Alhamdulillah semua dapat tidur dengan lena semalam, seronoknya dapat tidur kat Berjaya Makati Hotel ni, aircond pun sejuk dan menjadi, so bilik pun nyaman dan bersih. Di Manila waktu subuhnya awal seperti Sabah. Walaupun kami tak ambik breakfast di hotel, namun bekalan yang dibawa dari Malaysia pun sudah memadai.
Dah bangun awal di Manila |
Lebih kurang pukul 9.15 am kami pun breakfast dengan makanan yang dibawa dari Malaysia seperti Maggi, Koko Krunch roti..best juga breakfast kat hotel ni ditambah pula biliknya pun boleh tahan juga luasnya. Meja pun tersedia dan sesuai untuk dijadikan tempat makan..ekekeke.. memang satu kenikmatan betul dapat breakfast di hotel ni ditambah pula hotelnya di luar negara..ekekeke..
Breakfast dalam bilik hotel |
Saya dah bangun dah |
Layan TV dulu |
Selepas yang keciknya makan apa yang patut, maka diorang dah ready untuk mandi.. Nasib baik bilik ni ada bathtub, so diorang memang enjoy mandi manda sebelum keluar. Cuma yang annoyingnya bilik air dia mudah tersumbat kat lantai.
Tapi yang ni aku tak complaint atas alasan ianya tak menggangu sangat tapi sebenarnya rasa terganggu juga..sebab utama malas nak complaint adalah malas nak angkut barang kalau kena tukar bilik..jadi biarlah lagipun tersumbat sikit je..ekekeke..
Saya nak mandi dulu |
Selepas semuanya dah bersiap-siap, maka bersedialah kami untuk keluar, waktu ni pun dah dalam pukul 12.30 pm dah..memang lewatlah..tapi inilah sytle kami travel..ekekeke..
Pertama kali aku pergi keluar negara yang bilik hotelnya tunjuk arah kiblat.. Memang terbaeklah Berjaya Makati Hotel ni. Memang betul-betul Muslims friendly.
Ada penunjuk arah kiblat walau di luar negara |
Oleh kerana keluar lambat, maka staff di sini sempat kemas bilik kami dulu..pergghhh macam bilik baru daa selepas dikemas. Sesuai untuk buat penggambaran ni.
Katil dah dikemas |
Sebelum keluar tu, kami sempat ambil gambar sekeluarga dalam bilik hotel dulu takut nak ambil waktu check out nanti tak sempat..hehehe.. Tapi nak dapat kerjasama yang kecik cukup payah.. Inilah hasilnya dia tak tengok kamera..huhuhu
Bergambar sekeluarga sebelum keluar |
Duk ding dong ding dong dekat pukul 1.00pm jugaklah baru kami keluar dari hotel. Destinasi pertama kami adalah ke Hossein Persian Kebab Restaurant untuk makan tengah hari. Maklumlah perut aku ni jenis Melayu punya memang kena makan nasi juga baru puas..ekekeke..
Baru nak keluar jalan-jalan Manila |
Cuaca hari ni pun hujan renyai-renyai..mungkin inilah yang dimaksudan typhoon oleh driver GrabCar semalam tu. Typhoon tu maksudnya cuaca tak elok kot..tapi bagi aku typhoon tu adalah ribut kencang sampai jadi darurat.. Aku tengok sini rilek je orang jalan-jal dan takde emergency ke ape, takkanlah kalau berlaku ribut taufan keadaan orang macam ni je.. Mungkin berlaku salah faham di antara kami..Huhuhu
Kawasan Makati, Manila |
Kalau jalan dengan anak-anak, nak ambil gambar banyak-banyak lagak macam pelancong pun tak jadi masalah, takde pun orang nak datang sembang pastu mintak duit. Tapi kalau seorang diri kena beringatlah sebab sekejap je ada yang datang nak bersembang..kalau bersembang sahaja tak ape lagi..takut diorang ada niat lain jelah kan..
Nasib baik semalam aku dah ronda nak ke sini, so jadi cepatlah nak sampai sini dan tak payah nak mencari-cari lagi kan..dalam lebih kurang 300 meter je restoran Hossein Persian Kebab ni dari Berjaya Makati Hotel.
Kat luar restoran nampak macam biasa je restoran ni, tapi kat dalam mewah giler macam hotel kot.. Tak tahulah harganya macam mana di sini. Asalkan ianya dalam budget kami, baru boleh makan kat sini..huhuhu
Hiasan dalaman Restoran Hossein Persian Kebab agak ekslusif dan mewah |
Tetapi harga makanan kat sini boleh tahan jugak mahalnya, kalah Hong Kong, mungkin tempatnya yang ekslusif kot..tapi tak mengapalah janji boleh makan nasi..namanya kat luar negara, jangan memilih sangat kan..Nanti boleh tengok senarai harga yang sempat aku snap di bawah ni ye..
Sementara tu sempatlah kami memilih menu yang disediakan..tak tahu nak pilih yang mana, harganya pun mahal juga..kena pilih yang betul-betul biar berbaloi makan kat sini. Tapi yang penting aku kena makan nasi jugak..Maklumlah perut Melayu..ekekeke..
Sedang memilih menu |
Apabila dah jumpa yang berkenan maka kami pun order, dah tak sabar rasanya nak rasa masakan di sini. Haraplah makanan sedap setaraf dengan ekslusivenya restoran ni..ekekeke..
Tak lama kemudian, makanan yang diorder dah sampai..nampak macam sedap jer. Jadi apalagi tunggu..Dah tak sabar nak merasa nasi di Manila ni..Bismillah dan terus ngap jer..ekekeke
Makanan dah sampai |
Makanan kat sini memang sedap giler, wife aku pun kata sedap..semua kami sepakat makanan kat restoran ni sedap giler..boleh dikatakan jika kami datang ke Manila lagi mungkin disebabkan nak makan kat sini lagi..ekekeke.. Memang teringat2 kelazatan masakan kat restoran ni..
Jemput makan semua |
Anak kecik aku tidor la pulak..ekekeke |
Biasanya kalau lepas makan, memang menjadi kebiasaan kepada perokok untuk merokok..tapi kat Filipina tolonglah jangan merokok kat luar open macam ni, nanti boleh kena tangkap dan denda. Perkara ni pada hari ketiga baru aku tahu. Untuk merokok kena pergi ke designated area.
Stroller kena tinggal kat sini |
Maknanya kat Manila ni kalau ada yang hisap rokok secara terbuka, maknanya mereka ni adalah pelancong asing lah. Kalau kat Malaysia tak boleh merokok di kedai makan je, tapi di Filipina tak boleh merokok di open place terus. Jadi selepas makan aku lepak kat luar kejap, nak tengok keadaan luar macm mane..
Lepak diluar kejap selepas makan |
Total bayaran semuanya..tapi makanannya cukup sedap terutamanya nasi beriani nya. |
Tandas kat restoran ni pun bersih, memang respeklah restoran ni..tapi tak pastilah adakah tahap kebersihan macam ni menggambarkan Manila sebenarnya. Ada masa lagi untuk kami explore.
Tandas yang bersih |
Apabila kami selesai menjamu selera, maka kami terus ke destinasi seterusya iaitu Rizal Park, tapi sebelum tu kami sempat singgah kat kedai dibawah restoran untuk beli payung disebabkan cuaca pun ada hujan renyai-renyai.
Singgah kedai bawah untuk beli payung |
Jadi untuk ke Rizal Park tu, kami menggunakan perkhidmatan GrabCar. Tambangya adalah P390 (RM32). Kiranya tak lama nak menunggu GrabCar ni untuk sampai. Lebih kurang 10 minit diorang dah sampai, tapi kena pastikan lokasi yang diberi adalah tepat..takut nanti tunggu tempat lain, GrabCarnya peri ke tempat lain. Ekekekeke..
![]() |
Harga tambang GrabCar ke Rizal Park iaitu P390 (RM31) |
Tengah menunggu GrabCar |
Driver GrabCar macam pelakon Jepun..ekekeke |
Hujan pun masih turun walaupun tidak lebat, jadi sekarang kami nak pergi expkore lagi Manila, dalam GrabCar sempat jugalah aku bersembang dengan drivernya. Aku juga sibuk untuk merakam gambar dan video sambil memerhatikan bandaraya Manila ni.
Hujan ketika perjalanan ke Rizal Park |
Jika nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur, nampak macam Manila agak ketinggalan sedikit dari segi kemajuan jalanraya.. Di Kuala Lumpur banyak flyover..tapi di Manila ni aku tak perasan pulak flyover di bandaraya nya. Bangunan-bangunan di Manila ni tinggi-tinggi juga. Dapat diperhatikan juga Stesen Minyak Petron banyak juga di Manila..sama macam di Malaysia designnya.
Jeepney di Manila |
Petron di Manila |
Satu lagi dapat diperhatikan di Manila ni, restoran fastfood Jollibee ada di mana-mana sahaja, seolah-olah macam KFC di Malaysia ni..Jollibee ni adalah berasal dari Filipina, dan boleh hidup gah dan dapat sambutan oleh masyarakat Filipina. Kalau fastfood tempatan di Malaysia sekejap je hidup lepas tu terus tutup kerana tidak dapat bersaing dengan fastfood antarabangsa.
Restoran fast food Jollibee ada di mana-mana di Manila |
Jeepney ada di mana-mana sahaja di Manila |
Dah nak sampai di Rizal Park tapi masih lagi hujan |
Lebih kurang 30 minit kemudian, kami pun sampai di Rizal Park, jalan banyak traffic light dan agak sesak sebab tu la lama juga nak sampai walaupun jaraknya lebih kurang 8km sahaja. Angin yang bertiup memang kuat, sampai nak melayanglah payung yang kami bawa tu. Nasib baik hujan rintik-rintik je waktu ni..jadi bolehlah kami berjalan-jalan..hehehehe
Sempat bergambar setibanya kami di Rizal Park..angin kuat sangat kat sini.. |
Kiranya Rizal Park ni adalah tempat wajib dilawatilah jika melancong ke Manila ni, walaupun ianya hanyalah tempat lapang yang ada monumen sejarah kemerdekaan Filipina. Kalau di Malaysia macam Tugu Negara lah..cumanya Tugu Negara Malaysia kat atas bukit.
Di Rizal Park |
Jadi sempatlah kami bergambar kenangan di sini..walaupun hujan rintik-rintik anak-anak dan wife aku bagi kerjasama juga..Alhamdulillah..kalau tak boleh bergambar mungkin aku boleh jadi kemurungan..ekekeke..Mengenai bahan cerita sejarah di Rizal Park bolehlah google sendiri ye..aku nak cerita pun aku tak berapa tahu..huhuhu
Oleh kerana keadaan cuaca yang sedikit hujan..maka rasa macam duk kat negara sejuk je..padahal cuaca Manila ni hanyalah sama macam Kuala Lumpur je..kiranya berjalan hari ni tak berpeluhlah..huhuhu..
Bergambar berlatar belakangkan Rizal Monument |
Kiranya banyak juga tempat yang boleh dilawati di Rizal Park ni, ada yang kena bayar dan free, jadi kami jalan tempat yang free jelah..maklumlah nak jimat..ekekeke.. tapi ianya lebih kepada bahan sejarah kemerdekaan Filipina je sebenarnya..
Semasa berada di sini, kami diofferkan untuk naik kereta kuda tour sekitar Rizal Park, Intramurous dan sebagainya, tapi aku tolak..dia bagitau "fifty" P50 je (RM4)..dalam hati aku dia menipu tak banyak rupanya sebab harga sebenar yang diberitahu oleh driver GrabCar semalam adalah lebih kurang P200 (RM16).. Jadi aku terimalah..aku pun dah berangan nak bayar dia P200 (RM16)..cehh kononnya kaya nak bersedekah.. Sebenarnya kami ditipu dengan teruknya..nanti aku ceritakan selepas ini..
Dah sedia untuk naik kereta kuda..huhuhu |
Anak kecik aku punyalah seronok naik kereta kuda ni..at least terisi jugaklah waktu kami ni.. Yang aku kesiannya driver kuda ni duk kat celah je sebab aku dah ambil tempat dia..kesian betullah..
Aku jadi driver kereta kuda nampak gaya..ekekeke.. |
Kereta kuda dah mula jalan dah.. |
Disepanjang perjalanan dia explain jugaklah tempat-tempat bersejarah di sini walaupun lepas ni dia akan kencing kami..wakakaka..kiranya yang ni boleh puji dia, bersungguh juga bercerita tentang tempat yang dilalui ni..dah macam pemandu pelancong dah kawan ni..ekekeke..
Kadang-kadang kuda ni berhenti untuk kencing dan berak di atas jalan. Seriusnya aku agak kesian sebab menunggang kuda ni, rasa macam zalim pun ada sebab berat kuda ni nak tarik kami ni. Tapi kenyataannya inilah pengangkutan orang zaman dahulu. Untung kita berada di zaman sekarang sebab ada kenderaan yang tidak bernyawa untuk bawa kita ke mana-mana.
Perasan tak orang Filipina ni macam orang Melayu je..kita serumpun cuma dipisahkan oleh agama yang berbeza |
Intramurous |
Banyak tempat yang diterangkan oleh driver kuda ni, tetapi banyak tempat yang aku tak ingat, nanti boleh cek sendirilah kat google di antara kawasan Rizal Park dan Intramurous..banyak tempat-tempat menarik di sini..boleh dikatakan kawasan wajib untuk datang..
Dia juga ada bawa kami ke kedai souvenir untuk membeli keychain, tetapi kami tak turun sebab ingat nak beli tempat lain..rupa-rupanya ia menjadi masalah pada kami sebab lepas tu tak jumpa dah tempat jual keychain..moral of the story, jangan tangguh-tangguh..nasib baik kami jumpa tempat jual keychain pada esoknya..nanti akan aku jelaskan dengan lebih detail untuk entry hari ketiga.
Kiranya jauh jugaklah kuda bawa kami pusing ni..kalau nak bayar P50 (RM4) memang rasa tak padan.. Gigih juga driver kuda ni untuk cari makan.. seronok juga naik kuda ni dapat melihat keadaan di Manila ni..
Yang powernya, kuda ni kat jalan raya bergerak seiring dan bersaing dengan kereta dan motor..rasa macam semacam je..tapi jangan risau InsyaAllah selamat sebab kereta kuda ni pun besar..
Semasa pertengahan jalan dia bagitau kena bayar "fifteen hundred" P1500 (RM120)..aku pun dah rasa pelik..aku buat-buat tak dengar je..tapi dia duk ulang-ulang fifteen hundred P1500..aku pun balas balik lah yang dia bagitau fifty P50..bertekak jugaklah sekejap. Spoil mood jugaklah.
Tapi last-last aku bincang dengan wife aku, oleh kerana kami tengah bercuti, maka baik bayar jelah. Malas nak kecoh-kecoh.. Lepas tu aku bagitau dia..okaylah kami akan bayar P1500 (RM120). Baru dia okay sikit..kalau tidak penat juga nak berkonfrontasi kan..
Masa duk sembang-sembang aku tanyalah tempat makan lobster di Manila, tiba-tiba dia nak bawa kami ke sana..aku cakap tak payahlah bawa kami ke tempat kami mula naik kuda tadi. Walaupun dia penipu tapi layan karenah kami dan bagi servis yang sebaiknya. Mungkin kalau dia tak tipu tak ada yang nak pakai servis dia kot.
Apabila sampai last-last kami bayar P1300 (RM106) je sebab tak ada duit kecik..yang peliknya kenapa dia tak ambil duit besar kami..maknanya dia pun tak sanggup nak ambil banyak dari kami. Disebalik penipuan yang dilakukan masih ada perasaan kesian di hatinya. Kiranya kami berterima kasih kepadanya sebab bagi servis yang bagus.
Lepas dapat duit, terus dia naik kereta kuda dan berehat..kesian juga tengok.. Kiranya perjalanan kereta berkuda ni mengambil masa hampir 40 minit jugaklah..lama jugak tu..
Driver kereta kuda tolong ambil gambar..terima kasih bos! |
Selepas itu sempatlah kami bergambar sekejap di Rizal Park sekejap sebelum kami ke SM Mall of Asia iaitu antara shopping mall terbesar d Asia Tenggara untuk melihat sunset di tepi laut sambil jalan-jalan kat sana. Lagipun kat sana aku dah tulis kedai makanan halal..cuma samada jumpa atau tidak jelah kan..ekekeke..
Bergambar berlatar belakangkan Rizal Monument |
Tak lama kemudian kami pun booking GrabCar. Sekejap je diorang sampai..memang untung lah zaman sekarang ni dapat guna perkhidmatan GrabCar..kalau tidak mesti kena tahan teksi..harganya mestilah mahal kan..huhuhu..
![]() |
Harga GrabCar ke SM Mall of Asia |
Selfie kejap |
Dia bagitau banyak rumah-rumah yang dibina untuk expatriate dari China, USA dan sebagainya di Manila ni.. Benda macam ni berlaku di setiap negara rupanya. Warga asing kaya menetap di negara sendiri.
Globe berdekatan SM Mall of Asia |
Bangunan SM Mall of Asia |
Tak lama kemudian sampailah kami ke SM Mall of Asia, waktu ni hujan rintik-rintik..kiranya macam hujan sepanjang hari je kat Manila ni. Memang nampak besar shopping Mall nya. Bezanya dengan Malaysia untuk masuk ke dalam mall macam nak masuk ke balai berlepas di airport negara kita.
Ada kawalan dan pemeriksaan keselamatan di pintu masuk, mereka akan cek apa barang yang ada dalam bag. Tak pastilah kenapa keadaan macam ni berlaku di Manila ni, mungkin dulunya ada berlaku keganasan kot. Oleh kerana ada pemeriksaan keselamatan maka rasa selamat jugaklah.
Masih hujan rintik-rintik |
Dah sampai di SM Mall of Asia |
Oleh kerana untuk melihat sunset di tepi laut maka kami kena berjalan sedikit, dan sempatlah masuk ke dalam shopping mall ni, modern macam di Malaysia je tempat ni. Pemeriksaan di pintu masuk tidaklah ketat sangat seperti yang disangkakan..diorang tengok orang juga, mungkin kalau mencurigakan akan dicheck dengan lebih teliti kot..
Sempat juga kami tengok kejap harga barangan dalam SM Mall of Asia ni..boleh dikatakan harganya lebih kurang harga di Kuala Lumpur je..pendek kata aku tak rasa lah Manila ni murah..mahal jugak barangannya..
Sesudah itu terus kami berjalan kaki menghala ke kawasan tepi laut. Cuaca pun masih mendung sekejap hujan sekejap tidak..Jadi rasa nyaman je nak berjalan. Tak berpeluh lah arini..ekekeke.. Untung tak payah pergi winter country..ekekeke
Berjalan menghala ke belakang SM Mall of Asia untuk melihat sunset di tepi laut |
Kiranya rasa macam jauh jugaklah nak belakang SM Mall of Asia ni..tapi nak tengok sunset punya pasal, kami gagahkan juga..mengharapkan sunset macam di Kota Kinabalu..tapi macam tak ada sunset je sebab cuaca yang mendung ni..
Tak lama kemudian maka sampailah kami di tepi laut tu, ada tembok besar di tepi laut untuk pengunjung duduk melepak. Cantik tempatnya dan banyak kedai-kedai atau kiosk makanan dan minuman di sini, oleh kerana tak ada tanda halal maka kami tengok sajelah..ekekeke..
Bergambar di tepi laut belakang SM Mall of Asia |
Oleh kerana cuaca yang mendung dan awan tebal maka keberangkalian untuk melihat sunset agak tipis, tapi takpelah kami masih boleh berjalan-jalan di sini. Maknanya setakat ni tempat untuk tengok sunset tepi laut yang menarik adalah di Kota Kinabalu..tempat lain masih tak boleh lawan..
Oleh kerana tembok untuk kami duduk agak basah maka kami berjalan-jalan jelah di sepanjang tepi laut ni..best lah datang ke sini rasa relaxed je..tapi kalau ada sunset lagi best kan..tapi takpelah kita hanya merancang..tetapi ALLAH SWT yang menentukan..kiranya tak ada rezeki kami untuk melihat sunset di sini.
Permandangan cantik berlatar belakangkan bangunan-bangunan |
Kiranya tempat lepak tepi laut ni memang panjang, tak larat nak jalan kesemuanya..bagi aku tempat ni best sebab rasa sangat santai..kalau kat Malaysia mungkin macam Gurney Drive di Penang..tapi sekarang kat Gurney Drive tak macam dulu dah sebab ada buat pulau buatan berdekatan Gurney Drive.
![]() |
Bergambar berlatar belakangkan SM Mall of Asia |
Memang meriah juga tempat ni, boleh dikatakan siapa yang datang ke Manila patut singgah di sini sambil berehat tengok laut dan boleh bershopping di sini..macam kami hanya window shopping je la..ekekeke..barangan yang dijual pun sama je dengan di Kuala Lumpur..
![]() |
Dah nak malam..maka kami mula masuk ke dalam SM Mall of Asia |
Keadaan shopping mall macam di Malaysia je, beza kedai makan diorang kita tak boleh nak masuk sebab tak halal..itu jelah..pendek kata apa yang ada kat Malaysia, kat Manila pun ade.. tapi harga lebih kurang je..
Duk jalan-jalan anak aku nak mainan pulak..so bawaklah ke kedai yang kami jumpa awal-awal masuk petang tadi. Kedai halal pun kami dah jumpa sewaktu berjalan-jalan dalam ni.. Alhamdulillah.. Kiranya selepas beli barang anak-anak nanti kami akan ke kedai halal tu..
Duk fikir kami enjoy melancong, anak-anak penat je ikut mak ayah dia berjalan..so bagilah reward untuk diorang beli benda yang diorang suka time holiday ni. Apa lagi seronok betullah diorang kan..
Anak-anak ni duk pilih mainan pun lama..layankan jelah karenah diorang..harga barang di sini pun boleh tahan juga mahalnya..ekekeke..rasanya dah hampir tak jumpa dah negara yang barangannya murah..semua sama macam Malaysia atau lebih mahal..huhuhu..
Setelah beberapa lama memilih akhirnya dua beradik ni jumpa apa yang mereka nak. Okaylah tu janji diorang happy dan akhirnya kami pun happy juga..huhuhu.. walaupun mainannya simple aje..tapi ianya cukup untuk memberikan kenangan terindah untuk mereka..
![]() |
Kami dah dapat mainan..yeay.. |
Kalau tengok nama restoran tu ingatkan jual martabak je kan..ekekeke..Harganya murah sedikit berbanding kedai Hossein Persian Kebab. Tapi bagi aku sebenarnya makanan halal di Manila ni lagi mahal dari Kuala Lumpur. Untuk senarai harga boleh dilihat di bawah ini.
![]() |
Saya nak main mainan dulu ye.. |
Tak lama kemudian kami pun orderlah makanan apa yang patut..nasib baik jumpa juga restoran halal di sini.. Kalau tidak kami hanya makan makanan yang dibawa dari Malaysia macam roti dan maggi, atau makan di restoran Hossein Persian Kebab yang berdekatan hotel kami..tapi kat situ agak mahal sedikitlah makanannya.
![]() |
Sedang mengorder makanan |
Restoran ini penuh juga dengan pengunjung, kiranya ada sambutan jugaklah kan kalau buka restoran halal di luar negara ni..maklumlah sekarang ni permintaan untuk makanan halal di luar negara semakin berkembang..
![]() |
Keadaan Restoran Martabak Indo Malay Food..penuh dengan pengunjung.. |
![]() |
Pemeriksaan keselamatan sebelum masuk ke dalam SM Mall of Asia |
Apabila makanan dah sampai maka tanpa membuang masa, kami terus mengisi perut kami dengan makanan yang dah di order..rasa makanannya sama macam makanan di Malaysia.. Memang kenalah dengan perut kami..huhuhu..
Makanan di sini sedap juga, kiranya kenalah dengan tekak kami ni berbanding makanan waktu kami makan di Shanghai, China dulu..4 hari makan kat sana dah payah nak telan dah makanannya..ekekeke..
![]() |
Jemput makan semua.. |
Keadaan dalam restoran ini nampak dan panjang, tapi sebenarnya ianya adalah reflection cermin yang diletakkan di dalam restoran ini. Mula-mula aku ingatkan restoran ni panjang, lepas masuk ke dalam baru perasan bahawa ianya cermin sahaja..ekekeke.. Boleh dikatakan harga di sini agak berpatutan berbanding Hossein Persian..boleh datang lagi ke sini..
![]() |
Nampak restorannya kelihatan panjang, jangan terkeliru ye sebenarnya ianya cermin..cuba perhatikan betul-betul.. |
![]() |
Harga makan malam kami P664 (RM54) |
Selepas makan tu, sempat lagi kami sambung meronda di dalam SM Mall of Asia. Tak lama kemudian kami pun keluar untuk balik ke hotel..masing-masing dah rasa kepenatan berjalan..ekekeke.. Nasiblah untuk anak aku yang kecik, kami bawa stroller..kalau tidak mau sakit belakang duk dukung dia..huhuhu
![]() |
On the way keluar untuk cari tempat menunggu GrabCar |
Selepas dah jumpa tempat yang sesuai untuk tunggu GrabCar, maka aku pun terus book GrabCar..tak lama kemudian GrabCar pun sampai..waktu hujan turun dengan lebatnya..nasib baik kami semua tak basah sangat sebab GrabCar berhenti dekat dengan kami. Alhamdulillah.
![]() |
Keadaan masih hujan |
Di SM Mall of Asia ni terkenal dengan globe besarnya yang berada di luar, oleh kerana cuaca tak berapa baik maka kami tidak ke sana. Tapi waktu naik teksi ni kami melalui kawasan globe ni jadi sempatlah aku ambik gambar, waktu malam lagi cantik sebab ianya colourful. Dapat tengok dari dalam kereta pun dah kira okay..ekekeke
![]() |
Globe besar berdekatan SM Mall of Asia, ianya berwarna-warna ketika waktu malam |
Lebih kurang 35 minit jugaklah nak sampai ke Berjaya Makati Hotel. Waktu kami sampai di hotel pun dah nak dekat 9.15pm. Lama jugaklah kami keluar kan..ekekeke..
![]() |
Dah sampai hotel dah..Jumlah keselurahan GrabCar dari SM Mall of Asia ke Berjaya Makati Hotel iaitu lebih kurang RM20 (P250) |
Lobi di Berjaya Makati Hotel agak sempit jadi nak berehat di sana pun agak terhad. Jadi kami terus ke bilik untuk berehat. Kalau lobinya luas dah tentu anak aku duk main-main dulu..aku pun sempat lah berehat kejap..tapi apakan daya..hotel ini je kami mampu ambil..ini pun dah puas hati dah..Alhamdulillah..
![]() |
Dah sampai bilik dah |
Apabila dah sampai maka anak-anak dan wife aku terus berehat..tapi aku sempat lagi turun ke bawah untuk tengok kawasan bawah..ekekeke.. Kebetulan staff hotel sibuk untuk bawa aku pergi ke cafe katanya ada persembahan live.
![]() |
Bilik kami berada di tingkat 20 |
![]() |
Tempat persembahan live |
Walaupun lobi hotel ini agak kecil tetapi senibinanya juga menarik, bolehlah buat jalan-jalan dengan tangga yang ada kan..tapi waktu ni nak bawak anak aku ronda pun diorang dah penat semua dah..ekekeke..
![]() |
Senibina tangga yang menarik |
Tak lama kemudian, aku pun naik atas untuk berehat.. Puas hati berjalan arini..itupun kami keluar lewat, kalau keluar awal pukul 8 pagi mau tertiarap terus sampai hotel..penat juga berjalan ni..ekekekeke..
![]() |
Tekan tingkat 20 |
Tak lama kemudian kami mandi-mandi, solat jamak dan main-main dengan anak sekejap dan kemudiannya terus lena dibuai mimpi..Tunggu besok pulak lah untuk berjalan di Manila ni..Nantikan sambungan untuk hari ketiga nanti.
Saksikan video kami pada hari kedua di Manila ini :-
bila nak sambung lg?
ReplyDeleteTmksh kerana sudi baca blog ni..harap dalam tempoh 2 minggu ni dapat disiapkan entry hari ketiga..dapat mengarang sikit2 selang bbrp hari bila free..huhuhu
Delete