Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Friday, November 21, 2014

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 3 (Last Day)


Alhamdulillah..semalam kami semua dapat tidur dengan lena dan sepuas-puasnya...Hari ini adalah hari terakhir kami di sini, oleh kerana hari ini kami tak dapat pergi ke mana-mana sebab lepas check out hotel pada jam 12 tengahari nanti, kami akan terus ke airport..jadi kami habiskan masa di hotel sahaja dan kami planning untuk menikmati hidangan breakfast yang disediakan kat hotel ni dan mandi-manda kat swimming pool jela...

Okay sambung balik cerita..lepas bersiap-siap kami pun turun untuk breakfast..nyum nyum.. memang hidangan breakfast kat Ming Garden Hotel ni memang puas hati, harini kami turun awal jadi banyak lagi hidangan yang best2 sempat kami rasa...moral of the story jangan turun lambat-lambat untuk breakfast ye...



Antara hidangan-hidangan yang disediakan



Habis kee anak aku nak makan ni...hehe..



Puas hati breakfast kat Ming Garden Hotel

Alhamdulillah selepas breakfast kami pun terus ke tingkat 4 untuk mandi-manda kat swimming pool di sana..pergghh bestnye... Inilah kali pertama kami mandi kat swimming kat hotel, sebelum ni kat hotel2 lain, kami tengok je swimming pool tu tapi tak mandi-mandi pun..rugi je...huhu...pasni kalau book hotel yang hotel ada swimming pool mesti kena mandi..baru berbaloi bayar duit kat hotel tu..kekeke..



Ini kat tempat budak...




Peace yo!


Kalau diikutkan aku memang tak berapa suka mandi kat swimming pool ni sebenarnya, tapi memandangkan anak aku suka sangat mandi kat swimming pool ni, so kami teman jelah...anak aku mandi kat sini sampai tak nak naik pulak...aiyyaa wooo...kekeke..

Selepas berjaya pujuk anak aku, kami pun bergegas naik atas untuk bersiapkan diri dan bersedia untuk check out....



Kerusi yang disediakan kat swimming pool ni..



Menarik tempat dia..


Gambar persekitaran dari tingkat 4 swimming pool Ming Garden Hotel


Satu lagi gambar dari tingkat 4 Ming Garden Hotel


Anak aku sempat lagi main kat bilik kanak-kanak kat sebelah swimming pool ni...



Alamak cuti-cuti Malaysia kami ni dah hampir tamat...sampai rumah nanti dah nak kena kerja dah...perggghhh...kekeke...

Selepas selesai bersiap2..kami pun turun ke lobi dan check out, pastu kami mintak tolong staff panggilkan teksi...diorang cakap okay...rupa-rupanya dah banyak dah teksi yang dah beratur kat luar hotel ni...tambang dari Ming Garden Hotel ke airport ni adalah RM30..



Sempat lagi bergambar sebelum check out..kekeke..



Bergambar kat lobi


Mintak tolong staff Ming Garden Hotel untuk ambil gambar kami...Alhamdulillah sporting dan helpful diorang semua ni..



Selamat tinggal Ming Garden Hotel and Residence...


Brader ni pun sporting jugak...aku sembang-sembang jugak dengan brader ni...banyak info-info yang dikongsikan...


Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu International Airport


Lebih kurang 15 minit kami pun sampai di Kota Kinabalu International Airport...airport yang tersergam indah di bumi Sabah ni..



Dah sampai dah...Kota Kinabalu International Airport..

Bergambar dulu kat airport yang cantik ni...

Selepas tu kami terus check in tiket, kalau check in lambat-lambat risau pulak nanti tak dapat duduk seat sekali...baik check in awal-awal...kekeke...



Bergambar dengan kawan dalam airport

Selepas tu kami lepak makan tengahari dulu kat airport sementara menunggu flight kami...lambat lagi woo...takpelah sampai awal takpe jangan sampai lambat atau terlepas flight je...itu yang parah tu...



Lunch dengan McDonald je..hehe..

Wahh..tinggi anak aku dah 110cm rupanya...


Aku dan anak aku tengah meronda kat luar airport

Masih lagi kat luar airport


Dekat-dekat pukul 2.00pm, kami pun masuk ke tempat perlepasan supaya tak kalut untuk melepasi tempat scan bag dan imigresen...Alhamdulillah semuanya okay...So kami terus ke tempat menunggu flight...

Window shopping dalam airport kejap sementara menunggu flight...



Kat tempat menunggu flight

Anak aku pulak tolong ambil gambar kami berdua...memang sporting anak aku ni...hehe...

Tengah menghala ke tempat menunggu flight yang lebih dekat


Sebenarnya flight Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur yang bakal kami naiki ini akan transit di Labuan sekejap...huhu...untung jugak bolehlah aku tengok bumi Labuan kejap...kekeke...


Kapal terbang dah sampai...kapal baru tu...

Waktu berlepas ke Labuan..



Ready to go!

Cuti kami ni sangat bermakna...InsyaALLAH kalau ada rezeki lagi boleh datang lagi ke Kota Kinabalu ni...


Selamat tinggal Kota Kinabalu!



Sebahagian dari Kota Kinabalu dari pandangan udara


Perjalanan ke Labuan dari Kota Kinabalu kalau tak silap hanya mengambil masa selama 20 minit je dari Kota Kinabalu ni...aku pun hairan boleh pulak kapal terbang ni terbang dekat-dekat...biasanya dengar orang kata kapal terbang ni kena terbang jauh-jauh even kalau baru berlepas dan tiba-tiba mengalami masalah, kapal terbang kena pusing-pusing kat laut dulu untuk habiskan minyak sebelum boleh mendarat semula...mungkin minyak diisi untuk ke Labuan ni tak penuh kot...kekeke...hanyalah anggapan aku je...mungkin aku kena google untuk mendapatkan pencerahan...huhu...

Okay sambung balik...akhirnya sampai jugak kami di bumi Labuan ni, walaupun tak boleh turun...tapi takpelah sempat jugak check in kat Labuan di Facebook...kekeke...




Para staff MAS sibuk mengangkut beg

Setelah lebih kurang 30 minit transit, kapal terbang ini memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur...



Selamat tinggal Labuan!


Bumi Labuan dari pandangan udara


Aku pun tertidor jugak dalam flight ni...tapi sekejap je...pastu aku layan screen kat seat ni je...tgk jarak perjalanan ke destinasi, kelajuan kapal terbang dan suhu...tak boring pulak tengok benda ni...aku layan movie sekejap je...layan flight info ni macam best pulak...kekeke...



Dalam ketinggian lebih dari 5km..suhunya pun dah dibawah paras beku...



Dijangkan sampai di Kuala Lumpur pada jam 8.13pm




Perggghhh...yang ni lagi tinggi...pada ketinggian lebih 7km, suhunya menjadi -18'C..




Merentasi Laut China Selatan...

Lebih kurang selepas sejam lebih penerbangan, kami pun dihidangkan dengan hidangan nasi ayam oleh pihak cabin crew MAS...sedap memang sedap sebab makan atas kapal terbang...kekeke..



Hidangan yang dibalut dengan rapi




Hidangan nasi ayam...Wahhh..sedapnya...jemput makan semua!

Lebih kurang jam 8.12pm kami pun selamat mendarat di KLIA...maka dengan ini tamatlah percutian kami di Kota Kinabalu...Syukur pada ALLAH SWT kerana memberi peluang kami bercuti dan percutian kami juga berlangsung tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah...

Kalau dilihat pada jam pada gambar bawah, flight info yang menjangkakan flight akan tiba di KLIA pada 8.13 adalah agak tepat sekali...pergghhh hebat..hebat...



Sama-sama Malaysia Airlines..

Saksikan video kami pada hari terakhir percutian kami :-







Jumpa lagi pada entry kami yang akan datang...sekian terima kasih...bye bye...


Sunday, November 2, 2014

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2


Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...setelah bersiap2 kami pun turun ke bawah untuk menikmati sarapan percuma..berbagai2 hidangan disediakan...memang sedap beb..ditambah pula dengan alunan muzik2 yang syahdu kat restoran tu...perggghh...memang mood holiday betullah...kekeke...

Aku jugak perasan dekat hotel ni banyak orang Korea yang menginap kat sini...Kota Kinabalu ni bukan sahaja menjadi tumpuan orang tempatan malah pelancong antarabangsa juga...



Macam biasalah main mainan dulu...hehe..


Berbagai2 hidangan yang disediakan



Restorannya pun memang kelas


Banyak pelancong Korea yang menginap di Ming Garden Hotel ni


Dah macam makan tengahari dah ni..ekekeke...

Restorannya ada dua side tempat makan, satu berhawa dingin di dalam bangunan dan satu lagi open air di luar bangunan..Kat dalam hotel ni pun ada macam2 barang diorang jual untuk guest2 hotel...




Lepak bersantai kat luar restoran kejap


Hasil kreativiti anak aku...We love you too my dear!



Pelbagai barangan juga dijual kat lobi hotel ni termasuklah kek




Masih lagi kat lobi Ming Garden Hotel


Elok gambar ni, anak aku yang ambik gambar ni...hehe...

Untuk makluman anda semua, hotel ini juga ada menyediakan perkhidmatan city shuttle ke tengah2 bandar Kota Kinabalu, maklumat berkenaan shuttle ni pun ada dalam website expedia.com.my dan agoda.com...So lepas breakfast tadi, aku pun pergi ke kaunter untuk bertanya berkenaan perkhidmatan city shuttle ni, ooo rupanya kena bagi nama untuk naik shuttle tu...syabas pada hotel ni sebab bagi perkhidmatan penghantaran ulang-alik ke bandar Kota Kinabalu...

Lepas daftar nama kami untuk perkhidmatan shuttle yang akan bergerak pada jam 12pm, kami pun naik ke bilik hotel dulu sementara menunggu shuttle tu...boleh lah kalau2 nak ke tandas ke ape ke..kekeke...


Uminya tengah meyiapkan diri anaknya


Bergambar dulu..anak aku tak nak join bergambar...



Bersama isteri tersayang



Hampir selesai bersiap2


Selepas selesai mempersiapkan diri, kami pun turun ke lobi untuk menaiki shuttle tu...ooo lupa pulak nak bagitau yang city shuttle tu free je...sebenarnya kalau nak berjalan kaki ke bandar Kota Kinabalu ni boleh jugak seperti nak ke Pasar Philippine atau KK Waterfront, tapi letih jugaklah sebab jarak dia lebih kurang 2km atau 3km kalau tak silap...petang2 boleh lah jalan slow2...hehehe..



Bilik kami di tingkat 9


Cabin crew MAS pun menginap kat Ming Garden Hotel nie


Sementara menunggu shuttle


Bertiga pulak...kekeke..


Dekat2 jam 12pm shuttle pun sampai, waktu dalam shuttle tu aku perasan macam ramai pelancong Korea jugak...huhu..kalau diikutkan memang Kota Kinabalu ni menjadi tumpuan pelancong luar negara jugak terutamanya dari negara China dan Korea...lagipun Korean Air ada direct flight dari Seoul ke Kota Kinabalu...


Van yang digunakan untuk perkhidmatan city shuttle


Dalam van daa...pelancong Korea kat depan kami tu...


On da way ke tengah bandar Kota Kinabalu



Kami duk belakang sekali


Best jugak naik shuttle ni..jimatlah duit tak payah naik teksi...kekeke...thanks Ming Garden Hotel..


Kami turun dekat bangunan berhampiran Wisma Merdeka..pastu kami pun ronda2 la dalam bangunan Wisma Merdeka dan Suria Sabah..jalan2 pun penat jugak woo...kekeke



Pantang nampak kedai mainan..mesti anak aku nak singgah...pergghh kopak macam ni...kekeke...


Berehat minum kejap kat kedai di Suria Sabah...

Dah abis ronda2 dalam pasaraya Suria Sabah tu, kami pun berjalan kaki perlahan2 menuju ke Segama Waterfront ataupun KK Espalanade untuk bergambar dan menikmati permandangan di tepi laut...pergghh nice nya...



Bergambar di sebelah bangunan Hyatt Hotel betul2 depan KK Esplanade



Hehe...sampai jugak kat tempat ni setelah 2 tahun..Alhamdulillah..


Untung kalau anak dah besar, dia boleh tolong jadi cameraman...huhu...


Peace yo!


Gelagat anak aku...


Macam ni baru sopan sikit


Lepak kejap...


Memang kalau sampai ke Kota Kinabalu kena lepak dekat Segama Waterfront ni, sebab memang santai dan relaxed kat sini...tenang je rasa...waktu kita lepak kat sini pun akan ada orang2 yang menawarkan perkhidmatan ke Pulau Manukan dengan menaiki bot...diorang offer tapi aku tolak sebab tak sempat nak ke sana...masa yang kami ada kat sini pun cukup2 je..hehe..

Masa duk lepak2 kami pun nak meneruskan perjalanan ronda2 kami lagi, tapi anak aku pulak kata sakit kaki sebab kasut dia...jadi kami pun terpaksalah pergi cari selipar baru kat dia di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen ni...




Terpaksa dukung anak aku...dia kata sakit kaki dan penat berjalan...pergghhh berpeluh aku dukung dia sementara Umi dia cari selipar baru untuknya...

Lepas beli selipar baru, kami patah balik ke Segama Waterfront tu...bergambar dengan dolphin pulak...kekeke...






Anak aku mempamerkan skill lompat...hehe...



Seronok jugak melayan karenah anak aku ni...penyeri hidup kami...


Bergambar berdua pulak di Segama Waterfront






Sayangnye dia kat abah dia..


Kat Umi dia pun sayang jugak..hehe..



Eh2...Main nyorok2 pulak dia...ekekeke..


Bersama dolphin
Pemandangan tepi laut yang cantik




Anak aku tak puas lagi duduk atas ikan ni...kekeke...

Lepas tu kami pun nak ke KK Night Market, tapi sebelum tu anak aku nak singgah kejap tepi laut nak tengok ikan pulak dah...ikut je la...hehe...




Sedang asyik duk tengok ikan tepi laut



Nampak tak ikan tu?



Okay pastu kami pun pergi ke KK Night Market kat sebelah patung dolphin tu je sebenarnya..untuk mencari makanan laut terutamanya lobster, masuk je pasar tu terus nampak lobster...pergghhh banyak giler lobster..pilih je yang mana nak, ada macam2 saiz...

Tapi kami pusing2 dan survey2 dulu setiap kedai untuk mendapatkan lobster yang murah dan elok...akhirnya kami singgah kat kedai Glam's Station 3...harga lobster ni RM13 (100gram), lobster yang kami ambil seberat 300gram...so total untuk seekor lobster 300gram ni adalah RM39..ketam RM12 dan ikan bawal RM16...

Total semuanya termasuk nasi dan minuman adalah RM85...okay dah tu harga pun berpatutan...



Perghh lobster2 yang sedia untuk dijual dan dimasak...




Di KK Night Market



Bapak besar giler lobster ni...


Bergambar dengan lobster besar...kekeke...




Aku pilih lobster kecik ni je seberat 300gram dan berharga RM39 (siap masak beb)...kekeke...



Wife aku sibuk memilih ikan dan ketam...



Bergambar bersama lobster yang bakal dimasak...hehe...


Sedang menunggu makanan di masak di kedai Glam's Station 3...tak sabarnya...



Harga lobster RM39, ketam RM12 dan ikan bawal RM16


Perggghhh..seperti yang diimpikan untuk menikmati hidangan lobster di tepi laut pada waktu petang di Kota Kinabalu ni...Alhamdulillah cuaca pun baik...YA ALLAH! Aku sangat syukur kepada-Mu kerana memberi peluang untuk kami menikmati keindahan hidup ini...memang dah lama giler aku idamkan hidangan lobster ni...sampaikan kalau orang sebut Kota Kinabalu ni mesti aku akan terfikirkan lobsternya...kekeke...




Hidangan dah siap dimasak...sedia untuk di makan...jemput makan semua!




Bismillah...dan sedia untuk menikmati hidangan ..hehe


Alhamdulillah...selesai semuanya...


Waktu sunset


Selepas selesai menjamu selera, kami pun terus menuju ke Pasar Philippine, tapi kami tak masuk ke dalam pasar tu sebab dah letih dah nak jalan..kami cuma lalu kat tepi2 pasar je..jadi kami tunggu kawan kami dekat2 situ sebab dia nak ambik dan bawa kami pusing2 ke Tanjung Aru pulak lepas ni memandangkan cuaca malam ni pun baik...



Menggalas beg berhampiran Pasar Philippine




Nama rasmi bagi Pasar Philippine adalah Pasar Malam Sinsuran


Berjalan punya berjalan last2 kami singgah dekat Kota Kinabalu Waterfront..lepak kejap kat situ dan bergambar...alah sebelah Pasar Philippine je...so kami tunggu kawan kami kat sini pulak..hehe..



Bergambar kat KK Waterfront




Kena datang sini waktu petang baru best...


Lepas tu kawan baik kami pun pick up kami dekat KK Waterfront dan terus menuju ke Tanjung Aru, kami singgah dekat Hotel Shangri-La Tanjung Aru dulu dan ronda2 dalam kawasan dia..memang 5 star betullah hotel Shangri-La Tanjung Aru ni...



Anak aku keletihan...tertidur dah...


Persekitaran yang menarik di Shangri-La Hotel Tanjung Aru




Bergambar di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa


Kat lobi Shangri-La Tanjung Aru & Spa


Sesudah itu kami pun terus ke tepi pantai Tanjung Aru..memang ramai orang waktu ni walaupun dah malam..sempatlah lepak menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai...



Kat pasar Tanjung Aru




Tengah lepak di pantai Tanjung Aru

Lepas tu kami tak balik hotel lagi, kawan baik kami bawak kami ke Kedai Kopi Pak Din Sinsuran untuk menjamu selera dengan ulam rumpai laut...first time aku makan ulam rumpai laut ni...memang sedap...ini adalah dinner kami yang kedua kalinya...kenyang2...Alhamdulillah...


Hidangan seaweed dah sampai


Thanks bro sebab belanja kami makan lagi




Seaweed dengan gambaran lebih dekat dan dicicah dengan sambal disebelah tu..


Jemput makan semua...


Alhamdulillah...selepas kekenyangan semua..kami pun balik ke hotel untuk berehat...



Saksikan video kami untuk hari kedua di Kota Kinabalu :-





Okay bersambung di entry hari ketiga selepas ini...terima kasih...

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.