Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan nyenyaknya..hari ini dah masuk hari ketiga kami berada di Ho chi Minh City..hari ini kami hanya bercadang untuk meronda sekitar Ben Thanh Market sahaja. Aku dan wife aku dah buat keputusan supaya baby kecik duduk kat hotel je..tak nak bawa dia keluar sebab takut panas atau hujan. Jadi kami akan bergilir-gilirlah untuk jaga si kecik ni nanti dalam bilik hotel..hehehe..
Seperti semalam juga, pagi ni kami menikmati breakfast halal yang disediakan oleh pihak hotel dulu. Waktu aku turun tu section makanan halal yang disediakan dah tak ada dah. Jadi aku pun tanyalah kenapa dah tak ada, diorang kata takpe nanti diorang akan masak nasi goreng telur, jadi selepas tu dia diorang masak dulu sementara ahli keluarga yang lain turun..
Failed sikit servis Lan Lan 2 Hotel hari ni..Mungkin diorang ingat kami tak nak turun breakfast kot..Walau bagaimanapun nasi goreng yang diorang masak tu sekejap je siap..jadi apalagi kami makan sekenyang-kenyangnya..ekekeke..
Cafe Lan Lan 2 Hotel di tingkat bawah sekali |
Bergambar semasa breakfast |
Apabila dah selesai menjamu selera tu, aku keluar kejap kat luar Lan Lan 2 Hotel untuk ambil gambar. Lepas ni wife aku dan semua yang lain nak pergi Ben Thanh Market..so aku dan baby akan berehat dalam bilik hotel je..huhuhu..
Berlatar belakangkan Lan Lan Hotel 2 |
Kampung Pandan Restaurant bertentangan dengan bangunan Lan Lan 2 Hotel |
Bersama si kecik yang sedang nyenyak tidor |
Masa tengah berehat tu sempatlah tengok pihak housekeeping staff datang bersihkan bilik, terkejut jugak diorang masa masuk bilik-bilik tau2 nampak kami kat dalam ni..hehehe..aku cakap aku tak keluar sebab jaga baby..kuakuakua..
Kat sini moral of the story yang aku dapat simpulkan kalau ada barang-barang agak berharga tu baik sorok-sorok sikit dalam bag..sebab cleaner ni kita tak tahu asal-usul diorang ni..tapi Alhamdulillah sepanjang kami menginap di mana-mana hotel tak pernah lagilah barang hilang, lagipun kami sentiasa beringat dan sentiasa sorokkan barangan berharga apabila tinggalkan barang dalam bilik contohnya laptop atau ipad.
Wow bestnyer dia tidur.. |
Percaturan kami untuk tidak membawa baby kami keluar adalah tepat sebab tiba2-tiba hujan turun. Wife aku pun terkandas juga sebab hujan, diorang pun tak boleh ronda-ronda sangat disebabkan hujan.
Bergambar berempat sebelum keluar secara solo |
Sebenarnya aku hanya nak pusing-pusing dan bergambar sekitar Ben Thanh Market dan pergi makan kat Hajah Basiroh Restaurant yang terkenal tu pada hari ni sebab lagipun semalam pun aku dah buat tour bandar Ho Chi Minh City. Jadi harini macam santai-santai jela.
Berlatar belakangkan bangunan Ben Thanh Market bahagian belakang |
Jadi aku akan menjelajah Ben Thanh Market ni dari belakang..maklumlah hotel yang aku menginap terletak di belakang Ben Thanh Market...ekekeke..kiranya baru harini berkesempatan untuk masuk ke dalam bangunan Ben Thanh Market ni..hehehe..
Bangunan Ben Thanh Market bahagian belakang |
Walaupun Ben Thanh Market ni setingkat sahaja tapi bangunannya agak luas juga. Aku pun tak sempat nak ronda-ronda habis kat dalam ni. Macam-macamlah yang ada dijual kat dalam ni termasuklah pakaian serta makanan dan minuman.
Bahagian belakang untuk barangan basah |
Bahagian dalam Ben Thanh Market |
Boleh dikatakan Ben Thanh Market ni macam Pekan Rabu di Alor Setar atau Pasar Tanjung Tawau di Tawau. Inilah tempat yang mungkin bagaikan syurga bagi orang-orang perempuan..hehehe..bagi orang lelaki macam aku ni rasa macam biasa je..ekekeke..
Tapi kalau sampai ke Ho Chi Minh City ni memang rugilah kalau tak singgah ke sini kerana tempat ini sangat popular dikalangan pelancong-pelancong luar. Pendek kata Ben Thanh Market ni tempat wajib singgah kepada sesiapa yang melancong ke Ho Chi Minh City ni.
Apabila dah selesai meronda dalam Ben Thanh Market, aku pun keluar dari bangunan untuk bergambar di hadapan bangunan ini di kawasan roundabout bertentangan Ben Thanh Market.
Kat sinilah dapat merasakan betapa payahnya nak melintas jalan, kalau duk tunggu memang sampai sudah tak boleh nak lintas sebab kenderaan memang takkan berhenti, masa duk tunggu tu aku tengok orang lain selamba je melintas, sebenarnya kenderaan yang akan mengelak pelintas bukan pelintas yang elak kenderaan..pergghhhh..huhuhu..
Last2 aku pun lintas jelah..pastu motor kereta dan kenderaan2 lain yang terpaksa mengelak aku..huahuahua..tapi janganlah main jalan je..kena tengok jugaklah takut diorang tak elak kang terlanggar kita pulak nanti..ekekeke..
Bergambar di depan Ben Thanh Market |
Boleh lihat banyak kenderaan di belakang aku..memang payah betul nak lintas jalan.. |
Berlatar belakangkan bangunan Bitexco Financial Tower |
Selepas tu aku pun lintas jalan balik untuk pergi cari Restaurant Hajah Basiroh iaitu restaurant halal yang terkenal di kalangan pengunjung dari Malaysia. Terpaksa lagi merasai kepayahan nak lintas jalan, risau jugak takut kalau kena langgar dengan kereta atau motor. Alhamdulillah berjaya juga melintas dengan selamat.
Kat sini banyak kelihatan teksi Mai Linh dan Vinnasun..aku difahamkan hanya dua syarikat teksi ni yang boleh dipercayai di bandar Ho Chi Minh City ni.
Teksi Mai Linh |
Teksi Vinnasun |
Waktu ni pun cuaca dah kelihatan mendung dah..apakah hujan mahu turun lagi?Aku meneruskan perjalanan untuk mencari Restaurant Hajah Basiroh, maklumlah perut pun dah berbunyi dah waktu ni..sambil jalan sambil ambil gambar dan video..huhuhu..
Bangunan tepi Ben Thanh Market..awan pun dah nampak gelap dah.. |
Kat lorong yang terletaknya Restaurant Hajah Basiroh ni, banyak juga terdapat restoran-restoran halal yang lain..pendek kata kalau sampai ke Ho Chi Minh City ni memang tak kebulurlah sebab restoran halal yang bersepah-sepah kat sini..yang penting siap sedia dengan duit je..
Bergambar di lorong yang terletaknya Basiroh Restaurant Halal |
Halal Restaurant Hj. Man Sour |
Akhirnya aku jumpa juga Restaurant Hajah Basiroh ni..dekat je dengan Ben Thanh Market ni..kalau berjalan kaki lebih kurang 2 atau 3 minit dah boleh sampai..jadi apalagi terus aku masuk restoran ni untuk makan tengah hari..
Restaurant Hajah Basiroh |
Selepas itu aku terus order makanan dan minuman. Keadaan Restaurant Hajah Basiroh ni adalah bersih dan selesa. Tapi harga makanannya pun boleh tahan juga mahalnya..huhuhu.. tapi tak boleh nak elak makanan halal di Ho Chi Minh City ni memang terkenal dengan mahalnya.
Bersih dan selesa dalam Restaurant Hajah Basiroh ni |
Sebenarnya aku cukup hairan kenapa makanan halal di Ho Chi Minh City ni cukup mahal..sepatutnya makanan Ho Chi Minh City sama atau lagi murah dari China, Indonesia dan Malaysia sebab negara Vietnam ni masih lagi membangun..tapi ni harga makanannya dah boleh lawan atau setara harga makanan di Korea, Hong Kong, Macau dan London ni..memang tak munasabah langsung..
Boleh lihat senarai harga makanan dan minuman di Restaurant Hajah Basiroh ni untuk panduan kita bersama..
Harga Nasi Goreng Seafood yang aku beli berharga VND 80,000 (RM 15) |
Minuman Twister yang aku beli berharga VND 20,000 (RM 4) |
Tak lama selepas tu makanan aku pun sampai..apalagi tunggu..tengah lapar ni...Bismillah dulu dan ngap terus..huhuhu..memang sedap masakannya..lebih kurang masakan di Malaysia je..memang kena dengan selera aku..boleh dikatakan masakan Vietnam dan Malaysia lebih kurang je rasanya..kalau berbanding masakan di China memang terasa sangat kelainan makanannya..kadang-kadang rasa macam tak lalu nak makan sebab mungkin bau minyaknya yang lain..
Makanan dan minuman untuk lunch aku VND 100,000 lebih kurang RM20 |
Kat Restaurant Hajah Basiroh ni pun ada disediakan perkhidmatan wifi..so sambil makan sambil onlinelah nampak gayanye..ekekeke..
Masa aku tengah makan tu..hujan dah mula turun dengan lebatnya..sehinggalah aku habis makan hujan masih lagi tak berhenti..Apabila dah selesai makan tu..aku tunggulah kejap kat dalam Restaurant Hajah Basiroh ni..tunggu punya tunggu hujan tak mahu berhenti jugak..jadi aku keluar dan lepak kat hotel depan Restaurant Hajah Basiroh ni..lupa dah nama hotelnya..
Berteduh di depan hotel bertentangan Restaurant Hajah Basiroh semasa hujan lebat |
Hujan yang sangat lebat melanda Ho Chi Minh City |
Hujan yang sangat lebat ni akhirnya menjadi banjir kilat. Wow..pengalaman di negara orang dapat merasa banjir..huhuhu..memang riuh rendah kat sini orang2 kedai bersorak2 sebab banjir.. Masa aku duk lepak kat sini sempat jugalah bersembang dengan beberapa orang..ada di antara mereka menyatakan sepanjang 5 tahun berada kat sini tak pernah lagi terjadi banjir macam ni..kiranya aku ni bertuah jugaklah sebab dapat merasai sesuatu kejadian yang jarang-jarang berlaku di sini..huhuhu..
Boleh layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan di saat-saat banjir melanda Ho Chi Minh City ni..
Air dah mula naik |
Banjir kilat ni agak tinggi sehingga memasuki ke dalam kedai-kedai termasuklah Restaurant Hajah Basiroh..kelihatan mereka semua terpaksa bertungkus lumus untuk keluarkan air dari kedai..pergghhh nasib baik aku duk kat hotel ni yang tangganya tinggi..yang ada kedai di bawah paras jalan macam level parking bawah tanah..air meluncur je masuk dalam kedai..kesian jugak tengok diorang..bersusah payah untuk halang air masuk dengan buat benteng..
Air banjir masuk dalam Hajah Basiroh Restaurant |
Kat hotel tempat aku berteduh ni pun berlaku black out semasa hujan lebat ni..mungkin hampir semua bangunan kat kawasan ni mengalami blackout kot..terpaksalah bergelap kejap..memang havoc betul waktu ni..huhuhu..
Gambar yang sempat diupload dalam facebook |
Sempat bersembang dengan brader ni kalau tak silap dari Spain..dia keje kat Ho Chi Minh City.. |
Memang lama betul aku terkandas kat depan Restaurant Hajah Basiroh ni lebih kurang 3 jam aku jugaklah terpaksa menghabiskan masa kat sini. Lepas jadi macam ni aku rasa bersyukur sangat sebab semalam kami dah jelajah Ho Chi Minh City, bayangkan kalau baru harini kami nak tour Ho Chi Minh City mesti agak bermasalah sikit sebab boleh dikatakan hampir seharian jugaklah hujan.. Syukur sebab ALLAH SWT dah aturkan yang terbaik untuk kami semua.. Alhamdulillah..
Tak lama kemudian air pun mula surut..boleh dikatakan cepat jugaklah ia surut..memang macam kilat...huhuhu.. Mungkin banjir ni adalah disebabkan oleh longkang yang tersumbat atau hujan yang terlalu lebat..
Air banjir dah surut |
Kalau tidak sebenarnya boleh je aku redah balik hotel masa hujan dan banjir tu..tetapi memandangkan aku hanya ada sepasang kasut je, jadi aku rela tunggu sampai hujan berhenti dan banjir surut..huhuhu..
Lepas tu aku pun memulakan langkah untuk kembali ke hotel..waktu ni hujan masih renyai-renyai lagi..baju basah takpe lagi jangan kasut basah je..besok dah nak balik KL..kalau nak basuh kasut pun tak sempat kering punyalah...jadi aku terpaksa berhati-hati supaya tak pijak lopak air..
Dah sampai kat hotel ni, kebanyakan ahli keluarga aku yang lain tak sedar yang Ho Chi Minh City ni baru sahaja dilanda banjir kilat..pergghhh...cuma diorang cakap ada berlaku blackout sekejap lepas tu okay balik..aku jugak terpaksa melalui pengalaman perit terkandas dalam hujan dan banjir..huhuhu.. Pengalaman manisnya dapat merasai dan melihat banjir kilat di negara orang...ekekeke..
Selepas mandi-mandi dan berehat kejap..kami pun keluar lagi ke Ben Thanh Night Market untuk mencari beberapa benda yang perlu dibeli lagi..dan juga untuk makan malam.
Dah ready untuk ke Ben Thanh Night Market |
Bawa golongan-golongan veteran ni ke Ho Chi Minh City ni.. diorang kebanyakannya sibuk belanja untuk beli cenderahati untuk cucu-cucu di Malaysia..huhuhu..itulah kasih nenek pada cucu-cucunya..Kemudian kami jelajah Ben Thanh Night Market walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai..
Satu lagi benda unik di Ho Chi Minh City ni buah Mata Kucing nya besar tetapi isinya sikit je..bijinya bapak besar..kalau tak silap ianya dipanggil buah Longan..buah Rambutan pula rambutnya pendek2 je..hehehe..cuma tak sempat nak ambil gambar waktu siang..sempat ambil gambar waktu malam je..
Gambar buah Rambutan yang sempat dirakamkan |
Lepas tu kami singgah ke restoran Halal Amin Pho Muslim untuk makan malam, adik aku dah pergi ke restoran ni sebelum ni dia cakap ia lebih murah. Restoran ni sederet dengan Hajah Basiroh Restaurant.
Restoran Halal Amin Pho Muslim |
Makan malam di restoran Halal Amin Pho Muslim |
Hiasan dalaman restoran ni taklah secantik Hajah Basiroh Restaurant tetapi harga makanan kat sini lebih murah sedikit. Boleh lihat senarai harga makanan dan minuman yang sempat aku ambil untuk panduan kita bersama.
Apabila dah selesai makan kami pun balik ke hotel untuk berehat, lagipun anak aku pun dah mengantuk sangat dah..duk cakap nak balik nak balik..hehehe... Dalam perjalanan balik ke hotel, masih dapat dilihat kesan banjir tadi masing-masing sibuk cuci kedai dan barangan.
0 comments:
Post a Comment