Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Saturday, June 22, 2013

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...Untuk pengetahuan semua setiap 1 Oktober setiap tahun, orang China akan menyambut National Day dan tempat2 tumpuan pelancong dijangka akan penuh dan sesak...kebanyakan rakyat China akan gunakan kesempatan ini untuk balik kampung atau pergi bercuti...


Newspaper yang disediakan oleh pihak hotel...


Bergambar di lobi hotel




Okay selepas selesai persiapkan diri, kami pun keluar dari hotel untuk ke Deping Road Metro Station lebih kurang 2km dari hotel ni...perghh...jauh giler rasanye berjalan...dekat sejam baru sampai kat station tu...tambah pulak anak aku tak larat jalan, aku ngan wife aku bergilir2 dukung dia..letih yang amat tambahan kami bawa beg yang penuh dengan air kotak dan roti utk bekalan kalau2 tak jumpa kedai halal utk makan...tapi nasib tak berpeluh sebab suhu kat sini nyaman je...macam dalam aircond walaupun tengah hari...



Kat luar bangunan hotel




Bangunan Wyndham Grand Royale Oriental Shanghai...tinggi giler...



Di persimpangan Pudong Avenue dan Deping Road




Kalau korang nak tau, mula2 aku rancang untuk menaiki train dari dari airport ke hotel dengan destinasi terakhir kat deping road station ni...pastu jalan kaki ke hotel...nasib baik aku buat keputusan yang bijak untuk naik teksi terus dari airport...kalau tak dengan bawa beg lagi, ngan anak aku lagi....mau dekat sejam lebih baru sampai...haha...



Dekat2 2km kami jalan..jauhnye...


Sebelum kami sampai kat Deping Road Station tu, tiba2 kami ternampak kedai halal, kami jenguk kat dalam dulu...yang kami boleh tanya "halal" je..yg lain tak tau nak cakap...diorang pun xleh cakap omputih...haiyya woo...lepas konfem kedai ni halal...dengan pantas kami order, nak order pun kena tengok gambar je, nak baca menu dia sepatah haram kami tak faham...hihi...murah je makan kat sini...lebih kurang kat Malaysia la jugak...sepinggan nasi goreng dan sepinggan mee hanya RMB22 bersamaan RM11 kita laa...air kami minum air kotak yang kami bawa...jimat dah tu...kikikiki....sedap jugak makan kat sini...rupa orang Islam kat China ni lain sikit, rupa diorang macam orang Uzbekistan atau Kazakhstan je...diorang ni mungkin berasal dari Xinjiang...





Nyam..nyam....yummy nyer...

Bersama peniaga restoran Muslim


Pastu lepas makan, kami singgah kat kedai runcit sebelum sampai kat Deping Road Metro Station tu...ada pulak teddy bear kat situ...semalam anak aku nak beli teddy bear, tp kami tak jumpa...so belilah teddy bear kat dia...seronok betul anak aku ni...hihi..

My new teddy bear...tq Abah n Umi...

Selepas tu kami pun sampailah kat Metro Station Deping Road ni, lama giler nak sampai sini...letih tu takla letih sangat sebab sambil tengok2 keadaan sekitar Pudong ni.. aku agak blur lepas masuk dalam station tu...mane pernah beli tiket...memang jemm la...lepas tu aku tanya guard yang ada kat dalam station tu, dia pun tak tahu cakap English...aduhhh...macam mane nak beli tiket ni, pastu aku nampak ada orang kat kaunter, jadi aku pergilah tanya perempuan kat dalam kaunter tu, nasiblah dia pandai cakap English sikit2...pastu diorang sume tolong akami beli tiket kat touchscreen computer, nasib instruction dia pun ada dalam bahasa Inggeris...senanglah sikit kojo den...hihi...kami sebenar nak turun ke Yuanshen Stadium Station guna Metro Line 6 untuk pergi ke Masjid Pudong...orang China ni ramah2 dan suka membantu tapi masalah diorang ni tak tau cakap omputih je, so payahla nak berkomunikasi dengan diorang...kalau kita boleh cakap mandarin memang satu kelebihan...



Bergambar sebelum masuk ke station Metro bawah tanah ni

Umi dia penat...hehe...




Sekejap je sampai kat Yuanshen Stadium Station ni, Masjid Pudong ni tak jauh dari station ni lebih kurang 5 minit berjalan je...sebelum kat rehat makan2 dan minum2 kat sebelah Shanghai Qinci Yandian Taoist Temple...

Berehat kat sebelah Shanghai Qinci Yangdian Taoist Temple

Dah makan sikit2, kami pun menuju ke Masjid Pudong untuk bersolat, perghh cantiknye Masjid dia...
Rase bangga jugak sebagai orang Islam ada jugak masjid kat tengah2 bandar Pudong Shanghai ni... Alhamdulillah...



Kat depan Masjid Pudong Shanghai




Model Unit Shanghai Municipality


Pastu masa tunggu wife aku abis solat, aku lepak kat tepi masjid tuh...tau2 datang budak kecik ngan mak ayah dia...mungkin orang Islam Xinjiang kot...dia bagi kat anak aku buah anggur...baik betul diorang ni...kebanyakan kat masjid ni semuanya muka orang2 Xinjiang...

Pastu kami pun kembali ke Yuanshen Stadium Station untuk ke People's Square Station, kali ni kami kena tukar train Line 2 kat Century Avenue Station. Sebelum beli tiket tu, aku tanyalah staff kat kaunter tu, yang kami nak ke People's Square Station tapi kena transit kat Century Avenue Station untuk naik Line 2, so kami patut beli tiket direct ke People's Square Station ke atau kena beli tiket sampai ke Century Avenue Station, pastu kat sana beli tiket lain pulak untuk ke People's Square Station...Staff tu tak berapa paham apa yang aku tanya, dia ada jawab tapi aku tak paham apa yang dia cakap pastu dia angguk2 je...jadi aku pun belilah tiket ke Century Avenue Station dgn harga RMB3 seorang..

Disebabkan harini adalah National Day bagi rakyat China, jadi dalam train penuh orang, memang crowded giler...pastu masa sampai kat Century Avenue Station, memang sesak beb...pastu kat situ aku nampak diorang terus naik train lain tanpa beli tiket...oooo...oooo...aku dah rugi...kat situ aku beli tiket untuk ke People's Square Station pulak...sepatutnya masa kat Yuanshen Stadium Station tu aku patut beli direct ke People's Square Station, rupa2nya kat Shanghai ni sekali naik train RMB3 tiket dia tak kira mane korang nak pegi...dekat ke jauh ke harga sama je...tapi takpela inilah pengalaman namanya...

Masa dah sampai kat People's Square Station ni, anak aku pulak tidur...aku cepat2 nak keluar dari station bawah tanah nih sebab panas skit berbanding kat luar yang agak sejuk, lagipun anak aku tidur pulak...kena dukung dia...perghhh penat giler...aku gilir2 ngan wife aku dukung dia....kekekeke....




Kat Nanjing Road, anak aku tengah syok tidur...kekekeke...


Masa keluar dari station bawah tanah tu, aku dah mula pening dah...memang aku bawak map, tapi aku memang betul2 lost dah ni...sebab bangunan dia tinggi2...payah nak agak jalan dia...last2 aku dapat kesan jugak kedudukan aku kat mane, oleh kerana kesuntukan masa aku tak dapat pergi ke Shanghai Art Museum, Shanghai Grand Theater,  dan Shanghai Urban Planning Exhibition Hall. Aku bergegas untuk ke The Bund, mula2 kami jalan kaki untuk ke sana sebab dalam map macam dekat je, pastu aku tengok signage duk tunjuk untuk ke The Bund lebih kurang 1.5km, so aku cakap kat wife aku kita kena naik teksila, tak larat nak berjalan dah...memang penat...nasib tak berpeluh sebab udaranya nyaman...

Pastu aku tahan teksi, dia macam marah sebab aku lambat nak masuk dalam teksi tu...mungkin tempat tu tak leh nak ambik passenger kot...jadi aku tunjuk map The Bund tu kat driver, punyala payah dia nak paham...last2 dia paham gak...lebih kurang RMB14 je nak ke sana...sebenarnya teksi kat Shanghai ni kalau dah naik memang kena cas minimum RMB14 walaupun dekat je...




The Bund


Masa sampai kat The Bund tu, penuh dengan orang...memang crowded giler...Aku senyum lebar dan seronok sebab akhirnya aku sampai jugak kat The Bund ni, Syukur padamu Ya ALLAH SWT ! sebab beri kami peluang untuk jejak kaki ke sini...memang cantik permandangan dia...aku pun mula2 cari peluang dan angle2 yang terbaik untuk ambik gambar...memang payahla nak ambik gambar dengan backdrop Shanghai Skyline ni...orang sesak giler...

Tiba2 anak aku pulak nak kencing, jenuh wife aku cari tandas, nasib jumpa gak...jadi kami pun turun bawah duduk lepak kat tepi rumput, kita tak dibenarkan untuk pijak rumput tu, lagipun ada guard yang jaga, so kami duduk kat tepi je...

Tiba2 adalah makcik bawak anak dia kencing kat atas rumput belakang kami..tak senonohla diorang ni, jadi kami pun pindah tempat lain, guard tak marah pulak kalau orang bawak anak diorang kencing atas rumput tu...

Masa tengah snap2 gambar sendiri, ade gak orang yang nak tolong ambik gambar kami, tapi aku tolak dan aku cakap thank you je, aku risau gak sebab orang ramai sangat, takut nanti diorang wat lari camera aku...abisla kenangan aku..jadi untuk selamat, aku ambik sendiri2 je gambar kami bertiga di hadapan Shanghai Skyline...tapi Alhamdulillah semuanya cantik...Syukur...


Mimpi jadi kenyataan..bergambar bertiga di The Bund


Pastu kami pun balik ke hotel apabila hari dah nak gelap, malam tu kami makan maggi je sebagai makan malam kat bilik hotel...hihi...

Bersambung pulak nanti di hari ketiga...tunggu....


Video kami di hari kedua :






Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.