Thursday, September 20, 2018

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah April 2018 Day 3 (Last Day)



Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lenanya..jadi sampailah kami di hari terakhir di Kota Kinabalu ini, oleh kerana pada petang ini kami akan balik ke Kuala Lumpur..hukhukhuk.. Jadi hari ini macam biasa walaupun tidur di hotel tetapi semua kena disiplin untuk bangun awal..bersiap-siap untuk turun breakfast di hotel..

Anak kecik aku masih sedap tidor..ekekeke..


Pagi-pagi ni duk tengok permandangan kat luar bilik ni rasa best je..tapi seriuslah kalau nampak laut dari bilik lagilah rasa best..next time kena cari juga hotel yang dapat merasa permandangan laut dari bilik hotel ni..walaupun aku tak suka mandi laut, tapi aku suka permandangan laut dari hotel seperti apa yang pernah aku rasai semasa menginap di Continental Hotel Penang beberapa tahun lalu..ekekeke..



Indahnya pemandangan waktu pagi


Pemandangan dari tingkat 8






Selepas anak kecik kami bangun dan berjaya menyiapkannya, maka dengan pantas kami terus turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan..ekekeke..Alhamdulillah diorang semua tak banyak karenah..



Saya sudah bangun lah..


Walaupun dah besar panjang tapi masih main mainan lagi..ekekeke




Yang bestnye anak-anak aku ni kalau bab makan kat hotel memang diorang seronok terutamanya yang kakaknya, yang adik ni ikut kakak dia jelah..kalau kakak dia seronok, dia pun seronok jugaklah..ekekeke..



Kakak dan adik


Tengah tunggu Umi dia bersiap..depa ni dah tak kira kotor ke tidak..maklumlah bukan selalu duduk kat hotel..jadi macam jakun sikit..ekekeke..


Kali ni aku tak cerita panjang berkenaan breakfast ni sebab dah bercerita panjang pada yang entry hari kedua tu..lagi pun benda sama je.. Tapi yang pasti breakfastnya tetap puas hati dengan tempat yang selesa.



Staff hotel cek nama dulu


Oleh kerana semalam anak kecik aku perasan adanya kura-kura kat lobby, maka sebelum pergi menikmati breakfast terpaksalah bawak dia ke lobby kejap sebab dia paksa nak ke sana..nak layan kura-kura dulu..wakakaka..kiranya bagus jugaklah hotel ni letak kura-kura kat loby, boleh menarik minat kanak-kanak..walaupun ada kura-kura tetapi lobinya tetap bersih dan terjaga..



Ada kura-kura di kawasan lobi


Kura-kura nak menyoroklah pulak..ekekeke..




Seronok betul si kecik ni tengok kura-kura




Oleh kerana kami turun awal, jadi banyak makanan-makanan yang sedap masih available untuk kami..ekekeke..Jadi apalagi tanpa membuang masa terus kami ambil makanan yang berkenan di hati..Jadi layan jelah gambar yang berjaya di ambil di cafe ini..





Nasi lemak pun ada






Pelbagai jenis makanan dan minuman yang ada disini, lagi pun oleh kerana Sabah ni masih lagi dalam Malaysia, so tak jumpalah kelainannya, perut kami pun boleh terima masakan di Kota Kinabalu ni..overallnya sama macam di semenanjung je..









Memang tak laratlah nak makan semua kan sebab banyak sangat pilihan dia..jadi pilih jelah apa yang boleh dimakan..kiranya kami semua berpuas hatilah dengan semua menu di sini..kena feel betul-betul breakfast kat hotel hari ini sebab lepas ni tak tahu bila dah boleh check in hotel lagi..ekekeke..






Chef bertugas




Di samping dengan alunan background music yang mendamaikan..perghhh..very nice..memang menjadi kebiasaan di hotel-hotel mereka mengalunkan music background yang best seperti Richard Clayderman, Yanni, Yiruma dan macam-macam lagi..



Dessert buah-buahan










Susu segar masih ada lagi







Memang sedap betul breakfast kat sini, dengan tambahan ada susu segar yang memang aku suka..pergghh.. Syukur pada Allah SWT kerana memberi nikmat dunia ni pada kami..Alhamdulillah.. Kadang-kadang duk pikir pasal hotel ni balik, membuatkan rasa  nak menginap lagi di sini disebabkan breakfast yang sedap, lobi yang luas dan ada kura-kura untuk anak aku tengok..ekekeke.




Bergambar sekeluarga dulu..


Menu sarapan pagi aku


Macam-macam kami ambik untuk sarapan pagi ni..ekekeke..



Adik sibuk dengan handset dah


Yang kakaknye pun sama sibuk dengan handset..budak zaman sekaranglah katakan..


Sekitar di cafe hotel


Aku punya dah licin, Uminya masih makan lagi...perghhh


Selepas dan selesai menjamu selera, maka kami semua pergi ke lobi hotel untuk bawa anak-anak ronda sekejap..ini jelah masa yang ada untuk explore kawasan hotel ni sebelum check out..di bawah ni antara gambar yang sempat dirakamkan di kawasan lobi dan di tingkat atas lobi..


Cantik kawasan lobi ni




Umi dia dah tak larat jalan..duk kat bawah jelah..kuakuakua



Mungkin dewan di hotel untuk membuat function-function tertentu





Sebelum meninggalkan lobi, kami sempat juga untuk bergambar kenangan di sini..manetau takut-takut tak sempat nak bergambar kat sini masa  check out nanti..so ambillah gambar awal-awal..ekekeke..Alhamdulillah anak-anak bagi kerjasama..huhuhu..


Bergambar kenangan selepas breakfast di lobi Sabah Oriental Hotel






Kemudian kami terus naik ke bilik untuk bersiap-siap lagipun anak-anak pun dah tak sabar nak mandi kat bathtub lagi..so bagi diorang enjoy sebelum check out..tapi tulah nak menunggu diorang habis mandi pun lama..ekekeke..



Mandi bathtub


Sabah Oriental Hotel (wholly owned by Crystal Crown Hotel (Sabah) Sdn. Bhd.)


Selepas diorang dah mandi, maka kami terus bersiap-siapkan anak yang kecik ni..sementara wife aku packing barang-barang ke dalam bag..kemudian sempatlah aku berehat sekejap sementara menunggu untuk check out sambil membaca surat khabar free yang disediakan oleh pihak hotel..ekekeke..


Surat khabar free yang dihantar ke bilik oleh pihak Sabah Oriental Hotel


Rancak berita pasal pilihanraya 2018


Sambil berehat sambil melayan karenah anak kecik aku ni..memang macam-macam dia ni dan dengan kelakuannya membuatkan kami terhibur..Alhamdulillah anak-anak adalah nikmat dunia yang Allah berikan kepada kita semua..jadi hargailah anak-anak ini..



Minum susu dulu..


Merajuk ke ape ni?


Dua beradik




Main sorok-sorok pulak dah

Jadi sebelum check out macam biasalah, aku akan ajak wife dan anak-anak untuk bergambar kenangan sekeluarga dalam bilik hotel..nak ke tak nak diorang semua kena bagi kerjasama..ekekeke..Bagi aku travel ni adalah untuk mengenal tempat orang dan bergambar kenangan..nak membeli-belah ke ape itu tidak penting bagi aku..ekekeke..



Bergambar sekeluarga di bilik hotel sebelum check out





Sempat lagi layan handset..jangan mare aaa..

Setelah hampir tepat pukul 12.00pm, maka kami turunlah untuk check out hotel ni..sekejap je dah nak pukul 12 pm..macam itulah benda best rasa sekejap je..tapi kalau benda boring seminit rasa lama giler nak habis..ekekeke..



Beg kami di bawa oleh bellboy hotel..dulu pun aku pernah jadi bellboy..best jugak selalu dapat tips..


Bergambar kenangan di depan bilik kami





Wife aku sedang check out..

Alhamdulillah kami berpuas hati dengan semua layanan yang diberikan oleh pihak Sabah Oriental Hotel pada kami semua, kiranya berbaloi rasanya menginap di sini dengan jumlah duit yang dibayar. Kami berharap dapat lagi ke sini..InsyaAllah..



Bergambar di lobi selepas check out


Tanpa berlengah lagi aku terus book GrabCar untuk ke airport, tak sampai 2,3 minit terus sampai..perghh cepat betullah GrabCar ni.. Drivernya pun sporting dan best..banyak benda jugaklah kami bersembang ni..



Bersama driver GrabCar ke KK International Airport


Imago Shopping Mall..kami tak sempat singgah ke sini..mungkin lain kali kot.


Perjalanan dari Sabah Oriental Hotel ke Kota Kinabalu International Airport mengambil masa lebih kurang 15 minit..kalau kira awal jugaklah kami berada di airport walaupun flight kami nanti akan berlepas lebih kurang jam 4 petang lebih..tak mengapa lebih baik awal dari lewat..ekekeke..



On the way ke KK International Airport




KK International Airport




Oleh kerana dekat je KK International Airport ni dari Sabah Oriental Hotel, jadi sekejap jelah sempat sembang dengan driver GrabCar yang peramah ni..seronok kalau masa bercuti ni jumpa dengan orang yang baik-baik ni..pendek kata masa bercuti ni memang tak nak masalah dan nak ceria-ceria saje kan..ekekeke..



Kat dalam KK International Airport

Jadi apabila masuk ke dalam KK International Airport yang besar dan indah ni, wife aku terus buat web check in dan tanpa membuang masa panjang kami terus masuk ke balai berlepas supaya tak kalut kemudian hari..



Wife aku buat web check in


Tengah nak drop bag




Kali pertama kami pernah sampai di sini adalah pada tahun 2012, dan aku masih ingat lagi ada kedai  jual ikan, dan pada tahun 2018 pun kedai ni masih ada lagi..maknanya bisnes dia maju juga sebab dapat bertahan di kawasan airport ni yang tentunya bayaran sewa kedainya agak mahal berbanding tempat lain kan..semoga bisnes kedai ikan ni terus maju..



Waktu aku sampai di sini pada tahun 2012, kedai ikan ni dah ada dah..




Kami berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini..Alhamdulillah..kiranya security check ni lah yang membuatkan aku kalut sekali..tambah-tambah ada anak yang masih kecil lagi..



Dah masuk balai berlepas

Oleh kerana masih awal di sini jadi sempatlah kami ronda-ronda sekejap kat dalam ni..dalam duk ronda-ronda tu terjumpa pulak anak angkat ayah mertua aku yang berada di Kuching..kiranya kami ni adik beradiklah kan..ekekeke..dia juga datang bercuti di Kota Kinabalu ni..



Terjumpa anak angkat ayah mertua aku di balai berlepas KK International Airport





Memang luas juga KK International Airport ni, macam-macamlah ada jual kat dalam balai berlepas ni..airportnya juga cantik dan bersih serta moden. Kiranya rakyat Sabah boleh berbanggalah dengan airport mereka yang canggih ni.




Anak kecik aku ni syok tidor...ekekeke..


Layan tepon dululah sementara tunggu flight..


Lambat lagi flight kami ni.. sempat lagilah nak ronda-ronda lagi dalam ni..ekekeke

Oleh kerana kami masuk awal di balai berlepas ni, maka takdelah kalut sangat untuk pergi solat di surau..sebab itulah aku tak suka masuk ke balai berlepas ni last-last minute sebab akan jadi kalut dan sebagainya..ekekeke..



Dah bangun dah si kecik ni..









Tak lama kemudian sampailah kapal terbang Malaysia Airlines yang bakal kami naiki lebih kurang pukul 3.30 p.m...Alhamdulillah.. Rasa senyum je sebab naik kapal MAS ni..maklumlah bukan selalu dapat naik flight MAS ni kan..




Kapal terbang Malaysia Airlines yang bakal kami naiki dah sampai..




Si kecik ni excited betul tengok kapal terbang




Perghhh..kapal terbang Air Asia berwarnakan Perfume De'Xandra


Kapal terbang De'Xandra dah nak berlepas


Apabila dah boleh masuk kapal terbang lebih kurang jam 3.50 p.m , maka kami semua pun masuk..kiranya antara yang terawal jugaklah masuk sebab ada kanak-kanak..ekekeke..tapi yang lawaknya kami pergi duduk tempat orang lain..cehhh macam confident je mula-mula duduk tu sehinggalah owner seat ni datang kata ni tempat dia..hahaha..


Confident je duduk..sekali salah seat daa..


Sebelah ni baru seat kami yang betul


Kiranya sedih jugaklah nak meninggalkan bumi Kota Kinabalu ni, yang pastinya aku memang berhajat nak datang lagi ke sini..tapi tak tahulah bila lagi dapat ke sini..InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana..yang penting kita berusaha..Lebih kurang pukul 4.15 p.m, kapal terbang MH 2607 pun dah sedia untuk berlepas..



Goodbye Kota Kinabalu!






Masa kapal terbang ni berlepas, cuaca pun elok..boleh dilihat flight pun agak penuh juga..maklumlah waktu ni ada public holiday Labor Day..anak-anak cukup seronok dapat naik kapal terbang..walaupun sambil pegang anak tapi aku tetap gigih untuk ambil gambar dan video untuk dijadikan kenangan..



Dah terbang dah..







Tak lama kemudian, kami dihidangkan makanan oleh krew Malaysia Airlines..dengan layanan yang baik dari diorang, membuatkan perasaan kami menjadi seronok..sesungguhnya servis dari MAS ni memang terbaekkk..



Seafood Meal




Macam flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu juga, untuk flight balik ke Kuala Lumpur ni pun wife aku buat special request juga untuk makanan..jadi aku dapat makan "seafood meal' dan untuk anak aku yang kecik sekali wife aku request "Child Meal"..



Child Meal



Jemput makan semua..


Wife aku duk sibuk suap makanan kat anak kecik kami ni

Aku dapat rasa inilah nikmat dunia dapat naik flight, dapat juga melihat pemandangan yang indah dari atas, oleh kerana bukan selalu dapat naik flight maka sedikit sebanyak sempat juga aku merakamkan pemandangan dari atas kapal terbang ni..



Mendamaikan betul dapat lihat permandangan ini


Malaysia Airlines terbang tinggi






Oleh kerana keletihan aku juga sempat terlelap dalam kapal terbang ni..boleh dikatakan semua di antara kami ni sempat terlelap maklumlah tempoh flight ni lebih kurang 2 jam 15 minit..lama jugak tu..ekekeke..



Penuh org dalam flight waktu ni


Dapat dilihat ombak di tengah lautan


Gambar ni sempat dijadikan sebagai profile facebook aku...ekekeke


Lebih kurang jam 5.30 petang kami melalui Pulau Natuna, Indonesia..maknanya selepas hampir 1 jam 15 minit penerbangan dari Kota Kinabalu.. Kalau dah lalu kawasan ni maksudnya boleh dikatakan dah separuh perjalanan dah untuk ke Kuala Lumpur disebabkan kedudukan Pulau Natuna hampir di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.



Natuna Island


Sedang memasuki ruang udara Natuna Island


Sibuk duk main pulak si kecik ni..

Lebih kurang jam 6.10 petang, kapal terbang yang kami naiki memasuki ruang udara Semenanjung Malaysia, tapi aku pun tak pasti kat ruang udara negeri mana flight ni masuk disebabkan dalam flight ni tak disediakan tv map interactive tu..mungkin kapal terbang ni adalah yang lama punya..



Sedang memasuki ruang udara Semenanjung Malaysia




Alhamdulillah..Lebih kurang jam 6.35 p.m kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..kalau dari luar negara biasanya crew Malaysia Airlines akan ucap "Welcome Home"..tapi oleh kerana ini adalah penerbangan dari Malaysia juga maka tak kedengaranlah ucapan "Welcome Home" ni..bila lah entah dapat dengar ucapan ini lagi..InsyaAllah kalau ada rezeki.. Tapi macam biasa crew Malaysia Airlines akan mengucapkan terima kasih kepada para penumpang kerana memilih Malaysia Airlines..



MH 2607 telah selamat mendarat di KLIA


Bersama anak-anak yang kegembiraan dah sampai di KLIA


Anak sulung aku bergambar berlatar belakangkan MH 2607 yang kami naiki tadi




Apabila dah keluar dari kapal terbang, maka kami semua terus menuju untuk mengambil bagasi..oleh kerana waktu Maghrib pun dah masuk..maka kami solat jamak qasar Maghrib dan Isyak siap-siap di airport..



Di dalam KLIA setelah selesai ambil beg


Di balai ketibaan KLIA

Kemudian kami terus ambil train ERL ke Salak Tinggi Station disebabkan kereta kami parking di sana..aku pun terlupa untuk snap gambar resit parking kat sana berapa..tapi murah jika dibandingkan dengan parking di airport..





 
Dengan ini maka berakhirlah percutian kami sekeluarga ke Kota Kinabalu. Memang terasa kepenatan tetapi kenangan bercuti di Kota Kinabalu ni memang seronok kerana terasa relax dan santai. Harap-harap kami dapat pergi bercuti lagi di bumi Sabah yang menghidangkan banyak keseronokan untuk para pelancong..

Terima kasih kerana sudi membaca blog percutian aku ini..jumpa lagi pada entry yang akan datang..InsyaAllah..

Wassalam..

Saksikan video kami di Kota Kinabalu pada hari ketiga :-



2 comments:

  1. Replies
    1. Hehe..terpaksa gigih juga menulis..sambil simpan kenangan sambil sharing dgn semua..tmksh kerana sudi membaca blog ini..

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.