Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Thursday, March 13, 2014

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 1

Pada 5hb Mac 2014 hingga 8hb Mac 2014, aku sekeluarga bersama Mak dan Mak Mertua aku pergi bercuti di Surabaya dengan menaiki pesawat Air Asia, kalau tak silap aku booked tiket ni 8 bulan lepas dengan harga promosi pergi balik RM102 seorang...murahla tu...kekeke... sepatutnya Bapa Mertua aku pun follow jugak, tapi last2 minute dia tak dapat sertai kami sebab ada hal yang perlu di selesaikan di kampung...hehe..

3 minggu sebelum berlepas kat sana, Surabaya dilanda debu letusan gunung berapi iaitu dari Gunung Kelud menyebabkan lebih kurang 3 hari airport di Surabaya terpaksa ditutup...risaulah jugak takut2 Gunung Kelud tu meletus lagi dan melanda Surabaya lagi...alamat terkuburlah hasrat kami untuk bercuti kat sana...memanglah Air Asia akan bagi tarikh lain untuk terbang tapi nak apply cuti lain pulak tu yang payah tu...kekeke...Tapi Alhamdulillah akhirnya semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...kami booked 2 bilik The Square Hotel kat www.agoda.com lebih kurang Rm90 semalam untuk sebilik...hotel ni bukan betul2 di tengah bandar Surabaya...agak pinggir bandar sikit...aku pilih hotel ni memandangkan kami nak hotel murah tapi luas...hotel ni lah pilihan kami selepas menghabiskan masa survey kat agoda.com berhari-hari...hehe...

Sebelum pergi Surabaya tu aku dah call pihak hotel untuk verify booking aku dengan pakai Maxis IDD Rate dengan letak kod 132 00(no antarabangsa)..murah giler tapi dia berbeza mengikut negara..sebelum aku verify hotel luar negara pakai skype...tapi yang ni senang je...terus pakai handset je...dia orang maklumkan bahawa booking aku diorang telah terima...Alhamdulillah..orait la tu...

Flight kami ke Surabaya pada lebih kurang jam 9.30am, lebih kurang jam 7.15am kami dah bertolak ke airport, maklumlah waktu tu waktu orang nak masuk keje...perghhh...jem pulak jalan...dekat2 jam 8.00 pagi baru kami sampai kat airport, aku drop ahli keluarga aku dulu kat LCCT tu pastu aku pergi parking yang RM16 sehari, jauhnyelaa....waktu pergi ni kami takde drop bag...semua hand carry je...lepas pergi parking kete tu..lebih kurang jam 8.20 pagi aku sampai dalam airport...hampir berpeluh jugaklah berjalan dari tempat parking tu ke LCCT...jauh beb...


Riang ria hati gembira...huhu..


Aku sempat makan burger yang dibeli kat LCCT tu..perghh mahal giler...dkt RM5 kalau tak silap...yang pasti memang mahallah...mula2 aku nak beli nasi lemak kat tepi jalan sebelum ke LCCT, tapi memandangkan takut jalan jem, aku pun tak beranilah nak berhenti...kalau nak beli kat airport ni kena siap modal besarlah sikit...kekeke...



Anakku bersama kedua2 neneknya..


Lepas makan2 terus kami masuk untuk cek imigresen dan cek beg...Alhamdulillah semua takde masalah...masa dah sampai kat tempat menunggu tu, time tulah perut ni sakit nak ke tandas, masa baru nak pergi tandas, tau2 diorang dah panggil untuk berjalan masuk ke kapal terbang, terpaksalah cancelled hajat aku ni dulu...aduhhh...kekekeke...


Bersama bonda tercinta

Kapal kami berlepas lewat hampir 20 minit dari jadual asal iaitu berlepas lebih kurang jam 9.50am, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam 30 minit...perghhh inilah kali pertama aku akan menjejakkan kaki ke Pulau Jawa...huhu...



Tempat duduk kami sederet, tetapi oleh kerana Bapa Mertua aku tak join, so tempat dia orang lain ambil...huhu...



Sibuk membelek apa yang menarik...kekeke...





Dalam kapal terbang tu, aku bantai tidur je...ngantuk beb...tak beli makanan pun dalam kapal tu...maklumlah perut pun kenyang lagi...



Gumpalan awan-awan

Sebab dah tau waktu Indonesia lewat sejam, so akan pun adjust lah jam aku biar sama dgn time Indonesia siap2 waktu dlm flight tu...tapi malangnya aku lupa nak adjust time kat kamera...jadi semua gambar yang aku ambik kat Surabaya tu adalah dalam waktu Malaysia...hehe....jangan mare ye...kekeke..

Waktu masuk kepulauan Jawa ni aku perasan awan tebal2 je..kalau kat Semenanjung Malaysia awan pun hampir tak ade dan menyebabkan kemarau..sampai air kat setengah2 tempat pun kena catu...



Ni dah masuk Surabaya dah ni..pandangan dari udara...


Lebih kurang jam 11.15am waktu Indonesia kami pun selamat mendarat...Alhamdulillah...


Tapi sebelum tu, aku nak ingatkan semua jangan lupa bawak pen waktu naik flight tu..sebab nanti nak isi borang kastam kat dalam kapal tu sebelum mendarat...kalau tak bawak jugak..pinjamlah dengan sape2 tu pun kalau diorang sporting...kalau kena duk sebelah penumpang yang sombong atau berkira..memang masalahlah...kekeke..



Alhamdulillah dah selamat mendarat kat New Terminal 2 Juanda Surabaya Airport



Airport agak baru, masa aku booked lbh kurang 8 bulan yang lalu, itinerary menunjukkan kapal akan mendarat ke Airport Juanda yang lama, tetapi beberapa hari sebelum penerbangan aku ni, pihak Air Asia ada menghantar email memaklumkan bahawa flight akan mendarat kat airport baru.... Syabas Air Asia sebab beritahu bakal2 penumpang mengenai pertukaran airport ni...jadi senanglah bagi sapa2 yang nak saudara mara ambik kat airport sana...aku dimaklumkan airport baru Terminal 2 ni mula beroperasi pada bulan February 2014..

Pengajaran kat sini, kepada sesiapa yang booked tiket terlalu lama, jangan lupa update sebelum berlepas takut ada apa2 perubahan seperti waktu, airport dan macam2 lagi...



Kat dalam New Terminal 2 Juanda Airport



Selepas selesai pemeriksaan Imigresen dan kastam, kamu pun terus ke restoran untuk menjamu selera kat food court... macam2 masakan ada...order je...harga di airport ni taklah mahal sangat..masih boleh dikatakan okay lagilah...



Kat food court di tingkat bawah




Sedang menjamu selera


Pastu kami terus ke kaunter teksi untuk menaiki teksi, selepas tunjukkan alamat tempat penginapan kami di The Square Hotel ni, diorang pun bagilah harga cas teksi tu..Rp80000 (RM23) pastu kami tunggu kejap dan terus menaiki teksi...kali ni malang sedikit sebab driver teksi ni agak tak mesra alam...untuk pengetahuan semua tol highway penumpang yang kena bayar lebih kurang Rp6000 (RM1.8) dan bayaran parking untuk turunkan kita kat hotel atau pasaraya yang berbayar pun penumpang yang kena bayar...masa kat tol dia mintak duit tol, aku pun terkejutlah jugak...aku tanya bukan dah termasuk dengan bayaran teksi kat kaunter tu ke? dia kata tak, kena bayar sendiri...last2 aku pun bayar jugaklah...


Cas teksi Rp80000 (RM23)



Teksi menggunakan kereta Vios


Pemandu teksi ni menipu aku masa sampai kat hotel dia mintak Rp10000 (RM3) masuk kawasan drop off hotel tu...padahal free je kalau masuk kejap...tu pun aku tahu masa nak balik...memang driver teksi tu makan hasil haramlah tu...memang aku tak halal sebab dia tak jujur...

Airport baru ni agak jauh sikit berbanding airport lama, sebab masa nak ke hotel tu memang lalu dekat airport lama...

Selepas masuk ke lobi hotel ni, kami pun check in dan kena bayar deposit sikit pastu aku pun ambik breakfast untuk 3 hari bagi semua...Rp35000 (RM10) seorang buffet...mahal jugak..tapi kalau rate hotel kira murahlah...tak tau lagi buffet dia banyak pilihan tak...pagi2 makan kat hotel ni senang sikit...kot2 lepas makan nak ke tandas senang je..kekeke...perancangan yang baeeekkk punya...



Kat lobi hotel



Tengah check in


Bilik pun cantik dan selesa tapi yang sayangnya bilik takde connecting room, walaupun duk sebelah menyebelah dengan Mak dan Mak Mertua aku, tapi nak berulang-alik dari bilik ke bilik kena bukak pintu luar..leceh betullah...huhu...jangan mengeluh...kita kena redha...huhu...



Bilik yang selesa


Serba lengkap

Bilik Mak dan Mak Mertua aku kat sebelah



Memang puas hatilah...

Selepas tu kami pun berehat dan tertidur sebab kepenatan...waktu orang semua tidur petang tu...tiba aku pun dengar anak aku menangis kat bilik nenek2 dia kat sebelah..aku pun pergi lah tengok..rupa2 dia main lompat2 pastu salah landing macamana ntah...sakit tangan kiri...risau gak takut patah ke retak ke atau apa2....aduhhh... dugaan...pening2...macam mana nak buat ni...mula2 aku pujuk anak aku dan bawak dia turun bawah...beli mainan skit...barulah okay..tapi nampak gaklah dia sakit tangan tu...tak bergerak langsung...duk keras je...tapi kalau esok tak okay jugak, kena pergi cek kat klinik atau hospital jugaklah...berapalah cas untuk orang luar ni...

Kat sini dekat2 jam 6pm pun dah gelap...

Untuk makan malam, kami pun bersiap2 dan pergi cari kat restoran kat bawah sebab hotel kami ni di atas shopping mall tapi kecik je shopping mall dia..restoran tu ada tapi was2 jugak tahap halal dia tu, yang ada logo halal dah tutup sebab kami terlewat sikit...last2 wife aku beli maggi je untuk makan malam dengan kedua2 ibu tersayang kami...dorang naik bilik balik..makan kat atas....tapi aku teruskan perjuangan aku untuk mencari nasi...



Waktu solat di Surabaya
 

Terpaksa lintas jalan...pusing2 punya pusing jumpalah jugak kedai orang tempatan...kat sini payah nak beza orang Muslim atau bukan Muslim, sebab muka sama je..aku makan kat situ dan tapau skit bawak naik hotel kot2 ada ahli keluarga aku yang nak makan nasi...hehe...

Waktu nak tidur tu tengok tangan anak aku pun tak okay lagi, bengkak jugak sikit...aduhh risaulah pulak...selalu berdoa semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kami di sini...

Kemudian, aku pun tidur...

Saksikan video kami di hari pertama :





Bersambung selepas ini untuk hari kedua...

Sunday, February 2, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 5

Arini kami bangun awal seawal jam 6.00am selepas dikejutkan oleh staff hotel yang menelefon bilik kami..mereka menyediakan "wake-up call services", lebih kurang jam 8.0am mereka pun menghantar kami ke airport...sayu jugaklah untuk menamatkan percutian yang indah ini...kekekeke...Pagi ni suhu -8'C, semalam sebelum tidor aku dah tengok ramalan suhu pagi ni...cuaca yang cerah dan tiada awan menyebabkan suhu menjadi begitu sejuk..tapi aku tak terasa sangat kesejukan tu sebab kami memang pakai baju tebal dan berlapis2 serta seluarpun dua lapis..kekeke...


Dalam perjalanan ke airport, kawan kat belakang tu nak terbang ke Jepun

Airport transfer van yang disediakan oleh pihak Sky Hotel Incheon Airport secara percuma..thanks to them!


Baru sampai kat airport

Memang sejuk sangat waktu ni


Gambar yang diupload ke dalam facebook pakai wifi airport...huhu


Kat dalam Incheon International Airport

Kami sampai kat Incheon International Airport lebih kurang 10 minit kemudian...kejap je perjalanan sebab hotel ni dekat dengan airport..jadi taklah kalut sangat...flight kami akan berlepas pada jam 11.00am...

Dah nak berlepas..Goodbye Seoul!


Flight penuh dengan penumpang

Incehon International Airport dari pandangan udara


Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam..macam biasalah terlelap lah jugak maklumlah semalam tak cukup tidur..kekeke..pastu aku pun bersembang jugak dengan passenger Korea yang duduk sebelah aku, dia dan kawan2 dia akan pergi ke Melaka hanya untuk bermain golf je...pergghhh...kayanye....


Hidangan yang disediakan oleh Malaysia Airlines..memang sedap.....pergghhh...


Dalam flight Malaysia Airlines macam biasalah layanan pun bagus dan makanan pun sedap...makanan anak aku pun aku habiskan...kekeke...sebab dia makan sikit je..huhu...Semasa dah lebih kurang separuh penerbangan tu, aku pun adjust balik timing bagi handset dan kamera aku mengikut waktu Malaysia...


Tengah tengok cerita kartun

Awan berkepul2

Ada lagi makanan...satu lagi tu anak aku punya...ayah dialah yang  membedalnya...kekeke...Memang sedap...

Alhamdulillah akhirnya kami berjaya sampai di Kuala Lumpur International Airport dengan selamat..waktu kami sampai di Malaysia, hujan renyai2...dengan ini maka tamatlah percutian kami ke Seoul...


Alhamdulillah dah selamat tiba di KLIA Satellite Terminal


Kat KLIA Satellite Terminal


Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan ini tamat dengan selamat


Saksikan video hari terakhir kami untuk percutian kali ini di Seoul :-










Jumpa lagi di artikel yang akan datang...InsyaALLAH....Sekian...Wassalam...

Tuesday, January 28, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 4


Hari ini kami akan berpindah ke Sky Incheon Airport Hotel oleh kerana besoknya flight kami ke KL pada jam 11.00am...kalau kami stay kat F Hotel Yeongdeungpo memang kalutlah nak catch flight besok...kalau flight kami petang mungkin kami akan stay kat sini je...F Hotel Yeongdeungpo ni bakal menjadi kenangan bermakna buat kami...masuk bilik ni langsung tak rasa sejuk...rasa macam duk kat Malaysia je...kena pasang aircond pulak...kuat betul heater dia...aku pun tak pasti kat mana dia letak heater tu...mungkin kat lantai kot..lagi satu internet speed dia memang laju giler....kekeke..



Pemandangan dari bilik hotel


Komputer disediakan, tapi dalam windows dalam bahasa Korea daa...



Bilik yang menjadi kenangan indah




Kaunter hotel..


Kami mintak tolong staff hotel ni untuk panggilkan teksi...semalam aku dah tanya dah..ada staff perempuan tu bagitau teksi tak hantar penumpang ke Singil Station sebab dekat sangat...aku fikir memanglah dekat tapi kalau berjalan bawak barang banyak rasa mcm jauh jugak...tak sanggup dah naik tangga turun tangga nak lintas jalan...dah dia kata macam tu..aku pun redha jelah semalam...pagi ni aku tanya lagi kali ni staff lelaki pulak...dia pun kata teksi tak hantar...frust jugaklah...aku cakap beg aku banyak...dia kata teksi tak hantar jugak...



Staff hotel tolong tangkap gambar ni..kekeke..


Selamat jalan F Hotel Yeongdeungpo

Lepas dia tengok kesemua beg kami yang banyak ditambah pula dengan anak kecik, dia suruh tunggu kejap..dia cuba panggil teksi...pastu dia cakap teksi akan datang...lega giler kami...bukan apa lagipun balance dalam T-Money kami banyak lagi...aku pun risau gak kalau tak jumpa tempat nak refund T-Money ni...Pastu teksi tu pun hantar kami ke Singil Station yang lebih kurang 300meter..casnya 3000 won lebih kurang RM9 je...kalau aku tau masa mula2 sampai aritu aku dah pakai teksi untuk hantar kami ke hotel kami ni...ni terpaksa meredah jejantas untuk melintas jalan besar yang memisahkan kawasan hotel dan Singil Station...



Nampak tak 3000 won kat meter tu..bersamaan lebih kurang RM9


Pastu masa kat Singil Station berlakulah perkara yang melucukan semasa cuba menurunkan beg pakai escalatornya yang sangat tinggi...wife aku kat atas, aku tunggu kat bawah...so kami pakai escalatorlah untuk menurunkan beg memandangkan tak cukup tangan dah nak pegang beg dan nak pegang anak aku yang masih tak pandai lagi nak naik escalator sendiri...2 buah beg kami tergolek2 atas escalator...lama jugak tergolek sebab escalator dia panjang..nasiblah ada beberapa orang Korea yang prihatin dan memegang beg kami...fuhh lega...risau gak takut beg pecah mesti berterabur barang...kekeke...



Banyak beg ni...pergghhh...winter coat untuk 3 orang kami saje dah sebuah beg besar


On the way to Unseo Station


Kami naik train dari Singil Station dan berhenti di Gimpo International Airport Station pastu tukar train untuk ke Unseo Station...dah sampai Unseo Station tu sekali lagi kami naik teksi untuk ke Sky Incheon Airport Hotel yang lebih kurang 400 meter dari Unseo Station ni...casnya pun 3000 won jugak...



Naik teksi pun himpit2lah dengan beg yang banyak...kekeke...


Bilik hotel 3 star ni agak sempit sikit tapi harga dia mahal..boleh dapat 5 star dah kalau kat Indonesia...



Okay jugaklah bilik ni..

Lepas check in hotel ni, kami pun cepat2 letak barang dan bersolat... bilik hotel ni agak sempit berbanding bilik di F Hotel Yeongdeungpo walaupun harganya lebih kurang sama...F Hotel Yeongdeungpo kurang popular tapi Sky Incheon Airport Hotel ni agak popular..tupun aku tengok berdasarkan review kat agoda.com..huhu...Masa nak check in tadi tu...diorang tanya siap2 besok flight kul berapa...sebab dia nak arrange airport transfer, pastu dia tanya nak wake-up call tak? aku cakap boleh jugak kejut kami...hehehe..power betul lah hotel ni...



Pintu masuk ke Sky Hotel Incheon Airport



Kat luar hotel..kat tepi jalan je hotel ni..


Bergambar seorang diri betul2 luar Sky Hotel Incheon Airport


Selepas itu kami pun berjalan kaki balik ke Unseo Station untuk ke bandar Seoul balik, destinasi kami kali ini adalah Namdaemun Market, Namsan Tower, Thukseum Resort dan Gangnam...



Kat Incheon


Dalam perjalanan ke Unseo Station kat  Incheon


Bergambar bertiga kat Unseo Station



Kat Seoul Station
 
Kat depan Seoul Station

 
Dari Unseon Station kami terus Seoul Station, kat sini nak transit ke train lain punyalah jauh...Seoul Station ni macam KL Sentral kot...huhu...pastu kami turun di Hoehyeon Station dan terus menghala ke Namdaemun Market setelah keluar dari Exit 6...waktu tengah berjalan menghala ke Namdaemun Market tu..nampak pulak orang jual Kebab Halal...apalagi tungguuu...perut ni dah la lapar...terus kami membeli kebab kat situ...perggghhh nikmatnya makan kebab ni..kat situ kami tanya macam mana nak ke Namdaemun Market..penjual kebab tu pun bagitau lah...sebelah bangunan je..kekeke..



Kedai kebab Halal kat Namdaemun


Memang puas hati kalau datang ke Namdaemun Market ni, banyak barangannye seperti baju "I Love Korea", magnetic fridge, keychain, winter jacket dan berbagai lagilah...Di antara Dongdaemun, Myeongdong dan Namdaemun...Namdaemun lah yang paling best skali, kedua Myeongdong, manakala Dongdaemun macam tak ramai orang je..huhu...



Kat Namdaemun Market di Gate 6



Mungkin pintu masuk ke rumah Ninja Turtle kat Namdaemun Market...kikiki...


Tengah cari barang kat Namdaemun Market


Mintak tolong orang Korea ambik gambar kami...kekeke...


Pelbagai barangan ada di Namdaemun Market ni


Dari kawasan Namdaemun ni pun kita boleh nampak Namsan Tower

Oleh kerana kesuntukan masa, kami pun ronda2 kejap je kat Namdaemun ni, pastu aku terus tahan teksi untuk ke Namsan Cable Car Station sebab destinasi kami seterusnya adalah Namsan Tower...kalau berjalan boleh sampai jugak...tapi kalau masa kita singkat baik naik teksi je baru 3000 won lebih kurang RM9, dah sampai kat station cable car tu, kami pun beli lah tiket return untuk 3 orang berjumlah 20500 won lebih kurang RM62..untuk naik ke cable car tu, kita terpaksa naik tangga pulak lebih kurang 3 tingkat...perghhh letihnya...kat Seoul ni masa banyak dihabiskan dengan naik tangga turun tangga je..kekeke...



Dalam teksi...memang selesa beb...kekeke...



Siap lengkap dengan GPS

Kat tempat untuk naik cable car



Harga tiket cable car ke Namsan Tower




Inilah tiket kami

Kena tunggu giliran dan beratur dulu sebelum menaiki cable car...huhu...

Dah boleh lihat permandangan Seoul

Selepas giliran kami tiba..kami pun masuk dalam cable car tu...tu dia penuh jugak dengan pengunjung bersesak2 dalam cable car tu walaupun hari pun dah nak gelap.. best jugak naik cable car tu...rasa macam naik kapal terbang je...smooth je...masa dah sampai kat Namsan Tower tu...kena menaiki tangga pulak untuk ke puncak Namsan tu...adehhhh...berapa banyak tangga daa mau naik...


Berlatar belakangkan Namsan Tower juga dikenali sebagai Seoul Tower

 
Kat atas bukit Namsan


Seoul Tower



Berapa banyak mangga kunci daa...


Bentuk kerusi ni agak pelik sikit...kekeke...


Kat puncak bukit tu tersergamlah Namsan Tower....pastu kita boleh tengok bandaraya Seoul yang luas..ni...perghhh cantik betul permandangan dia...oleh kerana kesejukan kami pun singgah kat kedai untuk minum minuman panas macam cappuchino dan teh...legalah jugak sambil2 berehat menikmati permandangan...pastu dah malam...so kami pun turun balik dengan menaiki cable car...kalau tak tahan jangan tengok bawah nanti pening kepala...



Boleh nampak permandangan bandaraya Seoul



Minum air untuk memanaskan badan


Pastu kami pun naik teksi lagi untuk ke Myeongdong Station, sebab kami nak ke Thukseom Resort konon2nya ada tempat main salji kat sana...waktu kami sampai kat sana tu resort tu tutup dan tak adepun salji...mungkin tahun ni salji tak banyak sangat turun kot...


Kat Thukseon Resort, waktu ni dia tak beroperasi...tak tau kenapa..salji kurang kot..kekeke...

Lepas tu kami pun singgah kejap kat Gangnam District manelah tau kot2 boleh jumpa dengan oppa gangnam style...kekeke...pastu kami pun balik ke bilik hotel...perghhh malam ni kami macam ronda2 menjelajahi Seoul dengan train je...



Berehat kejap kat Gangnam-gu Office station



Kat Gangnam District


Waktu dah sampai kat Unseo Station tu, aku pun tanyalah ada seorang perempuan Korea macam mana nak dapatkan refund untuk balance yang masih ada dalam kad T-Money aku ni...and then dia pun tolong aku masukkan dalam satu mesin kat situ...last2 kad T-Money aku kena telan dengan mesin tu...dia cakap dah tak boleh ambik dah sebab sekali cas je...aku pun bagitau dia yang dalam tu ada duit lagi...pastu terkejutlah dia...rupa2nya salah mesin daa...pastu dia tekan button kat mesin tu untuk pertolongan...tak lama lepas tu ada seorang staff kat kaunter datang bawak kunci mesin tu dan bukak mesin tu...last kad T-Money aku dapat balik...fuhh lega beb...yang orang Korea tadi pun dia pun cuak jugak...tapi dia tak lari tapi sebaliknya tolong aku jugak dapatkan balik kad tu...bagus betul orang Korea ni...pastu aku tanya dia kat mana nak dapatkan refund, dia tunjukkan kedai kat luar seberang jalan Unseo Station ni...last2 aku cakap takpe2 kami boleh pergi sendiri...kami pun malaslah nak menyusahkan dia...huhu...pastu dia bagitau pegi kedai 7-Eleven kat depan tu...

Kami pun terus ke 7-Eleven untuk dapatkan refund, sekali cashier kat situ suruh pergi kedai 7-Eleven yang kat belakang pulak...aiseyman main passing2 pulak...kekeke...pastu aku pergilah kedai 7-Eleven yang satu lagi...sekali kawan yang jaga cashier tu tak paham apa yang aku nak, pastu ada customer cuba untuk tolong setelkan masalah aku, tapi tak setel2 jugak sebab diorang tak berapa paham English...aku cakap aku nak refund, dia ingat aku nak topup...last2 yang penjaga cashier tu call orang lain, dia bagi aku pulak cakap dengan kawan tu dalam handset dia, akupun cakaplah aku nak refund T-Money...dia pun tak paham jugak...aduhhh...last2 aku ucap terima kasih dan balik hotel jela...tension2...di Seoul ni memang selalu berhadapan dengan masalah komunikasi...

Masa sampai kat hotel kami tu aku cubalah test Thermometer Digital aku..aku dapat rekodkan bacaan -3.5'C, tapi yang sebenarnya bacaan dalam laman web adalah -6'C waktu malam tu...kira lebih kurang lah tu...aku masih pening lagi duk pikir macam mana nak dapatkan refund balance kad T-Money ni...aku pun silap tak study betul2 dalam internet cara nak refund T-Money..aku tengok sekali imbas je...last2 aku tanya staff kat kaunter hotel aku menginap, dia kata pergi kedai convenience store kat sebelah hotel tu...aku pun pergi situ, dan bagitau yang aku nak refund...dia cek 2 keping kad T-Money kami dan terus bagi refund...lebih kuranglah dengan balance yang ada...lega betullah rasa...dekat RM80 lagi balance kad kami tu...


Inilah kedai yang aku dapat refund T-Money tu..lihat -6'C tu suhu dia...aku pakai instaweather...



Pastu kami pun berehat sebab besok nak kena bangun awal untuk ke airport...time to zZzZ...

Saksikan video kami di hari keempat di Seoul :-










Bersambung selepas ini hari terakhir kami berada di Seoul iaitu hari kelima...

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.