Friday, November 21, 2014

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 3 (Last Day)


Alhamdulillah..semalam kami semua dapat tidur dengan lena dan sepuas-puasnya...Hari ini adalah hari terakhir kami di sini, oleh kerana hari ini kami tak dapat pergi ke mana-mana sebab lepas check out hotel pada jam 12 tengahari nanti, kami akan terus ke airport..jadi kami habiskan masa di hotel sahaja dan kami planning untuk menikmati hidangan breakfast yang disediakan kat hotel ni dan mandi-manda kat swimming pool jela...

Okay sambung balik cerita..lepas bersiap-siap kami pun turun untuk breakfast..nyum nyum.. memang hidangan breakfast kat Ming Garden Hotel ni memang puas hati, harini kami turun awal jadi banyak lagi hidangan yang best2 sempat kami rasa...moral of the story jangan turun lambat-lambat untuk breakfast ye...



Antara hidangan-hidangan yang disediakan



Habis kee anak aku nak makan ni...hehe..



Puas hati breakfast kat Ming Garden Hotel

Alhamdulillah selepas breakfast kami pun terus ke tingkat 4 untuk mandi-manda kat swimming pool di sana..pergghh bestnye... Inilah kali pertama kami mandi kat swimming kat hotel, sebelum ni kat hotel2 lain, kami tengok je swimming pool tu tapi tak mandi-mandi pun..rugi je...huhu...pasni kalau book hotel yang hotel ada swimming pool mesti kena mandi..baru berbaloi bayar duit kat hotel tu..kekeke..



Ini kat tempat budak...




Peace yo!


Kalau diikutkan aku memang tak berapa suka mandi kat swimming pool ni sebenarnya, tapi memandangkan anak aku suka sangat mandi kat swimming pool ni, so kami teman jelah...anak aku mandi kat sini sampai tak nak naik pulak...aiyyaa wooo...kekeke..

Selepas berjaya pujuk anak aku, kami pun bergegas naik atas untuk bersiapkan diri dan bersedia untuk check out....



Kerusi yang disediakan kat swimming pool ni..



Menarik tempat dia..


Gambar persekitaran dari tingkat 4 swimming pool Ming Garden Hotel


Satu lagi gambar dari tingkat 4 Ming Garden Hotel


Anak aku sempat lagi main kat bilik kanak-kanak kat sebelah swimming pool ni...



Alamak cuti-cuti Malaysia kami ni dah hampir tamat...sampai rumah nanti dah nak kena kerja dah...perggghhh...kekeke...

Selepas selesai bersiap2..kami pun turun ke lobi dan check out, pastu kami mintak tolong staff panggilkan teksi...diorang cakap okay...rupa-rupanya dah banyak dah teksi yang dah beratur kat luar hotel ni...tambang dari Ming Garden Hotel ke airport ni adalah RM30..



Sempat lagi bergambar sebelum check out..kekeke..



Bergambar kat lobi


Mintak tolong staff Ming Garden Hotel untuk ambil gambar kami...Alhamdulillah sporting dan helpful diorang semua ni..



Selamat tinggal Ming Garden Hotel and Residence...


Brader ni pun sporting jugak...aku sembang-sembang jugak dengan brader ni...banyak info-info yang dikongsikan...


Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu International Airport


Lebih kurang 15 minit kami pun sampai di Kota Kinabalu International Airport...airport yang tersergam indah di bumi Sabah ni..



Dah sampai dah...Kota Kinabalu International Airport..

Bergambar dulu kat airport yang cantik ni...

Selepas tu kami terus check in tiket, kalau check in lambat-lambat risau pulak nanti tak dapat duduk seat sekali...baik check in awal-awal...kekeke...



Bergambar dengan kawan dalam airport

Selepas tu kami lepak makan tengahari dulu kat airport sementara menunggu flight kami...lambat lagi woo...takpelah sampai awal takpe jangan sampai lambat atau terlepas flight je...itu yang parah tu...



Lunch dengan McDonald je..hehe..

Wahh..tinggi anak aku dah 110cm rupanya...


Aku dan anak aku tengah meronda kat luar airport

Masih lagi kat luar airport


Dekat-dekat pukul 2.00pm, kami pun masuk ke tempat perlepasan supaya tak kalut untuk melepasi tempat scan bag dan imigresen...Alhamdulillah semuanya okay...So kami terus ke tempat menunggu flight...

Window shopping dalam airport kejap sementara menunggu flight...



Kat tempat menunggu flight

Anak aku pulak tolong ambil gambar kami berdua...memang sporting anak aku ni...hehe...

Tengah menghala ke tempat menunggu flight yang lebih dekat


Sebenarnya flight Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur yang bakal kami naiki ini akan transit di Labuan sekejap...huhu...untung jugak bolehlah aku tengok bumi Labuan kejap...kekeke...


Kapal terbang dah sampai...kapal baru tu...

Waktu berlepas ke Labuan..



Ready to go!

Cuti kami ni sangat bermakna...InsyaALLAH kalau ada rezeki lagi boleh datang lagi ke Kota Kinabalu ni...


Selamat tinggal Kota Kinabalu!



Sebahagian dari Kota Kinabalu dari pandangan udara


Perjalanan ke Labuan dari Kota Kinabalu kalau tak silap hanya mengambil masa selama 20 minit je dari Kota Kinabalu ni...aku pun hairan boleh pulak kapal terbang ni terbang dekat-dekat...biasanya dengar orang kata kapal terbang ni kena terbang jauh-jauh even kalau baru berlepas dan tiba-tiba mengalami masalah, kapal terbang kena pusing-pusing kat laut dulu untuk habiskan minyak sebelum boleh mendarat semula...mungkin minyak diisi untuk ke Labuan ni tak penuh kot...kekeke...hanyalah anggapan aku je...mungkin aku kena google untuk mendapatkan pencerahan...huhu...

Okay sambung balik...akhirnya sampai jugak kami di bumi Labuan ni, walaupun tak boleh turun...tapi takpelah sempat jugak check in kat Labuan di Facebook...kekeke...




Para staff MAS sibuk mengangkut beg

Setelah lebih kurang 30 minit transit, kapal terbang ini memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur...



Selamat tinggal Labuan!


Bumi Labuan dari pandangan udara


Aku pun tertidor jugak dalam flight ni...tapi sekejap je...pastu aku layan screen kat seat ni je...tgk jarak perjalanan ke destinasi, kelajuan kapal terbang dan suhu...tak boring pulak tengok benda ni...aku layan movie sekejap je...layan flight info ni macam best pulak...kekeke...



Dalam ketinggian lebih dari 5km..suhunya pun dah dibawah paras beku...



Dijangkan sampai di Kuala Lumpur pada jam 8.13pm




Perggghhh...yang ni lagi tinggi...pada ketinggian lebih 7km, suhunya menjadi -18'C..




Merentasi Laut China Selatan...

Lebih kurang selepas sejam lebih penerbangan, kami pun dihidangkan dengan hidangan nasi ayam oleh pihak cabin crew MAS...sedap memang sedap sebab makan atas kapal terbang...kekeke..



Hidangan yang dibalut dengan rapi




Hidangan nasi ayam...Wahhh..sedapnya...jemput makan semua!

Lebih kurang jam 8.12pm kami pun selamat mendarat di KLIA...maka dengan ini tamatlah percutian kami di Kota Kinabalu...Syukur pada ALLAH SWT kerana memberi peluang kami bercuti dan percutian kami juga berlangsung tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah...

Kalau dilihat pada jam pada gambar bawah, flight info yang menjangkakan flight akan tiba di KLIA pada 8.13 adalah agak tepat sekali...pergghhh hebat..hebat...



Sama-sama Malaysia Airlines..

Saksikan video kami pada hari terakhir percutian kami :-







Jumpa lagi pada entry kami yang akan datang...sekian terima kasih...bye bye...


0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.