Thursday, July 16, 2015

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 3

Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lena, harini kami bersiap awal sebab lebih kurang pukul 7.15 am kami dah nak keluar dah untuk trip terakhir di Kota London sebelum kami berlepas ke Amsterdam pada petang hari..


Layan Ipad dulu sebelum keluar..hehehe..


Inilah waktu yang paling awal pernah kami keluar semasa travel ni..ini adalah disebabkan ada dua tempat lagi kami tak sempat pergi iaitu Buckingham Palace dan Tower Bridge..disebabkan semalam tidur awal maka takde masalahlah untuk kami bangun awal pagi hari ni..ekekeke..


Gambar yang sempat aku upload kat Facebook..sejuk tuuu...

Jejantas untuk ke Hatton Cross Station

Jadi selepas selesai bersarapan pagi, kami pun keluar berjalan kaki ke Hatton Cross Station..mula-mula kami merancang untuk ke Buckingham Palace dulu..jadi kami ambil train dan berhenti di Green Park..Oleh kerana hari ni adalah hari Isnin iaitu hari bekerja, maka dalam train memang ramailah orang..yang aku kagum dengan masyarakat London ni, walaupun dalam train tengah berdiri pun diorang rajin membaca surat khabar..respeklah..

Lebih kurang 40 minit kami pun sampai di Green Park Station..sejuk2 ni rasa nak terkencing la pulak.ekekeke...nasib baik ada tandas kat Green Park Station tu..nak masuk tandas masalah tak cukup syiling pulak..nasib baik boleh tukar syiling dekat kedai runcit dalam Green Park Station tu..


Budaya membaca ditunjukkan oleh masyarakat London

Kat Green Park Station

Kat Green Park

Peta perjalanan dari Green Park Station ke Buckingham Palace


Jadi daripada Green Park Station ni, kami berjalan kaki sikit untuk ke Buckingham Palace..ketika menghampiri kawasan Buckingham Palace ni, aku perasan yang ada sedikit bau kuda kat sini..oleh kerana waktu aku sampai ni awal lagi, jadi takdelah ramai sangat orang..jadi boleh lah kami bergambar dengan tenang..


Buckingham Palace

Di depan Buckingham Palace

Kami pun duduk tak lama kat sini sebab kami nak ke Tower Bridge pulak..untuk ke Tower Bridge kami kena naik train di St. James Park Station dan berhenti di Tower Hill Station..

Tapi masalahnya pagi ni, kami sesat pulak tak jumpa St. James Park Station, bukannya aku tak tanya orang..sebelum meninggalkan kawasan Buckingham Palace ni aku dah tanya orang..rupa-rupanya lain yang aku tanya lain yang di tunjuk..aku tanya kat mana St. James Park Station, tapi dia pergi tunjuk arah ke Victoria Station...lebih kurang separuh jalan baru aku tahu yang aku salah jalan, itupun selepas tanya orang sekali lagi...pergghhh letih woo nak menapak patah balik...


Di Buckingham Palace Road..sekali salah jalan daa..

Ada hikmah jugak salah jalan ni..boleh lalu kawasan ni...huhuhu..

Nasib baiklah orang putih yang aku tanya tu offer nak tolong tunjuk jalan ke St. James Park Station sebab dia kata kebetulan dia pun nak lalu dekat-dekat jalan menghala ke St. James Park Station..terima kasih banyaklah sebab menolong kami..memang warga Kota London ni banyak yang baik-baik dan ramah..

Semasa duduk sembang-sembang dengan mat salleh ni, aku pun perasan kalau kita cakap kita ni dari Malaysia, mereka memang kenal Malaysia, semalam aku sembang dengan orang Sweden pun dia kenal Malaysia tu..okay jugaklah Malaysia ni dikenali di serata dunia..huhuhu..


Encik ni lah yang tolong aku tunjuk jalan ke St. James Park..dia kata dia ada meeting di Kuala Lumpur seminggu selepas pertemuan ini..

Menghala ke St. James Park..anak aku pun dah tak larat nak jalan dah..salah jalan punya pasal tadi..

Berdekatan dengan St. James Park Station

Tak lama kemudian kami pun sampai di St. James Park Station..jadi tanpa membuang masa kami terus ambil train menghala ke Tower Hill Station untuk ke Tower Bridge..tak lama kemudian sampailah kami di Tower Hill Station ni..masa keluar Tower Hill Station ni, kami pun hampir berjalan di arah yang salah..nasiblah aku tanya orang..aiyyaa kalau tak buang masa je..



Beli aiskrim kejap kat Tower Hill Station

Memang ada peta kat tangan tapi masa keluar Tower Hill Station tu aku pun tak tahu yang aku ni menghadap ke arah selatan ke, utara ke, timur atau barat...fuhhh..pening kepala...ekekeke..silap aku jugak sebab tak bersungguh survey tempat ni pakai Google Streetview..aku survey jugak..tapi sekejap je..jadi tak sempat nak lekat dalam kepala gambaran tempat ni...hahaha..




Map ke Tower Bridge dari Tower Hill Station

Tak lama kemudian selepas berjalan sedikit maka nampaklah Tower Bridge tu...apalagi tunggu..terus bergambarlah..huhuhu..




Tower Bridge di belakang kami..


Kat atas Tower Bridge





Berlatar belakangkan Tower Bridge


Berlatar belakangkan bangunan The Shard

Bangunan yang ada berhampiran Tower Bridge

Okay selepas dah selesai bergambar semuanya..kami pun bergegas balik ke hotel penginapan kami..perjalanan dari Tower Hill Station ni ke Hilton Garden Inn Heathrow Airport Hotel mengambil masa lebih kurang sejam jugaklah..sepanjang perjalanan tu kami duk rehat je..

Kami sampai di bilik hotel lebih kurang jam 11.50 am..Encik Bill Tann iaitu iaitu driver van yang akan membawa kami ke Southend Airport pun dah sampai menunggu kami...lepas tu aku terus ambik beg-beg dan check out hotel..


Tambang van ke Southend Airport dari Hilton Garden Inn Heathrow Airport yang dipersetujui di antara kami adalah ₤ 90 pound, tapi sebelum berlepas aku berbincang dengan Bill Tann berapa dia cas kalau dia tolong bawa kami pergi kedai halal di sana Southend-on-Sea dan bawa kami ronda-ronda di sana..bincang punya bincang dia setuju untuk kenakan cas sebanyak ₤105 pound (RM600)...memang rasa macam mahal..tapi dah namanya melancong di London..kami buat rilek je lah..lagipun ini untuk dua keluarga..bagi aku berbaloi jugak..




Lebih kurang 100km lebih jaraknya dari Heathrow ke Soutthend Airport
Bersama Bill Tann yang akan membawa kami ke Southend Airport


Pada mulanya aku nak naik train dari London ke Southend Airport ni..total harga tambang bagi keseluruhan kami pun lebih kurang ₤ 90 pound untuk ke sini..jadi baik kami naik van..orang kata lagi selesa dan tak payahlah angkat beg turun naik train...dan lagi satu tak payahlah kami cari tempat simpan beg waktu di Southend Airport sekiranya kami nak ke town Southend-on-Sea..flight kami ke Amsterdam bertolak pada pukul 7.20 pm..




Inilah no contact jika ingin menggunakan perkhidmatan Bill Tann


Perjalanan ke Southend Airport dari Heathrow lebih kurang 2 jam..flight kami pada jam 7.20pm..takkan kami nak kena duduk dalam airport selama 5 jam...mau boring tahap gaban woo...dan kat mana pulak nak cari makanan halal kat airport ni....jadi nasib baiklah kami bertemu Bill Tann ni..dia betul-betul sporting dan helpful..



On the way ke Southend-on-Sea

Waktu dalam perjalanan ke Southend-on-Sea, Bill Tann selalu tanya kami, adakah kami semua selesa dalam van dia ni, semua orang okay ke..perggghh..memang terharulah ada dengan layanan Bill ni..payah dah nak cari orang macam ni..Syukur pada ALLAH SWT kerana sentiasa mempermudahkan urusan kami di sini..




Banyak mulut Bill Tann ni.aku asyik bersembang dengan dia je..


Highway macam kat Malaysia je..

Lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Heathrow, maka pun sampai di Southend-on-Sea lebih kurang pukul 2.00 pm, town tepi laut..memang relaxed je town ni, tak sibuk dengan orang ramai..walaupun jauh daripada Kota London, tapi ia masih dalam The Greater London..seperti yang kita sedang nak buat The Greater Kuala Lumpur yang merangkumi sampai Negeri Sembilan kalau tak silap aku lah..ekekeke..



Senibina yang ada di Southend-on-Sea

Kalau aku dengar Bill Tann bercakap dengan kawan dia atau keluarga dia dalam telefon, sepatah haram pun aku tak paham..aku tanya dia kenapa aku tak paham apa yang dia cakap, dia cakap dia guna "slang" tempat dia..kalau kat Malaysia macam loghat Perak, Kedah atau Kelantan kot...ekekeke..




Dah sampai di Southend-on-Sea selepas 2 jam perjalanan dari Heathrow

Di  Southend-on-Sea town

Mula-mula aku bagitau Bill yang kami plan untuk makan di Restoran Lahore Karahi yang menyediakan makanan halal, aku dapat info ni dari google lah..ekekeke..lepas tu Bill bawa kami ke restoran " Tasty Food 4 You" yang juga menyediakan makanan halal..harga dia pun lebih kurang dengan harga di Kota London..restoran ni terletak di sebelah Benson's Guest House di Hartington Road..Jadi kami makan tengahari di restoran halal ini..



Restoran Halal di Southend-on-Sea


Senarai harga makanan








Boleh tahan jugak masakan di sini, kedudukan restoran ni di tempat bersiar-siar tepi laut yang dikenali Marine Parade juga memudahkan kami untuk ronda-ronda bandar kecil Southend-on-Sea ni..Selepas selesai makan tengahari...lepas aku tanya staff restoran ni, kat restoran ni ada tempat untuk bersolat ke tidak? dia cakap boleh solat je kat restoran ni, tapi betul2 di depan pengunjung yang lain, tak ada bilik khas, dia kata kalau nak solat kat masjid pun boleh..

Akhirnya Bill Tann sudi hantar kami ke Masjid nanti untuk bersolat..thanks Bill!



Tengah menunggu order untuk sampai

Makan tengahari di Tasty Food 4 You Restaurant, Southend-on-Sea





Dah selesai makan tengahari, Bill terus bawa kami pergi bersiar-siar tepi laut di Marine Parade, dia cakap sepatutnya kami kena bermalam kat sini baru best..aiseyman dah tak sempat nak bermalam kat sini..lagipun percutian kami ni singkat je..ekekeke..


Suasana di Marine Parade, Southend-on-Sea

Bergambar di Marine Parade, Southend-on-Sea



Kat tepi laut


Bergambar kenangan dengan Bill Tann

Bill bukan setakat jadi driver kami, tapi jadi tour guide sekali...pergghh..dekat 2 jam jugak masa dihabiskan di Marine Parade, Southend-on-Sea ni..Jauh jugak Bill bawa kami jalan-jalan..memang friendly dan sporting Bill ni..patutlah orang putih ni maju sebab bangsa diorang memang baik dan peramah..







Lagi satu di Southend-on-Sea ni banyak kelihatan kedai-kedai game dan casino perjudian macam dekat amusement park seperti kat Genting Highland, dan di sini juga ada taman tema yang dikenali sebagai Adventure Island, kalau tak silap aku masuk percuma tapi kalau nak main apa-apa baru kena bayar..anak aku duk sibuk nak masuk dalam Adventure Island..tapi oleh kerana masa pun dan suntuk aku tak dapatlah memenuhi permintaan anak aku tu...


Kat pintu masuk Adventure Island, Southend-on-Sea

Bill sibuk duk cerita pasal Southend-on-Sea..terbaeklah Bill!

Park Inn Palace, Southend-on-Sea..hotel dan juga casino..

Lepas tu Bill ajak kami naik macam menara kecik untuk melihat permandangan di sekitar Southend-on-Sea..menara tu taklah tinggi sangat..kat sini bolehlah kalau nak tengok pemandangan laut dan kawasan sekitarnya..


Berhenti dulu sebelum lintas jalan..ekekeke..

Inilah  menara yang kami naiki.. Gambar ni diambil dari Google Streetview..aku terlupa nak ambik gambarnya..sori ye..ekekeke

Kat atas menara di Southend-on-Sea




Kelihatan kedai-kedai permainan atau perjudian

Bergambar dengan Bill Tan di Southend Pier


Kemudian kami pun patah balik ke tempat letak van untuk pergi ke Masjid yang terletak di sekitar Southend-on-Sea ni..


Van ni sedang menunggu..ekekeke...

Boleh lihat betapa bagusnya Bill Tann ni, dia begitu mengambil berat terhadap penumpang yang menaiki van nya..

Tanpa membuang masa Bill pun terus bawa kami ke Essex Jamme Masjid Trust untuk kami bersolat, Masjid ni diurus oleh orang Bangladesh..semasa penjaga masjid ni bersembang dengan abang ipar aku, diorang cakap kat sini kalau Solat Jumaat penuh masjid..maknanya ramai jugaklah masyarakat Islam yang menetap di Southend-on-Sea ni..diorang pun sedang dalam proses mencari dana untuk mengubahsuai masjid ni..semoga usaha mereka diberkati oleh ALLAH SWT..


 Gambar kereta polis ni diambil ketika sedang on the way ke Essex Jamme Masjid Trust

Pintu depan Essex Jamme Masjid Trust

Kelihatan penjaga Essex Jamme Masjid Trust yang berasal dari Bangladesh sedang membuka pintu masjid

Kalau sekali tengok macam senibina gereja pun ada Essex Jamme Masjid Trust ni..tapi kat dalam dia memang bersih dan terjaga..





Tempat mengambil wudhuk




Dewan solat Essex Jamme Masjid Trust


Kawasan belakang Essex Jamme Masjid Trust

Bill Tann sedang menunggu kami solat..orang putih ni cukup memahami urusan kita sebagai orang Islam..respeklah..

Bahagian belakang Essex Jamme Masjid Trust

Apabila dah selesai menunaikan Solat Jamak dan Qasar bagi waktu Zohor dan Asar, maka kami pun terus ke Southend Airport..kami sampai di sana lebih kurang jam 4.30 p.m..jadi masih awal lagi oleh kerana flight kami menaiki Easy Jet akan berlepas pada jam 7.20 p.m...Baik sampai awal jangan lambat..nanti kang kalut pulak..hehehe..

Yang sebenarnya kami pun telah ambil masa Bill sedikit, sebenarnya dia dah berjanji dengan anak dan isterinya untuk sambut hari jadi anaknya pada petang ni..mungkin dia terlewat sedikit disebabkan masa yang diambil semasa kami berada di Essex Jamme Masjid Trust tu...aku pun cakap dekat Bill..mintak maaf banyaklah sebab dah banyak menyusahkan dia hari ini..dia kata no problem..hehehe..




Aikkk..Kedai pizza macam kedai Superman pun ada ka?...ekekeke..




Southend Airport ni kecik je tapi kelihatan baru dan moden, oleh kerana masih awal lagi..kami semua bergambar-gambar dulu kat sini..huhuhu..airport dia lebih kurang macam Subang Airport la atau Alor Setar Airport..nak berjalan pun tak lah jauh sangat..

Boarding pass Easy Jet pun aku dah check in awal lebih kurang 3 minggu awal lagi, dia benarkan kita check in boarding pass sebulan sebelum berlepas lagi..prosedur dia memang lebih kurang macam Air Asia je..waktu kat airport tu, staff Easy Jet pun bagus..




Dah nak sampai di Southend Airport

Thanks Bill!

Baru sampai Southend Airport








Bergambar bersama isteri tersayang







Berlatar belakangkan Southend Train Station

Antara landmark yang ada kat Southend Airport ni..

Kami beli 20kg luggage untuk check in bagi sefamily, campur dgn family kakak aku jadi 40kg luggage..sebelum drop bag tu diorang kira satu2 bag kami..lagi strict dari Air Asia..so lepas tu kami drop bag macam biasa..tak lama kemudian diorang suruh check in hampir semua bag sebab flight full..tapi tak payah bayar..huhuhu..dalam website dia pun ada bagitau kalau flight full bag lain kena check in..




Pernyataan yang menyatakan cabin bag kena check in kalau flight busy


Kat sini takde lah pulak kena melalui imigresen England , cuma passport dia mintak sebab nak cek boarding pass je..yelah kan kalau tak silap aku kalau nak travel antara Eropah cukup satu entry mana-mana negara Eropah je, pastu boleh travel je mana-mana negara di Eropah tanpa sekatan..


Semasa pemeriksaan keselamatan kat Southend Airport ni, ia agak strict sikit..aku punya barang lama betul dia cek, siap arah aku ketepi sebab dia nak cek beg aku..siap letak cecair sapu-sapu kat beg aku..tak tahulah apa motif dia, mungkin untuk cek kekotoran atau contaminant kot...ekekeke...cuak jugak waktu tu..


Selepas selesai tu, kami pun pergilah ke tempat balai berlepas sementara menunggu untuk boarding




Kat balai berlepas Southend Airport


Nampak gaya, inilah saat-saat akhir untuk meninggalkan bumi London ni, tak tahulah bila lagi boleh sampai kat sini..InsyaALLAH kalau ada rezeki..sampai lagi disini..




Kapal terbang dan menunggu..


Tengah bersiap sedia untuk boarding


Naik tangga je..memang macam Air Asia..

Tapi aku rasa Easy Jet ni lagi strict dari Air Asia, aku angkat arm rest sebab anak aku nak tidur atas riba wife aku, last-last cabin crew diorang kata tak boleh angkat arm rest..anak aku terpaksa tidur sambil duduk..aduhlah..ini macam undang-undang pun ada ka?hahaha..




Ready to go!


Bye bye London Southend Airport !






Flight dah mula bergerak..bye bye London!


Perjalanan ke Amsterdam mengambil masa lebih kurang 1 jam, waktu di Amsterdam cepat 1 jam berbanding London..penerbangan ini merentasi lautan North Sea, kalau nak ke Paris mungkin kena merentasi lautan English Channel..satu lagi aku nampak banyak kincir air di lautan Southend ni..


Dalam perjalanan lebih kurang sejam ni pun aku terlelap jugak...letih jugak sebenarnya travel ni..ekekeke..




Dah nak meninggalkan daratan England


Banyak betul kincir air ni..kat tempat lain pun banyak lagi..


Easy Jet flying high!





Waktu nak sampai bumi Holland ni, aku perasan sempadan laut dan darat berbeza ketinggian dia..macam yang laut lebih tinggi sikit pastu tanah kat hujung jadi macam benteng..tak tahulah takut yang ni imaginasi aku je..tapi aku perasan macam tulah..patutlah Amsterdam ni dikenali sebagai bandar di bawah paras laut..aku tak sempat ambik gambar sebab duk sibuk ambik video time tu..boleh tengok video aku nanti..betul tak apa yang aku cerita ni..


Lebih kurang pukul 9.20 pm waktu Amsterdam, kami selamat sampai di Amsterdam Schiphol Airport..




Dah masuk bumi Holland


Tengah mendarat di Amsterdam Schiphol Airport


KLM adalah flag carrier airline for Holland


Alhamdulillah dah selamat mendarat di Amsterdam Schiphol Airport


Haha..sempat lagi ambik gambar..ekekeke

Amsterdam Schipol Airport ni memang besar dan luas, mula-mula aku ingatkan kami tak payah melalui imigresen, tapi rupanya kena melalui imigresen jugak...waktu time abang ipar aku banyak betul dia tanya, dia mintak return ticket, booking hotel dan macam-macamlah dia tanya..time aku pulak aku bagitau yang aku travel dengan keluarga abang ipar aku baru lepas di periksa tadi..so takdelah dia banyak soal sangat..tapi still kena tunjuk return ticket dan booking hotel..Fuhhh lepas dah selesai pemeriksaan imigresen lega rasanya..


Ada orang Korea kat sebelah kami, aku dengar macam-macam jugak dia kena soal..antara yang staff imigresen tu tanya berapa diorang bawa duit untuk ke Holland ni?..pergghhh...nasiblah dia tak tanya berapa duit yang aku bawak..takut nanti diorang tergelak pulak sebab kami bawak duit cukup2 je..ekekeke..




Kat luar Amsterdam Schiphol Airport

Lepas tu kami pergi ke tempat menunggu free shuttle bus ke hotel penginapan kami iaitu di Bastion Hotel Amsterdam Airport..aku ambik hotel yang berdekatan dengan airport supaya senang kami nak ke airport waktu nak balik ke Malaysia nanti, lagi satu hotel dia murah dan besar jika dibandingkan dengan hotel di tengah bandar Amsterdam..macam biasalah aku booked pakai Agoda.com dengan harganya lebih kurang RM230 semalam..Alhamdulillah waktu sampai tu memang puas hati hotel dia ni..cuma kecik sikit berbanding Hilton Garden Inn Heathrow Airport..




Dalam shuttle bus dari Amsterdam Schiphol Airport ke Bastion Hotel Amsterdam Aiport


Waktu check in tu kami kena bayar City Tax lebih kurang  5.6 Euro semalam dan oleh kerana kami ambil bilik selama 2 malam jadi kena bayar lebih kurang 11 Euro..




Tengah check in di Bastion Hotel Amsterdam Airport

Kami dapat masuk ke bilik lebih kurang pukul 11.30 pm..pergghh letih jugaklah..seharian ada aktiviti..selepas dapat berehat dalam bilik hotel rasa lega banyak..


Jadi selepas itu kami pun tidur dengan nyenyak sekali...kekekeke...




Baru masuk bilik..


Suis 2 pin je di Amsterdam..jadi kena bersedialah alat kelengkapannya..


Saksikan video pada hari ketiga ini :-)






Jumpa lagi di entry hari keempat nanti..sekian terima kasih..


9 comments:

  1. Salam bkenalan drp kami makan angin London & mohon utk iklan perkhidmatan kami

    Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & Tour) dengan kadar berpatutan.

    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    Description:
    Area Hammersmith & Fulham borough, zone 2 London,
    Apartment have 3 room at second Level, huge reception and huge kitchen at 1 level, all guest stay at level 2 meanwhile, the owner staying at reception. Therefore, Alhamdulilah we don't have any issue on sharing kitchen & toilet. Other than that, other tenant also occupied other room as well.

    1 minute.. Bus stand depan umah, excess Oxford Circus, Westfield London, Bayswater.. Semua. Hanya 1 bus, White city Station is the nearest tube.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


    Wassalam

    ReplyDelete
  3. As Salam WBT Wanzul. Moon pertanyaan berkaitan penerbangan EasyJet yang dinaiki. Berapa kg beg yang dibenarkan untuk di check in..? Adakah konsep nya sama as Air Asia yo mana kita boleh combined another kg from our family's (contoh : A - 15kg plus B - 15kg and we got 30 kg for all luggage check in). Ini kerana saya melihat website nya yang menyatakan ada ukuran-ukuran tertentu yang dibenarkan untuk dibawa masuk luggage.. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, konsep dia macam Air Asia untuk check in bag kena beli "hold luggage",tak pastilah kalau check in luggage kena ada saiz tertentu atau tidak..tapi bag kami besar boleh check in je..tapi kalau tidak beli "hold luggage" hanya boleh bawa cabin baggage bersaiz maximum of 56 x 45 x 25cm..harap ini boleh membantu atau cuba refer balik websitenya..thanks

      Delete
  4. Salam.. kalau encik tidak keberatan, boleh tak share itinerary london-amsterdam? terima kasih
    azzura27@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mintak maaf puan, itinerary yang sy buat cukup berterabur, nnt sy cuba email itinerary yang masih ada dalam simpanan walaupun tak lengkap..kalau nak diikutkan secara detail sy tulis dalam blog ni je perjalanan kami :-)

      Delete
    2. ok..saya dah terima email. Apepon terima kasih ye. sy rujuk juga dr blog tuan

      Delete
    3. Ok sama2..jangan panggil saya tuan..sy orang bawahan je..hehe..anyway selamat bercuti!

      Delete
  5. Obviously no one will get tired touring this beautiful city. But still the new guests to the city will find it a bit difficult to choose the travel options and the rest.

    Amsterdam to london

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.