Saturday, February 15, 2020

Bercuti di Manila, Filipina Ogos 2019 Day 3



Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidor dengan lena tanpa sebarang gangguan..sekali lagi dapat pujilah Berjaya Makati Hotel ini..pilihan yang berbaloi dengan biliknya yang luas tetapi lobi nya yang kecil sahaja menjadikannya tak berapa puas hati..pada masa akan datang, boleh book hotel ni lagi jika berpeluang datang ke Manila ni..InsyaALLAH.

Jadi untuk sarapan pagi pada hari ini, kami makan dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia..roti ada, maggi ada dan macam-macam lagilah..Jadi bab untuk breakfast dah tak menjadi masalah, bekalan masih cukup lagi..




Sarapan dulu

Harini cuaca elok sahaja dan tidak hujan, boleh dikatakan apa yang dimaksudkan typhoon oleh driver GrabCar pada hari pertama tu hanyalah hujan lebat sahaja..bukannya typhoon istilah sebenar iaitu taufan, ribut yang boleh menerbangkan apa sahaja yang dilaluinya. Kiranya timing aku datang ke sini masih tepat lagilah kan..ekekeke..Alhamdulillah..



View dari tingkat 20 tetapi terlindung dengan bangunan lain..tak berapa cantik view macam ni








Walaupun bilik kami berada di tingkat 20, tetapi oleh kerana bangunan bersebelahan adalah sangat dekat maka view pun tak berapa cantik..bangunan tinggi yang rapat-rapat memang cantik jika dilihat dari luar menjadikannya bentuk skycrappers sesuatu bandar, tapi bagi yang duk dalam bangunan tu, mungkin rasa lemas sebab nampak bangunan sebelah je, tak dapat tengok bangunan lain..Waktu aku menginap di Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur, viewnya bangunan lain juga, tetapi jaraknya jauh sedikit berbanding di Manila ni..





Arini kami plan untuk pergi beli keychain, Bonaficio Global City dan Venice Grand Canal yang berada di kawasan Taguig, hanya bersebelahan sahaja dengan kawasan Makati ni. Oleh kerana semalam kami tak pergi beli keychain, maka hari ini je ada masa untuk pergi beli keychain untuk kenang-kenangan..Walaupun semalam orang yang bawa kereta kuda dah bawa kami ke kedai keychain, tapi aku tak turun untuk ke kedai keychain tu sebab aku takut kena bayar extra pulak kalau kuda terpaksa tunggu kami..ekekeke.. Jadi sementara tu terpaksalah mengoogle kedai keychain mana yang berdekatan dengan Makati ni.. Jadi hasil carian google, InsyaALLAH kami akan ke kedai Papemerolti Gift Shop atau Kultura.



Kedai untuk beli keychain (tapi tak banyak pilihan)

Kedai lain untuk beli keychain





Jadi tanpa membuang masa panjang, semua terus bersiap-siap sambil-sambil anak kecik aku ni macam biasalah dia main dalam bathtub dulu..ekekeke..satu kepuasan dapat lihat anak-anak seronok pergi holiday ni..



Mandi dulu kat dalam bathtub

Lebih kurang jam 1.00 pm kami terus keluar dari bilik hotel, destinasi pertama adalah bagi mengisi perut dulu untuk makan tengah hari. Kali ni kami nak ubah selera nak rasa kedai lain pulak iaitu Mama Noura yang terletak bertentangan sahaja dengan Restoran Hossein Persian Kebab, manalah tau makanan lebih murah dan sedap kan..ekekeke..



Baru keluar dari bilik dalam pukul 1.00 pm lebih




Alhamdulillah keadaan cuaca pada hari ini cerah dan baik jadi ianya memudahkan kami untuk berjalan-jalan di Manila ni. Keadaan kawasan Makati ni memang sentiasa sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang..memang macam Bukit Bintang di Kuala Lumpur..



Keadaan yang sibuk di depan Berjaya Makati Hotel






Sayangnya Al-Batra Restaurant ni tutup..

Harini aku dapat menghayati permandangan di sekitar Makati ni, baru terasa suhu di Manila ni sama macam Kuala Lumpur je..ekekeke..semalam hujan je sepanjang hari sebab itulah rasa sejuk je..hari ni kalau tak kena gaya mau berpeluh..




Bangunan pencakar langit TRUMP


Yang menarik perhatian aku adalah bangunan pencakar langit TRUMP, kelihatan bangunan ini didirikan sebelum President Trump jadi Presiden USA lagi..memang tinggi giler bangunannya..kenapa di Malaysia tak ada bangunan TRUMP ni..mungkin dia tak nak melabur lagi kot di Malaysia.







Berjalan kaki tak lama lebih kurang 5 minit je dah sampai ke Mama Noura Restaurant ni..yang pasti kedai ni Halal dan menyediakan makanan Arab. Jika dilihat dengan hiasan dalam dan keselesaan, Restoran Hossein Persian Kebab lagi puas hati dan selesa. Haraplah makanan kat sini tidak mengecewakan.







Restoran Mama Noura








Boleh dikatakan harga kat sini pun mahal juga dan lebih kurang Restoran Hossein Persian Kebab je..Tapi tak apalah yang penting dapat makan makanan halal. Pendek kata jangan terlalu memilih sangatlah..bersyukurlah apa yang ada..Alhamdulillah datang ke Manila ni tak susah sangatlah nak cari makan halal ni.. Boleh lihat senarai harga makanan di bawah ini..















Yang hebatnya Restoran Mama Noura ni ada guard yang jaga, aku duk perhati banyak juga kedai yang ada guard jaga..sekurang-kurangnya rasa selamat sikitlah kat Manila ni..Keadaan Manila ni macam Kuala Lumpur juga, kadang-kadang ternampak juga orang yang tak berapa sihat merayau-rayau di sini.



Apapun bergambar dululah






Jadi tanpa membuang masa aku pun terus order pada waitress yang datang melayan kami, jadi kami orderlah apa yang perlu, dengan harapan makanan yang bakal dihidangkan adalah sedap dan puas hati macam kedai Hossein Persian Kebab.







Lebih kurang 10 minit, makanan yang diorder pun sampai..setelah merasai sedikit, kami dirasakan bahawa masakannya tak dapat lawan Restoran Hossein Persian Kebab lagi..walau bagaimanapun kami tetap bersyukur kerana masih dapat merasai makanan Halal walau berada di luar negara.



Makanan dah sampai




Tapi yang peliknya apabila ditanya berkenaan HALAL kepada waitress ni tadi, dia pun seakan-akan tak tahu apa itu HALAL..last2 aku tanya kat staff lain, diorang tunjuk sijil HALAL yang kedai ini miliki. Mungkin mereka juga mengambil orang bukan Islam untuk kerja secara part time di sini kot sebab tulah ada yang tak tahu Halal..





Restoran yang bersih




Keadaan dalam restoran ni pun bersih, cuma ianya memang tak boleh lawan Hossein Persian Kebab Restaurant yang memang cantik dekorasi hiasan dalamannya.







Sijil Halal


Tanpa membuang masa lagi, kami terus menikmati makan tengahari kami sehingga licin..ekekeke..sekali sekala rasa makan selain masakan Melayu pun best jugak kan..pendek kata makanan macam ni kami makan sekali dalam beberapa tahun..ekekeke..



Nasi yang aku order dah sampai






Jemput makan semua

Selepas selesai makan tengahari aku sempat lepak di luar restoran, waktu nilah aku disapa oleh seorang homeless yang mengatakan di Manila ni tak boleh merokok secara terbuka kecuali di designated area yang telah disediakan dan kalau kantoi merokok, kena pergi bandaran diorang dan kena saman, benda ini di iyakan oleh security guard yang menjaga kedai restoran ni..pendek kata banyak kerja lah..jadi masalah pulak nanti.



Licin dah..Alhamdulillah

Selepas itu, kami pun beransur untuk ke Papemelroti Gift Shop, kiranya tempat ni tak pernah ada dalam kami punya itinerary..tapi sebab nak cari keychain punya pasal maka gagahkan juga pergi sana..hanya set kat apss GrabCar je..nanti akan dibawakan ke sana..

Yang terharunya para pak guard restoran ni memang bersungguh tolong kami carikan kereta GrabCar ni waktu kami tak jumpa.. maklumlah dengan kereta banyak di sini dan anak kecik ditambah dengan stroller pula..memang kalutlah nak masuk kereta kan..lagi pun pemandu GrabCar tak boleh berhenti lama sangat..





Dalam GrabCar menuju ke Ayala Center Makati Shopping 



Jadi sewaktu dalam perjalanan tu dapat jugaklah kami menghayati permandangan dan keadaan Makati di Manila ni. Semuanya boleh dikatakan setanding Kuala Lumpur cumanya macam kurang nampak flyover je.



Bangunan di Manila setanding dengan Kuala Lumpur






Kereta-kereta di Manila pun canggih-canggih jugak bukannya lekeh seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Boleh dikatakan penduduk Manila ni up to date jugaklah takdelah ketinggalan sangat berbanding negara-negara lain.





Kenderaan di Manila juga hebat-hebat




Jalanrayanya pun besar dan bersih juga. Bangunan-bangunan tinggi-tinggi pun banyak. Walau bagaimanapun aku rasa Kuala Lumpur lagi hebat..huhuhu..angkat bakul negara sendiri..ekekeke..








Sebenarnya tempatnya dekat je..tapi aku lupa nak printscreen harga GrabCar ke sini.. Lebih kurang 10 minit kami dah sampai ke sini.. Waktu on the way ke sini lah aku perasan ada kenderaan lain yang diperiksa dibawah kereta mereka dengan alat pengesan bom di salah satu bangunan berdekatan di sini. Memang securitynya hebat sangat di Manila ni.







Apabila dah sampai pening jugaklah nak cari kedai Papemelroti Gift Shop ni..yang lecehnya kena security check setiap kali nak masuk shopping mall..nama tempat ni adalah Ayala Center Makati Shopping Mall.






Baru sampai di Ayala Center Makati Shopping Mall




Tengok keadaan tempat ni macam tempat elite jika nak dibandingkan dengan tempat yang kami duduk di tengah-tengah Makati tu. Tempat ni pun bersih dan banyak bangunan-bangunan baru dan bersih.







Untuk mencari kedai Papemelroti Gift Shop jenuh tanya orang jugaklah ..tapi kebanyakan mereka pun tak tahu, memang blur terus nak cari kat mana, besar shopping mall ni..cari punya cari akhirnya jumpa juga kedainya..Alhamdulillah..





Alhamdulillah jumpa juga kedai Papemelroti ni




Tetapi dalam ni tak banyak pilihan souvenirnya, akhirnya kami dapat maklumat yang kedai souvenir Kultura hanya bersebelahan shopping mall ni je iaitu di SM Makati Mall..Diorang bagitahu boleh jalan kaki je..jadi kami pun keluar balik shopping Mall ni untuk ke Kultura.



Tak banyak pilihan sangat souvenir dalam Papemerolti ni



Oleh kerana datang tanpa travel agent, jadi kami bebaslah nak ke mana-mana, kalau datang dengan travel agent mungkin tak merasalah pengalaman susah payah macam ni kan..ekekeke..melainkan minta free time dengan travel agent untuk jelajah sendiri sekali sekala..tapi sebab utama aku tak guna travel agent bukan kerana nak cari pengalaman tapi sebenarnya nak jimat je..huhuhu..





Hujan baru sahaja turun


Kebetulan pulak hujan turun pulak waktu ni, jadi masih rasa macam duk kat negara yang ada winterlah kan..ekekeke.. Sejukkk..mungkin masih ada sisa-sisa cuaca buruk semalam. Sekejap je jalan dah sampai ke SM Makati Shopping Mall ni, untuk mempercepatkan urusan sampai ke Kultura, maka memang banyak kali lah kami tanya orang termasuk guardnya sekali. Alhamdulillah memang diorang sangat membantu..kalau tidak jenuh cari sebab besar shopping mallnya.



Pemeriksaan keselamatan sebelum masuk dalam SM Makati Mall





Kiranya takde bezalah shopping mall di Malaysia dan Manila ni kan..kami hanya mampu tengok jelah..ekekeke..semangat kental jugaklah nak mencari kedai Kultura ni..bukan apa pun sekadar nak beli souvenir je pun..tak kisahlah orang kata apa..yang penting biar berjaya beli magnetic fridge untuk diletakkan di peti ais kat rumah..ekekeke..





Akhirnya jumpa juga kedai souvenir Kultura ni..jadi tanpa membuang masa kami pun terus masuk ke dalam Kultura untuk melihat apa yang ada..memang rambang matalah banyak betul pilihannya kat sini, tapi tak pastilah harganya sama atau tidak dengan kedai souvenir di kawasan Intramurous yang kami lalu semalam. Tapi agaknya mestilah kat sini lagi mahal kot..tapi nak buat macam mana, oleh kerana kami tak menghala ke sana dah arini..maka beli jelah kat sini untuk kenang-kenangan..

Jumpa juga akhirnya kedai souvenier Kultura..Alhamdulillah





Memang berbaloi juga beli souvenir kat sini, jika sesiapa tak sempat beli souvenir dekat kawasan Intramurous tu jadi bolehlah datang ke sini. Cumanya kat sini hargnya tak boleh nego jela. Biasalah standard beli barang kat shopping mall macam mana kan mana boleh tawar kan..ekekeke..




Banyak juga souvenier kat sini




Jadi kami sempatlah beli apa yang patut kat sini, alang-alang dah sampai tumpukan perhatian sepenuhnya kat sini lah kan..memanglah lepas ni ada nak pergi tempat lain pulak.. Jadi boleh tengok harga souvenir kat sini, dari yang mahal sampai yang murah..ada beberapa harga souvenir yang sempat aku ambil gambar, boleh tengok di bawah.










Inilah tempat yang tak ada dalam itinerary kami, kiranya melekat pulak kat sini..kalau dilihat balik, masa kami habis kat sini sahaja pun dah lebih kurang sejam lebih..huhuhu..apa boleh buat semalam tangguh sangat untuk beli souvenir.. Wakakaka..










Sebenarnya kalau travel ni, janganlah suka tangguh-tangguh kalau nak buat apa, contohnya nak beli apa-apa ke, nak bergambar ke atau apa-apa lah sebab kita kena ingat tak semestinya kita ada masa lagi nak ke tempat itu lagi pada masa akan datang..















Jadi setelah lebih sejam berada di Kultura ni, maka kami pun terus pergi bayar di kaunter Kultura dan kemudian keluar daru SM Makati Mall untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bonifacio Global City untuk melihat bangunan seolah-olah berada di New York.. Lagi pun di situ ada kedai halal. Jadi bolehlah kami makan malam di situ.



Sedia untuk membayar..ekekeke



Jadi tanpa membuang masa, kami terus book GrabCar untuk Bonifacio Global City ni. Jadi kami tunggu GrabCar di sebelah SM Makati Mall iaitu betul-betul di hadapan hotel mewah iaitu Dusit Thani Hotel. Kiranya sambil tunggu GrabCar sempat jugaklah kami bergambar depan Dusit Thani hotel ni..tak dapat menginap kat sini, dapat bergambar pun jadilah..huhuhu..






Bergambar di depan Hotel Dusit Thani



Harga GrabCar ke Bonifacio Global City


Kiranya tak lama lah tunggu GrabCar ni untuk sampai.. Apabila GrabCar ni sampai maka kami terus dibawa ke Bonifacio High Street yang terletak di Bonifacio Global City di Taguig district bersebelahan dengan Makati district je.  Jaraknya lebih kurang 4km untuk ke sana.







On the way to Bonifacio Global City










Memang dapat dilihat kebanyakan bangunan pencakar langit di Bonifacio Global City ni memang cantik dan mungkin setaraf dengan New York..Pergghh.. Bangunannya juga agak tersusun dan bersih.





Bangunan di Bonifacio Global City macam di New York




Driver GrabCar ni pun baik dan peramah, memang seronoklah bersembang dengannya. Sekali lagi aku tengok muka dia aku perasan yang muka dia ni saling tak tumpah macam orang Melayu, tapi sayang Melayu Filipina telah menjadi Kristian.











Tak lama kemudian lebih kurang 15 minit kemudian maka sampailah kami di tempat yang dituju. Cuaca pada waktu ni sedikit mendung seolah-olah baru lepas berhenti jika dilihat pada jalan yang agak basah.





Driver ni sangat baik, dia bagitau yang telefon aku tertinggal dalam kereta


Yang terharunya aku dengan driver GrabCar ni, dia bagitau yang aku tertinggal telefon walau aku dah keluar dari kereta. Terkejut betul aku..Bagus betul orang Manila ni, bayangkan kalau dia terus pergi bersama telefon aku, memang masalah betullah aku nanti..Syukur pada Allah SWT kerana menemukan kami dengan orang yang baik-baik. Terima kasih banyak pada dia..tak dapat nak balas jasa dia..terasa ralat bila terpikir balik kenapa aku tak bagi saguhati tanda terima kasih pada dia waktu kejadian tu.



Dah sampai di Bonifacio High Street




Jadi tanpa membuang masa kami terus memulakan langkah untuk bergambar di Bonifacio High Street dan cari restoran Halal Guys. Waktu ni aku tengok orang tak ramai sangat kat sini mungkin kerana tempat ni masih tak popular lagi.





Tempat wajib bergambar kalau ke Bonifacio High Street



Yang malangnya kedai Halal Guys tu dah ditutup dan digantikan dengan kedai lain..puas jugaklah sebenarnya aku cari kedai Halal Guys, oleh kerana aku ada alamatnya, maka aku dapat cari kedainya dengan tepat tetapi selepas disahkan oleh staff yang bertugas di situ, aku redha bahawa kedai Halal Guys tak berada di sini lagi. Jadi kempunan lah kami nak isi perut untuk dinner nanti..



Tempat yang bersih dan moden sesuai untuk bersantai







Oleh kerana tak dapat nak makan makanan halal disebabkan kedai tutup, maka kami ronda-ronda jelah di sini sambil mencari kedai halal yang lain di sini manalah tahu kot-kot ada kedai halal yang lain.


Bergambar di kawasan Bonifacio High Street






Akhirnya kami tak jumpa jugak kedai halal di Bonifacio High Street ni.  Tempat ni tak lah rasa best sangat..jalan sekejap dah rasa boring..kiranya kami berada di sini lebih kurang 30 minit lebih je.. Mungkin kalau ada show atau apa-apa baru happening tempat ni..




Bergambar berlatar belakangkan bangunan yang moden



Selepas tu kami terus cari tempat yang sesuai untuk tunggu dan order GrabCar untuk ke Venice Grand Canal Mall. Sementara tunggu tu sempat lagi bergambar di kawasan ni. Memang cantik bangunannya. Sebenarnya kami datang ke sini disebabkan tengok banyak video mat salleh dalam youtube yang datang ke sini.



Macam kat New York je kawasan Bonifacio High Street ni kan..ekekeke




Harga Grab dari Bonifacio High Street ke Venice Grand Canal Mall

Tak lama kemudian GrabCar pun sampai, tapi kereta kali ni yang paling tak power kami naik..aku pun tak sempat nak ambil gambar, tapi takpelah janji sampai ke tempat yang nak dituju..huhuhu..



Tak pernah naik kereta jenis ni




Cantik betul bangunannya

Macam robot pun ada bangunan ni kan..ekekeke

Dalam perjalanan ke Venice Grand Canal Mall yang juga berada di kawasan Bonifacio Global City ni dapatlah melihat bangunan-bangunan pencakar langit yang moden dan cantik. Ianya tak sama dengan Putrajaya..tapi lebih kepada bangunan ekonomi yang tersusun.









Tak lama kemudian sampailah kami di Venice Grand Canal Mall. Perjalanan yang sejauh hampir 3 km mengambil masa lebih kurang 10 minit disebabkan banyak traffic light. Mesti ada yang tanya kenapa nak datang sini kan? Kelebihan datang ke sini adalah kerana shopping mallnya yang unik seolah-olah berada di Venice. Mall yang hampir sama konsepnya juga ada di Macau.



Dah sampai di Venice Grand Canal Mall






Bangunan shopping mall ni memang cantik, dari luar pun dah nampak cantik, belum masuk dalam lagi..memang rasanya tak salah tempat lah kami pilih untuk datang ke sini..









Bangunan shopping mall yang cantik dihiasi dengan lampu



Macam biasa setiap kali nak masuk shopping mall memang kena check dengan security dulu. Apabila selesai semuanya maka kami terus menjelajah masuk ke dalam Venice Grand Canal Mall ni..


Pemeriksaan keselamatan sebelum dapat masuk ke Venice Grand Canal Mall






Langitnya adalah asli bukannya lukisan di bumbung seperti di Macau




Beza dengan mall ini dengan yang di Macau adalah langitnya adalah original kerana langit untuk canalnya tiada bumbung, berbeza dengan di Macau langitnya adalah lukisan di bumbung. Pendek kata kalau bergambar di sini macam bergambar di Macau dah..ekekeke..






Jadi kami jalan je sambil tengok-tengok kawasan mall ni, kalau jumpa tempat yang menarik maka kami singgah untuk bergambar kenangan. Kiranya boleh dilihat orang naik sampan di canal ini. Tempat ini pun meriah ramai dengan pengunjung.












Jadi banyak tempat jugaklah kami jelajah sampai food courtnya pun kami jelajah. Kot-kotlah takut jumpa restoran halal kan. Tapi yang lawaknya hampir semua kedai ada serve pork..ekekeke..






Jelas ada pork..bersepah kedai yang serve pork










Ye lah pork ni di Manila adalah kebiasaan merekalah macam di Malaysia rakyatnya suka makan daging lembu. Tapi iyalah kat Malaysia pun kita tak biasa tengok tulisan pork di restoran-restoran pasaraya atau shopping mall kan walau kedai bukan Islam. Rasa beruntung hidup di bumi Malaysia. Syukur rasanya.. Di sini juga ada panggung wayang..kalau ada masa bolehlah nak tengok wayang..



Wayang pun ada




Tapi nak dijadikan rezeki kami waktu on the way keluar kami jumpa restoran halal iaitu New Royale Bombay. Yang hairannya kenapa kami tak perasan masa masuk tadi, padahal jalan kami keluar adalah jalan yang sama kami masuk tadi. Alhamdulillah syukur jumpa restoran halal Venice Grand Canal ni.




Jadi tanpa membuang masa kami terus meluru masuk ke restoran ini. Kelihatan tak ramai orang dalam restoran ni. Restoran ni menyediakan makanan yang berasal dari India. Logo Halal adalah jelas terpampang di depan restoran ini.

Harganya lebih kurang sama dengan restoran Arab di Makati tu. Mungkin makanan Halal di Manila agak mahal sedikit disebabkan berada di kedai yang agak ekslusif.












Jadi tanpa membuang masa kami terus order apa yang patut. Haraplah makanannya sedap sesuai dengan kedainya yang cantik, bersih dan ekslusif. Sementara menunggu order sampai sempatlah aku ambil gambar kat luar dan dalam restoran.



Logo Halal terpampang jelas di cermin restoran








Air masak juga dihidangkan sebelum order sampai..terbaekkklah restoran New Bombay Royale ni.



Air masak dihidangkan dulu




Kalau dilihat dalam gambar di bawah seolah-olah hanya kami sahaja pelanggan yng berada di restoran ini ketika ini. . Risau juga kan takut-takut restoran ini tutup kan..Semoga ni terus maju dan dapat serve untuk orang Islam di shopping mall ini. Cantik dan bersih restoran ni.

















Tak lama kemudian makanan kami semua pun sampai. Apalagi tanpa membuang masa kami terus menjamu selera. Makanannya pun sedap, layanannya pun baik.. Tetapi jika dibandingkan dengan restoran Hossein Persian Kebab, ianya tak dapat tandingi kesedapan masakan restoran itu.


Jemput makan semua





Oleh kerana agak lapar, semua makanan yang dihidang hampir licin dimakan..Alhamdulillah puas hati juga dengan masakannya. Tapi apa yang aku boleh simpulkan ianya tetap tak boleh lawan masakan restoran Hossein Persian Kebab di Makati.


Licin boss




Total harga PHP 1155 (RM95)


Selepas itu kami sempat ronda-ronda sekejap sambil bergambar di tempat-tempat yang menarik sebelum keluar dari shopping mall ini untuk membooking GrabCar oleh kerana semuanya dah kepenatan. Masing2 dah nak bilik hotel dah..ekekeke..







Apabila dah selesai bergambar kenangan di dalam shopping mall ni maka kami pun keluar untuk balik berehat di bilik hotel.

Bergambar kenangan di pintu masuk Venice Grand Canal Mall


Kat luar shopping mall tu sempat lagi kami ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Memang inilah favourite aku, ambil gambar sekeluarga, tapi kalau ambil gambar orang lain memang aku tak berapa suka sebab payah nak capai kemahuan seseorang ni..huhuhu..










Apabila dah selesai bergambar, kami pun book GrabCar. Sekejap je tunggu GrabCar dah sampai. Memang puas hati perkhidmatan GrabCar di Manila ni.



Tengah tunggu GrabCar untuk balik ke hotel



Harga GrabCar ke Berjaya Makati Hotel dari Venice Grand Canal Mall





Kali ni aku banyak juga bersembang dengan driver ni.. Seronok dapat jadi pelancong ni..orang layan kita dengan baik, tapi kita kena ingat nikmat dunia yang ALLAH SWT beri ni tidak kekal, bila-bila masa sahaja Dia boleh ambil balik.. Kita dapat terima semasa kita di atas, dan kita juga kena redha semasa kita di bawah. Syukurlah di atas pemberian nikmat dari ALLAH SWT.

Sepanjang perjalanan tu nampaklah lampu-lampu yang menyinari bangunan sekitar bandar Manila yang besar ni.



On the way ke Berjaya Makati Hotel






Lebih kurang 20 minit kemudian, sampailah kami di Berjaya Makati Hotel. Jadi oleh kerana semuanya dah penat maka berehatlah di dalam bilik hotel.



Dah sampai hotel dah

Tetapi aku keluar lagi malam ni, saje nak ronda-ronda kawasan hotel. Kebetulan bangunan pencakar langit TRUMP tu berdekatan sahaja dengan Berjaya Makati Hotel. Selepas didekati aku pun tak dapat pastikan bangunan TRUMP ni hotel ke, atau apartment atau ofis sebab tak jumpa lobinya.



Bergambar di bangunan TRUMP


Memang tinggi giler bangunan TRUMP ni


Ada konsert kot di kawasan ni

Kemudian aku pun pergi ronda tempat lain juga. Alhamdulillah selamat takde orang datang kacau walau aku seorang sahaja sambil berselfie dan mengambil gambar. Tapi aku masih lagi berhati-hati dan tidak menampakkan sangat diri ini sebagai pelancong sebab risau jugakan takut ada yang nak ambil kesempatan.


Bangunan Berjaya Makati Hotel

7 Eleven yang berdekatan Berjaya Makati Hotel




Suasana malamnya hanya macam biasa saje, cuma aku berbangga dapat melihat brand Malaysia iaitu BERJAYA berdiri megah di Manila ni. Manetau satu hari nanti brand kita sendiri pula berdiri megah seperti ini. Mudah-mudahan..Amin..


Jenama BERJAYA jelas terpampang diatas bangunan Berjaya Makati Hotel











Sebelum masuk ke hotel, sempat lagi aku ambil gambar tempat smoking area di kawasan berdekatan Berjaya Makati Hotel ni..




Kalau di Filipina sila jangan merokok merata-rata, kena merokok ditempat yang disediakan seperti ini












Tak lama kemudian aku pun masuk ke dalam hotel untuk berehat sambil menyiapkan barang untuk balik ke Kuala Lumpur besok.



Makanan di Berjaya Makati Hotel ada pengiktirafan Halal







Tak lama kemudian kami semua pun dibuai mimpi..bertemu lagi pada entry terakhir iaitu di hari ke empat di Manila ini.

Saksikan video kami pada hari ketiga :-





2 comments:

  1. Assalam. Mana entry day 4? hehhe saya dah 3 kali ke manila.baru pula tau yg manila ni ada hotel yg ada halal certified. ada pergi greenhill tak? kira mcm petaling street la.cuma tmpt tu dalam kompleks. nak tengok real life manila, kena stay kat malate area. cuma mungkin tak sesuai sangat kalau bawa budak pasal tmpt tu kotor, banyak pengemis tdur tepi jalan, dan ada red light district lagi. ,cuma mmg kat sana la nampak sikit keaslian filipina tu. Dan sana tu kedai halal sangat senang cari.. merata2.. islam ramai kat sana. surau pun ada.nak cari makanan halal yg bukan arab pun senang pasal ada kedai orang islam zamboanga kat sana.. Makati ni bandar baru so bangunan dan neighborhood nya tak jauh beza sangat dengan KL. Manila ni sangat panas sebenarnya. So ada pro and cons jg la kan datang ke sana time musim hujan. Good sharing bro. keep it up

    By the way saya orang KK. Thanks sebab cakap sunset kat kk cantik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmksh tuan krn sudi membaca blog sy, sorry entry day 4 belum siap lagi..Komitment makin bertambah berbanding dulu. InsyaAllah sy akan cuba publish dlm masa terdekat..dah nak hampir siap dah sebenarnya.. Tmksh sharing pasal Greenhill, sy pun tak tau sebelum ni..huhuhu..

      Haha..mmg KK tempat terbaek makan lobster sambil tgk sunset. Pergghh antara salah satu nikmat dunia..

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.