Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lenanya. Bangun pagi ni dapat menghirup udara yang segar di luar balcony..pergghh nyamannya. Sesudah mandi semuanya, kami pun turun untuk menikmati breakfast yang dah termasuk dalam pakej bilik. Harini adalah hari terakhir kami di sini dan tengahari nanti tibalah waktu untuk check out. Apapun kami kena pergi breakfast dulu..ekekeke.. Hari ini wife aku kerja so dia tak dapat join kami breakfast kat hotel kali ni..
Nyamannya suasana pagi |
Kolam renang yang dikelilingi oleh pokok-pokok |
Sesuai untuk buat team building di kawasan berumput ini |
Melihat persekitaran Palm Garden Hotel dari luar bilik ni, memang sesuailah tempat ini dijadikan tempat team building atau kursus untuk orang-orang pejabat, pendek kata macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Boleh rujuk website hotel ni untuk mengetahui apakah aktiviti yang boleh dilakukan kat sini dengan melayari laman web rasmi mereka iaitu di alamat ini (www.palmgarden.com.my).
Tengah bersiap untuk pergi breakfast |
Kiranya untuk breakfast ni kena berjalan sikitlah di mana cafenya terletak berhampiran kolam renang. Maka berjalanlah kami semua lebih kurang 5 minit untuk sampai ke cafe tu. Masa sampai kat cafe tu...pergghh kelihatan penuh dengan guest-guest hotel yang tengah menikmati breakfast. Hidangannya pun banyak giler...aku rasa kat sinilah hidangan breakfast yang paling banyak aku pernah tengok sepanjang menginap di mana-mana hotel.
Tudia..ramai giler orang tengah breakfast |
Memang meriah |
Memang happening betul breakfast kat Palm Garden Hotel ni..memang tak laratlah nak makan atau merasa semua hidangan rasanya..ekekeke...itu pun aku cuba bubuh makanan sebanyak yang mungkin..hahaha..rugilah kalau makan sikit..tapi itulah tank pulak kecik, rasanya tak boleh isi banyak jugak ni..ekekeke..memang sangat berbaloi-baloi ambil pakej bilik+breakfast Palm Garden Hotel ni.
Sejauh mata memandang hidangan yang disediakan oleh Palm Garden Hotel |
Apabila semua dah ready, kami pun menjamu selera dan menikmati masakannya yang memang sedap dan marvellous. Rasanya inilah kali pertama aku dapat breakfast kat hotel dengan Ayah Mertua aku..kiranya kenangan indah jugaklah sebab agak jarang ayah mertua aku dapat follow kami pergi bercuti ni..hehehe..
Penuh pinggan dah macam makan tengahari dah..ekekeke.. |
Sempat bergambar sekeluarga semasa breakfast |
Makan dengan Mak Tok la pulak |
Kalau ingat zaman kanak-kanak dulu tak pernah beranganlah nak makan kat hotel macam ni..ALLAH Maha Kaya..dapat juga merasa nikmat dunia ni.. Alhamdulillah.. Selepas selesai breakfast, kami pun terus beredar. Sebelum balik ke bilik sempat jugaklah kami lepak dekat swimming pool tapi kami tak mandi cuma tengok orang mandi je..ekekeke.. Semalam anak aku cakap nak mandi kolam, tau2 tiba-tiba masa bangun pagi ni dia cakap dia tak nak mandi pulak dah..nak mandi dalam bathtub je..
Ada 2 kolam berasingan kat sini |
Kolam renang kat Palm Garden Hotel ini juga besar..ada 2 kolam berasingan kat sini..nasib baiklah aku ni bukan kaki mandi kolam..kalau tak mau aku dah terjun dalam kolam ni dah..huahuahua.. Walaupun tak mandi pun terasa jiwa ni relaxed je sambil melihat kawasan sekitar.
Kolam berlatar belakangkan bangunan-bangunan tinggi |
Landskap yang cantik dan menarik |
Apabila berada di sini, terasa seakan berada di resort di tengah-tengah bandar disebabkan ada bangunan-bangunan pencakar langit Hotel Le Meridien Putrajaya yang menghiasi latar belakang Palm Garden Hotel ni. Memang patutla tempat ni dipangggil Palm Garden Hotel IOI Resort City.
Anak kedua aku ni teringin nak mandi kot...ekekekeke.. |
Balcony Heliconia Room |
Bergambar bertiga sebelum check out |
Sempat lagi main mainan..ekekeke.. |
Sebelum check out tu, kami pergi letak barang-barang dalam kereta dulu, nasib baik tak hujan kalau tidak kena pakai payunglah jawabnya sebab kat sini tempat parkingnya tidak berbumbung. Selepas itu kami pun check out, urusan check out berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Layan view kat sini kejap sebelum check out |
Lobi Palm Garden Hotel |
Rancangan kami selepas ini adalah untuk pergi ronda-ronda kawasan Putrajaya disebabkan ayah mertua aku nak tengok landskap-landskap yang ada di kawasan Putrajaya ni..memang tidak dinafikan landskap hijau Putrajaya ni cukup cantik dan menarik. Aku sempat bawa ayah mertua aku melihat landskap di depan bangunan Shangrila Putrajaya yang terletak di atas bukit di pertengahan roundabout besar Putrajaya dan di beberapa tempat lain. Jom layan beberapa keping gambar landskap yang sempat aku ambil.
Landskap di kawasan Hotel Shangri-La Putrajaya |
Ayah Mertua akuk memang seorang yang sangat menghargai keindahan alam |
Landskap yang terdapat di kawasan jalanraya di Putrajaya |
Apabila dah selesai ronda kawasan Putrajaya, kamipun singgah di satu kawasan deretan kedai makan berhawa dingin yang dikenali sebagai "Selera Putra". Ianya terletak bersebelahan Masjid Putra dan bertentangan dengan tasik. Tapi makanan kat sini agak mahal sedikit disebabkan tempat ini menjadi tumpuan pelancong luar negara.
Dua beradik ni bersama Mak Toknya |
Masjid Putra, Putrajaya |
Di depan Masjid Putra ni ada satu kawasan lapang yang cukup luas, dan kenderaan boleh di parking di sekeliling bulatan besar depan Masjid Putra ni..Bangunan Pejabat Perdana Menteri pun berada berhampiran Masjid Putra je..Memang kagumlah dengan keindahan senibina Putrajaya ni..
Bangunan Pejabat Perdana Menteri Malaysia |
Kawasan lapang yang luas di hadapan Masjid Putra |
Sentiasa ada bas pelancong kat sini |
Kelihatan satu tasik yang besar iaitu Tasik Putrajaya. Tasiknya yang luas dan panjang ni betul-betul mempesonakan. Rasa tenang dan relaxed je dengan permandangan di sini. Oleh kerana waktu ni agak panas jadi tak dapat menghayati sangat permandangan di sini. Mungkin waktu yang sesuai untuk datang dan bersantai ke sini adalah pada waktu petang.
Permandangan Tasik Putrajaya yang mempesonakan |
Lepas tu kami terus turun ke bawah dengan menggunakan escalator untuk ke medan selera. Aku tak perasan pun sebarang signage yang menyatakan ada restoran di bawah Masjid Putra ni jika berada di atas iaitu di kawasan parking. Mungkin jika dipasang signage "Medan Selera" cukup membantu pelancong-pelancong yang berkunjung ke sini. Aku tahu ada tempat makan kat bawah ni pun sebab ada kawan yang beritahu. Lepas turun bawah tu kita akan nampak tulisan "Selamat Datang ke Selera Putra", terasa diraikan..hehehe.. Kat sini juga ada semacam pameran burung Kakak Tua..mungkin kena bayar rasanya kalau nak berinteraksi dengannya..
Selera Putra, Masjid Putra |
Ada burung Kakak Tua di sini |
Di kawasan ini juga terdapat deretan kedai yang dikenali sebagai "Souq Putrajaya" yang ada menjual barang-barang cenderamata seperti keychain, magnetic fridge, pakaian fan sebagainya. Harganya pun boleh tahan juga sesuai dengan harga pelancong luar negera. Dapat diperhatikan terdapat banyak pelancong luar yang datang ke sini terutamanya pelancong dari China.
Apabila dah selesai jelajah Souq Putrajaya tu, kami pun terus ke "Selera Putra" dan singgah di kedai Famous Nasi Kandar Asli Utara. Tempat ni berhawa dingin jadi dapatlah berehat sambil mengelak kehangatan cuaca di luar. Kali ni Ayah Mertua aku yang belanja makan tengahari...ekekeke..Alhamdulillah.
Selepas makan tu sempat jugalah kami lepak kat luar bangunan untuk menikmati permandangan tasik ini sambil memerhati gelagat-gelagat pelancong luar negara yang berada di sini. Sesungguhnya Putrajaya ni terbukti memang menjadi satu tempat perlancongan yang terkenal di kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.
Kelihatan para pelancong sedang bergambar di tepi Tasik Putrajaya, Masjid Putra |
Walaupun keadaan yang agak panas di bawah cahaya matahari, tetapi ianya tidak menghalang para pelancong untuk bergambar di luar "Selera Putra" ni. Aku pun sama konon-kononya jadi pelancong luar jadi aku pun join ambil gambar sekali..huahuahua..
Kelihatan pelancong sedang bergambar |
Apabila selesai bersantai di tepi tasik..maka kami pun terus beredar untuk pulang ke rumah. Walaupun bercuti di kawasan yang dekat je dari rumah namun terasa puas juga disamping dapat bawa kedua-dua ayah dan mak mertua berehat.
Kakak bersama Mak Toknya |
Adik pula bersama Tok Wan dia |
Ayah Mertua aku sempat bersembang dengan pengunjung yang bertandang ke sini |
Saksikan video kami di hari kedua di Putrajaya :-
Terbaik tuan, kipidad
ReplyDeleteThanks tuan, dongibab..hehehe
Delete