Monday, July 2, 2018

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah April 2018 Day 1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua. Kali ini aku nak berkongsi tentang percutian kami sekeluarga ke Kota Kinabalu pada 29 April 2018 hingga 1 May 2018 yang lalu. Sebenarnya dah lama kami tak pergi bercuti ni memandangkan sebelum ini anak kedua kami masih lagi kecil. Alhamdulillah sekarang dah besar dah dan boleh dibawa untuk travel dah..hehehe..

Ada orang tanya kenapa aku memilih destinasi Kota Kinabalu lagi? Jadi aku jawab, Kota Kinabalu lah tempat kami mula-mula travel dulu jadi kami juga mahu anak kedua kami pun mula-mula merasa travel adalah dengan pergi ke Kota Kinabalu juga disamping di sana banyak benda boleh buat kerana ianya terkenal dengan makanan seafood terutamanya lobster yang memang payah nak dapat kalau di semenanjung ni, kita juga boleh bersiar-siar di tepi laut, dan juga boleh pergi ke Kundasang. Tapi sebenarnya kami hanya plan untuk berehat dan berjalan sekitar bandar sahaja..nak jimat belanjalah katakan..ekekeke..

Jadi tujuan sebenar kami bercuti ke Kota Kinabalu ini adalah supaya dapat bawa anak-anak aku naik kapal terbang lama sikit iaitu selama lebih kurang 2 jam 20 minit. Bagi destinasi dalam Malaysia, kalau nak naik flight lama, Sabah lah yang paling jauh..

Kemudian aku juga nak bawa anak-anak aku merasa bermalam di hotel maklumlah dah lama tak tidur kat hotel. Manakala aku pula teringin nak makan lobster dan isteri aku juga teringin nak makan rumpai laut. Di samping itu juga tujuan sebenar adalah untuk berehat setelah penat bekerja, orang kata untuk aktiviti terapi minda..hehehe..berapa banyak tujuan sebenarnya daa mau cerita..ekekeke..

Okay aku mulakan cerita percutian kami ini, mula-mula aku kena cari tarikh yang sesuai untuk ke Kota Kinabalu iaitu waktu senang untuk ambil cuti, jadi kami pilih untuk pergi ketika cuti public holiday Labour Day. Kemudian kami beli tiket..


Jadual penerbangan kami ke Kota Kinabalu pergi dan balik

Lepas dah ada tiket, aku pun mula survey-survey hotel dalam Agoda.com, macam biasalah aku memang setia giler dengan Agoda.com sebab diorang bagi point untuk boleh diredeem..itu yang best tuu..berminggu-minggu jugalah survey untuk dapatkan harga terbaik.


Untuk melihat keadaan sebenar hotel, elok jugalah kita tengok gambar-gambar hotel yang dikongsi oleh orang ramai dalam tripadvisor.com, jangan berpandukan gambar semata-mata dalam Agoda.com..takut frust nanti sebab biasanya gambar yang dipublished dalam Agoda.com adalah gambar yang dah diedit..

Akhirnya kami memilih untuk menginap di Sabah Oriental Hotel yang bertaraf 4 star dengan harga yang mampu milik dengan book hampir sebulan lebih awal. Lebih kurang sehari sebelum pergi, aku call pihak hotel ni terlebih dahulu untuk mengesahkan booking aku. Alhamdulillah booking kami ni dah confirmed dan macam biasalah aku tanya dulu pihak hotel masa check in ni kena bayar deposit ke tak? dia jawab memang kena bayar, tapi aku minta untuk waivekan pembayaran deposit atas alasan kami makan kat luar..Alhamdulillah dia setuju, sebelum menamatkan talian aku catit dulu nama staff yang jawab tu, takut masa check in nanti diorang minta duit deposit pulak..so kalau diorang suruh bayar deposit, aku akan cakap staff sekian sekian dan kata tak payah bayar..hehehehe..



Harga booking untuk 2 malam

Jenis bilik yang kami booking di Sabah Oriental Hotel

Hari yang dinantikan telah tiba, jadi oleh kerana flight kami lebih kurang pukul 9.15 pagi, jadi selepas Subuh kami terus gerak ke airport, jadi anak-anak pun terpaksa dikejutkan awal..alaa kesiannya kat diorang..huhuhu.. Sebenarnya anak sulung aku cukup excited sebab maklumlah dah lama kami tak pergi holiday duduk dalam hotel..Kiranya lepas Subuh terus kami gerak..

Kami parking kereta di Stesen ERL Salak Tinggi dengan kadar bayaran RM5 (jika bermalam), RM3(jika balik hari). Walau pun pagi pun parking selalu penuh dan terpaksalah parking di tingkat yang atas.

Kemudian kami 4 beranak ambik train ERL dari Salak Tinggi ke KLIA. Masa menunggu tu lebih kurang 30 minit jugaklah kalau terlepas train, tapi perjalanan ke KLIA sekejap je dalam 10 minit macam tu kot..hehehe..aku pun tak kira berapa lama masa yang diambil..kuakuakua..


Sedang menunggu train di Stesen ERL Salak Tinggi


Kat seberang sana tulah bangunan untuk parking kereta

Tak lama kemudian sampailah kami di Kuala Lumpur International Airport, dah lama dah aku tak fly bersama anak-anak..rasa excited jugaklah sampai Klia ini, biasanye datang ke sini untuk hantar ahli keluarga yang lain fly je..hehehe..Alhamdulillah Allah SWT bagi peluang untuk kami pula..

Oleh kerana kami sampai awal di airport jadi keadaan kami takdelah kelam kabut sangat, masih relax dan santai..aku pun kalau boleh tak nak kelam kabut nanti stress dan akan menyebabkan percutian yang sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan bertukar jadi nightmare nanti..wakakakaka..



Kat KLIA

Oleh kerana kami dah check in awal-awal, jadi kami hanya pergi ke kaunter untuk drop bag jelah.. Proses security pun berjalan lancar, tali pinggang memang aku dah cabut siap2 letak dalam bag termasuk dengan wallet dan sebagainya, biar kosong dalam poket ni supaya cepat masa melalui security check ni, kalau tidak masa check tu polis tu akan suruh cabut tali pinggang jugakkan..itulah yang buat lambatkan..hehehe..

Laptop dan Ipad pun aku keluarkan siap-siap supaya senang diorang nak check. Memang terasa kalut masa security check ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Oleh kerana anak aku dapat nombor yang elok dalam exam dia, so bagi peluanglah untuk dia nak beli mainan dengan pakai duit dia sendiri sebab penat-penat menyimpan duit sekolah. Orang kata dah besar dah nak beli mainan lagi, xpelah ikutlah dia nak beli apa..janji tak stress nak holiday ni..ekekeke..

Bagi happylah sikit anak-anak..maklumlah nak pergi holiday ni..


Pilih jangan tak pilih..


Seronok sebab dah dapat apa yang dihajati..macam tulah budak-budak..kita dulu pun macam ni jugak kan..hehehe






Oleh kerana masih awal lagi, jadi sempatlah kami singgah untuk breakfast di Marrybrown dalam Klia ni.. Sedap jugalah makan kat situ, walaupun aku frust sebab wife aku tak beli nasi..hehehe.. aku ni jenis mesti nak kena nasi..aku pun tak tahu kenapa..ekekeke..takpelah yang penting isi dapat isi perut..




Dah nampak kapal terbang tuuu..


Tengah sarapan pagi di Marrybrown, KLIA

Apabila dah selesai breakfast, kami pun terus bergegas ke gate berlepas, tapi flight kami delayed, jadi bolehlah relax lagi sambil menikmati suasana dalam Klia ni, kiranya sebenarnya kami tak kisah sangatlah delayed ni, sebab kalau sampai awal di Kota Kinabalu pun bukan boleh check in hotel awal-awal kan...ekekekeke..



Flight kami MH2610 delayed






Pintu gate untuk berlepas sebelum bertukar


Sementara menunggu tu, sempatlah aku ambil gambar kat mana patut. Kiranya meriah jugaklah Klia ni maklumlah inikan waktu cuti. Layan jelah gambar yang aku share kat sini, tapi jangan muntah sudah tengok kami posing ..ekekeke..

Kat gate berlepas dah..




Aku ingatkan kapal terbang ni bakal kami naik..rupanya bukan..hukhukhuk..


Memang terasa perbezaan jika menaiki Air Asia dan Malaysia Airlines ni, memang terasa prestigous MAS ni even sebelum naik kapal lagi dari segi Klia nya dah rasanya dah dia punya aura bestnye, maksudnya package harga tiket MAS ni mungkin merangkumi semua dari fasiliti airportnya sampailah ke kapal terbang..tapi bukan selalulah dapat naik MAS ni sebab harga tiketnya mahal.

Rasanya beberapa kali kami tengok kapal terbang kat gate ni, ingatkan yang tu dah kami akan naik rupa-rupanya kapal terbang lain..kat gate ni ada lebih kurang 2 aerobridge..ingatkan kalau tunggu kat gate berlepas ni, kapal terbang yang tulah kami akan naik.. rupa-rupanya kami silap..



Bukan kapal yang kami nak naik daa..


Sikat rambut dulu




Tak lama lepas tu maka kami semua pun boarding, wow seronok bukan main anak-anak aku. Kiranya kami ni antara yang terawal masuk dalam kapal terbang sebab ada infant dan inilah pengalaman pertama kali kami bawa stroller dalam flight, masa sampai di muka pintu kapal terbang ada staff MAS yang ambil stroller tu setelah aku lipat. Takkanlah nak suruh diorang lipat kot..ekekeke..tiap2 stroller ni ada macam-macam jenis cara lipatannya, owner je yang tahu nak lipat... Lagipun bukan tugas diorang untuk lipat stroller anak-anak kan..adapaham ka?



Sedia untuk berlepas



Rupa-rupanya lebih senang lagi nak layan anak kedua aku ni masa dia kecik lagi, sekarang dah besar sikit penat jugalah nak layan karenah dia..macam-macam dia nak main..hahaha..Tak lama kemudian kapal terbang pun sedia untuk berlepas..


Kota Kinabalu, kami datang!




Kapal terbang yang kami naiki beratur belakang kapal terbang ini


Kapal terbang baru Airbus A350..bilalah agaknya kami boleh naik kapal terbang ni..


Terima kasih MAS kerana mengalu-alukan kedatangan kami


Dah berlepas dah


Dalam kapal terbang ni aku hanya melayan screen tempat duduk ni dengan melihat flight info je, memang inilah kesukaan aku..tak rasa berminat untuk tengok movie ke ape..kecuali anak sulong aku jelah duk layan cerita, tak lama kemudian diorang semua pun terlena..hehehe..













Haha..dah terlena dah anak kedua aku ni..


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu masa untuk menjamu selera di awangan biru..wife aku dah request special meals beberapa hari sebelum berlepas.. So makanan yang disediakan untuk kami memang speciallah kan..hehehe..



Dah bersedia untuk menjamu selera di awan biru









Layanan daripada crew MAS pun sangat bagus, kalau diikutkan berdasarkan pengalaman aku, crew MAS lah yang paling terbaekkk layanannya berbanding dengan airlines lain. Kapal terbang dia pun bersih dan ada tv..memang bestlah Malaysia Airlines.



Masih lagi di Semenanjung Malaysia..jauh lagi nie..




Sedapnya makan..






Anak aku tengah melayan cerita ini


Dah nak memasuki kawasan udara Laut China Selatan


Selepas wife aku selesai makan, maka barulah boleh aku makan pulak..biasalah sementara anak kecik ni kita makan bergilir-gilir, nanti anak dah besar baru boleh makan sekali..hidup suami isteri ni hendaklah bertolak ansur dan berkorban..ekekeke..

Wife aku dah request "Seafood Meal" untuk aku, kira puas hati jugaklah makan..



Special requested "Seafood Meal"


Inilah dia Seafood Meal



Tengah layan makan beb!



Untung naik MAS ni macam ni lah dapat makan free dan free luggage, dah termasuk dalam tiket dah, tapi kelebihan naik Air Asia ni kita boleh pilih macam-macam makanan, tapi cuma kena siap duit je lah untuk bayar tiketnya..hehehe..



Laut China Selatan






Penuh juga flight ni


Si kecik ni dah bangun dah..hihihi..


Dalam perjalanan flight ni, dapat kelihatan dari udara Kepulauan Natuna, Indonesia yang berada Laut China Selatan dan di tengah-tengah di antara Semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo. Hairan juga macam mana Pulau Natuna ni menjadi milik Indonesia, kalau kira jaraknya ianya berhampiran dengan Malaysia..mungkin disebabkan perjanjian di antara British dan Belanda dahulu yang menyebabkan terpisahnya Nusantara menjadi Malaysia dan Indonesia. Walaupun berada di Indonesia tapi kita masih boleh pergi maklumlah Malaysia dan Indonesia ini macam adik beradik je..hehehe..





Natuna Island, Indonesia


Saya baru nak makan lah..






 
Oleh kerana bangun awal pagi tadi, tanpa disangka-sangka aku pun terlelap juga dalam flight ni..sedar-sedar dah nak sampai Sabah dah..maknanya lama jugaklah aku terlelap iaitu mungkin dari Kuching sampai Labuan kot..ekekeke..maklumlah awal-awal pagi dah kena bangun..




Dah nak sampai ke Kota Kinabalu






Kelihatan bumi Sabah dari pandangan udara




Tak lama kemudian maka sampailah kami di Kota Kinabalu apabila kapal terbang selamat mendarat di Kota Kinabalu International Airport pada jam 1.00 tengah hari setelah lebih kurang 2 jam 20 minit penerbangan.. Alhamdulillah..



Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu


First time anak kecik aku sampai di Kota Kinabalu

Wajah-wajah seronok dan keletihan..
Terima kasih MAS sebab bagi servis yang tip top




Berjiran dengan Air Asia


Kapal terbang MAS yang kami naiki tadi




Apabila kami keluar dari kapal terbang, stroller anak aku dah tersedia di depan pintu..so aku bukak balik stroller tu dan terus tolak..ehehehe..Kota Kinabalu International Airport ni kelihatan moden, dah sampai tu kena melalui kaunter imigresen dahulu untuk mendapatkan slip kemasukan ke Sabah, tapi kalau ada passport boleh guna passport je..Ingat slip tu tak boleh hilang, kalau hilang kena report polis..

Kemudian urusan untuk ambil bagasi kami semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah..



Dalam Kota Kinabalu International Airport (KKIA)


Kat luar airport tengah menunggu Grab Car untuk ke Sabah Oriental Hotel


Kami tak bersantai lama di airport ni memandangkan semua macam nampak letih je..jadi aku terus booking GrabCar dengan harga RM8 je untuk ke Sabah Oriental Hotel..pergghh murah giler berbanding teksi yang dulunya aku naik di sini juga dengan bayaran RM30. Memang bagus betullah Grabcar ni jimat dan cepat, sebaik sahaja booking, 2 atau 3 minit kemudian GrabCar terus sampai.

Layanan driver GrabCar pun baik dan mesra, sedikit sebanyak macam dah jadi pemandu pelancong untuk kami..ekekeke..Knowledge sharing yang diberikan berkenaan Kota Kinabalu juga bermanfaat untuk kami.



Harga RM8 je untuk ke Sabah Oriental Hotel dengan GrabCar



Berselfie bersama pemandu GrabCar yang peramah




Perjalanan dari KK International Airport ke Sabah Oriental Hotel mengambil masa lebih kurang 10 minit..macam-macamlah kami sembang..hahaha..seronok juga bersembang dengan orang tempatan Kota Kinabalu ni disamping menikmati permandangan sekitar kawasan Kota Kinabalu yang dah banyak berubah berbanding waktu kali terakhir aku sampai di sini iaitu 4 tahun lepas.

Bolehlah tengok beberapa keping gambar dari airport ke Sabah Oriental Hotel yang sempat aku ambik kat bawah ni.



On the way ke Sabah Oriental Hotel dari airport








Dah nak sampai di Sabah Oriental Hotel


Apabila dah sampai di Sabah Oriental Hotel, kami terus check-in..semua urusan check in berjalan dengan lancar dan diorang pun tak mintak deposit pun..Alhamdulillah.. Kami request bilik yang paling tinggi yang masih ada..so diorang bagi kami di tingkat 8, silapnya kami tak request bilik yang riverview atau seaview..kami dapat bilik yang city view..tapi kami okay je..



Sampai-sampai terus check in




Staff Sabah Oriental Hotel pun peramah dan baik serta membantu. Kiranya kalau dilihat lobi Sabah Oriental Hotel ni, kita akan rasa hotel ni macam okay dan agak mewah jugaklah..macam aku lebih suka hotel yang lobinya luas, setengah-setengah hotel lobinya sempit je tak padan dengan harga bilik yang mahal. Lobi yang luas adalah penting untuk guest berehat setelah keletihan atau bersantai-santai untuk merehatkan minda.



Dah mula bergegas ke bilik hotel kami yang berada di tingkat 8


Apabila dah masuk dalam bilik Superior Room ni, kami berpuas hati sebab keadaan biliknya lebih kurang sama dengan gambar yang dipaparkan dalam Agoda.com. Biliknya juga luas dan selesa dan value for money. Anak-anak aku memang seronok dan enjoy betul diorang apabila masuk dalam bilik hotel ni. Kiranya semua fasiliti yang kami nak ada disediakan dalam bilik ni..Alhamdulillah..yang penting adalah bathtub..ekekeke..



Anak-anak sibuk bermain dalam bilik hotel




Buat air kejap..hehehe..

Selain biliknya yang bersih, tandasnya juga luas, bersih dan selesa. Memang berbaloi ambil hotel ni, kiranya kami jatuh cinta dengan hotel ni, kalau next time kami datang ke Kota Kinabalu ni memang boleh ambil hotel ni lagi sebab harganya tak lah mahal sangat tetapi menyediakan fasiliti yang mengagumkan.



Tandas yang luas dan bersih




Bathtub inilah yang paling penting sekali untuk anak-anak...hehehe..


Lepas tu kami semua berehat dan sempatlah tidor sekejap untuk mengecas tenaga, maklumlah dah beribu kilometer dah travel ni..ekekeke.. Tambah-tambah semua kena bangun awal pagi ni..mau tak letih dan mengantuk..apapun kami bersyukur sampai juga di Kota Kinabalu ni..



Minum susu dulu..hihihi..


Dah selesai berehat, maka tibalah masanya untuk aku teman anak-anak untuk mandi dalam bathtub..oleh kerana anak kecik yang duk mandi so aku pun tunggu jelah diorang dalam bilik air ni..seronok luang masa dengan anak-anak ni.



Jom mandi bathtub





Di sini masa dihabiskan untuk menemani diorang mandi-manda dalam bathtub..hehehe, untuk solat kami buat jamak je bagi Zohor dan Asar. Aku juga ada call counter hotel untuk bertanyakan mengenai shuttle services ke bandaraya Kota Kinabalu, disebabkan perkhidmatan shuttle itu tak kena dengan timing kami, jadi kami membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan GrabCar je..



Dah bersedia untuk keluar ke bandaraya Kota Kinabalu


No bilik kami di tingkat 8


Tempat tunggu lift




Sekejap je GrabCar sampai lepas kami buat tempahan, sampai tak sempat nak selfie bagai..ekekeke.. RM5 je dari Sabah Oriental Hotel ni ke Todak Waterfront yang terletak di depan Hyatt Regency Hotel..memang jimat beb.. harap-haraplah perkhidmatan GrabCar ni tidak dihapuskan..



Tengah menunggu GrabCar di luar hotel


On the way ke tengah Todak Waterfront Hawker Centre


Selfie bersama driver GrabCar yang sporting






Jarak dari Sabah Oriental Hotel ke Todak Waterfront


Macam biasalah kalau dah dalam kereta ni, aku akan sembang-sembanglah dengan driver GrabCar ni, rugilah kalau naik teksi ke ape tapi duduk senyap je..waktu ni lah boleh kita interview mereka sebab kebiasaannya mereka tahu banyak tentang keadaan tempat ini disamping kita pun boleh share apa yang terjadi di tempat kita jauh nun di Semenanjung Malaysia ni..

Layan jelah beberapa keping gambar yang sempat aku ambik sepanjang perjalanan sejauh 1.9km ini.



Sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen


Berdekatan Pasar Philippine







Perjalanan dari Sabah Oriental Hotel ke Todak Waterfront mengambil masa lebih kurang 10 minit je..tapi kalau berjalan kaki memang penatlah..mungkin sejam baru sampai kot..ekekeke.. Teringat dulu waktu kami datang bersama anak sulung aku yang waktu itu baru berumur 3 tahun, kami asyik berjalan kaki je dalam bandar ni..memang penat giler..tambah-tambah aku kena dukung selalu anak aku ni..waktu tu nak tahan teksi memang takutlah dengan harganya..Alhamdulillah keadaan bertambah baik sekarang ni..

Kami terus menuju ke Todak Waterfront Hawker Centre atau juga KK Night Market untuk mencari lobster..hehehe..sebenarnya aku pun tak tahu apa nama sebenar tempat ini, aku sekadar menamakan berdasarkan nama dalam google map je..memang merata-rata diorang jual lobster kat sini, aku pun hairan kenapa kat Semenanjung Malaysia ni payah nak cari lobster, mungkin laut di semenanjung tidak sesuai berbanding laut di Sabah kot..


Kelihatan Todak Waterfont Hawker Centre ni tidak banyak berubah berbanding waktu aku datang 4 tahun lepas, tetapi keadaan beginilah yang buat aku seronok..tak perlulah di renovate tempat ni jadi grand sekadar macam ni pun dah bagus..


Cumanya kami mencari kedai Glam's Station 3 pada mulanya sebab pernah makan di situ pada tahun 2014, tetapi kedainya tengah dalam renovation dan buat sementara waktu ni mereka berpindah di tempat lain..so kami pergi cari kedai lain je la..





Berjalan kaki dari Todak Waterfront menuju ke Todak Waterfront Hawker Centre

Mungkin ada yang bertanya kenapa tak makan lobster kat Pasar Philippine tu, bagi aku kat Kota Kinabalu ni banyak pilihan untuk makan lobster di mana-mana, tapi bagi aku kat Todak Waterfront Hawker Centre ni tempatnya kena dengan jiwa aku di mana boleh merasa pandangan laut dan sunset, lobster yang dipilih juga fresh iaitu masih belum dimasak, manakala di Pasar Phillippine tu kebanyakannya makanan laut dah dimasak siap-siap dah sepertimana yang pernah kami makan di sana pada tahun 2012 waktu first time kami sampai di Kota Kinabalu..hehehe. Jadi terpulanglah pada pilihan masing-masing.



Todak Waterfront Hawker Centre
Perghh banyak giler lobster

Cumanya kali ni aku rasa pertama kalilah aku tengok lobster yang warna gelap sedikit, sebelum ni masa aku datang ke Kota Kinabalu aku hanya nampak lobster yang warna hijau je..tak tahulah mungkin aku terlepas pandang kot sebelum ni akan kewujudan lobster gelap ni..ekekeke..

Selain daripada lobster, macam-macam lagilah makanan laut yang lain, harganya agak murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Boleh dikatakan Kota Kinabalu ni adalah syurga bagi penggemar makanan laut.







Jadi aku pun survey juga harga lobster ni rupa-rupanya harganya juga berbeza setiap kedai, jadi jangan malas untuk survey okay, kedai pertama diorang jual lobster RM180 sekilogram, kemudian kedai kedua diorang jual lobster RM150 sekilogram..beza banyak juga tu..jadi aku pilih kedai kedua iaitu di Restoran Nadirasa Resipi, kedai ni betul-betul di tepi laut...perghhh..menarik betullah..







Dah dapat lobster yang diinginkan..Alhamdulillah..

Selepas pilih makanan laut yang fresh ni, maka kita hanya tunggu diorang masak je..harga jual tu dah termasuk dengan masak sekali dah..dah tak sabar dah untuk merasa masakan orang Sabah ini..aku percaya pelanggan akan berpuas hati dengan masakan mereka ini..
 


Pilih jangan tak pilih..




Sebenarnya saat inilah yang memang ditunggu-tunggu, lebih kurang 4 tahun aku menanti untuk dinner di Kota Kinabalu bertemankan lobster dan juga sunset..Ya Allah syukurnya Engkau makbulkan doa kami..Alhamdulillah.. Juga dengan ditemani cuaca yang sangat baik, betapa seronoknya aku waktu ni..



Inilah nama kedai yang kami singgah untuk dinner dan betul-betul di tepi laut


Tengah tunggu makanan sampai..anak kecik aku pun tengah syok tidur..ekekeke..




Permintaan aku hanyalah lobster je, yang lain isteri aku yang pilih..ekekeke..kalau diikutkan rasa lobster ni macam udang je..tapi aku itulah kalau dah sampai di Kota Kinabalu tapi tak merasa lobster rasa macam serba tak kena je..



Dah sedia untuk makan


Sunset boh!


Antara masakan yang ada


Lobster masak butter


Sotong goreng tepung




Jadi kami tidak menunggu lama untuk menjamu selera di Kedai Nadirasa Resipi di Todak Waterfront Hawker Centre. Memang sedap makan tambah-tambah perut tengah lapar..huhuhu..tambah-tambah masakan butter untuk lobster ni memang sedap..pergghh...kami juga tapau sikit untuk makan kat hotel takut lapar pulak malam nanti..ekekeke..



Aku baru nak menjamah masakan




Impian bertemankan sunset dan lobster di Kota Kinabalu tercapai..Alhamdulillah


Licin dah..




Tinggal kulit jelah lobster ni..


Memang sedap dan puas hati masakan dari kedai Nadirasa Resipi ni, memang aku recommend kedai ni pada semua..layanan pun mesra dan dengan harganya juga berpatutan. Di tambah lagi kedudukannya di tepi laut dan aneka pilihan seafood yang available.

Selepas dah selesai makan tu, aku sempat ronda hampir keseluruhan Todak Waterfront Hawker Centre untuk tengok seafood yang ada. Kat bawah ni aku belanja gambar seafood yang sempat di ambil di sini..jom layannnnn....



Lobster


Sotong










Udang


Ketam








Selepas dah selesai menjelajah ke hampir keseluruhan kawasan ini, maka kami anak beranak pun beransur-ansur meninggalkan kedai ini untuk bersiar-siar sekitar Todak Waterfront di depan Hyatt Regency Hotel..tapi nak bergambar pada waktu malam macam tak berapa sesuai kat sini sebab agak gelap, mungkin kena datang lagi besok hari untuk bergambar di sini..hehehe..



Kat Todak Waterfront


Dulu masa aku datang pada tahun 2014, benda ni tak ada lagi


Selepas selesai bersiar-siar di hadapan Todak Waterfront, maka kami pun melalui Jalan Segama atau juga dikenali sebagai Durian Street disebabkan banyaknya durian yang dijual kat sini..oleh kerana masih kenyang jadi kami taklah teringin sangat nak makan durian ni..so kami lalu jelah sambil tengok-tengok gerai-gerai durian dan buah-buahan tempatan yang lain yang dijual di sini..kami pernah makan durian kat sini waktu kami datang pada tahun 2012 yang lalu.



Banyak durian dijual di Jalan Segama




Bersiar-siar di Jalan Segama

Apabila selesai melalui Jalan Segama, maka sampailah kepada kemuncaknya perjalanan kami di Bandaraya Kota Kinabalu pada hari ini, masing-masing dah terasa penat dan nampak bilik hotel dah sebab nak berehat..hehehe..

Jadi tanpa membuang masa aku terus on aplikasi GrabCar..lepas book dalam 2 atau 3 minit je GrabCar terus sampai.. harganya pun RM5 je..sampai tak sempat nak bergambar kat tempat menunggu..huahuahua.. Driver GrabCar ini pun sporting jugak, kiranya banyak benda jugaklah aku sembang..







Sekejap je sampai kat hotel mungkin dalam 5 minit je..tapi kalau berjalan mau sejam jugak kot..memang berbaloilah dengan bayaran RM5 dengan GrabCar ni..

Apabila dah sampai di Sabah Oriental Hotel ni, kami terus berehat di lobi hotel..tempatnya luas dan selesa..sambil bergambar dan melayan karenah anak-anak kat sini.. Sememangnya memang puas hatilah dengan Sabah Oriental Hotel ni..



Kat lobi Sabah Oriental Hotel setelah balik dari makan seafood di Todak Waterfront Hawker Centre


Bergambar di lobi hotel






Kiranya lama jugaklah kami berehat kat sini..anak-anak aku punyalah seronok duk main..tapi kena control jugak kelakuan diorang ni supaya tak menggangu guest-guest yang lain. Kat bawah ni aku share sekitar gambar lobi Sabah Oriental Hotel..luas beb..jemput layan..



Ruang makan minum


Ruang rehat


Ada lounge lagi tuu..






















Anak-anak aku ni memang tak jemu-jemi duk main dan lepak kat lobby hotel ni, tapi kalau duk ikut diorang je memang lambat lah nak naik ke bilik, jadi selepas tu aku ajak diorang naik atas pulak kiranya main dekat dalam bilik pulak lah..ekekeke..



Masing-masing duk rilek




Karenah anak-anak ni lah menjadi penghibur hati


Selepas sampai di bilik, kami semua mandi-mandi dan solat..tak lama kemudian semua tidor kerana keletihan..hehehe...

Okaylah sambung pula cerita untuk besok hari iaitu hari kedua pulak nanti pada entry yang seterusnya.

Saksikan video kami di hari pertama ini :-






9 comments:

  1. Best bossku...gaya penceritaan terbaik....

    ReplyDelete
  2. Flight MAS g KK seat 3-3 eh? Booked Malindo g KK next month. First time naik Malindo. Hopefully everything goes well

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup seat MAS ke KK 3-3..naik Malindo best juga legroom nya luas..selamat bercuti ke KK..wow bestnyer..

      Delete
  3. Banyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni. Paling best rasanya kat Kundasang kot. sejuk tempat tu. Makanan laut pun banyak dan murah-murah sini. Rugi lah sape yang tak pernah pergi Sabah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu banyak tempat2 menarik di Sabah ni..tapi saya masih tak berkesempatan lagi nak ke Kundasang..bukan Kundasang je..Cameron Highland pun tak pernah sampai lagi..huhuhu..kena biar sampai Cameron Highland dulu baru pergi ke Kundasang..ekekeke

      Delete
  4. Tq sharing info sgt detail 👍

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian tuan bercuti di Sabah terutamanya KK.

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.