Thursday, October 24, 2013

Bercuti di Pekanbaru, Riau Indonesia Sept 2013 Day 3 (Last Day)


 Dah nak abis dah holiday kami ni...aduhhh...tapi Alhamdulillah puas jugak merehatkan minda di sini disamping mengenal tempat orang...Lepas bangun pagi, kami kemas2 barang skit...and then kami turun pergi breakfast...

Paper semalam yang tak sempat nak dibaca lagi...kekeke...

 

Anak aku baru lepas mandi...



Thanks Miss!

  

Sedang menikmati sarapan


Lepas sarapan, kami pun naik bilik lagi dan kemas2 barang sehingga siap, lebih kurang jam 11.00 pagi kami pun check out..kami check out awal sebab kami nak singgah kat Pasar Bawah, ada beberapa barangan yang masih tak dibeli lagi...huhu...


Pasti menjadi kenangan




Dah nak check out dah..

 

Bergambar sekejap sementara menunggu teksi




Lobi hotel


 
Sedang menunggu Bapak Maijondri




Anakku yang sentiasa ceria...huhu..


Bapak Maijondri dah sampai...terbaekkk!



 Lepas tu kami pun bergegas ke Pasar Bawah, aku dan Bapak Maijondri tunggu kat dalam teksi je sementara Mak Mertua dan wife serta anak aku pergi membeli barangan..kekeke...setelah beberapa ketika kami pun terus menuju ke airport atau dipanggil 'bendara' di Indonesia ini.


Kaunter check in

Oleh kerana kami sampai awal di airport jadi kami berehat jelah kat sini pastu ronda2 dalam airport sebab flight kami akan berlepas pada 3.35pm waktu Indonesia, layan wifi jelah kat airport...wifi dia okay jugak..

Airport tax di Pekanbaru ni adalah sebanyak Rp75000 seorang atau lebih kurang RM20, cukai ini tidak termasuk dengan harga tiket, ia perlu dibayar semasa check in tiket kapal terbang kat kaunter Air Asia...kalau empat orang lebih kurang RM80 jugak ler..kekeke...sape2 yang nak travel ke Indonesia mesti kena tau ni dan perlulah standby awal2..kalau tak...takut jadi masalah masa check in nanti, ye la kan kalau2 duit tu dah kita habiskan untuk shopping...kekeke... 

 Di bawah ni saya printscreen senarai harga airport tax di Indonesia dan ianya berbeza2 mengikut airport..


Info airport tax di Indonesia yang saya dapat dari website ni (http://www.kembaramurni.com/?q=node/129)



Yang peliknya kat sini, surau lelaki dan perempuan tidak diasingkan...tempat solat lelaki dan perempuan adalah di tempat yang sama...


Berehat kejap



Bergambar berempat

  
Dekat balai perlepasan antarabangsa
Kami semua tak ambil checked baggage so semua bawa hand carry jelah...tapi waktu nak masuk dalam balai perlepasan, staff airasia kat sana punyalah strict dia timbang setiap bag yang nak dibawa naik, kami terpaksa susun balik barang2 dalam bag lain dan pastikan satu bag tak melebihi 7kg dan boleh muat dalam sarung tester tu..nasiblah lepas bag kami lepas disusun balik..sesiapa yang nak terbang dari Pekanbaru kena beringatlah kat sini Air Asia strict pasal berat bag dan saiz bag...

Lebih kurang 3.00pm lebih kami pun menaiki pesawat dan meninggalkan Pekanbaru ni dengan seribu memori dan kenangan..Semoga kami dapat berkunjung lagi ke kota Pekanbaru ini...


Pesawat Air Asia dah ready dah..

Sayu untuk menamatkan percutian ini


Pandangan dari dalam pesawat Air Asia


Terbang tinggi meninggalkan Pekanbaru


 Perjalanan pulang ke LCCT mengambil masa lebih kurang 50 minit...Alhamdulillah kami sampai di LCCT dengan selamatnya...Tamatlah sudah percutian kami ke Pekanbaru...


Saksikan video kami ni :





 Sekian jumpa lagi di destinasi yang akan datang. InsyaALLAH...

21 comments:

  1. Salam. Saya razif dari KL. Saya dah baca blog anda. Menarik. Boleh saya dapatkan nombor hp pemandu teksi yang membawa anda jalan2 di pekanbaru. Saya plan nak ke sana. Email saya - ajib_design@yahoo.com. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..tmksh...ni no tepon dia 085365430465 (Bapak Maijondri)..kod dia saya dah lupa nak tambah macam mana...semoga selamat!

      Delete
  2. Assalamualaikum.
    Nice entry. Berguna bagi yang nak travel ke Pekan baru.
    Untuk call Indonesia (dari Msia/Singapore dll) +62 dan remove "0". Jadi dail ke +6285365430465.

    Sekadar perkongsian, dalam bahasa Indonesia teh ais ialah teh susu ais.
    Manakala teh 0 ais ialah teh 0 beng (macam Pantai Timur).

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm..thanks bg support blog ni!...tmksh kerana sudi share info yg berguna tu...semoga kita semua dapat memanfaatkannya...Amin..

      Delete
    2. Maaf mencelah, tapi mcm kurang tepat lah kak.. kalo kat indonesia, teh ais tuh teh o ais buh gula.. kalo order teh susu bru lah dpt teh ais buh susu.. saje nak share

      Delete
    3. Yeke..okay tmksh2 sbb share info ni dan perbetulkan apa yg salah..hehe

      Delete
    4. Yeke..okay tmksh2 sbb share info ni dan perbetulkan apa yg salah..hehe

      Delete
  3. Salam.nak tanya ada airport tax x ms u nak keluar dr pekan baru?berapa ya?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,sy pn terlupa nk bg info pasal airport tax di pekanbaru..kalau tak silap Rp75000 seorang, lbh kurang Rm20..apa2pun cuba confirm blk masa tiba di airport tu..baru tak kalut..tq

      Delete
  4. as,,salam...blog yang menarik membuat kami yang tak pernah pergi ni teringin plak nak ke Pekanbaru.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih...memang seronok kalau boleh sampai kat sana...saya pun kalau ada modal n masa pun nak pergi lagi rilekkan minda kat sana..huhu..

      Delete
  5. Assalamualaikum. Encik, blog yang menarik. Saya rancang untuk ke Pekan Baru juga. Berapa ya bajet keseluruhan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm, terima kasih...Saya pun dah tak berapa ingat berapa bajet yang sebenarnya sebab dah lebih kurang setahun berlalu..hehe..saya share lebih kurang lah ye...first kami beli tiket airasia pergi balik lebih kurang rm100 seorang semasa promosi so total rm400 (4 orang), kemudian saya booking hotel selama 2 malam (lebih kurang RM400 kalau tak silap)..tapi banyak je hotel yang lebih murah lagi...boleh cari kat agoda.com..pastu duit makan dan teksi (anggap bawa duit makan+teksi ke KL selama 3 hari)..harga makan+teksi kat sana murah sedikit berbanding Malaysia..kadang2 sama mahal je...hehe...tp yang jgn lupa untuk standbykan duit cukai flight semasa check in nak blk ke Malaysia..so total lebih kurang (tiket rm400 + hotel rm400 + makan rm400 + teksi rm150 + tax flight lbh krg (RM100 kot dah lupa dah) )=total semua lebih kurang RM1450 (4 orang)..selamat melancong ke Pekanbaru!

      Delete
  6. Aslm,
    Terjumpa blog saudara sebab sedang merancang untuk ke Pekanbaru pada cuti raya cina akan datang. Sedang mencari maklumat tentang tempat-tempat yang menarik boleh kami lawati disana. Saya lihat encik berjalan ke Masjid AnNur dan pusat beli belah. Ada tak cadangan tempat menarik yang lain yang boleh kami lawati? Harap dapat membantu.

    Btw, terima kasih untuk perkongsian. Amat bermanfaat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,tempat2 menarik yg lain mungkin puan boleh lawati kat Pekanbaru :

      1. Riau Fantasi
      2. Taman Rekreasi Alam Mayang
      3. Danau Buatan Lembah Sari
      4. Kebun Binatang Sang Kulim
      5. Istana Siak Sri Indrapura
      6. Perpustakaan Soeman H.S

      atau puan boleh rujuk web ni utk tempat2 wisata (perlancongan) di Pekanbaru

      {http://anekatempatwisata.com/10-tempat-wisata-di-pekanbaru-yang-wajib-dikunjungi/},

      ok selamat bercuti!

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian yg sungguh bermanfaat. InsyaAllah akan ke sana weekend nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...selamat bercuti En. Amir dan semoga sentiasa dilindungi ALLAH SWT..Amin..

      Delete
  8. Assalamualaikum.. nice info.. terjumpa blog yg menarik ni masa cari maklumat utk ke pekan baru. Terima kasih atas maklumat tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm..sama2..semoga bermanfaat..thanks :-)

      Delete
  9. salam , nak tanya kalau ke istana siak dari pekanbaru berapa rupiah harge dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, minta maaf sayapun tak tahu berapa kosnya sebab tak pernah sampai lagi kat Istana Siak tu..

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.