Sunday, February 2, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 5

Arini kami bangun awal seawal jam 6.00am selepas dikejutkan oleh staff hotel yang menelefon bilik kami..mereka menyediakan "wake-up call services", lebih kurang jam 8.0am mereka pun menghantar kami ke airport...sayu jugaklah untuk menamatkan percutian yang indah ini...kekekeke...Pagi ni suhu -8'C, semalam sebelum tidor aku dah tengok ramalan suhu pagi ni...cuaca yang cerah dan tiada awan menyebabkan suhu menjadi begitu sejuk..tapi aku tak terasa sangat kesejukan tu sebab kami memang pakai baju tebal dan berlapis2 serta seluarpun dua lapis..kekeke...


Dalam perjalanan ke airport, kawan kat belakang tu nak terbang ke Jepun

Airport transfer van yang disediakan oleh pihak Sky Hotel Incheon Airport secara percuma..thanks to them!


Baru sampai kat airport

Memang sejuk sangat waktu ni


Gambar yang diupload ke dalam facebook pakai wifi airport...huhu


Kat dalam Incheon International Airport

Kami sampai kat Incheon International Airport lebih kurang 10 minit kemudian...kejap je perjalanan sebab hotel ni dekat dengan airport..jadi taklah kalut sangat...flight kami akan berlepas pada jam 11.00am...

Dah nak berlepas..Goodbye Seoul!


Flight penuh dengan penumpang

Incehon International Airport dari pandangan udara


Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam..macam biasalah terlelap lah jugak maklumlah semalam tak cukup tidur..kekeke..pastu aku pun bersembang jugak dengan passenger Korea yang duduk sebelah aku, dia dan kawan2 dia akan pergi ke Melaka hanya untuk bermain golf je...pergghhh...kayanye....


Hidangan yang disediakan oleh Malaysia Airlines..memang sedap.....pergghhh...


Dalam flight Malaysia Airlines macam biasalah layanan pun bagus dan makanan pun sedap...makanan anak aku pun aku habiskan...kekeke...sebab dia makan sikit je..huhu...Semasa dah lebih kurang separuh penerbangan tu, aku pun adjust balik timing bagi handset dan kamera aku mengikut waktu Malaysia...


Tengah tengok cerita kartun

Awan berkepul2

Ada lagi makanan...satu lagi tu anak aku punya...ayah dialah yang  membedalnya...kekeke...Memang sedap...

Alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai di Kuala Lumpur International Airport dengan selamat..waktu kami sampai di Malaysia, hujan renyai2...dengan ini maka tamatlah percutian kami ke Seoul...


Alhamdulillah dah selamat tiba di KLIA Satellite Terminal


Kat KLIA Satellite Terminal


Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan ini tamat dengan selamat


Saksikan video hari terakhir kami untuk percutian kali ini di Seoul :-










Jumpa lagi di artikel yang akan datang...InsyaALLAH....Sekian...Wassalam...

6 comments:

  1. G sana ada bawa mkkn tak dr malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bawak roti dengan sandwich tin dan maggi je...

      Delete
  2. salam...5 hari cukup ke seoul? total abis berapa ye?

    TQ.

    Nazmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kalau nak diikutkan 5 hari memang tak cukup sbb kat Seoul byk tempat menarik, tapi itulah lagi lama bercuti lagi bertambah kosnya dan lagi banyak cuti nak kena apply..hehe..kalau kos dia pulak saya bagi anggaran tidak termasuk tiket flight...kos hotel 4 malam (RM1000), kos pengangkutan 2 org dgn menggunakan T-Money (RM500)..pastu kos makan 3 beranak termasuk beli barang utk 5 hari (RM1000) maknanya sehari belanja tak boleh lebih RM200..hehe...tiket flight dan hotel kami dah booking awal2 selang beberapa bulan...cuma bawak duit pengangkutan dan duit belanja je...jadi taklah terasa sangat keperitan nk kumpul duit tu...kekeke...

      Delete
  3. Boleh bawa makanan ke gi sana? Dapat lepas imigresen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MARK GABRIEL : maksud encik bawa makanan dalam flight ke? kalau dalam flight MAS boleh bawa makanan..cuma tak boleh bawa minuman untuk penerbangan antarabangsa..Imigresen lepas je..cuma minuman akan dirampas semasa x-ray scan dengan airport security sekiranya lebih 150ml kalau tak silap..:-)

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.