Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Saturday, June 22, 2013

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...Untuk pengetahuan semua setiap 1 Oktober setiap tahun, orang China akan menyambut National Day dan tempat2 tumpuan pelancong dijangka akan penuh dan sesak...kebanyakan rakyat China akan gunakan kesempatan ini untuk balik kampung atau pergi bercuti...


Newspaper yang disediakan oleh pihak hotel...


Bergambar di lobi hotel




Okay selepas selesai persiapkan diri, kami pun keluar dari hotel untuk ke Deping Road Metro Station lebih kurang 2km dari hotel ni...perghh...jauh giler rasanye berjalan...dekat sejam baru sampai kat station tu...tambah pulak anak aku tak larat jalan, aku ngan wife aku bergilir2 dukung dia..letih yang amat tambahan kami bawa beg yang penuh dengan air kotak dan roti utk bekalan kalau2 tak jumpa kedai halal utk makan...tapi nasib tak berpeluh sebab suhu kat sini nyaman je...macam dalam aircond walaupun tengah hari...



Kat luar bangunan hotel




Bangunan Wyndham Grand Royale Oriental Shanghai...tinggi giler...



Di persimpangan Pudong Avenue dan Deping Road




Kalau korang nak tau, mula2 aku rancang untuk menaiki train dari dari airport ke hotel dengan destinasi terakhir kat deping road station ni...pastu jalan kaki ke hotel...nasib baik aku buat keputusan yang bijak untuk naik teksi terus dari airport...kalau tak dengan bawa beg lagi, ngan anak aku lagi....mau dekat sejam lebih baru sampai...haha...



Dekat2 2km kami jalan..jauhnye...


Sebelum kami sampai kat Deping Road Station tu, tiba2 kami ternampak kedai halal, kami jenguk kat dalam dulu...yang kami boleh tanya "halal" je..yg lain tak tau nak cakap...diorang pun xleh cakap omputih...haiyya woo...lepas konfem kedai ni halal...dengan pantas kami order, nak order pun kena tengok gambar je, nak baca menu dia sepatah haram kami tak faham...hihi...murah je makan kat sini...lebih kurang kat Malaysia la jugak...sepinggan nasi goreng dan sepinggan mee hanya RMB22 bersamaan RM11 kita laa...air kami minum air kotak yang kami bawa...jimat dah tu...kikikiki....sedap jugak makan kat sini...rupa orang Islam kat China ni lain sikit, rupa diorang macam orang Uzbekistan atau Kazakhstan je...diorang ni mungkin berasal dari Xinjiang...





Nyam..nyam....yummy nyer...

Bersama peniaga restoran Muslim


Pastu lepas makan, kami singgah kat kedai runcit sebelum sampai kat Deping Road Metro Station tu...ada pulak teddy bear kat situ...semalam anak aku nak beli teddy bear, tp kami tak jumpa...so belilah teddy bear kat dia...seronok betul anak aku ni...hihi..

My new teddy bear...tq Abah n Umi...

Selepas tu kami pun sampailah kat Metro Station Deping Road ni, lama giler nak sampai sini...letih tu takla letih sangat sebab sambil tengok2 keadaan sekitar Pudong ni.. aku agak blur lepas masuk dalam station tu...mane pernah beli tiket...memang jemm la...lepas tu aku tanya guard yang ada kat dalam station tu, dia pun tak tahu cakap English...aduhhh...macam mane nak beli tiket ni, pastu aku nampak ada orang kat kaunter, jadi aku pergilah tanya perempuan kat dalam kaunter tu, nasiblah dia pandai cakap English sikit2...pastu diorang sume tolong akami beli tiket kat touchscreen computer, nasib instruction dia pun ada dalam bahasa Inggeris...senanglah sikit kojo den...hihi...kami sebenar nak turun ke Yuanshen Stadium Station guna Metro Line 6 untuk pergi ke Masjid Pudong...orang China ni ramah2 dan suka membantu tapi masalah diorang ni tak tau cakap omputih je, so payahla nak berkomunikasi dengan diorang...kalau kita boleh cakap mandarin memang satu kelebihan...



Bergambar sebelum masuk ke station Metro bawah tanah ni

Umi dia penat...hehe...




Sekejap je sampai kat Yuanshen Stadium Station ni, Masjid Pudong ni tak jauh dari station ni lebih kurang 5 minit berjalan je...sebelum kat rehat makan2 dan minum2 kat sebelah Shanghai Qinci Yandian Taoist Temple...

Berehat kat sebelah Shanghai Qinci Yangdian Taoist Temple

Dah makan sikit2, kami pun menuju ke Masjid Pudong untuk bersolat, perghh cantiknye Masjid dia...
Rase bangga jugak sebagai orang Islam ada jugak masjid kat tengah2 bandar Pudong Shanghai ni... Alhamdulillah...



Kat depan Masjid Pudong Shanghai




Model Unit Shanghai Municipality


Pastu masa tunggu wife aku abis solat, aku lepak kat tepi masjid tuh...tau2 datang budak kecik ngan mak ayah dia...mungkin orang Islam Xinjiang kot...dia bagi kat anak aku buah anggur...baik betul diorang ni...kebanyakan kat masjid ni semuanya muka orang2 Xinjiang...

Pastu kami pun kembali ke Yuanshen Stadium Station untuk ke People's Square Station, kali ni kami kena tukar train Line 2 kat Century Avenue Station. Sebelum beli tiket tu, aku tanyalah staff kat kaunter tu, yang kami nak ke People's Square Station tapi kena transit kat Century Avenue Station untuk naik Line 2, so kami patut beli tiket direct ke People's Square Station ke atau kena beli tiket sampai ke Century Avenue Station, pastu kat sana beli tiket lain pulak untuk ke People's Square Station...Staff tu tak berapa paham apa yang aku tanya, dia ada jawab tapi aku tak paham apa yang dia cakap pastu dia angguk2 je...jadi aku pun belilah tiket ke Century Avenue Station dgn harga RMB3 seorang..

Disebabkan harini adalah National Day bagi rakyat China, jadi dalam train penuh orang, memang crowded giler...pastu masa sampai kat Century Avenue Station, memang sesak beb...pastu kat situ aku nampak diorang terus naik train lain tanpa beli tiket...oooo...oooo...aku dah rugi...kat situ aku beli tiket untuk ke People's Square Station pulak...sepatutnya masa kat Yuanshen Stadium Station tu aku patut beli direct ke People's Square Station, rupa2nya kat Shanghai ni sekali naik train RMB3 tiket dia tak kira mane korang nak pegi...dekat ke jauh ke harga sama je...tapi takpela inilah pengalaman namanya...

Masa dah sampai kat People's Square Station ni, anak aku pulak tidur...aku cepat2 nak keluar dari station bawah tanah nih sebab panas skit berbanding kat luar yang agak sejuk, lagipun anak aku tidur pulak...kena dukung dia...perghhh penat giler...aku gilir2 ngan wife aku dukung dia....kekekeke....




Kat Nanjing Road, anak aku tengah syok tidur...kekekeke...


Masa keluar dari station bawah tanah tu, aku dah mula pening dah...memang aku bawak map, tapi aku memang betul2 lost dah ni...sebab bangunan dia tinggi2...payah nak agak jalan dia...last2 aku dapat kesan jugak kedudukan aku kat mane, oleh kerana kesuntukan masa aku tak dapat pergi ke Shanghai Art Museum, Shanghai Grand Theater,  dan Shanghai Urban Planning Exhibition Hall. Aku bergegas untuk ke The Bund, mula2 kami jalan kaki untuk ke sana sebab dalam map macam dekat je, pastu aku tengok signage duk tunjuk untuk ke The Bund lebih kurang 1.5km, so aku cakap kat wife aku kita kena naik teksila, tak larat nak berjalan dah...memang penat...nasib tak berpeluh sebab udaranya nyaman...

Pastu aku tahan teksi, dia macam marah sebab aku lambat nak masuk dalam teksi tu...mungkin tempat tu tak leh nak ambik passenger kot...jadi aku tunjuk map The Bund tu kat driver, punyala payah dia nak paham...last2 dia paham gak...lebih kurang RMB14 je nak ke sana...sebenarnya teksi kat Shanghai ni kalau dah naik memang kena cas minimum RMB14 walaupun dekat je...




The Bund


Masa sampai kat The Bund tu, penuh dengan orang...memang crowded giler...Aku senyum lebar dan seronok sebab akhirnya aku sampai jugak kat The Bund ni, Syukur padamu Ya ALLAH SWT ! sebab beri kami peluang untuk jejak kaki ke sini...memang cantik permandangan dia...aku pun mula2 cari peluang dan angle2 yang terbaik untuk ambik gambar...memang payahla nak ambik gambar dengan backdrop Shanghai Skyline ni...orang sesak giler...

Tiba2 anak aku pulak nak kencing, jenuh wife aku cari tandas, nasib jumpa gak...jadi kami pun turun bawah duduk lepak kat tepi rumput, kita tak dibenarkan untuk pijak rumput tu, lagipun ada guard yang jaga, so kami duduk kat tepi je...

Tiba2 adalah makcik bawak anak dia kencing kat atas rumput belakang kami..tak senonohla diorang ni, jadi kami pun pindah tempat lain, guard tak marah pulak kalau orang bawak anak diorang kencing atas rumput tu...

Masa tengah snap2 gambar sendiri, ade gak orang yang nak tolong ambik gambar kami, tapi aku tolak dan aku cakap thank you je, aku risau gak sebab orang ramai sangat, takut nanti diorang wat lari camera aku...abisla kenangan aku..jadi untuk selamat, aku ambik sendiri2 je gambar kami bertiga di hadapan Shanghai Skyline...tapi Alhamdulillah semuanya cantik...Syukur...


Mimpi jadi kenyataan..bergambar bertiga di The Bund


Pastu kami pun balik ke hotel apabila hari dah nak gelap, malam tu kami makan maggi je sebagai makan malam kat bilik hotel...hihi...

Bersambung pulak nanti di hari ketiga...tunggu....


Video kami di hari kedua :






Wednesday, May 22, 2013

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 1

Aku sekeluarga bercuti di Shanghai pada tahun lepas tarikhnya bermula pada 30 September 2012 selama 4 hari 3 malam...musim waktu tu baru masuk autumn selepas summer... Aku dah buat preparation untuk ke Shanghai ni lebih kurang 2,3 bulan jugakla untuk study tempat2 dia, pengangkutan, tempat makanan halal, hotel dan sebagainya. Peta Shanghai pun aku study jugak and then barulah nampak gambaran bandaraya Shanghai ni macam mane kan...hehe...Tapi sebelum tu yang paling penting sekali, pasport dan visa mestila kena buat siap2...

Memandangkan inilah pengalaman pertama kami untuk keluar negara, jadi kami barulah nak terhegeh2 nak buat pasport 3 beranak kat pejabat Imigresen Putrajaya kat cawangan presint 15, 2/2 Jalan Diplomatik...dalam masa sejam diorang dah siap buat..tapi masa kami nak buat passport tu memakan masa sehari...haha...nak tau kenapa...surat beranak anak aku tertinggal...so terpaksalah balik ke rumah dulu kat Nilai ambik surat beranak tu...pastu datang lagi...letihnye..lain kali elok telefon dulu, tanya dokumen apa yang perlu bawa pastu barulah pergi...ni main terjah je...amekkk kau...

Proses buat pasport tu lebih kurang sejam je...hehe..pastu kami wat visa kat China embassy kat Jalan Ampang KL..proses dia memakan mase selama 4 hari bekerja baru siap..maksudnya kita kena pergi 2 kali...first pergi untuk apply, yang kedua untuk collect...yang first mase nak apply kami parking kat sebelah bangunan dia...perghhh mahal giler...RM10 lebih kalau tak silap...kali kedua mase nak collect passport tu...aku just tunggu dalam kereta...pastu wife aku pergi collect...kalau korang nak senang lagi..boleh pergi ke travel agent...diorang boleh tolong buatkan...tapi diorang cas mahal skitla...




Jadual perjalanan kami ke Shanghai dengan Malaysia Airlines



Ramalan cuaca di Shanghai


Kali ni kami naik MAS...flight kami ke Shanghai dari KLIA tu pada jam 1.40 pagi...so bersiap2 awal kat rumah, aku ambik gambar sekeluarga dulu sebelum bertolak...dalam kul 10.30 malam kami dah gerak ke airport...barulah tak kalut..relax skit kalau pergi awal2...dalam kul 11 malam kami dah sampai airport...aku drop wife aku dulu kat departure untuk check in ticket..pastu aku ngan anak aku pergila parking kereta..relax je kami...slow and steady je...pastu mase nak masuk lif kat airport tu tiba2 aku cek kamera tak ade... aku kol wife aku dulu tanya kamera ade ngan dia ke tak...dia kata takde...aduhh...nightmare baru bermula...waaaaa....


Bergambar dulu sebelum bertolak ke airport..pastu tertinggal kamera ni atas tv...adoiii...hehe..


Mula2 pikir jugak nak balik ambik ke tak nak kamera kat rumah ni...pegi balik airport ngan rumah aku lebih kurang sejam jugak woo...kalau tak bawa kamera pergi bercuti tak seronoklah takde kenangan...kalau nak beli baru duit lagi...adoiiiiiiii....jam kat tangan waktu 11.23 malam ...last2nya ngan lajunye aku drive jugak kereta balik rumah..anak aku duk sebelah senyap je sebab Abah dia drive dgn laju...sampai kat rumah Alhamdulillah jumpa gak kamera tu duk atas tv sbb kami letak atas tv sebab kami set timer masa bergambar sebelum ke airport tu...

Alhamdulillah dekat2 12.30 pagi gak baru sampai airport balik dgn selamatnye...Syukur pada ALLAH SWT...fuhh...memang lega giler ahh...pastu kami bertiga pergilah ke perlepasan antarabangsa..masa nak lepas imigresen tu la saat perdebaran kembali...takut tak lepas imigresen sbb PTPTN...Alhamdulillah lepas gak...memang kami bayar PTPTN tiap2 bulan walaupun jumlahnye kurang skit...nak bayar byk2 bulan2 mcm teruk pulak kan sbb xdpt keje yang sepadan ngan kelulusan lagi...

Pastu cam biasala bergambar dulu skit2..pastu upload dalam facebook...hehe...pertama kali naik flight airbus A330-300..perghh..baru siottttt...ade tv lagi...luas pulak tu dalam dia....seat kat tepi ada 2 seat je...so aku duk depan ngan anak aku...wife aku duk kat belakang sorang2...kalau kat tengah2 ada 5 seat...tapi aku tak nak duk situ sbb xleh nak tgk kat luar tingkap...

Bersama headset yang kami beli kat Berjaya Times Square


Perghh...dalam kul 3 pagi tu aku takleh tdo lagi..duk layan anak aku..jap nak tengok cite kartun la..jap nak itu jap nak ini...layan jela anak kesayangan kami ni...kami bawak headset siap2 standby takut diorang  tak bagi headset...sebab waktu aku naik MAS dari Alor Setar ke KLIA, naik flight 737-800 diorang tak bagi headset...just tgk tv tanpa suara...so that's why kami bawa siap2 headset...tapi last2 kali ini...pihak MAS bagi gak headset kat setiap passenger..hehe...tapi takpela kami dah ada dah...



Hidangan omelette dan sausage dari pihak MAS..ini mungkin utk breakfast..kalau lunch mungkin diorang sediakan nasi kot...hehe..


Kalau tak silap diorang jamu makan kek masa mula berlepas pastu masa nak sampai dalam kul 5.30 pagi diorang bagi omelette ngan sausage pulak..waktu tu aku baru terjaga dari tidor...anak aku tgh syok tidor lagi...aku makan separuh je sbb tak berapa lalu..kalau bagi nasi ayam best gak...huhu..aku tapau je sikit wat makan kat Shanghai nanti...tp yang hairannye wife aku berjaya habiskan sampai licin...wow selera betol dia...huhu..pastu aku dah tak boleh tdo dah smp mendarat kat Shanghai...aku tengok kat luar tingkap...dalam 5.30pagi dah cerah dah ruang udara China ni...waktu dia sama ngan kita...matahari smp kat negara diorang dulu...lbh kurang kat Sabah la...tp kat sini awal lagi...


Permandangan ruang udara China

Anak aku nyenyak lagi tidur..baru pukul 5.30pagi..dah cerah dah..



Lebih kurang jam 7.00pagi kami sampai di Pudong International Airport Shanghai..memang cantek permandangan kat airport dia...bersih je...sebelum bertolak aku dah google dah berapa suhu dia agak2 masa waktu kami mendarat kat Shanghai ni...lebih kurang 16'C...tp yang frustnye lepas turun dari aircraft tu...aku rasa macam sama suhu kat Malaysia kat dalam airport ni...frust jugakla aku cakap kat wife aku...masa sampai tu aku pun on telefon...ehh...ade line la...tapi line China walaupun pakai simkad Maxis...pastu dengan selamba aku sms dan kol keluarga kat Malaysia bagitau kami dah sampai dengan selamatnya..aku tak masukkan kod roaming pun sbb lupa nak salin ( masa sampai bil kat rumah tu dia....berpuluh ringgit diorang cas...kalau letak kod roaming murah sikit)..tapi takpela sekali-sekala...


Baru lepas mendarat di Pudong International Airport

Memang nyamanla suhu kat luar airport ni...

Masih awal lagi waktu kami kat airport ni..waktu boleh check in hotel lbh krg jam 12 tghr..wow lama lagi tu....airport dia besar macam KLIA...kira Malaysia memang moden setaraf dengan bandar2 besar di dunia..aku bangga jadi rakyat Malaysia...pastu aku pergi lepak kat luar airport...perghhh nyamannye cuaca dia...memang sejuk la..mmg 16'C celcius la...rupa2nya suhu dalam airport lebih panas dari luar...haha...jakun la aku ni...kalau angin bertiup lagi best...bestnye...bestnye...rasa frust aku tu dah ilang dah...pastu kami breakfast kat airport dulu makan omelette dan KFC yang kami beli kat KLIA sebelum berlepas...aku dah cari dah kat airport ni tak jumpa pun restoran halal...


Tgh breakfast kat airport

Bersama dengan anak kesayangan Abah..



Pastu lepas duk pusing2 aku pun baring2 kat kerusi panjang tu...mengantuk giler tak cukup tdo...pastu aku gi tanya perkhidmatan teksi kat tingkat bawah airport untuk ke hotel yang kami akan tinggal...teksi tu pakai meter...sebelum smp sini aku pun dah google dah dan dah telefon pihak hotel Wyndham Grand Royale Oriental Shanghai kos teksi berapa...aku kol diorang melalui skype...murah je kol ke China pakai skype sen sen je tak sampai pun ringgit ringgitpun dalam seminit....diorang cakap lebih kurang RMB130 dari airport ke hotel diorang...kalau diorang ambik harga mahal giler...so aku pilih untuk ambik teksi...



Kat luar Shanghai Pudong airport



On the way ke hotel

 



Ok lepas dah ambik teksi...kami pun menuju ke tempat penginapan...driver teksi ni memang tak mesra alam...dahla naik laju...aircondpun dia tak bukak...aku pakai jacket...pastu waktu tu di bawah sinaran matahari...jadi tak rasa sejukla pulak..cuma rasa tak panas tapi tak sejuk...camane tu?haha...suhu lebih kurang 23'C waktu ni...lama2 dah tak rasa panas...tak rasa pape dah..rasa selesa je..

Tp yang berbeza dengan Malaysia adalah kita guna jalan belah kiri tp kat China guna belah kanan...pening kepala kalau aku bawak kereta kat sini...haha.

Pastu driver tu boleh cakap English gak tp sikit2...aku tanya sikit dia jawab sikit2...pastu pengalaman yang kami tak dapat lupakan tiba2 driver ni berhenti kat tepi highway tanpa inform ape2 kat kami..cuak gak aku waktu...apehal driver ni?rupa2nya dia pegi rapatkan bonet depan teksi tu...pastu...dia terus drive...lega rasanya...tapi masa awal2 naik teksi tu...aku dah snap beberapa keping gambar dan ID pemandu tu yang diorang lekat kat dalam teksi...


Dalam bilik hotel deluxe yang kami booked melalui www.agoda.com, harga promosi waktu kami booking tu RM250



Lebih kurang 40 minit perjalanan sejauh lebih kurang 35km kami pun sampai di hotel tu...perghh..memang 5 class hotel tu seperti dalam internet...macam biasala aku booked pakai www.agoda.com...memang layanan diorang memang A++++...yang ni baru rasa macam holiday...kami sampai dekat2 kul 12pm..lepas check in...kami semua tdo sampai petang...cas balik tenaga...hehe...dari tengahari sampai malam kami duk dalam bilik hotel je..kami makan roti dan maggi untuk makan tengahari dan makan malam...besok baru pegi cari nasi...aku dah jumpa dah restaurant2 halal untuk kami kunjungi besok..tu pun jumpa dalam internet...besok belum tentu dapat jumpa kedai tu...hehe...

Anak aku memang syok main lompat2..panjat2 kat dalam bilik hotel...tiba2 berlaku kejadian yang tidak diingini..anak aku jatuh dalam bilik air hotel..kepalanya terhantuk lantai..kuat jugakla..aku yang kat luar bilik air pun dengar bunyi bedebukkkk!...benjol gak kepala dia...pastu dia menangis2...aku ngan wife aku berjaya gak pujuk dia yg kami nk beli mainan baru...trus tak menangis..malam tu kami terpaksa keluar la untuk cari mainan kat dia...aku pegi tanya kat concierge hotel tu kat mane nak cari teddy bear... dia tulis dalam bahasa cina kat kertas, memang helpful diorang ni....pastu dia tahan teksi untuk kami pastu teksi tu bawalah kami ke tempat yang kami pun tak pasti kemana...dalam 10 minit sampai la kat tempat tu...


Terus sihat anak aku kalau sebut pasal nak beli mainan baru...Alhamdulillah dia takde pape...

 Tempat tu mungkin Zhangyang Rd and Jinqiao Rd...aku tgk kat signboard yang tulis dalam English...aku ingatkan dia nak bawa tempat yang murah cam pasar malam ke ape, sekali shopping mall daa...mmg mahal la barang dia standard kat Malaysia je...last2 kami beli patung kuda kecik dan payung kecik kat anak kami ni...mmg tempat ni takde dalam senarai itinerary kami...tapi takpelah janji luas permandangan...hehe...


Zhangyang Rd and Jinqiao Rd

Bergambar dengan hadiah baru...tq Abah n Umi...

Pastu kami pun pusing2 area tu...and then kami pun balik hotel untuk  zZzZzZ...hehe..

Jap jap sebelum tu aku nak cerita skit yang kat China ni diorang block facebook dan youtube...so kalau nak update ape2 kat facebook mmg payahla...ok selamat malam...

bersambung selepas ini cerita hari kedua pulak...


Ini video hari pertama kami di Shanghai :-






Thursday, May 16, 2013

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Part 5 (last)


Besoknya selepas semalaman berehat, lepas waktu zohor kami pun macam biasala keluar lagi jalan2 di sekitar bandar KK ni...kami jalan kaki je...nak jimat...adehh..penat jugakla berjalan dari hotel kami ke Suria Sabah Shopping Mall...kadang2 kena dukung anak kesayangan kami ni...macam biasalah dia kadang2 tak nak jalan nak suruh orang dukung...macam2la karenah anak kesayangan kami ni...



Jauh jugak kami menapak...tapi jalan slow2 je...





Kat depan Tugu Peringatan Malaysia

Dah sampai kat Suria Sabah ni, kami pusing2..ronda2...santai je...pastu nampak tempat mainan budak2..anak aku seronokla dia boleh main mainan...so kami bawakla dia...nama apa ntah kedai tu..luas jugak...kena bayar utk masuk...lupa dah berapa bayaran dia...


Drive kejap


Bestkan tempat ni...


Berejam kami habiskan masa kat sini...


Nak tempat merangkak, melompat, berlari semua ada kat sini...


Gelongsor pun ada...luas tempat ni


Mesin tembak bola...bersepah2 bola yang dah diterbangkan...


Macam filem hollywood la pulak macam kat angkasa bola boleh terbang...hehe...
Okay, sesudah itu...kami pun pergi balik ke Central Market dan Pasar Kraftangan untuk membeli ole2 untuk dibawa pulang pada keluarga di semenanjung..macam2la ada kat sini...ikan terubuk masin..udang kering...dan macam2 la...silapla aku tak ambik gambar kat tempat ni...adehh..takpe next time aku akan pastikan tempat2 menarik aku snap gambar...alrite...

Dah abis membeli-belah kami pun singgah lagi kat Centre Point KK ni...makan KFC la pulak..hehe


Anak kesayangan kami


Seronok dia dapat mainan macam2
Lepas tu kami pun balik di bilik hotel, dan packing barang siap2 sebab nanti kakak aku yang duduk dekat UiTM KK nak ambik aku pergi makan dan bermalam semalam kat rumah diorang sebelum kami pulang ke semenanjung besok pagi...


Menjamu selera...anak sedara belanja...perghh bestnye...


Malam terakhir kat bumi Kota Kinabalu sebelum berangkat pulang ke KL besok

So malam tu aku bermalam kat rumah kakak aku, besok pagi selepas sarapan kami pun berangkat kat airport..on the ke airport kakak aku singgah lagi kat Pasar Kraftangan tu, dia beli ikan kering yang rangup macam keropok untuk dibahagi2 pada adik beradik kat semenanjung...tq my sister...memang sedap betolla..xpenah tau pun ade ikan kering yang rangup macam keropok...mungkin hanya di Sabah kot...hehe...


Tengah check in ticket...sedihnya nak tinggal Kota Kinabalu ni...


Kota Kinabalu International Airport


Sempat lagi nak peluk doll tu...


Dah dalam flight...bubbye Kota Kinabalu...


Dah sampai KLIA dah...


Peace! percutian yang menyoronokkan...


Aku upload jugak kat youtube pengalaman bercuti ke Kota Kinabalu ni..dipersilakan untuk menonton...





Sampai sini jela cerita percutian ke Kota Kinabalu kami...nanti aku post tempat2 percutian kami yang lain plak...sekian wassalam...

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.