Sunday, June 7, 2015

Bercuti di Tawau, Sabah May 2015 Day 2 (Last Day)

Alhamdulillah semalam, kami semua dapat tidur dengan lena..pagi ni kami kena bangun dan check out awal sebab ada beberapa tempat lagi kami nak pergi hari ni sebelum balik ke KL..anak aku pun cukup bagus berdisiplin bangun awal dan mandi awal..ekekeke

Tapi sebelum tu kami pergi menikmati breakfast di sini dulu..hotel Shervinton Executive Boutique Tawau ni dibooked berserta dengan package beserta breakfast sekali,..untuk tahun ni, inilah first time kami breakfast kat restoran di hotel..nyum nyum...Alhamdulillah...

Macam-macam makanan yang ada, puas hati jugak makan kat sini, tapi itulah walau banyak mana makanan pun, tank perut aku ni bukannya besar sangat..ekekeke.. jadi aku makan pun taklah banyak sangat..



Gambar breakfast yang sempat aku upload kat facebook..ekekeke..


Antara menu breakfast yang disediakan

Macam-macam ado...




Menu breakfast kami...hehehe..

Selepas breakfast, kami pun naik balik ke bilik untuk mengambil barang dan bergambar kenangan dalam bilik hotel ni..hehehe..

Lepas tu kami turun ke lobi untuk check out, waktu tengah check out tu tiba-tiba baru aku sedar yang kamera aku tertinggal kat dalam bilik hotel, terus aku pergi naik ke bilik balik semula untuk mendapatkan kamera aku tu...Alhamdulillah kamera aku masih berada dalam bilik tu..


Bergambar kenangan sebelum check out awal

Selepas selesai check out, kami terus ke Pasar Tanjung Tawau untuk membeli beberapa barangan yang tak sempat beli semalam, kemudian selepas itu kami ke Pasar Gantung Tawau untuk pergi melihat apa-apa menarik kat sana..terdapat banyak pakaian-pakaian I LOVE TAWAU, aksesori wanita seperti kerongsang, mutiara, gelang dan macam-macam lagi di jual disini..kalau Pasar Tanjung lebih kepada makanan kering dijual disana..


Pasar Gantung Tawau

Pasar Gantung Tawau dari sudut lain

Oleh kerana kami sampai awal boleh dikatakan ramai penjual, yang berkata "Ini harga pagi" waktu kami tengah pilih-pilih barang..mula-mula rasa waktu mereka kata "Ini harga pagi"..aku rasa macam bertuah lah jugak..mesti harga special punya..rupa-rupanya lepas tu pergi kedai lain pun dia cakap "ini harga pagi" jugak..baru tau ini memang taktik penjual rupanya..agak akulah..ekekeke..

Abang aku ada beli baju sebab ingatkan murah sebab dia cakap "ini harga pagi", lepas tu sambil jalan-jalan pusing-pusing terserempak pulak kedai lain yang jual baju yang sama tetapi dengan harga yang lagi murah..ekekeke..memang terbaiklah taktik "harga pagi" ni...pendek kata kena survey dulu sebelum beli..tapi itupun kalau larat nak survey dan mempunyai masa yang banyak..jenuhlah kalau nak survey satu-satu kedai...hehehehe..


Dalam Pasar Gantung Tawau

Baju I Am Tawau

Walau bagaimanapun aku difahamkan yang barangan kat sini masih lagi lebih murah berbanding barangan yang sama di Kota Kinabalu dan Sandakan...


Berehat lah kejap, kami dah tak larat nak jalan dah..ekekeke..

Bergambar sebelum pergi ke tempat lain..


Apabila dah selesai di Pasar Gantung Tawau, kami terus ke restoran Dapur Kak Mas untuk minum menghilangkan dahaga sambil-sambil nak makan goreng pisang cheese kat sini, tapi malangnya gerai yang jual goreng pisang cheese ni tak bukak lagi, kalau nak tunggu pun tak sempat sebab nak catch flight pukul 3.40 pm nanti..jadi kami minum air jela..huhuhu..

Restoran Dapur Kak Mas satu bangunan dengan Hotel Shervinton Executive Boutique

Berehat kejap di sini
Tengah tunggu air

Cuma yang aku keliru sikit kat Tawau ni, kalau kita order Teh Ais diorang akan bawa Teh 'O' Ais, kalau nak order Teh Ais kena cakap Teh Naik (kalau tak silap akula...ekekeke)..kalau payah sangat cakap Teh nak campur dengan susu je..tak pun kalau nak yang lebih pasti lagi, tanyalah kawan2 korang yang orang Tawau cara macam mana nak sebut Teh Ais..huhuhu..




Gerai yang jual Goreng Pisang Cheese belum buka lagi


Sambil-sambil minum, kami juga tapau siap-siap nasi dan lauk kat restoran ni untuk makan tengah hari di airport Tawau nanti..jimatlah sikit..hehehe..lepas tu kami terus ke airport Tawau, perjalanan dari sini memakan masa hampir 40 minit disebabkan terpaksa menempuhi beberapa traffic light dan traffic jam..

Dah sampai kat airport Tawau tu, kami terus hantar kereta..risau jugak kalau terlambat hantar kang nanti kena cas lewat pulak..ekekeke...


Baru sampai kat airport

Memang berjasa betul kereta ni sepanjang kami berada di Tawau
Abang aku tengah setelkan penyerahan kunci kereta..

Oleh kerana kami sampai awal kat airport Tawau ni, jadi sempatlah kami ronda-ronda kat airport ni sambil setting2 sikit beg kami supaya tak ada masalah masa naik naik kapal terbang nanti, kemudian kami pun makan tengahari di sini dan sesudah itu terus pergi bersolat..

Bagus jugak sampai awal kat airport ni, jadi relaxed sikit dan tak kalut..huhuhu..



Jalan-jalan ronda-ronda dalam Tawau Airport


Kat restoran ni la kami makan tengah hari di tingkat atas Tawau Airport


Tengah menikmati makan tengah hari di Tawau Airport


Jemput makan semua!


Lepas makan sempat lagi aku pergi ronda-ronda kat bawah maklumlah inilah saat terakhir sebelum meninggalkan bumi Tawau ni..memang puas hati trip ke Tawau kali ni walaupun 2 hari 1 malam je..tapi aktivit memang padat..huhuhu..



Kat luar Tawau Airport
Kat tempat pejalan kaki ke Tawau Airport dari tempat parking



Lepas tu kami terus masuk ke balai berlepas, macam biasalah tempat yang paling kalut sekali adalah waktu pemeriksaan keselamatan, habis semua tali pinggang kena tanggal, laptop kena buat keluar, pastu nak simpan balik..memang memakan masa kat sini..tripod aku pun lepas dibawa ke flight..Alhamdulillah semuanya selesai tanpa sebarang masalah..

Jadi kami tunggu kapal terbang untuk tiba di airport Tawau ni..boleh lah rest kejap...tunggu punya tunggu last2 kapal terbang yang bakal kami naiki ni pun sampai..



Kat balai berlepas Tawau Airport


Mereka-mereka nilah yang paling enjoy..huhuhu..
Bergambar dengan anak dan anak buah sementara menunggu aircraft tiba

Aircraft kami dah sampai..
Berjiran dengan kapal MAS

Apabila dah sampai waktu berlepas kami pun terus naik ke kapal terbang, sambil-sambil curi-curi ambik gambar kapal terbang...hehehe..


Sempat lagi ambik gambar...hehehe..


Flight ke KL ini pun berlepas tepat pada waktunya tanpa sebarang delayed..Selamat tinggal Tawau, nanti kalau ada masa nanti kami datang lagi..


Selamat tinggal Tawau!

Off we go!

Dalam penerbangan tu, anak aku nak makan burger pulak, pastu aku tanya kat cabin crew, diorang kata burger tak ada, pastu aku order Uncle Chin's Chicken Rice..share jelah dengan anak aku..sedap jugak nasi ni mungkin sebab makan atas kapal terbang kot...kehkehkeh..


Uncle Chin's Chicken Rice

Anak aku tengah menjamu selera


Alhamdulillah perjalanan kami baik tanpa sebarang masalah...lebih kurang 6.20 pm kami pun selamat tiba di KLIA2..Alhamdulillah..maka dengan ini selesailah percutian singkat kami di Tawau..





Alhamdulillah dah flight kami selamat mendarat di KLIA2

Dah kat dalam KLIA2





Satu trolley untuk beg dan satu lagi trolley untuk tolak budak-budak...ekekeke...jauh sangat nak berjalan keluar kat KLIA2..


Kami bersyukur kepada ALLAH SWT kerana segala yang benda dirancangkan berjalan dengan lancar..Alhamdulillah..

Jumpa lagi di entry yang akan datang..InsyaALLAH :-)

Saksikan video percutian kami ke Tawau untuk hari terakhir :-




3 comments:

  1. Seronoknya...tak pernah lagi sampai ke Tawau, harap suatu hari nanti ada la rezeki nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..memang seronok pergi Tawau ni...semoga saudari dapat pergi ke Tawau nnt..InsyaALLAH..pastu.rajin2la tgk promo flight tiket sekali..huhu..

      Delete
  2. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM
    RM305/Pax Minimum 10 pax

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    *UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ROSLAN DI TALIAN 0168392919 (WHATSAPP)*

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.