Saturday, March 7, 2015

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 4 (Last Day)

Alhamdulillah semalam semua dapat tidur dengan lena..harini adalah hari terakhir kami kat Hong Kong ni..walaupun Hong Kong ni memang sangat mahal, tapi tidak dapat dinafikan ada banyak tarikan kat sini, ada beberapa tempat kami tak sempat nak pergi seperti Stanley Market dan Ngong Ping Cable Car..takpelah next time lah pulak kalau ada rezeki..kekeke..InsyaALLAH..

Flight kami ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 5.45pm, jadi kami ada banyak masa lagi..jadi harini kami agak santai sikit..rilek je..huhu..


Bergambar untuk kenangan di hari terakhir di Hong Kong


Macam biasalah kami breakfast kat dalam bilik je sambil packing2 bag..lebih kurang pukul 10.00 kami pergi ronda kejap dengan Avenue of Stars dan sekitar Chungking Mansion ni..lebih kurang 12.30pm kami pun check out..lewat sikit setengah jam..nasiblah pekerja Hotel ni sporting..kekeke..

Untuk makan tengahari kami bercadang untuk makan  di restaurant halal di airport iaitu di Popeyes Chicken & Biscuit kat Level 7 Terminal 1..Lepas berfikir-fikir..kamipun ubah rancangan untuk tapau makanan halal kat Chungking Mansion ni jela..takut tak jumpa cari kedai Popeyes Chicken & Biscuit tu kat airport je..memang masaklah kalau tak jumpa..budak-budak mesti lapar..mengamok nanti diorang ni..kekeke..


Restoran Halal di airport  (https://www.hongkongairport.com/eng/shopping/dining/t1/fastf/pope.html)

Jadi selepas check out kami terus ke kedai Bismillah Fried Chicken and Pizza untuk beli Pizza kat sana..harga sebiji pizza large ialah HKD 120 (RM60)..penjual dia pun friendly..besar ni dah lebih dari cukup untuk makan kami berlima ni..hehehe..air kat sini pun lebih murah berbanding tempat lain..


Halal restaurant..Bismillah Fried Chicken and Pizza di Chungking Mansion

Dah kosong dah..kami ambil Chicken Tikka Pizza

Besarnya pizza dia..

Macam-macam jenis pizza lagi ada kat sini...

Mula-mula kami rancang nak ke airport dengan menggunakan perkhidmatan bas A21 iaitu bas yang sama kami gunakan semasa ke Chungking Mansion dari airport di hari pertama kami tu, kalau nak naik tu kena tunggu di depan bangunan Chungking Mansion ni, tapi masa kami tengah tapau pizza halal kat dalam Chungking Mansion ni, adalah orang yang datang offer perkhidmatan pengangkutan ke airport, biasanya aku tak layan, tapi kali ni aku layan pulak memandangkan memikirkan keperitan di hari pertama semasa naik bas dengan bag banyak dengan anak kecik ni..kekeke..

Dia offer 7-seater van, aku tanyalah berapa dia bagitau HKD 250 lebih kurang RM118..aku pun mula fikir kalau naik bas (HKD 33 x 5 = HKD 165 [RM75])..tambah duit sikit boleh naik van..huhu..

Jadi aku pun bincang2 sama-sama kami..terus sepakat setuju untuk naik van tu..cuma yang silapnya aku tak mintak kurang pun..aku pun dah tak terfikir dah nak mintak kurang dah sebab aku kira2 kena tambah lebih kurang RM50 untuk naik van..taklah banyak sangat tambahnya ..aiyyaa rugi woo.. ..kekeke..

Jadi diorang suruh kami tunggu kat kedai pizza tu sehingga van sampai..sekejap je tunggu dalam 10 minit..yang bagusnya penjual pizza tu siap tolong kami angkut barang kami ke van tu..terima kasih banyaklah..semoga murah rezeki mereka-mereka ni..Amin..ramai jugak yang baik hati kat Hong Kong ni..


Van yang akan bawa kami terus ke Hong Kong airport..Ok jugak van ni..kekeke..

Penjual pizza yang berbaju hitam tu tolong kami loading bag..terimakasih bos!

Perjalanan ke airport tu mengambil masa lebih kurang 40 minit jugaklah dari Tsim Sha Tsui ni..pastikan terminal berapa kita akan berlepas nanti sebab takut mereka tersilap hantar kita ke terminal lain pulak..untuk penerbangan kami ni di Terminal 2, info berkenaan terminal mana perlu pergi boleh lihat kat itinerary booking..

Tapi driver van ni yang berasal dari India ni dah familiar dah..dia tanya naik flight apa? aku jawab naik Air Asia..terus dia tahu kat Terminal 2..hehehe..hebat2..

Dalam van tu aku bersembang jugaklah dengan driver ni, dia berbangsa Punjabi..kiranya dia dah bekerja kat Hong Kong ni dah berbelas tahun..


Selesa jugaklah naik van ni..hihihi..

Driver van berbangsa Punjabi dari India..

Dalam perjalanan menuju ke Hong Kong International Airport Terminal 2


Kami sampai kat airport lebih kurang pukul 1.40 pm..Masa dah sampai tu baru aku bayar HKD 250..pastu mintak tolong dia ambik gambar kami kejap sebagai kenangan kat airport ni..kekeke..


Baru sampai kat Hong Kong International Aiport Terminal 2

Oleh kerana perut pun dah lapar, kamipun terus makan pizza kat airport..kemudian kami pergi ke kaunter Airasia untuk timbang berat beg-beg kami dulu..dan sempatlah adjust sikit-sikit barang dalam beg ni..staff Airasia cakap pukul 3.00pm baru boleh drop bag..

Dalam airport ni kalau tak tahu ke mana tempat kita nak pergi, tanya je dekat customer service counter tu..kami tanya diorang kat mana tempat untuk bersolat dan tempat untuk dapatkan refund Octopus Card ni..bagus betul layanan mereka ni..memang mereka akan bagi info yang berguna pada kita..dan lagi satu wifi kat Hong Kong airport ni memang bagus..kat mana-mana pun ada wifi..hebat woo..kekeke...

Jadi untuk ke tempat solat ni kami pergi secara bergilir-gilir untuk sebab terpaksa jaga beg-beg kami dan budak-budak 2 orang ni..kekeke..


Makan tengah hari kat sini je..hehe..

Lebih kurang 3.00pm kami pun terus pergi check in bag..staff Airasia bagitau yang flight kami ni akan berlepas di Terminal 1, check in sahaja di Terminal 2.. jadi lepas ni kena naik train dan bas untuk ke sana....perghh kalau kami sampai lewat confirm dah kalut ni..

Selepas selesai drop bag, apalagi aku pun terus ke kaunter train untuk dapatkan refund Octopus Card ni..setiap Octopus card ni akan dipotong HKD9 (RM4) semasa refund..oklah tu..tak banyak sangat diorang potong..janji dapat balik duit kita..

Pengalaman aku sebelum ni, kalau duit syiling luar negara ni..kebanyakan money changer di Malaysia tak nak tukar..diorang tukar duit kertas je..so kalau ada duit syiling luar negara tu baik habiskan tak pun sedekah jelah kat siapa-siapa kat.sana..


Resit Octopus Card refund

Kemudian aku pergi ke bilik sembahyang untuk menunaikan solat, kira bagus jugaklah airport kat Hong Kong ni menyediakan ruangan solat untuk orang Islam..tapi aku tak pastilah samada bilik sembahyang ni adalah berkongsi juga dengan agama2 lain..cuma tiada petunjuk arah kiblat kat sini..kena pakai smartphone untuk tentukan arah kiblat..nasiblah dalam handset aku dah ada software compass ni..berguna jugak compass ni..huhu..


Kemudahan tempat sembahyang di Hong Kong International Airport Terminal 2

Arahan pihak berwajib yang perlu dibaca di bilik sembahyang ini..


Ruangan untuk bersolat

Sejadah pun disediakan

Arahan yang perlu dibaca pada sejadah yang disediakan..


Tempat untuk berwudhuk


Selepas selesai bersolat aku pun terus masuk ke balai perlepasan...Disebabkan kena naik train dan bas untuk ke Terminal 1, terasa kalut jugaklah walaupun flight pada jam 5.45pm..yelahkan sebab nak tempuhi security check, imigresen..makan masa jugak tu...sekarang ni pun jam dah lebih kurang pukul 3.50pm..Arrghhh cepat-cepat...jangan buang masa...kekeke..


Bas yang kami naiki untuk ke Terminal 1


Bas-bas lain yang membawa penumpang ke Terminal 1


Dalam bas daa..


Alhamdulillah kami sampai tempat menunggu flight di Terminal 1 awal jugaklah..lega dah rasanya.. jadi hanya menunggu masa untuk boarding jelah..


 Permandangan dari Terminal 1 kelihatan British Airways Airbus A380

Bergambar bersama Dato' Haji Khalid bin Yunus semasa menunggu untuk boarding..

Haha..seronok anak aku dan sepupunya bergurau-gurau sementara menunggu nak boarding

Alhamdulillah, flight pun tak delayed dan flight pun hampir penuh..jadi kami dah boleh ucapkan selamat tinggal pada Hong Kong ni..memang kenangan di sini akan segar dalam ingatan..Kalau ada rezeki, InsyaALLAH kami sampai lagi ke sini..



Baru boarding je ni..


Goodbye Hong Kong!


Hong Kong International Airport dari pandangan udara

Dalam flight kami dah order online untuk makanan siap-siap..pergghh memang sedap kalau dah dapat makan dalam kapal terbang ni..kekeke...



Baru nak menjamu selera..


Nasi aku yang aku dah order online

Jemput makan semua!

Selepas makan ni, macam biasalah aku terus mengantuk..lama jugaklah aku tidur kali ni sehinggakan waktu berlaku kecemasan dalam flight pun aku tak sedar..flight crew membuat pengumuman kepada para penumpang supaya sesiapa yang tahu serba sedikit dalam bidang perubatan untuk memperkenalkan diri ...aku pun tak pasti apa yang berlaku sebab kami duduk kat belakang..

Dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur ni, aku tak dapat ambil gambar permandangan luar sangat sebab waktu kami berlepas pun hari dah nak gelap dah kat Hong Kong ni..terbang kejap terus malam..kekeke..

Alhamdulillah kami selamat mendarat di KLIA2 lebih kurang jam 10.00pm setelah lebih kurang 4 jam penerbangan...dengan ini maka berakhirlah percutian kami..Kami amat bersyukur pada ALLAH SWT kerana melindungi kami semua dan percutian kami juga berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan..



Alhamdulillah dah selamat mendarat di KLIA2


Saksikan video percutian kami di hari terakhir ini :-








 Sekian terima kasih kerana sudi membaca blog kami ni...jumpa lagi di lain entry..InsyaALLAH..

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.