Monday, July 13, 2015

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 2


Alhamdulillah..semalam kami semua dapat tidur dengan lena..memang selesa Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel ni..selepas bersarapan dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia, maka lebih kurang pukul 8.30 am kami pun mula keluar untuk ke Kota London..

Breakfast kami dah tersedia

Gambar yang aku sempat upload dalam Facebook aku..bersama orang New Zealand

Bergambar di pintu masuk Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel
Kat Hatton Cross Station


Cuma kali ni, masa terbuang sikit sebab tersalah naik train dan tersalah arah..yang sebenarnya kami nak menuju ke Oxford Street di mana kami perlu turun di Marble Arch Station..tapi waktu kami menukar train di Earl's Court Station..entah macam mana entah tau2 tersalah naik train menghala ke tempat lain walaupun syarikat District Line yang sama..aiseyman jadi terpaksalah patah balik..waktu kami terpinga2 duk baca map..kebetulan pula staff yang keje di station train sedang membantu orang yang hilang arah..jadi kami tanyalah dia..diorang akan tolong kita untuk naik train yang mana dan tunggu kat mana..perghhh bagus betullah..

Dalam train menuju ke Kota London

Waktu sampai di Notting Hill Gate Station, rasa macam nak terkencing lah pulak..cari punya cari tandas tak jumpa lah pulak..pergi tanya staff yang jaga dekat pintu masuk tu..diorang kata memang takde tandas kat station ni..kena pergi cari kat luar..so diorang tolong scan out kan pakai kad diorang..lepas tu diorang akan bagi masuk balik..kalau kita scan sendiri nanti kena cas pulak dekat oyster card tu sebab macam kita dah sampai..jadi apa2 kalau nak keluar sebelum ke destinasi mintak staff yang jaga tolong scan out pakai kad diorang dulu..

Dah keluar tu, hujan renyai-renyai lah pulak, tapi pertama kali aku tengok hujan macam ni dalam hidup aku, hujan dia halus sangat..macam pelik betul lah sebab tak pernah tengok..huhuhu..indahnya ciptaan ALLAH SWT..

Cari punya cari, tanya punya tanya..last2 ada orang bagitau boleh pergi ke McDonald's..so kami pergi buang air kat tandas di McDonald's je lah..ekekeke..

Okay lepas tu kami masuk balik ke dalam Notting Hill Gate Station, bagitau balik staff tu yang kami keluar ke tandas tadi..so diorang scan in pakai kad diorang untuk kami masuk..aku pun hairan kenapa diorang tak buat tandas dalam train station ni..kalau ada tak payahlah kita keluar..memang agak menyusahkan untuk ke tandas di London ni..

Sampai di Oxford Street hujan masih renyai-renyai lagi..tapi banyak kedai tak bukak lagi..pergi dekat Primark tutup lagi..berjalan sikit untuk ke Disney Store..tengok2 diorang tak bukak lagi walaupun jam dah dekat lebih kurang pukul 10.00 am..


Marble Arch Station dan Bond Street Station terletak di Oxford Street

Jadi kami pun bincang-bincang balik dan putuskan untuk ke Malaysia Hall dulu untuk makan tengah hari, jadi kami naik train daripada Bond Street Station dan turun di Queensway Station..pastu berjalan sikit menyusuri Bayswater Road dan pusing kiri, pastu berjalan skit lagi..maka sampailah Malaysia Hall..


Daripada Queesnway Station ke Malaysia Hall

Bergambar di Bayswater Road

Waktu Operasi Malaysia Hall

Di Malaysia Hall
Nasib baiklah sebelum pergi ke sini, aku dah tengok kawasan Malaysia Hall ni dalam Google Street View, mula-mula aku ingatkan Malaysia Hall macam dewan..rupa-rupanya ia terletak dalam satu bangunan lurus..macam lot-lot kedailah kalau di Malaysia..Jadi waktu sampai tu memang aku dah dapat agak dah Malaysia Hall tu macam mana..


Kena turun bawah untuk ke kantin Malaysia Hall

Hanya dibenarkan untuk orang Malaysia ataupun bersama dengan orang Malaysia sahaja

Senarai harga di Malaysia Hall






Anak aku tengah menunggu makanan sampai..

Bagi pendapat aku harga makanan di Malaysia Hall ni agak murah sikit jika dibandingkan dengan Restoran Makan Cafe di Portobello Road yang kami pergi semalam..makanan kat Malaysia Hall pun sedap dan banyak pilihan..



Jemput makan semua!
Nasi yang bakal aku makan..hehehe..kalau tak silap sepinggan hidangan ni berharga 6 pound




Air sirap ni free je..


Kami tak singgah untuk bersolat di sini memandang waktu Maghrib adalah sekitar 9.18 malam..jadi kami akan bersolat secara jamak di bilik hotel sahaja, maknanya lebih kurang pukul 8.00 malam kami akan bertolak balik ke hotel..nak jalan lama-lama sangat pun memang tak larat..ekekeke..


Abang ipar aku tengah rancak bersembang dengan staff Malaysia Hall

Bergambar kenangan dengan staff Malaysia Hall
Deretan bangunan dekat Malaysia Hall

Selepas dan selesai makan tengahari, kami pun terus ke Oxford Street semula untuk ke Disney Store, untuk melihat apa yang menarik di sana..untuk ke Disney Store, kami menaiki train dari Queensway Station dan turun di Bond Street Station, Disney Store adalah bertentangan dengan Bond Street Station.

Waktu kami sampai di sana, Disney Store dah dibuka..macam-macam ada kat sini..hargapun kalau di darab dengan 6 jadi mahal jugak..ekekeke..lebih kurang kat Malaysia jugak atau mahal sikit..



Sempat bergambar di depan Hilton Hotel di Queensway Station
Tengah survey barang dalam Disney Store..
Dalam labu Cinderella kot ni..ekekeke..
Ni dalam carriage cerita Cinderella kot..huhuhu..
Dah jumpa dah apa yang nak dibeli
Seronoklah dia..ada jugak kenangan dari Oxford Street ni..
Bergambar di depan Disney Store, Oxford Street

Lepas tu kami jalan-jalan di sepanjang Oxford Street ni sambil singgah-singgah kejap kat kedai sambil melihat apa yang ada..akhir sekali kami singgah di Primark kononnya tempat ni terkenal dengan pakaian-pakaianya yang murah..


Bergambar di Oxford Street
Sambil berjalan sambil bergambar di Oxford Street ni..huhuhu..


Jumpa jugak signage Oxford Street ni..ekekeke..
Kat depan kedai Marks & Spencer

Sampai kat sana, penuh dengan pengunjung..tengok dekat harga memang murah sikit harganya berbanding dengan tempat lain..tapi kalau di convert ke Ringgit Malaysia, jadi macam sama atau mahal skit.. ekekeke.. Cuma singgah jelah kot2 ada jumpa apa-apa yang boleh dijadikan sebagai kenangan..




Bergambar di depan Primark


Sekali lagi tiba2 rasa nak ke tandas pulak, aduhhlah cari dalam Primark takde tandas disediakan..tanya staff dia suruh cari kat luar, melilau jugak cari tandas, last2 ada pembantu kedai lain bagitau pergi ke McDonald's atau Pizza Hut kat sebelah Primark..kali ni aku pergi ke Pizza Hut pulak untuk ke tandas..

Dahlah masa masuk Pizza Hut tu, staff Pizza Hut yang jaga pintu masuk tu tanya nak order apa, malu jugak beb..tp aku cakap aku nak ke toilet je..hahaha..tapi diorang benarkan je walaupun tak membeli Pizza ni..mungkin diorang pun tahu ramai yang tuju ke tandas Pizza Hut kalau nak ke tandas kot...hehehe..


Pizza Hut ni yang ada menyediakan tandas kat sebelah Primark je


Dapat kawan baru dari Sweden, sama-sama tunggu ister duk shopping..shopping murah2 je..ekekeke..



Dah selesai di Primark, kami pun pergi singgah di Marble Arch..sebelah Primark je..kat sini banyak pulak burung..mungkin burung merpati kot...semalam kami pergi Trafalgar Square tak banyak sangat burung..

Kat sini pun kami tak lama sangat sebab lepas ni nak pergi ke Harrods pulak..



Kat Marble Arch

Banyaknya burung






Selepas itu, kami pun menaiki train dari Marble Arch Station ke Knightsbridge Station untuk ke Harrods..Harrods ni berada di Brompton Road..tak jauh sangat berjalan kaki dari Knightsbridge Station ni..



Bergambar dulu di Marble Arch Station
Kedudukan Harrods dari Knightsbridge Station


Di sekitar Brompton Road menghala ke Harrods


Bangunan Harrods
Dalam Harrods ni semua barang-barang mahal giler, cuma dekat Harrods Shop je murah sikit barang dia.. (kami dah compare harga Harrods Shop di KLIA..lagi murah yang di London ni)

Mula-mula buang masa jugak duk cari beg tangan kat sini, tengok semua beg ribu-riban..pelik jugak sebab ada kawan abang ipar aku beli kat Harrods murah je..yang ni sampai beribu-ribu dah ni..last-last aku tanya staff dia, kat mana beg yang paling murah di Harrods ni, dia cakap kat tingkat atas..aku pun lupa dah tingkat berapa..pergi naik atas memang betul murah dalam harga range seperti yang diceritakan oleh kawan abang ipar aku..


Barang di Harrods Shop murah banyak berbanding yang dijual di tingkat bawah
Di dalam Harrods Shop di tingkat atas ni boleh dapat lagi beg harga serendah 20 pound kalau tak silap


Dalam Harrods Shop

Dah selesai beli apa yang patut, kami pun terus beredar untuk pergi makan malam di Edgware Road yang terkenal sebagai kawasan orang Arab..jadi di sini banyak restoran yang menjual makanan Halal..

Pada mulanya kami merancang untuk ke Buckingham Palace, tetapi memandangkan semuanya dah penat..nak berjalan pun dah tak larat..rasa berdenyut-denyut kaki ni..huhuhu..So kami tukar plan untuk pergi ke Buckingham Palace pada esok hari..



Bergambar di tepi Harrods


Ada persembahan dekat bangunan Harrods


On the way ke Knightsbridge Station


Saje nak bergambar berlatar belakangkan bangunan Harrods..Bangunan Harrods ni nampak klasik sikit..hehe..


Bergambar di Brompton Road


Masih lagi di Brompton Road sebelum masuk ke dalam Knightsbridge Station

Untuk ke Edgware Road Station ni terpaksalah menukar train beberapa kali..Masa keluar dari di Edgware Road Station tiba-tiba angin bertiup kencang...pergghhh sejuk giler..tempat dia pun memang lebih kurang yang dipaparkan dalam Google Streetview..jadi senanglah aku nak menghala terus ke restoran halal yang terdapat dalam itinerary aku..Alhamdulillah..



Di Edgware Road Station..waktu ni angin tengah kuat bertiup..jadi rasa sejuk sangat...ekekeke..

Kami berjalan kaki sedikit di Edgware Road dan terus sampai di restoran halal yang bernama "Halal Restaurant"..kami pun tak larat dah nak jalan-jalan cari restoran lain..sebab restoran ni pun dah okay..so kami singgah aja kat sini..

Makanan dia pun sedap..harga dia pun lebih kurang je dengan restoran-restoran yang kami pergi semalam..


Bergambar di depan Halal Restaurant, Egdware Road


Senarai harga makanan


Antara yang sempat dirakamkan..nanti darab sendirilah dengan 6..sekali sekala takpa lagi..kalau selalu kopak beb..ekekeke..


Antara menu yang disediakan








Makan malam di Halal Restaurant, Edgware Road
Dah selesai makan semuanya, kami pun terus balik ke Hotel, kali ni kami beringat dah supaya tak tersalah naik train..jadi kami sampai di bilik hotel lebih kurang dekat-dekat pukul 9.00 pm..jadi sempatlah untuk buat Solat Jamak bagi Asar dan Zohor lagi..sebab waktu Maghrib adalah pada pukul 9.19 pm..



Kat depan Edgware Road Station

Selepas tu kami berehat, sambil kemas barang-barang sikit sebab besok tengahari dah nak check out untuk ke Amsterdam pulak..

Tak lama kemudian kami pun lena dibuai mimpi..



Bilik telah dikemaskan


Bergambar anak beranak dalam bilik Hilton Garden Inn Heathrow Airport untuk malam terakhir di sini..


Saksikan video kami pada hari kedua :-





Jumpa lagi pada entry hari ketiga di London dan Amsterdam selepas ini..

0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.