Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lena. Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Manila. Oleh kerana waktu flight kami balik ke Kuala Lumpur pada pukul 3.05pm maka tidaklah terasa kalut sangat hari terakhir ni. Masih dapat rasa feel ketenangan tu..huhuhu..
Sabun dan shampoo di bilik air hotel
Macam biasa pagi inj kami breakfast di bilik hotel je dengan bekalan makanan yang dah dibawa dari Malaysia dan bersama makanan yang di bungkus ketika makan di restoran semalam.
Breakast dulu
Berita tentang Syarikat Berjaya Group
Anak aku masih tidor lagi..ekekeke..
Lepas makan sarapan tu sempatlah aku keluar merayau-rayau kejap tengok keadaan sekitar hotel ni. Kali ni aku tunjukkan sekali lagi tempat smoking room di sebelah Berjaya Makati Hotel ni.
Smoking room sebelah hotel
Pagi ni tak ramai yang datang merokok kat sini, kalau waktu tengah hari mau berkepul-kepul asap dalam ni sebab penuh dengan orang..ekekeke..
Kemudian, aku pun menuju ke 7-Eleven untuk beli barangan di sana sambil nak melihat keadaan sekitar. Suasana pagi di Manila yang indah, kadang-kadang aku teringat jika pergi melancong dan keluar pada waktu pagi ni perasaannya lain disebabkan kita dapat lihat gelagat penduduk yang agak tergesa-gesa bergerak untuk memulakan kehidupan. Macam tulah pelancong melihat kita waktu pagi di Malaysia kan..ekekeke..
Permandangan di waktu pagi di Makati
Bangunan Trump yang tinggi
Jika dilihat pada gambar ni memang berbeza keadaan di Manila atau tempat terbaru aku pergi iaitu Seoul, memang Seoul lebih bersih.
Sempatlah singgah di 7-Eleven di Makati ni untuk beli apa yang patut. 7-Elevennya tak jauh beza dengan di Malaysia. Harganya pun lebih kurang je dengan Malaysia.
Dalam 7-Eleven di Makati
Apabila dah selesai membeli di 7-Eleven, aku pun balik ke bilik hotel untuk berehat sekejap dan mengemas sikit-sikit apa yang patut.
7-Eleven di Manila
Bangunan Berjaya Makati Hotel
Arini cuaca baik je, panas macam Malaysia. Yang pastinya tak ada ancaman ribut taufan. Alhamdulillah.. Sampai kat hotel dah boleh nampak beberapa pengunjung yang mungkin nak check out. Tak lama lagi kami akan pun akan menyusul.
Di lobi hotel
Apabila masuk bilik hotel sempatlah berehat kejap sambil membantu wife aku mengemas barang apa yang patut. Kalau bercuti ni kalau boleh aku nak stay satu tempat je sebab kalau berpindah randah, agak penat dan leceh untuk kemas barang.
Masih sempat lagi nak teman anak aku layan cerita cartoon.
Yang canggihnya almari dalam bilik hotel ni, dindingnya hanyalah dinding bilik hotel dan ianya cuma ada muka depan pintu je, boleh buat macam ni di rumah dan mungkin lebih jimat sedikit.
Almari berdindingkan dinding bilik hotel
Masih banyak lagi barang yang perlu dikemaskan pada waktu ini. Tapi inilah keadaan yang perlu dilalui ketika mengembara. Jika dikenangkan balik memang seronok. Jadi suami isteri kenalah saling membantu kan..huhuhu..
Banyak lagi barang yang perlu dibasuh dan dikemaskan
Antara senarai makanan yang boleh diorder direct dari bilik hotel.
Apabila selesai menonton tv, maka tibalah masanya anak-anak aku untuk mandi. Jadi tugas akulah untuk teman anak aku yang kecik ni. Aku pastikan biar dia mandi puas-puas di Berjaya Makati Hotel ni..lepas ni tak tahu lagi lah boleh sampai kat sini lagi atau tidak. Kadang-kadang Allah SWT bagi kita peluang sekali sahaja, jadi manfaatkanlah sepenuhnya sementara ada peluang ni.
Saya mandi dulu ye
Apabila dah selesai mandi, kami pun menyiapkan anak aku kecik ni. Tak lama kemudian setelah hampir jam 12pm, maka kami pun call bellboy untuk tolong bawa barang kami untuk untuk check out. Secara tradisinya jika menggunakan perkhidmatan bellboy ni kalau boleh berilah mereka sedikit tips. Pengalaman aku dulu bekerja sebagai bellboy dulu, bila dapat tips rasa seronok giler dan semangat untuk buat kerja dan bagi servis yang terbaik. Maklumlah gaji waktu tu tak berapa mahal. Bercakap berkenaan bagi tips kepada bellboy, ada yang berpendapat tak perlu bagi tips kepada mereka kerana itu memang kerja mereka dan mereka sudah ada gaji. Dan ada juga yang kata, kepada bellboy kita terpaksa bagi duit untuk jaga air muka maklumlah duduk kat hotel ni, takkan tak ada duit.. tapi pada orang susah payah nak derma. Bagi aku adalah lebih baik bagi tips pada bellboy semasa bercuti, disamping sewaktu kehidupan harian pun selalulah bersedekah. Itu pun jika ada lebih, kalau tiada duit buat cara tak ada, hidup ni bukannya nak tunjuk action atau apakan. Terpulanglah kepada masing-masing. Yang penting ikhlas.
Beg-beg kami..ekekeke..
Bergambar kenangan dulu di depan bilik sebelum check out
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ketika check out, deposit kami pun dipulangkan. Staff yang bertugas pun baik. Seronok datang ke hotel ni. Harap boleh ke sini lagi pada masa hadapan.
Check out
Jadi selepas check out, kami book GrabCar untuk ke Bonaficio High Street dan seterusnya ke NAIA Airport Terminal 1. Tujuan kami singgah ke Bonaficio High Street untuk bergambar sekejap sebab semalam aku macam tak puas hati bergambar di sana...ekekeke..
Bergambar dulu di lobi hotel sebelum ke aiport
Sementara itu sempatlah kami merasa untuk bersantai sekejap di lobi hotel sebelum GrabCar sampai. Anak kecik aku pun sempatlah nak main-main dengan kakaknya di lobi hotel ni kejap. Tapi jangan biarkan diorang buat bising sudah..ekekeke..
Wahh relaks nampak wife aku ni..ekekeke
Santai kejap buat macam orang kayo..ekekeke.
Boleh tengok gambar-gambar di sekitar lobi Berjaya Makati Hotel ni. Lobinya tidaklah besar sangat, sesuailah dengan hotelnya yang bertaraf 3 bintang. Dekorasinya juga cantik.
Tak lama kemudian GrabCar pun sampai, aku bagitaulah dia yang kami singgah dan nak bergambar sekejap je di Bonaficio High Street tu dalam 5 minit, so minta dia tunggu kejap. Dia kata okay no problem. Lagipun memang dalam apps GrabCar tu kita boleh book untuk 2 destinasi terus. Kebetulan cuaca arini pun baik..cerah..sesuai untuk bergambar..
Harga GrabCar untuk ke Bonaficio High Street dan ke airport lebih kurang RM41
On the way ke Bonaficio High Street dan airport
Best je kan jadi pelancong ni, nak pergi mana-mana ada orang bawakkan.. Cuma duit jelah kena keluar..ekekeke..sekali seka apa salahnya rasa macam ni.. Kalau di tempat kita, kita yang kena kerja keras untuk cari duit bagi menyara keluarga. Pagi-pagi dah kalut nak hantar anak pergi rumah pengasuh..kadang-kadang malam baru sampai rumah..
Lalu kedai makan yang tersedap pernah kami makan di Manila
Driver GrabCar pun peramah, banyak benda jugaklah dapat bersembang dengan dia. Jika dilihat diluar memang banyak giler bangunan pencakar langit di Manila ni. Memang maju Filipina ni.
Dalam perjalanan ke Bonifacio High Street tu dapatlah kami melihat permandangan Bandaraya Manila lagi.. Dapat diperhatikan stesen minyak di Manila ni tak jauh beza dengan di Malaysia, Shell dan Petron pun ada. Tapi aku tak sempat nak ambil gambar Stesen Minyak Petron arini.
Stesen minyak Shell macam kat Malaysia je kan..
Sempat juga aku ambik gambar kedai fastfood yang terkenal di Filipina ni iaitu Jollibee, makanannya mungkin macam KFC atau McDonalds. Tapi disebabkan tak disediakan makanan halal di sini jadi kami tak pernah masuklah ke dalamnya..ekekeke..
Jollibee restoran fast food yang terkenal di Manila
Tak lama kemudian sampailah kami di Bonaficio Global City ni. Sememangnya bangunan di disini memang cantik dan macam di New York kot..ekekeke.. Boleh tengok gambar-gambar di bawah yang sempat aku ambik..
Dah macam kat New York cuma panas je..
Memang berbeza keadaan di sini berbanding dengan Makati, keadaan di Bonaficio Global City ni bersih dan sangat terancang. Cumanya hari ni keadaan dah panas kalau cuaca macam semalam dapatlah merasa feeling2 oversea sikit..ekekeke..
Memang tempat ni tidak banyak diketahui oleh orang luar, aku pun tahu tempat ni setelah tengok kat Youtube. Memang tersusun betul bangunannya.
Maybank pun ada di Manila ni..
Selfie dalam teksi je..ekekeke..
Selepas lebih kurang 25 minit dari hotel maka sampailah kami di Bonifacio High Street ni.. Bukan apa sekadar nak bergambar je kan..sebab macam unik bangunan kat sini. Jadi semasa kami turun ambil gambar, pemandu GrabCar ni menunggu kami sekejap dengan penuh kesabaran dalam 5 minit je..terbaekklah sporting betul dia...
Dapat jugak ambil gambar kat sini..Alhamdulillah..
Tetapi gambar petang semalam di sini lagi cantik berbanding gambar harini. Mungkin disebabkan gambar semalam dah petang maka coloringnya lagi cantik. Tapi tak mengapalah..
Setelah selesai bergambar kami pun terus menuju ke NAIA Airport Terminal 1 untuk balik ke Kuala Lumpur. Dah hampir berakhir dah percutian kami di Manila ni, walaupun singkat tetapi ianya sangat bermakna dan memberi kenangan buat kami sekeluarga. Dalam perjalanan tu sempatlah kami menghayati permandangan bandaraya Manila ni.
On the way ke NAIA Airport Terminal 1
Jalan pun dah jem sikit
Perjalanan kami ke NAIA Airport Terminal adalah melalui Skyway atau dipanggil lebuhraya jika di Malaysia, jadi kami tidaklah menghadapi jalan jem yang teruk di Manila ni. Cumanya lebuhraya di sini tak banyak seperti Kuala Lumpur.
Tak sempat nak merasa naik Jeepney, mungkin tunggu anak kami besar sikit baru boleh naik..InsyaAllah
Aku pun dah lupa samada penumpang atau driver GrabCar yang bayar tol ni, atau takde bayaran tol..inilah kalau lambat sangat menulis. Maklumlah komitmen makin banyak sekarang ni..huhuhu..anggaplah penumpang yang kena bayar so dapatlah standby siap-siap duit kan..ekekeke..
Tol di Skyway
Keadaan tolnya pun lebih kurang macam di Malaysia je
Selepas tol tu aku nampak bangunan NAIA Airport tetapi rupa-rupanya NAIA Airport Terminal 3, untuk Terminal 1 agak jauh lagi. Oleh kerana kami masih awal jadi tak rasalah perasaan kalut tu, kali ni pergi ke airport dengan tenang je. Alhamdulillah.
NAIA Airport Terminal 3
Deretan bangunan pencakar langit di Manila
Sepanjang perjalan ke airport tu masih dapat dilihat rumah seperti rumah setinggan, yang keadaan seperti itu sudah tidak dapat dilihat di Kuala Lumpur. Mungkin dalam 10 atau 20 tahun lagi keadaan rumah seperti ini tidak kelihatan lagi di Manila.
Masih ada keadaan rumah seperti setinggan di Bandaraya Manila
Setelah hampir 30 minit perjalan dari Bonaficio High Street maka sampailah kami NAIA Airport Terminal 3, kelihatan aiport ni nampak macam airport lama.. Jadi jika dibandingkan dengan KLIA memang jauh bezalah dari segi kecanggihan airportnya sendiri. Tapi tak pastilah aku bagaimana keadaan NAIA Airport Terminal 3, mungkin ianya lebih canggih.
Dah nak sampai di NAIA Airport Terminal 1
Dah sampai di NAIA Airport Terminal 1
Kerisauan kami di airport ni adalah adakah kami akan diminta untuk bayar airport tax atau tidak seperti kami pergi ke Indonesia lebih kurang 6 tahun lepas. Maklumlah kami semua 4 orang, jika kena bayar airport tax maka banyak jugaklah belanja kan. Tapi kami dah simpan dah duit siap-siap takut-takut kena bayar airport tax.
Tengah beratur untuk check in
Airport NAIA Terminal 1 ni cantik juga di dalamnya, walaupun perasan luarannya macam dengan airport lama dan ianya tidaklah seluas KLIA yang penat juga nak berjalan dari hujung ke hujung.
Keadaan di NAIA Terminal 1
Semasa beratur pun aku duk tanya jugak orang Malaysia yang lain, adakah kena bayar aiport tax..diorang pun tak tahu jugak..so takpelah standby jela duit airport tax tu kan takut-takut kena bayar.
Kaunter tempat bayar airport tax
Macam nilah keadaan bila pergi airport selagi tak selesai check in, security check dan imigresen memang hati rasa gelisah je...ekekeke..
Beratur panjang
Setelah beberapa ketika kami beratur, maka tibalah masanya untuk kami check in..akhirnya kami tak perlu bayar aiport tax..lega Alhamdulillah jimat juga duit..tapi kalau Air Asia aku pun tak pastilah kena bayar atau tidak.
Tengah check in
Apabila dah selesai urusan check in, maka sempatlah nak pergi tandas ke ape kan.. Dan sebelum masuk ke dalam untuk urusan security check dan imigresen, kami menghabiskan dulu minuman yang kami ada sebab tak dibenarkan bawa masuk minuman.
Kita minum dulu
Air tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam untuk keselamatan
Alhamdulillah segala urusan security check dan imigresen selesai dengan baik dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Apabila dah selesai maka kami terus masuk ke gate berlepas, orang kata kalau sampai awal baru rasa tak kalut kan..ekekeke.. Dalam ni pun macam-macam benda dijual seperti di KLIA juga.
Dah masuk kawasan selepas pemeriksaan imigresen
Dari kawasan tempat berlepas, aku dapat lihat deretan bangunan tinggi di Manila..cantik juga..semoga kami boleh sampai lagi di sini.. Boleh tengoklah gambar-gambar di bawah ni yang sempat aku ambil.
Permandangan skycrapers Manila dari airport
Sememangnya pandangan aku terhadap Manila berubah selepas datang ke sini. Tak ada lah bahaya sangat seperti yang digambarkan.. Kalau nak elak bahaya, jangan pergi tempat-tempat tersorok dan tak ada orang.
Kalau berjalan di tempat-tempat yang ramai orang seperti shopping mall memang tak rasa bahaya langsung malah lagi selamat sebab ada guard jaga di pintu masuk.
Kapal terbang Philippines Airlines
Satu lagi yang aku harapkan di sini adalah untuk mencari makanan halal, berpusing jugalah nak cari sehingga aku jumpa restoran di tingkat atas namanya The Hari Raya Coffee Shop..wah lega rasanya.. Aku agak mesti ownernya orang Malaysia atau orang Islam. Sekali tengok menunya penuh dengan pork..aduhh rupanya bukan restoran halal..
Adakah ini restoran halal?
Tangga untuk ke restoran Hari Raya
Akhirnya kempunan jugalah nak makan nasi halal di NAIA Terminal 1 ni..nama restoran dah nama Melayu, tetapi sekali bukan restoran halal. Tapi tak mengapalah tak ada rezeki kami. Terasa lapar jugak ni. Nampak gaya kena cari tempat lain at least boleh isi perut sikit pun tak apa dah.
Menunya penuh dengan pork..ekekeke..
Restoran ini tidak halal
Kemudian kami ambil keputusan untuk beli minuman di Starbucks, mahal sikit takpelah asalkan dapat isi perut sikit sambil menunggu flight Malaysia Airlines sampai. Untuk makan nanti terpaksalah kami tunggu untuk makan di dalam flight nanti. Takpe masih dapat tahan lagi..ekekeke..
Lepak kat Starbucks boh..jadi orang kayo..ekekeke..
Lepak sambil dapat tengok view kapal terbang berlepas
Kat Starbucks ni pun kami hanya beli air dan buah-buahan je..tak berani nak beli yang lain takut tak halal. Macam nilah kesukaran untuk makan di negara orang.. Apapun Malaysia jugak yang terbaekkk..huhuhu..
Ramai juga orang yang lepak kat Starbucks ni, nasib baik kami dapat tempat yang cantik sambil lepak sambil tengok kapal terbang lalu lalang..perghhh kadang-kadang pengalaman macam ni sekali seumur hidup je kan sebab tak semestinya kita akan sampai lagi ke sini..jadi manfaatkan peluang yang ada..hayati betul-betul suasana negara orang lain.
Boleh tengok kapal terbang lalu lalang
Anak-anak aku pun enjoy, yang lawaknya kalau di Malaysia amat jaranglah kami pergi ke Starbucks maklumlah sebab harganya mahal.. Tapi oleh kerana melancong ni tak mengapalah janji seronok walau terpaksa keluar duit lebih sikit..ekekeke..
Selfie berempat di Starbucks
Tak lama kemudian kami nampak kapal terbang Malaysia Airlines dah tiba, jadi apabila selesai makan semua, kami pun terus bergegas ke gate berlepas. Aku dapat rasakan keluasan NAIA Terminal 1 mungkin macam Penang International Airport kot atau Subang Airport.
Kapal terbang Malaysia Airlines dah tiba
Menuju ke gate berlepas
Untuk masuk ke dalam gate ni, ada satu lagi pemeriksaan keselamatan..kalau ada yang bawa lighter tu baik simpan je dalam beg check in, takut kena rampas dekat sini. Kelihatan ramai juga passenger yang ada di gate berlepas ni, maknanya ramai juga yang akan ke Malaysia nanti. Kiranya walaupun Manila ni bukanlah destinasi perlancongan tetapi ianya adalah bandar ekonomi. Jadi mungkin banyak peluang-peluang bisnes di antara Kuala Lumpur dan Manila ni menyebabkan ramai yang travel di antara dua bandar ini.
Kapal terbang Malaysia Airlines dah ada dah
Ramai juga passenger yang akan menaiki Malaysia Airlines
Sementara menunggu untuk boarding tu sempatlah aku bermain-main dengan anak aku dan ambil video serta gambar apa yang patut. Tak sangka dah kami bakal meninggalkan bumi Filipina tak lama lagi. Stroller anak aku pun di ambil di sini oleh pihak Malaysia Airlines. Jadi waktu sampai nanti mereka akan sediakan di sebelah kapal terbang apabila kita keluar dari kapal terbang.
Layan anak-anak dulu
Oleh kerana orang Filipina ni rumpun Melayu jadi agak susah nak bezakan di antara orang Filipina dan Malaysia, cuma yang nyata adalah mereka tak pakai tudung dan pakaian mereka agak mendedahkan aurat sedikit. Kadang-kadang aku dapat perhatikan ada wajah mereka macam orang Cina..mungkin Filipina yang Chinese looked atau memang bangsa Cina yang dah jadi rakyat Filipina..macam di Malaysia jugaklah kan..
Setelah beberapa ketika, semua penumpang di panggil untuk memasuki kapal terbang, oleh kerana kami travel bersama kanak-kanak jadi kami antara yang dapat masuk awal. Alhamdulillah..itulah kelebihan travel bersama anak-anak kecik. Malah aku berasa kekok kalau travel tanpa anak-anak..rasa macam kosong je.. Sesungguhnya anak-anak ni memang penyeri hidup ini.
Dah masuk dalam kapal dah..si kecik ni mulalah nak godek-godek apa yang ada dalam kapal terbang ni
Memang terasa lain aura Malaysia Airlines ni, ianya selesa dan hospitality daripada crew-crew yang bertugas membuatkan hati jadi seronok ditambah lagi dengan alunan muzik yang tenang dan bau wangi dalam kapal terbangnya yang mempesonakan.
Aku duduk kat depan dengan passsenger lain, anak-anak aku duduk bersama wife aku..semenjak anak sulung aku dah besar ni aku dah tak boleh sangat nak duduk dengan dia sebab masing-masing nak duduk tepi tingkap..kena berebut dulu dengan dia..kalau aku kena duduk kat tengah rasa jem giler...so duduk kat depan jela..ekekeke..
Aku duduk seat depan anak-anak
Anak-anak dah sibuk tengok video
Crew Malaysia Airlines tak pernah lupa untuk mengucapkan selamat datang kepada para penumpangnya. Kami terasa diwelcomekan dan diraikan oleh Malaysia Airlines ni. Inilah hospitality yang memang terbukti dapat menaikkan rasa seronok kepada para penumpang.
Malaysia Airlines mengucapkan selamat datang
Tak lama kemudian selepas lebih kurang 3.05pm, maka kapal terbang pun mula bergerak untuk berlepas. Memang on time betul flight Malaysia Airlines ni berlepas. Semoga dapat berkunjung ke Manila lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.
Flight dah mula untuk berlepas
Nasib baik flight ni ada screen tv, kadang-kadang ada juga flight Malaysia Airlines yang tak ada tv..memang rasa boringlah kalau macam tu..ekekeke.. Tapi dah jarang sangat flight yang tak ada tv..biasanya ada tv..
Jadi sebelum kapal terbang ni terbang meninggalkan bumi Filipina, sempatlah jugak tengok apa yang ada di kawasan landasan NAIA Terminal 1 ni. Boleh layan gambar di bawah ni.
Sebelum kapal terbang berlepas, video keselamatan pun ditayangkan untuk pengetahuan para penumpang. Benda ni sangat penting untuk keselamatan kita semua, tapi kadang-kadang kita tak fokus pada video, bukan nak kata orang lain..aku juga pun kadang-kadang macam tu juga.
Landasan kapal terbangnya juga luas dan panjang, aku tengok dalam google map landasan NAIA Terminal 1, 2 dan Terminal 3 bersambung. Jadi macam KLIA 1 dan KLIA 2 jugaklah.
Kapal terbang tentera pun ada di sini
Selepas itu kapal terbang Malaysia Airlines ini pun terus berlepas meninggalkan Manila, terasa sedih pun ada disebabkan perlu meninggalkan tempat ini dan perasaan gembira balik ke rumah pun ada sebab boleh berehat di rumah nanti. Memang tidak dinafikan orang Malaysia, walau macam manapun tetap suka berada di negara sendiri. Di negara orang sekadar melancong bolehlah..tapi kalau duduk lama-lama memang terasa masalah jugakan..ekekeke..
Dah terbang dah meninggalkan Manila
Dapat dilihat Manila dari pandangan udara, aku merasakan bahawa Bandaraya Ho Chi Minh lagi padat berbanding Manila ni. Kemungkinan kepadatan Manila ni lebih kurang macam Lembah Klang je kot jika dilihat dari pandangan udara.
Bandaraya Manila dari pandangan udara
Bandar Manila berada di tepi laut sahaja macam Kota Kinabalu
Sebaik sahaja berlepas terus dapat lihat laut, landasan kapal terbang ni berada di tepi laut sahaja. Memang menjadi kebiasaan airport ni dibina di tepi laut bagi negara yang mempunyai laut kemungkinan atas faktor-faktor keselamatan jika berlaku kecemasan, jadi kapal terbang boleh mendarat di laut..
Apabila dah terbang ni, macam biasalah hanya menunggu dihidangkan makanan oleh crew Malaysia Airlines, maklumlah perut pun dah lapar sangat ni..tak makan tengahari lagi ni..ekekeke..
Tak lama kemudian, makanan untuk anak-anak aku pun sampai..macam biasalah wife aku suka request child meals untuk diorang.. So memang speciallah makan diorang akan dihantar dulu. Yang penting biar anak-anak isi perut dulu..
Makanan dah sampai dah..Alhamdulillah
Seronok tengok diorang makan, walaupun aku berada di seat depan namun masih boleh ambil gambar dan video mereka. Kalau duduk kat seat belakang diorang memang payah lah nak ambil gambar dan video diorang. Pemilihan seat ni sangat penting bagi aku untuk merakam kenangan keluarga.
Tak lama kemudian sampailah makanan aku, pergghh dah tak sabar dah nak makan ni. Memang satu kenikmatan dapat makan atas udara ni.. Alhamdulillah..jemput makan semua.
Hidangan aku dah disediakan
Makanan yang disediakan oleh MAS cukup sedap dan menyelerakan. Kalau dapat makan dua bungkus lagi best kan..ekekeke.. Kalau naik Airasia dah boleh order sebungkus lagi ni..huhuhu..
Dah habis dah
Dalam keadaan masih lagi tak kenyang sepenuhnya, wife aku bagi pulak makanan anak aku..apalagi terus ngap jela kan..huhuhu.. Inilah untungnya travel dengan anak-anak..
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur ni merentasi laut je..jadi tak banyak yang boleh dilihat melainkan awan serta laut dan langit biru je..
Kami hanya bersolat di tempat duduk sahaja dengan jamak dan qasar bagi Solat Zohor dan Asar. Untuk berwudhuk boleh mengambil wudhuk dalam bilik air atau tayamum sahaja. Untuk perbahasan fiqh yang lanjut tentang bab ini bolehlah rujuk pada ulama-ulama.
Jadi apabila semua dah selesai makan, barulah tenang untuk melayan tv interactive dalam flight ni, aku macam biasalah hanya layan map je kat screen tu. Tapi anak-anak aku suka layan movie. Yang penting enjoy.
Anak aku sedang melayan movie
Walaupun hanya dapat lihat awan, langit dan laut sahaja..namun ianya membuat perasan ni teruja dengan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Permandangan ini hanya boleh dilihat oleh jika terbang di atas sahaja.
Kapal terbang berada berdekatan dengan Sabah
Mungkin para pilot dan crew dah biasa dengan keadaan ini. Tapi bagi kita yang jarang-jarang naik kapal terbang..memang rasa bersyukur sangat-sangat dapat lihat keindahan alam ini.
Malaysia Airlines terbang tinggi di awan biru
Tapi kalau duduk seat tengah memang tak dapat tengok apalah..ekekeke.. Memang kena layan tv jelah kan..Jangan risau banyak movie-movie yang best boleh dilayan dan earphone pun pihak MAS akan sediakan.
Kali ini selain tengok map dan tengok luar tingkap aku juga sempat membaca dengan menggunakan Ipad yang dibawa. Kadang-kadang sekali sekala terlelap juga dalam flight ni..ekekeke.. Anak-anak aku pun semua dah terlena di buai mimpi dalam flight..
Sempat juga membaca kemudian terlelap..ekekeke..
Sedap diorang tidor..ekekeke..
Flight ini dijangka tiba di KLIA sekitar jam 6.55pm dan sekitar 40 minit sebelum sampai, aku sempat tengok kapal terbang ni memasuki Semenanjung Malaysia. Boleh dilihat garis pemisah di antara laut dan daratan.
Kapal terbang sedang memasuki Semenanjung Malaysia
Dapat dilihat garis pemisah di antara lautan dan daratan Semenanjung Malaysia.
Kiranya tak lama lagi kami dah nak sampai KLIA dah.. Kelihatan juga waktu ni crew Malaysia Airlines membuat disinfection didalam kapal terbang kemungkinan bagi membunuh virus atau bakteria yang berbahaya daripada memasuki Malaysia.
Crew MAS sedang membuat disinfection kuman di dalam kapal terbang sebelum mendarat
Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam dengan jaraknya lebih kurang 2500km bakal berakhir tak lama lagi. Sangat seronok bila terbang dengan Malaysia Airlines ni dengan layanan yang mesra dari crew-crew mereka.
Sebelum mendarat sempatlah tengok permandangan kawasan Klang Valley yang dilalui yang aku kenal pasti seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Kota Warisan. Boleh tengok beberapa gambar yang sempat diambil di bawah ini.
Kelihatan jambatan di Putrajaya
Kawasan perumahan Cyber South dalam pembinaan di Dengkil
Alhamdulillah lebih kurang pukul 7.00 pm kapal terbang selamat mendarat di KLIA. Waktu inilah kata-kata dari crew Malaysia Airlines "Welcome Home" dinanti-nantikan..
Kapal terbang selamat mendarat di KLIA
Bagi aku sebagai rakyat Malaysia memang seronok bila diucapkan "Welcome Home" oleh crew Malaysia Airlines apabila mendarat di KLIA dari luar negara.
Airbus A380 milik Malaysia Airlines
Anak-anak aku pun puas hati tidor dalam flight sampailah mendarat di KLIA. Pengalaman naik flight dan bercuti dengan mereka amatlah menyeronokkan. Akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Anak aku baru bangun tidor
Kapal terbang yang kami naiki tadi
Kapal terbang ini tidak parking di Satellite Terminal tetapi di Main Terminal KLIA. So kami tak merasa lah untuk naik train..takpelah tak ada rezeki..huhuhu..
Selepas keluar dari kapal terbang, stroller anak aku dah menunggu kami di dalam aerobridge tu. Memang sangat memudahkan penumpang perkhidmatan MAS ni. Terbaekkk..
Kami masih sempat lagi berehat di sebelum pergi ambil baggages kami. Oleh kerana travel bersama anak-anak maka kami santai sahaja. Tapi selagi baggage tak ambil lagi selagi tu lah hati ni gelisah, bukan apa takut bag hilang..ekekeke
Lagi satu sebelum ambil bag, kami terpaksa melalui imigresen, Alhamdulillah semua imigresen tanpa sebarang masalah.
Tak lama kemudian kami pun pergi ambil baggages kami, Alhamdulillah semuanya ada, lega rasanya dan kami bukanlah yang orang yang terakhir ambil bag ni..huhuhu.
Alhamdulillah semua bag kami ada
Di tempat ambil bag ni ada surau, jadi sempatlah kami solat di sini dahulu sebelum balik ke rumah.
Sebelum kami keluar dari airport ni, kami singgah di KFC KLIA untuk makan malam. Kebetulan di sini ada tempat permainan kanak-kanak..maka sempatlah anak aku main slide kat sini. Seronok betul dia...
Tenpat permainan kanak-kanak bersebelahan KFC KLIA
Apabila selesai makan malam di KFC KLIA maka kami pun naik ERL train untuk mengambil kereta yang di parking di ERL Salak Tinggi.
Dinner kat KFC KLIA sebelum balik ke rumah
Bayaran parking di ERL Salak Tinggi agak berpatutan dan kemudiannya kami pun terus balik ke rumah. Maka dengan ini berakhirlah kisah percutian kami ke Manila. Terima kasih kerana sudi membaca blog kami ini. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. Saksikan video pada hari terakhir di Manila ini :-
Salam..tula oleh kerana kesibukan dengan komitmen hidup..masih tak berjaya lagi utk siapkan entry ke Seoul pada Feb 2020 lepas..InsyaAllah cuba siapkan juga..tmksh diatas pertanyaan..rasa semangat sikit untuk sambung menulis..
Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:
Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog inisecara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.
salam, bila nak update blog lagi
ReplyDeleteSalam..tula oleh kerana kesibukan dengan komitmen hidup..masih tak berjaya lagi utk siapkan entry ke Seoul pada Feb 2020 lepas..InsyaAllah cuba siapkan juga..tmksh diatas pertanyaan..rasa semangat sikit untuk sambung menulis..
Deleteyes, suka baca pengalaman travel di blog ni..btw keep writing!
DeleteThanks for your support!..I will keep writing..InsyaAllah..
Deletewaiting for the next journey post pandemic!
ReplyDeletemanila pon cantik tu., hehe
ReplyDelete