Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Wednesday, December 12, 2018

Bercuti di Melaka dan Port Dickson Sept 2018 Day 2


Alhamdulillah kami semua dapat tidur dengan nyenyaknya semalam walaupun terpaksa tidur berhimpit-himpit..tapi sebenarnya kalau tidur kat bilik besar pun terpaksa tidur berhimpit-himpit jugak sebab saiz katil tetap sama je kan..hehehe.. 

Selepas bersiap-siap aku pun keluar kejap untuk cari makanan untuk breakfast..

Pintu masuk Grandview Hotel Melaka



Untuk breakfast ni aku pergi beli roti-roti kat pasaraya di depan hotel dan kemudiannya pakat makan ramai-ramai dengan budak-budak dalam bilik..perghhh nikmatnya..seronok tengok diorang kecoh-kecoh dalam bilik..ekekeke..

Sementara tu boleh tengok gambar-gambar yang sempat aku ambik di luar dan di dalam Grandview Hotel Malacca ni..hotel budget tapi bersih..








Lobi di Grandview Hotel Melaka





Belakang hotel




Kawasan laluan bilik yang bersih dan cantik dalam hotel




Penuh dengan budak-budak..ekekeke..
Tandas yang bersih macam five star hotel







Bilik twin bed




Yang penting ada aircond..huahuahua


Almari style baru yang takde pintu..hehehe..


TV flat screen
 
Lebih kurang pukul 10.40 pagi lebih kami pun check out untuk ke Bandar Hilir sebab ada beberapa tempat yang kami tak sempat pergi semalam.. Mula-mula kami plan untuk terus ke Port Dickson, tapi lepas berbincang eloklah sekiranya kami ronda Bandar Hilir Melaka dulu dan makan tengah hari di sana sebelum bertolak ke Port Dickson sebab takut-takut tengah jalan nanti tak jumpa kedai makan oleh kerana kami nak guna jalan dalam untuk elakkan jem..ekekeke..



Anak aku buat muka sedih dah..ekekeke..


Ready for check out


Urusan check out berlangsung tanpa sebarang masalah..duit deposit RM100 kami untuk dua bilik dipulangkan kembali ..Alhamdulillah..kiranya untuk deposit untuk sebilik adalah RM50..hotel ini boleh di rekomen kepada sesiapa yang inginkan kebersihan sebab memang terbukti kebersihan hotel ni..syabas Grandview Hotel..



Bergambar dengan staff hotel semasa check out




Setelah selesai urusan check out maka kami terus bertolak ke Bandar Hilir, kali ini kami terpaksa cekalkan dan tabahkan hati sebab terpaksa menghadapi jem yang teruk untuk ke sana dan kesukaran nak cari parking..kali ini lah yang paling payah sekali nak cari parking semenjak aku datang ke Melaka ni..terpusing-terpusing cari parking..tapi Alhamdulillah akhirnya dua buah kereta kami dapat juga parking walaupun terpaksa parking berasingan dan jauh dari Muzium Samudera..huhuhu..Dekat-dekat pukul 11.45 pagi jugaklah baru selesai dapat parking semuanya..Kiranya kami mengambil masa hampir sejam jugaklah dari Grandview Hotel sehingga dapat parking di sini..



Jalan sesak menghala ke Bandar Hilir Melaka




Dan tanpa membuang masa kami terus berjalan kaki menuju ke Muzium Samudera atau kapal besar Portuguese, sambil-sambil tu mata tu sibuk duk tengok kedai mana yang sesuai untuk makan tengahari..ekekeke.. Seronok betul budak-budak duk berjalan ronda Bandar Hilir Melaka ni..



Berjalan kaki menghala ke Muzium Samudera










Duk dukung anak kedua aku


Ramai betul manusia yang ke sini pada waktu ni, walaupun cuaca macam biasa agak panas sedikit..tapi ianya tidaklah menghalang orang ramai utk ke Muzium Samudera ni..  Alang-alang dah sampai maka kami semua beli tiket dan masuk ke dalam Muzium Samudera ni..







Muzium Samudera ni merupakan replika kapal Flor de La Mar iaitu kapal Portugis yang dibina pada tahun 1990. Dalam ni ada macam-macam pameran berkenaan perkembangan perdagangan dari Zaman kesultanan Melayu Melaka hingga zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. Kiranya di sini macam tempat wajib singgah sekurang-kurangnya sekali jika siapa yang berkunjung ke Melaka ni..



Muzium Samudera




Senarai harga untuk masuk ke Muzium Samudera


Tengah beratur untuk beli tiket











Memang besar giler kapal Portugis ni, kalau dipikirkan balik bagaimana orang zaman dulu boleh mencipta kapal sebesar ini dengan penggunaan teknologi yang terhad dan bagaimana mereka boleh belayar berbulan-bulam di lautan. Memang tabah betul orang zaman dahulu ni. Apabila naik kapal ni terus teringat cerita Hollywood iaitu Pirates of Caribbean..hehehe..






Mak mertua aku gigih menaiki tangga untuk naik atal kapal besar Muzium Samudera ni






Oleh kerana kapal besar (Muzium Samudera) ni tinggi, maka kita dapat tengok view yang cantik dari sini..dapat dilihat keindahan Sungai Melaka ni yang dijadikan tempat untuk river cruise..walaupun cuaca yang agak panas tapi ianya tidak menghalang kami untuk berada di sini..



Permandangan Sungai Melaka dari atas Kapal besar Muzium Samudera






Sempat jugalah kami bergambar kenangan di atas kapal besar ni, walaupun pengunjung yang terlalu ramai menyebabkan kami terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk bergambar tanpa diganggu oleh orang yang lalu lalang didepan kamera..ekekeke..


Bergambar sekeluarga

Keluarga adik ipar aku





Boleh layan gambar di bawah ni untuk melihat apa yang ada di dalam kapal ni dan pameran-pameran yang ada di sini.. Luas juga kat dalam kapal ni, hebat juga orang dulu boleh reka kapal sebesar ni yang berasaskan kayu dan kemudiaannya boleh terapung di atas air dan seterusnya boleh mengangkut orang dan barangan pula..perggghh..



Dalam kapal besar Muzium Samudera
























Hang Tuah

Bilik tahanan dalam kapal besar







Lama juga masa dihabiskan di sini iaitu lebih kurang sejam juga, oleh kerana masih ada destinasi yang perlu kami pergi lagi maka selepas itu kami pun beransur-ansur untuk ke Pahlawan Walk yang jauhnya lebih kurang 300 meter dari sini.




Sementara nak ke Pahlawan Walk tu, sempat juga kami singgah di Samudera Square, tapi tak lama kami di sini memandangkan malam semalam kami dah datang dah ke sini. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki, kami pun sampai di Pahlawan Walk.


Sempat singgah di Samudera Square




Berpeluh juga badan berjalan di tengah panas ni tambahan pula kadang-kadang aku terpaksa dukung anak aku yang kecik ni..pergghhh penat giler beb..walaupun penat tapi seronok dapat lihat mereka semua happy dan enjoy..huhuhu..


Menara Taming Sari





Tak lama kemudian sampailah kami di Pahlawan Walk, next time kami kena ambik hotel berdekatan sini je sebab tempat-tempat attraction adalah berdekatan je di antara satu sama lain..kalau rasa penat boleh naik hotel dan relax kan..ekekeke..



Bangunan Pahlawan Walk



 
Kat dalam Pahlawan Walk ni, barangan yang dijual di sini adalah lebih kurang sama dengan yang ada di Samudera Square iaitu lebih kepada barang-barang kraftangan dan cenderamata cuma mungkin harganya sedikit berbeza..jadi untuk membeli apa-apa barangan kenalah survey di antara dua tempat ni dulu..aku pun tak tahu kat mana lebih murah sebab aku tak alert sangat..mungkin lebih kurang kot harganya kan...ekekeke..apapun sila survey dulu sebelum berbelanja..



Dalam Pahlawan Walk




Sibuk shopping



 
Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terkenal di Melaka ni terletak bersebelahan dengan Pahlawan Walk sahaja.. Tapi kami tak singgah untuk makan di sini sebab pernah datang dulu dan harganya agak mahal dan selalu penuh sehinggakan nak dapat tempat duduk pun terpaksa menunggu..dulu kami terpaksa makan dengan share meja dengan pelanggan lain yang kami tak kenal, jadi perbualan keluarga jadi agak terbatas disebabkan tiada privacy. Tetapi makanan kat restoran ni memang sedap sebab itulah ianya sentiasa penuh dan terkenal. Mana tak nya ramai selebriti yang makan kat sini, banyak juga gambar-gambar selebriti yang berkunjung ke sini yang digantung di dinding restoran ni.



Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terkenal


Semua dah kepenatan




Anak saudara aku


Jadi apabila dah selesai membeli apa yang patut, maka kami pun terus cari restoran yang sesuai untuk dijadikan tempat santapan tengahari kami..boleh dikatakan di kawasan ni hampir semua restorannya adalah restoran asam pedas.. Masakan asam pedas ni memang terkenal di Melaka ni, rugilah kalau tak rasa asam pedas Melaka ni kan.. Restoran asam pedas yang menjadi pilihan kami adalah Restoran Selera Asam Pedas Zahrah.



Restoran Selera Asam Pedas Zahrah menjadi pilihan kami untuk lunch


Makan tengah hari







Masakan di sini memang sedap dan ditambah pula dengan keadaan kami semua dah lapar, jadi memang terasa nikmatlah lunch di sini. Harganya juga berpatutan..next time boleh singgah lagi di sini.












Selepas dah kenyang semuanya, maka kami meneruskan misi kami untuk ke Port Dickson..perjalanan yang jaraknya lebih kurang 72km dengan menggunakan jalan dalam..kami tak guna highway disebabkan takut jalan jem memandangkan cuti panjang pun dah nak habis dan dengan kemungkinan ramai yang akan balik ke ibu kota pada hari ini, kemudian mereka mahu berehat sehari di rumah sebelum masuk kerja pada keesokan harinya. Kebiasaannya begitulah trend masyarakat zaman kini biar dapat berehat dirumah sehari sebelum masuk kerja ..jadi jangan cari penyakit naik highway..ekekeke

Walaupun dah melalui jalan dalam tapi kami terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas juga..beginilah kalau bercuti musim cuti sekolah lalu jalan mana pun mesti kena hadap jem..cuma kelebihan lalu jalan lama ni boleh jimat kat duit tol jelah..huahuahua

Perjalanan dari Melaka ke Port Dickson mengambil masa lebih kurang 2 jam disebabkan jalan jem..Apabila sampai di Avillion Admiral Cove Hotel Port Dickson ni, dapat dilihat hotelnya cantik dan mewah dan berada di tepi laut, tapi yang menjadi masalahnya tempat parking yang jauh, disebabkan parking bawah hotel dah penuh maka kami terpaksa parking kat kawasan lapang di luar hotel. Dan yang paling mengejutkan aku adalah masa nak check in hotel di Avillion Admiral Cove Hotel Port Dickson ni, kami semua terpaksa beratur untuk menunggu giliran check in..ramai giler orang nak check in kat hotel ni..dah macam nak check in flight je..huahuahua..



Terpaksa beratur untuk check in Avillion Admiral Cove Hotel




Ini adalah pengalaman kali kedua nak check in hotel jadi macam check in flight, sebelum ni kami terpaksa ambil nombor untuk check in hotel di First World Hotel Genting dan kat sana lagi ramailah orangnya..



Sementara menunggu check in





Penuh orang tengah check in di sini




 
Oleh kerana sebelum datang ke sini aku dah tanya berkenaan deposit masuk bilik tu, maka kami dah sediakan deposit secukupnyalah untuk check in hotel ni, kalau tak silap RM100 untuk semalam bagi satu bilik, oleh kerana kami ambil 2 bilik maka kami terpaksa sedian RM200 lah untuk deposit. Banyak tuu...





Dan yang paling menyedihkan bilik kami masih belum ready walaupun sebenarnya waktu kami check in ni pun dekat pukul 4pm dah.. Rasa bengang jugak lah tapi memandangkan dia bagi bilik yang menghadap laut dan bersebelahan antara kami maka ini membuatkan kami cool sedikit..huhuhu.. Untuk tidak membuang masa, jadi kami buat keputusan untuk bawak budak-budak pergi mandi-manda di Pantai Teluk Kemang dulu.



Tengah check in




Yang menjadi masalahnya adalah luggage kami semua dah bawak turun, penuh duk atas troli tu..takkan nak simpan balik dalam kereta tapi selepas berbincang dengan staff hotel maka mereka membenarkan kami simpan bag-bag kami dalam bilik letak barang..apalagi tunggu terus kami bawak beg ke situ..



Bag-bag penuh atas troli

Selepas itu kami terus ke Pantai Teluk Kemang yang jaraknya lebih kurang 5 km dari Avillion Admiral Cove Hotel ni dan mengambil masa lebih kurang 10 minit..boleh dilihat di atas jalan yang sibuk menandakan ramai yang berkunjung ke Port Dickson waktu ini.. Waktu kami sampai di Pantai Teluk Kemang ni, tempat parking pulak penuh..terpaksa pusing 2, 3 round untuk dapat parking kosong..buang masa untuk parking sahaja dekat 30 minit..risau juga takut budak-budak tak puas main pantai kalau sekejap je..




Jalan jem lagi semasa mencari parking


Berjaya dapat parking..Alhamdulillah..




 
Surau yang disediakan di Pantai Teluk Kemang ini tidak lah jauh memudahkan untuk para pengunjung menunaikan solat di sini. Oleh kerana kami ni musafir maka kami solat jamak dan qasar di surau di Pantai Teluk Kemang ni..seeloknya solat dulu sebelum mandi pantai takut nanti kita akan bawa pasir dan mengotorkan surau..

Di kawasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson ni dah penuh dengan para pengunjung..tak tahulah pukul berapa lagi diorang datang ke sini..tapi seronok juga kalau ramai macam ni, baru happening kan..











Pantai Teluk Kemang


Penuh dengan para pengunjung


Biasanya kalau kami datang ke sini jarang sangat kami sewa khemah untuk berteduh, tapi kali ni terpaksa sewa khemah memandangkan rakyat kami ni ramai..ekekeke..lagipun suhu waktu ni masih lagi agak panas, jadi bolehlah budak-budak berteduh kalau tak tahan panas..


Terpaksa sewa khemah




Anak-anak aku dan sepupu-sepupunya mereka semuanya enjoy bila dapat main pasir pantai ni ditambah pula dapat mandi air laut sekali..kelihatan pasir Pantai Teluk Kemang ni agak halus..cuma air lautnye sahaja agak keruh berbanding air di sebelah Pantai Timur seperti Kelantan atau Terengganu.



Anak kecik aku sibuk duk baling pasir..ekekeke..




Dah alang-alang dan mandi, kami semua mandi sampai puas..anak kecik aku cukuplah seronok..maklumlah inilah first time dia dapat main pasir pantai di Pantai Teluk Kemang ni..next time boleh lagi datang ke sini bawak budak-budak ni..


Seronok tak terkira budak-budak dapat mandi laut




Kiranya dalam percutian kali ini, mandi pantailah yang antara menyeronokkan hati budak-budak ni..kalau di Melaka mak-mak je seronok pergi beli barang..tapi kalau mandi pantai ni memang diorang enjoy giler macam tak nak balik hotel dah..ekekeke..





Apabila hari dah nak senja, maka kami semua berhentilah mandi-manda di sini..Cuma waktu nak mandi nak bersihkan badan ada masalah sikit sebab penuh dengan orang, mana tak nya kena mandi depan-depan orang..memang takde privacy lah kan...pandai-pandailah bawak diri waktu mandi tu..mungkin pihak kerajaan negeri kena besarkan lagi tandas awam di sini disamping tambah bilik mandi untuk keselesaan para pengunjung.

Apabila selesai semuanya, kami pun balik ke hotel..Alhamdulillah kali ni kami dapat parking di bawah hotel, jadi dekat sikitlah jalan kaki untuk ke bilik kami..Jadi kami pergi ambil barang-barang kami yang ditinggalkan dalam bilik petang tadi.







Ternyata Avillion Admiral Cove Hotel memang selesa dan cantik dekorasi dalamannya, lepas penat mandi pantai dapat pula masuk hotel ni memang terasa nikmatnya. Walaupun lobinya tak lah grand sangat sebab agak sempit tapi kalau di campurkan dua tingkat lobi ni jadi luas jugaklah sebab ada lagi kawasan lobi di bawah ..ekekeke..



Di lobi Avillion Admiral Cove Hotel




Dah ready untuk masuk bilik..penuh dengan rakyat..huahuahua..




Alhamdulillah kami dapat bilik berdekatan walaupun bukan sebelah menyebelah di tingkat 4, masa check in tu diorang cakap bilik sebelah menyebelah..tapi takpelah aku pun malas nak complaint-complaint sebab diorang dah cuba buat yang terbaek dah untuk kami..dan yang paling penting dapat sea view.. Biliknya juga luas dan aku rasa inilah bilik hotel yang paling luas pernah aku check in kat Malaysia ni..





Sofa yang bakal menjadi tempat tidur aku malam ni..ekekeke..


Yang paling seronok masuk bilik hotel ni adalah anak-anak aku lah, punyalah seronok adik dan kakak dia waktu tengok bilik ni, memang puas hati dengan katil king sizenya, ada sofa untuk aku landing malam nanti, meja makan, tv dan sebagainya lah..Syukur Allah SWT bagi kami merasa nikmat dunia ni..Alhamdulillah.. Boleh layan gambar bilik ni yang sempat aku ambil..



Katil king size








Tv yang disediakan..








Kemudian kami semua mandi-mandi untuk siapkan diri untuk makan malam pula nanti, pada mulanya kami rancang untuk makan di luar, tetapi setelah perbincangan dibuat sekali lagi maka diputuskan untuk beli bungkus dan makan kat hotel je..maklumlah ramai yang dah penat..ekekeke..


Anak-anak aku duk mandi


Satu lagi yang tak berapa bestnya bilik air dalam bilik ni pintunya ada cermin yang blur-blur sikit..kalau ada orang dalam boleh nampak kelibat di dalam itu, agak kurang sesuai sebab orang boleh nampak kelibat kita dalam bilik mandi ni bila lampu dipasang..so kalau tak nak bagi orang nampak, kena tutup lampu dan terpaksa mandi dalam gelap..huahuahua..



Bilik mandi yang pintunya cermin transparent..tapi ada lagi pintu bilik air di luar tapi ada cerminnya blur juga boleh nampak kelibat..


Toilet yang bersih


Sea view dari bilik hotel


Jadi selepas itu, aku dan adik ipar aku keluar untuk beli makanan untuk makan malam, tak payah untuk cari makanan di sini sebab jika keluar dari hotel ni terdapat banyak restoran-restoran di tepi jalan yang jual makanan..tapi kena naik keretalah..kalau jalan kaki jauh jugaklah...ekekeke..atau mungkin kena ambil GrabCar..


Baru habis dinner dalam bilik



Canggih betul bilik ni ada partition untuk tutup kawasan katil king size ni, jadi bilik dalam bilik..ekekeke..

Selepas makan malam, aku pun keluar kejap untuk ambil angin di luar dan melihat kawasan di sekitar Avillion Admiral Cove Hotel ni. Rasa relax je suasana luar bangunan hotel ni, boleh release semua masalah dengan tiupan angin laut sepoi-sepoinya. Ada juga orang lain yang keluar jalan-jalan di kawasan sekitar ni walaupun dah malam.



Lobi Avillion Admiral Cove Hotel di tingkat bawah


Tangga di lobi ni nampak grand


Tempat santai di lobi bawah







Jadi malam ni sempatlah aku duk lepas sorang-sorang kat bawah sambil memerhatikan kawasan sekitar juga sambil melihat guest-guest yang lain, semua nampak santai dan seronok berada di kawasan hotel ni. Pendek kata kalau ada duit yang lebih memang sesuai datang ke sini untuk terapi minda dan hilangkan stress kerja atau lari dari kesibukan Kuala Lumpur.



Bangunan Avillion Admiral Cove Hotel


Ada kerusi disediakan menghadap laut

Aku juga sempat ronda-ronda kawasan swimming pool, maklumlah besok pagi nak bawak budak-budak mandi swimming pool pulak..nampak luas juga kawasan swimming poolnya, mesti seronok diorang mandi esok ni..Apapun boleh layan gambar di bawah yang diambil di kawasan swimming pool Avillion Admiral Cove Hotel ni.



Swimming pool ditutup pada waktu malam


Cantik sinaran lampu di kawasan swimming pool ni







Kerusi meja semua ada di kawasan swimming pool ni


Pergghh kerusi baring pun ada




Oleh kerana kepenatan tak lama kemudian aku pun naik atas bilik untuk berehat dan seterusnya zZzZ..bersambung nanti pada entry hari ketiga iaitu hari terakhir kami selepas ini..


Saksikan video kedua kami ini :-






Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.