Thursday, January 23, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 3

Pada hari ketiga ni, macam biasalah breakfast kat dalam bilik hotel je dengan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia..hehe..hari ni kami nak ronda2 dalam bandar Seoul ke beberapa tempat menarik...sebelum keluar tu aku tryla study last minute cara2 nak ke tempat seperti Gyeongbokgung Palace, Namdaemun, Seoul Central Mosque kat Itaewon, Namsan Tower dan Insadong...tapi yang sebenarnya tak sempat nak jalan semua tempat sebab kami keluar lambat jugak dekat jam 12.00pm arini..kekeke...untuk menuju ke sesuatu tempat melalui subway train, adalah penting untuk mengetahui exit berapa dari station tersebut..contohnya untuk pergi ke Gyeongbokgung Palace, kita boleh berhenti di Gyeongbokgung Station dan keluar exit 5 untuk ke sana...kat dalam google map ada tunjuk exit dia..takpun search je kat google cara nak ke sana...hehe..



Main mainan dulu sebelum keluar berjalan...kekeke..



Bergambar kat Yeongdeungpo


Destinasi pertama kali adalah Gyeongbokgung Palace, untuk ke sana kami perlu menaiki train dari Yeongdeungpo Station, dan berhenti di Jongno 3(sam)-ga Station untuk menukar train ke Gyeongbokgung Station, untuk tahu naik train Line berapa boleh rujuk dalam subway map dia...kalau tengok map dia memang pening, sebelum aku terbang ke Seoul ni aku try study cara nak ke sesuatu tempat dari hotel penginapan aku dengan pakai subway...last2 paham jugak cara nak guna map ni...Alhamdulillah...mula2 tengok memang rasa complicated...huhu...



Anak aku baru nak makan masa sampai Gyeongbokgung Station ni


Satu lagi mula2 aku ingatkan tempat transfer dari sesuatu station dengan station yang lain dekat je padahal kadang2 jauh2 jugak berjalan...memang lah bawah tanah, tapi kena turun naik tangga, kalau ada escalator lega sikit...nasiblah aku bersama anak aku yang masih kanak2, so bolehlah naik lift..kat Seoul ni aku perasan, lift hanya boleh digunakan oleh warga kurang upaya, warga emas dan keluarga bersama kanak2 sahaja..itu berdasarkan pemahaman aku berpandukan signage yang ada kat subway tu..dekat dalam train pun ada ruang tempat duduk hanya untuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak2 jugak...jadi kami selalulah dapat seat special tu sebab bersama kanak2...huhu...



Kat dalam bangunan National Palace Museum of Korea




Okay sambung balik cerita...masa dah sampai kat Gyeongbokgung Station, kami pun keluar ke exit 5..betul2 selepas exit 5 ni kita boleh lihat bangunan National Palace Museum of Korea, aku pun try jugak masuk kat dalam tu..ada rombongan budak sekolah melawat muzium tu...kat depan muzium tu adalah Gyeongbokgung Palace, tapi yang anehnya aku tengok beberapa pengunjung cuma masuk ke dalam kawasan istana tu tapi tak boleh..aku pun macam tu la jugak...pi mai pi mai...aku pun tanyalah orang Korea dengan member dia omputih tu...diorang cakap tutup daa...kekeke...kempunan nak masuk dalam...rupa2 ada hari2 dan masa2 tertentu je dibuka...kena rujuk waktu dia kat website sebelum pergi sana...




Kat luar bangunan National Palace Museum of Korea


Sekitar Gyeongbokgung Palace



Telatah ibu dan anak


Pastu aku pun masuk balik ke dalam subway balik untuk keluar dari tembok istana yang memang betul2 tinggi...pening jugaklah duk cari nak keluar exit apa dari subway ni...last2 kami keluar...pastu jalan2 skit...jumpa gak pintu masuk Gwanghwamun Gate dari luar...pastu kat seberang jalan tu nampak
Gwanghwamun Square...pergghhh indahnya tempat dia...tempat ni mungkin lebih kurang Dataran Merdeka Kuala Lumpur...Kami jalan2 pastu ambik2 gambar skit...Selepas selesai bergambar kat sini, kami pun ingin ke Itaewon pulak untuk menikmati makanan halal dan ke Seoul Central Mosque , daripada pembacaan aku kat internet kat Itaewon ni banyak terdapat makanan halal sebab ianya adalah tempat di mana banyak foreigner kat sini...



In the middle of nowhere...waktu ni tengah pening kepala sebab sesat...kekeke


Kat luar pagar di Gwanghwamun Gate



Kelihatan Seoul Sightseeing bus melalui Gwanghwamun Square


Kenangan manis berada di Gwanghwamun Square



Berlatar belakangkan Gwanghwamun Gate


Berlatar belakangkan Gwanghwamun Square


Statue of King Sejong di belakang kami


Berlatar belakangkan The Statue of the Admiral Yi Sun-sin


Bergambar sebelum masuk subway


Pastu kami pun turun ke subway Gwanghwamun Station dan tukar train kat Gongdeok Station untuk menuju ke Itaewon Station...Kali ni sekali lagi anak aku terlena masa dalam train...aduhh beratnya nak dukung dia...takkan nak rehat dan tunggu dia sampai dia bangun...oleh kerana musim sejuk ni tengaharinya pendek je lebih kurang 9 jam lebih jadi dah takde masa nak rehat dan rilek dah...masa dah sampai kat Itaewon Station aku terus keluar exit 3..



Tengah mendukung anak aku di Itaewon..pergghh beratnye..kekeke..


Lepas keluar exit 3 tu, jalan sikit terus nampak restoran halal Pasha Turkish Cuisine & Ice cream Halal Food, aku pun tak larat nak survey2 dah restoran lain memandangkan tengah mendukung anak aku  yang sedang tidur dan lagi satu kami pun dah kelaparan, kat dalam restoran ni agak sempit sikit...lepas duduk kejap..anak aku pun bangun...legalah..huhu...heater kat dalam restoran ni punyalah kuat...jadi panas pulak duk kat sini...kekeke...tapi makanan kat sini memang sedap..memang puas hati...harganya mungkin biasa di Seoul tapi berbanding di Malaysia dia mahal 3 kali ganda...pergghhhh...makan 3 orang dekat RM90...kalau duk lama2 kat Seoul ni boleh jadi pokai...huhu...



Inilah restorannya Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food di Itaewon


Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food dari pandangan sebelah tepi



Kaunter dalam restoran Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food


Memang sedap betul masakan ni...


Jemput makan semua!


Tapi kalau tengok harga dia...memang mahal bersamaan RM90 untuk 3 orang makan...pergghhh..letih beb...


Keenakan masakan kat restoran ni membuatkan hati ingin bertandang lagi ke sini kalau ada rezeki...InsyaALLAH...


Bergambar sebelum memulakan langkah ke Seoul Central Mosque

Aku pun bersembang jugak dengan penjual kat restoran tu, diorang memang berasal dari Turkey dan dia bagitau aku yang kat Istanbul takdelah sesejuk kat Seoul ni...ooo...dapat jugak ilmu...huhu...lepas makan kami pun beredar untuk Seoul Central Mosque, aku pun tanya jugaklah diorang macam mana nak ke masjid tu walaupun aku dah ambik gambar peta ke masjid tu pakai handset aku...huhu....untuk sampai ke masjid tu kita terpaksa mendaki bukit sedikit...on the way ke masjid tu kita boleh lihat banyak kedai2 halal...pendek kata kalau nak senang cari makanan halal datanglah ke Itaewon ni...



Jalan menghala ke Seoul Central Mosque, kelihatan mereka di sana sedang mendaki bukit..


Alhamdulillah sampai jugak kat Seoul Central Mosque ni..


Telatah ibu dan anak

Selepas sampai kat Seoul Central Mosque, kami pun bergambar dan menunaikan solat..tapi pengalaman masa nak ambik wudhuk di musim sejuk tu memang memberi kenangan pada aku..sebab payah sikit oleh kerana sejuk sangat...okay mula2 aku tanggal kasut dan stoking pastu letak atas rak kasut..kemudian nak cari tempat wudhuk tak jumpa pulak, rupa2 tempat wudhuk kat bawah, so terpaksalah menapak dengan kaki ayam jap atas simen..perghhhhh..macam nak beku tapak kaki...aku tak bagi anak aku jalan atas simen masjid tu sebab sejuk sangat..so aku dukunglah dia..tapi masjid ni juga sediakan selipar untuk kita ambik wudhuk..legalah jugak..terpusing2 jugaklah sementara nak cari tempat wudhuk ni...pastu masa ambik wudhuk kat sini, orang kat sini diorang bawak kasut2 pegi masuk tempat wudhuk, diorang bukak kasut dan stoking masa nak berwudhuk je...pastu terus naik tanggan masjid dan letak kasut kat rak kasut tu...aku pun hairan jugak takkan lah tak basah kasut dan stoking dia...huhu..sebenar Islam itu mudah...kita je yang buat payah sebab tak berilmu...kita kat Malaysia letak kasut dulu baru ambik wudhuk...kekeke...tapi nasiblah air untuk berwudhuk ada heater...legalah jugak...



Tempat mengambil wudhuk bagi lelaki di bawah masjid


Kat dalam masjid


Lagi gambar kat dalam masjid
Bersama penjaga Seoul Central Mosque ni..

Seoul Central Mosque memang cantik dan indah...aku pun bersembang jugak dengan seorang penjaga masjid tu yang berasal dari Indonesia, selepas tu kami pun beredar untuk ke Namdaemun Market..so kami patah baliklah jalan kami datang ke masjid tadi...



Money Changer berdekatan dengan Seoul Central Mosque


Antara restoran halal di Itaewon




Bangganye ada restoran Melayu kat Seoul ni..huhu..





Dalam perjalanan ke Itaewon Station tu, kami sempat singgah kat kedai ice cream untuk menikmati Ice cream di musim sejuk ni..huhu...tapi yang tak tahannya penjual ais krim ni suka acah2 yang ais krim nak terjatuh, sakit ati jugaklah...memang style kat Istanbul jugaklah..aku pernah tengok kat Astro waktu Heliza Helmi pergi Istanbul tu, diorang pun suka acah2 ais krim nak terjatuh...lawak lawak...kahkahkah...kalau kat Malaysia tak taulah apa dah jadi kat penjual ni..mau kena marah atau kena tibai dengan customer...hehe...mau berniaga ke mau bagi ais krim jatuh?...kekeke...



Kat depan Mr Kebab Turkish Kebab & Dondurma Ice Cream

Penjual yang kelakar

Selepas itu kami pun singgah kejap kat restoran Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food untuk membeli bekalan makan malam kami di hotel nanti...memang sedap tu makanan kat sini...waktu kat kedai tu aku tanyalah brader tu cara macam mana nak ke Namdaemun Market, dia bagitau kena turun kat Hoehyeon Station untuk ke Namdaemun Market, tapi dia bagitau pukul 7.00pm dah tutup dah...aduhhh...rosak plan kami...last2 kami pun tukar destinasi iaitu ke Myeongdong lagi skali...



Sedang menapau makanan kat Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food

Berhampiran restoran ni pun ada jugak baju " I love Korea" di jual...harga macam biasa 3 kali ganda Malaysia, sehelai pun yang paling murah 5000 won atau 10000 won...haha kadang2 rasa tak padan nak beli baju "I Love Korea" sampai RM30 sehelai...memang mahal la kat Seoul ni...dekat Namdaemun Market pun sama je harganya...


Antara barangan yang dijual berhampiran Itaewon Station

Pastu kami pun pergilah ke Myeongdong, kat sini baju "I Love Korea" dan keychain atau magnetic fridge tak berapa banyak...tapi orang ramai giler...lepas ronda2 dan beli apa yang patut, kami pun beredar untuk berehat di bilik hotel penginapan kami...



Untuk ke Namdaemun Market kena turun ke Hoehyeon Station, tapi sekarang ni kami nak ke Myeongdong..


Kat Myeongdong

Bersama ayahnya kat Myeongdong



Saksikan video di hari ketiga kami :-












Bersambung selepas ini untuk hari keempat di Seoul.....

4 comments:

  1. Assalam, boleh send itinerary & total cost ke email andreisyafiq@gmail.com

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ini sy copy paste dari reply sy sebelum ni kpd salah seorang yg bertanya.

      Ini adalah serba ringkas Itinerary yang saya ingat ( kalau nak tahu secara full blh tgk video dan baca blog sy di Seoul sehingga Day 5, sy sendiri pun tak larat nak baca semua dan tgk video semua..sebab lama dan panjang..tapi kalau tak tulis dan rakam nnt takde kenangan pulak nanti..hehehe)

      Sy tak hantar email, sy reply kat sini jelah..boleh pakat2 share...Inilah serba ringkas Itinerary di Seoul :


      Day 1
      0700: Tiba di Seoul dan breakfast kat sini dgn makanan yg ditapau dari atas kapal terbang
      1000: Beli T-Money utk 2 orang di 7-Eleven (kanak2 percuma), pastu terus gerak ke hotel di Seoul
      1200: Check in di F Yeongdeungpo Hotel, lunch kat dalam hotel je dgn maggi, sandwich dan makanan dari atas kapal terbang..pastu sambung tidur..kehkehkeh..
      1700: Pergi ke Dongdaemun (waktu ni tak berapa tahan sejuk, sepatutnya kami kena test dulu berapa tebal baju, seluar dan stoking yang perlu di pakai kat luar hotel untuk tahan sejuk..ni kami agak2 dan main redah je..sebab tulah sejuk..terpkasa beli seluar ketat selapis lagi kat Dongdaemun..)
      1900: Pergi ke Myeongdong, makan strawberry pastu makan roti kat Dunkin Donut, pastu balik
      2200: Smp kat hotel terus makan apa yg ada...makan sikit je sebab perut masih lagi kenyang..

      Day 2
      1200: Selepas sarapan kat bilik terus keluar ke Nami Island
      1400: Tiba di Nami Island (lunch kat Halal Restaurant kat sini) (total 20000 Won bersamaan RM60 utk 3 beranak)
      1800: Berangkat utk pulang ke Hotel
      2000: Tiba di Yeongdeungpo Seoul sambil ronda2 kejap pastu terus balik ke hotel, makan malam makan sikit2 je sebab dah kenyang

      Day 3
      1200: Pergi Gyeongbokgung Palace, Gwangwahmun Square
      1500: Pergi Itaewon (lunch kat restauran Halal disini..byk restoran halal kat sini)
      1600: Pastu pergi ke Masjid Itaewon
      1900: Pergi ke Myeongdong sekali lagi (mula2 bercadang nak ke Namdaemun, tp kami dimaklumkan bahawa Namdaemun buka smp pukul 7pm je...), sebelum tu singgah kat restoran tadi untuk tapau makanan..
      2100: Balik hotel
      2200: Tiba kat hotel dan berehat..makan malam dengan makanan yang ditapau tadi..

      Day 4
      1100:Check out F Hotel Yeongdeungpo, pergi ke Incheon
      1300: Check in Sky Hotel Incheon (tukar hotel sebab besok flight awal dan hotel ni dekat dgn airport)
      1400: Pergi ke Namdaemun
      1600 : Naik Namsan Tower dgn Cable car (tiket return untuk 3 orang berjumlah 20500 won lebih kurang RM62)
      1900: Pusing2 dgn subway sambil singgah kat Gangnam sekejap..sebab Gangnam style punya pasal..hehe..
      2100: Tiba di hotel untuk kemas2 barang

      Day 5
      0600: bangun awal utk bersiap2
      0800: Check out hotel dan pihak hotel hantar kami ke airport
      1100: Berlepas ke KL
      1800: Tiba di KL..


      Dan berkenaan kos pulak, sy buat simple calculation begini..belanja di Seoul adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari KL, jadi jika kita sekali makan bagi 3 beranak kat kedai mamak di KL habis RM30, maka belanja untuk sekali makan di Seoul adalah lebih kurang RM90, kalau belanja makan sehari di KL boleh habis RM70, maka di Seoul kami peruntukkan RM200 untuk sehari.. begitu juga dengan baju..kalau di KL baju paling murah berharga RM5, kat Seoul pun harga dia 5000 Won..kalau biasanya baju berharga RM15, kat Seoul pun harga baju 15000 Won..memang rasa mahal..

      Okay..Anggaran perbelanjaan di Seoul tidak termasuk tiket flight (5 hari 4 malam) utk 3 beranak :

      1)kos hotel 4 malam (RM1000)
      2)kos pengangkutan 2 org dgn menggunakan T-Money (RM500)
      3)kos makan 3 beranak termasuk beli barang utk 5 hari (RM1000) maknanya sehari belanja tak boleh lebih RM200..

      Itu jela yang boleh saya kongsikan setakat ni..sekian..

      Delete
    2. Salam..boleh terangkan tak cara naik train subway tu...macam mana kita nak tahu train tu pergi ke Hoehyeon Station atau Myeongdong?? Apa tujuan no atas lantai sebelum masuk dalam train? dan apa tujuan pintu Exit tu?
      aku nak travel ker korea dgn family aku bln3 next year, aku hnya tahu nek train ERL jer bro..tu pun dari Putrajaya ker KLIA..hehe terima kasih..

      Delete
    3. Salam, saya pun dah tak berapa ingat dah macam mana train kat Seoul ni..hihi..maklumlah dah lama..mula2 sedara kena ada map (http://www.korea4expats.com/Subwaymap_Eng.png), kalau dilihat di map tu stesen Hoehyeon dan Myeongdong adalah bersebelahan dan hanya satu train saja yg lalu stesen tu iaitu train bernombor 4,

      Sebagai contoh, sedara ada dekat Yongsan Station, untuk ke Myeongdong sedara kena naik train menghala ke Seoul Station, lepas tu kat sana, sedara kena keluar untuk tukar train yang menghala ke Myeondong..sebelum sedara fly ke seoul bolehlah sedara praktice map seoul subway ni..sekejap je paham..saya dulupun pening kepala nak paham..tapi sekali dah paham..terus boleh pergi ke mana2..kalau tak paham jugak kat Seoul nnt boleh tanya orang Seoul...InsyaALLAH diorang akan membantu..

      tujuan no atas lantai tu sy pun tak tahu..

      Manakala no exit di subway tu penting, sebab kalau silap exit jauh pulak nak berjalan patah balik, macam kat shopping mall di Malaysia, kereta parking kat blok A, sekali lepas shopping kita keluar kat blok C..mau pening kepala nak cari blok A balik..itulah tujuan no exit tu..boleh tengok kat google map no exit yang berdekatan tempat nak pergi tu...

      Diharap info ni dapat membantu sedikit..selamat bercuti!..

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.