Friday, June 28, 2019

Bercuti di Kuala Lumpur Feb 2019 Day 1


Assalamuaikum semua..kali ni aku nak bercerita tentang percutian kami ke Kuala Lumpur selama semalam pada Februari lepas sempena cuti sekolah Tahun Baru Cina. Tujuan utama kami ke sana adalah untuk bawa anak-anak merasa naik MRT yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. .. Sebenarnya banyak kali jugaklah aku plan nak travel ke Kuala Lumpur dengan public transport seperti mana kami melancong di luar negara tapi asyik tertangguh je..

 Kami memilih untuk menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur dengan harga lebih kurang RM80 semalam. Macam biasalah aku book hotel ni melalui Agoda.com. Lebih kurang 2 atau 3 hari sebelum check in, aku confirmkan dulu booking aku dengan pihak hotel.. Alhamdulillah booking dah confirm.

Jenis bilik yang kami dah booked

Anak-anak pun seronok dapat pergi tidor kat hotel ni..aku sendiri pun suka juga..sebenarnya bapaknya yang lebih..ekekeke..dah boring dah tidor kat rumah je kan.. Jadi oleh kerana kali ni kami travel dekat saje, maka persiapan barangan yang dibawa tidaklah sesusah kalau nak travel ke oversea. Yang penting bawa baju..oleh kerana terlalu rileks dalam persiapan baru kami perasan berus gigi kami tak bawa..huhuhu..



Map Route Train di Kuala Lumpur


Okay aku mulakan dengan perjalanan percutian kami ni, kami bertolak dari rumah ke KTM Station Nilai dan parking di sana dengan percuma, kalau tinggal kereta di stesen MRT Kajang tak tahulah berapa bayarannya. Kami sampai di sana pun dah tengahari dah..sempatlah lunch siap-siap kat rumah..



Tengah menunggu Komuter di Stesen KTM Nilai.








Stesen komuter ni open air jadi jangan nak berangan nak rasa aircond ye..ekekeke. Tak lama sangat kami duk menunggu Komuter ni.. Apabila komuter dah sampai, kami terus ke naik untuk ke Stesen KTM Kajang yang mana di sana adalah tempat pertukaran ke Stesen MRT Kajang.. Sekarang ni senang tak payah dah beli tiket, semua pakai kad Touch 'n' Go je..kalau beli tiket kat kaunter lagi mahal..kerajaan nak galakkan rakyat Malaysia guna kad Tounch 'n' Go sebenarnya..




Dalam KTM Komuter


Gerabak Komuter ni luas juga dan trainnya juga masih baru..Alhamdulillah dapat jugak duduk, iya lah biasanya pada hari kerja memang payah nak dapat duduk sebab penuh dengan rakyat yang berulang-alik dengan Komuter ni.




Anak kedua kami












Perjalanan dari Nilai ke Kajang ni mengambil masa lebih kurang 20 minit, lepas tu terus kami ke Stesen MRT Kajang..stesennya bercantum je di antara Komuter dan MRT.ekekeke..Baguslah kerajaan buat kemudahan stesen yang berintegrasi macam ni kan..memudahkan pengguna..






Baru sampai stesen KTM Komuter Kajang





Apabila dah masuk Stesen MRT Kajang ni barulah terasa aircond..memang berbezalah stesen KTM Komuter dan MRT ni..kiranya stesen MRT ni bertaraf dunia jugaklah dengan grandnya. Tapi sebenarnya masa aku pergi London pada tahun 2016, setengah stesen di sana lagi lah tak ada apa..diorang pun lagi jimat dari Malaysia..mungkin kat sana dah sejuk so tak perlu aircond kot.





Kat MRT Station Kajang






Tak lama lepas tu, kami pun terus dapatkan tiket untuk ke stesen MRT Merdeka di mana kami akan bertransit di sana..last2 tak berjaya beli tiket guna machine ni jadi kami pergi topup Touch 'n' Go kat kaunter je..ekekeke.. Maklumlah baru first time nak guna mesin ni..huahuahua



Cubaan beli tiket di mesin yang gagal




Kat kaunter punyalah ramai orang yang kena beratur..perggghh.. Apabila selesai urusan Touch 'n' Go, maka kami pun pergi tunggu MRT..sekejap je dah sampai..memang bagus betul perkhidmatannya.. setaraf dengan luar negara..



Terpaksa pergi ke kaunter juga untuk topup Touch 'n' Go




Tengah menunggu MRT..first time nak naik MRT ni..dah tak sabar dah ni..ekekeke..



Apabila dah naik train MRT tu rasa teruja sebab luas betul gerabaknya..memang selesalah..perjalanan dari Kajang ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 30 minit..sebelum memasuki Kuala Lumpur landasan berada di atas tetapi apabila memasuki kawasan Kuala Lumpur landasannya berada di bawah tanah.



Dalam train MRT menuju ke Stesen MRT Merdeka

















Apabila sampai di stesen MRT Maluri kalau tak silap akulah..terjumpalah kawan sekerja wife aku yang kebetulan mahu ke Pavillion Bukit Bintang. Apalagi bergambar teruslah..bukan senang nak jejak kasih dengan kawan dalam train kan..ekekeke.



Wife aku terjumpa kawannya dalam MRT secara kebetulan




Tak berapa lama kemudian maka sampailah kami di Stesen MRT Merdeka..Alhamdulillah hajat nak bawa anak-anak naik MRT ni tercapai..mungkin next time aku boleh bawa mak aku atau mak dan bapa mertua aku pulak..semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik pada mereka..Amin..








Jadi apabila sampai di Stesen Merdeka, maka kami pun turun untuk ke Stesen LRT Plaza Rakyat.. Agak jauh juga berjalan tetapi oleh kerana ianya aircond maka tak lah rasa sangat jauhnya itu. Memang selesa betullah stesen MRT ni..



Baru sampai di Stesen MRT Merdeka








Apabila sampai di stesen LRT terasa agak panas sikit sebab dah tak ada aircond dah..ekekeke..Memang berbeza betul di antara stesen MRT dan LRT ni..Kalau dulu aku biasa guna Stesen LRT Plaza Rakyat ni bila aku turun bas kat Puduraya..tapi kali ni aku betul2 blur sampai tak teringat stesen LRT Plaza Rakyat ni aku biasa guna..maklumlah lebih kurang berbelas tahun yang dulu kan..



Di Stesen LRT Plaza Rakyat





Jadinya kami aku menuju ke Stesen LRT Sultan Ismail.. senang sekarang semuanya pakai Touch 'n' Go je..tak payah pergi beli tiket dah..ekekeke.. Tak lama selepas itu sampailah train LRT..tak lama naik LRT ni lebih kurang 3 stesen dan sampai ke destinasi kami.



Dalam LRT menuju ke Stesen LRT Sultan Ismail





Yang bestnya naik LRT ni dapat tengok view Bandaraya Kuala Lumpur ni..duk biasa naik kereta tak dapat nak hayati Kuala Lumpur ni..kali ni dapat tengok KL sepuas-puasnya..macam pergi luar negara je..huhuhu.. Sememangnya Kuala Lumpur ni adalah bandaraya yang bertaraf dunia..




View Kuala Lumpur dari dalam LRT










Apabila sampai di Stesen LRT Sultan Ismail ni, yang menjadi masalah kami adalah tak ada lift, yang ada pun lift kecik je untuk OKU..so aku kena angkut anak aku dengan strollernye turun tangga..pergghh azab betullah..ekekeke..takpelah anggap jelah sebagai ujian..









Tak lama selepas itu kami terus berjalan kaki menuju ke The Plaza Hotel dengan menaiki jejantas panjang yang disediakan, memang bagus betul kemudahan jejantas ni..jaraknya dari Stesen LRT Sultan Ismail ke The Plaza Hotel ni lebih kurang 200 meter lebih juga.. Dengan adanya jejantas ni tak payah kita jalan kaki tepi jalan raya besar.. selamatlah sikit..



Berjalan di atas jejantas menuju ke The Plaza Hotel


Nampak tak bangunan The Plaza Hotel tu

Tapi yang menjadi masalahnya, untuk turun dari jejantas ni tak disediakan lift atau escalator..so terpaksalah angkut lagi anak aku dan strollernya..pergghh...

Bagi aku tak kisahlah, sebagai rakyat Malaysia aku rasa ini pun dah cukup bagus facilitynya..tapi bagi tourist luar negara, apa pandangan mereka jika mereka terpaksa angkut stroller dan baby macam yang aku buat ni..oleh kerana memikirkan keadaan ni, aku plan dengan wife aku naik GrabCar jelah lepas ni kalau nak keluar..azab juga kalau nak kena angkut stroller untuk ke Stesen LRT ni..tidak dinafikan naik GrabCar lebih mahal sedikit berbanding naik LRT..

Sebelum ni tak rasa payah apa naik tangga, tapi bila ada anak kecik baru rasa susahnya.. Mungkin fasiliti di sini perlu ditambah baik pada masa yang akan datang.



The Plaza Hotel

Apabila dah sampai di The Plaza Hotel, kami rasa teruja jugaklah hotel ni walaupun harganya tak mahal..tapi ianya bersih dan decorationnya pun menarik ditambah pula dengan staffnya yang peramah dan baik. Jadi apalagi tunggu, terus kami check in untuk berehat seketika.. Macam biasalah aku mintak untuk dapat bilik di tingkat yang paling atas yang boleh..diorang bagi bilik kami di tingkat 6..okay lah tu..



Tengah check in

Yang pastinya apabila masuk ke dalam bilik hotel, anak-anaklah yang paling seronok..maklumlah bilik kat rumah tak macam hotel..ekekeke..kalau diorang seronok aku pun seronok juga..jadi sempatlah kami berehat kejap sebelum keluar jalan-jalan balik..penat juga rasa..ekekeke..




Bilik kami




Enjoy anak aku dapat masuk bilik hotel

Keadaan bilik yang selesa walaupun sekadar hotel 3 bintang dan nampak old fashion..yang penting ada bathtub untuk anak-anak aku mandi..ekekeke.. next time boleh rasanya bermalam di sini lagi kalau bajet pun biasa-biasa je kan..







View dari tingkat pun cantik juga, nampak jugaklah bangunan Hotel Sunway Putra atau The Mall, juga dikenali sebagai Yaohan semasa aku kecil dulu..buat masa ni tak mampu lagi lah nak menginap di Sunway Putra Hotel tu..InsyaAllah ke depan nanti kalau ada rezeki..





The Sunway Putra Hotel dari tingkap bilik kami






Tv agak old fashion sikit













Selepas berehat maka kami pun bersiap2 untuk keluar ke The Pavillion Bukit Bintang, nak bawa anak aku pergi makan2 kat sana..katanya nak makan Pizza Hut sempena ulang tahun birthdaynye yang dah dekat ni..kita ikut jelah kehendak anak-anak ni..



Masih terjaga lagi keadaan hotel di sini






Bilik kami di tingkat 6


Kali ni kami membuat keputusan untuk naik GrabCar je ke The Pavillion Kuala Lumpur di Bukit Bintang..semua dah tak larat nak jalan dah..tambah kalau nak kena angkut stroller panjat tangga..pergghh penat juga tu..so tambah duit sikitlah untuk naik GrabCar..



Di lobi hotel


Sementara menunggu GrabCar tu sempat jugaklah anak aku main kat lobby hotel ni, at least luas jugalah lobby juga hotel ni..setengah hotel tu langsung takde lobi untuk kita duduk atau lobby je agak kecik..







Tapi anak aku ni tak boleh biar sangat, punyalah bising dia ni kat lobby ni..so kami ajak dia tunggu kat luar jela..takut guest-guest yang lain terganggu dengan karenah anak aku ni pulak..budak kecik ni kita nak marah sangat pun tak boleh..huhu



Anak aku duk sibuk lari-lari..apa punya budak daa..










Kali ni GrabCar yang ditunggu lambat nak sampai mungkin disebabkan jalan jem, so aku terpaksa cancel dan ambil GrabCar yang baru.. yang baru ni takdelah lama sangat nak sampai.. Tapi kalau berbanding dengan Kota Kinabalu, kat sana lagi cepat..boleh dikatakan dalam seminit dua kereta GrabCar dah sampai selepas membuat booking.



Tengah tunggu GrabCar di depan The Plaza Hotel




Apabila GrabCar dah sampai, kami terus menuju ke The Pavillion di Bukit Bintang, seriously aku sendiri tak pernah masuk lagi dalam The Pavillion ni..hahaha..sekadar lalu je sebelum ni tapi tak pernah singgah.. Dengan naik GrabCar ni rasa betul-betul macam pelancong..macam nilah kalau kami pergi melancong di luar negara pun..ekekeke..oleh kerana jadi penumpang, maka aku berpeluanglah untuk menikmati bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur ni..










Anak kecik aku merajuk tak nak duduk sebelah aku..apa pesyen punya budak daa..







Memang kagum dengan bandaraya Kuala Lumpur ni, tak hairanlah kalau pelancong luar teruja dengan bangunan-bangunan pencakar langit di sini ditambah pula dengan kebersihan jalan rayanya..pendek kata Kuala Lumpur ni setanding lah dengan luar negara..perghhh bangga jadi anak Malaysia..



Bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur..kelihatan bangunan KLCC








Bersama pemandu GrabCar..akan datang aku pun kena buat GrabCar juga..masyukk jugak kan..







Tak lama kemudian maka sampailah kami di The Pavillion Kuala Lumpur ni..memang grand jugaklah The Pavillion ni..tapi memandangkan sekarang dah terlampau banyak sangat shopping mall kat Malaysia ni, benda grand macam ni pun dah rasa biasa dah..ekekeke.. Cuma nama The Pavillion ni biasa orang sebut-sebut ditambah pula ianya terletak di Bukit Bintang, pusat tumpuan warga kota dan pelancong untuk barangan mewah..jadi kami hanya mampu beli makanan jelah kat sini..tu pun dah syukur..Alhamdulillah..tak pernah berangan nak shopping2 kat Pavillion ni..hahaha..










Dalam The Pavillion Bukit Bintang







Pusing punya pusing last2 jumpa juga restoran Pizza Hut, tanpa membuang masa lagi kami terus order disebabkan perut pun dah lapar ni..memang excited lah nak makan pizza ni..bukan selalu dapat makan Pizza Hut ni..ekekeke..









Kami sekeluarga macam ni lah, kalau ke shopping mall samada pergi makan kat food court, tak pun kat KFC, McD atau Pizza Hut atau Chicken Rice Shop atau Kenny Rodgers..tempat makan lain macam tak berapa boleh nak makan sebab tak nampak tanda Halal dari Jakim..ekekeke.. Kiranya kat Malaysia ni kami macam rigid lah sikit, yelah oleh kerana banyak pilihan lagi yang halal, maka kami tak pergilah kedai yang takde tanda halal..

Kalau di luar negara pun Alhamdulillah setakat ni semua restoran atau kedai yang kami pergi mesti ada tanda Halal, walau bukan dari Jakim..ekekeke..Tapi katalah next time nak cari makan di luar negara payah nak cari kedai Halal, maka kena cari restoran yang hidang seafood atau vegetarian jelah..yang lain jangan diusul periuk tu samak ke tidak yang penting bersih..tengok makanan tu halal seperti seafood..maka baca Bismillah dan makan je..





Kita minum susu dulu






Kelihatan ramai juga yang makan di Restoran Pizza Hut ni, walau Pizza Hut pun dah naik harga..dulu dah mahal dah tapi sekarang lagi mahal woo..huhuhu..oleh kerana The Pavillion ni tempat tumpuan, maka ramailah yang datang ke sini dan kesannya kedai-kedai penuh dengan pelanggan..jadi bisnes pun maju..



Penuh orang kat kedai ni..




Restoran yang bersih dan terjaga




Masih menunggu makanan beb..ekekeke..


Apabila makanan dan sampai, maka dengan pantas kami terus makan..ekekeke..lapar beb..seronok betul anak aku kerana diraikan birthdaynya walau terawal sedikit..macam nilah sifat mak ayah jadi seronok apabila anak-anak seronok..tapi sebenarnya aku sendiri pun seronok makan Pizza Hut ni..favourite beb..wakakaka..










Bismillah..jom makan..





Apabila dah selesai makan, kami pun rilek sekejap sementara nak tunggu makanan turun dalam perut..ekekeke..memang santai betul, seronok juga bercuti di Kuala Lumpur macam ni..bezanya kalau luar negara ianya ada suasana sejuk je, yang lain fasilitinya macam sama je..

Kemudian itu maka kami pun keluar untuk balik ke The Plaza Hotel..



Masih kat dalam Pavillion








Tapi masa keluar dari The Pavillion ni, ternampak memang ramai sangat orang memenuhi kawasan Bukit Bintang ni..memang happening betullah..tapi kalau dapat menginap hotel di kawasan Bukit Bintang lagi best..tapi aku dah survey dah..hotel kat sini agak mahal sedikit..



Happening betul Bukit Bintang ni




Grand Millenium Hotel Bukit Bintang







Pening jugak duk cari samada nak naik MRT atau Monorel, nak cari stesennya pun satu hal juga..memang blur terus.. So terpaksalah kami tanya orang.. Alhamdulillah orang KL semua ramah-ramah dan membantu kami..ekekeke.. So kami memilih untuk menaiki monorel..

Sambil-sambil on the way ke Stesen Monorel Bukit Bintang tu, sempat jugalah kami singgah ambil gambar di spot-spot yang menarik..












Layan jelah karenah anak-anak


Tak lama kemudian kami pun sampai di Stesen Monorel Bukit Bintang, walaupun dah lewat masih ramai lagi orang yang menggunakan train monorel ni..kami pun sebenarnya dah tak larat dah nak ke mana-mana..dah nampak katil hotel dah ni..ekekeke.. Plan nak tengok The River of Life kat Masjid Jamek pun tak kesampaian..next time je lah..tapi tak tahu bila..hahaha..






Kat Stesen Monorel Bukit Bintang








Tak lama kemudian train pun sampai, maka kami terus menaiki Monorel ni untuk ke Stesen Hang Tuah..tapi terpaksa berdirilah sebab orang ramai dan monorel ni agak sempit dan aku rasa macam goyang-goyang sikit masa ianya bergerak..kena pegang kuat-kuatlah kalau tidak boleh jatuh tergolek malu kat orang pulak kan..ekekeke.. Tak lama kemudian maka sampailah kami di Stesen Monorel Hang Tuah..





Penuh orang dalam Monorel


Baru sampai di Stesen Monorel Hang Tuah..



Apabila dah sampai di Stesen Monorel Hang Tuah, maka kami pun terus tukar train untuk menggunakan perkhidmatan LRT kerana destinasi terakhir kami adalah Stesen LRT Sultan Ismail.. Waktu kami naik LRT ni, dalam train kosong je...ye lah dah waktu malam kan..warga kota pun tau mengantuk..ekekeke...



Bergambar di Stesen Monorel Hang Tuah












Kosong je train LRT waktu malam ni


Semua dah terasa kepenatan berjalan-jalan ni..mesti ada yang tertanya kenapa kami tak guna GrabCar je..kami dah cek dah harganya agak mahal disebabkan nak masuk ke Pavillion tu jalannya agak jem sikit dan aku pun tak tahu nak tunggu kat mana GrabCar tu nanti..Guna train waktu beg tak banyak okay jugaklah..ekekeke..



Dah sampai Stesen LRT Sultan Ismail


Kemudian kami berjalan perlahan-lahan sambil menikmati suasana malam Kuala Lumpur yang nyaman, kat sini tak banyak sangat kereta dan suasana pun agak lengang, mungkin disebabkan cuti Chinese New Year ramai warga kota yang pulang ke kampung..kami je yang tak balik kampung..ekekeke..



Berjalan dari Stesen LRT Sultan Ismail ke The Plaza Hotel





Jalanraya pun lengang..

Setelah lebih kurang 10 minit berjalan maka sampailah kami di The Plaza Hotel iaitu hotel pilihan kami kali ini..rasa best jugak bawak anak-anak ronda-ronda Kuala Lumpur macam ni..belanja pun jimat tak payah booking flight bagai..ekekeke..



Dah nak sampai The Plaza Hotel dah..


Lobi The Plaza Hotel

Tanpa membuang masa, kami terus naik ke bilik kami di tingkat 6 untuk merehatkan badan ini..penat jugaklah..planning nak ke The River of Life memang tak kesampaian, masing-masing dah tak larat dah..itulah jelah planning yang lari..yang lain Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT..



Bilik kami di tingkat 6


Katil dah pun dah ready untuk menerima kedatangan kami..ekekeke..




Tak lama kemudian maka kami semuapun zZzZ...
Kita sambung cerita esok pulak ye pada entry yang berikutnya.


Jangan lupa saksikan video pertama kami di Kuala Lumpur di sini :-




0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.