Thursday, January 31, 2019

Bercuti di Melaka dan Port Dickson Sept 2018 Day 3 Last Day


Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan nyenyaknya ditambah pula dengan bilik hotel yang selesa pula di sini. Apabila bangun pagi dapat pula tengok permandangan laut dari bilik..perggghhh rasa nikmatnya hidup ini..Memang view yang macam inilah yang aku inginkan, cuma kalau diberi peluang untuk berada di tingkat yang lagi tinggi lagi best rasanya sebab dapat lihat jauh lagi permandangan laut ini, bilik yang kami menginap ni berada di tingkat 4.

Boleh layan lah beberapa keping gambar seaview dari bilik kami ni..


Seaview dari bilik kami di tingkat 4




Banglo sape punya tu?








Ada bot parking di sini


Ada meja menghadap laut


Oleh kerana pagi ini kami dapat free breakfast, maka kami semua bangun awal untuk sama-sama pergi breakfast di hotel di sini..bukan selalu dapat menikmati breakfast di hotel ini bersama-sama keluarga..anak kecik aku yang kebiasaannya bangun agak lewat pun terpaksa dikejut juga..ekekeke..kalau bangun lambat alamatnya tak merasalah breakfast kat hotel ni..




Anak aku tengah sedap tidor..hihihi






Hahaha..puas hati anak aku dapat conquer katil king sorang-sorang..huhuhu

Dan yang bestnya kami dibekalkan suratkhabar percuma dari pihak hotel..walaupun hanya bagi paper je, tetapi aku dapat rasakan keseronokan kerana dihargai oleh pihak hotel supaya kita terasa mood bercuti dan sesungguhnya layanan dari pihak hotel ini menambahkan lagi suasana manis percutian ini. Membaca sambil menghadap laut..perghhh...

Surat khabar yang dibekalkan oleh pihak hotel




Anak kecik aku dah bangun dah..




Rakyat-rakyat dah mula berkumpul..






Selepas semua dah siap maka tanpa membuang masa lagi, kami terus ke bawah untuk pergi breakfast, oleh kerana kami hanya ambil 2 bilik sahaja maka coupon untuk breakfast hanya untuk 4 orang sahaja, tetapi pihak hotel bermurah hati memberikan tambahan anggota kami yang lain breakfast free juga sebagai ganti rugi disebabkan semalam kami terpaksa check in lambat oleh kerana bilik masih tak ready..Alhmdulillah..


Rasa ceria je selepas mereka bersetuju memberikan breakfast percuma kepada tambahan ahli keluarga kami, kalau tidak rasa bengang jugaklah kalau masih kena bayar breakfast dan tiada ganti rugi dari pihak hotel bila bilik lambat ready, sebab kita dah bayar bilik hotel untuk berada dalam bilik dari pukul 2.00pm hingga 12.00pm keesokannya, tetapi hanya boleh masuk bilik lewat disebabkan masalah dari pihak hotel. Aku ucapkan terima kasih kepada pihak hotel kerana memberikan kami layanan yang baik, dan semestinya kami akan datang lagi menginap di sini..InsyaAllah..




On the way ke tempat breakfast

Cafe untuk breakfast berada di bangunan yang berasingan tetapi takdelah jauh sangat berjalan..dengan suasana pagi dapat tengok air laut kat bawah ni sementara berjalan untuk ke tempat breakfast..pergghh nikmatnya..untuk ke sana kami melalui kawasan kolam renang..jadi sambil-sambil tu kami survey tempat yang sesuai untuk anak-anak mandi selepas breakfast nanti..




Kolam yang kami pilih untuk bagi anak-anak mandi nanti..




Cafe untuk breakfast hanya bersebelahan kolam renang sahaja, di sini lah staff yang membenarkan kami semua masuk breakfast sebagai ganti rugi check in lambat semalam, baik sungguhlah diorang ni..sehinggakan oleh kerana kami semua ramai maka mereka menyediakan meja khas untuk kami makan di tingkat atas.




Tempat breakfast yang dikenali sebagai Traders Food Shop


Meriah dan penuh dengan pengunjung






Tapi yang tak best makan di tingkat atas ni adalah suasana yang tidak happening, hanya kami sahaja guest yang makan kat atas ni..tapi yang bagusnye memudahkan kami menjaga anak-anak kecik sambil tanpa mengganggu orang lain..ekekeke..






Hanya keluarga kami yang berada di tingkat atas


Namun walaupun hanya keluarga kami sahaja yang makan di atas pada waktu ini, tetapi pelbagai aneka masakan yang disediakan di sini..pergghhh memang best betul dapat breakfast di Avillion Admiral Cove Port Dickson ni. Breakfast yang disediakan memang puas hati betul.



Wife aku sedang memilih menu breakfast


Adik ipar aku dan anaknya




Susu segar pun ada..ini memang kegemaran aku


Minuman yang disediakan


Roti dan cereal pun ada





Setelah mengambil makanan semuanya, maka kami semua pun terus menjamu selera..bukan selalu dapat bersama keluarga ramai-ramai makan sarapan pagi kat hotel ni, jadi kami betul-betul manfaatkan masa ini..lagi seronok bila dapat tengok anak-anak seronok..huhuhu..



Penuh meja dengan rakyat..ekekeke


Aku dan adik ipar terpaksa makan meja sebelah sebab penuh..huahuahua..


Makanan yang bakal masuk dalam perut aku..huhuhu..jemput makan semua..


Susu segar mesti mau ada..hehehe..








Licin bro..Alhamdulillah


Kelebihan makan kat tingkat atas ni adalah, kita dapat lihat permandangan laut di luar restoran. Dapat dilihat banyak bot-bot mewah yang di parking di sini..Sebenarnya oleh kerana kehadiran bot-bot mewah inilah yang menjadikan Avillion Admiral Cove ni menarik..jarang jumpa hotel yang banyak bot-bot macam ni..kalau kita bersembang dengan sesiapa pun, bila kita bagitau hotel kat Port Dickson yang banyak bot parking pun orang akan ingat itu adalah Avillion Admiral Cove Hotel Port Dickson.



Sea view bersama bot-bot mewah tengah parking





Berasap kejap bro














Lepas masuk kat dalam cafe ni, tengok anak-anak tengah syok duk main atas pentas pulak, rupanya nanti tempat ni akan digunakan oleh agensi kerajaan untuk buat majlis diorang..kiranya lama jugaklah kami berada kat sini ni..






Tempat breakfast ni akan digunakan oleh agensi kerajaan untuk majlis mereka




Tak lama kemudian kami pun beransur-ansur untuk naik ke bilik sekejap sebelum turun balik untuk bawa anak-anak main kolam renang, waktu lalu kawasan breakfast di tingkat bawah ni, nampak ramainya orang dan memang happening..sepatutnya kami breakfast kat bawah je tadi..kena guna dua meja pun takpelah..walau bagaimanapun kami redha rezeki kami terpaksa makan di atas..huhuhu..




Ramai orang di tingkat bawah



Kalau breakfast kat bawah baru rasa breakfast di hotel sebab meriah dan ramai orang..walau bagaimanapun kami berterima kasih kepada pihak hotel kerana bagi kami tempat breakfast yang special di atas walaupun sebenarnya aku rasa dapat breakfast kat bawah lagi best..ekekeke..




Lagi meriah menu di bawah ni







Ketika melalui swimming pool waktu kami menghala ke bilik, dapat dilihat dah ramai orang tengah mandi kat swimming pool ni..anak-anak aku pun dah tak sabar nak mandi kat sini dah ni..susunan kolam renang di antara kanak-kanak dan dewasa juga menarik dengan tempat yang bersih dihiasi pokok-pokok..




Dah ramai dah orang mandi-manda pagi ni



Berehat kejap sambil tengok laut






Selepas naik ke bilik dan salin baju dan ambil barang-barang yang mana di bawa seperti pelampung, maka kami pun terus turun ke bawah untuk mandi di kolam renang..nasib baik ada pelampung tu pun kami beli kat Pantai Teluk Kemang semalam sewaktu mandi di sana..




Bersama anak kecik aku




Apabila dah sampai di kolam renang, dan jumpa tempat yang sesuai maka bermulalah aktiviti anak-anak ni mandi-manda di kolam renang..pergghh punyalah seronok diorang mandi kat sini..boleh tengok gambar-gambar sukaria mandi kolam renang ni di bawah..



Baru turun swimming pool




Seronok mandi swimming pool




Boleh dikatakan inilah kali pertama aku bawak anak kecik aku ni mandi swimming pool, punyalah excited dia duk mandi kolam ni..nasib baik ada pelampung jadi senang sikitlah nak bagi diorang mandi kolam ni..kalau tidak jenuh duk dukung anak aku ni..ekekeke..








Anak kecik aku pun enjoy main air

Pengunjung-pengunjung hotel yang duk mandi sekali pun sporting, masing-masing tau jaga adab..walaupun penuh swimming pool ni tapi masih boleh enjoy duk main air..aku sendiri pun tak mandi pun kat swimming pool ni, bagi peluang kat anak-anak dulu lah..ekekeke..






Sepupu anak aku pun enjoy










Sewaktu duk sibuk melayan anak-anak mandi manda di sini, manager Avillion Admiral Cove Hotel ni cari wife aku dekat swimming pool ni, dan dia bagitau kami boleh check out lambat dalam pukul 3.00pm sebab semalam kami kena check in lambat sebab bilik tak ready.. Kami ucap terima kasih di atas budi baik pihak hotel..tawaran ni memang best betul dan menggembirakan kami..


Tapi oleh kerana adik ipar aku nak balik jauh ke Alor Setar harini, maka kami check out awal juga dalam pukul 01.00pm.. Kira okay jugaklah kan boleh tambah sejam lagi kalau tidak pukul 12.00 pm dah kena check out dah..huhuhu..Kiranya pengurusan hotel ni bagus sebab ambil tahu di atas rungutan pengunjung..









Cuma ada satu pengalaman kurang enak bila mandi swimming pool ni, handset adik ipar aku turut tenggalam masuk dalam kolam sebab dia lupa nak bawa keluar, nak buat macam mana dah tak ada rezeki untuk hanset ini..huhuhu..InsyaALLAH jika kita sabar, Allah SWT akan beri lebih baik lagi..biasalah kita hanya boleh merancang, yang menentukan Allah SWT..jadi beringatlah kalau nak mandi laut atau swimming pool, pastikan check dulu barang dalam poket, takut dengan beg-beg duit boleh terselam sekali dalam air..




Bergambar sekeluarga..kat sebelah jambatan tu dah masuk kolam dewasa..kena beringat kalau dengan kanak-kanak..

Tapi kalau dengan anak-anak kena beringat juga sebab bersebelahan kolam kanak-kanak ni terus kolam dewasa hanya dipisahkan oleh tembok dalam air je..kalau terlepas anak-anak dalam kolam dewasa jadi masalah juga..










Yang hairannya anak kecik aku ni pun dah macam expert mandi kolam ni..puas hati jugaklah duk bawak diorang ke sini sebab diorang seronok dan ceria..gambar-gambar ni semua akan jadi kenangan di waktu mereka besar nanti.






Macam orang besar dah..ekekeke..







Selepas lebih sejam lebih bermandi-manda di sini, maka kami pun naik dalam pukul 11.00 am lebih dan bawa anak-anak mandi shower dekat swimming pool ni sebelum naik ke bilik..facilities hotel ni cukup bagus kerana menyediakan pelbagai kemudahan..syabas Avillion Admiral Cove Hotel!




Mandi shower dulu sebelum naik ke bilik




Anak kecik aku pun nak mandi sekali


Selepas tu kami semua naik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk check out.. tapi yang lawaknya anak kecik aku sempat lagi tidur dalam bilik lepas bersiap-siap..mungkin letih agaknya mandi kolam tadi atau tak cukup tak cukup tidor sebab kena bangun awal pagi tadi..ekekeke..




Anak kecik aku sempat lagi tidor lepas sementara tunggu waktu check out..hahaha...




Kakak pun santai duk main handphone

Jadi sementara menunggu waktu check out tu, sempat jugalah aku melayan sea view dari bilik hotel di tingkat 4 ni..memang best betullah..rasa nyaman je..pendek kata kalau dapat bilik seaview ni masa dihabiskan di tepi tingkap pun aku takde masalah dan takde rasa boring tanpa perlu ada gajet di sisi, yang kena ada pun kamera kerana ianya tempat aku menyimpan memori indah ini..mungkin aku ni dah berjiwa orang tua dah kot..ekekeke..




Best dapat tengok permandangan laut




Kapal terbang selalu lalu kawasan Port Dickson ni untuk landing di KLIA













Kapal besar di tengah-tengah laut







Apabila menjelang pukul 1.00 pm, maka kami pun ready untuk turun check out..tapi sebelum tu macam biasalah kami akan bergambar sekeluarga dulu dalam bilik hotel yang cantik ni sebagai kenangan..maklumlah bukan selalu dapat bermalam di hotel ni kan..jadi gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya..


Dah ready nak check out




Bergambar dengan Mak Mertua aku


Bergambar di depan pintu bilik kami

Selepas selesai bergambar semuanya, maka kami pun turun untuk check out..memang enjoy betul percutian kali ini bersama keluarga yang ramai..sangat happening dengan karenah anak-anak..mungkin ada masa nanti boleh repeat lagi datang ke sini..



Turun untuk check out


Tengah check out

Apabila check out, pihak hotel terus memulangkan duit deposit setelah mereka memeriksa bilik dan keadaan semuanya okay.. Sebelum kami semua keluar dari kawasan hotel ni, sempat lagi kami bergambar sekeluarga di kawasan Avillion Admiral Cove Hotel ni.



Bergambar beramai-ramai sebelum keluar dari kawasan hotel




Kesimpulan dari percutian ini, rata-rata di kalangan kami semuanya berpuas hati dengan servis Avillion Admiral Cove Hotel Port Dickson ni dan seronok serta enjoy dengan percutian ini.Setelah itu, adik ipar aku dan keluarganya terus balik ke Alor Setar..Jadi kami berpisah dari hotel ini lah.. Jadi dengan itu maka berakhirlah percutian indah kami ini.. Semoga berjumpa lagi pada entry percutian yang akan datang..InsyaALLAH.



Saksikan video kami di hari ketiga ini :-



2 comments:

  1. Saya & family baru planning nk ke situ. Terima kasih share pengalaman sepanjang disitu. 😉

    ReplyDelete
  2. Sama2..terima kasih kerana sudi baca blog sy ni..selamat bercuti!

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.