Sunday, February 14, 2016

Bercuti di Macau Jan 2016 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan nyenyak..maka hari ni bermulalah
pengembaraan kami di bumi Macau ni..dan untuk sarapan pagi, inilah kali pertama kami mencuba produk Brahim's..boleh tahan jugaklah rasanya untuk sekadar alas perut jika tak jumpa restoran halal, lebih baik dari makan maggi, tapi perut aku ni merasakan yang aku kena makan nasi dan lauk yang betul2 baru lepas masak baru puas..jadi aku kena cari makanan halal yang panas2 atau fresh jugak arini..huahuahua..


Keadaan cuaca yang diramal pada hari ini

Tengah bersarapan dengan produk Brahim's

Bergambar kenangan dalam bilik hotel

Kami keluar hari ini lebih kurang pukul 10.00 pagi..memandangkan wife aku sedang mengandung hampir 3 bulan, jadi kami plan untuk ke beberapa tempat sahaja seperti Venetian, Senado Square, Ruin of Saint Paul dan Grand Lisboa..takdelah nak terkejar-kejar sangat..baru rasa relaxed dan sesuai untuk trip vacation kami kali ni...




Kat depan bilik kami

Bellboy hotel ni ada yang muka macam Melayu, aku tanyalah dia asal dari mana, dia cakap dia dari Filipina..mati2 aku ingatkan dia orang Indonesia..huhuhu..aku tanya dia kedai makanan halal kat mana? Dia jawab dia pun tak tahu sebab dia kat Macau ni, bangun pergi kerja pastu balik tidor je..tak pergi jalan mana2 pun..biasalah tu dah dia datang ke Macau ni untuk bekerja bukannya untuk berjalan..hehehe..


Cuaca memang seperti yang diramalkan..hujan je masa aku duk tunggu teksi tu..jadi memang sesuailah kami ke The Venetian Macao untuk pergi tengok tempat macam kat Venice, Italy yang ada sungai dan gondola..tempat dia berbumbung..jadi masa kami tengah tunggu teksi tu, bellboy hotel ni cukup bagus dengan memberi bantuan kepada kami, jadi aku tunjuk gambar The Venetian Macao tu kat dia..dan dia pun tunjuk gambar tu je kat driver teksi tu..dan driver teksi terus bawa kami ke sana..sekejap je dalam 5 minit dah sampai...





Bersama driver teksi






On the way ke The Venetian Macao


Sampai2 kat The Venetian Macao tu, teruja jugaklah aku dengan design dalaman dia...perggghhh memang mewah betullah hotel ni..rasanya kalah dengan design dalaman Harrods di London tu..



Kat depan pintu masuk The Venetian Macao




Kat dalam The Venetian Macao







Mula-mula kami ronda2 kat bawah dulu, yang tempat casino tu ada guard yang jaga dan diorang tak bagi ambil gambar..macam kat Genting Highland jugak..untuk masuk ke casino ada guard atau polis bantuan yang jaga..memang besar giler tempat ni..yang tak tahannya sebab kat Macau ni musim winter so kerap sikit lah nak terkencing..pergi2 tandas dia pergggghhh terkejut sebab tak pernah tengok tandas mewah macam ni..




Tandas kat The Venetian Macao


Mewah giler tandas dia..











Lepas tu aku tanya orang untuk ke tempat yang ada sungai tu, mula2 tanya diorang pun tak tahu apa yang aku tanya, lepas tu cakap "gondola" baru diorang paham..terus bagitau kat tingkat atas..gondola tu macam perahu je..cuma dia ada muncung tajam..okay so aku terus pergi ke tingkat atas..pergghhh teruja jugak tengok tempat gondola yang macam Venice ni..macam duk kat luar je..padahal ceiling tu diorang cat colour langit dan awan je..sepanjang tu ada sungai buatan..bolehlah tengok ada orang yang kayuh gondola tu..




Kat tingkat atas di The Venetian Macao..langit tu sebenarnya ceiling yang dicat colour awan dan langit..


Gondola kat belakang kami tu






Duk jalan2 tu ada jugaklah kedai yang berjaya menarik perhatian wife dan anak aku..so time ni aku layan bergambar sorang2 bersama tripod aku..jom kita layan gambar ni..hehehehe..














Tapi yang pasti barang kat Macau ni pun mahal macam kat Hong Kong..anak aku pulak nak beli mainan..aiyyaa padahal dah sekolah dah..pujuk punya pujuk last2 beli yang murah je..malas nak marah2 nak mood vacation hilang..kuakuakua...




Tengah duk pilih2 barang


Bergambar jelah dulu..mainan tak dapat lagi ni..hehehe..


Duk pilih apalagi ni..


Dah jumpa dah..hehehe...

Selepas selesai ronda2 kat tempat gondola ni..kami pun mula turun balik untuk ke Senado Square sambil untuk mencari makanan halal di sana..harap2la hari tak hujan..oleh kerana wife aku baru awal2 mengandung so kami tak jalan jauh2 sangat..nampak gaya tak jumpa jugak restoran halal kat sini..sebelum tu layan dulu lah beberapa gambar kat The Venetian Macao ni..hehehe..




















Gondola


Bergambar kat tingkat bawah di The Venetian Macao


Lepas turun kat bawah, aku tengok cuaca pun masih lagi hujan..pikir punya pikir..pergi jela Senado Square tu, takkan sehari nak duduk kat The Venetian Macao ni je..mula2 aku nak naik bas tapi keadaan cuaca yang hujan dan wife aku pun tak boleh lasak2 sangat..so kami naik teksi je ke Senado Square yang terletak di Macau Peninsula..




Teksi bermeter bermula dengan MOP$17 (lebih kurang RM 8) sebelum bergerak..







Perjalanan ke Senado Square dari The Venetian Macao mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai di sana..kalau diikutkan jaraknya hanyalah lebih kurang 10km je..tapi main dengan jalan jem..memang lama jugaklah..takpelah sementara tu kami bolehla tengok permandangan bandar Macau ni dari dalam teksi ni..lagipun hari masih lagi hujan..huhuhuhu..


Masa melalui jambatan menghala ke Macau Peninsula tu, maka nampaklah kelibat bangunan tertinggi di Macau iaitu The Grand Lisboa..sebelum ni boleh tengok dalam internet je..sekarang boleh nampak dengan mata sendiri..Alhamdulillah..bentuk bangunan dia macam unik sikit..




Masih lagi di kawasan Taipa


Dah nampak dah bangunan Grand Lisboa Hotel


Dah sampai di Peninsula Macau


Jalan jem..


Total tambang teksi adalah MOP$61 (lebih kurang RM 30) untuk sampai di Senado Square

Waktu sampai di Senado Square tu hujan masih lagi turun walaupun renyai-renyai..lama2 kena hujan basah jugaklah jacket dan seluar aku...wakakaka..




Selamber je aku bergambar kat tengah hujan di Senado Square..hahaha..


Kat Senado Square

Oleh kerana hujan tak berhenti-henti, maka terpaksalah kami mencari payung..mula2 cari payung kat dalam kedai..tapi tak jumpa..pastu jalan2 sikit je jumpa terus orang jual payung..Alhamdulillah..aku pun lupa dah harga dia..tapi mahallah..baik bawak payung dari Malaysia lagi bagus..huahuahua..



Tengah memilih payung yang sesuai


Beli payung lipat je..murah sikit..

Lepas dah ada payung barulah kami bertiga pergi bergambar bersama kat Senado Square ni..rugilah kalau sampai sini tapi takde gambar..gambar ni penting sebagai kenangan..huhuhu..




Baru boleh bergambar bertiga di Senado Square




Lepas tu bermulalah stress dalam pengembaraan aku kali ni..anak aku dah mula cakap..Abah, lapar...lapar..arrrghhh stressnya sebab tak jumpa kedai halal lagi kat sini..masa baca blog aritu adalah 2 kedai halal kat sini, satu kedai Indonesia dan satu lagi kedai kebab arab..dua2 aku tak jumpa..arrggghhh..


Last2 aku suruh wife dan anak aku tunggu kat sebelah McDonald's Senado Square, aku pergi cari kedai halal tu dulu sorang2..dahlah waktu tu tengah hujan..masuk lorong ni masuk lorong tu, tanya orang..tapi tak jumpa jugak kedai halal..aduhhh macam mana ni, sambil2 tu aku berdoa pada ALLAH SWT supaya aku jumpa kedai halal..kena cari jugak sebab anak aku dah lapar dah ni..cari punya cari akhirnya jumpa jugak kedai Halal Arabian Kebab..fuhhh lega betul...Alhamdulillah..


Tapi kedai ni jual kebab bungkus je, tak de tempat duduk pun kat kedai dia..takpelah..pastu aku beli 3 Chicken Kebab yang berharga MOP$30 (lebih kurang RM15) setiap satu..perggghhh mahal giler..huahuahua..




Kat depan kedai Halal Arabian Kebab


Antara senarai harga kebab yang dijual


Brader ni berasal dari Mesir

Masa menunggu dia membuat kebab ayam tu, aku tanyalah dia kat mana masjid yang terdekat, dia cakap dekat dengan Macau Fisherman Wharf iaitu di Macau Mosque and Cemetery..kena naik teksi jugak..kalau berjalan jauh..tempat ni memang dah ada dalam map aku, sajelah tanya kot2 ada masjid atau surau di sekitar Senado Square ni..rupa2nya takdelah kot..




Bergambar dengan brader yang jual kebab tu...hehehe..



Info dan alamat Arabian Kebab di Senado Square yang di ambil dari blog (http://zaimiazman.blogspot.my/2014/01/makanan-halal-di-macau-halal-food-in_19.html) Thanks bro!



Alamat facebook Arabian Kebab ni (https://www.facebook.com/arabiankebabmacao/)



Masjid yang dimaksudkan oleh penjual Arabian Kebab tu..boleh dapatkan info lanjut di web ni (http://www.beautifulmosque.com/Macau-Mosque-in-China)


Selepas itu, kami pergi makan kat dalam McDonald's sambil order air dan French Fries sambil makan kebab..muahahaha..tengah2 makan tau2 kami kena sound dengan pekerja McDonald's tu sebab bawa makanan luar...apelah nasib kena marah di negara orang..pastu selambe je kami makan curi2 kebab tu..buat tak tau je..habis jugak aku makan..hahaha..




Besar jugak kebab ayam ni..berbaloi jugak walaupun mahal semahal MOP$30 (lebih kurang RM15)


Menjamu selera bertiga di McDonald's Senado Square dengan kebab ayam  kedai Arab...hehehe..

Dalam McDonald's ni pun ada toilet, so bolehlah nak membuang apa yang patut...ekekeke..dah selesai makan tengahari, kami pun beransur untuk bergambar depan Saint Dominic Church berdekatan dengan McDonald's Senado Square ni..




Berlatar belakangkan St. Dominic Church di Senado Square

Dah selesai bergambar, kami pun pergi tahan teksi untuk ke Ruin of Saint Paul, kat dalam teksi tu aku bagitau dia untuk ke sana..driver teksi tu pun pelik sebab dekat je katanye...Laaaa aku ingatkan jauh kalau nak berjalan kaki..rupa2nya taklah jauh sangat..tengok map yang aku print macam jauh je kalau nak berjalan kaki..driver tu cuba hantar kami jugak sedekat yang mungkin untuk kami berjalan..maklumlah wife aku tengah pregnant jadi tak bolehlah nak jalan jauh2 sangat tambah2 pula waktu ni hujan tak berhenti lagi...kena cas MOP$17 (lebih kurang RM 8) dengan jarak yang sangat dekat pun..huhuhu...


Lepas turun dari teksi tu, kami duk berteduh jugak kat depan kedai yang bumbungnya panjang, tapi tak bolehlah nak berteduh lama2 sebab rugi masa..pastu kami redah je..walaupun guna payung, basah jugaklah sikit seluar dan jacket kami..


Sebab lalu macam lorong2 yang aku sendiri pun tak tahu kat mana, jadi aku terpaksa tanya orang lagi jalan ke Ruin of St. Paul ni..tunjuk gambar je kat diorang..tengah2 jalan ke sana jumpa jugak kedai souvenier..apalagi borong terus untuk dijadikan cenderamata bagi kawan2 dan keluarga di Malaysia sana..aku pun terlupa nak ambik gambar depan kedai dia..mungkin sebab hujan atau tengah2 kalut...ekekeke..jangan mare ye..




Wife aku tengah memilih keychain dan magnetic fridge


Bergambar dalam kedai


Antara yang dijual di sini


Macam-macam ado


Keadaan kedai souvenier tu

Pekerja dalam kedai ni orang Filipina..Okay apabila dah selesai memborong fridge magnet dan keychain, kami pun tanya penjual souvenier tu arah Ruin of St. Paul..dia cakap dekat je..dia pun tunjuklah arah Ruin of St. Paul tu..kami pun pergi..sekejap je sampai..tapi oleh kerana keadaan cuaca masih lagi hujan renyai-renyai, maka kami pergi bergambar sekejap je kat situ..tak sempat nak lepak lama2..





Berlatar belakangkan Ruin of St. Paul

Kemudian kami pun pergi tahan teksi untuk balik ke hotel, sebab wife aku dah letih dan tak larat nak berjalan dah..jadi untuk bersolat kami akan bersolat di hotel sajelah..tak jadi nak pergi ke Macau Mosque and Cemetery dekat dengan Macau Fisherman's Wharf.




Dan naik teksi untuk balik ke Taipa Square Hotel




Kesian wife aku dah letih..


Tak sempat lagi nak singgah kat Grand Lisboa Hotel ni

Tambang teksi dari Ruin of St. Paul ke Taipa Square Hotel sebanyak MOP$73 (lebih kurang RM37)


Dah sampai kat hotel tu lebih kurang pukul 3.30pm, wife dan anak aku terus masuk rehat dalam bilik hotel..sementara tu aku pergi berselfie kat kawasan luar hotel..hehehe..



Gambar yang sempat diupload dalam facebook..hehehe..




Dah selesai berselfie kat luar kawasan hotel, aku pun masuk hotel sambil2 berehat kejap dan bersolat secara Jamak dan Qasar.. Dekat2 jam 5.20pm aku dan anak aku keluar lagi untuk ke Macau Peninsula lagi, saje nak pergi bergambar kat depan bangunan Grand Lisboa Hotel..hehehe..wife aku tak nak ikut..dia nak berehat je sebab tengah mengandung..


Kali ni aku pergi naik teksi lagi untuk cepat..nak cari bas aku pun tak tahu kat mana..kekurangan yang ada di Macau ni adalah kat sini tak ada train atau LRT untuk menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain..aku tunjuk gambar Wynn Hotel kat driver teksi ni utk ke sana..Wynn Hotel betul2 kat depan bangunan Grand Lisboa Hotel..



Macam biasa meter permulaan MOP$17 (lebih kurang RM8) kalau naik teksi


Berdua pulak


Bangunan Grand Lisboa Hotel, tempat yang kami tuju..


Macau Tower

Dah sampai2 kat Wynn Hotel tu, driver teksi ni pulak parking betul2 kat lobi Wynn Hotel ni, bellboy hotel tu siap bukak pintu pulak kat kami..aduhhh seganlah pulak sebab bukannya kami nak masuk hotel ni pun..aku cakap terima kasih pastu aku cakap aku nak pergi ambik gambar dulu kat depan kawasan hotel..huahuahua..tapi diorang sporting siap bagitau aku lepas ni ada "Water Fountain Show" kat depan Wynn Hotel...aku cakap terima kasih jela..pastu blah...huahuahua..




Kat depan Wynn Hotel

Jom layan gambar2 yang sempat diambil di sekitar Wynn Hotel..Alhamdulillah sempat jugak bergambar berlatar belakangkan Grand Lisboa Hotel..




Berlatar belakangkan Grand Lisboa Hotel






Berlatar belakangkan Macau Tower dan jambatan


Kat depan Wynn Hotel






Pergi ambik gambar waktu malam pulak kat sini..padahal baru pukul 6.00 petang...huhuhu..

Dah selesai bergambar kat depan Wynn Hotel, nak seberang jalan tiba2 sikit lagi aku nak kena langgar dengan motor kalau tak silap aku..Alhamdulillah ALLAH SWT melindungi kami dari ditimpa masalah atau musibah di sini tadi..lega betullah..last2 aku patah balik dan jumpa terowong pejalan kaki untuk seberang jalan ke Grand Lisboa Hotel..




Melalui terowong dari Wynn Hotel ke Grand Lisboa Hotel untuk menyeberangi jalan


Wynn Hotel


Grand Lisboa Hotel di waktu malam

Bangunan Lisboa Hotel adalah bersebelahan dengan bangunan Grand Lisboa Hotel..jangan confused pulak..tapi dia duk sebelah menyebelah je..




Lisboa Hotel


Grand Lisboa Hotel


Casino di bangunan Lisboa Hotel

Kemudian, kami pun pergi masuk dalam bangunan Grand Lisboa Hotel..masuk2 dalam...pergghhh mewah giler design dia..lebih kurang The Venetian Macao..apalagi kami pun terus bergambar di dalam..mula cuak jugak nak bergambar kat dalam ni sampai masuk dalam2 tu..tapi tengok dia punya guard tak kata apa..so apalagi kami pergi bergambar kat mana2 spot yang kami rasa menarik...huhuhu..jom layan gambar kami masa dalam bangunan Grand Lisboa Hotel tu..



Kat lobi Grand Lisboa Hotel


















Dah selesai ronda2 dan bergambar kat dalam Grand Lisboa tu, kami pun lepak kat depan bangunan Grand Lisboa Hotel sambil menghabiskan bekalan makanan dan minuman yang ada dalam beg termasuklah kebab arab tengahari tadi...perghhh bestnye kenangan ni..lepak bersama anak kesayangan di depan Grand Lisboa Hotel dengan cuacanya yang sejuk..huhuhu..




Layan makan kebab tengahari tadi






Jam pun dah lebih pukul 7.30pm..jadi tu kami pun tahan teksi lagi untuk balik ke hotel, kali ni berdepan masalah sebab teksi tak faham aku sebut Taipa Square Hotel, aku siap type kat hanset pun dia tak paham atau tak tau..aduhhh jenuh betullah..aku pun silap jugak tak bawak kad Taipa Square Hotel tu atau gambar hotel tu..sebab confident driver teksi tau hotel ni..rupanya masalah sebutan pulak timbul..last2 dia berhenti dah call kawan dia..dia bagi phone untuk aku sebut hotel tu..apalagi aku pun cakap kuat2 "Taipa Square Hotel!"...Nasiblah orang dalam phone tu paham..hahaha..jadi dia terus hantar kami ke sana..Alhamdulillah..




Driver teksi baik walaupun pada mulanya tak paham aku sebut Taipa Square Hotel




Lebih kurang 15 minit kemudian kami pun di hotel ni..jalan pun elok takde jem..so cepatlah sampai..




Depan Taipa Square Hotel


Tripod aku ni banyak jasa...hehehe..


Dalam Taipa Square Hotel


Dah masuk dalam bilik hotel, tak sempat nak duduk relax lagi, tau2 wife aku bagitau dia teringin nak makan buah Pear dan Cherry pulak..macam nilah orang mengandung..nak macam macam...aiyyaa mana mau cari ni..aku cakap takpe aku cuba cari kat bawah..




Aku tanyalah bellboy tu, kat mana ada jual buah..dia cakap dekat je dengan market..so apalagi aku pun pergi berdua dengan anak aku...pergilah kami ke arah yang bellboy tu tunjuk..last2 jumpa Royal Supermarket..buah tak banyak kat sini, buah yang wife aku suruh beli pun takde..last2 kami beli buah epal dan lemon sebab anak aku pun teringin nak makan buah jugak..huhuhu..



Tengah memilih buah-buahan


Harganya bagi lemon


Harga bagi epal






Kat depan Royal Supermarket

Dah selesai membeli, kami pun berjalanlah untuk balik ke bilik hotel, tau2 jumpa kedai buah lain pulak masa on da way tu..yang hairan tu kenapa tadi tak perasan langsung kedai ni...kat sini semua buah yang wife aku nak ada..mesti seronok wife aku kalau kami buat balik beberapa jenis buah yang dia teringin..so kami pun beli buah yang wife aku nak ditambah dengan buah Strawberry yang aku pulak berkenan..Alhamdulillah..


Kira okay jugaklah kawasan Taipa Square Hotel ni..ada banyak jugak kedai2..




Harga bagi buah Pear




Baik betul anak aku ni..dia yang tolong cari buah..huhuhu..


Harga bagi buah Cherry..perghhh mahalnya..






Harga untuk buah strawberry


Inilah kedai Grand Mart


Antara buah yang sempat diborong tadi..


Dah selesai bayar semuanya, kami pun naiklah ke bilik dan berehat sambil menikmati buah-buahan..perghhh indahnya percutian ini..Alhamdulillah...lepas tu kami layan tengok tv dan kemudiannya zZzZzZ..




Layan strawberry dulu sebelum tidor...hehehe.


Saksikan video kami pada hari kedua :-






Okay bersambung pada hari ketiga nanti..terima kasih..

1 comment:

  1. ooh mall yg ada langit tu dh mcm kat Doha Qatar., hehe

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.