Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Tuesday, November 19, 2019

Bercuti di Manila, Filipina Ogos 2019 Day 1



Assalamualaikum kali ini kami kembali lagi dengan edisi percutian keluarga kami di luar negara iaitu ke Manila. Dah hampir 3 tahun kami tak fly keluar negara, last keluar negara adalah ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada September 2016..waktu tu anak kedua aku baru sahaja berumur 2 bulan.

Jadi sebelum pergi tu pelbagai persiapan perlu disiapkan seperti tiket, bilik hotel, itinerary, ubat-ubatan, makanan, passport, duit, insurans dan sebagainya. Kiranya aku dah prepare semua ni sebulan atau dua bulan lebih awal, maklumlah rasa seronok giler nak pergi melancong ni dan selalulah berdoa pada Allah SWT supaya setiap ahli keluarga sentiasa sihat semasa tarikh percutian tu..

Mula-mula yang paling utama adalah tiket flight, kali ini kami terbang dengan penerbangan Malaysia Airlines dan untuk ke Manila kita tak payah apply visa, setakat ni negara yang guna Visa adalah China jelah yang pernah kami pergi.. yang lain semua boleh pergi lenggang je..ekekeke..


Jadual penerbangan kami ke Manila




Penerbangan ke Manila mengambil masa selama hampir 4 jam


Kemudian lebih kurang 2 minggu sebelum fly, kami book hotel melalui Agoda.com di kawasan Makati, iaitu kawasan financial district bagi Manila. Sebelum memilih kawasan mana yang sesuai untuk menginap, eloklah dulu fahamkan peta bagi Bandaraya Manila ni. Aku memilih untuk menginap di Makati kerana di sana kelihatan padat dan happening, sesetengah orang kata Makati ni macam ala-ala Bukit Bintang di Kuala Lumpur.



Kawasan di Manila



Waktu Solat di Manila


Untuk hotel pula, lebih kurang sebulan jugaklah aku survey harga hotel kat Agoda ni. Alhamdulillah dapat book Berjaya Makati Hotel dengan harga yang bepatutan lebih kurang RM475 untuk 3 malam termasuk cukai. Hotel ni nampak luas dan ada bathtub. Waktu kami sampai di sana kami diberitahu oleh staff di sana bahawa restoran di sana adalah Halal Certified. Hotel ni ada bathtub jadi sesuailah untuk anak-anak aku mandi..seronoklah diorang nanti..ekekeke..biliknya pun agak luas dan selesa..



Book hotel melalui Agoda.com


Selepas beberapa hari book hotel ni, aku pun call Berjaya Makati Hotel ni untuk confirmkan hotel aku ni. Staff hotel memaklumkan bahawa booking kami dah confirm, dan aku tanya berapa deposit nak kena bayar? Staff hotel bagitau kena bayar deposit sebanyak PHP2000 (RM161) semasa check in. Jadi kena standby siap-siap dah duit deposit ni..

Kali ni aku call guna IDD Celcom. Kalau dulu masa aku guna Maxis kena masukkan kod 13200 tapi untuk Celcom ni tak payah, aku pun wonder takut-takutlah rate dia mahal sikit sebab macam direct call je.. Tapi lepas call aku kena cas lebih kurang RM2 lebih..kiranya okaylah tu kan..aku guna prepaid, takut nak guna bil untuk call luar negara ni takut terima bill shock masa terima bil nanti. Jadi nasihat aku, kalau nak call ke luar negara sila gunakan telefon yang pakai prepaid.



Rate Celcom untuk call ke Filipina


 Aku juga ambil travel insurans daripada AIG Travel Guard. Oleh kerana dapat beli online maka senang sikit lah nak membuat pembelian kan. Sebelum beli tu aku call dulu mereka untuk mendapatkan penjelasan tentang beberapa perkara. Jadi bagi aku AIG Travel Insurans ni lebih baik berbanding dengan AXA Affin Travel Insurans. Selepas dah beli, maka aku pun print dan letak dalam file siap-siap untuk dibawa ke Manila. Takut kalau jadi apa-apa dah boleh tunjuk insurans kami terus. Tak payah dah kalut nak cari dalam telefon ke apa..




Website AIG Travel Insurans

Total harga travel insurans untuk sekeluarga kami


Satu lagi perkara yang membingungkan aku adalah, adakah jika naik Malaysia Airlines kami kena bayar airport tax di Ninoy Aquino International Airport? Oleh kerana ramai yang kata kena bayar so aku standby siap-siap lebih kurang RM200 lebih untuk sekeluarga untuk airport tax nanti. Tetapi masa nak check in balik ke Malaysia, kami tak perlu bayar dah tax sebab diorang kata itu untuk passenger Filipina yang nak ke luar negara sahaja. Jadi selamat lah duit kami..ekekeke..

Duit Peso juga aku tukar siap-siap sebelum pergi, takut tukar kat sana jadi mahal pulak..berdasarkan pengalaman aku keluar negara, tukar duit di negara luar agak rugi sedikit..tapi kalau dah takde duit terpaksa tukar jugaklah kan.. Jangan lupa aktifkan kad ATM sebelum fly supaya boleh cucuk kat mesin ATM luar negara.

Kawan aku pernah cerita kisahnya yang kena duty travel ke Toulouse, Perancis..Sebelum fly tu dia dah tukar siap-siap dah duit dalam Euro, tetapi masa sampai di Perancis baru dia perasan duit yang ditukar tu tertinggal kat rumah..tapi nasib baik dia dah aktifkan kat ATM nye, so just transfer duit pada akaun bank itu dan kemudian cucuk kat mesin ATM jelah kat sana..Alhamdulillah selamat..huhuhu..



Kadar tukaran di google



Nilai tukaran matawang sewaktu aku tukar duit


Dan yang paling penting sekali adalah ubat-ubatan anak-anak dan dewasa sekali, semua ni aku dah standby siap-siap dah..kami juga peruntukkan satu beg untuk isi bekalan makanan dari Malaysia seperti maggi, roti, minuman kotak dan sebagainya. Risau jugakkan kalau tak jumpa restoran Halal kat sana kan..tapi itinerary untuk ke Manila pun aku dah siapkan sikit-sikit dan dah buat research dah kat mana terletaknya makanan Halal..

Satu lagi jangan lupa untuk bawa travel charger sebab aku difahamkan socket suisnya tak sama macam di Malaysia.



Adapter macam ni lah yang aku bawa


Bagi tiket flight kami dah check in dua hari sebelum travel untuk pilih seat. Oleh kerana anak kecik aku dah besar maka aku terpaksa duduk seorang diri, wife dan anak-anak duduk bersama.

Lagipun yang lawaknya anak sulung aku pun menjadi saingan aku untuk duduk dekat window seat..jadi baik aku duduk sorang2 kat depan janji dapat window seat..ekekeke

Okay sekarang kami mulakan kisah percutian ke Manila...

Oleh kerana flight kami ke Manila pukul 8.10 am, maka kami perlu bertolak awal ke airport, lebih kurang pukul 5.15 am dah kena gerak ke sana dah..jadi kami semua bangun awal seawal pukul 4.00 am...perghhh semangat giler...

Pada mulanya kami plan nak naik GrabCar ke KLIA, jadi kawan aku yang pernah buat GrabCar ni nasihatkan aku supaya cari GrabCar awal-awal sambil standby kereta, kalau tak dapat terus load beg-beg dalam kereta dan terus ke stesen ERL Salak Tinggi..sebab tak ramai juga orang yang nak buat GrabCar pagi-pagi ni..

Memang betul apa yang kawan aku cakap ni, aku book GrabCar lebih kurang pukul 5.00 am tapi GrabCar ada cumanya dia tak pickup kami, so aku cancel je driver GrabCar tu dan kemudian apply lagi GrabCar yang lain..tapi nasib malang menimpa kami, tak ada driver GrabCar dah kat tempat kami pada awal pagi jam 5.00 am ni..

Jadi tanpa membuang masa lagi setelah 15 minit berlalu, teruslah kami load barang-barang dalam kereta dan terus ke ERL Station Salak Tinggi..jadi kami terpaksalah bayar parking di sana pulak..huhuhu...nak buat macam mana GrabCar tak nak ambik kami..



Barang-barang yang bakal ke Manila

Apabila dah sampai di Stesen ERL Salak Tinggi, tanpa membuang masa kami terus beli tiket untuk ke KLIA..Parking kereta di ERL ni lebih kurang RM5 semalam..kiranya lebih murahlah berbanding parking di KLIA tu..



Tempar parking bertingkat ERL Station Salak Tinggi

Apabila selesai membeli tiket di ERL Station, tak lama lepas tu sampailah train ERL ni.. Anak kecik aku pun seronok dapat tengok train ni..belum lagi tengok kapal terbang..huhuhu.. Tanpa membuang masa dengan pantas kami terus menaiki train ni. Perjalanan ke airport KLIA mengambil masa lebih kurang 10 minit..




Tengah menunggu ERL ke KLIA








Perkhidmatan ERL ni cukup bagus dan sentiasa on time, kiranya standard antarabangsa jugaklah kan..tapi satu je yang tak syok harganya yang agak mahal berbanding MRT, LRT dan sebagainya.



Dalam ERL menuju ke KLIA




Pagi-pagi pun dah ramai orang nak ke KLIA






Apabila sampai di balai perlepasan didapati di sana dah penuh dengan orang-orang yang nak travel.. Tanpa membuang masa kami terus kami terus drop bag je sebab dah check in online 2 hari sebelum travel.



Dah sampai KLIA



Tengah nak ambil boarding pass dan drop bag kami


Apabila dah selesai drop bag semua, maka dengan pantas kami terus turun untuk pemeriksaan imigresen.. Luggage kami bukan setakat dikunci, kami juga ikat dengan cable tight zipnya..memang kami selalu buat macam ni kalau travel bukannya disebabkan nak travel ke Manila.

Memanglah aku biasa baca pernah terjadi masa sampai di Filipina ada seseorang letak benda salah macam peluru pistol dalam bag penumpang untuk tujuan jahat di airport sana seperti peras ugut atau rasuah..kiranya untuk ke Manila ni kami buat extra precautions lagi lah..



Menuju ke Imigresen




Alhamdulillah time security check dan imigresen, kami tak sangkut apa-apa..waktu nilah yang paling leceh para traveller nak harungi sebab kena cabut tali pinggang, sebab semua benda kena scan kecuali baju seluar kasut je tak payah tanggal..ekekeke..

Time imigresen semuanya smooth je cumanya pegawai imigresen Malaysia kat kaunter mukanya masam je..mungkin diorang ada masalah peribadi tapi bawak ke tempat kerja..





Anak-anak penyeri hidup


Macam biasa apabila sampai di tempat-tempat menarik maka kami berhenti untuk bergambar dulu. Surau pun ada disediakan di dalam kawasan ni, tapi aku lupa nak ambil gambar cuma ambil video je..boleh tengok video nanti ye..





Bergambar di kawasan perlepasan antarabangsa




Kali ni kami hanya berlepas di balai perlepasan antarabangsa di Main KLIA Terminal sama seperti semasa kami fly ke Shanghai lebih kurang 7 tahun lepas..biasanya kalau perlepasan antarabangsa kami biasa berlepas di Satellite Terminal, kalau nak ke sana kena naik train..rasa best pulak kan maklumlah train dalam airport, bukan senang nak dapat naik train ke Satellite Terminal tu, samada berkerja di sana atau ada tiket antarabangsa je boleh ke sana. Tapi kena ingat tak semua flight antarabangsa fly melalui Satellite Terminal, macam nak ke Manila melalui Main Terminal je.





Yang lawaknya pengalaman membeli makanan di balai perlepasan antarabangsa ni, sedap je duk ambik makanan..sekali masa nak bayar terkejut dengan harganya..mahal giler..boleh dikatakan hampir 10 kali ganda harganya dengan luar airport..ekekeke..



Tengah membeli makanan di perlepasan antarabangsa..harganya sangat mahal..








Boleh tengok sendirilah gambar di bawah ni yang mempamerkan harga-harga yang makanan dan minuman yang dijual di tempat perlepasan antarabangsa ni..harga mampu tengok jelah..ekekeke..kebetulan kami tadi tak sempat nak breakfast, jadi kami beli apa yang patut je lah..yang lain tunggu makan dalam kapal terbang pulak kan..ekekeke..



Senarai harga yang dipamerkan..mahal beb..










Tak lama selepas itu maka kami pun masuk ke boarding gate, tapi sebelum itu kena scan keselamatan lagi sekali, minuman tak boleh bawa masuk jadi terpaksalah habiskan minuman yang masih ada. Kiranya untuk keluar negara ada 2 kali scan keselamatan.


Kapal terbang dah ready

Kiranya sempat jugaklah kami bergambar kat sini, boleh dikatakan ramai juga yang ingin ke Manila ni sebab nampak macam ramai je orang kat sini. Semasa menunggu ada pengumuman yang mengatakan flight delay sedikit..jadi sempatlah wife aku nak ke tandas sekejap..


Bergambar dulu di boarding gate sebelum berlepas






Tapi tak lama kemudian ada pengumuman yang flight dah ready..rupanya delay lebih kurang 15 minit je..wakakaka.. Tapi Alhamdulillah wife aku tak kalut..cuma aku pulak yang kalut..huahuahua..






Ramai juga yang nak ke Manila

Jadi tanpa membuang masa kami terus menuju untuk masuk dalam kapal terbang, oleh kerana kami bersama kanak-kanak maka kami dibenarkan untuk boarding dulu, itulah kelebihan travel bersama anak-anak ni..kiranya dapat layanan special..huhuhu..

Senyuman dan layanan dari para staff dan cabin crew MAS juga antara faktor yang menambahkan keceriaan dan keseronokan dalam bercuti ni..jadi kita patut bangga dengan Malaysia Airlines iaitu syarikat penerbangan Nasional yang servisnya memang 5 star.

Stroller anak aku kena tinggalkan di muka pintu kapal terbang untuk disimpan oleh staff MAS. Dulu aku tak biasa bawak stoller akibatnya sakit belakang duk dukung anak woo bila diorang malas nak berjalan..ekekeke..



Dah dalam kapal terbang dah

Oleh kerana anak kedua aku pun dah besar, maka terpaksalah aku duduk seorang diri tapi yang penting kena duduk dekat window seat, lagipun aku dan anak sulung aku selalu berebut untuk duduk di window seat.. Jadi sekarang ni masing-masing dapat duduk dekat window seat..bagi aku kalau naik kapal terbang tapi duduk tempat selain window seat, rasa macam tak ada makna naik kapal terbang..ekekeke..


Nampak gaya aku duk sorang2 kat depan..ekekeke..



Lebih kurang pukul 8.30 am..maka kapal terbang ini pun sedia untuk berlepas, penumpang pun agak penuh pada hari ini..dah tak sabar dah ni nak tengok negara Filipina ni..maklumlah first time nak ke sana kan..ekekeke..


Ayat bacaan doa yang dipaparkan

Alhamdulillah doa untuk berlepas dipaparkan pada skrin flight dan agak lama juga kiranya sempatlah aku nak baca. Berbanding dulu rasanya cepat sangat dipaparkan sehingga tak sempat baca sampai habis.


Keadaan cuaca hujan sedikit renyai-renyai



Kapal terbang dah bersedia untuk meninggalkan KLIA

Kapal terbang ini pun mula bergerak dari tempat taxing ini, sementara itu aku pun layan video keselamatan dalam pesawat, kalau dulu boleh tengok pramugari atau pramugara yang gayakan langkah-langkah keselamatan, tapi sekarang ni semua dalam screen tv je..jadi cabin crew dapat tumpukan pada kerja yang lain pulak..lagipun masa nak berlepas lah nampak para cabin crew ni agak sibuk.






Kapal terbang MAS A380

Layanan mesra dari pihak MAS memang meningkatkan mood dan keseronokan untuk travel atau bercuti. Ditambah pula mereka menterjemahkan menerusi paparan skrin dengan ucapan "Selamat Datang" semata-mata untuk meraikan para penumpang. Terima kasih Malaysia Airlines.


Sama-sama MAS. Terasa di welcome kan orang MAS dengan ucapan ini..terima kasih




Anak aku tengah merajuk


Alhamdulillah kapal terbang berlepas dengan baik walaupun kelihatan seperti hujan renyai-renyai.. Anak-anak aku memang seronoklah dapat naik kapal terbang ni, aku pun seronok jugak..kuakuakua...memang antara favourite kami semualah naik kapal terbang ni..kalau boleh bila nak bercuti mesti nak terbang jugak baru puas bercuti..huhuhu..







Jarak dari KL ke Manila lebih kurang 2500km

Seronoknya tak terkata lah bila dapat melihat permandangan dari atas udara ni, yang tulah pentingnya kena duduk di window seat..huhuhu..


Kapal terbang dah airborne

Earphone juga disediakan oleh cabin crew, tetapi jangan buat balik sudahlah sebab masa nak sampai nanti diorang akan kutip balik. Kalau diorang bagi pun best jugak kan sebab ada lamban Malaysia Airlines tu tang mahal.


Earphone disediakan juga oleh cabin crew


Lebih kurang setengah kemudian, makanan child's meal untuk aku pun dihidangkan..disebabkan wife aku dah buat special request maka dapatlah makanan special anak kecik aku ni..Alhamdulillah..memang servis MAS ni terbaekkklah..



Makanan child's meal anak aku dah disediakan




Mengantuk sebab kena bangun awal..Kesian kakak ye..ekekeke


Sedapnya dia dah dapat makan

Sambil-sambil tu mata aku asyik tengok kat luar tingkap untuk melihat keindahan ciptaan Allah SWT dan tengok peta pada seat. Kiranya rasa bertuah dan bersyukur pada Allah SWT kerana masih memberikan nikmat dunia kepada kami untuk merasai pengalaman ini.


Mungkin sungai kot ni









Sebelum pesawat memasuki kawasan Laut China Selatan, dapat dilihat sempadan perpisahan darat dan laut mungkin di sekitar negeri Pahang. Maknanya selepas ini akan melalui laut sahaja sehingga melalui Natuna Island dan kembali ke kawasan laut sehingga ke Manila..


Dah nak masuk Laut China Selatan







Aku juga sempat bertegur sapa dengan jiran disebelah aku, dia berasal dari India. Oleh kerana duduk di sebelah jiran, jadi ianya membuat aku sedikit kekok untuk selfie atau mengambil gambar..oleh kerana pengalaman sekali sekala naik kapal terbang ni dalam setahun, maka aku buat selamba jelah..biarlah apa orang nak kata..ekekeke..






Anak kecik aku dah lena..ekekeke..


Selepas lebih kurang sejam penerbangan, kami pun dihidangkan meals dari MAS.. Dah tak sabar dah nak bersarapan ni..menunya pun sedap iaitu nasi lemak.. Pergghh siapa sangka dapat bersarapan atas udara arini..huhuhu..Alhamdulillah


Makanan aku dah ready..jemput makan semua..




Cantiknya ciptaan Allah


Makanan yang diberi memang sekejap jelah abis kan..kalau naik Air Asia boleh tambah lagi ni..ekekeke.. Mana taknya rasa lain macam sedap makan atas udara ni. Ada chef Brahim's di tempat tinggal aku pernah bagitau disebabkan perbezaan ketinggian latitud menyebabkan deria rasa berbeza berbanding makan di bawah.

Jadi masakan yang dimasak untuk penerbangan ni lain sikitlah sukatan rempah ratus dia. Sebab tu rasa sedap kot.. Walau bagaimanapun benda ni kena disahkan dulu oleh kajian saintifik oleh pakar-pakar pemakanan.


Air mineral pun ada lambang MAS


Dah licin dah..ekekeke..
Kedua-dua anak aku dah terlena waktu ni, maklumlah kena bangun awal..nasib yang si kecik ni bagi kerjasama. Yang kakaknya memang dah faham dah. Kalau travel tanpa diorang memang tak seronok.



Uminya masih berjaga lagi..huhuhu



Apabila dah selesai makan semuanya, tiba-tiba semua ditawarkan kopi..sebenarnya aku memang malas nak minum kopi, tapi kali ini aku aku cakap boleh je..so aku dihidangkan kopi..





Lepas minum terasa dia punya keseronokan minum kopi di awan biru..pergghh pengalaman jarang-jarang sekali boleh dapat.. Memang rugi lah kalau tolak hidangan kopi di udara ni..ekekeke..

Dihidangkan kopi selepas makan..terbaekkklah MAS








Layan kopi di awan biru

Dalam flight ni pun aku hanya sibuk melayan map yang dipaparkan di belakang seat depan aku sambil melihat permandangan di luar tingkap. Memang menjadi kebiasaan minat aku hanyalah layan map kat screen depan aku ni berbanding melayan movie. Aku rasa macam rugi kalau tak hayati map tempat yang dilalui oleh kapal terbang ni. Macam perangai orang tua dah aku ni..ekekeke







Aku pun hairan kenapa aku tak ambil gambar Natuna Island, kemungkinan waktu melalui kawasan tu aku terlelap..mana taknya bangun awal pagi kan mesti mengantuk punya..huhuhu..





Kelihatan juga pulau-pulau di laut China Selatan, aku pun tak pasti samada pulau apa yang aku sempat ambil ni, mungkin Spratly Island kepulauan yang menjadi tuntutan beberapa buah negara di rantau ini termasuk China.


Adakah ini Spratly Island? Aku pun tak pasti..ekekeke











Kalau penerbangan hampir 4 jam kebarangkalian untuk ke tandas memang ada lah..tapi Alhamdulillah perut aku tak meragam.. Pengalaman melabur dalam tandas waktu ke London beberapa tahun lepas cukup menyeksakan maklumlah tak berapa pandai nak basuh guna tisu ditambah pula dengan penggunaan air yang agak limited.. Ekekeke..


Anak aku nak ke tandas..huhuhu

Mintak selimut sebab sejuk la pulak dalam kapal terbang




Dah nak sampai dah ni





Cuma selain layan map interactive dalam flight sambil ambil video dan gambar, aku juga sempat layan baca majalah Going Places dalam flight...pergghh rasa betul-betul feel melanconglah..












Selepas hampir 3 jam terbang kali ini aku dihidangkan lagi makanan..makanan lebih anak aku punya daa..makanan budak pun sedap kalau makan atas udara ni..ekekeke.. So aku dapat makan dengan kenyang betul arini dalam kapal terbang..inilah kelebihan melancong dengan anak-anak..rezeki bertambah..Alhamdulillah..


Dapat makanan lebih yang anak aku punya..ekekeke





Tak lama kemudian setelah hampir 4 jam, maka masuklah kami ke ruang udara Filipina ni.. Terasa bestnyer.. Dah tak sabar dah nak tengok bandar Manila ni macam mana bentuk dan keadaannya.


Kapal berpusing arah pulak dah


Sudah dapat dilihat dari atas pulau-pulau yang membentuk Filipina ini. Terujanya tak sangka dah kami dah sampai di ruang udara Filipina..bukan senang nak sampai sini kan..Alhamdulillah Allah SWT yang bagi rezeki..



Kelihatan tanah Filipina dari udara

Manila dari pandangan udara

Tapi waktu mendarat flight ni punya u-turn punya jauh, aku rasa dah lepas bandar Manila flight ni pergi lajak lagi lepas tu baru patah balik untuk mendarat..tak tahulah memang kena lajak dulu ke atau disebabkan masalah air traffic di Ninoy Aquino International Airport Manila yang sibuk.

Macam di KLIA juga, kadang-kadang flight dia lajak sampai Seremban dan Port Dickson baru patah balik mendarat di Sepang.

Luas juga Manila ni





Awan yang tebal..cuaca tak berapa baik..
Macam di KLIA juga, kadang-kadang flight dia lajak sampai Seremban dan Port Dickson baru patah balik mendarat di Sepang. Cuaca waktu ni tak berapa baik, dapat dilihat kapal terbang terpaksa menempuhi awan yang tebal untuk turun terbang lebih rendah.

Wah rilek betul anak kecik aku main telefon..hahaha

Dah nak sampai dah ni..sedia untuk mendarat..





Dapat dilihat keadaan cuaca di Manila ketika ini adalah hujan..tetapi ianya tidak menghalang pesawat Malaysia Airlines untuk mendarat di Ninoy Aquino International Airport.








Alhamdulillah lebih kurang pukul 1.00pm kami selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport (NAIA) Manila walaupun keadaan landasan yang basah disebabkan hujan. Macam tak percaya je kami dah sampai di bumi Manila.


Alhamdulillah dah selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport Manila

Keadaan cuaca hujan sewaktu kapal terbang mendarat



You're welcome MAS

Terasa berada di bumi Filipina melihat kapal terbang ini








Terima kasih diucapkan kepada penerbangan Malaysia Airlines yang memberikan layanan 5 star kepada penumpang-penumpang termasuk kami sekeluarga..huhuhu..

Anak aku pun dah tak sabar nak pergi jalan-jalan Manila..ekekeke





Kapal terbang MAS yang kami naiki tadi..



Selepas keluar dari pesawat, kelihatan stroller anak aku..tiptop lah servis MAS..sebenarnya tidaklah payah untuk bawa stroller naik flight MAS ni.. Teringat waktu dulu kalau travel, punyalah gigih aku duk suruh anak kecik jalan..last2 dia tak larat jalan atau tidur..sekali lagi gigihnya aku duk dukung dia..huhuhu..


Saya dah sampai di Manila





Kami dah jejak Manila..kat dalam NAIA dah

Mula-mula masuk airport Manila ni nampak moden juga. Tandasnya juga ada paip air so tak payahlah bawak botol. Maksudnya di Manila walaupun majoriti orangnya Kristian tetapi diorang tetap guna air paip untuk basuh apa yang patut dan tidak gunakan tisu. Tandas mereka juga mesra Muslim kerana menyediakan satu tempat untuk Muslims footwash, mungkin untuk dijadikan tempat ambil wudhuk kot.






Rupa-rupanya masyarakat Nusantara secara umumnya menggunakan paip tak kiralah apa agama mereka. Aku ingatkan setiap negara bukan Islam membasuh menggunakan tisu. Ternyata ianya kerana budaya. Negara bukan Islam yang lain yang aku pernah lawati semuanya kena bawa botol air masuk dalam tandas seperti Hong Kong, Korea Selatan, China, England dan Belanda. Jadi di Filipina ni tak payah bawa botol air kalau nak masuk tandas.


Tandas ada paip..memudahkan pelancong Malaysia..ekekeke


Mesra Muslim

Selepas itu kami terus ke kaunter imigresen, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Sekali lagi untung bawa anak-anak kecil, kami dipanggil untuk ke kaunter lain macam kaunter khas jugaklah..ekekeke..bagus betul imigresen Filipina ni sebab mempermudahkan urusan kami..yelah diorang fahamlah tu bukan senang nak bawa kanak-kanak dengan keadaan hassle ni kan.


Kaunter Imigresen NAIA

Apabila selesai urusan di imigresen, maka kami terus ke tempat ambil bag..Alhamdulillah semua bagasi kami ada..risau jugakkan kalau ada yang tak sampai..alamat nak pakai pakaian siapa pulak kan..ekekeke..





Selepas itu kami terus ke tempat ketibaan untuk berehat seketika..kelihatan orang kat sini tak ramai rasanya disebabkan untuk masuk ke dalam airport ni mestilah ada boarding pass. So agak lengang jugaklah orang kat sini. Kalau nak dibandingkan dengan KLIA airport, KLIA lah yang besar dan nampak gah berbanding NAIA ni.













Macam kosong je keadaan di arrival hall NAIA

Tak lama kemudian, aku pergi beli simkad kat balai ketibaan ni, terdapat kaunter yang menjualnya. Harga Simkad yang aku beli ni adalah P500 (RM41). Kira okaylah dia bagi 8gb data. Sebelum ni kalau keluar negara, aku tak pernah beli simkad ni, samada aku guna roaming atau off je line.

Tapi disebabkan nak book GrabCar jadi terpaksalah pakai data untuk telefon. Kalau roaming memang aku tak naklah takut kena bill shock boleh pengsan woo..wakakaka...



Data telefon yang aku ambil yang berharga P500 (RM40)

Tak payah sangat untuk berkomunikasi di Manila ni sebab mereka boleh berbahasa English. So masalah komunikasi mungkin bukanlah cabaran utama kepada pelancong Malaysia di sini.




Bagus staff yang jual simkad ni, diorang tolong aku pasang semua..maklumlah dengan telefon zaman moden sekarang ni canggih sangat sampai nak bukak simkad pun payah kena ada jarum bagai..hahaha...







Fuhhh dah lega sebab dah boleh guna internet untuk buat tempahan GrabCar, sementara itu sempat lagi kami bergambar kat balai ketibaan NAIA ni.





Sesudah itu kami pun keluar untuk menempah GrabCar..kelihatan cuaca hujan renyai-renyai, apabila tempah GrabCar ni, punyah kami tunggu...bila dah sampai diorang beritahu yang diorang tak boleh naik atas, rupanya kena tunggu kat bawah.. Aiseyman..






Kat luar arrival hall NAIA






Oleh kerana pening nak cari tempat yang Grabcar tu tunggu, maka sempatlah aku bertanya kepada beberapa orang termasuklah abang security di airport ni, Alhamdulillah diorang sangat membantu.




Tengah menunggu GrabCar di sini tetapi GrabCar tak boleh naik atas ni, jadi kami kena turun di bawah



Aku perhatikan orang Filipina ni mereka memang sama dengan orang Melayu dari segi rupa paras dan kulit, cuma nama dan agama mereka yang berbeza, hakikatnya mereka adalah Melayu macam kita di Malaysia dan Indonesia je. Kalau rakyat Filipina ni Islam, maka orang Islam di Nusantara memang banyaklah.. Tapi sayang mereka berbeza dengan kita..


Security ni membantu aku untuk cari tempat yang GrabCar tunggu kami

Selepas dapat turun ke bawah untuk cari GrabCar tu akhirnya jumpa jugak driver GrabCar tu. Nasib baiklah dia sanggup tunggu..kiranya buang masa hampir 15 minit jugaklah untuk mencari driver GrabCar ni. Tempat kat bawah ni tak sempat aku ambil gambar dan video sebab kalut dengan angkat barang.


Tapi ingatlah kepada sesiapa yang sampai di balai ketibaan nanti, sila turun tangga pergi tempat macam stesen teksi atau bas untuk tunggu GrabCar, disebabkan tempat atas ni diorang tak boleh naik.

Alhamdulillah dapat naik GrabCar yang drivernya sporting dan suka bersembang. English diorang bagus juga cuma English aku je tak berapa bagus.


Dah dalam GrabCar dah

Kiranya macam-macam lah kami bersembang, banyak benda yang disharing kepada kami. Aku pun banyak juga bercerita tentang Malaysia kepadanya. Dia bagitau yang kami datang sini pada masa yang salah disebabkan sekarang ni Manila di landa typhoon katanye. Cuma aku tak pastah typhoon yang dimaksudkannya adalah hujan atau memang ribut taufan yang memang bahaya.


Pada pendapat aku yang dimaksudkannya typhoon tu musim hujan, sebab kalau Manila akan dilanda ribut taufan mestilah kecoh kan, flight pun tak boleh terbang dan ada larangan kerajaan untuk travel dan sebagainya.


Kiranya negara Malaysia juga dikenali di Manila ni, satu lagi dia bagitau aku sekarang ni banyak pelancong-pelancong dari China yang datang ke Manila ni, masalahnya bila mereka naik GrabCar adalah mereka tak boleh berbahasa Inggeris dan bercakap sambil translate dalam handphone.






Maksudnya orang China ni walaupun tak pandai English pun mereka berani untuk travel kan..yelah yang penting ada duit...kalau ada duit semua jalan..ekekeke..


Driver GrabCar yang peramah





Driver GrabCar ini juga mencadangkan aku pergi ke beberapa tempat menarik antaranya tempat naik kuda di Rizal Park, tapi aku cakap mungkin kami tak naik kuda tu sebab pernah baca dalam blog dan tenhok youtube bahawa tempat tu ada scammer. Dia kata harga naik kuda tu sepatutnya lebih kurang P200 je iaitu lebih kurang RM16.







Dapat dilihat bandar Manila ni besar juga, mungkin lebih besar dari Kuala Lumpur dan bangunan-bangunannya juga moden-moden. Kalau dulu aku ingatkan Manila ni mundur, tapi setelah tengok dalam youtube berkenaan Manila, baru tahu ianya moden dan secanggih Kuala Lumpur. Jadi aku tak terkejut sangatlah bila sampai di Manila ni..


Bangunan yang moden di Manila




Dapat dilihat di Manila ni banyak betul teksi Jeepney, dikatakan ianya murah..tetapi kami tak bercadang nak naik Jeepney ni disebabkan ada anak kecik, payah jika terpaksa bersesak-sesak, lagipun GrabCar di Manila ni pun harganya masih berpatutan. Pendek kata kalau di Manila ni tak ada masalah untuk travel sebab pengangkutannya murah kerana tersedianya perkhidmatan Jeepney ni.


Teksi Jeepney ni memang terkenal di Manila




Sebelum sampai di Berjaya Makati Hotel, kami terpaksa melalui jalan yang dibanjiri dengan air akibat hujan. Nasib baik kami tak terkandas dalam air. Kiranya macam Kuala Lumpur jugaklah kadang-kadang banjir juga. Driver cuak kami pun cuak juga..ekekeke..









Perjalanan kami dari NAIA aiport ke Berjaya Makati Hotel mengambil masa lebih kurang 40 minit juga, walaupun jaraknya lebih kurang 13km je..mana taknya jem kat sini pun teruk juga campur dengan traffic light banyak.


Dah sampai di Berjaya Makati Hotel

Lebih kurang jam 3.20pm kami sampai di Berjaya Makati Hotel, lobinya kecik sahaja maklumlah hotel ni hanya bertaraf 3 bintang. Jadi tanpa membuang masa kami terus check in. Kena bayar deposit sebanyak P2000 (RM161) dulu.. Nasiblah aku dah call dan prepare awal-awal..so taklah kalut sangat nak bayar kan..ekekeke.. Staffnya pun baik dan layanannya pun mesra. Urusan check in berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..


Kami request untuk duduk di tingkat yang paling tinggi diorang boleh bagi..last2 diorang bagi kami bilik di tingkat 20..pergghh tinggi giler beb..




Bilik kami dah ready di tingkat 20
Semasa dalam lift, aku diberitahu oleh bellboy hotel ni yang pemilik hotel ini adalah orang Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan. Patutlah nama hotel ni Berjaya.. Berjaya Group di Malaysi memang miliknya. Dia juga bagitau yang makanan kat hotel ni adalah halal. Wow...kalau tahu macam tu aku dah anbil dengan breakfast sekali dah..ekekeke..

Setelah masuk bilik, keadaan bilik pun luas dan selesa seperti yang digambarkan dalam Agoda.com. Memang kami sangat berpuas hati dengan biliknya cuma view je tak cantik sebab terlindung dengan bangunan lain..tapi takpelah kalau dapat view cantik kira bonuslah..bersyukurlah apa yang dah dapat..



Deluxe room di tingkat 20..biliknya pun cantik dan luas


Untuk socket suisnya pun berbeza dengan Malaysia even macam tak sama dengan Indonesia, tapi kalau dalam toilet lebih kurang macm di Indonesia, so kami semua cas telefon dalam toilet..wakakaka..aku terlupa nak ambil gambar cas handphone dalam toilet.

Jenis socket plug di hotel Manila



Jenis socket macam ni pun ada
Setelah itu kami semua berehat sekejap, masing-masing kepenatan, yang lawaknya datang ke Manila ni seolah-olah berada pada musim sebab musim hujannkan..tapi sebenarnya ianya tidak mencerminkan keadaan Manila yang sebenarnya. Cuaca di aini adalah sama je dengan Malaysia..ekekeke..






View dari bilik terlindung dengan bangunan lain
Apabila berehat lebih kurang sejam lebih, maka aku pun keluar seorang diri untuk meronda di sekitar hotel disebabkan yang lain nak berehat. Waktu aku diluar hotel tengah sibuk mengambil gambar-gambar dan video, aku perasan ramai yang tengok aku, terasa macam tak selesa nak ambil gambar dan video, ditambah pula yang beberapa orang yang tegur aku bertanyakan aku dari mana.


No bilik kami


Selfie bersama staff Berjaya Makati Hotel

Terasa juga perasaan sedikit takut apabila mereka bertanya sedemikian, macam-macam duk pikir takut nanti diorang nak pau duit atau macam2. Berbeza jika bersama isteri dan anak-anak..kita nak ambil gambar atau video semua akan tersenyum melihat gelagat kita bersama anak-anak dan faham kita sebagai pelancong dan biasanya mereka tak akan ganggu atau ambil kesempatan pada kita.


Keadaan di luar Berjaya Makati Hotel




Tapi jika seorang diri lebih baik buat macam orang tempatan atau buat macam dah biasa dengan tempat ini. Ada juga yang tegur aku, kemudian bersembang-sembang dan akhirnya minta duit untuk makan. Nak tak nak kena bagilah sikit.

Nasihat aku jika berada di Manila ni seorang diri baik buat macam dah biasa dengan tempat ni sebab banyak gelandangan atau mereka bahasakan diri mereka sebagai homeless, tetapi mereka cekap bahasa Inggeris.


Kawasan Makati ni sibuk dengan orang lalu, memang menjadi tumpuan kalau kira mungkin kawasan yang aku duduk ni macam Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Kiranya penuhlah dengan orang lalu lalang..




Kawasan Makati ni sibuk dengan orang lalu lalang

Aku juga diberitahu oleh salah seorang yang bersembang dengan aku bahawa tempat ni adalah tempat red light district atau tempat pelacuran iaitu mungkin macam di Malaysia sinonim dengan Lorong Haji Taib kot.



Bergambar berlatar belakagnkan bangunan di Makati

Waktu diorang tanya macam-macam kat aku, aku cakap takpe aku ada kawan kat sini supaya mereka tak kacau aku. Teringat waktu kecik-kecik dulu duk jalan-jalan seorang diri di KL dalam penghujung tahun 90-an, sekejap je datang orang nak pau kita bila kita berjalan seorang diri walau di tepi jalan ramai orang lalu lalang. Rasanya keadaan macam ni dah jarang berlaku di KL.



Bergambar dengan warga Filipina..dia cakap English slang American..ramah orangnya




Sebenarnya aku keluar ni adalah untuk survey restaurant halal, restoran Al Batra Mediterranean yang aku letak dalam itinerary tutup pulak dah tetapi nasib baik ada restoran lain berdekatan dengannya iaitu Hossein Persian Kebab dan Mama Nouri. Alhamdulillah..jumpa jugak kedai Halal..kalau dah jumpa satu kedai Halal pun dah okay dah..


Alhamdulillah jumpa juga kedai halal di Manila ni

Bangunan Donald Trump President US pun ada kat sini





Pukul 6.45 p.m. pun dah gelap gelita kat Manila ni
Kiranya lebih kurang pukul 6.45pm di sini dah gelap gelita dah macam kul 8.00pm kat Semenanjung Malaysia dah. Malam di sini lebih awal lebih kurang sama dengan Sabah.










Oleh kerana rasa macam kurang selamat jalan sorang2 kat sini, maka aku taklah lama sangat diluar hotel..Berbeza waktu aku berjalan sorang2 di Macau di waktu malam dulu, kat sana takdelah ada orang tengok aku pelik dan tegur aku..

Maka tak lama kemudian aku terus balik hotel dan berehat. Untuk makan malam kami makan apa yang ade jelah termasuk bekalan maggi dan roti dari Malaysia..ekekeke..


Bergambar di depan hotel Berjaya Makati Hotel





Tunggu sambungan hari kedua pada entry yang akan datang nanti.

Jangan lupa untuk tonton video pada hari pertama kami di bawah ini :-





Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.