Saturday, March 29, 2014

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu...hari ini Mak aku tak nak keluar pergi berjalan sebab tak larat, dia nak berehat kat bilik hotel jer...puas pujuk dah..tapi Mak aku nak rehat tengok tv je kat bilik...aku pun pasrah semoga bondaku selamat duk rehat sorang2 dalam bilik hotel nanti, waktu kami pergi Sandakan tahun lepas pun, ada jugak hari yang Mak aku tak keluar jalan2 hanya rehat dalam bilik hotel jer...aku pun tak nak paksa2 asalkan Mak aku bahagia dan gembira...arini mungkin kami akan balik awal sikit...



Kat lobi hotel



Menuju ke restoran di The Square Hotel



Hidangan buffet di hotel pada hari ketiga..



Berselera pagi ni kami makan..huhu...



Anak aku pun berselera jugak makan..



Bergambar bersama

Kat The Square hotel juga ada swimming pool jugak terletak betul2 sebelah restoran...tapi sepanjang aku travel dan duk kat mana2 hotel ni, tak pernah lagi aku mandi kat swimming pool ni...rugi jugakla...tapi nak buat camane dah tak minat nak mandi kolam...kekeke...




Tempat berehat kat kawasan swimming pool



Nak makan kat sini sambil tengok orang mandi-manda pun boleh jugak...hehe..






Kolam dia kecik je...

Sebelum keluar, kami sempat jugaklah bergambar kat lobi hotel ni untuk dijadikan kenangan...kagum dengan hotel ni, walaupun murah tapi bertaraf 3 bintang serta tempatnya bersih dan layanannya jugak bagus...hiasan dalaman hotel ni pun cantik...kalau tengok dalam website dia nama sebenar dia adalah The Square Arcade Apartment...tapi tak macam apartment pun...kekeke...



Satu tempat di lobi

Selepas selesai bersarapan pagi, aku pun pergi hantar mak aku untuk berehat dalam bilik dan kemudian kami pun keluar untuk menaiki teksi ke destinasi berikutnya iaitu Kebun Binatang Surabaya, kami pergi sana hanya semata2 nak ambil gambar kat Monumen Surabaya yang menjadi mercu tanda Kota Surabaya ni...kalau kat Indonesia perkataan "bandar" diorang panggil "kota", kalau kita sebut "bandar", diorang akan paham "lapangan terbang" sebab kat Indonesia "lapangan terbang" dipanggil "bandara"...hehe...sedikit info yang aku sendiri perasan kalau bercakap dengan orang Indonesia ni...kekeke.




Perhentian teksi betul2 kat depan The Square...Alhamdulillah mudah je urusan...

Perjalanan ke Kota Surabaya ni dari The Square Hotel kat Rungkut ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan kos teksi bermeter lebih kurang Rp70000 (RM20)...kali ni driver teksi ni pun baik hati, suka berkongsi info dengan kami, pastu pandai buat lawak pulak...aku bantai gelak banyak kali dalam teksi tu...kahkahkah...jalan kat Surabaya macam biasalah jem selalu...masa sampai kat Kebun Binatang tu driver teksi tu sempat bagi nasihat supaya berhati2 dengan penyeluk saku atau pencopet...terima kasih atas ingatan pak cik...kami memang selalu beringat, tambah2 lagi passport...


Inilah dia Kebun Binatang Surabaya atau Zoo...



Pergghhh...bangga betul boleh bergambar berlatar belakangkan Patung Ikan Yu (Suro) dan Buaya (Boyo) ni...Inilah mercu tanda Kota Surabaya, yang mana kononnya Ikan Yu dan Buaya bertarung...sebab tulah tempat ni dipanggil Surabaya






Anak aku beli mainan buih2 pulak dah...tapi macam cantik pulak bergambar sambil ada belon2 buih berterbangan..



Umi dan anak




Abah dan anak




Bergambar bertiga pulak




Bersama Mak Tok dia pulak...


Harimau pun ada...



Gajah pun ada...



Kalau kita berada kat depan patung ikan yu dan buaya ni, banyak jugak cameraman tempatan yang menawarkan pakej bergambar...tapi memandangkan aku dah bawak camera...so aku tak ambiklah pakej diorang...last2 aku mintak salah seorang dari mereka untuk tolong ambik gambar kami semua...nasib dia baik hati..risau jugak takut dia mintak bayaran jugak...kekeke...baik hati orang Surabaya ni..takdelah nak paksa pelancong ambik pakej gambar mereka...






Boleh baca sendiri ye..kekeke...


Kami tak masuk pun ke dalam Kebun Binatang Surabaya ni, sebab kena bayar tiket...lagipun kat Malaysia pun banyak jugak zoo..tu pun ada lagi zoo kat Malaysia kami tak sampai2 lagi...kekeke...lepas bergambar kami pun pergi berehat kat kedai makan sebelah Kebun Binatang Surabaya ni untuk menghilangkan dahaga...dah selesai semuanya, kami pun tahan teksi untuk ke Pusat Grosir Jembatan Merah, dekat je dari sini..

Jambatan Merah ni adalah tempat bersejarah jugak, kalau tak silap berlaku jugak pertempuran semasa zaman perang tu kat sini....masa pusing2 dalam Pusat Grosir Jembatan Merah ni, barulah kami jumpa cenderahati seperti keychain kat tingkat atas sekali, magnetic fridge tak jumpa lah pulak...keychain pun tak banyak pilihan kat sini...last2 aku beli jugaklah sikit untuk dijadikan kenangan..takut2 tak jumpa dah keychain kat tempat lain...pastu nak kena patah balik ke sini...kekeke...



Mak Mertuaku sedang memilih barangan...



Pusat Grosir Jembatan Merah



Melangkah keluar dari Pusat Grosir Jembatan Merah

Masa keluar dari Pusat Grosir Jembatan Merah ni, banyaklah teksi kat luar ni...destinasi kami seterusnya adalah Sunan Ampel lagi sebab ada beberapa barangan yang Mak Mertua aku tak sempat nak beli semalam kat bazar Sunan Ampel, tapi teksi kat sini diorang tak nak pakai meter kalau nak ke Sunan Ampel, sebab dekat je...beca pun ada..tapi nak naik beca waktu tengahari, takut kami tak tahan panas jelah...huhu...teksi tak bermeter ni cas mahal giler dekat Rp30000 (RM9) dan yang paling murah aku tanya pun Rp25000 ( RM6.5)..last2 aku jalan keluar jalan besar untuk tahan teksi bermeter....so kami naik teksi bermeter untuk ke Sunan Ampel dan hanya kena cas Rp15000 (RM4.5) walaupun dekat je...itu adalah bayaran minimum apabila menaiki teksi di sini...so apapun baik naik teksi bermeter untuk selamat...lebih kurang 5 minit kami pun sampai di Sunan Ampel...




Kat Bazar berhampiran Masjid Sunan Ampel



Berlatar belakangkan Masjid Sunan Ampel



Bazar berhampiran Masjid Sunan Ampel






Meriahnya bazar kat Sunan Ampel ni..



Macam2 ado...

Selepas kepenatan meronda2 kat bazar di Sunan Ampel ni, kami pun singgah kat restoran di sekitar bazar tu untuk makan tengahari, lupa dah nama restoran tu...



Antara menu yang ada...



Semua tengah kepenatan dan kelaparan waktu ni....



Kali ni aku bedal nasi dengan lauk daging kambing...sedap giler...


Lepas selesai menjamu selera..kami pun ronda sekejap kat bazar ni..pastu terus berjalan keluar ke jalan besar dan ambik teksi untuk balik ke hotel...



Jalan kecil dari bazar di Sunan Ampel ke jalan besar



Kira awal jugaklah kami sampai ke hotel lebih kurang jam 5.00pm arini...nak ronda2 tempat lain pun duit pun dah kurang dah...kekeke...lagipun nak tinggal Mak aku sorang2 kat hotel lama2 pun tak sedap hati jugak...so boleh berehat kat hotel..leganya...tapi esok dah nak balik dah...sedihnya...




Permandangan dari tingkat 16 dalam bilik hotel aku..gayat tu...saje letak beg kat tepi cermin tu untuk menghalang kami mendekati cermin tingkap tu...risau tu sebab tak berapa yakin dengan kekuatan cermin tu...



Tingkat 16 tu...


Saksikan video kami di hari ketiga di Surabaya :-








Bersambung selepas ini pada entry hari terakhir kami di Surabaya...

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.