Thursday, November 8, 2018

Bercuti di Melaka dan Port Dickson Sept 2018 Day 1


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua..kali ini aku ingin berkongsi tentang pengalaman kami sekeluarga bercuti di Melaka dan Port Dickson pada 9 hingga 11 September 2018 lepas, yang mana waktu ni cuti hujung minggu ditambah pula dengan public holiday jadi 4 hari cuti semuanya.. Percutian ini sebenarnya tidaklah dirancang dari awal lagi, tetapi cuma kami merancang untuk ke Port Dickson sahaja untuk merehatkan diri semasa cuti panjang ni, tetapi memandangkan mak mertua aku dan adik ipar aku sekeluarga dari Kedah nak join juga, maka kami pun tambah satu tempat destinasi lagi iaitu Melaka sebelum pergi ke Port Dickson..baru rasa happening sikit..huhuhu..

Untuk kami punya bilik di Port Dickson, kami dah booking lama dah iaitu hotel Avillion Admiral Cove melalui agoda.com, tetapi masa nak booking untuk adik ipar aku, tahu-tahu harganya dah naik, kemudian aku bukak trivago, dan akhirnya dapat juga harga yang sama dengan agoda.com iaitu melalui expedia yang mana dicapai melalui oleh trivago.

Bilik Premium Avillion Admiral Cove yang aku dah book melalui Agoda


Kemudian kami ambil Hotel Grandview Melaka melalui agoda, harganya mahal juga walaupun ianya hanya hotel bajet sahaja. 

Sebelum check in hotel tu, aku telefon dulu pihak kedua-dua hotel untuk bertanya mengenai bayaran deposit jika ada, kedua-dua hotel tu mintak bayaran deposit. Aku dah mintak untuk waivekan bayaran deposit ni, tapi diorang tak nak bagi dan suruh bayar juga. Jadi kenalah standby duit deposit masa check in nanti.


Bilik Superior Twin Grandview Hotel yang aku book last minit melalui Agoda


Okay kami mulakan cerita percutian kami, sebelum bertolak ke Melaka, sempat lagi kami pergi makan kenduri dulu di Putrajaya..ekekeke..Jadi selepas selesai makan kenduri, baru kami bertolak ke Melaka..


Makan kenduri dulu di Putrajaya sebelum bertolak ke Melaka


Bergambar di luar dewan kenduri


Dapat cenderahati kenduri


Perjalanan waktu cuti ni kadang-kadang tersangkut juga dengan traffic jam di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan ni walaupun kadang-kadang lengang. Yelah cuti panjang memang ramailah yang keluar dari Kuala Lumpur kan..ekekeke..



Traffic di Lebuhraya PLUS menghala ke selatan lancar dan kadang-kadang jem juga


Setelah keluar exit tol Ayer Keroh, Melaka, jalan menghala ke Grandview Hotel tidaklah sesak sangat berbanding jalan ke Bandar Hilir Melaka, memandangkan jarak antara kedua tempat ini lebih kurang 6km dari Bandar Hilir.



Jalan sesak selepas exit Ayer Keroh menghala ke Bandar Melaka




Kami sampai di Grandview Hotel lebih kurang pukul 5.30 pm. Kami sengaja singgah di Grandview Hotel dulu untuk check in hotel supaya dapat bilik sebelah menyebelah..Alhamdulillah kami dapat bilik sebelah menyebelah.. Kemudian kami terus ke Bandar Hilir, tetapi nak sampai kat sana lebih kurang 30 minit juga walau jaraknya lebih kurang 6 km je disebabkan jalan sesak sangat..

Aku rasa kali ni luar biasa ramainya orang ke Melaka ni..tapi memang tak nafikan Bandar Hilir yang mana terletaknya The Stadthuys iaitu gereja-gereja zaman Belanda, A Famosa, Menara Taming Sari dan sebagainya ini adalah destinasi yang sangat menarik. Aku sendiri pun walau dah banyak kali datang ke sini, memang terasa lagi nak datang sini lagi disebabkan tempatnya yang happening atau meriah.



Jem teruk menghala ke Bandar Hilir


Bandar Hilir Melaka ini  memang selalu penuh dengan pelancong-pelancong samada dari dalam negeri atau luar negara terutamanya pelancong dari negara China.



Serba merah je bangunan kat sini


Kami sampai di sini pun lebih kurang pukul 6.00pm dah..lewat jugaklah, tapi tak mengapalah jalan jelah yang mana sempat..ekekeke.. Masalah yang aku risau di sini adalah tempat parking kereta, memang payah giler nak dapat parking..tapi rezeki kami semua akhirnya dapat juga parking berhampiran The Stadthuys ni.



Baru sahaja sampai di Bandar Hilir, Melaka




Memang ramai giler orang kat sini..dah macam pergi pasar malam..hahaha.. Memang boleh tabik pada kerajaan negeri Melaka kerana dapat menjadikan tempat ini sebagai tarikan perlancongan di mana orang sanggup bersusah payah menghadap jem semata-mata nak sampai kat sini termasuk kami semua..ekekeke..



Penuh sesak dengan pelancong di Bandar Hilir, Melaka











Boleh dikatakan tempat tarikan hanyalah bangunan dan gereja lama sahaja, tetapi ramai yang bersantai sambil bergambar, ditambah lagi dimeriahkan dengan beca yang berwarna-warni lagi. Sekali-sekala dapat tengok river cruise di Sungai Melaka yang bertentangan dengan The Stadthuys ni.



Orang Kuning yang berjaya menjadi tarikan orang ramai



Surau juga disediakan di sini




Boleh dikatakan The Stadthuys ini yang menjadi pusat pemerintahan Belanda pada masa silam ini adalah tempat wajib untuk dilawati..begitu ramai yang lepak bersantai di luar bangunan ini..



The Stadthuys




Aku sendiri pun tak melepaskan peluang untuk bawa anak aku dan sepupu-sepupunya untuk merasai keseronokan menaiki beca di sekeliling kawasan ni. Harganya RM25 untuk sekali round, perghhh rasa mahal juga tapi sebab bukan selalu boleh sampai di sini maka buat pejam mata jelah bayar..ekekeke..



Bawa anak-anak naik beca






Anak-anak pun seronok dapat naik beca ni, diorang bawak dari The Stadthuys hingga ke bangunan A' Famosa dan kemudian patah balik tempat naik tadi di The Stadthuys, ditambah dengan sound music beca ni yang kuat kedebam kedebum..pergghh memang happening giler..hahaha..







Kalau dulu waktu kami sampai awal di sini, kami berjalan kaki je dari The Stadthuys ke A' Famosa kemudian ke kapal besar dan kembali ke The Stadhuys ni..tapi kali ni tak sempat nak berjalan sebab kami sampai pun dah lewat..











Spider Man angkat tangan pada kami..wow..huhuhu..

Apabila dah sampai berhampiran bangunan A' Famosa, kami dibenarkan untuk turun jika nak bergambar oleh owner beca ni. So apalagi aku turunlah bawak anak-anak untuk bergambar..hehehe..Daripada semenjak zaman sekolah lagi dah tahu A'Famosa ni..



Bergambar berlatarbelakangkan bangunan A' Famosa






Owner beca ni pun baik dan sporting, tanpa masalah tolong kami ambil gambar di atas beca ni..tapi tak sempat nak sembang panjang sebab bunyi muzik yang kuat kedebam kedebum..ekekeke..



Bergambar di atas beca




Sesudah itu kami pun dibawa patah balik ke The Stadthuys.. Memang kenangan lah naik beca di Melaka ni..untuk merasa sekali sekala bolehlah tapi kalau setiap kali sampai sini nak naik beca boleh lari bajet sebab mahal..ekekeke..










Tak lama kemudian sampailah kami tempat kami naik tadi..puas hati anak-anak dapat naik beca ni.. Zaman sekarang ni dah payah dah nak naik beca kan..hehehe..Kiranya kehadiran para pelancong ke sini bolehlah merancakkan ekonomi penduduk di sini sehingga terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus beca yang sedia memberi perkhidmatan pada mereka..



Bergambar di atas beca Hello Kitty






Di Stadthuys pun ada orang kuning lagi..maknanya ada 2 orang kuning kat kawasan ni..ekekeke..


Selfie bersama anak kedua aku


Sesudah itu kami pun mula berjalan-jalan di sepanjang Sungai Melaka, rasa best je dapat tengok boat river cruise berlegar-legar di sungai ni..tapi kami tengok jelah tak naik pun..lagipun dulu dah pernah naik dah..hehehe..



Dah sunset dah


Kemudian kami singgah di Bastion Middleburg, kat sini banyak meriam-meriam lama..ramai juga yang naik atas kubu ni..inilah first time aku naik atas kubu ni, sebelum ni lalu je tak pernah nak naik..huhuhu..






Di Bastion Middleburg


Yang paling best bila tengok anak-anak happy..bila diorang happy kita pun seronok..bayangkan kalau diorang tak ikut memang jadi tak happening kan..sebab tulah aku tak boleh kalau pergi bercuti tanpa isteri dan anak-anak di sisi..












Walaupun kami sampai di Bandar Hilir ni agak lewat, tapi best juga sebab tak panas sangat..biasanya kalau kami sampai di sini pada waktu tengahari berpeluh jugalah duk berjalan-jalan ni.. Cuma keburukan sampai lewat ni adalah tak sempat nak berjalan banyak tempat..kena datang hari lain kalau nak cover tempat lain..




Bersiar-siar di sebelah Sungai Melaka




River cruise






Nampak best je kalau dapat menginap kat hotel di kawasan sini, kalau penat berjalan boleh terus masuk dalam bilik hotel untuk berehat..tapi memandangkan kami ambil hotel last minit, semua hotel kat sini mahal..mungkin next time jelah ambil hotel kat sini..tapi tak tahu bila lah kan..ekekekeke..




Casa del Rio Hotel yang bertaraf 5 bintang







Kiranya kami santai-santai jelah berjalan tepi pantai ni..sambil tengok keadaan sekeliling..perghhh rasa nak datang lagi kat sini...rasa betul-betul relax sangat..






Bergambar sekeluarga





Anak aku pantang jumpa mainan


Muzium Samudera




Tak lama kemudian kami pun singgah makan di sebelah kapal besar (Muzium Samudera), kebetulan terjumpa kedai makan kat sini..risau juga takut mahal makan kat sini..tapi Alhamdulillah harganya berpatutan dan lebih kurang dengan kawasan lain je..very recommended untuk makan di sini..









Best juga makan tepi Sungai Melaka ni..rasa nyaman je..sambil-sambil tengok lampu-lampu waktu malam, ditambah pula dengan melayan karenah anak-anak..rasa sungguh terhibur sekali..Alhamdulillah Allah SWT bagi peluang pada kami untuk merasai nikmat dunia ni..



Lampu dari jambatan yang cantik







Lepak tepi sungai bersama anak-anak dan sepupunya..




Oleh kerana semua kelaparan, jadi kami semua puas hati menikmati makan malam di sini, tak sangka pulak dapat makan malam kat sini, ingatkan kalau nak makan murah dan berpatutan kena cari kedai kat luar tapi Alhamdulillah ada kedai kat sini je..kiranya semua enjoylah..hehehe..






Penuh dengan budak-budak..hehehe




Kat sini juga ada jual satay dengan harga yang berpatutan juga, kiranya kalau tak nak makan nasi maka bolehlah order satay kan..makin lama kami di sini makin ramai pulak orang yang datang kat kedai ni..so jadi meriahlah sikit..Alhamdulillah rezeki tuan kedai..









Cucu-cucu makan dengan Mak Tok dia..



Satay pun ada..

Selepas selesai makan malam di sini, maka kami semua dah nak beransur pulang ke hotel, memandangkan rombongan kami ni ada yang perempuan jadi diorang nak singgah Samudera Square dulu untuk beli sedikit cenderahati..


Muzium Samudera






Berjalan menghala ke Samudera Square


Samudera Square ni terletak bertentangan Muzium Samudera. Macam-macam barangan cenderamata ada dijual di sini seperti keychain, magnetic fridge dan macam-macam lagilah..lokasi yang strategik dan memudahkan kepada pelancong-pelancong untuk dapatkan cenderamata..



Samudera Square





Pilih jangan tak pilih..






Aku pun tak pastilah nak kata barangan kat sini mahal atau tidak, cumanya untuk dapat harga yang berpatutan kenalah survey dulu kot..sebab banyak sangat kedainya dan barangan yang dijual pun hampir sama bagi setiap kedai..





Antara keychain yang dijual




Cencalok pun ado..



Nak mainan jugak dia




Sementara menunggu yang lain habis shopping..


Selepas selesai membeli apa yang patut maka lebih kurang jam 9.30 malam, kami pun beransur untuk balik ke hotel untuk berehat. Tapi yang malangnya nasib kami, sepatutnya boleh sampai dekat 15 minit je, tapi kami dekat sejam lebih baru sampai disebabkan jalan jem dan tersalah jalan dan sangkut jem sekali lagi..itulah yang parahnya..wakakaka.. Tapi walau bagaimanapun puas hati dan best datang ke Bandar Hilir ni. Next time nanti kalau ada duit lebih sikit bolehlah datang menginap di hotel sekitar kawasan Bandar Hilir ni..InsyaAllah.. Dekat pun dekat, penat berjalan balik hotel terus tidor..ekekeke..

Berjalan ke tempat parking




Jalan jem teruk untuk balik ke Grandview Hotel


Lebih kurang 10.40pm kami sampai di Grandview Hotel dan terus memunggah-munggah beg-beg ke bilik, terasa penat jugalah..tapi puas hati..walaupun jalan selalu jem di Melaka jika musim cuti sekolah, namun ianya tidak mematahkan semangat orang ramai berkunjung ke Melaka ni..itulah yang hebatnya Melaka ni..




Grandview Hotel






Walaupun hotel ni hotel budget, tetapi security dan kebersihan biliknya boleh dipuji..memang bersih dan selamat kerana kalau tak ada access card tak boleh masuk kawasan bilik hotel ni..yang ni macam 5 bintang dah dari segi keselamatan..


Pintu yang perlu discan dengan kad untuk masuk..



Cuma biliknya sahaja yang agak sempit, bilik yang kami ambil adalah twin, jadi kami combine kan katil twin ni supaya jadi besar...ekekeke..barulah muat semua nak tidor atas katil..ekekekeke.. Tapi sebenarnya kalau bilik sempit begini agak tidak sesuai untuk yang datang dengan family..Tapi nak buat macam mana bilik inilah yang sesuai dengan budget kami buat masa ini..ekekeke..


Katil twin yang telah kami rapatkan..ekekeke..


Tandas yang bersih






Bersih dan tak nampak macam dengan hotel budget



Kedai runcit pun berdekatan dengan Grandview Hotel ni, cuma kena jalan kaki sikit je dengan melintas jalan..jadi senanglah untuk dapatkan apa-apa keperluan kat kedai tu..kebetulan aku sekeluarga tertinggal nak bawa berus gigi dan ubat gigi..maka aku pergi beli kat kedai runcit kat situ je..


Lobby Grandview Hotel




Apabila dah selesai semua urusan dan mandi-mandi, maka kami semua pun tidor disebabkan kepenatan yang amat sangat..huahuahua..Kita sambung pula percutian kami pada hari kedua di entry yang akan datang..

Saksikan video kami di hari pertama :-



2 comments:

  1. Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    Telegram:[@Iskandarlestariloancompany]
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete
  2. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni bang...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.