way ke Bandar Tawau
Kereta sewa ni tidak dilengkapi dengan GPS, jadi kami guna Waze je untuk ke Bandar Tawau ni, perjalanan ke sana mengambil masa selama lebih kurang 40 minit..Lepas tu kami singgah di satu kedai di Jalan Persisiran yang terletak dengan tepi laut.. First time aku merasa Nasi Lalap kat sini, harganya lebih kurang RM5 bersama 2 ketul ayam...okaylah tu agak murah jugaklah..
Kereta Saga FLX yang kami sewa
Kami makan Nasi Lalap di dalam kawasan kedai ni, ada banyak lagi kedai di dalam ni..
Nasi lalap dengan 2 ketul ayam goreng...perggghhh sedap jugak..
Wajah-wajah ceria di Tawau
Sedang menikmati Nasi Lalap
Di restoran inilah kami menjamu selera
Selepas selesai makan tu, sempat jugaklah aku berjalan tepi laut tengok keindahan laut di Tawau ni..kelihatan banyak bot2 di tepi laut ni..
Permandangan tepi laut dari Jalan Persisiran
Kelihatan bot-bot dan kapal-kapal
Kemudian kami ronda-ronda bandar Tawau dan sempat jugak berhenti di Sapindo Plaza untuk ronda-ronda di dalam..
Kat depan Sapindo Plaza
Dalam Sapindo Plaza
Kelihatan bangunan Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau di depan Sapindo Plaza
Satu lagi yang menarik di Tawau ni, seperti kawan aku cakap sebelum aku sampai di sini adalah terdapat banyak roundabout2 kecil di bandar Tawau ni, mana2 kami pergi mesti jumpa roundabout kecik ni, aku rasa macam bagus jugak tak perlulah guna traffic light yang akan membuang masa kita menunggu...hehe..
Kecik je roundabout ni..
Lepas tu kami singgah di Pasar Tanjung Tawau, terdapat banyak makanan-makanan kering yang boleh didapati kat sini yang sesuai dijadikan sebagai cenderamata untuk saudara-mara dan rakan-rakan di semenanjung..aku jugak diberitahu oleh abang aku yang harga di sini lebih murah berbanding di Sandakan dan Kota Kinabalu...
Jadi sesiapa yang sampai ke Tawau ni memang kena pergi Pasar Tanjung Tawau ni...
Pasar Tanjung Tawau
Kat dalam Pasar Tanjung Tawau
Macam-macam ado...kekeke..
Luas jugak Pasar Tanjung Tawau ni..
Oleh kerana Tawau ni terkenal dengan makanan lautnya yang murah, jadi kami singgah juga di Pasar Ikan Tawau untuk melihat sendiri makanan-makanan laut di sana, memang fresh dan murah harga-harganya berbanding di Semenanjung..Pasar Ikan Tawau ni terletak betul-betul di belakang Pasar Tanjung Tawau..dekat je berjalan kaki..
Pasar Ikan Tawau
Keadaan di dalam Pasar Ikan Tawau
Macam mane, murah tak harganya?
Bersama lobster, harganya kalau tak silap RM80 sekilogram
Di belakang Pasar Ikan Tawau ni, kelihatan jeti tempat hasil tangkapan dinaikkan ke darat..maknanya memang fresh giler la makanan laut kat sini...
Bergambar di Jeti di belakang Pasar Ikan Tawau
Sampai ke waktu ni kami semua belum check in hotel lagi, aku pun dah telefon pihak hotel yang aku check-in lambat sikit...bimbang jugak nanti dia kata kami no show pulak...memandangkan booking hotel melalui online airasiago.com ni...aku kena pastikan yang semuanya okay tanpa sebarang masalah..
Selepas itu kami berehat kejap kat luar Pasar Ikan Tawau ni sambil minum air kelapa yang dijual kat luar...Selepas tu kami singgap lagi ke Pasar Tanjung Tawau untuk beli apa yang patut...ikan kering keropok, ikan bilis, amplang dan macam-macam lagi...
Berehat kejap sambil mengisi tekak yang dahaga..hehehe..
Bergambar kat pintu masuk sebelah belakang Pasar Tanjung Tawau
Abang aku dan isterinya sibuk memilih barangan..
Kami pun tak melepaskan peluang untuk ronda-ronda di tingkat atas Pasar Tanjung Tawau ni..kat tingkat atas terdapat barangan seperti pakaian dan beg-beg dijual...
Kat tingkat atas sekali Pasar Tanjung Tawau
Baju pun ada dijual di tingkat atas Pasar Tanjung Tawau
Berehat kejap
Lepas kami turun di tingkat bawah untuk survey barangan lain pulak, terjumpa kakak penjual ni boleh bagi harga special kat kami, so kami borong jugak kat dia..siap dia bungkuskan dalam kotak macam jadi beg lagi..ekekeke..senang sikit buat naik atas flight Air Asia nanti..terima kasih Kak!
Bergambar dengan akak penjual bersama kotak yang dibalut seperti beg..
Selepas selesai semuanya, kami pun terus pergi ke Indo Cafe yang terletak di Jalan Bantu untuk merasa goreng pisang cheese Tawau, memandangkan banyak blogger2 yang ke Tawau ni share keenakan goreng pisang cheese di Tawau ni..memang sedap beb..memang tak rugilah makan goreng pisang cheese kat sini..
Indo Cafe yang terletak di Jalan Bantu, Tawau
Senarai harga goreng pisang cheese
Inilah goreng pisang cheese dia..nyum nyum nyum..
Penuh orang dalam kedai ni
Pergghhh banyaknye anak buah aku makan goreng pisang cheese ni..kekeke...
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan restoran Indo Cafe
Hehe...aku pun nak bergambar kenangan jugak kat sini...kekeke..
Kemudian kami ke tepi laut di Jalan Persisiran betul-betul berhadapan dengan Masjid Al-Kauthar yang juga dikenali sebagai Masjid Besar Tawau, ia merupakan masjid yang terbesar di Sabah, kat sini ada taman permainan, jadi memang sesuailah untuk budak-budak bermain kat sini sambil merasa angin laut sepoi-sepoi bahasa..
Waktu ni air laut tengah surut
Bergambar di tepi laut di depan Masjid Al-Kauthar
Gambar lebih dekat lagi...ekekeke...macam2 gaya...hehehe..
Bergambar berlatar belakangkan Masjid Al-Kauthar Tawau
Okay sesudah itu, kami pun pergi check in hotel masing2..agak lewat aku check in hotel hari ni, biasanya kalau travel ke mana-mana, aku akan check in hotel awal-awal dan berehat2 dulu kemudian baru berjalan2...memandangkan trip kali ni 2 hari 1 malam je jadi kami tak menghabiskan banyak masa di hotel....ekekeke..
Baru sampai kat Shervinton Executive Boutique Hotel
Proses check in pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...Alhamdulillah..biliknya pun cantik dan bersih...masuk bilik hotel kami berehat kejap dan bersiap2 untuk pergi makan malam kat Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat..
Kaunter check in Shervinton Executive Boutique Hotel
Nombor bilik kami
Anak aku memang suka melompat-lompat atas katil kalau masuk hotel
Siap ada kerusi untuk berehat tuu..ekekeke..
Anak aku berehat sebaik sahaja mandi dan bersiap2..
Lebih kurang jam 6.00 petang, kami pun turun untuk ke Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat, kami sampai kat Restoran Sri Titingan Seafood ni lebih kurang pukul 8.00 malam sebab sesat, kali ni Waze dan Google Map Navigation GPS tak dapat membantu kami, sebab dia bawa kami ke restoran lain dan ke tempat lain, beberapa kali kami sesat untuk jumpa Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat ni, kami hampir putus asa untuk makan kat sini, mungkin tiada siapa tolong update kat Waze dan Google Map tempat yang sebenar.. Banyak kali jugaklah kami berhenti dan tanya orang, dah balik macam zaman dulu dah terpaksa berhenti dan tanya orang...ekekeke..padahal ini dah zaman GPS..nak buat macam mana maklumat Restoran Sri Titingan Seafood dalam GPS tak tepat... Aku pun lupa untuk catit kat mana tempat dia, tapi kalau tak silap aku dia berada di kawasan kilang di Jalan Pantai...kat sini pun kami sesat siap masuk dalam kawasan perumahan...selepas beberapa kali berhenti dan bertanya akhirnya jumpa jugak Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat ni..
Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat
Memang ramai betullah pengunjung2 kat restoran ni..boleh dikatakan penuh...memang tepatlah maklumat-maklumat dari rakan-rakan blogger tentang restoran ni...kali ni kami tak makan seafood tapi kami makan steamboat..sedap tuu...next time kalau datang sini kena rasa makan seafood pulak...hehehe...
Acara memasak sudah bermula..
Sedang menjamu selera
Saje je enterframe...ekekeke..
Kat restoran ni pun ada persembahan live band, jadi memang happeninglah..sambil makan sambil tengok persembahan live band...pergghh terbaeklah...memang aku recommend restoran ni untuk siapa2 yang berkunjung ke Tawau..
Persembahan live band pun ada
Selepas semua kekenyangan, maka kami pun beransur-ansur untuk balik ke hotel dan berehat..hampir sehari suntuk kami berjalan di Tawau ni..memang puas hati..
Bergambar sebelum balik ke Hotel
Semua nampak keletihan..ekekeke..
Sesudah sampai bilik, kami pun berehat2 sambil tengok perlawanan bola sepak Final FA Cup di antara Kelantan vs Lions XII dalam bilik hotel...yang akhirnya berkeputusan memihak kepada Lions XII yang memenangi perlawanan ini dengan 3-1..Tahniah kepada kedua2 pasukan... Selepas tu kami pun zZzZ...bersambung pada hari kedua nanti..tungguuuu... Saksikan video hari pertama kami di Tawau :-
Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:
Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog inisecara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.