Thursday, August 2, 2018

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah April 2018 Day 2



Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lenanya, oleh kerana bilik yang kami booked ini dah termasuk dengan breakfast sekali..so semua bangun awal sebab tak nak terlepas breakfast kat hotel ni, yelah kalau mengikut pengalaman lepas kalau turun lambat kebiasaannya makanan tinggal sikit je..hukhukhuk..

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami 4 beranak turun untuk merasa breakfast kat hotel.. Anak sulung aku ni punyalah seronok sebab dapat breakfast kat hotel...aku pun seronok juga dapat makan kat hotel ni..huahuahua..

Sebaik sahaja keluar dari bilik hotel, aku perasan dah ada surat khabar tergantung pada tombol pintu..perghhh best siut...baguslah pihak hotel ni kerana menyediakan surat khabar untuk guest..teringat waktu aku menginap di Shanghai dulu, kat sana pun diorang sediakan surat khabar..


Bagus betul Sabah Oriental Hotel ni, pagi-pagi surat khabar dah tergantung kat pintu dah..marvellous..


Semua seronok nak turun breakfast nie...hehehe..

Tempat kami breakfast adalah di Cafe Oriental iaitu hanya bersebelahan lobi dan kaunter check in sahaja..Oleh kerana breakfast ni untuk 2 orang je, so yang anak sulung aku terpaksalah kena bayar..oleh kerana anak aku masih lagi di bawah 12 tahun, jadi bayarannya lebih kurang RM18..hampir separuh harga dari dewasa..



Tempat breakfast


Wife aku tengah membayar untuk anak aku





Dua beradik dah sedia untuk sarapan


Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh pihak Sabah Oriental Hotel ni, memang rambang mata nak pilih yang mana satu..dengan persekitaran cafe yang bersih dan decoration yang menarik..aku bagi 5 bintang kat hotel ni dari segi kemudahan breakfast, makanan, fasiliti dan tempatnya berbanding harga biliknya yang tidaklah mahal.. kelihatan ramai juga pengunjung di hari cuti ni..perggghhh...

Boleh layan gambar yang sempat aku ambik di Cafe Oriental di bawah..




























Yang menjadi kesukaan aku ketika breakfast Sabah Oriental Hotel ni adalah dapat minum susu segar sepuas-puas hati..huhuhu.. rasanya inilah pertama kali aku jumpa minuman susu segar dalam hotel..perggghhh memang best..memang menjadi kenanganlah sarapan kat sini..





Susu segar






Jadi macam-macamlah makanan yang kami ambik, dah macam makan tengahari dah ni..ekekeke..aku macam biasalah terpaksa perkena nasi, kalau tidak serba tak kena jadinya..huahuahua..kalau orang lain mereka lebih enjoy dengan berjalan-jalan, tapi kami sekeluarga jenis suka enjoy dalam hotel je..maklumlah layanan kat hotel ni special sikit kan...




Bergambar sekeluarga ketika breakfast di Sabah Oriental Hotel


Nasi yang bakal aku jamah..jemput makan semua!


Semua enjoy breakfast





Yang penting susu segar aku ada..ekekeke

Alhamdulillah anak kecik kami tak buat perangai ketika breakfast kat hotel ni, jadi kami semua dapat enjoy makan dengan sepuas-puasnya..risau jugak kalau dia buat perangai kan..hehehe..kiranya dia sentiasa bagi kerjasama penuh lah..kipidap dongibab!



Si kecik ni sibuk main phone..jadi kami semua dapat makan dengan tenang..hehehe..


Daripada tempat breakfast di Cafe Oriental ni, ada pintu untuk keluar jadi bolehlah kalau nak breakfast dengan open air atau untuk merokok di luar..kat luar tu jelas nampak Ming Garden Hotel, iaitu hotel yang kami pernah menginap pada tahun 2014 dulu..tapi kali ni tak mampu nak menginap di sana sebab harganya makin mahal sedikit berbanding dahulu..huhuhu..jadi sempatlah kami bersantai-santai di luar Sabah Oriental Hotel ni sambil memerhati keadaan sekeliling..memang santai  betullah kami ni..ekekekeke..



Ming Garden Hotel bertentangan dengan Sabah Oriental Hotel






Boleh breakfast atau merokok kat luar


Bergambar sekeluarga dengan berlatar belakang Ming Garden Hotel


Selepas tu kami semua naik ke bilik untuk teman anak-anak mandi dan berehat sebelum keluar jalan-jalan di Bandaraya Kota Kinabalu..Aku pun call receptionist untuk bertanyakan shuttle ke bandar yang disediakan oleh pihak hotel, jadi kami booked untuk guna perkhidmatan shuttle ni pada pukul 3.00 p.m nanti mengenangkan wife aku request untuk berehat lama dalam hotel..so lepas breakfast sampai pukul 3.00 p.m kami akan berehat dalam hotel jelah..ekekeke...



Tempat menunggu lift di tingkat 8


Teman 2 beradik ni mandi




Selepas anak-anak dah sudah mandi, barulah sempat aku nak baca paper..kebetulan waktu ni adalah musim kempen pilihanraya ke-14, jadi berita pun pasal pilihanraya yang banyak..sekurang-kurangnya aku boleh baca juga apa isu di Sabah sekarang ni..hehehe..barulah rasa relax kalau dapat baca paper ni..tapi memandangkan anak kedua aku masih kecil, jadi masa banyak juga dihabiskan untuk bermain dengannya..





Baca paper free..hehehe..


Dah terlena dah anak kedua aku ni

Aircond bilik pun sejuk, siaran tv yang disediakan juga menarik..jadi kami berehat kat bilik ni sampai pukul 3.00pm sambil melayan karenah anak-anak...hehehe.. Untuk lunch kami hanya habiskan makanan yang kami tapau semalam memandangkan dalam bilik ni juga disediakan peti ais kecik...cuma microwave je takde...ekekeke..so kami tak reheat makanan yang ditapau semalam, main belasah macam tu je..ekekeke..

Di bawah ni antara gambar yang sempat aku snap dari dalam bilik..













Okay setelah hampir pukul 3.00pm, kami semua pun turun ke lobi untuk menggunakan perkhidmatan shuttle percuma ke bandar yang disediakan. Semua dah puas berehat, jadi inilah masanya untuk bawa anak-anak ronda di bandar Kota Kinabalu..nasib baik anak kecik aku ni tak berapa buat perangai masa letak dalam stroller..kalau tidak penatlah nak dukung dia ni..huhuhu..



Monyok lagi anak aku..baru bangun tidorlah katakan..hehehe..


Van shuttle dah ready


Masa sampai kat lobi, aku ingat ramai yang menunggu untuk naik van ni, rupa-rupanya selain kami hanya seorang sahaja yang menggunakan perkhidmatan ini..lagipun dekat je pun van ni nak hantar kami semua..servis macam ni memang amat dialu-alukan oleh para penginap hotel..terbaekklah Sabah Oriental Hotel..kami juga pernah merasa free shuttle service ni waktu menginap di Ming Garden Hotel dulu..



Sedang menunggu perkhidmatan free shuttle ke Pasar Kraftangan


Bergambar dulu sebelum menaiki free shuttle

Tak lama kemudian kami dibawa terus ke Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu..naik van ni pun selesa dan drivernya juga baik dan ramah..rasa seronoklah kita sebagai penumpangkan jika drivernya okay..Alhamdulillah..memang rasa macam pelancong je kami ni...ekekeke..



Van dah mula bergerak ke Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu








Lebih kurang 5 minit, maka sampailah kami di Pasar Kraftangan yang berhampiran Pasar Philippine dan Pasar Buah-buahan tempatan iaitu yang berada di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen. Memang kawasan inilah yang menjadi tumpuan pelancong dalam negara dan luar negara. Ade lah kot barang-barang yang wife aku nak beli sikit tu..kalau ikut aku bukannya aku suka sangat beli barang ni, kalau pergi travel ni aku lebih suka ambil gambar dan lihat tempat orang je..nak beli barang tu soal nombor sepuluh..ekekeke..



Baru sampai di Pasar Kraftangan




Jadi dekat Pasar Kraftangan ni kami takde beli apa, just ronda-ronda je dan kemudiannya kami terus pergi ke Pasar Buah-buahan Tempatan yang berada di bersebelahan sahaja..kat sini macam-macam barangan dijual, memang sesuailah untuk dijadikan buah tangan kepada sanak saudara atau kawan-kawan..

Walaupun kat google map namanya Pasar Buah-buahan Tempatan, tapi aku perasan tak banyak buah-buahan yang dijual di sini..

Boleh layan beberapa keping gambar di Pasar Buah-buahan Tempatan di bawah ini...



Antara barangan yang dijual di Pasar Buah-buahan Tempatan




Wife aku duk sibuk memilih barangan




Macam-macam ado








Bertentangan Pasar Buah-buahan Tempatan ni adalah Hotel Le Meridien, memang kalau dapat stay kat hotel ni memang bestlah sebab jalan kaki je dah sampai kat tempat-tempat tumpuan yang terkenal seperti Pasar Philippine, Dataran Todak dan sebagainya..tapi memang tak mampulah nak book Hotel Le Meridien ni sebab harganya yang mahal giler lebih kurang RM500 lebih semalam...perghhh...



Le Meridien Hotel yang berada betul-betul di depan Pasar Buah-buahan Tempatan




Lepas tu kami ronda lagi kawasan Pasar Buah-buahan Tempatan ni untuk tengok apa yang ada, terdapat juga barang-barang basah yang dijual selain buah-buahan..tempat ni betul-betul di tepi laut..kalau nampak laut rasa best je..sebenarnya tempat sebeginilah yang menarik minat aku untuk ke Kota Kinabalu ni..



Barang-barang basah juga ada dijual










Pasar Buah-buahan Tempatan betul-betul di sebelah laut..






Kemudian kami jalan-jalan sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen ni dari Kota Kinabalu Waterfront sehingga hampir Suria Sabah untuk melihat keadaan sekitarnya..memang santai je holiday kami kali ni..lagipun memang kami tak merancang untuk ke mana-mana melainkan menghabiskan masa di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu je..



Berehat sekejap di bus stop berdekatan Kota Kinabalu Waterfront


Teruskan berjalan di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen


Singgah depan Pasar Buah-buahan Tempatan




Sempat lagi singgah kat sini pulak di Pasar Kraftangan




Panjang juga Jalan Tun Fuad Stephen ni, dari Kota Kinabalu Waterfront ke Suria Sabah Shopping Mall ni jauh jugaklah rasanya berjalan iaitu hampir 1.1 km...oleh kerana masa kami banyak jadi takde masalah untuk berjalan jauh..tapi berpeluh-peluh jugaklah sebab cuaca pun agak panas juga..hehehe..tapi yang sebenarnya aku nak tunggu sunset je sebab nak ambil gambar nanti..







Kelihatan pembangunan di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen ini agak rancak, kalau datang dalam 3 atau 4 tahun lagi, keadaan landskap di sini sudah tentu akan berubah..cuba bayangkan di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen ni nanti tersergam indah pelbagai bangunan pencakar langit..perghh marvellous..



Projek pencakar langit di Jalan Tun Fuad Stephen




Baru sampai kat Pasar Besar..perghh berpeluh-peluh




Berjalan punya berjalan maka sampailah kami di Dataran Todak, tapi nak bergambar kat sana tak boleh lagi sebab cuaca masih lagi panas..berasap kalau ambik gambar kat sini..so kami decided untuk berjalan-jalan lagi sampailah berhampiran Suria Sabah Shopping Mall.





Di Dataran Todak






Tepi laut berhampiran Suria Sabah Shopping Mall ni macam ada tempat lepak baru, tapi nampak macam takde orang sebab tempatnya masih lagi dalam pembinaan atau renovation..tapi alang-alang dah sampai, kami ambil gambar jugaklah kat sini..maklumlah lepas ni tak tau dah bila boleh datang sini lagi kan..



Bergambar di tempat tarikan baru berhampiran Suria Sabah Shopping Mall



 
Lepas tu kami singgah di Wisma Merdeka untuk berehat dan merasa aircond..maklumlah dah berpeluh-peluh duduk kat luar..memang seronok tu berjalan macam ni sebab santai. Wisma Merdeka ni adalah shopping mall dan macam-macam ada dijual di sini..sempatlah kami berehat untuk makan makanan ringan-ringan.. Kali ni anak aku nak mencuba Mario's Pizza Bread..sedap atau tidak belakang kira yang penting boleh isi perut..ekekeke..



Anak aku dah request nak beli pizza






Selepas beli pizza maka kami pergi cari tempat duduk untuk berehat kejap sambil makan pizza..boleh tahan jugaklah rasanya tapi bagi aku Pizza Hut jugaklah yang paking sedap..huhuhu..





Dah jumpa tempat nak makan pizza




Selepas makan pizza tu, kami cuba untuk keluar lepas di Dataran Todak, tapi keadaan cuaca masih lagi panas..so kami pusing-pusing lagi dalam Wisma Merdeka ni..last2 kami singgah kat kedai Papa's untuk makan roti bakar pulak...







Singgah di Kedai Papa's untuk menikmati roti bakar




Selepas selesai menikmati roti bakar di kedai Papa's, kami terus keluar untuk ke Dataran Todak memandangkan cuaca dah tak berapa panas dah..santai giler kami ni kan..huhuhuhu..masing-masing pelancong ada style dia untuk berjalan..bagi kami inilah style kami ketika melancong..jimat belanja..ekekeke..



Wisma Merdeka di Jalan Tun Fuad Stephen


Dah petang dah..matahari pun tak panas sangat dah..


Jadi tanpa membuang masa lagi, kami terus berjalan kaki ke Dataran Todak dengan suasana petang sambil ditemani cahaya petang matahari yang seakan warna oren..anak kecik aku gelak sakan dia waktu berjalan ke Dataran Todak tu..maklumlah baru first time bawa dia ke Kota Kinabalu ni, maknanya budak kecik pun dah boleh tahu seronok berjalan-jalan ni berbanding kalau duduk kat rumah je..



Berjalan menuju ke Dataran Todak






Seronok betul anak kecik aku ni dapat berjalan di Kota Kinabalu


Apabila dah sampai di Dataran Todak ni, tanpa membuang masa aku terus pacak tripod aku untuk ambil gambar. Senangkan kalau ada tripod ni so tak payahlah aku mintak tolong orang selalu untuk ambil gambar kami sekeluarga ni. Boleh layan beberapa keping gambar sekeluarga yang sempat diambil di bawah yang boleh dijadikan sebagai kenangan kami..











Bergambar dengan dolphin







 
Nasiblah anak-anak dan wife aku bagi kerjasama untuk bergambar, benda yang aku paling frust kalau pergi travel adalah kalau aku tak dapat bergambar cantik dengan mereka. Aku ni jenis tak suka bergambar sorang2..kena ada anak-anak dan wife aku jugak baru puas hati, kira macam nak makan lah..walau apapun aku mesti kena makan nasi jugak..ekekeke..wife aku memang faham dah perangai aku ni..huhuhu..









Sunset

Selepas selesai bergambar dengan suasana sunset di Dataran Todak, maka aku terus on GPS Google Map untuk pergi ke Kedai Kopi Pak Din sebab wife aku nak makan rumpai laut dan bukannya sebab nak minum kopi..ekekeke.. Last time waktu kami datang Kota Kinabalu pada tahun 2014, kawan wife aku pernah bawa kami ke sini untuk menikmati rumpai laut, jadi kami tak buang masa untuk cari kedai lain dah..lagipun kedai ni pun sedap masakannya. Mungkin inilah first time aku on GPS dengan berjalan kaki je. Kuakuakua..



Melangkah menuju ke Kedai Kopi Pak Din


Lalu kawasan kedai


Alhamdulillah setelah berjalan hampir 10 minit akhirnya kami jumpa Kedai Kopi Pak Din hasil bantuan GPS dan dengan tanya orang sedikit sebanyak. Aku pun tak ingat sangat keadaan kedai ni waktu dulu pada tahun 2014 macam mana?, tapi boleh dikatakan suasananya hampir sama tapi tak tahulah takut ada renovation atau tidak kat kedai ni..yang penting masakannya sama..hehehe








Ikan segar


Antara menu yang ada di Kedai Kopi Pak Din

Jadi apabila dah duduk, apalagi teruslah kami order makanan terutamanya rumpai laut yang menjadi idaman wife aku..berkenaan harga makanan kat kedai ni, aku rasa lebih kurang macam kat semenanjung je..cuma kat Semenanjung Malaysia payah nak cari rumpai laut..itulah yang membuatkan Kota Kinabalu ni special..seafood adalah tarikannya..

Jadi setelah makanan sampai, maka kami pun terus menjamu selera untuk makan malam..jemput makan semua!






Rumpai laut

Nasi yang bakal aku makan..


Boleh dikatakan kami berpuas hati dengan masakan di sini dengan harganya yang berpatutan, semua berselera ketika menjamu selera..anak kecik aku pun sangat well-behaved.. Alhamdulillah.. InsyaAllah kalau ada masa pada masa akan datang, kami akan singgah lagi di sini..


Dah pandai makan sendiri dah anak kecik aku ni..hehehe


Bergambar sekeluarga di Kedai Kopi Pak Din

Apabila dah selesai makan malam di sini, maka tibalah masanya untuk kami pulang ke bilik Sabah Oriental Hotel untuk berehat..jadi macam biasa kami akan menggunakan perkhidmatan GrabCar sebab ianya murah.. Selepas book sekejap je dah sampai..waktu ni kami hanya dikena RM4 sahaja untuk ke Sabah Oriental Hotel..murah RM1 berbanding malam semalam..



Dalam GrabCar




Jadi semasa dalam GrabCar macam biasalah aku, mesti menyembang punya..sembang punya sembang tahu-tahu dah nak sampai ke Sabah Oriental Hotel dah..di bawah ni antara gambar Kota Kinabalu yang sempat di ambil ketika dalam GrabCar..





On the way ke Sabah Oriental Hotel








Lebih kurang 5 minit dalam GrabCar maka sampailah kami di Sabah Oriental Hotel..Apabila sampai di lobi hotel, kami memang seronok dengan layanan yang sangat mesra oleh staff Sabah Oriental Hotel ni dan berpuas hatilah dengan servis yang disediakan, kami pun dapat rileks di lobi disebabkan banyak sofa dan kerusi yang disediakan..tambah-tambah kedua-dua anak aku seronok menginap kat sini.. jika harganya pada masa akan datang masih berpatutan..InsyaAllah kami akan menginap lagi di sini..







Hotel ini juga menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk menginap di sini yang mana aku dapati bas pelancong pun masuk untuk hantar diorang semua ni..ramai jugak pelancong ni kemungkinan besar dari China..terbaekklah Sabah Oriental Hotel ni..



Bas pelancong yang menghantar pelancong luar negara mungkin dari China

Walaupun keletihan tapi kami tak boleh nak naik berehat dalam bilik lagi, maklumlah anak-anak nak duduk berehat dan main kat lobi hotel pulak..so layankan jelah diorang ni dulu..saat-saat indah macam nilah yang akan menjadi kenangan buat kami sekeluarga, kadang-kadang aku boleh tersenyum sendiri memikirkan gelagat anak-anak atau saat ketika aku duk rilek berehat kat sini ..huhuhu..



Layan anak-anak main kat lobi


Tengok kura-kura kat lobi hotel










Tak lama kemudian, kami semua pun naik atas untuk berehat..puas hati jugaklah keluar jalan-jalan hari ini, yang penting semua happy..bayangkan anak aku yang kecik ni pun tahu seronok dapat berjalan-jalan..huhuhu..


Berehat sakan nampaknya








Dah naik atas suruh diorang mandi semua dan bersiap-siap sebelum berehat dan tidur. Tapi sebelum dapat tidur tu, kena layan anak-anak dulu..macam-macam karenah diorang ni tambah-tambah anak kecik aku ni, kalau dia tidur barulah baru aku dapat berehat..ekekeke..



Layan anak-anak dulu sebelum tidur

Tak lama kemudian, masing-masing tutup mata kerana keletihan..maka tibalah masanya untuk tidur dan berehat..berjumpa lagi di hari terakhir kami di Kota Kinabalu pada entry yang akan datang.

Saksikan video kami di Kota Kinabalu pada hari kedua :-






2 comments:

  1. Tak sewa kereta? Boleh je survive tak sewa kereta kan? Plan nak g KK next month & tak sewa kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak sewa kereta..pakai GrabCar je..maklumlah nak jimat kos..jalan kat bandar KK je..pun dah seronok..huhuhu

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.