Wednesday, December 4, 2013

Bercuti di Kuching Oct 2013 Day 4 (Last Day)


 Pada hari terakhir kami di Kuching ni, kenalan bapa mertua aku belanja kami semua sarapan pagi dan kemudian diorang bawa kami ziarah rumah keluarga mereka...Selepas tu mereka bawa kami ronda2 sekitar bandar Kuching dan kami singgah bergambar di Borneo Convention Centre Kuching dan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ni...


Sarapan pagi orang belanja beb...Syukur pada ALLAH SWT...huhu...



Menziarahi keluarga kenalan


Perbincangan di antara delegasi2 antarabangsa...kekeke...


Rancak bersembang...kekeke...




Borneo Convention Centre Kuching ni macam PICC kat Putrajaya..


Bergambar di Borneo Convention Centre Kuching


Memang sporting kawan bapa mertua aku ni...sempoi...huhu


Menuju ke dalam perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Bergambar betul2 dalam perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ni...perghhh...bangga giler rase...hehe..



Kemudian kami singgah kejap kat Pasar Satok untuk membeli ikan terubok masin...memang banyak pilihan kat sini...


Tengah memborong ikan terubok masin kat Pasar Satok


Lepas tu mereka belanja kami makan tengahari pulak...perggghh..puas hati...hehe....Apabila selesai kami pun balik ke homestay untuk bersiap2 sebab kami nak ke airport..flight kami adalah pada jam 5.35pm dan dijangka sampai pada jam 7.20pm...


Tengah menjamu selera makan tengahari...Ayah mertua aku bergambar kenangan...huhu...


Kami pergi ke airport awal sikit supaya tak kalut...masa nak check in tu nasib baik aku ambik tambahan checked baggage...memang bertambah banyaklah barang untuk dibawa balik ini...haha...maklumlah rombongan pun ramai...


Pandangan dari atas airport



Menikmati permandagan kawasan Kuching International Airport


Tapi kali ni flight kami delay lebih kurang 30 minit, tapi takpelah janji sampai KL dengan selamat...so lebih kurang jam 6.00pm kami pun terbang meninggalkan bumi Kuching ni...sedihlah sebabnya alam pekerjaan akan bermula balik selepas ni apabila berakhirnya percutian kami ni...kekeke.....



Tengah tunggu flight daa....hehe...
Berapa lama lagi mau tunggu daa...hehe
Dah dalam flight Airasia ke KL
Flight berlepas waktu hujan nak turun, awan pun nampak gelap dah...Alhamdulillah flight dapat berlepas dengan baik dan lancar, dalam flight tu aku tertidur sebab keletihan...hehe...lebih kurang jam 8.00pm kami pun sampai di LCCT dengan selamatnya...Alhamdulillah...

Oleh kerana kereta aku parking agak jauh dari airport maklumlah nak yang murah je RM16 sehari, masa sampai kat airport tu aku teruslah berjalan kaki ke tempat kereta sementara yang lain ambik beg, nak jimatkan masalah kononnya...tapi malangnya dah sampai separuh jalan baru aku teringat yang kunci kereta tertinggal dalam beg...aduuhhhh....takkan nak patah balik...jauh tuuuuu....nasib baiklah kak ipar aku memang dah tunggu untuk pick up kami kat airport sebab kami ni ramai...so tak payah buat 2 trip ulang alik...so aku tunggu tepi jalan kat parking tu jela sementara kak ipar aku lalu untuk hantar trip pertama sambil hantar kunci dalam beg...dah dapat kunci kereta baru aku pergi pick up ahli keluarga yang masih kat airport...lupa pulak total parking fee dalam 4 hari aku tinggal lebih kurang RM64...okaylah tu berbanding pakai teksi mau beratus...huhu..

Jadi kepada semua...beringatlah, jangan jadi macam aku...kalau boleh masa nak balik atau sebelum naik flight tu, ambik siap2 kunci rumah dan kereta letak dalam pocket anda...huhu...

Dah sampai kami pun berehat dan maka dengan ini berakhirlah percutian kami ke Kuching ni...

Saksikan video hari terakhir kami :-)







Sekian...Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.