Friday, October 14, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam Sept 2016 Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini aku ingin menceritakan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Ho Chi Minh City selama 4 hari 3 malam di sana bersama Mak aku dan Mak Mertua aku dan adik beradik yang lain. Sememangnya Mak dan Mertua aku memang suka berjalan melihat negara orang.

Ho Chi Minh City ni memang menjadi tempat tumpuan rakyat Malaysia yang suka membeli-belah selain daripada destinasi Bandung, Indonesia. Terdapat beberapa district di dalam Ho Chi Minh City ini.




Peta Ho Chi Minh City yang terbahagi kepada beberapa district



Alhamdulillah kami dapat beli tiket promo pada hujung bulan November 2015 lebih kurang RM134 pergi balik untuk seorang. Lebih kurang 2 minggu selepas membuat pembelian tiket ni, Alhamdulillah isteri aku telah disahkan mengandung anak kedua dan dijangka bersalin pada awal bulan Ogos 2016, oleh kerana tarikh kami ke Ho Chi Minh City ni dekat2 tarikh waktu isteri aku nak bersalin jadi kami anak beranak dah rancang untuk tidak pergi bercuti ke Ho Chi Minh City nanti, tetapi ahli keluarga yang lain tetap akan ke Ho Chi Minh City.


Tetapi anak kedua aku ni nak keluar awal ke dunia ni pulak..hehehe.. Alhamdulillah dalam pertengahan bulan Ogos isteri aku telah selamat melahirkan anak kedua kami sewaktu umur baby ni 37 minggu. Jadi oleh kerana pada tarikh kami nak ke Ho Chi Minh City nanti, baby baru kami dah berusia 2 bulan setengah maka kami ubah plan balik untuk turut serta ke Ho Chi Minh City.


Jadi selepas isteri aku dah habis pantang, kami terus buat passport untuk baby baru kami ni dengan kos RM100 untuk tempoh 5 tahun. Murah seratus berbanding orang dewasa. Lepas tu aku buat add on kat dalam website airasia.com untuk beli tiket baby baru kami. Tiket pergi balik untuk infant seat adalah RM100 pergi balik iaitu RM50 sehala. Alhamdulillah dah selesai dah tiket anak kedua aku ni. Rezeki dia baru umur 2 bulan lebih dah boleh naik flight...ekekeke..


Tapi macam-macamlah orang ni duk risau baby naik flight ni, nanti boleh ada masalah gegendang telingalah sebab tak kuat lagi..nanti baby boleh kena jangkitan sebab vaksin tak habis cucuk lagi..selepas membuat kajian rupa-rupanya semuanya mitos yang karut..kalau tak silap aku baby baru lahir dalam tempoh kurang seminggu tidak digalakkan untuk fly sebab takut sistem imuniti dia tak kuat lagi..boleh google sendiri kepada sesiapa yang nak keterangan lanjut berkenaan baby naik flight. Walau bagaimanapun jika bawa baby memang kena berhati-hati dan sediakan ubat-ubatan selengkapnya.




Itinerary flight kami ke Ho Chi Minh City

Alhamdulillah pasport kami masih lagi sah untuk travel, semak dalam website imigresen pun okay takde sekatan, nasib baik kami bayar hutang PTPTN setiap bulan walaupun tak banyak..huhuhu..risau jugak kalau duk confident takde masalah kat imigresen tapi masa nak fly nanti sangkut kat imigresen pulak, waktu tu memang tak sempat dah lah kalau nak clearkan nama sebab prosesnya banyak..jadi baik semak nama kat web imigresen awal2 paling kurang pun seminggu sebelum travel untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit..


Banyak masa juga aku habiskan untuk membaca blog2 percutian ke Ho Chi Minh City ni disamping mendapatkan maklumat dari saudara mara dan kawan2 yang pernah ke sana untuk nampakkan gambaran awal keadaan di sana.


Selepas tu barulah aku pilih hotel yang sesuai dengan bajet kami. Kami pilih Lan Lan 2 Hotel melalui Agoda.com, hotel ni dekat dengan Ben Thanh Market. Ilmu baru yang aku dapat kali ni adalah untuk mengetahui keadaan sebenar sesuatu hotel, janganlah kita bergantung sangat pada gambar yang dipaparkan dalam Agoda.com. Seelok-eloknya buatlah semakan dalam tripadvisor berkenaan hotel tu, sebab dalam tripadvisor pengunjung dapat share gambar2 yang sebenar. Boleh dikatakan kebanyakan hotel di Ho Chi Minh City ni cantik dalam Agoda.com tapi hancur dalam Tripadvisor.. Tapi gambar Lan Lan 2 Hotel ni memang baik dan cantik dalam Tripadvisor...huhuhu..


Sebelum tiba hari kami ke Ho Chi Minh City ni, aku buat semakan dulu berkenaan booking kami dengan Lan Lan 2 Hotel ni. Mereka mengesahkan ada terima booking kami. Aku tanya lagi waktu check in nak kena bayar deposit tak? Dia cakap tak payah sebab dah bayar online.. Yang penting sekali catit dulu nama staff ni sebagai rujukan kalaulah tiba-tiba pulak diorang mintak duit lagi waktu check in..


Aku pun buat request untuk dapatkan bilik yang sama level buat kami semua, mereka jawab mereka akan cuba tapi tak boleh janji..aku cakap okay..English orang Vietnam ni agak baik jugak..tak payah sangat nak berkomunikasi jika dibandingkan dengan orang China ataupun Korea.


Untuk hubungi Vietnam ni aku gunakan Digi IDD 133 sebelum ni aku pakai Maxis..lebih kurang je cas dia..




Rate Digi IDD 133 ke Vietnam

Waktu di Vietnam adalah lewat sejam dari waktu Malaysia..jadi jangan lupa untuk install software "World Clock" kat Play Store. Pastu letak widget dia kat handset..senanglah nak refer jam pukul berapakan..ekekeke..



Contoh widget World Clock yang aku letak kat handset aku

Kemudian aku print sekali maklumat waktu solat di Ho Chi Minh City dan maklumat ini boleh diambil dari Islamicfinder.org.


Kalau ada maklumat ni selain daripada dapat tahu waktu solat ia juga memudahkan kita untuk tahu waktu terbit dan tenggelam matahari pendek kata waktu siang dan malam lah..ekekeke..kalau tengok dalam kalendar ni waktu subuh diorang awal dan malam pun awal..


Keadaan suhu di Ho Chi Minh City ni sama macam Malaysia panas sepanjang masa..jadi aku pun tak tengok dah ramalan suhu kat sana sebab sama je macam kat Malaysia..hehehe..



Waktu Solat di Ho Chi Minh City

Kemudian berkenaan tukaran duit pulak, oleh kerana duit Malaysia dah turun maka terdengarlah beberapa pihak mengatakan duit Ringgit dah tak laku kat Ho Chi Minh City ni..jadi kami tukar hampir semua duit untuk belanja kepada Vietnam Dong (Rupa-rupanya duit Ringgit masih sangat-sangat laku kat sana kalau setakat nak beli barang shopping..siap tanda harga pun diorang letak dalam RM..nanti boleh tengok gambar dalam hari kedua nanti)..


Kalau guna duit Malaysia senang sikit nak kira..kalau guna Vietnam Dong pening kepala nak convert..aku guna software "Exchange Rate" dari Play Store untuk convert duit..



Software currency yang aku download untuk convert duit


Contoh tukaran matawang


Lagi satu dalam booking web Air Asia tu aku dah beli seat, tambah luggage dan beli makanan awal2..kadang2 web airasia bermasalah jugak..kalau bermasalah memang kena contact live chat airasia atau kena email diorang...memang lambatlah nak selesai..jadi seelok2nya jangan buat add on last minute takut sistem problem..


Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang perlu dan kami juga mengambil perkhidmatan Travel Insurance AXA iaitu RM66 satu family 4 beranak kami, taklah mahal sangat berbanding AIG Travel Guard yang lebih kurang RM93 satu family.


Cuma AIG Travel Guard yang dibeli online, policy nya terus dihantar ke email secara instantly selepas pembayaran, tetapi kalau AXA Travel Insurance ni aku beli pada waktu pagi, petang baru dapat policy dia melalui email. Cuma kelebihan AXA Travel Insurance ni lebih murah sikit. Jadi kami pilih yang murahlah sikit..huhuhu..



Boleh dibeli secara online AXA Travel Insurance ni di di https://www.axa.com.my/

Okay sekarang aku mulakan kisah pengembaraan kami ni..ekekeke.. Oleh kerana flight kami adalah pada pukul 2.55 pm, jadi kami takdelah kalut sangat nak ke airport..kami sampai kat Klia2 lebih kurang dalam pukul 12.00 pm..

Kemudian kami pergi drop bag je dulu yang mana perlu sebab dah tiket semua dah check in secara online..kemudian kami terus masuk untuk pemeriksaan Imigresen dan security Klia2..security checklah biasanya yang paling leceh sekali dalam hidup ini tapi terpaksalah lalui..

Alhamdulillah semuanya okay tanpa sebarang masalah..


Bondaku berehat sementara menunggu yang lain pergi drop bag






Bersama anak sulung dan baby girl baru kami


Dah ready dah ni nak ke Ho Chi Minh City

Oleh kerana rombongan kami kali ni menampilkan 3 orang warga emas dan seorang baby, kali ni kami dapat naik kereta buggy dalam klia2 tu..huhuhu..tapi kena 2,3 trip jugaklah sebab kami ramai..at least tak lah penat sangat jalan jauh2..tambah2 aku kena dukung baby..ekekeke..




Atas buggy car dalam Klia2



Atas buggy car juga dalam Klia2

Selepas tu ada security check sekali lagi..kali ni takde barangan aku yang dirampas, waktu nak ke Hong Kong pada tahun 2015, minyak rambut aku kena rampas sebab sepatutnya tak boleh bawa cecair lebih 150ml kalau aku tak silaplah..huhuhu.. Memang kalau di airport Malaysia aku perasan kalau nak keluar negara kita terpaksa melalui 2 kali security check X-Ray tu..jadi baik pergi airport tu awal2..hehehe..




Anak aku bersama Mak Tok nya




Oleh kerana kami sampai awal jadi sempat jugaklah buat Solat Jamak kat surau yang disediakan oleh pihak Klia2 berdekatan tempat berlepas..lagipun waktu ni balai gate berlepas tak buka lagi..bersyukurlah berada di Malaysia ni..tempat untuk bersolat banyak disediakan jika nak dibandingkan dengan airport luar negara..


Kemudian selepas selesai solat kami pun masuk ke balai berlepas yang baru sahaja dibuka..



Anak aku bersama Uminya..bergilir2 dukung baby baru..hehehe..




Kat dalam balai berlepas


Minum susu dulu

Sebelum boarding tu perasaan risau tu memang ada takut2 baby kami meragam nanti..apapun hanya mampu berdoa pada ALLAH SWT supaya permudahkan urusan kami..disamping itu juga semua keperluan baby pun wife aku dah sediakan dalam bag galas baby..





Aircraft ke Ho Chi Minh pun dah ada dah..




Tapi terus terang aku boleh katakan pengalaman semasa di balai perlepasan untuk ke Ho Chi Minh City ni tak banyak beza macam nak ke Hong Kong atau Macau je sebab orang Vietnam ni pun macam orang China jugak..jadi tak tau samada passengger ni ramai orang China atau Vietnam..tapi takkanlah orang Vietnam tak naik flight Air Asia kan? Mesti yang muka macam China ni adalah orang Vietnam kot..hehehe..agak aku jela..walau bagaimanapun memang ramai jugak passenger Melayu termasuklah kami sekeluarga..ekekekeke..




Baby pun gelak dalam tidur mungkin sebab nak naik kapal terbang kot..ekekeke..


Tengah beratur semasa nak boarding

Alhamdulillah flight Air Asia AK 522 berlepas pada waktunya tanpa sebarang delay..perjalanan ini akan mengambil masa sekitar 2 jam..



Flight path dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City


Ready to fly



Off we go!

Waktu perjalanan ni walaupun kadang-kadang bergilir2 jaga baby namun aku tetap tak dapat melepaskan hobby aku ketika travel ni iaitu ambil video dan gambar..huahuahua..


Alhamdulillah baby kecik aku ni bagus dan tak buat hal dalam kapal terbang ni..risau jugak takut dia sakit telinga sebab perubahan ketinggian..biasanya kalau aku kena masalah sakit telinga waktu fly ni memang seksalah, rasa jadi pekak pun ada ditambah pula dengan sakitnya..orang kata kena hembus macam hembus selsema pun, aku buat pun tak jadi juga..last2 masa kapal terbang mendarat baru rasa lega.. Benda ni macam nasib je, kadang2 kunyah2 dan makan2 pun boleh kena jugak sakit telinga ni..




Masa untuk tidor..hehehe..

Antara benda yang best waktu dalam flight ni adalah waktu menjamu selera..memang secara tradisinya memang aku akan order makanan untuk makan dalam flight ni..orang bukan selalu dapat makan dalam flight kan..ekekeke..Syukur pada ALLAH SWT banyak sangat nikmat hidup di dunia ni yang diberikan..


Bertaqwalah pada ALLAH..di sini aku petik satu ayat Al-Quran untuk panduan kita bersama :-


A018

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:18)



Nasi yang bakal aku makan...hehehe..


Wow sedapnya..Jemput makan semua!


Seronok tengok Mak Mertua aku menjamu selera


Anak buah aku

Indahnya permandangan ciptaan ALLAH SWT




Dalam penerbangan ni baby kecik aku akhirnya membuang air besar jugak..ekekeke..terpaksalah wife aku pergi basuh kat tandas tu..hehehe..apalah punya budak bertuah ni sempat lagi dia nak membuang..huahuahua..itulah maknanya dia ni sihat..


Dalam flight ni aku hanya membuang masa dengan tengok permandangan di luar tingkap dan mengambil gambar serta video..part yang paling mencabar adalah waktu pegang baby tapi mata dah mengantuk..nak bagi kat wife aku pun dia tengah sedap tidur..so terpaksalah aku pegang..risau takut terlelap dan terlepas baby dari pangkuan je..tapi aku selalu pakaikan baby seatbelt baby yang pramugari Air Asia bagi..sebab tak tahan sangat aku mintak tolong Mak Mertua aku pegang kejap..huhuhu..




Baby tengah sedap lena






Duk dengan Mak Tok dia pulak..hehehe..


Tak lama kemudian flight kami dah ready nak mendarat di bumi Ho Chi Minh City ni..kelihatan bandaraya Ho Chi Minh City ni besar dengan bangunannya yang padat..cuma bangunannya tak banyak yang tinggi seperti Kuala Lumpur..




Bandaraya Ho Chi Minh dari pandangan udara









Setelah melalui di atas bandaraya Ho Chi Minh City, Alhamdulillah akhirnya flight Air Asia AK 522 ni selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport (T2) pada jam lebih kurang 3.50 pm..


Untuk penggunaan handset, aku cuma on kan simkad yang pakai prepaid je..tak berani nak on simkad yang pakai bil..nanti kang tak pasal2 terima kejutan bil yang overcharges "bill shock" kat Malaysia nanti..


Macam biasalah aku hanya guna wifi yang tersedia je kat Ho Chi Minh City ni, dan aku tak plan nak ambil pakej simkad data Vietnam..maklumlah tak nak habis masa duk update status facebook je kat Ho Chi Minh ni City ni..melainkan kalau aku jumpa wifi..tupun mungkin kat hotel dan restoran je ade kot..yela kan dah melancong ni kenalah lihat permandangan negara orang dan ambil gambar2 kenangan..kalau dah sibuk dengan handphone macamana tu? Hehehe...




Alhamdulillah selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport (T2)



Berjiran dengan kapal terbang Malaysia Airlines

Masa mula-mula masuk keluar daripada kapal terbang, nampak cantik dan moden juga Tan SonNhat International Airport ni..negara Vietnam pun sedang pesat membangun sekarang ni..




Bergambar dulu dalam aiport sebaik sahaja sampai




Kemudian macam biasa terpaksa melalui pemeriksaan imigresen Vietnam. Alhamdulillah kami tak payah nak beratur lama2 sebab staff imigresen panggil kami sekeluarga untuk jump queue sebab duk nampak aku duk dukung baby..diorang kesian kot..hehehe..bagus betul staff imigresen kat sini..itulah kelebihan bawa baby semasa melancong..


Lepas dah setel tu aku cakaplah "Thank You" tapi dia buat dekkk je..bengang je aku rasa..huahuahua.. memang style dia mcm tu kot..tapi at least dia bagus sebab bantu kami percepatkan proses imigresen bersama baby ni..


Sementara menunggu ahli keluarga yang lain, kat belakang kaunter imigresen tu ada kaunter money changer dan kaunter transport Song Viet Car, so sementara menunggu tu aku duk tanya-tanyalah berapa kos pengangkutan untuk kami sekeluarga ke Lan Lan 2 Hotel yang terletak berdekatan Ben Thanh Market..diorang bagitau VND 300,000 Dong (RM 55) untuk limousine (mungkin van besar kot) yang boleh muat 11 orang kami..kami cakap kami nak pikir dulu sebab nak ambil bag dulu..dia cakap okay..




Bergambar sekeluarga sebaik sahaja selesai pemeriksaan imigresen




Kaunter Song Viet Car sebelah kaunter imigresen

Selepas tu kamipun pergi mengambil bag-bag masing-masing. Fikir punya fikir mengikut info google yang aku search sebelum datang sini kalau sebuah teksi harganya dekat VND 170,000 (RM 30)..tapi kena guna dua teksi sebab kami ramai..kiranya macam murah jugaklah kan kalau VND 300,000 Dong boleh muat kami semua ni..




Kat tempat ambi bag


Akhirnya kami setuju untuk guna perkhidmatan Song Viet Car ni. Lepas tu diorang suruh bayar terus VND 300,000 Dong dan suruh tunggu kat luar airport dekat kaunter Song Viet Car ni..




Adik aku duk tengah berurusan di kaunter Song Viet Car




Jadi kami terus keluar cari kaunter kat sana..lepas tu diorang suruh tunggu kejap.. sementara menunggu tibanya transport dari Song Viet Car ni jadi sempatlah aku dan adik aku pergi merayau-rayau kat luar Tan Son Nhat International Airport (T2) ni sambil pergi ambil gambar..ekekekeke..




Di bahagian luar Tan Son Nhat International Airport (T2)


Bergambar berempat kami


Kakak aku dan anaknya

Boleh dikatakan Tan Son Nhat International Airport (T2) ni besarnya lebih kurang Penang International Airport. Jika dibandingkan dengan Klia2 memang terasa Klia2 tu sangat besar dan sangat jauh untuk berjalan. Bangga sekejap jadi anak Malaysia..huhuhu..





Kat luar Tan Son Nhat International Airport




Lepas tunggu dalam setengah jam tu, maka akupun pergilah tanya balik kat kaunter mana transportnya..diorang suruh tunggu kejap lagi sebab transport tu tersangkut dalam traffic jam menghala ke airport..okaylah jadi aku tunggu lagi..




Kaunter Song Viet Car di bahagian luar airport





Wajah-wajah ceria di Ho Chi Minh City




Dalam duk menunggu tu, sempat lagi Mak Mertua aku bawa anak aku pergi beli air kat airport..jadi aku pun ikut jugaklah sebab nak tengok harga minuman kat Ho Chi Minh City ni mahal ke tidak berbanding di Malaysia..




Mak Mertua aku tengah mengajak cucunya pergi beli air

Boleh tengok gambar senarai harga kat bawah ni yang sempat aku snap..harga dia mahal sikit berbanding di Malaysia mungkin sebab ini kawasan airport kot..kalau kat luar mungkin murah sikit kot..agak aku lah..kalau kat Klia2 lagilah mahal kan..ekekeke..

Kedai yang Mak Mertua aku beli air di Tan Son Nhat International Airport (T2)










Pastu aku pergi ronda-ronda lagi kat airport ni..banyak kali jugak dapat ronda kat airport ni..sebenarnya aku pun tak berapa suka kalau sampai kat airport luar negara ni tau2 terus nak naik transport ke hotel..tak sempat nak menikmati keindahan airport luar negara ni..


Keadaan dalam Tan Son Nhat International Airport (T2)







Tak lama kemudian aku tanya kat kaunter lagi mana transportnya, dia cakap transport masih sangkut kat tengah jalan.. Aiseyman..Waktu ni pun dah masuk malam dah kat Ho Chi Minh ni..Waktu Maghrib kat sini awal lebih kurang dekat-dekat pukul 6.00pm..

So diorang bagi option samada untuk terima balik duit VND 300,000 pastu ambil teksi lain ataupun ambik 2 biji Innova dengan harga VND 440,000 Dong..bincang punya bincang last2 kami setuju untuk naik Innova ke hotel pastu kami topup lagi VND 140,000 untuk bagu cukup VND 440,000 Dong (RM 82). Maknanya lebih kurang RM41 untuk sebiji Innova. Kira okaylah tu..

Pada reaksi diorang tu aku tak rasa mereka menipu sebab bersungguh2 diorang calling2 untuk bagi perkhidmatan yang terbaik pada kami tapi malangnya transport sangkut kat tengah jem..so nak buat macam mana..next time diorang mungkin kena sediakan banyak lagi kenderaan..bersangka baik beb..hehehe..

Lepas tu sekejap je terus sampai dua biji Innova pastu kalut pulak diorang tu sampaikan aku tak sempat masuk dalam van pun driver tu dah nak jalan..tak sempat nak arrange berapa orang muat..tau2 driver yang aku naik dah jalan..tinggallah adik aku dengan family lain penuh dalam Injova yang satu lagi..yang aku punya ada kosong lagi..aku suruh driver tu patah balik..aku nampak macam dia mengiyakan..sekali dia terus je masuk jalan besar...aduhhhh..mungkin dia tak faham kot apa yang aku cakap tadi..memang terpaksa berhimpit-himpitlah Mak, kakak, dan keluarga adik aku bersama mertuanya nanti..wakakakaka...pengalaman pahit di Ho Chi Minh..huahuahua..


2 buah Innova dah sampai




Satu lagi kat sini aku tertipu sebab nak naik pintu depan belah kiri Innova..sekali tempat driver daa..untuk penumpang kena naik belah kanan..jalanraya diorang mungkin ikut style America pemandu belah duk kiri..ekekekeke.

Perjalanan dari airport ke Lan Lan 2 Hotel yang berada di kawasan Ben Thanh Market tu mengambil masa lebih kurang 40 minit juga untuk sampai sebab jalan pun banyak traffic light dan banyak kereta. Walaupun kalau diikutkan jaraknya hanyalah 8 km sahaja..


Gambaran google maps dari Tan Son Nhat International Airport ke Lan Lan 2 Hotel


Bergambar bersama driver Innova Song Viet Car


On the way to Lan Lan 2 Hotel




Dapat diperhatikan keadaan lalu lintas kat Vietnam ni macam bersimpang siur dan macam tak ada sistem..kalau di simpang yang tiada traffic light, dia kira sapa yang cepat dan berani je boleh pergi dulu..pastu ...


Kalau di Malaysia keadaan macam ni berlaku di simpang yang ada traffic light tapi rosak..memang waktu ni kira sape yang berani je boleh cross..silap gaya boleh kena maki..huahuahua..


Tapi yang hairannya tak nampak pulak accident kat Hi Chi Minh ni walaupun lalulintas dia macam tak teratur..itulah yang membuatkan Ho Chi Minh City ni agak unik..








Keadaan lalu lintas yang jem

Lebih kurang 40 minit kemudian sampailah kami di Lan Lan 2 Hotel ni, tapi terpaksa menunggu ahli keluarga yang lain yang menaiki Innova yang satu lagi..




Alhamdulillah sampai jugak kami di Lan Lan 2 Hotel




Innova yang kami naiki tadi

Lebih kurang 5 minit kemudian sampai pula Innova yang satu lagi..tapi kesian depa terpaksa berhimpit-himpit dalam Innova yang satu lagi tu..hukhukhuk.. Walau bagaimanapun aku sangat berterima kasih dengan pemandu2 Song Viet Car ni yang selamat menghantar kami ke Lan Lan 2 Hotel..servis mereka juga sangat baik walaupun berlaku kelewatan tadi akibat kereta yang dijanjikan tak sampai..


Yang sangat memuaskan hati adalah layanan dari pekerja Lan Lan 2 Hotel ni..memang superb..diorang bagi sambutan yang istimewa buat kami sekeluarga..walaupun hotel ni tarafnya 3 bintang sahaja tapi layanannye macam 5 star hotel tuu.huhuhu..




Dah sampai dah Innova yang satu lagi


Kelihatan Bondaku sedang menuruni Innova dan disambut oleh staff Lan Lan 2 Hotel..






Bellboy Lan Lan 2 Hotel ni cukup bagus dengan menolong kami angkut bag kami semua..tapi jangan lupa untuk memberi sedikit tips untuk mereka..teringat dulu waktu aku jadi bellboy kat City Villa Hotel Chowkit waktu cuti semester, waktu tu tak payah bawa duit belanja sebab biasanya setiap hari mesti dapat tips..tapi basic gaji agak rendah berbanding staff lain sebab management tahu bellboy akan dapat tips..hehehe..


Waktu nak check in tu diorang dah tau dah nama kami..mungkin diorang dah boleh agak dah sebab kami booked 4 bilik..lagipun semalam aku dah telefon yang kami akan check in hari ni..tapi yang malangnya diorang tak dapat bagi bilik di tingkat yang sama sebab bilik agak penuh..jadi 4 bilik tu semuanya tingkat yang lain..takpelah lagipun diorang dah cuba..




Bellboy tolong kami angkat bag

Jadi kami terus check in dan dapat kunci bilik masing-masing..lepas tu diorang mintak semua passport kami untuk diorang check dan key in..perggghh tak pernah lagi masa check in semua passport pihak hotel collect..inilah first time kena macam ni..yelah kan setiap negara mesti prosedurnya berbeza..


Lagi satu pada firasat aku mungkin dia nak kira berapa orang kami, takut-takut kami duduk lebih orang dalam sebilik..rasa cuak jugaklah sikit takut diorang suruh tambah bilik lain..tapi Alhamdulillah semuanya beres..sejam kemudian diorang bagitah diorang akan hantar passport ni ke bilik atau kami boleh collect passport ni kat lobi..so jadi pilih untuk collect sendirilah..




Tengah check in




Lepas dah selesai check in, bellboy hotel tolong kami hantar bag2 ke bilik kami..dan kemudian tu masing2 duduk berehat sekejap dalam bilik masing2 sebelum keluar ronda-ronda Ben Thanh Night Market..tapi aku dan wife aku tak keluar sebab nak berehat kat bilik je sambil pakat2 uruskan baby baru kami ni..huhuhu..

Bellboy hotel ajar cara nak guna tv

Masa sampai aku tak sempat nak snap gambar bilik.. jadi aku hanya dapat snap  pada hari ketiga di sini..ni gambar keadaan bilik Deluxe twin room yang kami menginap..


Bilik Deluxe Twin yang selesa



Tandas yang bersih






 Ok last sekali untuk plug di Ho Chi Minh City ni dia tak sama dengan plug Malaysia iaitu mereka memakai plug jenis 2 pin, jadi pastikan bawa travel adapter..kalau tak boleh nak cas telefon atau on laptop..


Plug 2 pin dalam bilik hotel di Ho Chi Minh City

Dah selesai mandi semua, maka ahli keluarga aku yang lain dah ready untuk keluar ronda2 di Ben Thanh Night Market sambil cara makan di restoran Halal berdekatan..


Tapi sebelum diorang semua keluar ronda2, tiba2 bilik aku diketuk staff Lan Lan 2 Hotel, dia offer kami pakej tour untuk besok oleh Mr Ah Son yang boleh bercakap Melayu sebab pernah menetap di Malaysia selama 6 tahun.


Selepas bercakap dengan Mr Ah Son dalam telefon dan kemudiannya berbincang bersama ahli keluarga yang lain akhirnya kami bersetuju untuk ambil package yang ditawarkan oleh Mr Ah Son iaitu USD23 (RM94) seorang untuk dewasa dan manakala untuk anak-kanak separuh harga. Pakej ni adalah untuk city tour termasuk tiket masuk dan makanan tengahari. Kira berpatutan jugaklah pakej dia.


Dan sesudah itu ahli keluarga aku yang lain semua keluar ronda2 ke Ben Thanh Night Market dan makan malam di restoran halal berhampiran Ben Thanh Market..


Aku pun tak lama kemudian akupun zZzZ sebab keletihan..ekekeke..


Bersambung pada entry hari kedua nanti.


Saksikan video hari pertama kami di Ho Chi Minh City :-



27 comments:

  1. Haha part masuk belah driver tu sama sgt dgn laki aku. Yela kat sini driver belah kanan. Skali sana terbalik pulak.

    Aih rindu betol kopi vietnam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..mesti kebanyakan rakyat Malaysia yang pergi sana terkena macam ni..huhuhu..betul tu Ann kalau pi Vietnam tak pi minum kopi memang tak sah..

      Delete
  2. aik.tekan2 day 2 and 3 balik ke day 1 juga ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sori En. Jack Ezrie..belum siap lagi entry seterusnya..minggu ni sy cuba siapkan entry day 2..tq

      Delete
  3. wahhh seronok nye satu famili pegi. meriah betul

    ReplyDelete
  4. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )


    LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
    02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN

    MARKET : MALAYSIA
    ITINERARY : PRIVATE TOUR

    DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
    Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
    Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.

    DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
    Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant

    DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
    Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program

    DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
    Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.




    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
    • DRIVER
    • PATROL
    • EKSIDENT INSURANCE
    • GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete
  5. Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  6. kampania ads adwords adwords google

    ReplyDelete
  7. testy do policji testy policja multiselect online 2022

    ReplyDelete
  8. multiselect online 2022 policja multiselect multiselect pytania

    ReplyDelete
  9. psycholog berlin polski cennik psycholog berlin psycholog polski w berlinie

    ReplyDelete
  10. ogrody łódź opinie usługi ogrodnicze łódź cennik 2022 firmy ogrodnicze łódź

    ReplyDelete
  11. projektowanie ogrodów łódź opinie projektowanie ogrodów łódź cennik usługi ogrodnicze łódź cennik opinie

    ReplyDelete
  12. comment agrandir une photos scanner comment agrandir une photo profil sur facebook comment grossir du visage rapidement , comment agrandir le zizi

    ReplyDelete
  13. pastillas para alargar el miembro 2011 como agrandar el ojo pastillas para agrandar el pené mercadolibre , como agrandar el pené con pastillas , parque natural peneda geres alojamento

    ReplyDelete
  14. powiększanie penisa feromony ranking https ://instant-enlargement.info/ tabletki na powiększenie penisa

    ReplyDelete
  15. كيفية تكبير الزب تكبير الذكر بالزيوت كيفية تكبير القضيب تمارين منزلية للرجال

    ReplyDelete
  16. multiselect psychotesty do policji 2022 test psychologiczny do policji online 2022

    ReplyDelete
  17. test multiselect testy policyjne 2022 test multiselect 2022

    ReplyDelete
  18. test wiedzy do policji multiselect policja testy policja 2022

    ReplyDelete
  19. multiselect do policji 2022 policja multiselect psychotesty policja 2022

    ReplyDelete
  20. psychoterapia berlin 2022 polscy psycholodzy w berlinie pomoc psychologiczna berlin 2022

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.