Sunday, May 31, 2015

Bercuti di Tawau, Sabah May 2015 Day 1

Salam semua, kali ni aku nak bercerita pengalaman aku bercuti ke Tawau, Sabah selama 2 hari 1 malam bersama keluarga abang aku..biasanya kalau nak bercuti jauh2 ni aku akan plan dalam 2 atau 3 bulan awal, tapi percutian ke Tawau ni hanya dirancang lebih kurang 2 minggu je sebelum travel..Ini semua disebabkan aku terserempak promosi package flight+hotel di expedia.com.my dan airasiago..kedua2 laman web ni adalah macam sama company sebab kalau tak silap aku expedia dan airasiago adalah partner dalam bisnes ni...

Banyak jugak destinasi2 promosi yang ditawarkan dalam expedia ni, jadi kali ni aku memilih destinasi ke Tawau sebab aku pun tak pernah jejak kaki lagi kat sana, lagipun harganya pun murah jugak..harga hujung minggu pulak tu..perggghh..

Dua tiga hari sebelum berlepas, aku pun ada telefon pihak Shervinton Executive Boutique Hotel berkenaan booking aku, diorang cek dan bagitau yang booking aku dah ada dalam sistem dan confirm..kalau buat online booking ni pastikan telefon dulu sebelum pergi, jangan main confident je pergi check-in takut-takut ada masalah sistem, booking kita diorang tak terima...kalau jadi macam tu, jadi masalah lah pulak dan akan mengganggu konsentrasi mood bercuti..

Alhamdulillah..Jadi bolehlah kami ke Tawau dengan peace of mind..hehehe..



Inilah promo Tawau yang aku ambik..murah tak?



Yang ni promo Sandakan, lagi murah..tapi aku tak pilih yang ni sebab dah pernah ke Sandakan


Okay aku mulakan kisah kami ke Tawau..memandangkan flight kami seawal 7.00 pagi, maka seawal 4.00 pagi kami dah kena bangun dah..pergghh mengantuk giler...ekekeke...kami sampai kat airport KLIA2 lebih kurang pukul 5.00 pagi...

Sampai awal kat airport takpe jangan sampai lambat, itulah prinsip aku..barulah tak kalut..In case kalau ada barang tertinggal pun boleh gagah balik rumah kejap..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah..

Yang aku risau adalah untuk membawa tripod masuk ke dalam flight, ianya menjadi persoalan, adakah dibenarkan bawa tripod ke dalam flight tanpa check in? aku takut kena rampas sebab biasanya aku check-in tripod nidan tak pernah lagi bawak macam tu je dalam flight,

Tapi sebelum fly tu aku sempat google dan baca maklumat tentang permasalahan ini..banyak blogger-blogger lain share dan mengatakan tak menjadi masalah untuk bawa tripod ke dalam flight ni kecuali di airport di Vietnam, jadi aku pun gamble jelah bawa..kalau kena rampas jugak maknanye takde rezeki akulah tu..Tapi Alhamdulillah semasa dalam pemeriksaan keselamatan, pihak security tak kata apa pun dekat tripod aku ni..so lepaslah untuk bawa atas flight tripod ni..huhuhu..

Satu lagi untuk bersolat pun senang sebab surau dekat je dengan tempat menunggu flight..




Waktu flight kami pergi dan balik





Waktu mula-mula sampai KLIA2,,monyok je..mood mengantuk lagi waktu ni..ekekeke...



Dah boleh masuk menunggu kat departure gate



Tengah menunggu untuk masuk dalam kapal terbang...hehehe..


Waktu kat departure gate ni, aku aku dengan sepupu2 dia asyik duk main je, langsung tak nampak mengantuk..tapi masa dalam flight semua tidur..ekekeke..mana tak ngantuknye pukul 4.00 pagi dah kena bangun dah...hehehe..

Aku pun terlelap jugak lebih kurang setengah jam..yang lainnya aku duk tengok permandangannya indah dari tingkap kapal terbang...memang indah betul ciptaan ALLAH SWT...



Dah bersedia untuk berlepas...off we go!



KLIA2 di awal pagi...



Kat KLIA 2 ni boleh dikatakan untuk masuk ke kapal terbang ni semuanya ada aerobridge, walaupun naik Air Asia terasa macam naik MAS lah pulak...ekekeke..

Flight pun tak delay, jadi lebih kurang jam 7.00 pagi lebih flight ini pun berlepas..sebaik sahaja berlepas dari KLIA 2, kapal terbang ni membuat U-turn di udara untuk menghala ke Sabah, jadi dapat tengoklah KLIA 2 ni dari pandangan udara...perghhh cantekkk...



KLIA 2 dari pandangan udara...



Subhanallah... Cantiknya ciptaan ALLAH SWT ni....

Flight pun agak penuh jugak ke Tawau ni...oleh kerana mata ni tak boleh nak lelap sangat, jadi aku pun orderlah Uncle Chin Chicken Rice RM14 kalau beli kat atas ni...kalau beli online tak silap aku lebih kurang RM12 je.. kalau nak diikutkan perut kenyang lagi, tapi memandangkan flight ke Tawau ni lama lebih kurang 2 jam 35 minit, so makan jelah..aku pun tak tahu kenapa, makan atas flight ni feel dia lain sikit berbanding dengan makan kat darat ni...hahaha..tak tahu nak describe apakah feel yang lain tu..kalau nak diikutkan makanan kat bawah lagi sedap...ekekeke..

Aku makan pun selepas hampir sejam lagi nak sampai Tawau...tidur dulu baru makan...hehehe..




Uncle Chin Chicken Rice berharga RM14 beli atas flight



Nyum nyum nyum...

Penerbangan pun Alhamdulillah takde sebarang turbulence atau masalah...semuanya berjalan lancar..masa dah nak sampai tu aku perasan jugak ada beberapa gunung yang ketinggiannya lebih tinggi dari awan, dan ada satu ni yang paling tinggi..aku rasa ni mungkin Gunung Kinabalu...tapi tak tahulah betul ke tidak?

2 tahun lepas masa aku pergi ke Sandakan aku pun perasan ada gunung yang lebih tinggi dari awan...macam biasalah dalam hati aku merasakan yang ni adalah Gunung Kinabalu...hehehe..agak2 je..



Adakah ini Gunung Kinabalu?

Alhamdulillah selepas lebih kurang penerbangan selama 2 jam 35 minit, kami pun selamat mendarat di Tawau Airport...teruja jugaklah sebab sampai jugak di bumi Tawau ni..



Alhamdulillah selamat mendarat di Tawau Airport



Tawau Airport


Flight Air Asia berwarna kuning..colouful betul...hehehe..

Abang aku dan keluarganya bersama anak aku..hehehe..


Untuk pengetahuan semua bagi rakyat semenanjung yang mahu ke Sabah dan Sarawak, kita hendaklah melalui kaunter imigresen, kalau ada passport boleh cop passport, kalau takde passport kena ambik slip kat kaunter imigresen, pastikan jaga passport atau slip tu baik-baik..jangan bagi hilang..kalau hilang kena report polis barulah boleh balik ke semenanjung balik..

Jadi kali ni kami pakai passport jela, lagi pun passport kami masih hidup lagi...macam pergi luar negara daa...hehehe...



Kaunter Imigresen



Selepas selesai urusan imigresen, kami pun pergi tanya perkhidmatan teksi ke bandar Tawau yang jaraknya lebih kurang 30km dari Tawau Airport ni..tambang teksi RM45, oleh kerana kami ramai iaitu sebanyak 3 dewasa dan 4 kanak-kanak..maka kami kena ambik 2 teksi..

Jadi pikir punya pikir last2 kami sewa kereta je..lebih kurang RM156 (GST+ Insurance) selama 24 jam (sehari)..itu pun harga selepas mintak kurang..hehehe...



Abang aku tengah berurusan di kaunter kereta sewa di airport



Nombor untuk dihubungi




On the way ke Bandar Tawau

Kereta sewa ni tidak dilengkapi dengan GPS, jadi kami guna Waze je untuk ke Bandar Tawau ni, perjalanan ke sana mengambil masa selama lebih kurang 40 minit..Lepas tu kami singgah di satu kedai di Jalan Persisiran yang terletak dengan tepi laut..

First time aku merasa Nasi Lalap kat sini, harganya lebih kurang RM5 bersama 2 ketul ayam...okaylah tu agak murah jugaklah..



Kereta Saga FLX yang kami sewa



Kami makan Nasi Lalap di dalam kawasan kedai ni, ada banyak lagi kedai di dalam ni..


Nasi lalap dengan 2 ketul ayam goreng...perggghhh sedap jugak..



Wajah-wajah ceria di Tawau



Sedang menikmati Nasi Lalap


Di restoran inilah kami menjamu selera


Selepas selesai makan tu, sempat jugaklah aku berjalan tepi laut tengok keindahan laut di Tawau ni..kelihatan banyak bot2 di tepi laut ni..




Permandangan tepi laut dari Jalan Persisiran


Kelihatan bot-bot dan kapal-kapal


Kemudian kami ronda-ronda bandar Tawau dan sempat jugak berhenti di Sapindo Plaza untuk ronda-ronda di dalam..




Kat depan Sapindo Plaza



Dalam Sapindo Plaza



Kelihatan bangunan Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau di depan Sapindo Plaza


Satu lagi yang menarik di Tawau ni, seperti kawan aku cakap sebelum aku sampai di sini adalah terdapat banyak roundabout2 kecil di bandar Tawau ni, mana2 kami pergi mesti jumpa roundabout kecik ni, aku rasa macam bagus jugak tak perlulah guna traffic light yang akan membuang masa kita menunggu...hehe..




Kecik je roundabout ni..


Lepas tu kami singgah di Pasar Tanjung Tawau, terdapat banyak makanan-makanan kering yang boleh didapati kat sini yang sesuai dijadikan sebagai cenderamata untuk saudara-mara dan rakan-rakan di semenanjung..aku jugak diberitahu oleh abang aku yang harga di sini lebih murah berbanding di Sandakan dan Kota Kinabalu...

Jadi sesiapa yang sampai ke Tawau ni memang kena pergi Pasar Tanjung Tawau ni...



Pasar Tanjung Tawau


Kat dalam Pasar Tanjung Tawau


Macam-macam ado...kekeke..


Luas jugak Pasar Tanjung Tawau ni..


Oleh kerana Tawau ni terkenal dengan makanan lautnya yang murah, jadi kami singgah juga di Pasar Ikan Tawau untuk melihat sendiri makanan-makanan laut di sana, memang fresh dan murah harga-harganya berbanding di Semenanjung..Pasar Ikan Tawau ni terletak betul-betul di belakang Pasar Tanjung Tawau..dekat je berjalan kaki..




Pasar Ikan Tawau



Keadaan di dalam Pasar Ikan Tawau


Macam mane, murah tak harganya?





Bersama lobster, harganya kalau tak silap RM80 sekilogram


Di belakang Pasar Ikan Tawau ni, kelihatan jeti tempat hasil tangkapan dinaikkan ke darat..maknanya memang fresh giler la makanan laut kat sini...


Bergambar di Jeti di belakang Pasar Ikan Tawau

Sampai ke waktu ni kami semua belum check in hotel lagi, aku pun dah telefon pihak hotel yang aku check-in lambat sikit...bimbang jugak nanti dia kata kami no show pulak...memandangkan booking hotel melalui online airasiago.com ni...aku kena pastikan yang semuanya okay tanpa sebarang masalah..

Selepas itu kami berehat kejap kat luar Pasar Ikan Tawau ni sambil minum air kelapa yang dijual kat luar...Selepas tu kami singgap lagi ke Pasar Tanjung Tawau untuk beli apa yang patut...ikan kering keropok, ikan bilis, amplang dan macam-macam lagi...




Berehat kejap sambil mengisi tekak yang dahaga..hehehe..



Bergambar kat pintu masuk sebelah belakang Pasar Tanjung Tawau



Abang aku dan isterinya sibuk memilih barangan..



Kami pun tak melepaskan peluang untuk ronda-ronda di tingkat atas Pasar Tanjung Tawau ni..kat tingkat atas terdapat barangan seperti pakaian dan beg-beg dijual...


Kat tingkat atas sekali Pasar Tanjung Tawau


Baju pun ada dijual di tingkat atas Pasar Tanjung Tawau



Berehat kejap



Lepas kami turun di tingkat bawah untuk survey barangan lain pulak, terjumpa kakak penjual ni boleh bagi harga special kat kami, so kami borong jugak kat dia..siap dia bungkuskan dalam kotak macam jadi beg lagi..ekekeke..senang sikit buat naik atas flight Air Asia nanti..terima kasih Kak!



Bergambar dengan akak penjual bersama kotak yang dibalut seperti beg..


Selepas selesai semuanya, kami pun terus pergi ke Indo Cafe yang terletak di Jalan Bantu untuk merasa goreng pisang cheese Tawau, memandangkan banyak blogger2 yang ke Tawau ni share keenakan goreng pisang cheese di Tawau ni..memang sedap beb..memang tak rugilah makan goreng pisang cheese kat sini..



Indo Cafe yang terletak di Jalan Bantu, Tawau



Senarai harga goreng pisang cheese


Inilah goreng pisang cheese dia..nyum nyum nyum..

Penuh orang dalam kedai ni

Pergghhh banyaknye anak buah aku makan goreng pisang cheese ni..kekeke...


Bergambar kenangan sebelum meninggalkan restoran Indo Cafe


Hehe...aku pun nak bergambar kenangan jugak kat sini...kekeke..


Kemudian kami ke tepi laut di Jalan Persisiran betul-betul berhadapan dengan Masjid Al-Kauthar yang juga dikenali sebagai Masjid Besar Tawau, ia merupakan masjid yang terbesar di Sabah, kat sini ada taman permainan, jadi memang sesuailah untuk budak-budak bermain kat sini sambil merasa angin laut sepoi-sepoi bahasa..



Waktu ni air laut tengah surut


Bergambar di tepi laut di depan Masjid Al-Kauthar


Gambar lebih dekat lagi...ekekeke...macam2 gaya...hehehe..

Bergambar berlatar belakangkan Masjid Al-Kauthar Tawau


Okay sesudah itu, kami pun pergi check in hotel masing2..agak lewat aku check in hotel hari ni, biasanya kalau travel ke mana-mana, aku akan check in hotel awal-awal dan berehat2 dulu kemudian baru berjalan2...memandangkan trip kali ni 2 hari 1 malam je jadi kami tak menghabiskan banyak masa di hotel....ekekeke..



Baru sampai kat Shervinton Executive Boutique Hotel






Proses check in pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...Alhamdulillah..biliknya pun cantik dan bersih...masuk bilik hotel kami berehat kejap dan bersiap2 untuk pergi makan malam kat Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat..


Kaunter check in Shervinton Executive Boutique Hotel


Nombor bilik kami

Anak aku memang suka melompat-lompat atas katil kalau masuk hotel






Siap ada kerusi untuk berehat tuu..ekekeke..

Anak aku berehat sebaik sahaja mandi dan bersiap2..


Lebih kurang jam 6.00 petang, kami pun turun untuk ke Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat, kami sampai kat Restoran Sri Titingan Seafood ni lebih kurang pukul 8.00 malam sebab sesat, kali ni Waze dan Google Map Navigation GPS tak dapat membantu kami, sebab dia bawa kami ke restoran lain dan ke tempat lain, beberapa kali kami sesat untuk jumpa Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat ni, kami hampir putus asa untuk makan kat sini, mungkin tiada siapa tolong update kat Waze dan Google Map tempat yang sebenar..

Banyak kali jugaklah kami berhenti dan tanya orang, dah balik macam zaman dulu dah terpaksa berhenti dan tanya orang...ekekeke..padahal ini dah zaman GPS..nak buat macam mana maklumat Restoran Sri Titingan Seafood dalam GPS tak tepat...

Aku pun lupa untuk catit kat mana tempat dia, tapi kalau tak silap aku dia berada di kawasan kilang di Jalan Pantai...kat sini pun kami sesat siap masuk dalam kawasan perumahan...selepas beberapa kali berhenti dan bertanya akhirnya jumpa jugak Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat ni..





Restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat

Memang ramai betullah pengunjung2 kat restoran ni..boleh dikatakan penuh...memang tepatlah maklumat-maklumat dari rakan-rakan blogger tentang restoran ni...kali ni kami tak makan seafood tapi kami makan steamboat..sedap tuu...next time kalau datang sini kena rasa makan seafood pulak...hehehe...



Acara memasak sudah bermula..


Sedang menjamu selera


Saje je enterframe...ekekeke..

Kat restoran ni pun ada persembahan live band, jadi memang happeninglah..sambil makan sambil tengok persembahan live band...pergghh terbaeklah...memang aku recommend restoran ni untuk siapa2 yang berkunjung ke Tawau..


Persembahan live band pun ada

Selepas semua kekenyangan, maka kami pun beransur-ansur untuk balik ke hotel dan berehat..hampir sehari suntuk kami berjalan di Tawau ni..memang puas hati..



Bergambar sebelum balik ke Hotel



Semua nampak keletihan..ekekeke..


Sesudah sampai bilik, kami pun berehat2 sambil tengok perlawanan bola sepak Final FA Cup di antara Kelantan vs Lions XII dalam bilik hotel...yang akhirnya berkeputusan memihak kepada Lions XII yang memenangi perlawanan ini dengan 3-1..Tahniah kepada kedua2 pasukan...

Selepas tu kami pun zZzZ...bersambung pada hari kedua nanti..tungguuuu...


Saksikan video hari pertama kami di Tawau :-








6 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan,SAYA IBU DEWI, sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI JOYO MALIK atas bantuannya saya menang togel yang ke 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang pengepul barang bekas apalagi saya seorang janda,,yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….pada su atu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka ritual/ghoib AKI JOYO MALIK yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI JOYO MALIK dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan AKI yang telah memberikan angka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas berkat bantuan AKI JOYO MALIK bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goib yang di jamin 100% kemenangan hbg AKI JOYO MALIK di nmr;_ 085-211-977-346,ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2,hanya AKI JOYO MALIK yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti siahkan HBG/SMS AKI JOYO MALIK nya,terima kasih ROMNYA















      INGAT…!!! JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG ADA SEBAB

      KESEMPATAN TIDAK MUNGKIN DATANG KE 2 KALINYA………..


      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.