Sunday, March 1, 2015

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 3

Alhamdulillah, semalam kami dapat tidur dengan puas walaupun bilik hostel ni sempit giler..itupun nasib aku ambil family room (ada 2 double bed)..kalau aku ambil double room, memang lagi azablah sebab aku bertiga..kekeke..kakak aku pulak duduk dengan anak dia kat bilik sebelah dengan katil double bed..untuk 2 orang sesuai lagi kalau double bed room..

Mula-mula kami breakfast dulu dengan bekalan makanan yang dibawa..pagi ni kami keluar agak lewat sedikit lebih kurang jam 10.30 pagi..destinasi pertama kami yang telah dirancangkan pada hari ini adalah The Peak atau juga dikenali sebagai Victoria Peak yang terletak di Hong Kong Island, puncak gunung dengan ketinggian altitudnya 552 meter..

Manakala destinasi kedua kami adalah Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre atau juga dikenali sebagai Wan Chai Mosque yang terletak di Wan Chai, Hong Kong. Dalam bangunan inilah terletaknya restoran Islamic Centre Canteen yang menjual Halal Dim Sum..



Baru turun dari Chungking Mansion

Sebelum pergi ke destinasi-destinasi yang kami rancangkan itu, kami singgah sekejap kat Avenue of Stars untuk ambil gambar sekali lagi, maklumlah masa hari pertama kami sampai tu sekejap je cerah pastu dah gelap..lagipun Avenue of Stars ni dekat je dengan Chungking Mansion..Terminal ferry untuk ke Hong Kong Island pun sebelah Avenue of Stars je..



Ambil gambar atas rumput ni..macam unik pulak tengok..kekeke...

Kami ingatkan sebab hari ni hari Isnin tak ramai orang, tapi ramai jugak orang pagi-pagi ni..nak ambik gambar pun payah..memang sentiasa ramailah orang kat sini...mungkin sebab sejuk kot..kalau panas mau berasap..kekeke..



Avenue of Stars di waktu pagi


Jadi krew filem pulak kami ni..hehe..


Patung Bruce Lee


Berlatar belakangkan bangunan Hong Kong Museum of Art


Berlatar belakangkan Hong Kong Space Museum

Sebelum ke terminal ferry tu kami patah balik dan singgah kejap kat Sogo, manelah tau kot2 ada winter jacket murah-murah...tapi yang pasti aku terkejut tengok sweater sampai ribu-ribu Ringgit Malaysia..aku ingatkan itu tag je..aku try tanya penjual tu, dia kata itulah harganya...perghhh mak bapak mahal giler..kat Malaysia winter coat macam tu baru lebih kurang RM200 lebih je kalau beli kat butik..kalau bundle lagi murah...kekeke..Kalau orang macam aku ni datang Hong Kong simpanlah angan-angan nak shopping..semua barang mahal..janganlah Malaysia jadi macam ni..teruk kita nanti..kekeke..



Berlatar belakangkan bangunan Sogo

Kemudian kami pun berjalan kaki untuk ke Jeti Star Ferry, aku confident je pergi tempat yang aku agak semalam sebab nampak macam ferry kat situ kat belakang bangunan Hong Kong Museum of Art, pergi-pergi kat situ bukan dia la pulak..alamakkk...google map pun aku tak save dalam handset atau print..over confident sangat..pastu macam biasalah aku tanya oranglah kat mana jetty ferry tu.. taktik bertanya aku kalau travel ni paling kurang aku tanya dua orang, bukan tak percaya kat mereka tapi takut mereka tak faham soalan aku, takut mereka tunjuk arah tempat lain bukan ke jetty...

Kali ni aku dapat dua jawapan berbeza, arah sama tapi melalui tempat yang berbeza..aduhhh confused jugak ni..takpelah aku ikut jelah yang suruh lalu belakang bangunan Hong Kong Museum of Art..Alhamdulillah last2 sampai jugak tak Jeti Star Ferry ni..rupa-rupanya jalan aku lalu tadi jalan jauh..sepatutnya dari Sogo tu jalan straight je ke jeti..takpelah dah namanye melancong tak pakai agen..kekeke...

Kat bangunan jeti tu ada tandas awam..tapi kotor jugak lebih kurang kat Malaysia je..jangan lupa untuk sediakan botol untuk isi air sebab tandas dia takde paip..

Dah sampai jeti ferry tu atau nama betulnya adalah Star Ferry Pier, tiba-tiba ada orang perempuan Hong Kong yang offer untuk membantu kami, dia tanya ada masalah ke? nak pergi ke mana? terkejut jugak aku...mungkin sebab aku macam blur2 je cari arah mana kami nak tuju ni..aku cakaplah aku nak ke Hong Kong Island..pastu dia tunjuk jalan ke arah tangga yang tulis "To Central"...okay terima kasih ye..wah ada jugak orang baik hati di Hong Kong ni....walaupun peniaga-peniaga kat Ladies Market macam style paksa orang beli barang..hehe..



Ikut arah ni kalau nak naik ferry ke Hong Kong Island..


Tambang feri sehala ni kalau tak silap aku lebih kurang HKD 3 je..boleh pakai octopus card..Masa naik feri ni aku rasa macam duk atas feri dari Butterworth ke Georgetown lah pulak..dengan kerusinya yang sama..perjalanan dengan feri ni mengambil masa lebih kurang 15 minit je..



Tengah menunggu ketibaan feri


Atas feri dah..

Permandangan dari atas feri

Masa tiba kat jeti feri Central tu atau nama betulnya Central Piers, turun-turun terus nampak ada kedai kebab halal..apalagi terus singgahlah nak merasa makan kebab pulak..lagipun waktu tu jam dah lebih kurang pukul 12.30pm dah..perut pun dah lapar sikit..sedap jugak kebab dia..masa tengah membeli kebab tu kami berjumpa dengan sebuah keluarga dari Malaysia, dia bekerja kat Hong Kong ni..jadi kami pun bersembang-sembanglah..kami bagitaulah mereka yang kami nak ke The Peak dulu, kemudian nak makan Halal Dim Sum, dia bagitau baik pergi restoran yang jual Halal Dim Sum tu dulu sebab ia akan tutup pada pukul 3.00 pm..alamakkkk...


Kedai kebab Halal di Central Pier


Tengah menunggu pizza dan kebab siap...


Senarai harga


Senarai harga minuman



Senarai harga makanan


Jadi kami pun terus ubah plan, lepas selesai makan tu kami terus pergi ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre lebih kurang jam 1.15pm.. Kami pergi ke sana dengan menaiki teksi dan perjalanan ke sana dari jeti Central ni lebih kurang 10 minit je.., bayarannya kalau tak silap tak sampai RM20 dari Central Piers ke sana..Alhamdulillah driver teksi ni baik dan sporting..untuk ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre tu aku tunjukkan dalam bahasa Cina yang aku snap dalam handset aku..



Gambar ni lah yang aku tunjuk kat driver teksi tu..



Dalam teksi on the way ke Masjid Ammar and Osman Ramju Saddick Islamic Centre


Inilah bangunannya..restoran dan tempat solat semua dekat dalam bangunan ini..


Gambar yang aku snap masa dalam lif..boleh tengok tingkat berapa tempat makan, tempat solat dan sebangainya

Masa dah sampai tu kami terus ke tingkat 5 untuk ke Islamic Centre Canteen, itupun selepas bertanya orang kat dalam bangunan tu dulu..kekeke...Oleh kerana baru je isi perut dengan kebab tadi, jadi perut kami tak ada lah lapar sangat..jadi ada jugaklah makanan yang kami order tak habis, lepas tu kami bungkus dan beli sikit untuk makanan untuk petang atau malam nanti, sebab makanan kat sini agak murah sikit berbanding tempat lain..



Islamic Centre Canteen yang menjual Halal Dim Sum..


Halal Dim Sum

Jemput makan semua...

Bercerita tentang rasa makanan kat sini, aku rasa masakan dia seperti masakan yang aku makan kat Shanghai dulu2..rasa macam lain sikit...mungkin sebab minyak yang dia guna berbeza kot..kalau nasi goreng yang aku makan masa hari pertama tu lebih kurang nasi goreng kat Malaysia je..

Inilah kali pertama aku bersama wife dan anak aku makan Halal Dim Sum... sedap wooo....kekeke... Aku sempat jugaklah snap gambar-gambar untuk rujukan siapa yang nak berkunjung ke sini nanti..



Dijamin Halal


Senarai makanan



Senarai makanan



Senarai minuman



Nampak tak untuk Dim Sum dibuka dari 10.00 am sampai 3.00 pm je..



Lepas selesai menjamu selera tu, terasa nak ke tandas lah pulak...aduhhh... kalau boleh aku nak cuba elakkan membuang masa jalan-jalan ni..biasanya aku akan selesaikan masa kat hotel..tapi sekarang dah sakit perut nak buat macam mana..punyalah payah sebab takde air paip kat tandas ni..paip ada kat sinki basuh tangan je..kalau biasa 10 minit boleh setel, ini lebih kurang setengah jam baru setel..penat woo...kena bawak banyak-banyak botol kosong ye untuk mengisi air..kekeke..pengalaman pahit aku ni...

Selepas selesai semuanya, kami pun terus ke tempat mengambil wudhuk di tingkat 1, dan kemudian ke tempat solat lelaki di tingkat 2 dan tempat solat wanita di tingkat 3...



Tempat mengambil wudhuk di tingkat 1



Tempat Solat lelaki di tingkat 2


Kat luar tempat Solat Lelaki di tingkat 2


Kat dalam tempat Solat Lelaki di tingkat 2


Selepas selesai menunaikan solat secara jamak, maka kami terus menahan teksi untuk ke Peak Tram Station, waktu ni lebih kurang 3.30 pm dah...tapi kali ni driver teksi ni macam garang sikit..aku tanya dia banyak kali jugaklah tempat Peak Tram Station tu, last2 dia macam nak marah kat aku...dia cakap dia tahu..driver ni boleh berbahasa English jugak..aku ingatkan tak pandai langsung...bukan apa aku cuma nak pastikan yang dia hantar kami ke tempat yang betul...itu je...kekeke...

Yang seronok naik teksi ni, kita boleh tengok permandangan bandaraya Hong Kong ni..memang cantik bangunan-bangunan dia...macam Kuala Lumpur jugaklah...hehehe...perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit je dengan teksi ni..bayarannya teksi ni kalau tak silap lebih kurang RM20 je..


On the way ke Peak Tram Station


Penuh dalam teksi ni..kekeke..


Hehe...nilah driver yang agak garang tu..kekeke..tapi dia bagus sebab bagi info jugak tentang kedudukan Tram Station tu..hehehe..


Melalui tengah-tengah bandar Hong Kong Island..


Cantik je permandangan kat sini...

Dah sampai kat tempat tu, macam biasalah bergambarlah dulu...pastu kami turun bawah untuk beli tiket..tapi perghhhh ramai giler orang...Hari Isnin pun ramai orang jugak...nak tak nak kena beratur jugaklah...memang buang masa betullah kena beratur untuk beli tiket ni, boleh dikatakan lebih kurang sejam jugak masa dihabiskan dengan beratur menunggu beli tiket dan menunggu untuk naik Tram tu...



Kat The Peak Tram Station


Anak aku dan sepupunya..


The Peak Tram Station


Beratur jangan tak beratur..hehe..

Nampak tak kaunter tiket tu..


Harga tiket..

Yang ni aku tak beli pakai Octopus Card, pakai cash je..tak pastilah boleh ke tak pakai Octopus Card ke tak? Kami beli tiket return termasuk ke Sky Terrace 428 sekali yang berharga HKD 83 (dewasa) dan HKD 40 (child)..so kami dapat naiklah ke puncak bangunan kat atas The Peak tu nanti

Tapi memang ramailah orang, terpaksa bersesak-sesak dengan ramai..fuhh letih jugaklah nak naik tram ni pun..kekeke...dekat pukul 4.45pm jugaklah baru boleh naik tram ni..masa naik tram ni rasa macam kat Bukit Bendera Penang lah pulak...hehehe...perjalanan tram ke The Peak ni mengambil masa lebih kurang 10 minit..

Dah sampai tu, kami terus naik bangunan tu untuk melihat permandangan bangunan-bangunan Hong Kong Island..terasa kat atas ni lebih sejuk daripada bawah tepi laut mungkin disebabkan ketinggian Sky Terrace 428 The Peak ni lebih kurang 428 meter dari aras laut..jadi mungkin menyebabkan suhu sedikit berubah..



Tengah menunggu Tram untuk naik ke The Peak..



Tram dah sampai..


Dalam tram..


Boleh lihat permandangan bangunan pencakar langit Hong Kong Island


Nasib baiklah kat atas Sky Terrace 428 ni tak ramai orang sangat..jadi bolehlah bergambar dengan baik..sejuk atas ni dengan anginnya yang kuat...



My Happy Family


Yang ni daripada anak buah aku..


Lepas dah siap tulis..gantung je kat sini...


Haha..dah ada tergantung kat atas The Peak..

Memang kalau siapa-siapa berkunjung ke Hong Kong ni kena naik atas The Peak ni..memang best..kalau kat Seoul macam naik atas bukit Namsan..



Bergambar kenangan atas The Peak Wishing Corner


Bergambar berlima kami..

Tak gayat diorang ni duk kat tepi ni..hebat..hebat..kekeke..

Nak teropong pun ada..boleh bayar pakai Octopus Card..murah je..lupa dah harga dia..

Oleh kerana kesejukan, ahli keluarga aku yang lain semua turun balik masuk bangunan, jadi aku pusing sorang2 kat atas Sky Terrace 428 ni untuk melihat permandangan 360°..

Sejuk tu memang sejuk..tapi tahan lah kejap..hehe..lepas tu aku selfie sorang-sorang jelah...kekeke..


Berlatar belakangkan bangunan di sekitar Hong Kong Island

Permandangan hutan hijau kat tepi ni..

Berlatar belakangkan bangunan kat bawah...apanama ntah bangunan tu..kekeke..

Aku sorang je kat atas waktu ni..yang lain tak tahan sejuk..kekeke..


Lepas aku pun turun...sempat jugak bergambar dengan patung Bruce Lee kat depan Madam Tussauds The Peak ni..yang ni free je..kami pun tak masuklah dalam Madame Tussauds ni..tak taulah berapa tiketnya..Kemudian kami pun singgah kejap kat kedai Hard Rock The Peak ni untuk beli baju kiriman ahli keluarga..

Selepas selesai semuanya, kami pun turun untuk ke menunggu Tram untuk bawah kami turun ke bawah pulak..waktu ni dah dekat pukul 7.00 pm dah..time ni kena beratur pulak...pergghh banyak masa habis kat Hong Kong ni duk beratur je memanjang..kekeke..



Patung Bruce Lee kat pintu masuk Madame Tussauds

Kedai Hard Rock Cafe atas The Peak


Batman pun ada atas The Peak ni..kekeke..



Selepas turun ke bawah kami pun naik bas ke Central Pier, lepas nak balik hotel rasa awal lagi..baru lebih kurang pukul 7.30 pm..jadi kami pun merancang untuk ke Russell Street di Causeway Bay untuk ke Times Square Hong Kong..jadi sebab macam dekat je..jadi kami tahan teksi jelah..sebab dah tak larat nak menapak dari Central Pier ke Central Station..dekat je sebenarnya..tapi jalan kaki dah tak larat dah..hehehe..

Jadi kamipun tahan teksi, bagitaulah nak ke Causeway Bay Station, aku tunjuk kat dia nama dalam bahasa Cina sekali dalam map train yang aku ada tu..dia cakap okay..tapi yang menghairankan aku kenapa macam jauh jugak naik teksi ni tak sampai2..last-last baru aku perasan yang dia bawa kami ke Quarry Bay Station..masa kami perasan tu aku cakaplah kat dia yang kami nak ke Causeway Bay Station, ini dah Quarry ni..dia pun mungkin perasan dia salah tengok..dia kata nak patah balik naik teksi ke Causeway Bay Station jadi jauh balik..jadi dia hantar ke Quarry Bay Station jugak...perggghh jauh giler dia bawak kami..melayang jugak duit teksi lebih kurang RM50 duit kita...ingatkan dia nak bagi kuranglah dah dia silap hantar..takde maknanyelah..bayar macam biasa...hahaha..



Alang-alang dah sampai kat Quarry Bay Station..bergambar dululah..


Lepas tu kami naik train dari Quarry Bay Station ke Causeway Bay Station, dah sampai kat Causeway Bay ni, kami terus ambik exit ke Times Square Hong Kong..ronda-ronda dalam Times Square, tapi semua barang bapak mahal giler kat sini..kekeke..tak macam Times Square Kuala Lumpur..murah je barang-barang dia..


Kat Causeway Bay tempat Chan Ho Nam (Young and Dangerous film)..kekeke

Pastu semua dah tak larat nak jalan-jalan dah..jadi kami lepak kejaplah kat luar Times Square tu dekat Russell Street, merupakan tempat shopping yang paling sibuk kat Hong Kong dan juga tempat sewa yang paling mahal di dunia mengatasi New York's Fifth Avenue..


Times Square Hong Kong


Tapi memang letih dah arini..nak ronda-ronda kat Russell Street  pun dah tak larat dah..nampak orang berduyun-duyun kat sane..kaki pun dah lenguh dah ni..tak tau lah berapa kilometer dah kami berjalan kaki arini..kekeke...



Russell Street, Causeway Bay..tempat shopping yang paling sibuk di Hong Kong..

Lepas tu, kami masuk balik Times Square untuk ke Causeway Bay Station, dah nak balik ke hostel kami dah ni..tak larat dah nak berjalan..dah nampak katil je ni..hehehe..Jadi kami naik train dari Causeway Bay Station terus ke Admiralty Station, tukar train kat situ dan terus Tsim Sha Tsui Station. Untuk makan malam kami makan makanan yang kami dah tapau kat kedai Islamic Centre Canteen Restaurant tu hotel je....



Mahal giler durian yang dijual di Times Square ni..


Harga Strawberry di Times Square..tak sanggup nak tengok harga dia..



Harga Pisang lebih kurang kat Malaysia je..

Oleh kerana semua dah kepenatan, semua pakat-pakat cari bantal dah..mengantuk dan letih...kekeke..esok dah nak balik dah...perghhh sekejapnya rasa...aku kempunan nak makan strawberry kat Hong Kong ni..aku pun hairan kenapa takde orang jual buah-buahan kat tepi jalan..mungkin aku pergi salah tempat kot..yang aku jumpa strawberry kat Times Square..tapi mahal giler..tak macam kat Seoul Korea..berlambak orang jual buah Strawberry kat tepi jalan..kekeke..

Aku tak boleh tidur lagi, pastu sempat lagi aku turun kat bawah ronda-ronda sorang2..tapi disebabkan ramai foreigners ni rasa macam takut jugaklah nak jalan jauh-jauh..lepas tu aku pun naik tidur sebab dah lewat malam dah..



Masa tengah ronda sorang2..sempat upload gambar ni dalam facebook...kekeke..



Saksikan video kami di hari ketiga ini :-







Bersambung pada hari terakhir kami di Hong Kong nanti.....

5 comments:

  1. nak tanya, kalau dah beli tiket The Peak tu awal2, ada laluan lain yang boleh lalu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perasan ada yang masuk terus tanpa beratur..staff yang jaga tu akan buka tali yang mengawal orang beratur tu..tak pastilah mereka tu dah beli tiket awal ke tidak..tapi saya rasa mungkin mereka dah ada tiket dah kot..so that's why diorang tak payah beratur..:-)

      Delete
  2. Salam. baru perasan dkt gmbr saudara yg dkt dim sum tu, group kitorang ada photobomb kt blkg tu. hehehehe. patut la x perasan saudara & family sbb kitorg duduk dkt hujung. btw, dh rindu sgt dkt the peak & hong kong bila tgk video dkt blog ni :( planning nak pegi lg awal tahun dpn kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, yeke..hehehe..masa kat dim sum tu sy tak perasan lagi kelibat saudari n da geng, sy perasan waktu kat luar bangunan saudari2 semua tengah ambik gambar dan tunggu teksi kalau tak silap, sy perasan sebab saudari2 semua macam orang Malaysia..kekeke..waktu tu sy tengah tunggu wife dan kakak sy habis bersolat..hehehe..kami pun kalau ada rezeki nak datang ke Hong Kong lagi..walaupun mahal tapi tetap rasa peace of mind dengan sejuknya dan relax terutamanya di Avenue of Stars,.huhuhu..ok saudari selamat sampai lagi ke Hong Kong :-)

      Delete
    2. Hahaha..baru perasan gambar kami pun ada dalam gambar blog saudari waktu kat dim sum tuu...ekekeke...ok thanks...

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.