Friday, May 10, 2013

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Part 2

Kat hotel kami berehat dalam bilik hotel sampai malam...duk kat KK ni waktu dia cepat...macam cepat sejam waktu dia dari semenanjung...kira dekat pukul 6.30pm dah masuk maghrib dah..wah aku macam excited giler..maklumla first time smp sini...lepas tu aku siap tepon adik aku, aku bagitau dia...ni kat KK sini dah masuk Maghrib dah ni biarpun baru kul 6 lebih...haha...lawak la...tapi aku bangga sebab dapat rasa keadaan yang berbeza dengan semenanjung...hehe...jgn gelak ye...

Aduhh...pastu pening jap nk rancang sbb waktu malam dia mcm cepat dari semenanjung...aku pikir macam ni anak aku dahla slalu bangun lambat..dekat2 kul 10 pagi baru dia bangun...siap2kan dia pkl 12pm baru siap...kat sini 12pm lebih dah masuk zohor...pastu jalan2 kejap...kul 6pm dah nk masuk maghrib...ayyo berapa jam je blh berjalan kat sini...


Macam biasa bergambar depan signage dkt2 hotel kami menginap



Okla sambung balik...pastu kami jalan2 cari makan kat Pasar Philippines...makan seafood kat situ mmg best...tengok lobster besar2 n gedabak2...wow...last2 kami pun menjamu selera jugakla dengan lobster..ambik yang murah je...tak ingat dah berapa ringgit...rasenye RM23 utk lobster pastu RM8 utk ikan pari...makanla kami 3 beranak...kenyang giler...kira murah jugakla kat sini...pastu kami jalan2 tgk permandangan bandar Kota Kinabalu sepanjang Pasar Philippines ni sehingga ke hotel kami lbh krg 1km lebih berjalan kaki...


Nila lebih kurang jarak kami berjalan kaki setiap hari sepanjang percutian kami ni...




Ni la dia Pasar Philippines, mungkin sebab sini banyak orang Philippines kot...


Sekarang ni baru aku tau rupa2nya orang Philippines yang dimaksudkan di pasar tu adalah kebanyakannya orang Philippines yang Islam dari Sulu...mula2 mati2 aku ingat orang Philippines Manila kat sini...was2 jugakla masa nak cari tempat makan...




Nampak tak besar giler lobster tu...yang tu mahal harganye...





Anak kesayangan kami Syaza dah tak sabar nak makan lobster...hihi

Lobster ni diorang belah kat tengah siap2...jadi xdela payah sangat nak makan...aduhhh...bila lagi blh smp kat sini lagi ni....InsyaALLAH one day we'll be there again...Amin...



Tengok...kan dah licin dan tinggal tulang...


Bergambar dulu selepas makan..kekenyangan semua...




Memang indah bandar Kota Kinabalu ni di waktu malam


Lagi satu bukti kami berada di Kota Kinabalu...kikiki...


Ini kat depan KK Waterfront


Abah dia pun nak rasa jugak udang besar tu macamane....


Macam kat i-City Shah Alam la pulak...
Lepas bergambar2 kat kawasan sekitarnya...kami pun balik hotel dan berehat layang Astro n internet smp terlena....walaupun hotel yang kami duduk ni agak tak menarik tapi ada wifi dan astro tu...layan channel fox movies...perghh bestnye...huhu...

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.