Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Sunday, July 12, 2015

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua, dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini, kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas iaitu selama 6 hari 4 malam, 2 malam di London dan 2 malam di Amsterdam, dah hampir sebulan dah percutian aku ni berlalu tapi baru saat ni aku ada masa untuk updatekannya..jangan mare ye...ekekeke..

Mula-mula aku ceritakan tentang perancangan ke London dulu..

Okay perancangan percutian ni dirancang lebih kurang tiga bulan awal sebelum kami berlepas, kami pergi ke London dan balik ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dengan penerbangan Malaysia Airlines..



Return flight schedule Malaysia Airlines



Kemudian tiket flight dari London Southend Airport ke Amsterdam, aku beli tiket Easy Jet iaitu lebih kurang macam Air Asia lah..murah jugak flight dia untuk 3 beranak kami ni..mula2 ada jugak perancangan untuk menaiki bas merentasi France dan Belgium untuk ke Holland, tapi aku tengok tiket bas macam lagi mahal dari tiket flight Easy Jet, lagi satu macam dah tak larat nak naik bas lama2 sebab flight dari KL ke London pun dah 13 jam, pergi balik dah lebih kurang 26 jam..jadi oleh kerana percutian kami ni agak singkat jadi kami memilih untuk menaiki kapal terbang dari London untuk ke Amsterdam..

Kami akan ke Amsterdam dari London Southend Airport, ianya agak jauh jugak dari Kota London..tapi memandangkan tiketnya murah jadi aku ambik jelah, lagipun ada train yang direct ke Southend Airport tu..biasanya orang lebih gemar menggunakan Gatwick Airport..motto aku biasalah ni janji murah kalau bab transport ni..ekekeke..tapi last2 aku pakai teksi jugak dari hotel ke Southend Airport sebab barang banyak dengan harganya sebanyak ₤90 pound..tapi masih lagi jimat berbanding dengan tiket train sebab kami ramai 6 orang semuanya..


Tiket aku beli dalam USD..so total lebih kurang RM 240 utk 3 beranak kami..okaylah tu..

Aku menggunakan perkhidmatan ini yang aku jumpa waktu menggoogle

Dah selesai bab tiket, aku terpaksa study cara penggunaan transport di London ni dalam internet, untuk mendapatkan maklumat yang detail berkenaan transport di London ni, aku menggunakan laman web (https://tfl.gov.uk/)..memang banyak maklumat boleh didapati dari web ini termasuk kadar tambang dan route station..



Banyak maklumat boleh didapati dari web ni termasuk harga tambang tube train ni




London Tube Map

Mula2 aku pun confused antara tube train dgn train yang lain, kena paham elok2 sbb tube dan National Rail adalah berbeza, kena faham dengan logo dia, contohnya kalau nak pergi ke Southend Airport dari London kena naik Tube pastu tukar National Railway, kalau kat Malaysia ni macam kena naik LRT dan kemudian tukar ERL atau KTM Komuter..



Faham elok2 logo train ni, aku guna Tube je..tak sempat nak guna perkhidmatan lain..ekekeke..

Selesai bab transport dan kemudian untuk memilih hotel pulak, survey punya survey last2 aku booked Hilton Garden Inn London Heathrow Airport Hotel, aku booked hotel ni disebabkan ada promo dalam Agoda.com lebih kurang RM300 lebih semalam, lagi satu hotel dia luas sedikit dan nampak selesa berbanding hotel di tengah Kota London yang harganya sangat mahal, kalau di tengah London harga sebanyak ni baru dapat bilik hotel yang kecik dan sempit..

Pengalaman kena bersolat atas katil waktu kat Hong Kong dulu tak mau aku tempuhi lagi..ekekeke..biar hotel jauh sikit janji selesa..lagi satu hotel yang aku booked ni lebih kurang 5 minit je ke Hatton Cross Underground Station.

Selepas beberapa hari membuat booking ni, aku pun telefon hotel ni dengan menggunakan Maxis IDD 132 Call untuk bertanya mengenai booking yang telah dibuat..boleh tengok rate Maxis IDD 132 Call ni dalam website Maxis..kalau letak kod 13200 memang murah untuk buat panggilan ke luar negara..

Mereka cakap yang booking kami semua dah confirm, pastu aku tanya ada kena bayar deposit tak? diorang cakap tak payah bayar dah sebab dah bayar semua kat Agoda.com...tapi baik tanya ada 2 hotel mengikut pengalaman aku yang aku booked melalui Agoda.com tapi masih lagi mintak deposit..kalau tak standby duit deposit ni mau lari bajet beb..ekekeke..

Pastu aku tanya lagi, aku bagitau yang kami akan sampai awal, boleh tak kalau kami dibenarkan untuk check in awal sebab pagi-pagi tu kami nak ke Kota London..staff tu cakap boleh tak ada masalah tapi bergantung kepada kekosongan bilik jela..pastu aku tanya lagi kalau tak ada bilik kosong, ada tak luggage storage untuk kami letak beg kami..dia kata ada..wow hebatlah hotel ni..pastu jangan lupa ambil nama staff tu..senang kalau masa check in nanti diorang cakap lain..bagitaulah balik yang sebelum ni kita dah berhubung dengan pihak hotel dan bercakap dengan staff sekian-sekian..macam tulah kebiasaan cara aku apabila booking hotel secara online ni..

Kemudian aku kena pastikan apakah cuaca dan berapakah suhu di London dan Amsterdam, untuk memilih ketebalan pakaian yang sesuai dipakai, waktu ni adalah penghujung musim bunga di London ni..walaupun diwaktu peralihan musim bunga ke musim panas, suhu di London agak sejuk jugak dengan suhu lebih kurang 10ºC dan 20ºC..macam suhu waktu musim sejuk kat Hong Kong je..ekekeke..



Ramalan keadaan suhu di London ketika kami sampai di sana nanti


Yang penting sekali semasa travel ni adalah waktu solat, jadi aku dah sediakan siap2 waktu solat di London ni..



Di ambil dari web (http://www.islamicfinder.org/index.php)


Dari segi waktu solat di London ni, kita boleh nampak yang siang hari sangat panjang lebih kurang 16 jam dan malam sekitar 8 jam sahaja..bestla macam keluar pagi pun masih cerah, balik malam pun masih cerah..huhuhu..

Pastu jangan lupa menggunakan Google Street View untuk tengok dan survey keadaan tempat yang kita nak pergi di London tu..ianya sangat-sangatlah membantu sebab macam kita dah sampai kat London dah walaupun cuma tengok dalam Google Street View je..ekekeke...


Keadaan suhu di waktu kami di London

Sebelum tu, aku nak share sikit kerisauan aku dan keluarga tentang aktiviti penyeluk saku di Kota London ni, lebih kurang 2 minggu sebelum kami ke Kota London, kawan abang ipar aku ada ke London juga, mereka menempuhi dugaan di mana duit mereka hilang sebanyak lebih kurang RM2 ribu semasa mereka menaiki tube, yang ambil duit tu disyaki pendatang yang berada di London ..modus operandi mereka adalah mereka akan ramah bersembang dengan kita oleh kerana mereka tahu kita ni pelancong..selepas bersembang dengan dengan mereka tu, baru diorang perasan yang duit dah hilang..

Maknanya kemungkinan salah seorang mereka seluk poket atau buka beg semasa kita asyik bersembang dengan kawan2 pendatang yang lain..jadi aku pun kena beringat jugaklah, duit tu tak boleh nak letak setempat..yang aku biasa dengar pickpocket ni kat Paris je..rupanya kat London pun ada...perghhh bahaya betul...

Satu lagi jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti ubat demam,selesema dan batuk..ini yang penting ni..lepas tu kami bawa bekalan makan yang banyak, kena guna sebuah beglah baru boleh isi makanan dan minuman seperti bubur segera, maggi, biskut, air kotak, air botol dan macam-macam lagi lah..jimat banyak berbanding kalau dibeli di luar negara...


Nilai tukaran matawang yang sempat kami tukar sebelum travel


Duit Pound Sterling dan Euro aku dah tukar siap2 kat Malaysia sebelum pergi tu..senang sikit tak payah pening kepala nak cari money changer dah kat sana nanti..



Bergambar dulu sebelum ke Klia

Okay sekarang aku mulakan dengan perjalanan percutian aku ni..Flight kami dijangka akan berlepas pada jam 11.00 malam, so kami pergi ke airport Klia awal lebih kurang pukul 8.15 malam supaya tak kalut dan mengelakkan sebarang masalah..Lagipun flight dijangka berlepas dekat terminal satellite KLIA, so kenalah awal sebab nak kena naik train pulak..aku pun tak biasa sangat kat Klia satellite building ni..kalau keluar negara je boleh masuk kat sini..biasanya flight domestic fly dari Klia main terminal je..

Permasalahan yang timbul sebelum aku ke airport ni adalah berkenaan tripod aku, adakah boleh hand carry atau tidak..pening kepala duk google last2 aku call MAS customer service untuk bertanya hal ini..diorang kata takde masalah untuk bawa tripod jika tidak melebihi ketinggian semeter lebih, kalau tripod tu jenis boleh lipat lagi lah boleh..Alhamdulillah masa security check pertama dan kedua..tripod aku lepas jugak..huhuhu..



Bergambar di Klia

Masa tengah tunggu untuk boarding tiba2 ada aanouncement yang mengatakan flight delayed sampai pukul 1.00 pagi..dalam hati aku elok jugak delayed sebab aku ni tengah kelaparan sebenarnya, daripada balik keje tadi tak sempat nak jamah makanan sebab kalut duk setelkan beberapa hal dan terus nak ke airport..apalagi aku pergi makan burger dekat Burger King KLIA Satellite terminal sorang2 sebab wife dan anak aku tak nak ikut..ramai jugak yang keluar pergi minum atau makan waktu tu..



Kapal terbang Malaysia Airlines Airbus A380 di luar Satellite Building Terminal

Waktu awal yang dijadualkan untuk berlepas sebelum delayed


Kat Satellite Terminal Building KLIA

Tiba2 dalam pukul 11.30 ada announcement yg flight MAS MH 2 dah boleh boarding..mau tak kalut aku pergi ke gate balik..memang ramailah yg kalut sampai kena beratur panjang untuk security check lagi..dah setel security check aku pun boarding..perggghh teruja jugak dapat naik Malaysia Airlines Airbus A380 ni..dahlah dengar2 khabar angin yang MAS nak jual kapal terbang A380 ni..tapi tak tahulah berapa buah diorang nak jual sebenarnya..ekekeke..

Alhamdulillah sempat jugak kami semua naik Malaysia Airlines A380 ni..kami duduk kat lower deck..Syukur pada ALLAH SWT..



Dalam kapal terbang Malaysia Airlines A380


Dah masuk awal dalam flight ni, last2 pukul 1.00pagi jugak dia berlepas..ekekeke.. Tau macam tu lepas makan tadi aku pergi ke tandas dulu..sekarang ni kalau sakit perut nampak gaya kena pakai tandas dalam flightlah...ekekeke.. Tak pernah lagi aku melepas dalam flight ni..memang benda ni aku cuba elak sebab macam payah je nak guna tandas flight ni..Tapi flight ni 13 jam tuu..kalau sakit perut mau kena pergi ke tandas jugak ni..takkan nak tahan..ekekeke..



Sedia untuk berlepas

Masa nak take off tu aku khusyuk je perhatikan..last2 terbang jugak kapal terbang ni..maklumlah besar sangat kapal terbang ni..hehe..Alhamdulillah..



Sebelum berlepas anak aku dah tertidur dah..yelah dah awal pagi dah...ekekeke..


Layanan dalam flight MAS ni memang 5-Star, selepas berlepas tu diorang dah bagi makan berat..pastu dalam tengah2 perjalanan dia bagi pulak kek atau biskut kalau tak silap aku..itupun aku celik mata tau2 dah terhidang depan mata aku..memang tak larat nak makan sebab yang anak aku punya pun aku kena habiskan jugak sebab dia tidur lagi..ekekeke..

Manakala mengikut announcement lagi, 2 jam sebelum sampai diorang hidangkan breakfast pulak..



Child's meals

Ada banyak jugak biskut2, roti2, dan macam2 lagi aku letak dalam beg je..boleh buat stok di London nanti..hehehe..oleh kerana makan terlalu banyak memang memulaslah perut aku..tahan punya tahan last aku kena pergi tandas jugak..memang seksa yang amat kalau nak melepas dalam flight ni..ekekeke..



Hidangan makan malam..nyum nyum..


Jemput makan semua!


Wife aku tengah menjamu selera


Paparan peta dalam skrin kat depan kerusi


Dalam flight inilah pertama kali aku bersolat dalam kapal terbang, untuk bersolat Subuh kena agak-agak jugaklah masuk waktunya sebab takde info berkenaan waktu solat ni dalam flight ni..tak tahulah takut aku yang tak pandai guna skrin tv kat kerusi tu..ekekeke..

Sepanjang penerbangan tu, kalau aku tak tidur..aku layan flight info je kat skrin tv tu..wife aku je asyik layan movie..ekekeke..



Tak boring woo duk perhati flight info ni...ekekeke..


Matahari dah mula muncul sewaktu di ruang udara Iran


Di ruang udara Iran


Aplikasi World Clock & Widget untuk tengok waktu 3 negara yang aku download di Google Play

Lebih kurang 3 jam sebelum sampai barulah anak aku bangun, makan-makan pastu layan movie..hehehe..lama jugaklah anak aku tido..dekat 10 jam..Lepas tu lebih kurang 2 jam nak sampai mereka hidang breakfast untuk orang dewasa pulak..pergghh..

Pastu aku cuba jugaklah tidur kejap tapi tak boleh nak lena..aduhhh..kena tidur atas katil jugak sedap..huhuhu..



Baru nak sarapan daa..


Nasi Lemak untuk santapan untuk breakfast



Sebelum sampai, diorang bagi borang Landing Card pada penumpang untuk isi maklumat yang perlu diberikan kepada imigresen..jadi make sure kalau pergi oversea tu pen mesti bawak sekali..kalau tak kalut nak pinjam pen orang lain..sebab pen tidak disediakan..hehehe..

Pastu ada jugak announcement yang bagitau barang2 makanan sekian2 tak boleh dibawa, kamipun tak berapa jelas jugak announcement tu, tiba2 rasa macam cuak sikit sebab kami bawa buah apple yg dibeli kat Malaysia..nak beli kat London takut mahal...ekekeke..



Landing Card yang perlu diisi untuk diberi pada imigresen di London

Pikir punya pikir gamble jelah, kalau kastam diorang nak rampas, rampas jelah..apedehal..cuma takut kalau kena denda jelah...aiyayoo...


Dekat ruang udara Germany


Permandangan di atas ruang udara Germany..nampak awan jela..ekekeke..


Selepas tak berapa lama kemudian kapal terbang ni pun memasuki ruang udara England, pergghh macam mimpi pulak boleh sampai ke Eropah kami ni..Alhamdulillah..



Dah masuk ruang udara England


Permandangan Kota London dari udara..dah nak mendarat dah ni..



Alhamdulillah akhirnya kapal terbang ni berjaya mendarat dengan selamat di London Heathrow Airport Terminal 4 pada lebih kurang pukul 7.00 a.m..yang hebatnya kapal terbang A380 ni langsung tak terasa bergegar masa tengah belah awan..mungkin sebab besar sangat dan berat kot..ekekeke...



Alhamdulillah..kapal terbang Malaysia Airlines A380 berjaya mendarat dengan selamat di London Heathrow Airport 


Thank you Malaysia Airlines


Berlatar belakangkan kapal terbang Malaysia Airlines A380


Masa sampai kat airport tu aku dah prepare semua voucher booking hotel and return flight ticket, manalah tau kot2 nanti kena soal banyak kat imigresen nanti sebab aku dengar cerita dari abang aku yang pernah ke London ni yang imigresen diorang soal macam2..

Tapi Alhamdulillah sekejap je urusan dekat imigresen, diorang pun tak tanya banyak..sebab aku cakap aku datang dengan family kakak aku yang berurusan selang beberapa kaunter dari aku..mungkin sebab diorang tengok kami ni family so diorang tak anggap kami ni nak datang kerja kat sini..

Lepas tu kami pergi ambik beg..lepas tu yang dekat kastam pun diorang tak cek apa pun..tak kena scan pun beg..so selamatlah buah epal yang kami bawak..Alhamdulillah..Kemudian bermulalah misi bertanya sana sini..aku pergi cari kaunter information untuk dapatkan Tube Map..

Dan keluar dari airport untuk mencari transport ke Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel..wow sejuknya London ni..kalau mengikut data dari accuweather suhu pagi di London adalah 15ºC..

Pastu tanya punya tanya..ada English man yang sarankan kami naik free shuttle bus ke Hatton Cross Station..pastu jalan kaki je ke hotel tu..macam dah sama dengan kajian awal aku dah ni..ekekeke..



Dalam free shuttle bus dari Heathrow Airport ke Hatton Cross Station


Inilah free shuttle bus tu..

Memang kalut jugaklah nak angkat beg-beg dan handle anak ni masa naik bas..nasiblah sejuk taklah berpeluh..kemudian kami sampai di Hatton Cross Station..pastu kami naik teksi ke Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel sebab macam payah nak bawak beg yang banyak ni...tambang teksi lebih yang muat kami semua adalah ₤5 pound walaupun kalau berjalan kaki lebih kurang 5 hingga 10 minit je..tapi baik naik teksilah tak sanggup nak bawa beg lintas2 jalan woo..huhuhu..

Lebih kurang 5 minit kami pun sampai di Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel iaitu lebih kurang pukul 8.00 a.m..



Dalam teksi ke Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel


Inilah teksi yang kami naiki tu..

Wow..Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel ni memang nampak menarik..pastu kami letak beg2 kat lobi dan kemudiannya terus pergi ke kaunter untuk check in..sembang punya sembang akhirnya diorang bagi kami check in awal lebih kurang pukul 9 pagi..sementara nak tunggu masuk bilik tu sempatlah aku ronda-ronda hotel ni dan ambik gambar..sementara tu yang lain duk berehat kat lobi hotel..

Memang tidak dapat dinafikan terasa kepenatan jetlag sebab perubahan waktu terutamanya sebab tak cukup tidur masa dalam flight tu..kalau diikutkan sekarang ni lebih kurang pukul 3.00 petang di Malaysia tetapi di London pukul 8.00 pagi..kalau kat Malaysia kalau tengah malam tak cukup tidur..mau tingtong kalau sampai petang pun tak sambung tidor kejap..



Kat lobi Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel

Kat bawah ni antara gambar yang aku posing sorang-sorang sementara tunggu pihak hotel bagi kami kunci bilik..ekekeke...



Kat depan Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel


Kat belakang aku tu adalah kawasan London Heathrow Airport


Tinggi jugak hotel ni


Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami pun dibenarkan untuk masuk bilik..rasa macam nak baring je..tapi lepas letak barang2, kami pun mandi2 dan bersiap2 untuk ke Kota London yang bakal mengambil masa lebih kurang 40 minit naik train dari Hatton Cross Station...



Nice room













Oleh kerana suhunya sejuk jadi nak berjalan kaki pun best sebab tak berpeluh..walaupun jetlag ku gagahkan jugak untuk meronda Kota London ni..Syukurlah pihak hotel bagi check in awal, jadi segarlah sikit badan ni selepas mandi..

Jalan kaki dari hotel ke Hatton Cross Station memang betul-betul dekat..jadi semasa sampai di Hatton Cross Station ni, benda yang mula2 kami buat adalah dengan membeli Oyster Card yang berharga ₤5 pound dan kemudian kami topup ₤20 pound seorang, anak aku free je disebabkan di bawah 10 tahun, manakalah anak buah aku yang berumur 12 tahun, abang ipar aku ambik travelcard yang unlimited selama sehari..kalau tak silap harganya ₤6 pound..aku pun silap tak cek kot2 yang dewasa pun ada unlimited travel card..nak buat macam mana dah terbeli dah...huhuhu..kalau rugi pun..rugi sikit jelah..kalau untung pun untung tak banyak sangat..jadi boleh kira dulu nak yang "pay as you go" ataupun "Travelcard"

Rasanya boleh tengok kat link ni untuk harga travelcard (https://visitorshop.tfl.gov.uk/)

(selepas 3 hari pakai aku refund pakai mesin dekat Hatton Cross Station..dapat baliklah balance duit tu..Alhamdulillah)



Bergambar di kawasan Heathrow semasa on the way ke Hatton Cross Station






Oyster Card aku..huhuhu..


Travelcard anak sedara aku yang unlimited selama sehari


Resit Topup ₤20 pound

Selepas tu, bermulalah perjalanan kami dengan Tube train di London ni, train dia nampak old school sikit..tak macam LRT di Malaysia yang nampak baru sikit..mungkin diorang punya Tube ni dah beroperasi lama dah..Jadi tempat pertama yang kami tuju adalah Portobello Market di mana kami kena turun dekat Ladbroke Grove Station..

Aku rasa map tube train ni macam dengan subway train di Seoul..mula-mula nak paham pun payah jugak..kena study betul-betul baru faham..lagi satu walaupun boleh tukar train di stesen yang sama..tapi kena berjalan kaki kadang-kadang jauh jugak untuk ambik train lain..contohnya seperti kalau nak tukar train di Hammersmith Station..pening jugaklah nak cari..tapi signage ada..kalau takut sesat tanya orang je..orang London ni memang peramah..huhuhu..




First time naik Tube


Tukar train dekat Hammersmith Station..kena berjalan keluar..lepas tu masuk balik Hammersmith Station yang lain..


Tak lama kemudian sampailah kami di Ladbroke Grove Station untuk ke Portobello Market.. Satu lagi kekurangan Station Tube di London ni adalah tak semua station ada menyediakan perkhidmatan tandas..kalau nak ke tandas terpaksa keluar dari station dan cari kedai2 yang ada tandas..biasanya McDonald's atau Pizza Hut..memang seganlah nak masuk kedai semata2 nak ke tandas kan..ekekeke..kalau ada menyediakan tandas pun kena bayar 50 pence..satu lagi jangan lupa jangan lupa untuk bawa botol mineral kosong supaya senang nak isi air waktu ke tandas nanti..tandas luar negara ni jenis takde paip..





Kat Ladbroke Grove Station


Dah keluar Ladbroke Grove Station ni..kami jalan-jalan sikit tiba-tiba terserempak dengan restoran halal Notting Hill CFC pulak..mula2 aku bercadang nak makan kat restoran yang bernama "Makan Cafe" di Portobello Road..alang2 dah jumpa restoran ni..apalagi tunggu..terus singgah..dahlah tengah lapar waktu ni...huhuhu..





Antara restoran halal yang ada di kawasan Ladbroke Grove Station yg aku print dalam itinerary, aku pun lupa dari website apa dah aku ambik info ni..hehehe..




Restoran Halal Notting Hill CFC


Kalau dikira harganya terpaksalah darab dengan 6..memang rasa mahallah..tapi aku pun sebelum pergi ke London memang dah survey harga makanan kat London ni..jadi kami dah bersedia dah dengan bajet yang secukupnya..cuma contohnya kalau nak order apa2 jangan order banyak terus..sebab contohnya kebab yang aku beli ni..beli satu pun dah cukup sebab boleh share dua orang makan sebab saiznya yang besar...nanti boleh tengok senarai harga yang sempat aku snap..



Senarai harga










Macam-macam ada...





Makan tengah hari di Notting Hill CFC Restaurant



Selepas dah kenyang semua, kami pun terus ke Portobello Market..kat sini bermacam-macam barangan dijual, macam barang bundle pun ada..barang baru pun ada..tapi kami sebenarnya nak cari keychain dan magnetic fridge je..ekekeke..cari punya cari last2 jumpa dijual dekat depan Restoran "Makan Cafe" di Portobello Road tu..Kalau tak silap aku Portobello Market ni meriah pada hari Sabtu..kalau memang eloklah kami sampai pada hari Sabtu..kalau hari lain tak silap aku dia bukak jugak tapi mungkin tak semeriah hari sabtu..



Ada jugak persembahan music di Portobello Market ni..


Ramai jugak orang kat sini

Alhamdulillah ada jugak keychain dijual disini..






Bergambar di Portobello Road




Portobello Market ni panjang sangat, jadi kami takdelah jalan sampai habis, nanti tak sempat pergi tempat lain pulak..oleh kerana kami hanya berada di London ni selama 2 malam je..jadi kami terpaksa kejar masa untuk sampai ke tempat2 menarik yang banyak di London ni..

Apabila dah selesai kami pun patah balik ke Ladbroke Grove Station untuk ke Piccadilly Circus Station untuk bergambar di Shaftesbury Memorial Fountain..



Dalam tube train menghala ke Baker Street Station transit untuk ke Piccadilly Circus Station


Untuk ke Piccadilly Circus Station dari Ladbroke Grove Station, kami terpaksa tukar train di Baker Street Station..naik tube ni memang kadang-kadang kena banyak berjalanlah..huhuhu...turun naik train..



Bergambar di Baker Street Station 

Masa dah sampai kat Piccadilly Circus Station tu pening jugaklah nak keluar exit mana untuk ke Shaftesbury Memorial Fountain, aku pun tahan beberapa orang Mat Salleh jugaklah bertanyakan tempat ni, ramai yang tak tahu sebab diorang pun bukan orang London..ekekeke..last2 ada jugak yang tunjuk exitnya pada kami..aku bukan apa kali ni memang banyak bertanya kalau tak jumpa..kalau salah jalan nak patah balik nanti akan menyebabkan banyak masa terbuang dan menyebabkan penat berjalan..ekekeke...jadi kali ni aku pastikan dah sampai sesuatu tempat tu terus straight forward tuju tempat yang nak pergi tu..

Sebenarnya Shaftesbury Memorial Fountain ni dekat je dengan exit Piccadilly Circus Station ni..waktu ni memang ramai betul orang kat sini disebabkan ada demo bantahan yang diadakan di depan Shaftesbury Memorial Fountain..kalau tak silap diorang bantah penyembelihan binatang yang dilakukan oleh syarikat2 makanan..mungkin diorang ni geng vegetarian kot..hehehe..



Ada demo bantahan di Shaftesbury Memorial Fountain ni...memang meriah..huhuhu..


Walaupun ada demo bantahan, selamba je kami bergambar di Shaftes..ekekeke..



Masih lagi di Shaftesbury Memorial Fountain






Lepas tu kami naik train lagi di Piccadilly Circus menghala ke Charing Cross Station untuk ke Trafalgar Square dan National Gallery..



Tengah tunggu train..

Dah keluar dari Charing Cross Station ni terus nampak Trafalgar Square dan National Gallery yang bersebelahan ..wow tak sangkalah dapat sampai kat sini jugak..Alhamdulillah..



Maklumat yang dimuatkan dalam itinerary yang aku buat..ekekeke..




Kat Trafalgar Square


Berlatar belakangkan National Gallery


Anak aku dan sepupunya di Trafalgar Square



Bergambar bersama isteri tersayang di belatar belakangkan National Gallery


Ada persembahan di depan National Gallery





Kat sini lama jugaklah kami rehat sambil menikmati keindahan senibina di sini..sambil tengok2 masyarakat di Kota London ni..kat sini pun ada jugak yang membuat ucapan public speaking..mungkin kat London ni budaya macam ni memang budaya yang subur..inilah yang dikatakan kebebasan bersuara..



Berehat kejap..


Kemudian selepas puas berehat kami pun berjalan kaki menghala ke Big Ben..kalau kira nak berjalan macam jauh jugak..tapi ramai yang berjalan di antara Big Ben dan Trafalgar Square ni sebab jalannya lurus je..mula2 kami nak naik teksi..pastu fikir2 baik berjalan jela sebab ramai yang berjalan menghala ke Big Ben..ekekeke..




Lebih kurang sekilo meter jugak berjalan kaki dari Trafalgar Square ke Big Ben



Sempat bergambar sebelum ke Big Ben..aku pun tak tahu nak panggil apa diorang ni..huhu..

Yang lawaknya semasa kami nak ke Big Ben tu, kelihatan ramai geng basikal yang mengayuh basikal secara berbogel..ramai pulak tu..selamba badak je..yang ni aku pun tak tahu diorang nak bantah apa pulak..ekekeke..tapi kalau biasa baca paper online oversea punya memang biasalah geng2 nudist ni buat macam ni..cuma kita yang dari Malaysia ni rasa terkejut jugaklah..



Sempat singgah bergambar on the way ke Big Ben

On the way ke Big Ben tu banyak kali lah kami berhenti untuk bergambar..patutlah ramai yang berjalan kaki je..banyak tempat2 menarik kat sini..sampai aku sendiri pun tak tahu nama sebab takde dalam itinerary aku..ekekeke..jumpa tempat menarik kami bergambar terus sebagai kenangan..huhuhu..









Berjalan kaki ke Big Ben dari Trafalgar Square


Singgah lagi ambik gambar...ekekeke..

Jalan punya jalan akhirnya sampai jugak kami di Big Ben ni..perghh teruja betullah sampai jugak kami kat sini...Alhamdulillah..pendek kata kalau datang ke London ni kalau tak ke sini memang tak sah..huhuhu.



Bergambar kejap berlatar belakangkan Big Ben

Tak sempat nak bergambar banyak-banyak..anak aku sakit perut pulak dah..so kami pergilah cari tandas..punyalah payah nak jumpa tandas ni walaupun kat dalam Westminster Station..last2 jumpa jugak tapi tu lah bayaran nya 50 pence sekali masuk (dah dekat RM3 tuu)..siap ada benda penghadang yang macam dekat train station lagi tuu..perghhh...ekekeke..


Tandas disediakan di kawasan ini


Siap ada penghadang tu..macam nak naik train daa..




Lepas tu kami ke Big Ben balik untuk bergambar, orang punyalah ramai jadi nak cari angle yang baik pun payah..tapi Alhamdulillah dapat jugak jumpa angle yang baik untuk bergambar sebagai kenangan di London ni..


Berlatar belakangkan Big Ben


Berlatar belakangkan Eye of London






Ada juga dijual cenderamata di kawasan Big Ben ni

Oleh kerana semua kepenatan, maka kami pun menamatkan jalan-jalan di Kota London pada hari ni, dan kami berpatah balik ke Ladbroke Grove Station untuk menikmati makan malam di Makan Cafe Restaurant di Portobello Road, walaupun masih cerah lagi..tak waktu ni dah dekat pukul 6.00pm lebih dah..Itulah yang best kalau berjalan pada bulan June ni sebab waktu siang dia panjang disamping suhu pun sejuk dan nyaman..

Rasa bangga jugaklah ada jugak restoran Malaysia di London ni..perghhh..hebat...



Kat Makan Cafe Restaurant



Senarai harga makanan


Masakan kat sini adalah masakan Melayu, dan aku jugak perasan ada juga pengunjung orang Melayu yang makan kat sini..sedap pun memang sedap..

(Makanan kat sini pada anggapan aku agak mahal sikit berbanding di Malaysia Hall yang aku pergi pada keesokan harinya)




Antara hidangan yang disediakan


Nasi aku..simple je tapi mahal...


Sedang menjamu makan malam walaupun masih cerah..ekekeke..
Sempat bergambar dengan penjual keychain di depan Makan Restaurant ni..



Selepas selesai makan malam, maka kami pun patah balik ke hotel yang mengambil masa selama lebih kurang 40 minit dari Kota London..tapi kali ni kami tersalah naik train dari Hammersmith Station yang sepatutnya menuju ke Heathrow Airport tapi sebaliknya kami naik train menghala ke Ealing Broadway..Aiyya nasib baik perasan..

Pastu patah balik ke Acton Town Station dan barulah naik train ke Hatton Cross Station..macam tulah kalau naik train ni pastikan tengok dulu dimanakah destinasi yang dituju..huhu..

Kami sampai di bilik Hotel lebih kurang jam 8.00 pm..jadi sempatlah kami jamakkan solat Zohor dan Asar di bilik hotel sebelum masuk waktu Maghrib pada pukul 9.18 pm..sebab tak jumpa tempat Solat yang berdekatan dengan train station..aku pun lupa untuk bertanyakan Restoran Makan tu adakah restoran dia menyediakan kemudian untuk bersolat..

Kali ni keluar pagi dah cerah balik malam pun masih cerah lagi..

Selepas itu kami pun zZzZzZ..keletihan semuanya..


Saksikan video kami di London pada hari pertama :-






Jumpa lagi di pada entry hari kedua..sekian terima kasih :-)

Sunday, June 7, 2015

Bercuti di Tawau, Sabah May 2015 Day 2 (Last Day)

Alhamdulillah semalam, kami semua dapat tidur dengan lena..pagi ni kami kena bangun dan check out awal sebab ada beberapa tempat lagi kami nak pergi hari ni sebelum balik ke KL..anak aku pun cukup bagus berdisiplin bangun awal dan mandi awal..ekekeke

Tapi sebelum tu kami pergi menikmati breakfast di sini dulu..hotel Shervinton Executive Boutique Tawau ni dibooked berserta dengan package beserta breakfast sekali,..untuk tahun ni, inilah first time kami breakfast kat restoran di hotel..nyum nyum...Alhamdulillah...

Macam-macam makanan yang ada, puas hati jugak makan kat sini, tapi itulah walau banyak mana makanan pun, tank perut aku ni bukannya besar sangat..ekekeke.. jadi aku makan pun taklah banyak sangat..



Gambar breakfast yang sempat aku upload kat facebook..ekekeke..


Antara menu breakfast yang disediakan

Macam-macam ado...




Menu breakfast kami...hehehe..

Selepas breakfast, kami pun naik balik ke bilik untuk mengambil barang dan bergambar kenangan dalam bilik hotel ni..hehehe..

Lepas tu kami turun ke lobi untuk check out, waktu tengah check out tu tiba-tiba baru aku sedar yang kamera aku tertinggal kat dalam bilik hotel, terus aku pergi naik ke bilik balik semula untuk mendapatkan kamera aku tu...Alhamdulillah kamera aku masih berada dalam bilik tu..


Bergambar kenangan sebelum check out awal

Selepas selesai check out, kami terus ke Pasar Tanjung Tawau untuk membeli beberapa barangan yang tak sempat beli semalam, kemudian selepas itu kami ke Pasar Gantung Tawau untuk pergi melihat apa-apa menarik kat sana..terdapat banyak pakaian-pakaian I LOVE TAWAU, aksesori wanita seperti kerongsang, mutiara, gelang dan macam-macam lagi di jual disini..kalau Pasar Tanjung lebih kepada makanan kering dijual disana..


Pasar Gantung Tawau

Pasar Gantung Tawau dari sudut lain

Oleh kerana kami sampai awal boleh dikatakan ramai penjual, yang berkata "Ini harga pagi" waktu kami tengah pilih-pilih barang..mula-mula rasa waktu mereka kata "Ini harga pagi"..aku rasa macam bertuah lah jugak..mesti harga special punya..rupa-rupanya lepas tu pergi kedai lain pun dia cakap "ini harga pagi" jugak..baru tau ini memang taktik penjual rupanya..agak akulah..ekekeke..

Abang aku ada beli baju sebab ingatkan murah sebab dia cakap "ini harga pagi", lepas tu sambil jalan-jalan pusing-pusing terserempak pulak kedai lain yang jual baju yang sama tetapi dengan harga yang lagi murah..ekekeke..memang terbaiklah taktik "harga pagi" ni...pendek kata kena survey dulu sebelum beli..tapi itupun kalau larat nak survey dan mempunyai masa yang banyak..jenuhlah kalau nak survey satu-satu kedai...hehehehe..


Dalam Pasar Gantung Tawau

Baju I Am Tawau

Walau bagaimanapun aku difahamkan yang barangan kat sini masih lagi lebih murah berbanding barangan yang sama di Kota Kinabalu dan Sandakan...


Berehat lah kejap, kami dah tak larat nak jalan dah..ekekeke..

Bergambar sebelum pergi ke tempat lain..


Apabila dah selesai di Pasar Gantung Tawau, kami terus ke restoran Dapur Kak Mas untuk minum menghilangkan dahaga sambil-sambil nak makan goreng pisang cheese kat sini, tapi malangnya gerai yang jual goreng pisang cheese ni tak bukak lagi, kalau nak tunggu pun tak sempat sebab nak catch flight pukul 3.40 pm nanti..jadi kami minum air jela..huhuhu..

Restoran Dapur Kak Mas satu bangunan dengan Hotel Shervinton Executive Boutique

Berehat kejap di sini
Tengah tunggu air

Cuma yang aku keliru sikit kat Tawau ni, kalau kita order Teh Ais diorang akan bawa Teh 'O' Ais, kalau nak order Teh Ais kena cakap Teh Naik (kalau tak silap akula...ekekeke)..kalau payah sangat cakap Teh nak campur dengan susu je..tak pun kalau nak yang lebih pasti lagi, tanyalah kawan2 korang yang orang Tawau cara macam mana nak sebut Teh Ais..huhuhu..




Gerai yang jual Goreng Pisang Cheese belum buka lagi


Sambil-sambil minum, kami juga tapau siap-siap nasi dan lauk kat restoran ni untuk makan tengah hari di airport Tawau nanti..jimatlah sikit..hehehe..lepas tu kami terus ke airport Tawau, perjalanan dari sini memakan masa hampir 40 minit disebabkan terpaksa menempuhi beberapa traffic light dan traffic jam..

Dah sampai kat airport Tawau tu, kami terus hantar kereta..risau jugak kalau terlambat hantar kang nanti kena cas lewat pulak..ekekeke...


Baru sampai kat airport

Memang berjasa betul kereta ni sepanjang kami berada di Tawau
Abang aku tengah setelkan penyerahan kunci kereta..

Oleh kerana kami sampai awal kat airport Tawau ni, jadi sempatlah kami ronda-ronda kat airport ni sambil setting2 sikit beg kami supaya tak ada masalah masa naik naik kapal terbang nanti, kemudian kami pun makan tengahari di sini dan sesudah itu terus pergi bersolat..

Bagus jugak sampai awal kat airport ni, jadi relaxed sikit dan tak kalut..huhuhu..



Jalan-jalan ronda-ronda dalam Tawau Airport


Kat restoran ni la kami makan tengah hari di tingkat atas Tawau Airport


Tengah menikmati makan tengah hari di Tawau Airport


Jemput makan semua!


Lepas makan sempat lagi aku pergi ronda-ronda kat bawah maklumlah inilah saat terakhir sebelum meninggalkan bumi Tawau ni..memang puas hati trip ke Tawau kali ni walaupun 2 hari 1 malam je..tapi aktivit memang padat..huhuhu..



Kat luar Tawau Airport
Kat tempat pejalan kaki ke Tawau Airport dari tempat parking



Lepas tu kami terus masuk ke balai berlepas, macam biasalah tempat yang paling kalut sekali adalah waktu pemeriksaan keselamatan, habis semua tali pinggang kena tanggal, laptop kena buat keluar, pastu nak simpan balik..memang memakan masa kat sini..tripod aku pun lepas dibawa ke flight..Alhamdulillah semuanya selesai tanpa sebarang masalah..

Jadi kami tunggu kapal terbang untuk tiba di airport Tawau ni..boleh lah rest kejap...tunggu punya tunggu last2 kapal terbang yang bakal kami naiki ni pun sampai..



Kat balai berlepas Tawau Airport


Mereka-mereka nilah yang paling enjoy..huhuhu..
Bergambar dengan anak dan anak buah sementara menunggu aircraft tiba

Aircraft kami dah sampai..
Berjiran dengan kapal MAS

Apabila dah sampai waktu berlepas kami pun terus naik ke kapal terbang, sambil-sambil curi-curi ambik gambar kapal terbang...hehehe..


Sempat lagi ambik gambar...hehehe..


Flight ke KL ini pun berlepas tepat pada waktunya tanpa sebarang delayed..Selamat tinggal Tawau, nanti kalau ada masa nanti kami datang lagi..


Selamat tinggal Tawau!

Off we go!

Dalam penerbangan tu, anak aku nak makan burger pulak, pastu aku tanya kat cabin crew, diorang kata burger tak ada, pastu aku order Uncle Chin's Chicken Rice..share jelah dengan anak aku..sedap jugak nasi ni mungkin sebab makan atas kapal terbang kot...kehkehkeh..


Uncle Chin's Chicken Rice

Anak aku tengah menjamu selera


Alhamdulillah perjalanan kami baik tanpa sebarang masalah...lebih kurang 6.20 pm kami pun selamat tiba di KLIA2..Alhamdulillah..maka dengan ini selesailah percutian singkat kami di Tawau..





Alhamdulillah dah flight kami selamat mendarat di KLIA2

Dah kat dalam KLIA2





Satu trolley untuk beg dan satu lagi trolley untuk tolak budak-budak...ekekeke...jauh sangat nak berjalan keluar kat KLIA2..


Kami bersyukur kepada ALLAH SWT kerana segala yang benda dirancangkan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..

Jumpa lagi di entry yang akan datang..InsyaALLAH :-)

Saksikan video percutian kami ke Tawau untuk hari terakhir :-




Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.