Monday, August 5, 2013

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 4 (Last Day)

Arini adalah last day kami di bumi Shanghai, flight kami balik ke KL pada jam 3.15pm, so takdela kalut sangat nak kejut anak aku bangun awal2..sebelum check out kami kemas dulu sikit2 bilik ni, nnt xdelah housekeeper yang nak kemas bilik kami tu terkejut tengok bilik sepah..nnt dia kata apa punya orang Malaysia daa..bilik bersepah..pengotor...jadi memang kami setkan dalam diri kami, sebelum check out mane2 hotel, kemas dulu supaya orang hormat kita dan anggap kita ni pembersih...kami kenala jaga maruah kami dan negara...kekekeke...Lepas sarapan pagi kat bilik hotel, lebih kurang jam 11pagi kami pun check out, staff hotel ni memang peramah, sebelum tu kami kol ext concierge counter diorang utk mintak tolong diorang bawa beg kita dan panggil teksi, tapi jangan lupa bagi tips...hehehe..

Aduhai bilala boleh menginap kat hotel macam ni lagi...

Sofa ni memang akulah yang conquer..kadang2 sampai tertidor kat sini..kehkehkeh

Anak kesayangan kami tengah mengemas bilik

Umi dia tengah siapkan anak kami

Mase check out, tiba2 pihak hotel tu tunjuk bil RMB1500 lebih kurang RM750, terkejut aku tengok..pastu diorang cakap bil tu dah waived sebab aku dah bayar online...pergghh nasib tak kena sakit jantung...mane aku ada duit sebanyak tu dah nak bayar...banyak yang dah dibelanjakan...aku risau gak sbb first time pakai agoda.com utk hotel luar negara, tp agoda.com memang sangat reliable atau boleh dipercayai...memang aku rekomen kat korang sume utk pakai agoda.com..

Lepas selesai di kaunter, diorang bagila kat kami souvenier beg letak barang...haha..jadilah sebagai kenangan menginap di hotel ni....teksi pun dah menunggu kami di depan hotel..memang macam raja tu...skali skala jadi raja ape salahnye...huhu...

Syahdu je nak tinggalkan bandaraya Shanghai ni, maklumla inilah first trip kami ke oversea pastu cuaca dia pun nyaman...memang bestla...Lebih kurang 40 minit sampai kami ke airport, tapi driver teksi ni pegi berhenti kat tengah2 jalan mase nak drop kami, memang tak friendly lah driver ni...aku terpaksa angkat beg yang berat tu letak kat tepi jalan, tapi tak sampai atas tempat pejalan kaki tu, tau2 ada keta pegi langgar beg kami, nasib tak rosak beg kami, waktu tu aku nampak driver teksi aku ni pergi marah orang yang langgar beg kami tu...waktu ni baru aku respek driver teksi ni..at least dia concern jugaklah kat passenger dia...orang yang langgar beg aku tu wat tak tau je, pastu dia trus blah...memang taik kucing btoila...


Bergambar kat tempat sidewalk airport

Sedang berbicara dan berbincang sesuatu dengan anak tersayang

Lama jugaklah kami tunggu kat airport ni, aku pun try ronda2 dan pusing2 gak airport skali lagi, tak jumpa gak makanan halal, takpela tunggu makan dlm flight jela...huhu...Lebih kurang jam 3.55pm kami pun bertolak ke KL...bye bye Shanghai...

Anak aku bergambar dengan background aircraft MAS Boeing 777 yang bakal kami naiki

Flight MAS Boeing 777 agak lama sikit kat dalam dia...anak aku tgh layan cerita...

Lebih kurang jam 9.00pm kami pun selamat mendarat di KLIA...Alhamdulillah perjalanan kami pergi dan balik selamat...Syukur pada ALLAH SWT kerana memberi kami peluang dan merasa nikmat melancong ke negara orang..Sekian cerita pengalaman bercuti kami di Shanghai..


Dah selamat sampai di KLIA...Alhamdulillah..



Sekian..InsyaALLAH kami akan update pengalaman bercuti kami di tempat lain pula...terima kasih..bye bye...


Saksikan video kami di hari terakhir :






5 comments:

  1. Best! Tq atas 4 entry ttg melancong di Shanghai ni. Teringin juga nak gi nanti. Kebetulan skrg ada Disneyland baru buka. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..Terima kasih kerana sudi membaca :-)

      Delete
  2. Tq for this entry. best gak baca. By the way comel betul anak macam pelakon korea cerita miracle in cell no 7. haha ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke biar betul..hehe..Terima kasih kerana sudi membaca :-)

      Delete
  3. salam wan zul.

    salam kenal.
    akak terbaca yr blog pasal Shanghai.
    thanks for some of the info.

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.