Salam semua, pada 27hb Oktober 2013 yang lalu, aku sekeluarga seramai 9 orang telah berkunjung ke Kuching, Sarawak. Ini adalah trip aku yang kedua ke Kuching selepas kami membuat tour balik hari ke Kuching sebelum ni pada bulan Mei 2013 yang lepas..kekeke..Kali ni kami ke sana selama 4 hari 3 malam...pergghhh...mesti puas ronda2 kat Sarawak ni...huhu..
Flight Air Aisa kami ke Kuching berlepas pada jam 9.35am dan dijangka tiba di Kuching pada jam 11.15am..Oleh kerana flight kami agak awal, kami semua terpaksa bangun awal kerana kami perlu berada di sana selewat2nya sejam sebelum flight berlepas sebab nak drop bag kat kaunter...maklumlah kali ni rombongan kami ramai terpaksalah ambik checked baggage...huhu...Agak kalut jugaklah sebab aku terpaksa hantar 2 trip ke airport sebab over capacity..kereta aku mana muat untuk 9 orang..kete kecik je...kekeke..pastu aku parking kereta kat parking sebelah pejabat pos berhampiran LCCT tu...RM16 sehari...okaylah kalau aku pakai teksi mau dah seratus lebih...aku parking selama 4 hari aritu aku kena caj sebanyak RM62...
Kami semua sampai awal kat airport dan kami semua sarapan kat LCCT je...makan burger dan sandwich je...nasihat aku siapa2 yang nak cari breakfast kat LCCT ni lebih baik beli makanan dan minuman dekat2 rumah anda siap2 sebab makanan dan minuman kat LCCT ni memang mahal giler...air tin dekat RM5 setin...memang tak masuk akal...kalau bernasib baik boleh jumpa yang murah sket dalam RM2.50...tapi kalau sekali sekala nak makan makanan mahal ikut suka hangpalah...haha...
Alhamdulillah flight pun on time...
![]() |
Tengah menunggu untuk masuk ke pesawat...panas giler kat sini...lama pulak tu kena tunggu... |
![]() |
Rombongan dalam perjalanan untuk menaiki pesawat |
![]() |
Sepupu anak aku pun follow jugak...hehe.. |
![]() |
Posing jugaklah sekali sekala...kekeke... |
Lebih kurang 11.20am kami pun selamat mendarat di Kuching International Airport...dalam flight tu pun aku terlelap jugaklah...mengantuk sebab bangun awal...hehe
![]() |
Kat Kuching International Airport |
![]() |
Kat luar Kuching International Airport |
Kami semua dijemput oleh kawan bapa mentua aku di airport tu dan terus menuju ke homestay kami yang berada di Petrajaya yang jaraknya lebih kurang 10km dari pusat bandar, tapi sebelum tu diorang belanja kami sefamily makan tengahari kat restoran Teh Tarik sekitar Tupong Petrajaya...Baik hati betul diorang ni semoga ALLAH SWT membalas jasa dan budi mereka...
Kami makan sampai kenyang..maklumlah orang belanja..kekeke...sambil2 tu sembang2lah dengan orang Sarawak kawan bapa mertua aku tu...memang peramah betul diorang ni...huhu...
![]() |
On the way ke Petrajaya |
![]() |
Kat restoran di Tupong Petrajaya |
Lepas tu kami terus bergerak ke homestay tempat penginapan kami sekeluarga sepanjang berada di Kuching kali ni...RM230 semalam, tapi kami dapat harga diskaun RM200 semalam...okaylah tu...Alhamdulillah...
Lepas kami rehat sekejap di homestay tu...dan melakukan aktiviti sendiri...ada yang tidur, ada yang tengok tv dan ada yang tidur...hehe...
![]() |
Homestay penginapan kami di Petrajaya, Kuching |
![]() |
Cantik dan selesa jugak kat homestay ni |
Lepas Asar kami pun keluar ke Kuching Waterfront, kawan bapa mertua aku sponsor Innova pulak untuk kami, tanpa bayaran sewa...isi minyak je...perghhh baik hati diorang ni...memang payah nak cari orang yang baik hati macam ni...jadi guna Innova muatlah kami semua naik 7 orang dewasa dan 2 orang kanak2...seronoknya...
![]() |
On the way to Kuching Waterfront |
Aku memang dah standby GPS dah...senang skit nak ronda2 Kuching ni...Sekejap je lebih kurang 15 minit kami pun sampai kat Kuching Waterfront...
![]() |
Dah sampai kat Kuching Waterfront |
![]() |
Anak aku tidur pulak...letihla nak dukung dia... |
![]() |
Bapa mertua dan mak mertua aku... |
![]() |
Bergambar kenangan berlatabelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak |
![]() |
Bergambar kenangan |
Waktu sampai kat Kuching Waterfront ni aku pulak tidur, jadi terpaksa dukung dia sekejap...dahlah berat..maklumlah dia dah besar dah umur 4 tahun daa...kekeke...last2 aku terpaksa kejutkan dia jugaklah...nasib baik dia bangun...barulah lega beb...huhu...
Pastu kami jalan2 sepanjang Kuching Waterfront tu...memang relax dan menenangkan...tambah2 waktu petang ni taklah panas sangat...
![]() |
Bergambar bersama, nasib anak aku setuju ambik gambar skali ngan kami...terpaksa bagi umpan mainan..hehe.. |
![]() |
Feri di Sungai Santubong di hadapan Kuching Waterfront |
![]() |
Macam biasalah anak aku, mesti nak beli mainan...umpan tadi la ni....kikiki... |
![]() |
Anak aku bergambar dengan patung buaya |
![]() |
Berehat selepas penat berjalan |
Dekat2 nak masuk waktu Maghrib kami pun beredar untuk ke Medan Satok di Kubah Ria untuk makan malam, tapi sebelum tu kami berhenti kereta tepi jalan kejap untuk bergambar dengan Cat Statue...tapi gambarpun agak gelap...maklumlah dah nak malam...
![]() |
Keluarga adik ipar aku |
![]() |
Kami pun nak bergambar jugak...kekeke... |
Lepas singgah ambik gambar kat Cat Statue tu, kami pun terus ke Kubah Ria untuk menikmati Mee Kolok...tempat ni memang terkenal dengan Mee Kolok ni.. bersebelahan dengan sungai pulak tu...kalau petang2 mesti cantik...
![]() |
Mee Kolok tak sampai lagi...hihi... |
![]() |
Mee Kolok goreng kalau tak silap diorang panggil |
![]() |
Mee Kolok |
Selepas selesai menjamu selera, kami pun balik ke homestay untuk merehatkan diri...hehe..
Anda boleh tonton video kami di hari pertama di sini :
Bersambung selepas ini.....
0 comments:
Post a Comment