Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini aku kembali menulis travelogue yang mana trip kali ini adalah ke Seoul, Korea Selatan dan pada musim sejuk (winter). Kami membuat persediaan awal selama lebih kurang 2 bulan sebelum berlepas ke sana. Aku memilih untuk bercuti ke Seoul memandangkan kami semua kemaruk nak rasa salji yang original...kekekeke.... Percutian kami kali ni adalah selama 5 hari 4 malam...kami menginap di F Hotel Yeongdeongpo selama 3 malam, dan semalam di Sky Incheon Airport hotel sebab nak catch flight yang akan berlepas ke KL pada jam 11.00am...hotel2 yang aku booked kat agoda.com ni bertaraf 3 bintang, hotel kat Seoul agak mahal berbanding tempat lain di China...aku booked F hotel Yeongdeoungpo ni hampir 2 bulan awal dan agak jauh skit dari kawasan tumpuan tapi biliknya luas... Kebaikan booked hotel awal2 ni adalah duit hotel kita dah spend siap2 pastu dah tak payah pikir dah pasal hotel, cuma simpan duit belanja makan dan transport je... Keburukan dia, kalau tengok deal2 hotel lain, tergugat jugak perasaan...kekeke...hotel yang aku booked ni memang free cancellation, tapi aku baca review orang lain kalau nak dapat duit cancellation tu memakan masa jugaklah...so aku stick pada hotel yang aku dah ambil...malas nak pening kepala... Aku pun beli kredit skype panggilan ke Korea, murah giler kalau tak silap aku lebih kurang dalam RM3 untuk 60 minit bercakap, tapi kita kena beli 3 bulan terus so lebih kurang RM10 lah...akupun dah serik dengan roaming maxis...mahal giler...cuma untuk pakai skype ni pastikan kelajuan internet anda adalah bagus...kat rumah aku dalam 2Mbps je..bolehlah untuk support skype...kalau sape2 pakai unifi lagi best.....mula2 aku call F Hotel Yeongdeungpo ni tak dapat...pening kepala aku pikir...last2 aku search kat google no telepon dia...terjumpa hotel sebelah dia...aku comparekan nombor rupanya no hotel yang agoda.com print kat voucher tu missing satu nombor...aduhhh...letih betollah..risau jugak takut hotel tu tak wujud...kekeke.... Waktu call hotel tu masalah lain pulak timbul, diorang hampir tak boleh cakap English...aduhhh...pastu dia letak je...pastu aku call lagi skali...aku suruh panggil seseorang yang boleh cakap English..pastu member dia datang...dia boleh lah cakap English skit2...aku nak verify dengan dia berkenaan booking aku...dia kata nama aku dah ada dalam system...Alhamdulillah...tapi takleh cakap banyak sebab dia tak berapa fasih English... Kemudian waktu aku call Hotel Sky Airport Incheon, diorang fasih dalam bahasa Inggeris...so senanglah untuk verify booking aku...diorang kata nama aku pun dah ada...Alhamdulillah...
Jadual penerbangan ke Seoul
Jadual penerbangan balik ke KL
Banyak benda nak kena study pasal Seoul ni memandangkan aku tak pakai tour..main redah je...kekeke...
Subway map yang kita kena pahamkan
Waktu solat di seoul (IslamicFinder.org)
Suhu yang dicatatkan semasa kami berada di Seoul
Ramalan cuaca di hari pertama di Seoul
Kami bertolak awal ke airport untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit...barulah tak kalut...kekekeke...
Bergambar di KLIA
Dalam pesawat A330-300 Malaysia Airlines
Earphone yang disediakan
Makanan ringan sandwich
Nasi lemak
Okay setelah mendapat layanan yang sangat best dalam pernerbangan Malaysia Airlines yang lebih kurang 6 jam perjalanan itu..maka kami pun selamat sampai di Incheon International Airport pada lebih kurang jam 6.30a.m waktu Korea..Alhamdulillah...tapi sebelum tu masa dalam pertengahan penerbangan, aku pun terus adjust waktu bagi handset dan kamera aku mengikut jam Korea Selatan yang awal sejam dari Malaysia...waktu keluar dari kapal terbang dan melalui aerobridge aku terasa amat sejuk sebab tak pakai jaket tebal, keluar asap dari mulut tu..waktu dalam kapal terbang tu pilot ada announce yang suhu kat luar pada ketika itu adalah -3'C..memang teruja jugaklah walaupun sekejap je rasa...aku pernah rasa sejuk macam ni waktu aku keje kat pusat pengedaran buah di Selayang, dalam bangunan dia memang sejuk macam ni sebab nak jaga kesegaran buah2an yang diimport...perggghhh best giler...satu lagi masa pergi ke ICT..tapi kat ICT lagi sejuk...masuk2 telinga dan tangan terus kebas...huhu..
Baru sahaja selamat mendarat di Incheon International Airport
Lepas melalui aerobridge terus kena pakai jacket tebal
Thank you Malaysia Airlines
Tengah menunggu train untuk ke Main Terminal
Lepas tu, kami kena naik keretapi untuk ke main terminal dia, macam kat KLIA jugaklah ada Satellite Building...lepas naik keretapi, kami terus pick up beg kat main terminal..pastikan kena tengok signage dia..kalau tak pening kepala nak cari kat mana beg tu...huhu...Oleh kerana waktu masih awal lagi...kami pun rehat2 kat airport sambil bersarapan pagi dengan makanan yang dibawa dari kapal terbang...banyak makanan yang kami tapau dari kapal terbang tadi..maklumlah waktu makanan dihidangkan aku masih lagi kenyang..pastu pramugari bagi makanan lebih untuk ditapau sebab anak aku tidur waktu tu...rezeki kami...Alhamdulillah...
Signage tempat pickup bag
Hidangan sarapan aku nasi lemat yang ditapau dari kapal terbang MAS
Lepas sarapan aku pun try keluar airport...pergh sejuk giler...berasap mulut tu...pastu kami main hembus2 je..haha..macam orang jakun daa...haha...
Kat luar airport
Selepas itu aku pun pergi beli T-Money kat 7-Eleven untuk aku dan wife aku, anak aku berumur 5 tahun so free je kalau naik train...kalau tak silap aku budak bawah 6 tahun free je kalau naik train...kad T-Money berharga 2500 won untuk satu kad, pastu aku topup siap2 dalam tu 20000 won lagi...terimakasih kepada blogger2 yang banyak memberi info yang berguna kepada kami...cuma yang masalahnya orang Korea memang tak berapa pandai English..memang masalahlah untuk berkomunikasi...
Kad T-Money yang dibeli di kedai 7-Eleven
Hotel F Yeongdeungpo yang kami booked hanya boleh check in seawal 2.00pm...dekat jam 10.00pagi kami pun decided untuk pergi terus ke Seoul tempat hotel penginapan kami di F Hotel Yeongdeungpo sebab dah tak larat nak tunggu lama2 kat airport ni...kalau sampai awal kat hotel, dan diorang tak bagi masuk..kami lepak jela kat lobi hotel nanti...semua dah ngantuk ni...semalam dalam flight bukan boleh tidur sangat...kekeke... Masa kat luar, aku nampak bas ke Yeongdeungpo..pastu aku tanya dia berapa harga untuk ke Yeongdeungpo..kalau tak silap aku lebih kurang 27500 won untuk 3 beranak...perggghh mahal giler lebih kurang RM85..kalau naik teksi takpe jugak harga macam ni...so aku decided kami naik train jelah...memanglah payah sebab barang banyak nak bawak...selamba jelah...kalau naik train kalau tak silap aku lebih kurang 10000 won je untuk kami bertiga..lebih kurang RM30...jimat banyak tu... Untuk ke train station, kami tanya kat kaunter tourist information, dia bagitau arah untuk ke train station dan aku ambik map train skali kat kaunter tu...aku ambik 3 skali...haha...memang sangat membantu map ni...sebelum tu aku pun dah print masa kat Malaysia map dia...tapi aku pakai yang diorang punyala sebab kertas pun keras...huhu...yang aku punya simpan dalam beg jelah...
First time menunggu train di Korea Selatan
Sebelum scan T-Money kat gate train tu...aku tanya dulu staff yang ada kat dalam kaunter cermin kat train station tu...macam mana nak naik train dan aku bagitau tujuan aku nak ke Yeongdeungpo dan station last kami nak berhenti kat Singil Station, bagus staff ni walaupun tak berapa boleh cakap English dia cuba jugak membantu...lepas scan kami pun masuk dan tunggu train...Untuk ke Singil Station, kami terpaksa berhenti di Gimpo International Airport untuk menukar train ke Singil Station...memang pening jugak sebab terkial2 nak angkat beg, naik tangga turun tangga dengan tengok signage lagi...tapi Alhamdulillah..ALLAH SWT banyak membantu kami untuk memudahkan urusan kami...yang paling lawak waktu nak naik train kat Gimpo International Airport tu, aku scan dah T-Money tapi masa nak lepasi gate dia, tau2 dia tutup balik...last2 aku langkah gitu je...kahakahkah...lepas tu tengok banner kat sebelah tu...kalau yang transfer ada lorong lain...tak payah scan dah...aiya yoo...sudah rugi maa...wife aku lalu laluan transfer tu je...sebab dia kat belakang aku...
Dalam train ke tempat penginapan kami di Yeongdeungpo, Seoul
Salji kelihatan di tepi landasan keretapi
Satu lagi aku perasan waktu musim sejuk kerap sangat nak ke tandas untuk buang air kecil, pastikan bawak botol kecik untuk simpan air..tandas kat sini takde air cuma ada air kat sinki basuh tangan je...jgn malu2..kalau orang nak gelakkan kita..buat tak tau jela..kekeke..mesti diorang pelik apekehe pulak dia ni bawak botol masuk toilet..kekeke... Dah sampai kat Singil Station, aku pun keluar dan tanya staff kat kaunter tu nak scan kat mana...tunjuk kad T-Money je kat diorang...diorang tak paham English...diorang tolong dengan tunjuk2 je..pastu aku tunjuklah voucher hotel Agoda aku tu...dia tolong sketch map untuk ke sana...baik betul brader tu...sebelum aku pun memang dah tengok kat dalam google map dah...
Setelah penat turun tanga naik tangga..akhirnya dah nak sampai hotel F Yeongdeungpo
Dengan beg banyak dan anak kecik payah jugaklah nak ke hotel ni walaupun dekat je dalam google map lebih kurang 300 meter, tapi sebab kena turun tangga naik tangga untuk menyeberang jalan besar...memang kami letih tahap dewa...nasib tak berpeluh sebab suhu sejuk je...masa turun tangga naik tangga tu kami pun berhenti takut salah jalan...hotel dah nampak dah betul2 kat sebelah je...last2 aku tanya budak lelaki Korea cara untuk ke Hotel F Yeongdeungpo tu...bagus dia tolong tunjuk jalan dan siap tolong angkat beg lagi...baik betullah..aku nak bagi upah kat dia...tapi dia tolak...dia kata dia nak tolong je...baik betullah...Syukur dapat jumpa orang2 baik macam ni...
Hotel F Yeongdeungpo
(Yang kami tak tahu adalah kalau naik teksi cuma bayar 3000 won je...Idea naik teksi ni lewat muncul dalam fikiran kami setelah pergi ke Nami Island pada hari kedua...mula2 aku ingat naik teksi ni mahal giler...kalau dari hotel ke airport memanglah mahal giler dekat RM200 lebih...kalau dekat dalam RM9 je iaitu 3000 won)...anda semua kalau tak larat angkat barang tahan je teksi kalau destinasi tu dekat...
Kat lobi hotel
Boleh tahan gak bilik dia
Alhamdulillah akhirnya kami berjaya jugak sampai kat hotel kami dekat2 jam 12.00pm...dua jam awal tu...tapi diorang memang bagus..terus bagi bilik kat kami..tak payah tunggu lama2..baik hati betullah diorang ni...lepas masuk bilik tu...letak2 barang...kami pun makan tengahari dulu...makan roti dengan sandwich dan bekalan makanan yang kami bawa dari rumah..dan pastu kami pun merehatkan badan dan tidur...
Hotel ni memang best
Kat hotel di Seoul ni pun plug diorang sama macam kat Pekanbaru Indonesia jugak jenis plug 2 pin, nasib baik aku bawak socket extension 3 pin punya...kalau tak macam mana nak cas laptop aku...aku tak ambik gambar socket kat hotel ni, korang semua boleh tengok contoh gambar kat bawah ni yang diambil di Pekanbaru..
Macam nila plug dia...2 pin je...kalau nak cas yang 3 pin tak boleh kena pakai extension...(Ini gambar contoh kat Pekanbaru)
Nasib aku bawak extension plug 3 pin...tiap kali travel mesti kena bawak ni...sebab kita tak tau diorang pakai plug macam mana......(Ini gambar contoh kat Pekanbaru)
Lepas tu kami keluar dalam kul 6.00pm...waktu kat sini dah gelap gelita dah...dah malam dah...kami pun pergi ke Yeongdeungpo Station untuk ke Dongdaemon...kami banyak bertanya kat Seoul ni...tapi tanya orang yang nampak baik jela..nak tanya orang pun kena tengok orang jugak....hehe..masa duk jalan2 ke sana, aku nampak ada jugak homeless people kat sini..macam kat KL je...
Kat Dongdaemon
Antara barangan di Dongdaemon
Waktu kat Dongdaemon tu banyak kami beli seluar tight yang tebal, maklumlah kami pakai seluar selapis je...memang terasa sejuk bebenar..kat sini kami cari jugak restoran halal tapi tak jumpa langsung..pastu kami ronda2 dan terus ke Myeongdong...
Kat Myeongdong
Memang happening kat sini
Lepak kejap dalam Dunkin' Donuts Myeongdong...kat luar sejuk giler...
Barangan pun banyak
Kat Myeongdong memang happening...banyak giler orang tak macam Dongdaemon yang sunyi je waktu aku pergi tu...kenangan manis aku kat sini adalah dapat merasa buah Strawberry yang dijual kat dalam station Myeongdong ni...memang banyak giler buah strawberry yang dijual di Myeongdong ni...memang banyak giler kami makan...memang tengah lapar gak waktu tu...kikiki...kira makan malam lah tu...kekeke... Pastu selesai meronda kat sini kami pun beransur balik ke hotel penginapan kami yang lebih kurang 15 minit naik train...aku dapati tak payah sangat nak belajar map train subway ni...kalau agak2 musykil tanya je orang Korea..mereka akan membantu...InsyaALLAH...
Bersama mainan barunya
Sampai kat hotel kami pun zZzZ.... Saksikan video hari pertama kami :-
asalamualaikum, Boleh minta itenerary ke seoul tak? Emelkan ke zackabdsamad@gmail.com... Brp total kos yg encik habiskan? Sbb sy nak buat anggaran kos..terima kasih
Waalaikumussalam En Zack, ini adalah serba ringkas Itinerary yang saya ingat ( kalau nak tahu secara full blh tgk video dan baca blog sy di Seoul sehingga Day 5, sy sendiri pun tak larat nak baca semua dan tgk video semua..sebab lama dan panjang..tapi kalau tak tulis dan rakam nnt takde kenangan pulak nanti..hehehe)
Sy tak hantar email, sy reply kat sini jelah..boleh pakat2 share...Inilah serba ringkas Itinerary di Seoul :
Day 1 0700: Tiba di Seoul dan breakfast kat sini dgn makanan yg ditapau dari atas kapal terbang 1000: Beli T-Money utk 2 orang di 7-Eleven (kanak2 percuma), pastu terus gerak ke hotel di Seoul 1200: Check in di F Yeongdeungpo Hotel, lunch kat dalam hotel je dgn maggi, sandwich dan makanan dari atas kapal terbang..pastu sambung tidur..kehkehkeh.. 1700: Pergi ke Dongdaemun (waktu ni tak berapa tahan sejuk, sepatutnya kami kena test dulu berapa tebal baju, seluar dan stoking yang perlu di pakai kat luar hotel untuk tahan sejuk..ni kami agak2 dan main redah je..sebab tulah sejuk..terpkasa beli seluar ketat selapis lagi kat Dongdaemun..) 1900: Pergi ke Myeongdong, makan strawberry pastu makan roti kat Dunkin Donut, pastu balik 2200: Smp kat hotel terus makan apa yg ada...makan sikit je sebab perut masih lagi kenyang..
Day 2 1200: Selepas sarapan kat bilik terus keluar ke Nami Island 1400: Tiba di Nami Island (lunch kat Halal Restaurant kat sini) (total 20000 Won bersamaan RM60 utk 3 beranak) 1800: Berangkat utk pulang ke Hotel 2000: Tiba di Yeongdeungpo Seoul sambil ronda2 kejap pastu terus balik ke hotel, makan malam makan sikit2 je sebab dah kenyang
Day 3 1200: Pergi Gyeongbokgung Palace, Gwangwahmun Square 1500: Pergi Itaewon (lunch kat restauran Halal disini..byk restoran halal kat sini) 1600: Pastu pergi ke Masjid Itaewon 1900: Pergi ke Myeongdong sekali lagi (mula2 bercadang nak ke Namdaemun, tp kami dimaklumkan bahawa Namdaemun buka smp pukul 7pm je...), sebelum tu singgah kat restoran tadi untuk tapau makanan.. 2100: Balik hotel 2200: Tiba kat hotel dan berehat..makan malam dengan makanan yang ditapau tadi..
Day 4 1100:Check out F Hotel Yeongdeungpo, pergi ke Incheon 1300: Check in Sky Hotel Incheon (tukar hotel sebab besok flight awal dan hotel ni dekat dgn airport) 1400: Pergi ke Namdaemun 1600 : Naik Namsan Tower dgn Cable car (tiket return untuk 3 orang berjumlah 20500 won lebih kurang RM62) 1900: Pusing2 dgn subway sambil singgah kat Gangnam sekejap..sebab Gangnam style punya pasal..hehe.. 2100: Tiba di hotel untuk kemas2 barang
Day 5 0600: bangun awal utk bersiap2 0800: Check out hotel dan pihak hotel hantar kami ke airport 1100: Berlepas ke KL 1800: Tiba di KL..
Dan berkenaan kos pulak, sy buat simple calculation begini..belanja di Seoul adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari KL, jadi jika kita sekali makan bagi 3 beranak kat kedai mamak di KL habis RM30, maka belanja untuk sekali makan di Seoul adalah lebih kurang RM90, kalau belanja makan sehari di KL boleh habis RM70, maka di Seoul kami peruntukkan RM200 untuk sehari.. begitu juga dengan baju..kalau di KL baju paling murah berharga RM5, kat Seoul pun harga dia 5000 Won..kalau biasanya baju berharga RM15, kat Seoul pun harga baju 15000 Won..memang rasa mahal..
Okay..Anggaran perbelanjaan di Seoul tidak termasuk tiket flight (5 hari 4 malam) utk 3 beranak :
1)kos hotel 4 malam (RM1000) 2)kos pengangkutan 2 org dgn menggunakan T-Money (RM500) 3)kos makan 3 beranak termasuk beli barang utk 5 hari (RM1000) maknanya sehari belanja tak boleh lebih RM200..
Itu jela yang boleh saya kongsikan setakat ni..sekian..
Salam, sori lambat reply sbb baru perasan comment saudara..sy tak pernah lagi ke Busan..kalau mengikut pandangan saya mungkin Seoul lebih baik sbb di Seoul byk tempat2 menarik berbanding Busan.huhu..ok tq
Salam en, kalau ikutkan 5H4M mmg xcukup nak round seoul ni...sy sdri xsempat nk ke insadong, namdaemun pn sempat pegi tp kejap je..pastu byk lg tempat menarik lain...tp sy malas nak kejar2 nnt tension plak sbb nnt jd mcm keje plak xleh nak rilek...huhu...kalau en ada bajet n cuti lebih alang2 biarlah seminggu duk sana baru puas hati..satu lagi kalau tempat yg dekat2 lbh kurang 1km atau lebih baik naik teksi je baru RM9 berbanding masa yg dihabiskan sbb berjalan ke tempat destinasi..diharap info ni dapat membantu..sekian..
InsyaAllah 26 october 2014 nie...sye akan pg berbulan madu dgn psgn di korea slma 1 week..kami memilih musim luruh...hope sngt x sesat...ini 1st time nk terbang ke ngra korea...takut pun ade...hihi
Sebelum pergi tu bolehlah tgk map google dan download subway seoul map tu..comparekan kedua2 map tu..InsyaALLAH nampak gambaran awa utk guna train..sypn xsempat nak study abis sebelum pergi...nasiblah kat bilik,wifi dia laju...so sempatlah study skit cara2 nak ke sesuatu tempat tu..lebih elok study awal2..sepanjang sy duk sana sy rasa selamat walaupun ada juga gelandangan2 kat seoul ni..elakkan pergi tempat yg xde orang..org Korea suka membantu..
Wa..best...insyaAllah tahun dpn bw ank2 g sane...mcm sy jgk 1st experience g France n Amsterdam. .huhu terkial2 ..pon bc n tgk maps je...alhamdulillah kalo ade mase nk pegi lg....
Hehe...pergi sendiri mmg agak terkial2...tapi selain dapat menjimatkan budget ia adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan sebab kena study mcm nak masuk periksa..tp study benda yang kita minat lain dgn study benda yang kita tak minat...huhu...
macam mane dengan simcard hp ye.. sy x nak guna roaming.. sbb masa sy pergi hong kong dulu, sy beli simcard pakai buang utk semiggu beli di kedai dlm airport hongkong. kalu korea mcm mane ye..? thanks
Saya pun tak berapa pasti macam mane nak apply, kalau tak silap mungkin kena mohon seminggu lebih awal utk foreigners sebelum tiba di Korea...atau boleh google atau tgk link ni mane tahu kot2 boleh membantu http://english.visitkorea.or.kr/enu/AK/AK_EN_1_5_7.jsp . Mintak maaf ye saya tak dapat membantu sangat dalam bab ni..hehe
Salam, M Pass ni memang dikhususkan buat foreigners, tp ia bergantung pada itinerary kita sebab M Pass offer 20 rides per day, kalau terkurang guna..macam rugila pulak..kalau terlebih guna rasanya dia akan menjadi macam T-Money jugak.. kalau mengikutkan pengkajian saya T-Money lebih baik, pay per use..lagipun masa scan sebelum masuk atau selepas keluar train kita akan dapat tahu baki T-Money berapa..nak topup pun senang..pegi je Seven Eleven.. kalau mengikut perbincangan tripadvisor mereka lebih prefer T-Money (http://www.tripadvisor.com.my/ShowTopic-g294197-i8161-k6206831-Transpotation_card_T_Money_or_M_Pass-Seoul.html)..lagipun saya baca blog traveller Malaysia lain mereka banyak guna T-Money.. ini contoh website untuk buat perkiraan T-Money dan M Pass (http://english.visitkorea.or.kr/enu/TR/TR_EN_5_4.jsp#M-PASS) dan (http://www.visitseoul.net/en/article/article.do?_method=view&art_id=52380&lang=en&m=0004007002011&p=07)..selamat bercuti :-) thanks
Sorry la wan zul, cuma nk tny satu je lg. Yg pasal interary en wan zul buat tu.yg ttg kos 2 org tmoney rm500 mcm mahal je.boleh explain x? Sorry n tq.. :)
Sebenarnya tak sampai pun rm500 utk dua orang belanja T-Money, cuma kami budget lebih sikit takut tak cukup..hehe..kalau tak silap saya dalam rm300 lebih jugaklah kami gunakan utk 2 orang..tapi kalau dilihat pada kadar M Pass tu kalau ambik 5 day pass 42500 won baru bersamaan Rm135..ok jugak tu..huhu..saya pun tak guna M Pass sebelum ni sebab tak dapat info yang tepat..mungkin tuan/puan boleh cuba M Pass pulak pasni..huhu..thanks sebab bagi jalan pencerahan tentang ni kat saya..:-)
salam bro zul, sy dh blk dr korea maybe sudah 3 minggu..mmg korea terbaik la dr segi subway.byk tmpt berjalan..lenguh kaki dibuatnya..xsmpt nk ke everland..dpt sehari lg konpm pi everland..tq dr segi informasi anda..jika ke jepun( teringin sgt ni) post la di sini..boleh guide kpd kami semua.tq :)
Salam..Alhamdulillah sy cukup berpuas hati kalau blog ni dpt membantu sedara sedikit sebanyak...nnt sedara blh wat blog jugak n share dgn kita semua...hehe..setakat ni pun saya rasa Korea lah yang terbaik buat saya juga..setakat ni sy masih takde plan lagi nak ke Jepun lagi..tp kalau pergi InsyaALLAH sy akan share...huhu...
Assalamulaikum bro zul, lama x bertanya khabar. apa khabar? hehhe..saya ada baca thn ni bro ada pi london. sy in sha allah next year. cuma nk tny plan stay ke london dlm 3 /4 hari kot. better ambil oyster card ke travel pass? pening dibuatnya,, harganya berapa ye? boleh cerita sikit tak.. :)
Waalaikumussalam, Alhamdulillah saya sihat je..:-).. saya rasa kalau dalam sehari tu banyak tempat nak pergi baik beli travel card..kalau pakai oyster card lebih dari 20 pound sehari, baik pakai travel card, ianya lebih murah dan bajet untuk tiket tu dah confirm terkawal tak lebih dan tak kurang..boleh tengok kat laman web ni tentang harganya (https://visitorshop.tfl.gov.uk/)..pada pandangan saya kalau berjalan setakat separuh hari baik ambil oyster card, kalau berjalan sehari suntuk baik ambik travel card..ok selamat bercuti :-)
Salam tuan, nk tny la.kereta api arex still boleh guna tmoney ke? Cuma nk double conform. Saya ingat seoul subway yang ada 9line tu saje boleh guna tmoney.mohon penjelasan ye.terima kasih banyak.
Salam Tuan, kalau berdasarkan laman web ni pun (http://english.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_2_2_3.jsp) tak jumpa pun yang menyatakan boleh pakai T-Money utk Arex ni..sebab Arex dibawah Korail..manakala yang subway tu dibawah Seoul Metro..tapi sy pun tak pasti sangat tp mungkin Tuan boleh wat research lagi...pengalaman saya masa di stesen Sangbong station utk ke Nami Island, kami tak boleh naik ITX train yang direct ke Gapyeong Station sebab tak beli tiket...mula2 kami ingat semua train boleh pakai T Money...rupanya silap...thanks
Salam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera
Salam, utk beli skype credit, pastikan ada account skype, blh dapat info dekat www.skype.com, download skali dia punya software, utk perbualan yg clear pastikan speed internet laju..ada cara lain lagi utk call terus ke korea iaitu dengan pakai IDD Maxis atau IDD telco yang lain, lagi murah dan suara pun clear, pastikan kod IDD tu dimasukkan dgn betul..cuba test dulu seminit berapa kredit yang dipotong, kalau confirm kod IDD dimasukkan dengan betul..bolehlah cakap lama2..satu lagi cara utk verify booking ialah dengan email pada hotel berkenaan..thanks..
Bulan Jan musim sejuk, lebih elok pakai boots kalau ada bajet lebih, tapi macam saya hari tu pakai sport shoes je..hehe..pakai stoking dua lapis tp jgn ketat sgt stoking tu, sbb nnt kaki jadi sakit..pengalaman saya pakai sports shoes pun pijak salji takde masalah, yg penting tapak kasut tu biar okay lagi..supaya tak licin..hehe..
Huhuhu..mmg tak dapat dinafikan kalau travel tanpa anak dan isteri disisi rasa macam boring je..sy pernah ke Pekanbaru sorang2 dulu sbb ada nak beli barang sikit, travel sorg2..duk dlm bilik sorg2..sakit jiwa rasa..ekekeke
Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.
Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.
Salam, terima kasih di atas info yang sangat bagus ni..tapi tak taulah bila lagi kami boleh sampai ke Seoul..hehehe..terima kasih atas info ni..semoga boleh digunakan oleh pembaca2 yang lain juga..tq
Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:
Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog inisecara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.
asalamualaikum, Boleh minta itenerary ke seoul tak? Emelkan ke zackabdsamad@gmail.com... Brp total kos yg encik habiskan? Sbb sy nak buat anggaran kos..terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam En Zack, ini adalah serba ringkas Itinerary yang saya ingat ( kalau nak tahu secara full blh tgk video dan baca blog sy di Seoul sehingga Day 5, sy sendiri pun tak larat nak baca semua dan tgk video semua..sebab lama dan panjang..tapi kalau tak tulis dan rakam nnt takde kenangan pulak nanti..hehehe)
DeleteSy tak hantar email, sy reply kat sini jelah..boleh pakat2 share...Inilah serba ringkas Itinerary di Seoul :
Day 1
0700: Tiba di Seoul dan breakfast kat sini dgn makanan yg ditapau dari atas kapal terbang
1000: Beli T-Money utk 2 orang di 7-Eleven (kanak2 percuma), pastu terus gerak ke hotel di Seoul
1200: Check in di F Yeongdeungpo Hotel, lunch kat dalam hotel je dgn maggi, sandwich dan makanan dari atas kapal terbang..pastu sambung tidur..kehkehkeh..
1700: Pergi ke Dongdaemun (waktu ni tak berapa tahan sejuk, sepatutnya kami kena test dulu berapa tebal baju, seluar dan stoking yang perlu di pakai kat luar hotel untuk tahan sejuk..ni kami agak2 dan main redah je..sebab tulah sejuk..terpkasa beli seluar ketat selapis lagi kat Dongdaemun..)
1900: Pergi ke Myeongdong, makan strawberry pastu makan roti kat Dunkin Donut, pastu balik
2200: Smp kat hotel terus makan apa yg ada...makan sikit je sebab perut masih lagi kenyang..
Day 2
1200: Selepas sarapan kat bilik terus keluar ke Nami Island
1400: Tiba di Nami Island (lunch kat Halal Restaurant kat sini) (total 20000 Won bersamaan RM60 utk 3 beranak)
1800: Berangkat utk pulang ke Hotel
2000: Tiba di Yeongdeungpo Seoul sambil ronda2 kejap pastu terus balik ke hotel, makan malam makan sikit2 je sebab dah kenyang
Day 3
1200: Pergi Gyeongbokgung Palace, Gwangwahmun Square
1500: Pergi Itaewon (lunch kat restauran Halal disini..byk restoran halal kat sini)
1600: Pastu pergi ke Masjid Itaewon
1900: Pergi ke Myeongdong sekali lagi (mula2 bercadang nak ke Namdaemun, tp kami dimaklumkan bahawa Namdaemun buka smp pukul 7pm je...), sebelum tu singgah kat restoran tadi untuk tapau makanan..
2100: Balik hotel
2200: Tiba kat hotel dan berehat..makan malam dengan makanan yang ditapau tadi..
Day 4
1100:Check out F Hotel Yeongdeungpo, pergi ke Incheon
1300: Check in Sky Hotel Incheon (tukar hotel sebab besok flight awal dan hotel ni dekat dgn airport)
1400: Pergi ke Namdaemun
1600 : Naik Namsan Tower dgn Cable car (tiket return untuk 3 orang berjumlah 20500 won lebih kurang RM62)
1900: Pusing2 dgn subway sambil singgah kat Gangnam sekejap..sebab Gangnam style punya pasal..hehe..
2100: Tiba di hotel untuk kemas2 barang
Day 5
0600: bangun awal utk bersiap2
0800: Check out hotel dan pihak hotel hantar kami ke airport
1100: Berlepas ke KL
1800: Tiba di KL..
Dan berkenaan kos pulak, sy buat simple calculation begini..belanja di Seoul adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari KL, jadi jika kita sekali makan bagi 3 beranak kat kedai mamak di KL habis RM30, maka belanja untuk sekali makan di Seoul adalah lebih kurang RM90, kalau belanja makan sehari di KL boleh habis RM70, maka di Seoul kami peruntukkan RM200 untuk sehari.. begitu juga dengan baju..kalau di KL baju paling murah berharga RM5, kat Seoul pun harga dia 5000 Won..kalau biasanya baju berharga RM15, kat Seoul pun harga baju 15000 Won..memang rasa mahal..
Okay..Anggaran perbelanjaan di Seoul tidak termasuk tiket flight (5 hari 4 malam) utk 3 beranak :
1)kos hotel 4 malam (RM1000)
2)kos pengangkutan 2 org dgn menggunakan T-Money (RM500)
3)kos makan 3 beranak termasuk beli barang utk 5 hari (RM1000) maknanya sehari belanja tak boleh lebih RM200..
Itu jela yang boleh saya kongsikan setakat ni..sekian..
salam.. antara busan dan seoul.. manakah tempat yg ok untuk menginap. thanks ^^
ReplyDeleteSalam, sori lambat reply sbb baru perasan comment saudara..sy tak pernah lagi ke Busan..kalau mengikut pandangan saya mungkin Seoul lebih baik sbb di Seoul byk tempat2 menarik berbanding Busan.huhu..ok tq
Deletehi, story yang menarik..5H 4M cukup ke nak round2 area seoul? saya nak pergi musim luruh nti..
ReplyDeleteSalam en, kalau ikutkan 5H4M mmg xcukup nak round seoul ni...sy sdri xsempat nk ke insadong, namdaemun pn sempat pegi tp kejap je..pastu byk lg tempat menarik lain...tp sy malas nak kejar2 nnt tension plak sbb nnt jd mcm keje plak xleh nak rilek...huhu...kalau en ada bajet n cuti lebih alang2 biarlah seminggu duk sana baru puas hati..satu lagi kalau tempat yg dekat2 lbh kurang 1km atau lebih baik naik teksi je baru RM9 berbanding masa yg dihabiskan sbb berjalan ke tempat destinasi..diharap info ni dapat membantu..sekian..
DeleteInsyaAllah 26 october 2014 nie...sye akan pg berbulan madu dgn psgn di korea slma 1 week..kami memilih musim luruh...hope sngt x sesat...ini 1st time nk terbang ke ngra korea...takut pun ade...hihi
ReplyDeleteSebelum pergi tu bolehlah tgk map google dan download subway seoul map tu..comparekan kedua2 map tu..InsyaALLAH nampak gambaran awa utk guna train..sypn xsempat nak study abis sebelum pergi...nasiblah kat bilik,wifi dia laju...so sempatlah study skit cara2 nak ke sesuatu tempat tu..lebih elok study awal2..sepanjang sy duk sana sy rasa selamat walaupun ada juga gelandangan2 kat seoul ni..elakkan pergi tempat yg xde orang..org Korea suka membantu..
DeleteSelamat berbulan madu di Korea!
DeleteWa..best...insyaAllah tahun dpn bw ank2 g sane...mcm sy jgk 1st experience g France n Amsterdam. .huhu terkial2 ..pon bc n tgk maps je...alhamdulillah kalo ade mase nk pegi lg....
ReplyDeleteHehe...pergi sendiri mmg agak terkial2...tapi selain dapat menjimatkan budget ia adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan sebab kena study mcm nak masuk periksa..tp study benda yang kita minat lain dgn study benda yang kita tak minat...huhu...
Deletemacam mane dengan simcard hp ye.. sy x nak guna roaming.. sbb masa sy pergi hong kong dulu, sy beli simcard pakai buang utk semiggu beli di kedai dlm airport hongkong. kalu korea mcm mane ye..? thanks
ReplyDeleteSaya pun tak berapa pasti macam mane nak apply, kalau tak silap mungkin kena mohon seminggu lebih awal utk foreigners sebelum tiba di Korea...atau boleh google atau tgk link ni mane tahu kot2 boleh membantu http://english.visitkorea.or.kr/enu/AK/AK_EN_1_5_7.jsp . Mintak maaf ye saya tak dapat membantu sangat dalam bab ni..hehe
DeleteAssaamulaikum.wan zul, ada pertanyaan bg foreign better m pass ke t-money?
ReplyDeleteTqvm
Salam, M Pass ni memang dikhususkan buat foreigners, tp ia bergantung pada itinerary kita sebab M Pass offer 20 rides per day, kalau terkurang guna..macam rugila pulak..kalau terlebih guna rasanya dia akan menjadi macam T-Money jugak.. kalau mengikutkan pengkajian saya T-Money lebih baik, pay per use..lagipun masa scan sebelum masuk atau selepas keluar train kita akan dapat tahu baki T-Money berapa..nak topup pun senang..pegi je Seven Eleven.. kalau mengikut perbincangan tripadvisor mereka lebih prefer T-Money (http://www.tripadvisor.com.my/ShowTopic-g294197-i8161-k6206831-Transpotation_card_T_Money_or_M_Pass-Seoul.html)..lagipun saya baca blog traveller Malaysia lain mereka banyak guna T-Money.. ini contoh website untuk buat perkiraan T-Money dan M Pass (http://english.visitkorea.or.kr/enu/TR/TR_EN_5_4.jsp#M-PASS) dan (http://www.visitseoul.net/en/article/article.do?_method=view&art_id=52380&lang=en&m=0004007002011&p=07)..selamat bercuti :-) thanks
DeleteSorry la wan zul, cuma nk tny satu je lg. Yg pasal interary en wan zul buat tu.yg ttg kos 2 org tmoney rm500 mcm mahal je.boleh explain x? Sorry n tq.. :)
DeleteSebenarnya tak sampai pun rm500 utk dua orang belanja T-Money, cuma kami budget lebih sikit takut tak cukup..hehe..kalau tak silap saya dalam rm300 lebih jugaklah kami gunakan utk 2 orang..tapi kalau dilihat pada kadar M Pass tu kalau ambik 5 day pass 42500 won baru bersamaan Rm135..ok jugak tu..huhu..saya pun tak guna M Pass sebelum ni sebab tak dapat info yang tepat..mungkin tuan/puan boleh cuba M Pass pulak pasni..huhu..thanks sebab bagi jalan pencerahan tentang ni kat saya..:-)
Deletesalam bro zul, sy dh blk dr korea maybe sudah 3 minggu..mmg korea terbaik la dr segi subway.byk tmpt berjalan..lenguh kaki dibuatnya..xsmpt nk ke everland..dpt sehari lg konpm pi everland..tq dr segi informasi anda..jika ke jepun( teringin sgt ni) post la di sini..boleh guide kpd kami semua.tq :)
DeleteSalam..Alhamdulillah sy cukup berpuas hati kalau blog ni dpt membantu sedara sedikit sebanyak...nnt sedara blh wat blog jugak n share dgn kita semua...hehe..setakat ni pun saya rasa Korea lah yang terbaik buat saya juga..setakat ni sy masih takde plan lagi nak ke Jepun lagi..tp kalau pergi InsyaALLAH sy akan share...huhu...
DeleteAssalamulaikum bro zul, lama x bertanya khabar. apa khabar? hehhe..saya ada baca thn ni bro ada pi london. sy in sha allah next year. cuma nk tny plan stay ke london dlm 3 /4 hari kot. better ambil oyster card ke travel pass? pening dibuatnya,, harganya berapa ye? boleh cerita sikit tak.. :)
DeleteWaalaikumussalam, Alhamdulillah saya sihat je..:-).. saya rasa kalau dalam sehari tu banyak tempat nak pergi baik beli travel card..kalau pakai oyster card lebih dari 20 pound sehari, baik pakai travel card, ianya lebih murah dan bajet untuk tiket tu dah confirm terkawal tak lebih dan tak kurang..boleh tengok kat laman web ni tentang harganya (https://visitorshop.tfl.gov.uk/)..pada pandangan saya kalau berjalan setakat separuh hari baik ambil oyster card, kalau berjalan sehari suntuk baik ambik travel card..ok selamat bercuti :-)
DeleteSalam tuan, nk tny la.kereta api arex still boleh guna tmoney ke? Cuma nk double conform. Saya ingat seoul subway yang ada 9line tu saje boleh guna tmoney.mohon penjelasan ye.terima kasih banyak.
ReplyDeleteSalam Tuan, kalau berdasarkan laman web ni pun (http://english.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_2_2_3.jsp) tak jumpa pun yang menyatakan boleh pakai T-Money utk Arex ni..sebab Arex dibawah Korail..manakala yang subway tu dibawah Seoul Metro..tapi sy pun tak pasti sangat tp mungkin Tuan boleh wat research lagi...pengalaman saya masa di stesen Sangbong station utk ke Nami Island, kami tak boleh naik ITX train yang direct ke Gapyeong Station sebab tak beli tiket...mula2 kami ingat semua train boleh pakai T Money...rupanya silap...thanks
Deletecerita yg menarik disertakan dgn gambar 2 yg terbaik
ReplyDeleteTerimakasih bos atas penghargaan ini..tq very much...
DeleteTerima kasih kerana sharing maklumat yg amat berguna..sy akan ke busan-seoul next year...tgh kumpul maklumat mengenai korea selatan
ReplyDeleteSama2..hehe..sayapun macam tu jugaklah baca blog yg lain utk dapat maklumat..terimakasih pada mereka juga..wow best tu busan-seoul..selamat bercuti!
DeleteSalam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera
ReplyDeletewhatsapp : 0175367426 insyirah
emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
instagram : melancong_murah_baloi
Useful info. Thanks. Nak tanya macamana nak beli skype credit. Sebab saya nak call Korea untuk confirm booking hotel. Thanks.
ReplyDeleteSalam, utk beli skype credit, pastikan ada account skype, blh dapat info dekat www.skype.com, download skali dia punya software, utk perbualan yg clear pastikan speed internet laju..ada cara lain lagi utk call terus ke korea iaitu dengan pakai IDD Maxis atau IDD telco yang lain, lagi murah dan suara pun clear, pastikan kod IDD tu dimasukkan dgn betul..cuba test dulu seminit berapa kredit yang dipotong, kalau confirm kod IDD dimasukkan dengan betul..bolehlah cakap lama2..satu lagi cara utk verify booking ialah dengan email pada hotel berkenaan..thanks..
DeleteMohon Share ye? :-)
ReplyDeleteOk tuan..silakan no problem..thanks
DeleteSy nk tnya...klu gi sne bln jan...memadai ke pkai sport shoes je?or nk kne pkai jugak boots?huhu
ReplyDeleteBulan Jan musim sejuk, lebih elok pakai boots kalau ada bajet lebih, tapi macam saya hari tu pakai sport shoes je..hehe..pakai stoking dua lapis tp jgn ketat sgt stoking tu, sbb nnt kaki jadi sakit..pengalaman saya pakai sports shoes pun pijak salji takde masalah, yg penting tapak kasut tu biar okay lagi..supaya tak licin..hehe..
DeleteAdoi laa.... bila dapat g Korea dengan wife dan anak2 ni....
ReplyDeleteHaritu pergi Korea dengan budak-budak opis
Pastu wife pergi Korea backpack dengan kawan-kawan dia... huhu....
Huhuhu..mmg tak dapat dinafikan kalau travel tanpa anak dan isteri disisi rasa macam boring je..sy pernah ke Pekanbaru sorang2 dulu sbb ada nak beli barang sikit, travel sorg2..duk dlm bilik sorg2..sakit jiwa rasa..ekekeke
DeleteSalam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.
ReplyDeleteUntuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.
Salam, terima kasih di atas info yang sangat bagus ni..tapi tak taulah bila lagi kami boleh sampai ke Seoul..hehehe..terima kasih atas info ni..semoga boleh digunakan oleh pembaca2 yang lain juga..tq
DeleteThanks for sharing
ReplyDeletethanks untuk info yang bagus ni
ReplyDelete