Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Tuesday, January 14, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke destinasi yang selalu dikunjungi pelancong di Seoul ni iaitu Nami Island, kami keluar agak lewat iaitu lebih kurang jam 12.00pm..biasalah ada anak kecik ni..kena tunggu dia bangun dulu...sebelum dapat mandi, kena main kejar2 dulu...hehehe...memang aku dapat rasa aku memang tak boleh pakai tour memandangkan payah nak ikut timeing orang...senang ikut timing sendiri...cuma melancong tanpa pakai tour ni, kita kena banyak study dan bertanya...yang paling penting ia memang menjimatkan duit kita...huhu..



Bergambar di depan hotel sebelum memulakan perjalanan


Di sekitar Yeongdeungpo


Memang sejuk time ni mungkin 0'C..tapi dah pakai baju tebal berlapis2 takdelah terasa sangat..kekeke


Bangunan kat Yeongdeungpo, Seoul ni pun cantik2 gak..


Perjalanan ke Nami Island memakan masa lebih kurang sejam dari Seoul tetapi memandangkan kami banyak berhenti dan ambik gambar di tepi2 jalan...jadi ia mengambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai ke Nami Island..huhu...

Mula2 kami ke Yeongdeungpo Station menuju ke Yongsan Station, masa kat Yongsan Station kami mengalami masalah..aku ingatkan di Yongsan Station ni train dia macam subway train biasa je...rupa2nya kita kena beli ticket asing dulu dan ada tempat duduk...mula2 sampai kat situ aku dah tanya satu pasangan suami isteri Korea tu, kat sini ke tempat menunggu train ke Gapyeong tu...dia kata ya...pastu masa train sampai, dia tanya aku dah ada tiket ke belum, aku pun tunjuklah T-Money aku...dia kata bukan yang ni..dia suruh tunggu next train...aaahhh sudah...aku naik kat atas balik nak cari tempat jual tiket..tak jumpala pulak...last2 aku tanya orang kat atas station tu..diorang suruh naik train subway biasa ke Sangbong Station dan tukar train dan terus ke Gapyeong...dia suruh tunggu kat tempat tadi...rupa2nya ada 2 train yang berbeza untuk ke Nami Island ni...

Nasib baik aku tak naik train yang awal2 macam dua tingkat tu...itu mungkin train ITX...memang dalam itinerary aku, kami akan naik train tu...cuma masalahnya dia tak boleh pakai T-Money..kena beli tiket asing...aku pun tak tau nak beli kat mana tiket tu...tadi aku ada terbaca dalam blog tiket dia kena beli dekat Cheongnyangni Station...kalau tak silap akula...kekeke...

Alhamdulillah last2 kami pun sampai jugak di Gapyeong Station selepas tukar train kat Sangbong Station...kelebihan naik ITX tu dia ada tempat duduk...train yang aku naik ni...tempat duduk kena berebut2lah sebab dia train subway biasa...tapi masa aku pergi ke sana...orang taklah penuh dalam train...so dapatlah duduk jugak...



Dah nak sampai Gapyeong Station



Kelihatan salji di atas landasan kat Gapyeong Station




Kat luar Gapyeong Station



 On the way ke Gapyeong Station tu nampak jugaklah salji kat tepi2 landasan...lepas keluar Gapyeong Station tu, kami nampak salji kat luar station tu...terus kami bergegas untuk bergambar dan memegang salji tu walaupun agak nipis...huhu...Alhamdulillah my dreams came true...


Salji di depan Gapyeong Station


Pengalaman menyeronokkan..Alhamdulillah..


Anak aku pun macam ayah dia jakun dengan salji..huhu..



Lepas dah setel main dengan salji tu, kami pun naik teksi yang ada kat depan Gapyeong Station tu untuk menuju ke Nami Island, tambang teksi ke sana lebih kurang 3400 won...lebih kurang RM10...lebih baik naik teksi dari berjalan kaki jika masa terhad..kalau nak menapak aku rasa jauh jugak dan rugi masa sebab kami pun dah lewat...


Dalam teksi ke jeti Nami Island
Teksi dia macam kereta mewah tu...pergghh...


Ada pekerja di belakang sana sedang membersihkan ketulan2 ais


Dah sampai kat jeti Pulau Nami tu, kami pun pergi beli tiket dan harga tiket untuk 3 beranak kami adalah 20000 won bersamaan RM60...memang kami spend dah duit untuk tiket dan pengangkutan ni...

Konon2nya Nami Island adalah sebuah negara lain..jadi tiket dia tu macam visa lah...kekeke...jangan ingat nak kena apply visa kat Malaysia pulak...diorang buat simbolik Nami Island adalah sebuah republik yang merdeka...tipu2 jelah...bukan betul pun simbolik je...kekekeke...


Dekat jeti untuk ke Nami Island


Tiket ke Nami Island..total 20000 Won bersamaan RM60

Kat depan kaunter tiket

Lepas tu kami pun menaiki ferry dan memakan masa lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Nami Island, memang teruja sebab boleh sampai kat sini...kami habiskan masa kami di sini sampai malam...



Sedang menikmati makanan dalam ferry ke Nami Island

Nasib baik kami pakai pakaian tebal2..so takdelah sejuk sangat untuk mengharungi cuaca sejuk sampai ke malam...kalau dekat tengah2 bandar Seoul bolehlah masuk dalam shopping mall atau bangunan untuk elakkan kesejukan...tapi kat Nami ni kita nak lari mana...banyak pokok je...huhu...

Dah nak sampai ke Nami Island

Baru turun dari feri

Air pancut yang dah membeku

Walaupun cuaca terang benderang...tapi air tetap membeku jugak...


Indahnya ciptaan ALLAH SWT..



Walaupun dalam musim sejuk, ramai jugak yang mengunjungi Nami Island ni, tapi waktu aku sampai ni salji pun dah tak banyak sebab dah 2 minggu salji tak turun...lagipun cuaca pun baik je...rupa2nya kalau nak tengok salji turun kena datang waktu cuaca tak elok contohnya seperti awan tebal...kemungkinan salji nak turun memang tinggilah..waktu aku datang ni langit cerah je...sekali salah timing daa...huhu...


Tak taulah apa yang ditulis kat batu ni...


Pintu gerbang ke Nami Island


Nami Island ni memang sangat indah, rugi kalau datang ke Seoul tapi tak singgah ke Nami Island ni...kalau nak ke sini elok luangkan masa sekurang2 separuh hari untuk meronda2..kami sampai kat sini pada jam lebih kurang 2.30pm dan dekat 5.30pm dah malam dah...so kami ada masa 3 jam untuk bersiar2 sebelum malam menjelma..kalut jugaklah..tak boleh rilek2 nanti terleka pulak...


Igloo pun ada..


Langit cerah je..


Tak pastila samada air yang membeku atau salji yang membeku kat belakang tu..


Bergambar bersama


Laluan pejalan kaki yang panjang


Bersih dan pokok2nya pun tersusun rapi


Waktu ni berangin dan sejuk


Masa tengah berjalan2 dekat laluan tu...tiba2 ternampak bendera Malaysia..memang bangga giler...sebenarnya memang aku dah tau ada bendera Malaysia kat sana sebab dah baca blog2 dan tengok gambar facebook membe2 yang dah ke sana..kikiki...



Macam bergambar kat Malaysia pulak..kekeke..


Waktu berjalan2..aku macam terbau bau binatang macam kat zoo tu..rupa2 ada ladang ostrich kat sana...tapi aku jengok kejap je..sebab kat Zoo di Malaysia pun ada...



Beginilah cara mereka di sini memanaskan badan, cuma bau asap tu yang tak boleh tahan..




Selepas menyusuri laluan tu, kita akan nampak deretan bangunan kedai dan restoran, ke depan kita akan nampak bangunan Nami Library yang di dalamnya ada surau...Surau itu ada kat tingkat atas...



Surau berada di tingkat atas




Ada lagi batu ais beku kat sebelah bangunan yang terletaknya surau ni





Aku sendiri pun dua kali keluar masuk untuk cari surau dalam bangunan ni...sebab tak jumpa..rupa2nya ada kat atas...tu pun aku terpaksa tanya orang dulu...kekekeke...




Tempat berwudhuk bagi wanita dan lelaki



Ruang solat untuk lelaki




Kat luar surau

Alhamdulillah..di Nami Island ni ada surau dan makanan halal...surau tu senang je jumpa, tapi restoran halal ni kami duk cari2 sampai terpusing2 tapi tak jumpa2 jugak sebab masa google kat hotel, aku tengok sambil lalu je..ingatkan senang jumpa..rupa2nya payah jugak...last2 kami frust dan terus pergi bergambar dengan patung pelakon winter sonata dan terus bergegas balik memandangkan hari dah nak gelap..kempunan jugaklah nak makan nasi....



Gambar winter Sonata



Pemandangan kat sini pun cantik jugak




Patung pelakon Winter Sonata



Bergambar dengan anak


Bergambar bertiga pulak



Besar giler patung ni


Musim winter ni jam 5.30pm pun dah gelap...masa on the way ke jeti tu...kami singgah kat tourist informations...aku sebenar nak tanya staff kat situ ferry last pukul berapa, kalau tak silap dia cakap jam 10.00pm kot ferry last...pastu aku terdetik pulak nak tanya kat mana Muslims restaurant..dia pun bagitau kat bangunan surau tu...last2 kami pun patah balik dan cari jugak...sampai pusing belakang pun tak jumpa jugak kedai tu...frust giler ahh...last2 aku nampak logo Halal kat depan restoran tu...memang sebelum ni kami dah cari dah kat depan restoran ni..tapi tak perasan pulak logo Halal tu...




Kat depan restoran Halal



Senarai harga makanan...boleh dikatakan mahal 3 kali ganda duit Malaysia..makanan kat Seoul mahal sikit..




Nasi Tuna


Syukur pada ALLAH SWT sebab memberi peluang untuk kami menikmati masakan di restoran Halal di Nami Island ni...Alhamdulillah...mula2 tadi adalah dugaan ALLAH SWT kepada kami...

Memang kami betul2 menikmati hidangan kat restoran tu...best betullah dapat makan nasi...huhu...




Aku pun lupa dah nama makanan ni



Kat dalam restoran Halal tu





Hari pun dah gelap...bendera Malaysia tuu...bangga beb...huhu



Singgah jap...masuk dalam igloo..


Selepas selesai menjamu seleraa, kami pun bergegas ke jeti memandangkan hari pun dah gelap...lepas sampai ke daratan, ada satu lagi masalah melanda...kami tak jumpa teksi pulak untuk ke Gapyeong Station...yang kami nampak adalah bas-bas dan kereta persendirian...aduhhh..macam mana nie....dahlah waktu ni anak aku tidur lena masa dalam ferry lagi...perghh berat tu nak dukung dia...last2 kami pergi tempat teksi drop kami tengahari tadi, barulah aku nampak perhentian teksi...teksi sedang beratur...pastu kami pun menaiki teksi untuk ke Gapyeong Station...sepatutnya taxi stand tu biarlah berdekatan dengan jeti...Alhamdulillah lega...pastu kami pun berangkat pulang ke hotel penginapan tanpa singgah kat mana2 cuma ronda kejap dekat Yeongdeungpo tu...ronda dalam underground market dekat Yeongdeungpo Station...pastu kami pun balik hotel dan berehat...



Snowman yang bukan diperbuat dari salji..hehe..



Anak aku keletihan...



Saksikan video hari kedua kami :-










Bersambung selepas ini untuk pengembaraan hari ketiga..

Sunday, January 12, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini aku kembali menulis travelogue yang mana trip kali ini adalah ke Seoul, Korea Selatan dan pada musim sejuk (winter). Kami membuat persediaan awal selama lebih kurang 2 bulan sebelum berlepas ke sana. Aku memilih untuk bercuti ke Seoul memandangkan kami semua kemaruk nak rasa salji yang original...kekekeke....

Percutian kami kali ni adalah selama 5 hari 4 malam...kami menginap di F Hotel Yeongdeongpo selama 3 malam, dan semalam di Sky Incheon Airport hotel sebab nak catch flight yang akan berlepas ke KL pada jam 11.00am...hotel2 yang aku booked kat agoda.com ni bertaraf 3 bintang, hotel kat Seoul agak mahal berbanding tempat lain di China...aku booked F hotel Yeongdeoungpo ni hampir 2 bulan awal dan agak jauh skit dari kawasan tumpuan tapi biliknya luas...

Kebaikan booked hotel awal2 ni adalah duit hotel kita dah spend siap2 pastu dah tak payah pikir dah pasal hotel, cuma simpan duit belanja makan dan transport je...

Keburukan dia, kalau tengok deal2 hotel lain, tergugat jugak perasaan...kekeke...hotel yang aku booked ni memang free cancellation, tapi aku baca review orang lain kalau nak dapat duit cancellation tu memakan masa jugaklah...so aku stick pada hotel yang aku dah ambil...malas nak pening kepala...

Aku pun beli kredit skype panggilan ke Korea, murah giler kalau tak silap aku lebih kurang dalam RM3 untuk 60 minit bercakap, tapi kita kena beli 3 bulan terus so lebih kurang RM10 lah...akupun dah serik dengan roaming maxis...mahal giler...cuma untuk pakai skype ni pastikan kelajuan internet anda adalah bagus...kat rumah aku dalam 2Mbps je..bolehlah untuk support skype...kalau sape2 pakai unifi lagi best.....mula2 aku call F Hotel Yeongdeungpo ni tak dapat...pening kepala aku pikir...last2 aku search kat google no telepon dia...terjumpa hotel sebelah dia...aku comparekan nombor rupanya no hotel yang agoda.com print kat voucher tu missing satu nombor...aduhhh...letih betollah..risau jugak takut hotel tu tak wujud...kekeke....

Waktu call hotel tu masalah lain pulak timbul, diorang hampir tak boleh cakap English...aduhhh...pastu dia letak je...pastu aku call lagi skali...aku suruh panggil seseorang yang boleh cakap English..pastu member dia datang...dia boleh lah cakap English skit2...aku nak verify dengan dia berkenaan booking aku...dia kata nama aku dah ada dalam system...Alhamdulillah...tapi takleh cakap banyak sebab dia tak berapa fasih English...

Kemudian waktu aku call Hotel Sky Airport Incheon, diorang fasih dalam bahasa Inggeris...so senanglah untuk verify booking aku...diorang kata nama aku pun dah ada...Alhamdulillah...



Jadual penerbangan ke Seoul


Jadual penerbangan balik ke KL


Banyak benda nak kena study pasal Seoul ni memandangkan aku tak pakai tour..main redah je...kekeke...



Subway map yang kita kena pahamkan





Waktu solat di seoul (IslamicFinder.org)




Suhu yang dicatatkan semasa kami berada di Seoul




Ramalan cuaca di hari pertama di Seoul


Kami bertolak awal ke airport untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit...barulah tak kalut...kekekeke...



Bergambar di KLIA



Dalam pesawat A330-300 Malaysia Airlines


Earphone yang disediakan


Makanan ringan sandwich


Nasi lemak


Okay setelah mendapat layanan yang sangat best dalam pernerbangan Malaysia Airlines yang lebih kurang 6 jam perjalanan itu..maka kami pun selamat sampai di Incheon International Airport pada lebih kurang jam 6.30a.m waktu Korea..Alhamdulillah...tapi sebelum tu masa dalam pertengahan penerbangan, aku pun terus adjust waktu bagi handset dan kamera aku mengikut jam Korea Selatan yang awal sejam dari Malaysia...waktu keluar dari kapal terbang dan melalui aerobridge aku terasa amat sejuk sebab tak pakai jaket tebal, keluar asap dari mulut tu..waktu dalam kapal terbang tu pilot ada announce yang suhu kat luar pada ketika itu adalah -3'C..memang teruja jugaklah walaupun sekejap je rasa...aku pernah rasa sejuk macam ni waktu aku keje kat pusat pengedaran buah di Selayang, dalam bangunan dia memang sejuk macam ni sebab nak jaga kesegaran buah2an yang diimport...perggghhh best giler...satu lagi masa pergi ke ICT..tapi kat ICT lagi sejuk...masuk2 telinga dan tangan terus kebas...huhu..


Baru sahaja selamat mendarat di Incheon International Airport




Lepas melalui aerobridge terus kena pakai jacket tebal




Thank you Malaysia Airlines



Tengah menunggu train untuk ke Main Terminal



Lepas tu, kami kena naik keretapi untuk ke main terminal dia, macam kat KLIA jugaklah ada Satellite Building...lepas naik keretapi, kami terus pick up beg kat main terminal..pastikan kena tengok signage dia..kalau tak pening kepala nak cari kat mana beg tu...huhu...Oleh kerana waktu masih awal lagi...kami pun rehat2 kat airport sambil bersarapan pagi dengan makanan yang dibawa dari kapal terbang...banyak makanan yang kami tapau dari kapal terbang tadi..maklumlah waktu makanan dihidangkan aku masih lagi kenyang..pastu pramugari bagi makanan lebih untuk ditapau sebab anak aku tidur waktu tu...rezeki kami...Alhamdulillah...



Signage tempat pickup bag


Hidangan sarapan aku nasi lemat yang ditapau dari kapal terbang MAS



Lepas sarapan aku pun try keluar airport...pergh sejuk giler...berasap mulut tu...pastu kami main hembus2 je..haha..macam orang jakun daa...haha...


Kat luar airport



Selepas itu aku pun pergi beli T-Money kat 7-Eleven untuk aku dan wife aku, anak aku berumur 5 tahun so free je kalau naik train...kalau tak silap aku budak bawah 6 tahun free je kalau naik train...kad T-Money berharga 2500 won untuk satu kad, pastu aku topup siap2 dalam tu 20000 won lagi...terimakasih kepada blogger2 yang banyak memberi info yang berguna kepada kami...cuma yang masalahnya orang Korea memang tak berapa pandai English..memang masalahlah untuk berkomunikasi...



Kad T-Money yang dibeli di kedai 7-Eleven

Hotel F Yeongdeungpo yang kami booked hanya boleh check in seawal 2.00pm...dekat jam 10.00pagi kami pun decided untuk pergi terus ke Seoul tempat hotel penginapan kami di F Hotel Yeongdeungpo sebab dah tak larat nak tunggu lama2 kat airport ni...kalau sampai awal kat hotel, dan diorang tak bagi masuk..kami lepak jela kat lobi hotel nanti...semua dah ngantuk ni...semalam dalam flight bukan boleh tidur sangat...kekeke...

Masa kat luar, aku nampak bas ke Yeongdeungpo..pastu aku tanya dia berapa harga untuk ke Yeongdeungpo..kalau tak silap aku lebih kurang 27500 won untuk 3 beranak...perggghh mahal giler lebih kurang RM85..kalau naik teksi takpe jugak harga macam ni...so aku decided kami naik train jelah...memanglah payah sebab barang banyak nak bawak...selamba jelah...kalau naik train kalau tak silap aku lebih kurang 10000 won je untuk kami bertiga..lebih kurang RM30...jimat banyak tu...

Untuk ke train station, kami tanya kat kaunter tourist information, dia bagitau arah untuk ke train station dan aku ambik map train skali kat kaunter tu...aku ambik 3 skali...haha...memang sangat membantu map ni...sebelum tu aku pun dah print masa kat Malaysia map dia...tapi aku pakai yang diorang punyala sebab kertas pun keras...huhu...yang aku punya simpan dalam beg jelah...


First time menunggu train di Korea Selatan


Sebelum scan T-Money kat gate train tu...aku tanya dulu staff yang ada kat dalam kaunter cermin kat train station tu...macam mana nak naik train dan aku bagitau tujuan aku nak ke Yeongdeungpo dan station last kami nak berhenti kat Singil Station, bagus staff ni walaupun tak berapa boleh cakap English dia cuba jugak membantu...lepas scan kami pun masuk dan tunggu train...Untuk ke Singil Station, kami terpaksa berhenti di Gimpo International Airport untuk menukar train ke Singil Station...memang pening jugak sebab terkial2 nak angkat beg, naik tangga turun tangga dengan tengok signage lagi...tapi Alhamdulillah..ALLAH SWT banyak membantu kami untuk memudahkan urusan kami...yang paling lawak waktu nak naik train kat Gimpo International Airport tu, aku scan dah T-Money tapi masa nak lepasi gate dia, tau2 dia tutup balik...last2 aku langkah gitu je...kahakahkah...lepas tu tengok banner kat sebelah tu...kalau yang transfer ada lorong lain...tak payah scan dah...aiya yoo...sudah rugi maa...wife aku lalu laluan transfer tu je...sebab dia kat belakang aku...


Dalam train ke tempat penginapan kami di Yeongdeungpo, Seoul


Salji kelihatan di tepi landasan keretapi


Satu lagi aku perasan waktu musim sejuk kerap sangat nak ke tandas untuk buang air kecil, pastikan bawak botol kecik untuk simpan air..tandas kat sini takde air cuma ada air kat sinki basuh tangan je...jgn malu2..kalau orang nak gelakkan kita..buat tak tau jela..kekeke..mesti diorang pelik apekehe pulak dia ni bawak botol masuk toilet..kekeke...

Dah sampai kat Singil Station, aku pun keluar dan tanya staff kat kaunter tu nak scan kat mana...tunjuk kad T-Money je kat diorang...diorang tak paham English...diorang tolong dengan tunjuk2 je..pastu aku tunjuklah voucher hotel Agoda aku tu...dia tolong sketch map untuk ke sana...baik betul brader tu...sebelum aku pun memang dah tengok kat dalam google map dah...



Setelah penat turun tanga naik tangga..akhirnya dah nak sampai hotel F Yeongdeungpo


Dengan beg banyak dan anak kecik payah jugaklah nak ke hotel ni walaupun dekat je dalam google map lebih kurang 300 meter, tapi sebab kena turun tangga naik tangga untuk menyeberang jalan besar...memang kami letih tahap dewa...nasib tak berpeluh sebab suhu sejuk je...masa turun tangga naik tangga tu kami pun berhenti takut salah jalan...hotel dah nampak dah betul2 kat sebelah je...last2 aku tanya budak lelaki Korea cara untuk ke Hotel F Yeongdeungpo tu...bagus dia tolong tunjuk jalan dan siap tolong angkat beg lagi...baik betullah..aku nak bagi upah kat dia...tapi dia tolak...dia kata dia nak tolong je...baik betullah...Syukur dapat jumpa orang2 baik macam ni...



Hotel F Yeongdeungpo

(Yang kami tak tahu adalah kalau naik teksi cuma bayar 3000 won je...Idea naik teksi ni lewat muncul dalam fikiran kami setelah pergi ke Nami Island pada hari kedua...mula2 aku ingat naik teksi ni mahal giler...kalau dari hotel ke airport memanglah mahal giler dekat RM200 lebih...kalau dekat dalam RM9 je iaitu 3000 won)...anda semua kalau tak larat angkat barang tahan je teksi kalau destinasi tu dekat...



Kat lobi hotel


Boleh tahan gak bilik dia

Alhamdulillah akhirnya kami berjaya jugak sampai kat hotel kami dekat2 jam 12.00pm...dua jam awal tu...tapi diorang memang bagus..terus bagi bilik kat kami..tak payah tunggu lama2..baik hati betullah diorang ni...lepas masuk bilik tu...letak2 barang...kami pun makan tengahari dulu...makan roti dengan sandwich dan bekalan makanan yang kami bawa dari rumah..dan pastu kami pun merehatkan badan dan tidur...



Hotel ni memang best

Kat hotel di Seoul ni pun plug diorang sama macam kat Pekanbaru Indonesia jugak jenis plug 2 pin, nasib baik aku bawak socket extension 3 pin punya...kalau tak macam mana nak cas laptop aku...aku tak ambik gambar socket kat hotel ni, korang semua boleh tengok contoh gambar kat bawah ni yang diambil di Pekanbaru..



Macam nila plug dia...2 pin je...kalau nak cas yang 3 pin tak boleh kena pakai extension...(Ini gambar contoh kat Pekanbaru)


Nasib aku bawak extension plug 3 pin...tiap kali travel mesti kena bawak ni...sebab kita tak tau diorang pakai plug macam mana......(Ini gambar contoh kat Pekanbaru)

Lepas tu kami keluar dalam kul 6.00pm...waktu kat sini dah gelap gelita dah...dah malam dah...kami pun pergi ke Yeongdeungpo Station untuk ke Dongdaemon...kami banyak bertanya kat Seoul ni...tapi tanya orang yang nampak baik jela..nak tanya orang pun kena tengok orang jugak....hehe..masa duk jalan2 ke sana, aku nampak ada jugak homeless people kat sini..macam kat KL je...






Kat Dongdaemon


Antara barangan di Dongdaemon


Waktu kat Dongdaemon tu banyak kami beli seluar tight yang tebal, maklumlah kami pakai seluar selapis je...memang terasa sejuk bebenar..kat sini kami cari jugak restoran halal tapi tak jumpa langsung..pastu kami ronda2 dan terus ke Myeongdong...


Kat Myeongdong


Memang happening kat sini



Lepak kejap dalam Dunkin' Donuts Myeongdong...kat luar sejuk giler...



Barangan pun banyak



Kat Myeongdong memang happening...banyak giler orang tak macam Dongdaemon yang sunyi je waktu aku pergi tu...kenangan manis aku kat sini adalah dapat merasa buah Strawberry yang dijual kat dalam station Myeongdong ni...memang banyak giler buah strawberry yang dijual di Myeongdong ni...memang banyak giler kami makan...memang tengah lapar gak waktu tu...kikiki...kira makan malam lah tu...kekeke...

Pastu selesai meronda kat sini kami pun beransur balik ke hotel penginapan kami yang lebih kurang 15 minit naik train...aku dapati tak payah sangat nak belajar map train subway ni...kalau agak2 musykil tanya je orang Korea..mereka akan membantu...InsyaALLAH...


Bersama mainan barunya


Sampai kat hotel kami pun zZzZ....
 

Saksikan video hari pertama kami :-






 


Bersambung selepas ini untuk hari kedua...
 

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.