Monday, September 23, 2013

Bercuti di Kuching, Sarawak (Trip Balik Hari) May 2013


 Pada 14th May 2013, aku sekeluarga telah membuat ekspedisi ke Kuching, Sarawak...inilah satu2nya negeri yang aku belum pernah jejak lagi...nak dijadikan cerita aku berjaya snapped up tiket promo airasia rm58 pergi balik untuk seorang, selepas berbincang dengan wife aku, jadi kami terpaksa pergi balik hari memandangkan wife aku tak dapat cuti...jadi balik hari pun takpelah janji boleh jejak Sarawak...kekeke...So aku ngan anak aku terpaksa pergi dulu ke Kuching berdua, wife aku pergi kemudian...pastu kami akan berjumpa balik di bandar Kuching...so lebih kurang macam tulah plan kami...huhu...

Disebabkan kali ni naik airasia di LCCT aku menghadapi masalah sikit nak pergi, wife aku takleh hantar sebab kerja, kawan2 aku pun kerja, sedara mara pun kerja....aku pun tak nak susahkan diorang sebab aku nak g Kuching ni saje2 jalan je...bukannye urgent matter...pastu aku pun google lah nak cari maklumat teksi ke LCCT, baca punya baca...rupa2nya ramai yang naik airasia biasanye parking kereta dekat LCCT je, jimat lagi berbanding naik teksi pergi balik...ooo betul jugak tu...jadi sehari sebelum nak berlepas tu aku pun pergi survey tempat parking tu....

Terdapat lebih kurang 3 tempat parking yang besar kat sane kalau tak silap, yang paling mahal lebih kurang RM40 lebih sehari, yang kedua mahal RM30 lebih sehari dan yang ketiga RM16 sehari tapi yang ni jauh giler nak berjalan...jadi sebab aku berdua je ngan anak aku, so aku terpaksa ambik tempat parking yang paling mahal sekali sebab dekat dengan airport...nak jalan jauh2 kesian plak kat anak aku ni....

Jadi pada pagi hari tu, lebih kurang jam 8.10 pagi aku dgn anak aku pun bertolak ke airport, kesian anak aku kena bangun awal pukul 7.00 pagi arini...nasiblah dia tak buat perangai sebab dia pun tak sabar nak tengok kucing yang besar dekat Kuching tu...aku dah tunjuk gambar dalam internet siap2 kat anak aku...barulah dia semangat...kekekeke....inilah cara nak pujuk anak...kikikiki...sebelum jam 9.00 pagi kami dah sampai kat airport dah...





Inilah tempat papan tanda parking yang paling dekat


Dah settle parking kereta semua, kami pun macam biasalah snap2 gambar dulu...hehe...pastu masuk dalam airport cari tempat sarapan...pastu kami pun berhenti kat kedai kat dalam airport tu dan sarapan dengan burger dan sausage...sedap gakla pagi2 makan kat airport...haha...


Bergambar kat depan LCCT




Tengok breafast berdua


Sebelum masuk ke departure hall, anak aku nampak buku cerita kat kedai buku pulak dah...barang2 kat airport ni almaklumlah semuanya mahal, last2 pujuk2 anak aku berjaya gak beli buku yang murah lebih kurang RM11....legalah jugak...

Sementara menunggu flight kami yang dijangka berlepas dalam pukul  10.50am dan dijangka sampai di Kuching pukul 12.35pm...jadi aku pun bacalah buku cerita kat anak aku...seronok gak dia...hehehe....




Alhamdullillah anak aku minat dengan buku2 cerita


 Tak lama kemudian semua penumpang2 dipanggil utk naik kapal terbang, jadi kami pun bergegaslah masuk dalam kapal, kali ni kami terpaksa rilek dalam kapal lebih kurang sejam lebih sebelum dia berlepas...kapal delay...tak tahulah kenapa...nampak gaya lewatlah sikit sampai di Kuching...delay2 ni biasalah...MAS pun selalu delay jugak...adelah masalah tu...lewat takpe yang penting selamat sampai...






Posing sebelum masuk dalam kapal terbang



Cerianya dia...hihi...




Kapal terbang Air Asia dengan Quens Park Rangers livery



Bersama anak tersayang




Nasiblah boleh main game..kalau tak boring duk dalam flight..


Mula2 aku berangan jugaklah nak makan nasi dalam flight airasia, tapi memandangkan dah breakfast kat airport jadi kenyang la pulak..lagipun lepas tengok harga nasi dalam flight RM15 dan air mineral RM3 terus tak jadi...kekekeke...

Oleh kerana terbang berdua je dgn anak aku, waktu dalam flight tu jadi masalah pulak sebab aku rasa nak ke tandas, anak aku pulak tak bagi aku tinggal dia dengan akak kat sebelah dia tu...nak tunggu kat sampai Kuching lambat lagi...aduhhh...last2 aku terpaksa tinggal kejaplah anak aku sebab dah tak tahan dah...lepas dah setel tengok muka anak aku merah je nak menangis...alah kesiannye dia...kekeke...moral of the story kena naik flight ngan Umi dia skali kalau flight tu lama...




Dah sampai kat Kuching International Airport

Lebih kurang jam 1.20pm flight kami pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, airport dia moden macam KLIA gaklah cuma taklah sebesar KLIA...pastu aku ambik tiket teksi kat kaunter ke hotel budget yang telah aku tempah kat agoda.com City Inn Hotel untuk kami letak barang dan membersihkan nanti walaupun tak bermalam...harga hotel ni lebih kurang RM75 semalam tapi sebab point kat agoda.com dah banyak lbh kurang 11000 point kot kalau tak silap, so aku blh redeem lebih kurang RM70, jadi aku cuma bayar lebih kurang RM5 je untuk bilik hotel ni...untungkan ambik hotel pakai agoda.com....hehehe...




Resit teksi



Keletihan...hehe...


Lebih kurang pukul 2.00pm kami pun sampai di hotel City Inn yang betul2 berhampiran dengan The Cat Statue ni...memang tepatlah aku ambik hotel ni...jalan kaki lebih kurang 5 minit je dah sampai ke tugu patung kucing ni...



Anak aku tak bangun lagi waktu teksi lalu kat sini


Elok2 sampai kat hotel ni, anak aku pun bangun, dah setel check in akupun niat nak berehatlah sementara tunggu wife aku sampai kat Kuching ni dengan flight lain, aku pun ceritalah kat anak aku yang dia tidur masa teksi lalu dekat patung kucing besar tu...pastu dia terus paksa aku bawa dia pergi tengok patung kucing besar yang macam dalam internet tu...aku cakaplah kat dia..panas lagi nak keluar ni...tapi dia duk desak jugak...last2 aku bawak jugaklah dia ke sana jalan kaki...kalau tak bawak pun tak boleh jugak mesti dia duk kacau2 aku nak rehat...biasalah budak2 selagi tak dapat selagi tulah duk mintak2...kekeke...



Bilik untuk kami berehat



Seronoklah dia walaupun di bawah panas terik




Besar tuuu kucing tu




Selambe je tengah2 panas kami bergambar depan patung kucing besar yang menjadi mercu tanda bandar Kuching tu...Lepas tu, aku pergi cari kedai untuk makan tengahari...last2lah kami makan KFC kat depan bangunan Tun Jugah, tak larat nak cari kedai lain dah...perghhh....panasssss....




Makan tengahari dulu kat KFC ni, ada aircond sejuk sikit2...kikiki...


Dekat2 pukul 4.00pm wife aku pun sampai kat Kuching dan terus menuju ke KFC ni dengan kawan dia...legalah sikit aku...pastu kami pergi berehat jap kat bilik hotel...petang pulak baru keluar...








Ibu dan anak berposing


Bangganye dapat jejak bumi Sarawak...Alhamdulillah...





Gambar candid kat depan Kuching's Cat Statue




Bergambar kenangan walaupun anak aku tak bagi kerjasama..huhu



Waktu petang macam ni taklah panas sangat...



Kat belakang patung kucing




Depan Riverside Majestic Hotel sebelah patung kucing besar tu

Lepas tu kami pun bersiar2 kat Kuching Waterfront...seberang sungai tu boleh nama bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak..ada jugak kraftangan dan keychain yang dijual kat sane...sesuailah untuk keluarga rehat dan rileks kat sana...





Kat Kuching Waterfront, di seberang sungai tu adalah bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak



Kuching Waterfront



Bergambar kat Kuching Waterfront

Dekat2 pukul 7.00pm, kami pun balik ke hotel untuk bersiap2 dan bersolat sebab lepas ni dalam pukul 7.30pm kawan wife aku nak bawa kami makan Mee Kolok kat Kubah Ria Complex, memang baik hatilah diorang tu sebab bawa dan belanja kami makan Mee Kolok dan satay...Semoga ALLAH SWT membalas jasa mereka pada kami kerana meraikan kedatangan kami ke Kuching, Sarawak..Amin...




Haripun sudah gelap, on the way ke hotel





On the way ke Kompleks Kubah Ria



Lagi sekali anak aku terlena...huhu...



Bersama keluarga rakan di Kompleks Kubah Ria sebelum menjamu Mee Kolok



Satay dah tiba, Mee Kolok belum lagi...dah tak sabar ni...



Mee Kolok



Kalau sampai Kuching memang kena rasa Mee Kolok ni..baru puas...hehe..


Selepas selesai menjamu selera di Kompleks Kubah Ria, maka keluarga kawan wife aku ni pun menghantar kami ke airport lebih kurang jam 9.30pm sebab flight kami balik ke KL pada jam 11.10pm...lebih kurang jam 1.00am kami pun sampai di LCCT...Syukur kepada ALLAH SWT perjalanan kami selamat dan berjalan seperti yang dirancangkan...Alhamdulillah...

Selamat tinggal Kuching!



Suasana di Kompleks Kubah Ria


Sementara menunggu flight Airasia



Flight dah sampai dah, kali ni ada aerobridge...cayalah Air Asia!

Dalam flight ke KL



Apa2 minum susu dulu...kehkehkeh...


Walaupun kami pergi balik hari, tapi memang puaslah ke Kuching...jadi impian aku untuk jelajah seluruh negeri di Malaysia telah tercapai...Alhamdulillah...Amin...


Anda boleh menonton video kami di sini:





Nantikan entry2 kami akan datang...bye bye...

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam







    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.