Saturday, August 8, 2015

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 5 (Last Day)


Hari terakhir kami di bumi Amsterdam ni telah tiba..sedihnya dah nak abis dah holiday ni..wwaaarghh..ekekeke.. Semalam, Alhamdulillah semua dapat tidur dengan lena walaupun malamnya lewat lebih kurang pukul 10 malam...

Pagi ni kami bangun awal sikit untuk breakfast sambil packing2 barang..arini pun aku rasa macam tak sedap badan..rasa macam nak selesema dan demam..fuhh nasib baik dah nak balik ke Kuala Lumpur dah..kami check out awal lebih kurang pukul 8.00 am..


Kat lobi sebelum check out Bastion Hotel Amsterdam Airport

Layan handphone dulu sementara menunggu shuttle bus ke Amsterdam Airport Schiphol..ekekeke..
Kaunter Bastion Hotel Amsterdam Airport


Gambar yang sempat diupload dalam facebook..ekekeke..



Lepas tu kami tunggu shuttle bus untuk ke Amsterdam Airport Schiphol..perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit je untuk ke aiport..kami sampai lebih kurang pukul 9.00am..kiranya kami sampai awal jugaklah kat airport sebab flight kami ke Kuala Lumpur akan berlepas pada jam 12.00pm..bagi aku baik sampai awal..baru tak kalut..yang paling lecehnya adalah mesti masa security check..



Dalam shuttle bus ke airport


Dah sampai kat Amsterdam Airport Schiphol


Amsterdam Airport Schipol ni kiranya memang besar dan cantik jugaklah..boleh dikatakan setanding dengan KLIA kita..kekekeke..Aku bangga dengan KLIA kita yang memang cantik dan besar..pendek kata KLIA ni memang setaraf dengan airport negara maju..huhuhu..

Lepas tu kami terus cari kaunter Malaysia Airlines untuk check in awal2..Dah settle check in flight..dapat duduk sebaris sebab check in awal..huhuhu.. kami pun terus masuk ke balai berlepas..Alhamdulillah waktu pemeriksaan keselamatan tu tak ada masalah..semuanya okay..



Kat kaunter Malaysia Airlines di Amsterdam Airport Schiphol..






Abang ipar aku duk bersembang dengan staff MAS






Apabila dah selesai pemeriksaan keselamatan..maka kami pun pergilah ronda2 dalam airport tu..macam2 jugak ada kat sini..oleh kerana masih awal lagi kami cari kedai untuk minum kejap sebab aku nak kena telan ubat..badan dah rasa tak sedap dah ni..



Antara kedai souvenier yang ada kat dalam Amsterdam Airport Schiphol

Lepas tu kami lepak minum kejap sementara menunggu untuk boarding..lepas minum aku terus telan ubat selesema dan demam...mesti mengantuk punyalah nanti..terpaksa dah kena telan kalau nak cepat baik..nasib baik aku bawak bekalan ubat-ubatan ni..

Flight berlepas pada tarikh 17hb Jun 2015 jam 12.00 pm waktu Amsterdam dan dijangkan sampai pada besok hari di Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 7.00 am waktu Malaysia 18hb Jun 2015...iaitu bersamaan 1 Ramadhan 1436 bagi kalendar Hijri..maknanya besok dah masuk bulan Ramadhan..jadi kami berpeluang untuk bersahur dalam flight nanti sebelum sampai di Kuala Lumpur..




Kapal terbang KLM


Minum dulu sementara menunggu waktu untuk boarding


Lepas kami ke kedai souvenier..sempat jugaklah beli magnetic fridge kat sini dua tiga keping..sebab ada lagi yang tak cukup untuk diberi kepada saudara mara dan sahabat handai..tapi harganya mahal 2 kali ganda dari kat bandar Amsterdam...terpaksalah beli..kalau nak ke bandar memang tak sempat dah..ekekeke...untuk topup cenderamata bolehla beli kat sini..tapi kalau boleh belilah secukupnya waktu di bandar Amsterdam tu..



Kat depan kedai souvenier

Dah selesai beli souvenier kami terus ke tempat boarding, kena berjalan sikit..aku pun lupa gate berapa..cuma pemeriksaan keselamatan kat Amsterdam ni sekali je..kalau kat KLIA untuk ke luar negara kena cek dua kali kat security..



On da way ke boarding gate

Semasa dah sampai kat boarding gate tu, nampak dah kapal terbang Malaysia Airlines yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia..



Malaysia Airlines MH19 Boeing 777-200


Berlatar belakangkan kapal terbang Malaysia Airlines MH19 Boeing 777-200


Tak berapa lama selepas tu, kami pun boarding..flight berlepas pada jam 12.00 pm..tapi sebelum kapal berlepas aku pun dah mamai-mamain dah nak terlelap..lepas tu tertidur terus..memang mengantuk kalau telan ubat selesema ni..




Dalam aircraft Malaysia Airlines Boeing 777-200


Ready to take off !





Bubbye Amsterdam! InsyaALLAH kalau ada rezeki boleh datang lagi ke sini..



Walaupun dah telan ubat..badan aku kalah jugak..akhirnya aku demam selesema jugak..tapi taklah teruk...tapi rasa tak selesa jugaklah demam-demam duduk dalam flight..kejap rasa sejuk sangat..kejap rasa okay..aku pun tak banyak ambik video dan gambar sebab dah tak sihat..hehehe...

Tapi Alhamdulillah aku bersyukur pada ALLAH SWT kerana memberikan kesihatan yang baik pada aku dan keluarga semasa berada di London dan Amsterdam ni..dapat juga kami ke destinasi yang dirancangkan..demam aku kali ni pun adalah ujian dan ianya tak menjejaskan percutian kami semua..



Kapal terbang Boeing 777-200 agak lama sikit..jadi tak nampak baru berbanding kapal terbang MAS yang lain..

Tak lama selepas berlepas kami pun dihidangkan dengan makanan tengahari..perghhh sedap betullah makan nasi dalam flight Malaysia Airlines ni..layanannya pun sangatlah terbaik..



Child Meals dah sampai...


Permandangan di luar ketikan makan tengahari dihidangkan


Hidangan untuk aku pun dah tersedia..tunggu untuk bukak je..hehehe..


Apalagi tunggu..jemput makan semua!


Sedang menikmati makan tengahari

Penerbangan Alhamdullilah baik semuanya tanpa sebarang masalah..macam biasalah oleh kerana penerbangan pun mengambil masa lebih kurang 13 jam..macam-macam aktivitilah yang dibuat..kejap dengar lagi..kejap dengar bacaan Al-Quran...kejap tengok map kat skrin..kejap tidur..kejap pergi tandas..sementara nak menunggu sampai kat Malaysia ni..



Aku pun tak tahu kat mana waktu ni..ekekeke..


Untuk penerbangan kali ni kami berpeluang untuk bersolat dalam kapal terbang sebanyak 3 kali bagi 5 waktu solat iaitu Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak..dan Subuh disebabkan flight dijangka sampai di Kuala Lumpur pada lebih kurang jam 7.00 pagi waktu Malaysia..







Lambat lagi nak sampai kat Malaysia..


Earphone yang dibekalkan oleh pihak Malaysia Airlines


Oleh kerana flight mengambil masa lama, aku terpaksa jugak pergi ke tandas untuk mengempiskan perut ni..ekekeke..memang seksalah nak melabur kat tandas dalam flight ni..kalau boleh elak memang aku nak elak..tapi macam mana..konfem tak boleh tahan berbelas woo sebab berbelas jam tuuu...hahahaha...



Dah nak gelap waktu ni...anak aku sibuk duk main dengan sepupu dia..


Jauh lagi nak sampai..


Kelajuan dan suhu yang dicatatkan..


Baru nak masuk benua India..


Lagi 4 jam lebih lagi nak sampai ke Kuala Lumpur


Dari paparan skrin flight dijangka akan tiba di KLIA pada jam 6.41 pagi..2 jam sebelum mendarat, kami dihidangkan dengan makanan lagi untuk bersahur..inilah kali pertama aku dapat bersahur dalam kapal terbang...Alhamdulillah merasa jugak sahur dalam flight..ekekeke....



Hidangan untuk bersahur dah sampai


Bismillah..Dah sedia untuk bersahur....

Alhamdulillah..lebih kurang jam 6.40am kapal terbang MAS MH19 ni selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA)..maka dengan ini berakhirlah percutian kami di Kota London dan Amsterdam..

Syukur kepada ALLAH SWT kerana memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk bercuti di London dan Amsterdam ini..dan berlangsung tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah segala perancangan yang diaturkan berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan..




Welcome Home!


Bersembang dengan anak sedara aku yang juga kakitangan MAS


Sesudah selesai ambil beg kami semua..kami pun terus balik ke rumah dan berehat..sekian..


Saksikan video percutian kami ni di hari terakhir :-







Jumpa lagi di entry akan datang..InsyaALLAH..

4 comments:

  1. Salam tuan boleh sy minta itenarary taun day 1 hingga pulang huhu.insyaallah kami akn pergi tahu depan.boleh la study ckit2. Ni emel sy naimleha88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam itinerary asal berterabur..nnt sy email..blh refer blog ni blk utk cerita yg lengkap..Selamat Bercuti..tq

      Delete
  2. Hahahhha terbaik la bro..:-)
    Harap dapat pergi lagi cam bro...:-)

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.