Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Monday, October 24, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam Sept 2016 Day 2


Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lenanya..jadi tibalah masanya untuk kami menjelajah bumi Ho Chi Minh City ni..jadi pada hari ini semua kena bangun awal sebab dah janji dengan Mr. Ah Son pada pukul 8.00 pagi semua akan berkumpul kat lobi..

Apabila dah selesai mandi semuanya..maka mula-mula aku dulu turun ke cafe hotel seorang diri untuk sarapan, masa sampai kat sana tu aku rasa terkejut sebab hotel tu sediakan satu section khas untuk makanan halal..pergghh terbaek betul layanan Lan Lan 2 Hotel ni..

Section makanan halal

Ni makanan tak halal




Kemudian tu barulah aku bagitau ahli keluarga yang lain melalui whatsapp..wifi di Lan Lan 2 Hotel ni sangat bagus dan boleh dipuji...walaupun tak banyak sangat menu yang disediakan namun ianya lebih dari apa yang disangkakan..aku ingatkan hanya boleh makan roti dan minum air je..hehehe..terbaeklah Lan Lan 2 Hotel ni..






Memang semalam masa check in staff hotel tu memang ada bagitau tentang makanan halal tu tapi aku pun tak agaklah macam ni diorang hidangkan..dia kata boleh request makanan halal, tapi entah macam mana kami tak request apa-apa mungkin sebab penat sangat baru sampai atau anggap makanan halal yang diorang serve tu mungkin hanya air dan roti je kot..ekekeke..


Breakfast seorang diri di Ho Chi Minh City


Sarapan aku pagi ni di Lan Lan 2 Hotel

Selepas selesai menjamu selera sarapan ni, barulah ahli keluarga yang lain turun untuk sarapan jadi kali ni giliran aku pulaklah untuk pegang baby..huhuhu..



Anak sulung aku tengah menjamu selera bersama Mak Toknya


Baby baru kami pun join jugak..hehehe..


Bondaku dan ahli keluarga yang lain tengah bersarapan


Sempat jugak bergambar di depan hotel sementara menunggu yang lain sarapan


Tak lama kemudian Mr Ah Son pun sampai.. sebelum pukul 8.00 pagi lagi dia dah sampai..bagus betul Mr. Ah Son ni.. Oleh kerana masih ada lagi ahli keluarga kami yang masih belum sudah sarapan, jadi Mr. Ah Son terpaksalah tunggu sekejap. Lagipun Mr. Ah Son menyatakan City Tour ni mungkin lama sehari suntuk dari pagi sampai malam, jadi kami diberi peluang untuk bersantai-santai tanpa terikat dengan jadual..maknanya dia akan bawa kami ke tempat yang sempat pergi je..takdehal lah Mr. Ah Son janji enjoyed..




Mr. Ah Son sedang perkenalkan diri dan fasih berbahasa Melayu


Baru berkumpul di lobi


Bergambar bersama Mr. Ah Son tourist guide


Tanpa membuang masa, kami terus dipelawa oleh Mr. Ah Son untuk menaiki van.. Tak sia-sia dapat offer perkhidmatan Mr. Ah Son ni, kalau tidak harini mengikut perancangan asal mungkin kami guna teksi je nak ke mana-mana..huhuhu..mesti kalut punya duk berkejar-kejaran di antara 2 teksi.. maklumlah kali ni kami ramai..hehehe..


Alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan urusan kami di Ho Chi Minh City ni..yang penting jangan lupa doa pada ALLAH SWT semoga permudahkan segala urusan kita semua..




Mak aku pun nampak happy dan enjoy..Ahamdulillah


Pergghh besar giler van dia


Bergambar lagi dgn Mr. Ah Son sebelum bertolak..ekekeke..

Yang menarik semasa dalam van ni Mr. Ah Son memberi penerangan tentang Ho Chi Minh City seperti seorang tourist guide yang professional. Terhibur kami dibuatnya..huhuhu..Dia boleh bercakap dalam 4 bahasa iaitu English, Mandarin, Bahasa Melayu dan Vietnam.


Jadi pada harini Mr. Ah Son akan membawa kami ke beberapa tempat shopping dan tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan di sekitar Ho Chi Minh City. Kami difahamkan bahawa untuk pergi ke semua tempat attractions memerlukan beberapa hari untuk cover semua, jadi harini hanya dapat cover sedikit sahajalah.. Kalau nak pergi semua maknanya kami kena guna perkhidmatan Mr.Ah Son lagi besoknya..tapi memandangkan besoknya kami hanya nak ronda sekitar Ben Thanh Market jadi kami guna perkhidmatan Mr. Ah Son untuk satu hari ini jelah..



Mr. Ah Son sedang memberi penerangan tentang Ho Chi Minh City dalam Bahasa Melayu


Penuh van ni


Destinasi pertama kami adalah ke Linda Wholesale Factory yang mana disini banyak menjual pakaian-pakaian jubah.


Sepanjang perjalanan tu aku asyik je tengok keadaan lalulintas di Ho Chi Minh City ni yang nampak macam tidak teratur tapi tiada accident dan ianya juga penuh dengan motorsikal. Di fahamkan penduduk di Ho Chi Minh City ni berjumlah 8.2 juta dan jumlah motorsikal yang ada di sini dianggarkan berjumlah 7.4 juta..pergghh memang banyak giler motorsikal kat Ho Chi Minh City ni..












Tak lama kemudian sampailah kami di Linda Wholesale Factory yang tempatnya kelihatan seperti bangunan rumah. Perjalanan untuk ke sini mengambil masa lebih kurang 40 minit juga walaupun jaraknya taklah jauh sangat, tetapi disebabkan jalan sesak maka terpaksalah membuang masa di atas jalanlaraya..tapi seronok juga sebab boleh tengok keadaan sekitar Ho Chi Minh City dari segi lalulintas, binaan bangunan dan gelagat penduduknya.




Sempat bergambar di depan Linda Wholesale Factory




Yang membuatkan kami terkejut adalah kat sini boleh guna duit Ringgit Malaysia dan diorang letak harga pun dalam RM dekat tag harga..rupa-rupanya info yang mengatakan duit Ringgit Malaysia (RM) dah tak laku kat Ho Chi Minh City ni ternyata hanyalah satu khabar angin yang meleset dan tak benar rupanya..


Aku pun hairan sebanyak-banyak matawang di dunia ni, duit Ringgit Malaysia (RM) juga yang diorang pilih untuk letak dekat price tag tu..maknanya orang Malaysia memang terkenal datang shopping kat Ho Chi Minh City ni..sehinggakan mereka terpaksa ikut selera duit rakyat Malaysia..


Semasa kami kat sini pun terjumpa banyak orang Malaysia yang datang membeli pakaian kat sini..mungkin untuk berbisnes di Malaysia kot...yelah memang boleh meniagalah kat Malaysia kalau dapat murah macam ni kan...hehehe..





Jualan pakaian dibahagikan mengikut tingkat


Dalam Linda Wholesale tingkat bawah


Sepanjang kat sini aku hanya duk dukung anak aku dan bagi masa kat wife aku dan ahli keluarga yang lain pergi pilih pakaian apa yang nak dibeli..jadi aku nak cerita lebih-lebih pasal pakaian ni pun aku tak berapa nak pandai..ekekeke..


Cuma aku difahamkan oleh ahli keluarga yang lain yang harga kat sini murahnya hampir 3 kali ganda berbanding di Malaysia..boleh tengok sendiri senarai harga pada gambar-gambar dibawah yang sempat aku ambil..boleh nilai sendiri samada mahal atau murah..




Tag harga dalam Ringgit Malaysia (RM)














Kat sini memang sesuai untuk bawa orang perempuan..orang lelaki memang penat menunggu lah..hehehe..lama jugak masa dihabiskan di sini..serius aku cakap aku tak berapa suka habiskan masa kat tempat macam ni..tapi memandangkan inilah kesukaan orang perempuan..so aku layankan ajelah..ekekeke..


Peace yo!


Mak aku tengah memilih pakaian



Memang rambang mata kot kalau datang kat tempat ni, kepada sesiapa yang nak buat bisnes pakaian memang sesuai ambil stok barangan kat sini.. Alamat kedai boleh didapati pada gambar bisnes kad di bawah ini.


Bisnes kad Linda Wholesale yang memaparkan senarai harga dan alamat

Servis Mr. Ah Son ini memang boleh dipuji, dia siap kumpulkan kesemua plastik bag hasil pembelian dengan siap tulis nama dengan marker lagi kat plastic bag tu, jadi memudahkan kami untuk memilih plastik siapa punya setibanya kat hotel nanti, memang nampak sangat dia dah biasa bawa pelancong-pelancong ni. Kalau kita datang sendiri mesti tak terpikir nak tulis nama..hehehe.. Kemudian ke semua plastic bag tu dikumpul dan disimpan kat belakang van.


Jadi apabila kami ke tempat lain pulak tak payahlah nak bawa plastic bag tu sekali, sebab boleh tinggal dalam van,  Kalau naik teksi memang agak payah sebab barang kena bawa sekali dan tak boleh tinggal dalam teksi melainkan kita sewa teksi tu untuk sehari..tapi mesti mahal giler bayarannya..ekekeke..




Baby aku bergambar dengan Mr. Ah Son untuk kenangan


Kat kaunter bayaran

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Mr. Ah Son ni bolehlah menghubunginya di nombor yang tertera pada gambar di bawah ini. Memang tip top perkhidmatannya.



Bisnes kad Mr. Ah Son




Apabila dah selesainya maka kami dibawa ke tempat pelancongan pula, Mr. Ah Son ni pandai mengatur jadual lawatan tempat shopping di selang-seli dengan tempat tempat pelancongan. Barulah tak boring orang lelaki macam aku dan adik aku ni..huhuhu..




Dah bersedia untuk ke tempat lain pula tapi yang pasti bukan tempat shopping..hehehe

Sekarang ni kami menuju ke War Remnants Museum, Ho Chi Minh City. Sebenarnya aku pun dah pening kat mana dah sebenarnya kami ni, tak tahu dah kami ni duduk dekat district mana dah..cuma yang pasti kami masih di Ho Chi Minh City..huhuhu..


Sepanjang perjalanan ke War Remnants Museum ni sempat juga aku mengambil gambar-gambar di sekitar Ho Chi Minh City ni..




Banyak motor di Ho Chi Minh City ni
Gerai makan di tepi jalan seperti terdapat di beberapa bandar di Malaysia







Kadang-kadang terasa seronok semasa melancong ni apabila dapat lihat keadaan yang berbeza berbanding tempat kita di Malaysia..sistem dan keadaan lalulintas yang betul-betul berbeza dengan Malaysia..itulah yang membuatkan Ho Chi Minh City ni unik kepada pelancong Malaysia disamping pula ia pula seolah-olah syurga membeli-belah di kalangan wanita..




Bersama isteri tersayang disamping baby baru..Alhamdulillah..


Motorsikal beratur panjang


Kelihatan bangunan Pagoda


Siap ada yang bawa tangga naik motorsikal..memang unik dan terbaekkk!

Boleh dikatakan sepanjang perjalanan dari Linda Wholesale ke War Remnants Museum, keadaan lalul intasnya sentiasa sibuk dengan kenderaan terutamanya motorsikal.









Setelah lebih kurang 30 minit, maka sampailah kami dekat War Remnants Museum tu, tetapi waktu kami sampai lebih kurang 20 minit sebelum pukul 12.00pm di mana mereka akan tutup sekejap museum ni..tapi sempat lagilah untuk kami bergambar di bahagian luar bangunan museum.



War Remnants Museum opening hours (carian google)


Bergambar di pintu masuk War Remnants Museum, Ho Chi Minh


Bergambar kenangan bersama Mr. Ah Son


Dekat sini kita dapat lihat peninggalan kenderaan perang yang digunakan ketika perang Vietnam dan Amerika Syarikat yang berakhir pada sekitar tahun 1975. Kami sangat berterima kasih kepada Mr. Ah Son sebab sudi tolong ambil gambar kami semua.


Berlatar belakangkan bangunan War Remnants Museum, Ho Chi Minh City



Boleh dilihat juga ramai pengunjung-pengunjung mat salleh kat sini...sememangnya Ho Chi Minh City ni memang menjadi tumpuan pelancong-pelancong antarabangsa..



Bergambar bertiga dibelakang peninggalan Perang Vietnam







Dah selesai bergambar di War Remnants Museum, kami pun dibawa ke Independence Palace pula yang tidak jauh dari War Remnants Museum ni. Independence Palace ni juga dikenali sebagai Reunification Palace. Ia adalah rumah dan pejabat President Vietnam Selatan, dan juga tempat bersejarah di mana ia adalah tempat di mana berakhirnya peperangan Vietnam apabila kereta kebal tentera Vietnam Utara merempuh masuk dengan melanggar pagarnya semasa peristiwa "Fall of Saigon".




Dah bersedia untuk ke Independence Palace

Oleh kerana keadaan cuaca yang agak panas seperti di Kuala Lumpur, jadi ada di antara kami yang berehat di dalam van sahaja terutamanya Mak Mertua aku dan baby kami..huhuhu..



Bergambar kenangan di depan bangunan Independence Palace




Sesudah itu, kami pun di bawa ke Saigon Notre Dame Cathedral Basilica dan Saigon Central Post Office.


Sebelum turun dari van, Mr. Ah Son mengingatkan kami supaya beringat akan penyeluk saku, jadi kena jaga baik-baiklah harta benda dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Terima kasih Mr. Ah Son kerana memberi peringatan ini kepada kami.


Saigon Notre Dame Cathedral Basilica ini dibina semasa era penjajahan Perancis pada dan dibina di antara tahun 1863 dan 1880. Patutlah bentuk senibinanya macam di Eropah.


Walaupun tengah panas terik selamba je kami pergi bergambar kat sini..rugilah kalau sampai tapi tak bergambar kan..hehehe..



Saigon Notre Dame Cathedral Basilica







Sempat bergambar dengan pasangan pengantin baru yang tengah buat penggambaran..hehehe..


Selepas itu kami pun berjalan kaki ke Saigon Central Post Office yang terletak bersebelahan Saigon Notre Dame Cathedral Basilica. Juga dibina oleh Perancis pada di antara tahun 1886 dan 1891. Memang jelas senibinanya adalah senibina Eropah atau lebih tepat senibina Perancis.


Yang sebenarnya tempat-tempat attractions ni adalah berdekatan sahaja dengan Ben Thanh Market mungkin boleh berjalan kaki kalau larat..boleh tengok google map untuk panduan..




Saigon Central Post Office


Bergambar di dalam Saigon Central Post Office


Kat dalam Saigon Central Post Office

Apabila dah selesai bergambar di Saigon Central Post Office, kami kemudiannya di bawa ke kedai menjual souvenir yang bernama Butterfly. Perjalanan ke kedai souvenir tu memakan masa lebih kurang 10 minit.



Bersama bonda tercinta

Bergambar di hadapan kedai souvenir



Walau bagaimanapun barangan di kedai ini agak mahal berbanding di Ben Thanh Market, mujurlah adik aku perasan harga souvenir kat Ben Thanh Night Market lagi murah waktu diorang pergi semalam..

Kalau nak beli souvenier lebih baik pergi beli di Ben Thanh Market lagi..Jadi kami hanya beli sedikit sahaja barangan kat sini. Lagi pun kedai ni nampak macam ada class je jadi harganya mesti ada class jugak kan..tak sama taraf dengan kami..hukhukhuk..yelah kos sewa kedai pun dah berapa..kalau sesiapa ikut tour Mr. Ah Son mungkin boleh keluarkan kedai ni dari list tempat yang nak dituju..hehehe..



Antara barangan yang di jual dalam kedai souvenir ni


Oleh kerana masing-masing dah lapar, maka Mr. Ah Son membawa kami untuk pergi makan tengah hari di restoran halal yang terletak di dalam kawasan Cholon Jamial Mosque iaitu di District 5.



Selfie bersama isteri tersayang dan baby baru kami


Lama jugalah nak sampai kat restoran halal ni. Jadi sepanjang perjalanan tu macam biasalah aku asyik mengambil gambar dan video sahaja. Bagi aku kalau melancong ni tak beli barang pun takpe janji aku boleh ambil gambar dan video. Itulah antara kepuasan diri yang aku dapat rasai ketika melancong..ekekeke..




Aku perhatikan banyak juga penunggang motorsikal yang memakai penutup muka mungkin untuk jaga kesihatan dari pencemaran











Ada juga buah-buahan yang dijual di tepi jalan

Lebih kurang 30 minit kemudian maka sampailah kami di Cholon Jamial Mosque, Mr. Ah Son beritahu kami yang masjid ini adalah masjid kedua terbesar di Ho Chi Minh City ni.



Bergambar bersama bonda tercinta di pintu masuk Cholon Jamial Mosque


Cholon Jamial Mosque


Bergambar di depan Muslim Halal Restaurant yang berada di hadapan Cholon Jamial Mosque

Kemudian kami terus masuk ke dalam restoran untuk menikmati makanan tengah hari, oleh kerana makanan yang disediakan adalah termasuk sekali dalam package maka aku tak boleh nak beritahu samada makanan di kat restaurant ni mahal ke murah.


Bersedia untuk menjamu selera.. Jemput makan semua!




Masakannya sedap juga dan masakannya lebih kurang masakan Melayu je. Kami juga jumpa pengunjung dari Malaysia kat dalam restoran ni..siap diorang tolong pegang baby aku lagi untuk bagi peluang aku menjamu selera..huhuhu..terima kasih banyak kepada yang menolong kami pada waktu itu.


Oleh kerana ramai juga pelancong Malaysia kat Ho Chi Minh City ni, aku dengan selamba je cakap Melayu dengan petugas restoran ni..pendek kata kalau datang Ho Chi Minh City ni kita boleh cakap Melayu dan guna Ringgit Malaysia (RM)..hehehe..








Apabila dah selesai menjamu selera, kami pun pergi singgah di Cholon Jamial Mosque yang berada di sebelah restoran ni sahaja untuk bersolat dan berehat sekejap. Isteri aku sempat juga mandikan baby kami kat sini untuk menyejukkan badannya.




Di hadapan Cholon Jamial Mosque


Cholon Jamial Mosque ni telah dibina oleh komuniti Islam Tamik, tetapi sejak 1975 ia diterajui oleh komuniti Islam dari Malaysia dan Indonesia. Senibina masjid ini juga cantik dan unik, lebih kurang senibina masjid di Malaysia juga. Di bawah ni antara gambar persekitaran Cholon Jamial Mosque yang sempat aku ambil.




Tempat berwudhuk





Tabung derma ditulis "JARIYAH"


Tempat solat untuk wanita


Tempat solat utama untuk lelaki









Baby kami baru lepas bersiap..baru segar sikit badan dia..hehehe..




Kemudian kami di bawa ke tempat menjual pakaian, aku pun dah tak tau dah kat district mana dah..macam jauh jugak nak sampai tempat ni tapi yang seronoknya dapat pusing Ho Chi Minh City..bukan selalu boleh sampai kat sini..



Simpang empat yang tiada traffic light..boleh dikatakan konsep siapa cepat dia lalu dulu..hehehe..ini yang uniknya lalu lintas di Ho Chi Minh City ni.







Apabila jauh pusing-pusing bandar Ho Chi Minh City ni, aku dapat nampak yang Ho Chi Minh City ni memang besar, dan ada juga tempat-tempat yang mewah terutamanya di duduki oleh expatriat-expatriat luar berdasarkan penerangan dari Mr. Ah Son.





Kelihatan bangunan tertinggi di Vietnam iaitu Bitexco Financial Tower yang setinggi 68 tinggi







Sebelum sampai di kedai pakaian ni, Mr. Ah Son ada pesan kalau ada orang datang jual baju T-Shirt 12 helai RM100, kalau berminat nak beli sila tawar lagi lebih kurang jadi 17 helai RM100. Aku pun sebenarnya tak berapa faham lagi apa yang Mr. Ah Son maksudkan ni. Aku iyakan jelah..hehehe..




Di kawasan inilah yang banyak diduduki oleh expatriat-expatriat luar dan duit USD banyak digunakan di sini..aku pun lupa dah nama kawasan ni


Biasanya Lotte ni kat Korea je..kat Ho Chi Minh City pun ada


Baby kami tengah tidur daa dalam van..huhuhu...


Akhirnya lebih kurang 30 minit sampailah kami di Xuan Mai's Shop yang menjual pakaian-pakaian Muslim terutamanya baju sembahyang muslimah..


Boleh tahan murah jugak harga kat sini..walau bagaimanapun aku hanya sibuk dukung baby je..bagi peluang kat wife aku tengok pakaian kat sini..hehehe..


Kalau nak tengok harganya bolehlah tengok pada gambar yang sempat aku ambik di bawah ini..kedainya juga macam rumah..



Bangunan Xuan Mai's Shop


Adik aku dan isterinya



Kat sini pun tag harga pun dalam Ringgit Malaysia (RM), nampak sangat orang Malaysia selalu datang kat kedai ni. Tengok tag harga dalam Ringgit Malaysia (RM) ni terasa macam shopping kat Malaysia lah pulak..ekekeke..




Mak mertua adik aku tengah memilih pakaian


Bisnes kad kedai ni..

Duk dalam kedai ni pun jumpa lagi dengan orang Malaysia..huhuhu..tak putus-putus orang Malaysia rupanya pergi ke Ho Chi Minh City ni..Macam rasa Ho Chi Minh City ni dalam Malaysia lah pulak..huahuahua..



Senarai harga




Senarai harga dalam Ringgit Malaysia (RM)

Lepas tu kami pun singgah kat kedai kopi berdekatan Xuan Mai's Shop ni..maklumlah orang kata tak sah kalau pergi Vietnam tapi tak rasa kopi dia..jadi Mr. Ah Son bawa kami pekena kopi kat kedai M.A.T Coffee.



Kedai M.A.T Coffee

Memang sedap kopi Vietnam ni tambah-tambah kalau campur susu..lagi pula masing-masing tengah dahaga pula waktu ni..


Kalau kat Ben Thanh Market banyak kopi yang dijual ditepi jalan.. Tapi oleh kerana kami dah rasa kopi kat sini jadi mungkin kami tak rasalah kopi kat Ben Thanh Market tu..janji rasa kopi Vietnam tak kisahlah kat mana pun..ekekeke..




Tengah menikmati kopi Vietnam di M.A.T Coffee


Jemput minum kopi Vietnam


Kelihatan Vinnasun Taxi dihadapan kedai kopi. Hanya teksi Vinnasun dan Mai Linh sahaja digalakkan untuk dinaiki di Hi Chi Minh ni untuk mengelakkan penipuan

Apabila dah selesai minum kopi kemudiannya kami di bawa kedai yang ada jual bag pula..tak pastilah kedai ni popular ke tak..kedai ni banyak jual bag..harganya macam takdelah murah sangat..tapi yang hairannya anak aku sempat jugak beli bag kat sini waktu orang lain dah nak pergi..aduhhh..rezeki dialah..yelah kat Ho Chi Minh City ni tak nampak pulak mainan yang dijual..huhuhu..

Penat jugak woo asyik singgah kedai je kat Ho Chi Minh City ni..ekekeke..




Bergambar di depan kedai


Bergambar kenangan bertiga


Kat dalam kedai ni pun boleh beli dalam Ringgit Malaysia (RM)..pendek kata mana-mana kedai kat Ho Chi Minh City ni boleh guna Ringgit Malaysia..dan boleh cakap Melayu je tak payah cakap orang putih..InsyaALLAH setakat basic-basic Bahasa Melayu tu diorang boleh faham.




Barangan yang ada dalam kedai


Kat depan kedai ni dan masa kat Xuan Mai's Shop tu adalah orang yang datang nak jual baju T-Shirt RM100 untuk 12 helai..Ooo yang nilah maksud pesanan Mr. Ah Son dalam van tadi tu..aku tak berapa faham tadi..huhuhu..


Tadi masa dalam van pun Mr. Ah Son dah pesan mintak tambah baju banyak-banyak kalau nak beli...Jadi aku cakap kat penjual tu aku tak nak, pastu dia up lagi jadi 13 helai RM100..ding dong ding dang last kami dapat beli jugak 17 helai RM100..ekekeke..tapi kain dia macam nipis sikit..tapi jadilah janji boleh pakai..ekekeke..




Penjual yang akhirnya jual 17 helai baju RM100

Lepas tu kami di bawa lagi ke kedai pakaian lagi..pergghh berapa banyak kedai shopping mau pergi daa..huhuhu..orang perempuan memang seronoklah kalau datang ke Ho Chi Minh City ni..waktu ni pun dan petang dah ni..sekejap lagi dah nak masuk malam..









Dalam perjalanan tu aku duduk tengok ke keindahan bandar Ho Chi Minh City..banyak juga bangunan moden-moden di sini..waktu petang ni dah tak berapa panas..rasa macam best je suasana petang di Ho Chi Minh City ni..padehal cuaca sama macam Malaysia je..hehehe..yelah feel luar negara ni rasa macam lain sikit..ekekeke..










Moden juga senibina bangunan ni

Setelah lebih kurang setengah jam, maka sampailah kami ke kedai Danny's Shop..kedai yang menjual pakaian juga..nampak dari luar macam kilang tetapi sebenarnya ia adalah kedai yang besar.. Waktu kami sampai kat sini pun dah gelap..kat Ho Chi Minh City ni pukul 6.00 pm dah Maghrib dah.



Kat depan Danny's Shop


Kedainya macam kilang


Bisnes kad Danny's Shop




Pergghh besar kedainya dan penuh dengan pakaian..aku pun tak ronda-ronda dah dalam kedai ni, duk pegang baby je..penat menunggu geng perempuan dok shopping..huahuahua..









Kat sini pun tag harganya pun dalam Ringgit Malaysia (RM)..kuat betul pengaruh orang Malaysia kat sini..boleh tengok senarai harga yang sempat aku snap kat bawah ni..



Harga yang dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM)












Siap peringatan ditulis dalam Bahasa Melayu tuu..


Duk jaga baby jelah yang aku larat..huahuahua..

Anak sulung aku bergaya dengan bag yang baru dibeli..huhuhu..


Aku pun tak pasti berapa jam masa habis kat sini..lepas dah selesai semuanya maka kami pun dihantar balik ke hotel.. Memang puas hati trip yang Mr.Ah Son bawa ni..cuma dia tak sempat nak bawa kami ke Ho Chi Minh City Hall. 


Antara barangan yang sempat diborong di Ho Chi Minh City..



Kepada sesiapa yang sampai ke Ho Chi Minh City ni jangan lupa singgah di Ho Chi Minh City Hall.


Tempat yang kami tak sempat pergi iaitu City Hall Ho Chi Minh City (sumber gambar dari google)


Terima kasih Mr. Ah Son di atas layanan dan perkhidmatan City tour yang baik. Apabila sampai kat Lan Lan 2 Hotel, kami bersihkan badan dulu disamping berehat kejap sebelum keluar pergi ke Ben Thanh Market dan cari makan malam.


Baby kami sedang berehat sejurus selepas sampai di hotel...hehehe..




Untuk aktiviti malam ni, tak semua yang turun..yelah seharian tour dengan Mr. Ah Son..mahu tak letih.. Walaupun letih aku pun turun jugak sebab nak tengok Ben Thanh Night Market macam mana.


Macam biasalah sebelum keluar tu semua pakat kumpul kat lobi dulu maklumlah bilik semua duduk jauh-jauh..hehehe..




Kumpul kat lobi dulu sebelum keluar

Hotel yang kami duduk iaitu di Lan Lan 2 Hotel ni hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit kalau berjalan ke Ben Thanh Market. Best juga keluar berjalan kaki malam-malam ni..rasa macam santai je..




Berlatar belakangkan bangunan Ben Thanh Market belah belakang


Kat Ben Thanh Night Market

Boleh dikatakan barangan di sini murah juga tapi yang penting kena tawar kaw kaw punya..Cuma yang kita tak tau adalah berapa percent nak tawar dan berapa harga sebenarnya..Tapi yang pasti untuk barangan souvenir kat sini lagi murah berbanding kedai Butterfly yang Mr. Ah Son bawa kami tu..hehehe..



Duit Ringgit Malaysia (RM) juga boleh digunakan di Ben Thanh Night Market ni.




Ada satu trick yang dapat aku pelajari kat sini kalau nak beli barang..mula-mula kita tanya dulu berapa harganya? Pastu penjual akan letak harganya tapi sudah tentulah mahal giler harganya, kemudian kita buat-buat tawar banyak-banyak jangan tawar sikit-skit..


Sebelum tu fikir dulu berapa anggaran harga kita mampu beli, pastu terus buat tawar 70 %, of course dia akan buat-buat kata tak boleh,apabila dia kata tak boleh.. jadi kita buat-buat beredar secara perlahan-lahan..kalau dia panggil kita balik maknanya harga yang kita mintak tu munasabah lagi..tapi kalau dia biar je kita pergi maknanya harga yang kita minta tu memang tak masuk akal..memang patutlah dia macam marah-marah kita..hahaha..






Tapi pengalaman kami di sini setakat ni takdelah kena paksa beli macam kat Petaling Street tu..tapi ada orang pesan pastikan barang-barang yang kita mintak tawar tu memang kita nak beli..jangan saje-saje mintak kurang, takut diorang memang bagi kurang pastu kita pulak tak nak beli pulak..takut diorang marah sebab kita main-main..beringat jelah..sebenarnya tak semua peniaga kat sini suka marah orang..ramai yang baik-baik..






Yang aku perasan peniaga kat sini memang boleh agak yang kita ni dari Malaysia, tak tahulah mungkin pelancong Malaysia ni pemakaian atau cara berjalan orang Malaysia ni diorang dah boleh agak dah..


Duduk tengah pusing-pusing Pasar Malam Ben Thanh, tiba-tiba aku dan anak aku terpisah dengan keluarga adik dan kakak aku..pusing-pusing cari diorang tak jumpa-jumpa jugak..nak pergi cari kat restoran mana pun aku tak tahu..inilah kelemahan kalau tak ambik simkad luar negara..kalau terpisah memang payah nak jumpa balik..pendek kata jumpa kat hotel jelah..tapi jika aku travel sekeluarga sahaja aku akan pastikan bahawa semua berjalan sekali tanpa terpisah, sebab kalau terpisah memang akan jadi masalah..

Oleh kerana anak aku pun dah tak larat nak jalan..jadi kami balik ke bilik terus dan makan malam dalam bilik hotel jelah dengan maggi dan makanan-makanan bekalan yang dari Malaysia..ekekeke..


Sebelum tu aku singgah kejap kedai runcit untuk beli air masak yang mak mertua aku pesan.. Boleh tengok senarai harga minuman di Ho Chi Minh City kat gambar di bawah ni..




Lebih kurang RM1


Lebih kurang RM1.70


Lebih kurang RM1




Oleh kerana kepenatan sangat dan selepas itu aku pun zZzZ..


Sambung nanti di hari yang ketiga selepas ini..




Saksikan video kami di Ho Chi Minh City pada hari kedua:-



Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.