Wednesday, October 4, 2017

The Emperor Hotel Malacca Sept 2017 Day 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, kali ini aku kembali lagi dengan penceritaan cuti kami sekeluarga untuk tahun ini. Pada 1 September 2017 yang lepas, kami bermalam di The Emperor Hotel Malacca yang bertaraf 3 bintang semasa Hari Raya Aidiladha . Memang tahun ni kami tak dapat pergi bercuti kemana-mana memandangkan keadaan yang tak mengizinkan walaupun tiket ke Jakarta dan ke Johor Bahru dah dibeli..ekekeke..

Sepatutnya pada bulan February 2017, aku akan terbang ke Jakarta dengan tiket promo Air Asia, tetapi memandangkan pada awal tahun ni cuti banyak digunakan sebab anak kedua aku masuk wad sebab demam. Tiket ini burn begitu sahaja walaupun flight ini reschedule, waktu ni aku tak tahu pun yang kita boleh minta refund kalau tak nak fly jika flight reschedule. Itulah tak ada rezeki namanya..hehehe..

Manakala pada bulan Mei 2017, sepatutnya kami sekeluarga akan bercuti di Johor Bahru, tapi tiba-tiba last minit kami tukar plan untuk balik kampung pulak pada tarikh tersebut. Nasib baik flight ke Johor Bahru ni direschedule dan dimaklumkan melalui email yang dihantar, kemudian ada pulak staff Air Asia yang called aku untuk maklumkan perkara ni, aku bagitahu dia yang aku tak boleh fly ke Johor Bahru, jadi staff tu bagitahu aku jika flight reschedule dan aku tak boleh fly maka boleh minta refund, ohhh..Alhamdulillah knowledge baru yang aku dapat..terima kasih kepada staff Air Asia yang cukup bagus dalam tugasannya. 

Jadi dengan pantas aku apply refund, dalam tempoh seminggu terus masuk dalam akaun Air Asia, aku difahamkan jika flight itu direschedule lebih dari 3 jam, pihak Air Asia boleh refund cash dalam akaun kita.

Okay kembali semula, biasanya kalau pergi ke Melaka kami akan bermalam di rumah kakak aku je, tapi kali ni aku ambil juga hotel semalam disebabkan anak sulung aku yang selalu minta nak bermalam kat hotel je..hehehe..

Macam biasa kami ambil Superior room di The Emperor Hotel ni melalui Agoda.com..memang aku sentiasa setia dengan Agoda disebabkan tawaran redeem point dalam bentuk gift cards yang ditawarkan..lebih kurang seminggu dua juga aku duk monitor harga hotel kat dalam Agoda ni. Bilik Superior room ni berharga lebih kurang RM120 semalam termasuk breakfast, tapi memandangkan point terkumpul aku dah bernilai lebih kurang RM37, jadi aku redeem jela gift card ni..cuma topup sikit jela..hehehe..Alhamdulillah..

Dalam dua tiga hari sebelum check in, aku check dulu booking aku dengan pihak hotel dan bertanyakan berkenaan bayaran deposit semasa check in. Alhamdulillah booking aku dah ada dalam sistem mereka, dan mereka memberitahu aku bahawa aku tidak perlu bayar apa-apa lagi termasuk deposit. Ingat jangan lupa untuk ambil nama staff yang bercakap, sekiranya berlaku apa-apa masa check in, bagitau jelah dah verify dengan staff yang bernama sekian sekian..biasanya masalah yang berbangkit adalah mereka minta bayaran deposit masa nak check in, kadang-kadang duit tu kita plan nak buat belanja...kan dah short duit kita jika pihak hotel pegang sebagai deposit..Masa tu juga aku request supaya reserve bilik double bed dan ditingkat atas, tapi diorang bagitau tak boleh nak reserve, kalau nak dapatpun base on availability masa check in.

Okay aku mulakan cerita aku, kami mula bertolak ke Melaka selepas Solat Sunat Aidiladha, Alhamdulillah sepanjang highway traffic lancar cuma jem sedikit je semasa keluar exit tol Ayer Keroh menghala ke bandar Melaka.




Bergambar dalam kereta di pagi Hari Raya Aidiladha 2017


Rumah kakak aku adalah betul-betul dalam bandar Melaka, jadi terpaksalah mengharungi kesesakan seketika, mungkin ramai yang balik kampung ke Melaka atau pergi bercuti di Melaka ni maklumlah cuti public holiday ni jadi 4 hari berturut-turut apabila dicampurkan Cuti Raya Haji dan Cuti Merdeka dengan hari Sabtu dan Ahad. Sampai dirumah kakak aku, macam biasalah terpaksa salin baju untuk membantu melapah daging lembu korban. Buat kerja sambil sembang-sembang dan makan-makan sampai ke petang..hehehe..




Sempat berposing semasa melapah daging korban


Bersama anak kedua aku..


Bersama bonda tercinta


Bondaku bersama cicit




Dalam lebih kurang pukul 4.00 petang lebih, maka kami pun pergi check in di The Emperor Hotel Malacca yang jaraknya lebih kurang 2km dari rumah kakak aku..tapi yang lawaknya selamba je pergi check in dengan pakai baju buat kerja lapah daging tu, tak sempat nak tukar baju beb...mesti orang ingat orang hulu mana daa nak check in hotel..ekekeke..



The Emperor Hotel Malacca


Berpeluh-peluh masa sampai di The Emperor Hotel Malacca


Masa check in ni ramai juga orang nak check in hotel waktu ni..memang dah time orang nak check in hotel kot waktu ni selepas beraya di pagi hari.. Layanan staff pun okay, proses check in pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah.. Kami diberi bilik di tingkat 20 dan dengan twin bed, walaupun aku mintak double bed..tapi memandangkan bilik yang double bed dah penuh, jadi redha jela..Nampak suasana hotel pun cantik, cuma tempat parking kereta je kat luar..



Bergambar masa check in


Minta tolong guard merangkap bellboy untuk hantar beg ke bilik kami




Ke tingkat 20






Alhamdulillah semasa masuk bilik ni nampak selesa juga biliknya walaupun hanya bertaraf 3 bintang, yang paling bestnya siap ada bathtub lagi tuu..inilah yang anak aku paling suka..aku pun excited jugak maklumlah dah lama tak merasa tidur kat hotel ni..ekekeke...bilik yang kami dapat ni adalah city view..kalau dapat yang sea view lagi best. 

Bilik ni aku rasa luas juga, taklah rasa macam 16 meter persegi..



 Paparan dari web Agoda



Perasmian bilik hotel


Macam biasalah anak aku dari kecik sampai besar asyik atas katil je bila  masuk hotel ni, kalau dah besar sikit nanti aku dah tak boleh bagi di melompat lagi..nanti kang roboh pulak katil ni tak pasal-pasal kena bayar gantirugi..ekekeke..





Jom layan view bilik hotel superior ni..memang selesa betul bilik ni dengan biliknya pun sejuk dan nyaman..


Superior twin bed


Tv pun flat screen..pergghhh


Ada meja study tuuu...hehehe..


Meja solek pun ada..


Heater


Bilik mandi

Bathtub pun ada




Pemandangan Bandar Melaka dari bilik hotel




Selepas itu maka tibalah masanya anak-anak aku nak mandi kat bathtub, kiranya inilah first time jugalah anak kedua aku yang baru berumur 1 tahun 2 bulan mandi dalam bathtub, seronok betul diorang ni.. Kiranya inilah kelebihan dua beradik jika sama jantina jadi tak ada masalah untuk diorang mandi bersama..hehehe..



First time si kecik ni mandi dalam bathtub...ekekeke


Tak lama kemudian, selesailah aktiviti anak-anak aku ni..seronok betul diorang dapat mandi tadi..



Dah selesai mandi-manda





Bawak anak kecik macam nilah, lepas siap2kan diorang maka tugas kami untuk memantau si kecik ni pun masih diteruskan..ekekeke..macam-macam dia nak main..panjat situ panjat sini..bukak itu bukak ini..kuakuakua..Saat-saat inilah yang bakal dirindui apabila anak-anak dah besar nanti.. Syukur Alhamdulillah dapat menikmati saat anak-anak membesar..Jom kita lihat aksi si kecik ni dalam bilik hotel..ekekeke..




Nak panjat beg




Nak telefon siapa pulak tuu..


Sekali rambut tercacak-cacak..tak sempat sikat daa..ekekeke..





Tak lama selepas itu aku pun pergi turun ke bawah kejap untuk ambil barang dekat dalam kereta, masa dekat lif tingkat 20 tu boleh lihat dari tingkap sea view..pergghh memang indah betul..dapat lihat bandar Melaka di sebelah laut..harap-haraplah next time kami berpeluang menginap di hotel ni dengan bilik menghadap laut..



Lorong kawasan bilik






Masa turun tu dapatlah aku memerhatikan keadaan lobi hotel The Emperor Hotel Malacca ni, lobinya taklah luas sangat tetapi sesuailah dengan taraf hotel ni yang bertaraf 3 bintang, staffnya mudah memberi senyuman kepada guest-guest di sini..terasa dihargai dan dihormati jika para staff hotel bersikap begini..yela kadang-kadang orang sanggup menghabiskan duit semata-mata nak merasai layanan sebegini..



 Kawasan lobi






Naik-naik atas balik tahu-tahu anak sulung aku dan terlena dah, nyenyak betul dia tidur dalam hotel ni..tulah sebabnya dia asyik duk mintak nak tidur kat hotel je..hehehe..



Best betul anak sulung aku tidur..huhuhu..


Si kecik ni tak habis lagi mengemas..hehehe...




Tv flat screen tuu..






Menjelang malam, kami pun pergi ke rumah kakak aku untuk menjamu selera, sambil sembang-sembang bersama keluarga aku..


No bilik kami








Let's go!

Sampai di rumah kakak aku, dah tak berapa ramai adik-beradik aku dan keluarga mereka yang tinggal, mereka dah balik ke rumah masing-masing yqmg kebanyakannya di sekitar Lembah Klang.


Di rumah kakak aku


Anak aku bersama sepupunya


Lebih kurang jam 10.00pm lebih kami pun balik ke bilik hotel, pada mulanya kami nak ronda-ronda bandar Melaka pada waktu malam ni, tapi memandangkan masing-masing dah penat maka kami terus balik ke bilik hotel untuk berehat.




Sempat selfie dalam lift bersama..ekekeke..





Masa sampai kat bilik, terus selak langsir maka nampaklah permandangan bandaraya Melaka dihiasi oleh lampu-lampu dari bangunan-bangunan dan jalanraya serta kenderaan di jalan raya. Inilah kelebihan city view boleh tengok panorama indah ini. Walau bagaimanapun yang paling aku suka adalah sea view jugak cuma kalau tengah malam memang gelaplah laut ni..ekekeke..



Bandar Melaka di malam hari..cantik betul..





 Bangunan Hotel Bayview




Hotel Swiss Garden






Tak lama kemudian kami semua pun zZzZzZ akibat kepenatan..bersambung pada entry hari kedua nanti. 

Saksikan video kami di hari pertama :- 





2 comments:

  1. hehe lama tak update blog bro.. keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tunggu anak besar sikit sambil tu menabung sikit2..lepas tu baru boleh sambung trip travel..hehe..InsyaALLAH..

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.