Tuesday, February 17, 2015

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 1

Salam semua, kali ini aku nak menulis berkenaan percutian keluarga kami yang terbaru iaitu Hong Kong yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam pada musim sejuk atau winter dengan suhunya antara 14'C hingga 20'C..keadaan sejuknya taklah sesejuk musim sejuk di Seoul, tapi masih lagi kena bawa baju sejuk..manelah tau kot2 nanti tak boleh tahan sejuk pulak..jenuh cari baju sejuk baru kat Hong Kong pulak..kekeke...

Tiket promo Air Asia aku booked 10 bulan lepas..Alhamdulillah berjaya jugak kami menggunakan penerbangan ini..risau jugaklah sebab sebelum ni dah 2 kali tiket flight kami hangus sebab masalah2 yang tak dapat dielakkan .. Seminggu sebelum travel anak aku demam dan batuk, pastu 2 hari sebelum nak berlepas aku pulak demam selsema..Waktu travel tu Alhamdulillah..dah kurang banyak selsema aku..

Untuk penginapan pula, aku booked Marrigold Hostel di Chungking Mansion kat Agoda, aku booked hotel ni 2 bulan sebelum travel, biliknya kecik dan mahal giler...kali ni aku verify booking aku dengan hantar email kat Marrigold Hostel tu, aku mintak email dia dekat customer service agoda melalui email dan panggilan di no ni 03-2298 6600 (Agoda Malaysia).. Alhamdulillah mereka semua reply email yang aku hantar...



Suhu musim sejuk waktu kami di Hong Kong yang aku printscreen dari accuweather.com


Inilah detail penerbangan kami pergi balik dengan Air Asia


Waktu jam di Hong Kong adalah sama seperti di Malaysia dan jadi tak payahlah nak adjust time kat jam kita..hehe.. Lagi satu untuk ke Hong Kong ni tak payah buat Visa, cuma untuk ke China sahaja kena buat Visa, kalau dari Hong Kong ke Shenzhen boleh buat Visa On Arrival tapi hanya boleh ke Shenzhen sahaja..kalau nak tahu lebih lanjut baik tanya pihak kedutaan sendiri..kekeke..

Kali ni aku juga mengambil travel insurance dari AIG Travel Insurance iaitu lebih kurang RM103 untuk 3 beranak kami..dan insurance untuk kakak aku dan anaknya juga berjumlah RM103..kami ambil insurance ni selama 5 hari..Aku beli secara online dan aku juga ada telefon customer servisnya dan mereka memberi penjelasan yang baik..tapi anda boleh pilih travel insurance yang mana2 pun..boleh nilai sendiri yang mana terbaik..Sebelum ni kami tak pernah ambil Travel Insurance tetapi memandangkan semasa kami bercuti di Surabaya pada tahun lepas, anak aku pernah terseliuh tangan dan kena periksa di Hospital...risau jugaklah kalau takut-takut jadi benda yang tak diingini kat Hong Kong nanti..bak orang kata sediakan payung sebelum hujan..

Sebelum pergi tu, aku study dulu beberapa maklumat tentang Hong Kong ni maklumlah trip kami ni tanpa tour agent...Di sini aku sertakan beberapa maklumat yang aku fahamkan sebelum berlepas ke Hong Kong..


Waktu solat di Kowloon, Hong Kong



Hong Kong ni terbahagi kepada beberapa kawasan, kami akan menetap di Tsim Sha Tsui, Kowloon



Map Train ni la yang penting, anda boleh dapatkan juga di aiport waktu tiba di Hong Kong nanti..


Okay, aku mulakan cerita tentang pengalaman terbaru aku ni, oleh kerana flight kami lebih kurang 8.50am, jadi kami semua bangun awal dan sampai di KLIA2 pada jam lebih kurang 6.30am, pergi drop bag dulu, selepas selesai semuanya barulah kami pergi breakfast kejap..

Pengalaman yang kurang enak kat airport kali ni, gel rambut aku yang baru beli semalam kena rampas dengan polis security masa X-Ray bag...untuk flight antarabangsa kita kena melalui 2 kali X-Ray scan bag, yang pertama lepas, yang kedua kena rampas sebab melebihi 100ml..minyak rambut tu 150ml..aku cakap takpelah saya buang sikit..dia cakap tak boleh sebab mereka akan ikut label..frust2...takpela takde rezeki aku...kekeke..lain kali beringat benda berair kena check in...huhuhu..



Tengah breakfast kat KLIA2

Kat KLIA2 sebelum masuk International Departure Hall


Waktu boarding

Perghhh mengantuk giler masa dalam flight sebab bangun awal lebih kurang pukul 5 pagi, tapi mula-mula tak boleh nak lelap sebab anak aku duk main-main dalam flight dengan sepupu dia...warrrggghhh..Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Hong Kong..


Bersedia untuk berlepas


Putrajaya dari pandangan udara



Di atas awangan biru..indahnya ciptaan ALLAH SWT...

Inilah first time aku booked makanan dalam penerbangan Air Asia secara online, murah sikit berbanding beli dalam flight, sedap jugaklah makan atas flight ni..kekeke...lepas makan terlelap jugak mata aku ni...legalah sikit barulah tenaga aku boleh dicaskan..hehehe..



Sedap jugak makanan dia...


Uncle Chin Chicken Rice

Kakak aku tengah suapkan anaknya kat seat belakang kami



Anak aku pun dah terlena dibuai mimpi



 Alhamdulillah kami berjaya sampai di Hong Kong International Airport dengan selamat tanpa sebarang masalah. Teruja jugaklah perasaan ni waktu mendarat dan melihat bumi Hong Kong ni..



Kapal terbang sedang mendarat di Hong Kong International Airport

Kapal terbang yang kami naiki tadi..

Dah keluar kapal terbang tu, kena naik bas pulak dah ke bangunan lain, kalau tak silap aku bangunan yang kapal terbang mendarat tu Terminal 1, bas tu bawa kami ke Terminal 2..risau jugak takut-takut silap, kami pun ikut-ikut orang je..hehe..aku pun perasan yang diorang ada temperature screening traveller untuk periksa suhu penumpang yang tiba di airport Hong Kong ni, macam yang dekat Malaysia semasa SARS dulu tu..

Perkhidmatan wifi percuma juga available di sekitar Hong Kong International Airport ni, so bolehlah kalau nak update apa-apa atau online...memang hebat airport Hong Kong ni..

Tengah tunggu untuk menaiki bas ke Terminal 2 dari Terminal 1


Lepas tu kena lalu imigresen pulak, masa kat imigresen lama betul pegawai tu check dan belek-belek passport kami..risau jugak kalau ada masalah..kekeke...selepas selesai semuanya, kami pun terus pergi ambil beg..

Rasa lega sikit semua urusan rumit tu dah selesai, pastu aku terus pegi beli octopus kad untuk 3 orang dewasa (HKD 150 seorang) dan 2 kanak-kanak (HKD 70 seorang)..tapi yang tak tahan tu kena queue lama..ramai betul orang yang nak beli octopus card ni..


Octopus card kami

Bergambar dalam Hong Kong International Airport

Dalam perjalan ke perhentian bas di luar airport

Lepas tu kami pun terus pegi bus station untuk menaiki bus A21..dekat je berjalan...baru terasa kesejukan musim sejuk di Hong Kong ni selepas kena udara luar..untuk sampai kat sana jangan lupa untuk ikut signage no bus A21, sampai-sampai tu bus A21 dah nak pergi, lepas tu beberapa minit kemudian sampai pulak bus A21 yang lain, sekejap je tunggu...memang efisien betullah perkhidmatan bus kat sini...harga tambang seorang adalah HKD 33 (RM15)..



Tempat menunggu bus A21

Untuk dapatkan timetable perjalan bus ni boleh layari (http://www.nwstbus.com.hk/home/default.aspx?intLangID=1)



Jadual perjalan Bus A21 ke Tsim Sha Tsui, Kowloon dari Airport



Kami menaiki bas ni lebih kurang jam 2pm lebih..Bas ni 2 tingkat, beg kena letak kat bawah..aku pun duk kat bawah jugak, senang sikitlah nak jaga beg kami..nasib baiklah kami naik dulu..kalau naik lambat mungkin kena duduk kat atas, kami kena turun di perhentian 14 (Middle Road)..perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 40 minit..dalam perjalanan tu aku perasan bangunan kediaman kat Hong Kong ni nipis2 je tapi tinggi-tinggi giler..perkhidmatan wifi percuma pun ada kat dalam bas ni...



Nampak tak beg-beg diletakkan kat tepi kiri dan kanan bas ni..




Nasiblah kami semua dapat tempat duduk



Nipis je bangunan dia tapi tinggi tuu...


Bus ni pun diorang ambik penumpang lain jugak masa berhentian kat stop stesyen dia..so penuh jugaklah orang dalam bus ni..nasiblah kami dapat tempat duduk..Cuma yang leceh naik bas ni, nak angkat beg-beg yang banyak dan nak handle anak memang memenatkan dan kalut sebab kena bersesak-sesak dalam bas dan waktu nak turun..kalau sesiapa ada bajet lebih baik naik teksi je..hehehe.. (untuk maklumat bersama waktu balik ke airport kami naik van 7 seaters dengan harga HKD 250/RM120)



Paparan skrin LCD tentang perhentian disediakan dalam bas ni...moden tuu...


Paparan ni juga ada menunjukkan kita berada di mana sekarang...perghhh...hebat-hebat...

Lebih kurang pukul 3pm lebih kami pun sampai kat Middle Road, aku pun terpusing2 untuk mencari Chungking Mansion, risau jugak takut turun tempat salah..Alhamdulillah Chungking Mansion tu dekat tu je..tapi banyak giler orang asing kat sini terutamanya Afrika dan India..ulat2 hotel kat sini pun banyak..pihak Marrigold Hostel pun ada hantar email yang mengingatkan tentang ulat-ulat ni, jadi kalau mereka hampiri kita, janganlah kita melayan mereka..kiranya kadang-kadang macam ulat-ulat kat stesyen bas kat Malaysia pun macam ni jugaklah kan mereka ni...



Alhamdulillah...jumpa juga Chungking Mansion ni...

Dekat tingkat bawah Chungking Mansion ni banyak kedai-kedai, restoran-restoran halal pun ada banyak jugak kat sini...pastu dia terbahagi kepada beberapa blok yang semuanya boleh dikatakan menempatkan hostel-hostel backpackers ni, lifnya sempit, kalau nak naik kena beratur dulu...17 tingkat semuanya tu...


Marrigold Hostel kena naik lif block D ni, kena beratur dulu...

Walaupun lif dia nampak lama, tapi ada cctv tuu..pergghhh power power...

Masa tengah check in tu, kami diberitahu semua bilik penuh, pastu kami ditukarkan ke New London Hostel kat blok A iaitu parent company dia jugak, memang bengang jugaklah aku masa tu, aku cakap kat dia kan aku dah booking 2 bulan lebih awal dan hantar email, kenapa bilik kami bagi kat orang lain?...dia cakap ya, dia kata pergi dulu duduk kat New London Hostel tu, kalau tak puas hati boleh datang balik sini...

Lepas pergi ke New London Hostel di blok A tu rasa macam dekat sikit dari muka pintu Chungking Mansion, jadi okaylah janji ada tempat tidur...pahit jugaklah pengalaman kat sini mula-mula..ekekeke..

Suis plug kat Hong Kong ni macam kat Malaysia je..so tak payah risau nak beli plug 2 pin ye..hehe..



Macam nilah socket plug kat Hong Kong, sebijik macam kat Malaysia je..kekeke.. (gambar ihsan google)

Sebenarnya aku pun ada terbaca yang memang hostel-hostel kat Chungking Mansion ni memang mengamalkan budaya macam ni, bilik yang kita booking tu belum tentu kita duduk bilik tu..dia akan hantar kita ke hostel yang mana-mana ada kosong...

Bilik kat sini memang sangat sempit, sampaikan nak bersolat pun tiada ruang, terpaksa solat duduk atas katil, katil dia jenis yang tinggi supaya beg-beg dapat letak dibawah katil untuk menjimatkan ruang, tapi begitulah Hong Kong bilik hotel semuanya mahal-mahal...

Sebenarnya tempat ni sesuai untuk backpackers, untuk family tak berapa sesuai tetapi kat sini je tempat yang murah di Hong Kong ni, jadi sebenarnya kita tak bolehlah nak expect hebat sangatkan, dah namanya hostel untuk backpackers kan...

Staff New London Hostel ni memang bagus, aku bagi 5 bintang bab layanan ni...kekeke...

Tengah check in kat Marrigold Hostel

Selepas letak-letak barang dan rehat kejap, dekat-dekat pukul 6pm kami pun keluar berjalan kaki ke Avenue of Stars, dekat je dari Chungking Mansion...Tsim Sha Tsui train station pun dekat...Chungking Mansion ni kira tempat strategiklah untuk kemana-mana...

Avenue of Stars ni macam Gurney Drive kat Penanglah, tapi yang lainnya kat sini dia ada patung Bruce Lee, pastu ada Hall of Fame yang menempatkan nama-nama pelakon terkenal Hong Kong..


Bergambar kat depan Sogo Kowloon


Kat Avenue of Stars


Dah masuk waktu malam dah ni..


Bangunan belakang tu adalah bangunan di Hong Kong Island

Berkabus sedikit waktu ni

Anak aku dan sepupunya

Nama Jet Li terpahat di sini


Chow Yun Fat pun ada

Kemudian pada pukul 8pm setiap hari akan ada pertunjukan laser dan lampu dari bangunan pencakar langit di sebelah Hong Kong Island ni, jadi kami pun tunggu jugaklah dari pukul 6pm sampai 8pm untuk melihat Symphony of Light Show ni, show ini mengambil masa selama 20 minit sahaja...

Hebat tu persembahan lampu ni...kagum..kagum...


Symphony of Light Show, memang menarik betul, menjadi tumpuan pelancong

Apabila selesai Symphony of Light Show tu, kami pun beredar untuk ke Ladies Market yang berhampiran Mong Kok Station, banyak barangan yang dijual kat sini, macam Petaling Street atau Chow Kit lah kalau kat Malaysia, tapi penjual-penjual kat sini jenis style paksa orang beli, betul-betul macam kat Petaling Street..

Jadi kalau tak nak beli, janganlah tanya...nanti kang dia macam desak-desak supaya kita beli, aku sendiri pun lepas tanya harga, dia desak-desak suruh beli, last-last buat bodoh je blah...kekeke..geram pun ada..tapi ada jugak kedai yang baik..layan kita dengan elok...

Kat sini tempat yang paling sesuai untuk membeli barangan cenderahati seperti keychain atau magnetic fridge atau pakaian seperti I LOVE HONG KONG...


Seronoklah anak aku dan sepupunya dapat mainan kat Ladies Market ni

Kami pun tak dapat jalan habis kat Ladies Market ni sebab semua dah keletihan, jadi kami pun balik ke hostel kami terus, waktu dalam train pun anak akupun dah lelap, kena dukung dia pulak..perghhh lenguh betul tambah-tambah kalau kena naik tangga...aduhhh letihnyelah...waktu kami nak balik nipun dah dekat pukul 10pm dah...

Mula-mula kami rancang nak makan malam kat Ladies Market je, pastu sebab dah tak larat sangat dah, kami ubah rancangan untuk makan malam kat restoran di Chungking Mansion jelah...

Tapi yang aku memang perasan kat subway dia ni, escalator dia laju giler macam conveyor tengah proses barang kat kilang je..kekeke..mungkin sebab orang terlalu ramai, jadi diorang percepatkan pusingan escalator ni..kalau dah biasa naik escalator laju macam ni, memang terasa slow kalau naik escalator kat supermarket...kekeke...


Semua dah keletihan dah ni...


Mong Kok Station

Sampai-sampai kat Chungking Mansion ni, ramai ulat-ulat yang tawarkan restoran halal, kali ni aku ikut je sebab dia bagitau restoran ni masakan Cina tapi halal..cuba trylah..sebab petang tadi aku tengok restoran halal yang lain jual Nasi Beriani, rasa malam ni nak makan makanan ala-ala Cina pulak lah...hehehe..

Restoran yang ulat tu bawa kami tu memang elok, anak aku yang sedang tidur pun diorang susun kerusi rapat-rapat supaya anak aku dapat tidur, memang baguslah layanan diorang ni...respeklah aku kat diorang ni...makanan dia pun sedap, tapi yang harga dia memang mahal giler..sepinggan nasi goreng berharga HKD 78 (RM35)..pergghhh mahal giler..tapi nasi dia banyak..kalau kat Malaysia ni siap nasi tambah dah ni...


Tempat dinner kami di hari pertama di Hong Kong


Senarai harga minuman..boleh convert sendiri kalau nak tahu harga dalam RM..hehe..


Ni pulak harga nasi...


Kenalah bersedia dengan bajet kalau nak ke Hong Kong ni...hehe...


Persedian awal mental dan duit adalah perlu untuk ke Hong Kong ni, maklumlah makanan dan minumannya mahal dan hotelnye yang mahal dan sempit..baru tak terkejut..nasib aku ada baca info-info dari blog-blog travel yang lain tentang harga makanan di Hong Kong ni..jadi taklah terkejut sangat dengan harganya tu...kekeke...tapi rasa nasi goreng kat sini sebijik macam dekat Malaysia..mungkin diorang pakai rempah-ratus dan minyak yang sama kot dengan orang Malaysia..kekeke..

Oleh kerana nasinya yang banyak, aku tak dapat habiskan, jadi aku tapau buat naik dalam bilik hostel..

Agak lewat dinner kami ni malam ni...

Masuk dalam bilik hostel, kami pun tidur...tapi hostel ni takde heater jadi kena pakai baju tebal dan selimut baru boleh tidur, nak pijak lantai pun kena pakai selipar sebab sejuk...kekeke..


Saksikan video kami di hari pertama :-





Bersambung di hari kedua selepas ini..

12 comments:

  1. assalam... :) very nice info and sangat detail..gambar pon cantik2.. tq for sharing... saya nak wat rujukan..insyaAllah akan ke HK dengan family April ni..

    ReplyDelete
  2. Wkmslm..thanks :-) Selamat Bercuti and have a nice day there! Semoga selamat semua dilindungi ALLAH SWT..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sy suka follow blog Wan Zul byk info n tips travel..awal bln 11 2015 nk g Hong Kong juga...may be bole tips like sim card n makanan halan

      Delete
    2. Salam..tq...untuk simcard Hong Kong boleh layari web ni (http://www.discoverhongkong.com/eng/plan-your-trip/practicalities/communications/tourist-sim-card.jsp)..dan untuk makanan halal boleh tengok restoran yang saya pergi di Hong Kong tu ataupun layari (http://www.discoverhongkong.com/common/images/dine-drink/pdf/Halal-List_en.pdf)..ok sekian terima kasih..semoga selamat melancong ke Hong Kong nanti En Agus Salim..tq

      Delete
  3. Assalam... Nak tanya. Utk survenir kat ladies market tu cmna? Rate harga key chain... Baju dll... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya pun dah lupa berapa harga keychain yang kami beli..tapi ianya agak mahal sedikit..kalau beli banyak diorang bagi murah sikit..kena survey2..tapi jaga2 waktu kami di sana diorang tu jenis macam paksa beli..kalau tak beli diorang mungkin buat muka frust atau buat macam marah..rate baju pun mahal sikit berbanding di Malaysia..terima kasih..

      Delete
  4. Tq for this tips! InsyaAllah Januari ni saya ke sana..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome2..wow best tu Januari musim winter..selamat bercuti :-)

      Delete
  5. Assalam...nk tanya stesen 2 MTR dorg ni ada escalator atau lif tak? Anak2 kami pon 2 org ni nnti mesti keletihan jugak bile blk mlm2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, stesen MTR dia kebanyakan ada escalator, yang lif tu saya tak pasti ada atau tidak...tapi stesen MTR dia taklah secomplicated macam kat seoul..ingat takde masalah budak2 kecik sebab ada escalator..jalan pelan2..hehe..selamat bercuti puan dan keluarga..Have a pleasant journey!

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.