Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Showing posts with label Surabaya. Show all posts
Showing posts with label Surabaya. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 4 (Last Day)


Hari ni adalah 8 Mac 2014 dan hari terakhir kami di sini...Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lena...Macam biasalah pagi2 kami akan turun untuk bersarapan pagi, menu sarapan boleh tahan sedap jugak hari ini, lepas bersarapan aku dikejutkan dengan sms dari group whatsapp aku bersama2 kawan2 yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar pada jam lebih kurang 2.00am...tapi aku ingatkan benda tak serius mungkin berita palsu je, tapi lepas tu aku tengok facebook banyak pulak status yang bercerita mengenai kehilangan pesawat MH370 tu dan akhirnya CEO MAS Ahmad Jauhari pulak buat pengumuman tentang kehilangan pesawat tu...wow ini sudah sangat serius...adakah ianya terhempas??? Menjadi persoalan aku..semoga mereka yang terlibat selamat...Amin..


Hidangan buffet lagi pagi ni...


Sedang menikmati hidangan


Duk sebelah mak aku


Sudah hampir licin


Licin dah...kekeke...



Waktu naik ke bilik hotel untuk mengemas barang2, aku cuma bagitau wife aku je tentang berita ini, selepas berbincang kami putuskan untuk tidak memberitahu kedua2 ibu kami...takut2 mereka akan risau untuk naik flight ke Malaysia nanti...Lepas tu aku mengikuti perkembangan secara langsung dalam berita CNN dalam bilik hotel, nasib baik Mak aku dan Mak Mertua aku tengok TV channel lain yang bukan berita dalam bilik diorang...selamat...kekeke...



Anak aku main air kolam...


Sedang mengikuti perkembangan MH370



Bilik hotel yang bakal menjadi kenangan


Dah dekat jam 12.00pm kami pun terus ke lobi untuk check out dan mintak tolong staff hotel untuk panggilkan teksi, pihak hotel pun bagus dan melayan kami dengan baik...terima kasih ye!..kami tunggu sekejap je pastu teksi pun sampai dan tunggu kami di parking bawah hotel, driver pun baik...Alhamdulillah...masa dah nak keluar parking, aku pun bertanya driver tu mengenai bayaran parking, driver ni kata tak payah bayar kalau sekejap je...baguslah driver ni jujur...tak macam driver masa kami mula2 sampai kat hotel ni, dia bedal duit aku Rp10000 dan dia memang makan duit haram dah sebab ambik duit kami untuk bayar parking walaupun yang sebenarnya tak payah bayar sebab sekejap je...penipu punya driver teksi...



Mak aku sedang berehat di lobi sementara menunggu teksi



Mak mentua dan wife aku sibuk melayan karenah anak kami..kekeke..



Selamat tinggal The Square!

Dalam perjalanan ke Terminal 2 Juanda International Airport, aku duk sibuk bersembang dengan pemandu teksi ni..peramah jugak orangnya...kami melalui tol, macam biasalah passenger yang kena bayar Rp6000 (RM1.8)..lebih kurang 30 minit kami pun sampai di airport....kira awal lagi ni...bayaran teksi bermeter ni lebih kurang Rp80000 (RM22) dari hotel kami...waktu kami sampai tu lebih kurang jam 1.00pm waktu Surabaya, flight kami dijangka berlepas jam 5.00 lebih kalau mengikut itinerary booking kami lebih kurang lapan bulan lepas...



Terminal 2 Juanda International Airport



Di luar Terminal 2 Juanda International Airport


 
Lepas tu aku cek dekat kaunter pertanyaan di airport ni bertanyakan mengenai flight kami, lepas diorang tengok diorang bagitau flight kami berlepas jam lebih kurang 6.30pm pulak...aikkk sudah tukar ka??? ianya mungkin bukan delay tapi mungkin waktu dia ditukar..pergghhh...nasib baik ditukar menjadi lebih lambat..kalau ditukar menjadi awal..tak ke kalut nanti...

Nasihat aku pada semua, kalau siapa2 ada buat booking flight berbulan2 lamanya adalah lebih baik anda buat semakan lagi sebelum hari berlepas takut2 flight anda di reschedule atau di pinda waktu penerbangannya...walau apapun kami terpaksa duduk kat airport ni lebih kurang 5 jam...perghhh lamanya...kekeke..tapi datang awal takpe jangan datang lewat...wifi kat airport pun tak berapa bagus kadang2 okay kadang2 tak okay...tapi takpelah dari takde wifi langsung...bolehlah jugak aku update facebook sikit2...kekeke...


Terpaksa singgah restoran Roti 'O kat sini sambil makan roti dan minum air...berjam2 jugaklah lepak kat sini...




Inilah restoran Roti O'


Menghabiskan masa dengan berfacebook dan melayari internet sambil pusing2 dalam airport...kekeke...

Setelah menunggu dengan lama, kaunter check in pun dibuka...airport tax yang perlu dibayar masa check in untuk seorang di Surabaya adalah Rp150000 (RM40)..dua kali ganda mahal dari Pekanbaru yang berharga Rp75000 (RM20)...duit ni memang kami standby awal2 dah baru tak kalut..kekeke...kali ni kami dah buat tambahan online booking untuk 20kg baggage...jadi semuanya berjalan lancar..takdelah masalah berat beg hand carry lebih...Alhamdulillah...

Di bawah ni saya printscreen senarai harga airport tax di Indonesia dan ianya berbeza2 mengikut airport..


Info airport tax di Indonesia yang saya dapat dari website ni (http://www.kembaramurni.com/?q=node/129)




Menuju ke perlepasan antarabangsa Terminal 2 Juanda International Airport






Waktu menunggu kat belah luar sebelum pemeriksaan imigresen kat sinilah anak aku tiba2 muntah..


Ada jugak berlaku kejadian yang tidak diingini kat sini, anak2 aku tiba2 muntah...terkejut jugak aku...tak tau kenapa...risau jugaklah aku..tapi Alhamdulillah walaupun muntah dia tetap aktif...tapi nak pergi ke tandas punyalah jauh...mungkin airport ni baru jadi tandas tempat menunggu di luar kawasan berlepas sebelum pemeriksaan imigresen masih tak ada lagi...tapi memikirkan anak kesayangan aku gagahkan jugak dukung dia ke tandas...huhu...

Pastu wife aku cuba beli nasi kat airport tu untuk anak aku, tapi diorang tak terima duit ringgit pulak dah..duit rupiah kami pun tak cukup dah untuk beli nasi...kekeke...pastu kami putuskan untuk beli nasi dalam flight jelah nanti...sementara tu anak aku makan makanan2 yang ringan2 dulu...

Kat sini tempat menunggu belah dalam selepas diperiksa beg oleh imigresen dan Air Asia...kat dalam ni ada tandas...

Dekat2 jam 6.00pm kami pun menaiki pesawat dan dijangka berlepas pada jam 6.30pm...waktu dalam flight tu waktu pun dah malam so tak dapatlah nak menikmati permandangan Surabaya dari udara...cuma nampak lampu2 je...

Selamat tinggal Surabaya! InsyaALLAH next time kami akan sampai lagi...

Dalam pesawat Air Asia

First time aku beli makanan dalam flight Air Asia, nasib diorang terima duit Ringgit...total semua lebih kurang RM19 untuk nasi ayam dan air mineral...mahal giler beb...kekeke..

Memang sedap...


Dalam flight ke Kuala Lumpur yang memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit ni, aku terlelap jugak...letih jugak...huhu...

Lebih kurang 10.00 malam kami pun selamat mendarat kat LCCT airport...Alhamdulillah...sebaik sahaja kami dah turun tangga dari kapal terbang dan menjejaki ke bumi Malaysia, terus aku bagitau Mak aku dan Mak Mertua aku tentang apa yang terjadi pada pesawat MH370...terkejut jugak diorang...tapi lega jugaklah sebab aku bagitau masa dah sampai...ikutkan hati nak bagitau awal2 sebab nak share apa yang berlaku... tapi tulah risau jugak takut diorang bimbang...huhu...

Lepas tu aku tunggu abang aku pick up kami kat airport dan kemudian aku ambik kereta aku yang diletakkan di parking murah RM16 sehari...kali ni aku kena cas parking lebih kurang RM60...okaylah kalau naik teksi lagi mahal..baik naik kereta dan parking je kat sini...huhu...

Syukur Alhamdulillah sebab percutian kami kali ini berjalan seperti yang dirancangkan dan kami semua selamat pergi dan balik...

Jadi dengan ini tamatlah percutian kami ke Surabaya...


Saksikan video kami di hari terakhir di Surabaya :-






Jumpa lagi di entry yang akan datang...InsyaALLAH ...sekian wassalam...

Saturday, March 29, 2014

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu...hari ini Mak aku tak nak keluar pergi berjalan sebab tak larat, dia nak berehat kat bilik hotel jer...puas pujuk dah..tapi Mak aku nak rehat tengok tv je kat bilik...aku pun pasrah semoga bondaku selamat duk rehat sorang2 dalam bilik hotel nanti, waktu kami pergi Sandakan tahun lepas pun, ada jugak hari yang Mak aku tak keluar jalan2 hanya rehat dalam bilik hotel jer...aku pun tak nak paksa2 asalkan Mak aku bahagia dan gembira...arini mungkin kami akan balik awal sikit...



Kat lobi hotel



Menuju ke restoran di The Square Hotel



Hidangan buffet di hotel pada hari ketiga..



Berselera pagi ni kami makan..huhu...



Anak aku pun berselera jugak makan..



Bergambar bersama

Kat The Square hotel juga ada swimming pool jugak terletak betul2 sebelah restoran...tapi sepanjang aku travel dan duk kat mana2 hotel ni, tak pernah lagi aku mandi kat swimming pool ni...rugi jugakla...tapi nak buat camane dah tak minat nak mandi kolam...kekeke...




Tempat berehat kat kawasan swimming pool



Nak makan kat sini sambil tengok orang mandi-manda pun boleh jugak...hehe..






Kolam dia kecik je...

Sebelum keluar, kami sempat jugaklah bergambar kat lobi hotel ni untuk dijadikan kenangan...kagum dengan hotel ni, walaupun murah tapi bertaraf 3 bintang serta tempatnya bersih dan layanannya jugak bagus...hiasan dalaman hotel ni pun cantik...kalau tengok dalam website dia nama sebenar dia adalah The Square Arcade Apartment...tapi tak macam apartment pun...kekeke...



Satu tempat di lobi

Selepas selesai bersarapan pagi, aku pun pergi hantar mak aku untuk berehat dalam bilik dan kemudian kami pun keluar untuk menaiki teksi ke destinasi berikutnya iaitu Kebun Binatang Surabaya, kami pergi sana hanya semata2 nak ambil gambar kat Monumen Surabaya yang menjadi mercu tanda Kota Surabaya ni...kalau kat Indonesia perkataan "bandar" diorang panggil "kota", kalau kita sebut "bandar", diorang akan paham "lapangan terbang" sebab kat Indonesia "lapangan terbang" dipanggil "bandara"...hehe...sedikit info yang aku sendiri perasan kalau bercakap dengan orang Indonesia ni...kekeke.




Perhentian teksi betul2 kat depan The Square...Alhamdulillah mudah je urusan...

Perjalanan ke Kota Surabaya ni dari The Square Hotel kat Rungkut ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan kos teksi bermeter lebih kurang Rp70000 (RM20)...kali ni driver teksi ni pun baik hati, suka berkongsi info dengan kami, pastu pandai buat lawak pulak...aku bantai gelak banyak kali dalam teksi tu...kahkahkah...jalan kat Surabaya macam biasalah jem selalu...masa sampai kat Kebun Binatang tu driver teksi tu sempat bagi nasihat supaya berhati2 dengan penyeluk saku atau pencopet...terima kasih atas ingatan pak cik...kami memang selalu beringat, tambah2 lagi passport...


Inilah dia Kebun Binatang Surabaya atau Zoo...



Pergghhh...bangga betul boleh bergambar berlatar belakangkan Patung Ikan Yu (Suro) dan Buaya (Boyo) ni...Inilah mercu tanda Kota Surabaya, yang mana kononnya Ikan Yu dan Buaya bertarung...sebab tulah tempat ni dipanggil Surabaya






Anak aku beli mainan buih2 pulak dah...tapi macam cantik pulak bergambar sambil ada belon2 buih berterbangan..



Umi dan anak




Abah dan anak




Bergambar bertiga pulak




Bersama Mak Tok dia pulak...


Harimau pun ada...



Gajah pun ada...



Kalau kita berada kat depan patung ikan yu dan buaya ni, banyak jugak cameraman tempatan yang menawarkan pakej bergambar...tapi memandangkan aku dah bawak camera...so aku tak ambiklah pakej diorang...last2 aku mintak salah seorang dari mereka untuk tolong ambik gambar kami semua...nasib dia baik hati..risau jugak takut dia mintak bayaran jugak...kekeke...baik hati orang Surabaya ni..takdelah nak paksa pelancong ambik pakej gambar mereka...






Boleh baca sendiri ye..kekeke...


Kami tak masuk pun ke dalam Kebun Binatang Surabaya ni, sebab kena bayar tiket...lagipun kat Malaysia pun banyak jugak zoo..tu pun ada lagi zoo kat Malaysia kami tak sampai2 lagi...kekeke...lepas bergambar kami pun pergi berehat kat kedai makan sebelah Kebun Binatang Surabaya ni untuk menghilangkan dahaga...dah selesai semuanya, kami pun tahan teksi untuk ke Pusat Grosir Jembatan Merah, dekat je dari sini..

Jambatan Merah ni adalah tempat bersejarah jugak, kalau tak silap berlaku jugak pertempuran semasa zaman perang tu kat sini....masa pusing2 dalam Pusat Grosir Jembatan Merah ni, barulah kami jumpa cenderahati seperti keychain kat tingkat atas sekali, magnetic fridge tak jumpa lah pulak...keychain pun tak banyak pilihan kat sini...last2 aku beli jugaklah sikit untuk dijadikan kenangan..takut2 tak jumpa dah keychain kat tempat lain...pastu nak kena patah balik ke sini...kekeke...



Mak Mertuaku sedang memilih barangan...



Pusat Grosir Jembatan Merah



Melangkah keluar dari Pusat Grosir Jembatan Merah

Masa keluar dari Pusat Grosir Jembatan Merah ni, banyaklah teksi kat luar ni...destinasi kami seterusnya adalah Sunan Ampel lagi sebab ada beberapa barangan yang Mak Mertua aku tak sempat nak beli semalam kat bazar Sunan Ampel, tapi teksi kat sini diorang tak nak pakai meter kalau nak ke Sunan Ampel, sebab dekat je...beca pun ada..tapi nak naik beca waktu tengahari, takut kami tak tahan panas jelah...huhu...teksi tak bermeter ni cas mahal giler dekat Rp30000 (RM9) dan yang paling murah aku tanya pun Rp25000 ( RM6.5)..last2 aku jalan keluar jalan besar untuk tahan teksi bermeter....so kami naik teksi bermeter untuk ke Sunan Ampel dan hanya kena cas Rp15000 (RM4.5) walaupun dekat je...itu adalah bayaran minimum apabila menaiki teksi di sini...so apapun baik naik teksi bermeter untuk selamat...lebih kurang 5 minit kami pun sampai di Sunan Ampel...




Kat Bazar berhampiran Masjid Sunan Ampel



Berlatar belakangkan Masjid Sunan Ampel



Bazar berhampiran Masjid Sunan Ampel






Meriahnya bazar kat Sunan Ampel ni..



Macam2 ado...

Selepas kepenatan meronda2 kat bazar di Sunan Ampel ni, kami pun singgah kat restoran di sekitar bazar tu untuk makan tengahari, lupa dah nama restoran tu...



Antara menu yang ada...



Semua tengah kepenatan dan kelaparan waktu ni....



Kali ni aku bedal nasi dengan lauk daging kambing...sedap giler...


Lepas selesai menjamu selera..kami pun ronda sekejap kat bazar ni..pastu terus berjalan keluar ke jalan besar dan ambik teksi untuk balik ke hotel...



Jalan kecil dari bazar di Sunan Ampel ke jalan besar



Kira awal jugaklah kami sampai ke hotel lebih kurang jam 5.00pm arini...nak ronda2 tempat lain pun duit pun dah kurang dah...kekeke...lagipun nak tinggal Mak aku sorang2 kat hotel lama2 pun tak sedap hati jugak...so boleh berehat kat hotel..leganya...tapi esok dah nak balik dah...sedihnya...




Permandangan dari tingkat 16 dalam bilik hotel aku..gayat tu...saje letak beg kat tepi cermin tu untuk menghalang kami mendekati cermin tingkap tu...risau tu sebab tak berapa yakin dengan kekuatan cermin tu...



Tingkat 16 tu...


Saksikan video kami di hari ketiga di Surabaya :-








Bersambung selepas ini pada entry hari terakhir kami di Surabaya...

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.